Sabtu, 4 November 2023

SUARA BANGSAR MULA MELAWAN - SAPA GANTI ANWAR ?



PMX ANWAR TO SOON BECOME XPMX? - BUT WHO WILL BE THE NEXT PM? HISHAMMUDDIN HUSSEIN ONN? - AS 'ME, MYSELF, I' ANWAR FUMBLES ON ISSUE AFTER ISSUE, FOCUSING ON HIS OWN "GREATNESS' - THE PEOPLE ARE LOSING PATIENCE & SO ARE THE ROYALS!



SUARA BANGSAR

MULA MELAWAN

AMIN


https://politicsnow-blog.blogspot.com/2023/10/pmx-anwar-to-soon-become-xpmx-but-who.html
PMX ANWAR TAK LAMA LAGI  AKAN JADI XPMX? - TAPI SIAPA YANG AKAN JADI PM SETERUSNYA? HISHAMMUDDIN HUSSEIN ONN? - SEBAGAI 'SAYA, SAYA, SAYA' ANWAR MERAIH ISU DEMI ISU, FOKUS KEPADA "KEHEBATAN'NYA - RAKYAT DAH HILANG SABAR & BEGITU JUGA DIRAJA!

Community Verified icon


SAPA LEBIH ISLAM


SAPA LEBIH

ISLAM

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "UMUM SERANGAN ?"

Irak dah umumkan bila nak serang Israel .. kita bila pulak nak umumkan untuk serang Israel. Kito dok tung-tang sape yg lebey Islam bila nyokong Hamas .. suruh murid dan guