.

Rabu, 21 Mac 2018

BERITA PALSU






BERITA PALSU
tt, mcmana china merah boleh tau najib lemah? kes 1mdb ke? malaysia byk utang ke? atau sebelum lee kuan yew mati dia serahkan pada china merah gambar najib dan altantuya di pameran intan berlian kat singapore? aku tanya jer bang, jgn dakwa sebab berita palsu... ini soalan jer. on SABAH UNTUK SABAHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:39 PM




----------------

SEMUA BUAT KERJA BANGANG








SOKONG

APA TUAN AJI

JAILANI CAKAP

ADALAH BENAR

YANG LAIN

FITNAH & PALSU



Maklumat 1MDB hanya dalam PAC, selain itu berita palsu

KUALA LUMPUR - Semua maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak dimasukkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai berita palsu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Haji Jailani Johari berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu ialah berita palsu.

“Kes ini sudah disiasat pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Peguam Negara serta dibentangkan kepada PAC yang diwakili ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.


KESIAN

AMAT KESIAN

DUA BANK

KENA TUTUP

EMPAT 

PEGAWAI 

BANK

MASUK JIL

TIGA 

PEGAWAI 

BANK KENA

BUANG KERJA

LAPAN 

NEGARA

BUANG MASA

SIASAT 1MDB

SEMUA 

KERANA 

FITNAH

SEMUA DEGIL

TAK DENGAR 

CAKAP TUAN 

 HAJI JAILANI

KAH KAH KAH



------------------

MEMBURET FREE





MEMBURET FREE
adoiii laaa... hinanya negeri selangor disiasat oleh kp sprm yg memburet free dgn bini org di bali. takkan selangor diam jer, taknak serang balas ke? takkan la biarkan kaki maksiat ni siasat selangor?? ishhhh malu aaa. mamat tu zina dgn bini org, kalau ikut hukum hudud apa hukumannya?? on GUA SUDAH CAKAP BANYAK KALI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 6:46 PM



-----------------

ALTANTUYA SIRUL NAJIB






ALTANTUYA
Abam tt, post kau kali ni berupaya mencelikkan mata pejam aku terhadap 3 perkara. 

1- Akuan Bersumpah arwah P I Bala yang menuduh Najib ini pernah bersegama depan belakang dengan Altantuya. Model cun lagi bergetah ini telah mati dibunuh oleh Sirul dan Azilah - Ini baru nampak ketara motif altantuya dibunuh oleh sirul dan azilah, sesuatu yang dah lama jadi tandatanya semua! 

SIRUL

Sebenarnya sirul dan azilah dua-dua syok kat altantuya yang cun melepak tu dan berlaku perebutan antara mereka, tetapi akhirnya mereka berdua setuju berdamai dan bershare demi keamanan negara dan bangsa, namun selepas itu baru mereka sedar menerusi pi bala yang altantuya juga bermain kayu 5 melibatkan razak dan anak razak. Sedar mereka tak setanding PM dan penasihat PM serta rasa cemburu kembali meluap, sirul dan azilah pun buat keputusan off saja minah tu. 

NAJIB

2- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom telah bangun menjawab bagi pihak Najib. Tuan Haji ini menyelar tulisan The Economist ini. Menurut Tuan Haji on PERANGKAP AKAN MELEJANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:54 PM


----------------

MENSAJAT SAJAT









MENSAJAT SAJAT
Bila JAKIM nak sajat Ibni Azalina.. ini bukan soal brani atau takut. Gwa tau JAKIM paling brani dalam soal sajat-menyajat. Tak caya tanya Nur Sajat ..brapa banyak pembaris patah untuk bab ngukur je. Soalnye bila nyajat Ibni Azalina, Sang Tukang Sajat takut putus selera makan? on BILA JAKIM NAK SAJAT AZALINA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 3/21/18




-----------------

BUANG BALA DI GANGES




BUANG BALA

SUNGAI GANGES
Bang sungai ganges adalah sungai suci untuk agama hindu..tempat buang bala dan sucikan ddiri...Hang suruh campak kan UMNO dan PAS ke sana kah? Buang dalam tong tai di mongolia lah bia bersama taik keturunan altantuya.. on MASUK SUNGAI GANGES
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/21/18




-----------------

DALAM MASA LIMA TAHUN







AWAS 

WASPADA

TERUTAMA

BANI MELAYU

DALAM MASA

LIMA TAHUN

JIKA NAJIB

TIDAK DINYAH

MAKA BUMI

TANAH 

MELAYU

AKAN 

 TERGADAI

DAN MENJADI

PROVINSI

CHINA MERAH





-------------------

SABAH UNTUK SABAHAN








SALUT

SABAH

MASA TEPAT

MENUNTUT

IALAH KETIKA

NAJIB LEMAH

Rakyat Sabah tunggu Najib tunai janji mengenai hak negeri


RAKYAT Sabah sentiasa ingat janji Najib yang akan memulakan lawatan selama dua hari ke negeri itu, untuk mengembalikan hak mereka.

Lawatan tersebut barangkali boleh menjadi lawatan terakhir Najib ke Sabah sebegai Perdana Menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka akan diadakan sebelum Jun, walaupun mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berkahir pada Ogos.

Bagaimanapun, para pemimpin pembangkang Sabah percaya Najib akan membiarkan negeri itu terus menunggu sebarang perkembangan mengenai pemulangan hak-hak istimewanya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagi mereka, janji Najib itu hanyalah helah pilihan raya dan bagi mereka tiada sebab bagi Najib menangguhkannya.

"Najib sudah banyak kali datang sini dan apa yang perlu beliau lakukan hanyalah kembalikan hak kami. Apa yang perlu ditangguhkan lagi? Semuanya sudah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim Ukin.

Isu pengembalian hak Sabah di bawah MA63 sering diutarakan oleh kedua-dua belah parti politik di negeri itu, dan isu yang paling hangat diperkatakan ialah hak pendapatan negeri sebanyak 40%.

Sebuah kumpulan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk membincangkan mengenai hak Sabah, iaitu MySabah mendapati kerajaan Persekutuan telah menghentikan pembayaran sejak 1974.

Hak pendapatan inilah yang menjadi sebab mengapa pemimpin Sabah bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963 bersama Sarawak, Malaya dan Singapura, yang kemudian berpecah dua tahun kemudian.

Dari masa ke semasa, pemimpin politik Sabah berkata lama-kelamaan negeri itu dilihat menyerahkan kuasa ekskutifnya kepada kerajaan Persekutuan dalam banyak bidang - dari sumber minyak, hinggalah pendidikan, janaan kuasa dan hak lain.

Presiden Parti Sabah Solidariti Tanah Airku (Sabah Star), Dr Jeffrey Kitingan berkata ini menyebabkan Sabah kurang membangun dan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

Menurut beliau, walaupun Sabah menyumbang sejumlah besar kepada tabungan Persekutuan dari sumber semulajadinya, namun begitu sedikit dana yang dikembalikan semula. – 20 Mac, 2018.




TERBAIK

INI JUGA

 TAKTIK

CHINA MERAH

PAU NAJIB

BILA NAJIB

AMAT LEMAH

BANYAK UTANG

CHINA MERAH

JADI ALONG

DATANG BERI 

NAJIB PINJAM

DUIT 

CAGARAN IALAH

BUMI MELAYU

RAKYAT SABAH

WAJIB SEDAR

CHINA MERAH

NAK TANAH

DI SABAH

UNTUK DIRIKAN

PENGKALAN ASKAR

--------------------

GUA SUDAH CAKAP BANYAK KALI







PRU14

GUA UDAH CAKAP

BANYAK KALI

SEKARANG LU CAYA

ATAU TIDAK?

AKHIRNYA SPRM

AKAN BUKA

KES RASUAH

AZMIN ALI


INI TANDA

PRU14 

MAKIN DEKAT



Enam ditahan berhubung penjualan tanah Ijok



ENAM individu dari syarikat yang didakwa ada kaitan dengan penjualan tanah Ijok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya awal hari ini, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad. 

"Mereka dijangka direman esok bagi membantu siasatan," kata Dzulkifli dalam satu majlis di Melaka. 

Penjualan tanah Ijok menjadi perhatian umum sejak bulan lepas apabila Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan kenapa Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengambil tindakan "terburu-buru" memulangkan semula tanah terbabit kepada dua pemaju perumahan. 


Rahman berkata tindakan kerajaan negeri itu boleh dipersoalkan kerana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan masing-masing pada 2013 dan 2014, mengeluarkan perintah bahawa tanah itu adalah di bawah kuasa kerajaan negeri Selangor selepas bekas menteri besar Khalid Ibrahim merampas tanah tersebut menggunakan Akta Pemerolehan Tanah.

Peneroka yang terlibat dalam kes itu bagaimanapun mempersoalkan motif BN membangkitkan isu itu sedangkan kebanyakan daripada mereka telah menerima pampasan. 

Antara enam yang ditahan itu merupakan bapa dan dan anak, Dzulkifli memberitahu media.

Pasukan penyiasat juga membekukan sembilan akaun bank milik individu dan syarikat berjumlah RM39 juta.

Menurut sumber, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting dari tiga syarikat bagi membantu siasatan.

Siasatan SPRM itu melibatkan transaksi bayaran sebanyak RM200 juta ke dalam akaun lima syarikat yang didakwa terlibat dalam kes itu.

Setiap syarikat masing-masing menerima kira-kira RM68 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

SPRM kini sedang cuba menjejaki seorang pengarah syarikat dan seorang lagi individu bagi membantu siasatan.  – 20 Mac, 2018.


PROJEK

INI PROJEK

KACAU PAKATAN

INI PROJEK KACAU

SELANGOR

INI TUGAS SUCI

SPRM 

LU MASIH

TAK FAHAM KE




------------------

PERANGKAP AKAN MELEJANG






 PERANGKAP AKAN 

MELEJANG

Tangkap Pencuri! Perdana Menteri Malaysia Sedang Merancang Menipu Pilihanraya. 

Stop , Thief. Malaysia’s PM is about to steal election. 

Ini saya terjemahkan dari tajuk tulisan lidah pengarang majalah The Economist keluaran 10hb March 2018 yang lalu. Saya ulangi lagi -  ini tajuk tulisan dari lidah pengarang. Untuk para wartawan, untuk pemerhati politik dan untuk yang sedar - lidah pengarang  - membawa makna yang dalam. 

Kalau tulisan dari lidah  pengarang Utusan Melayu maknanya ini dasar dan pandangan Utusan. Ini juga selari  dengan dasar dan pandangan  parti United Malays National Organisation yang menjadi kerajaan. Ini kerana akhbar Utusan adalah milik United Malays National Organisation. Maknanya tulisan itu juga adalah dasar kerajaan.

Justeru The Economist ini suara siapa? Kenapa bunyi lidah pengarangnya amat kasar terhadap Najib? Terlalu kasar terhadap  seorang pemimpin Melayu Islam yang warak.  Kasar terhadap pemimpin Melayu Islam yang jujur berhemah dan  yang tak pernah  tinggal sembahyang. 

Malah Si Najib ini terbukti warak. Si Najib ini baru sahaja membawa kuam keluarga  - anak , bini, adik ,menantu dan ibu - berumrah ke Mekah dengan menggunakan duit orang ramai. Menaiki kapal terbang kerajaan. Tidak ramai anak yang warak lagi soleh saperti Najib yang ada keupayan dan kemampuan berumrah membawa sanak saudara yang ramai. Ini kehebatan Najib. Amin.

Malah Najib yang warak lagi suci  ini sempat masuk melawat makam Nabi Muhamad. Ada gambar terpampang sebagai bahan bukti kesucian Najib. Tetapi saya juga terbaca ada suara sumbang  yang mempertikaikan apakah ini betul Makam Nabi Muhamad? Ini kerana mengikut pandangan yang alim lagi berilmu Makam Nabi telah lama ditutup.

Walau apa pun - untuk saya sama ada Najib pergi umrah dengan kaum keluarga dengan menggunakan duit kerajaan atau tidak bukan satu isu penting. Sama ada Najib melawat Makam Nabi atau tidak juga tidak penting.

Apa yang amat amat penting ialah kenapa majalah The Economist ini bagitu kasar terhadap seorang pemimpin Melayu Islam yang warak, syumul , jujur dan berhemah?

Ini persoalan hakiki dari  mata hati 30 juta anak semua bangsa - bangsa semua agama - warga Malaysia. Ini tidak termasuk 7 juta pekerja asing dan pendatang haram yang juga pasti tertanya-tanya kenapa Najib dituduh  oleh majalah  The Economist sebagai PENCURI.

Sebelum saya memanjangkan labon biar saya terangkan makna - to steal election. Dalam bahasa Inggeris to steal election  bukan mencuri pilihanraya. To steal election bermakna akan menipu pilihanraya untuk menang. 

Pada padangan The Economist Najib akan menipu dalam PRU14 ini untuk menang. Padangan The Economist ini kelihatan selari dengan pandangan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah dari Pakatan Harapan. Malah ahli-ahli Pakatan Harapan dan penyokong Pakatan Harapan juga telah sedar akan rancangan jahat Si Najib  yang akan menipu PRU14 untuk menang.

Lalu saya  kembali  bertanya - kenapa The Economist ini menuduh Najib ini pencuri dan penipu? Suara siapa dibelakang lidah pengarang The Economist? Apakah majalah  yang berpusat di kota London ini bersekongkol dengan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah. Apakah ini agenda China Lim Kit Siang dari Democratic Action Party? Atau ini kumpulan lama Anwar Ibrahim bergetah kembali?

Kenapa pandangan The Economist ini selari dengan pandangan Pakatan Harapan. Ini membuatkan saya tertanya-tanya. Kenapa?

Dalam ceramah Mahathir di Bachok Kelantan, di Kamunting Perak dan yang yang paling akhir  pada Ahad 18hb March lalu di Seremban ,  Dr Mahathir terus menuduh Najib ini pencuri dan penipu. Mengikut Mahathir Najib  akan menang PRU14 hanya dengan jalan tipu.

Mahathir mengulangi 900 perempuan bernama Fatimah Ismail yang bakal jadi pengundi hantu. Mahathir mengulangi kesah  70 orang Melayu, India  dan China yang duduk disatu rumah dialamat yang sama. Mahathir  menerangkan 400,000 undi awal dan hampir 1 juta undi pos. Semua ini adalah penipuan.

Tapi mengikut Mahathir penipuan paling afdal lagi cun ialah persempadan semula. Maaf - Mahathir tidak menggunakan perkatan cun. Perkataan cun ini dari saya Hishamuddin Rais.

Mahathir kata Najib pencuri. The Economist kata Najib pencuri. Mahathir kata  Najib akan menipu PRU14. The Economist juga berkata Najib akan menipu untuk menang PRU14.

Hairan bin pelik bagaimana ini terjadi. Agenda siapa ini? Apakah Mahathir telah mengupah The Economist untuk menperlekeh Najib.

Jika kita tanya Lebai Google maka kita akan diberitahu bahawa majalah ini adalah milik syarikat The Economist Group. Syarikat ini dimiliki oleh keluarga Cadbury, Rothschild, Shroder, Agnelli, Lyton dan beberapa keluarga yang lain. Majalah ini telah muncul semenjak tahun 1843. Maknanya sudah lebih dari 100 tahun.

Nama keluarga yang paling menonjol pastilah Rothschild. Saya yakin ramai pembaca tahu bahawa Rothschild ini adalah keluarga Yahudi yang memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah. Keluarga ini memiliki bank, kilang,  kilang senjata, majalah dan seribu satu macam jenis perniagaan.

Maka pada hemat saya suara lidah pengarang The Economist itu pastilah mewakili kepentingan kaum keluarga ini. 

Semua keluarga ini adalah kaum kapitalis. Maknanya majalah ini mewakili suara kapitalis besar. Maknanya The Economist mewakilki kepentingan  kaum peniaga antarabangsa. 

Untuk para ilmuan majalah The Economist  ini mewakili apa yang dipanggil MNC - Multi National Cooperation. MNC ini adalah syarikat gergasi dunia. Bukan tahap warung Mek Jah. Bukan tahap restoran Amjal. Bukan tahap gedung membeli belah  Mydin. Syarikat MNC ini berupaya  menyusun, mengatur perjalanan sistem ekonomi kapitalis dalam dunia kita ini.

Hakikatnya semenjak ledakan Bing Bang atau semenjak  Kun Faya Kun - tidak adalah majalah yang bagitu berkuasa dan penting dalam alam kapitalis kita ini. Majalah The Economist ini kait berkait dengan akhbar The Financial Times yang juga berpusat di Kota London.

Wow! Majalah ini cukup hebat. Panglima majalah ini ialah modal. Modal pada pandangan majalah ini  wajib menjuari politik. Modal didahulukan - politik mengendalikan. Politik diwujudkan untuk mengembangkan modal. Justeru The Economist menjadi kitab dan hadis rujukan dalam dunia modal.

Lalu kita semua bertanya kenapa majalah ini mengutuk dan memperlekeh seorang pemimpn Melayu Islam yang warak? Kenapa majalah ini benci terhadap Najib? Apa salah Najib?  Kenapa Najib dilakukan sabagini rupa?

Bukankah Najib ini tidak pernah tinggal sembahyang? Najib ini seorang yang warak walau pun ada  tuduhan dari surat Akuan Bersumpah  arwah P I Bala yang menuduh Najib ini pernah bersegama depan belakang  dengan Altantuya. Model cun lagi bergetah ini telah mati dibunuh oleh  Sirul dan Azilah.

Apakah bersegama depan belakang  dengan si Altantuya ini  membuatkan Si Najib ini menjadi pencuri saperti tulisan lidah pengarang The Economist? Mustahil. Justeru apa lagi kesalahan  Najib sahingga pemimpin Melayu Islam yang warak ini diserang?

Pada 16 March 2016 Tuan Haji Ahmad Rasidi Hazizi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom telah  bangun menjawab bagi pihak Najib. Tuan Haji ini menyelar tulisan The Economist ini. Menurut Tuan Haji ini semua laporan itu adalah palsu dan tidak betul.  

Laporan tentang 1MDB itu semuanya fitnah dan tohmah. Mengikut surat  Tuan Haji  Pak Duta  mustahil Najib yang warak lagi syumul akan menipu untuk menang dalam PRU14. Malah Najib semenjak menjadi Perdana Menteri telah mengemudikan Malaysia dengan baik.  Majalah The Econoimist ini membawa lagu kolonial kata Tuan Haji wakil kita di London.

Nasib baik Malaysia memiliki Pak Duta  yang cekap lagi bijak menjawab dan menepis segala tohmahan The Economist. Bijak menulis dalam Bahasa Inggeris. Nasib baik Pak Duta kita bukan Tan Seri Muhammad Muhamad Taib. Kalau Mat Taison ini Pak Duta kita di London hancus mancus Tanah Melayu kita ini. Amin

Saya telah memerhatikan dan membuat peta tentang pencuri dan penipu yang  dikatakan bernama Najib ini. Saya perhatikan dengan rapi. Dengan jelas saya melihat memang   wujud satu konspirasi  bertaraf antarabangsa  yang sedang merancang untuk menerajang Najib. 

Ini projek Regime Change - projek tukar kerajaan.

Lalu saya teringat kembali kepada Presiden Marcos pada tahun-tahun 80’an. Bukan hal kasut isterinya yang saya ingat tetapi cara dan rupa bentuk konspirasi global yang diatur dan disusun untuk menerajang Marcos. 

Peranan media antara bangsa - Majalah The Times, The Newsweek, Far Eastern Economic Review, BBC, CNBC, ABC  dan termasuk majalah The Economist. Media-media  milik kaum kapitalis besar ini terus menerus menyerang Marcos hingga  Presiden Marcos ini mati terkulai.
Ilmelda Marcos, isteri Sang Presiden ,  bekas ratu cantik tidak sempat melarikan diri dengan semua kasut-kasutnya. Kesian.

Bayangkan betapa jahatnya media antarabangsda ini sehinggakan  bekas ratu cantik ini tidak sempat memakai kasut untuk lari.

Inilah yang saya takuti. Saya takut kempen terajang Najib yang sedang dijalankan oleh media antarabangsa ini menjadikan seorang perempuan gemok pendek  yang bernama Rosmah Mansor  tidak sempat membawa lari semua beg Birkinnya. Jika ini berlaku maka  sejarah  sedih berulang lagi. 

Dunia akan teringat bagaimana  Ilmeda Marcos tak sempat lari dengan kasut. Janganlah hendaknya  Si Rosmah tak sempat lari dengan beg tangan Birkin. 

Lalu, saya  harap-harapkan Si Rosmah ini akan membuat persediaan awal. Persediaan awal saperti memesan pesawat pengangkut Antonov 124. Kapal terbang ini boleh membawa muatan beg Birkin tanpa masaalah. Malah  yang berat berat termasuk si Rosmah sendiri boleh dimuatkan ke dalam Antonov 124.

Para pembaca akan bertanya bila agaknya konspirasi meneranjang Najib ini akan  berakhir? Bila perangkap akan melejang? Jawapan awal  ialah apabila  Najib telah cabut lari?  Tapi bila?  Kenapa The Economist menyerang? Untuk ini sila tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



--------------------

MARI BERSAMA TERAJANG NAJIB







SALUT
SELAMAT BERSAMA

KAK FIDAH

SEKAPAL BERSAMA

BARISAN BERSATU

DALAM PROJEK

TERAJANG  NAJIB


Rakyat Malaysia ‘bersubahat’ kalau undi pemimpin rasuah, kata Rafidah

BEKAS menteri kabinet Rafidah Aziz hari ini mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak mengundi pemimpin politik yang korup.

Beliau berkata, tindakan memilih pemimpin yang rasuah itu samalah seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik berkenaan. 

Dalam satu tulisannya di Facebook, bekas menteri perdagangan itu turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan "bersubahat" dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya mereka secara sukarela mengundi ahli politik yang korup. 

"Wahai rakyat Malaysia, sila ingat kata-kata peringatan ini. Rakyat yang terus memilih ahli politik yang korup atau rasuah, yang menyamar (sebagai terbaik), pencuri dan pengkhianat, tidak menjadi mangsa. Sebaliknya mereka dianggap sebagai bersubahat."

"Ini kerana secara langsung, rakyat itu membenarkan (ahli politik terbabit) terus melakukan perkara yang tidak betul," kata Rafidah. 

INI NAMANYA

UNITED FRONT

LAGI RAMAI

LAGI CEPAT

KITA BUNGKUS

MAT MONGOL

KITA BERSAMA

SELAMATKAN

TANAH MELAYU

DARI TERGADAI

UNTUK DIJADIKAN

PROVINSI  

CHINA MERAH



-----------------

PROJEK BERSAMA TERAJANG NAJIB








MEDIA ASING

TELUS JUJUR

BERIMAN

KAPITALIS BARAT

NAK 

TERAJANG NAJIB

RAKYAT MALAYSIA

NAK

 TERAJANG NAJIB

Media tempatan disekat, Harapan guna saluran luar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad mengakui menggunakan khidmat media asing dalam usaha melaporkan skandal kewangan negara, 1MDB.

Katanya, tindakan Pakatan Harapan menggunakan saluran media luar demi ketelusan membongkar kisah penyelewengan yang tidak dapat sepenuh ketelusan di Malaysia.

“Kalau media tempatan dah  tak boleh lapor berkenaan 1MDB, RM 2.6 bilion, malah pemimpin Umno sendiri tak boleh bercakap langsung isu ini dalam Dewan Rakyat tak boleh bercakap apa kita nak buat?

KETIKA INI

MEDIA ASING

DAN

RAKYAT MALASIA

YANG DITINDAS 

YANG  DITIPU

OLEH NAJIB

OLEH SPR 

WAJIB BUAT

KERJASAMA

UNTUK PROJEK

BERSAMA

TERAJANG NAJIB

INI NAMANYA

UNITED FRONT

KERJASAMA

UNTUK 

KEPENTINGAN

BERSAMA 

-------------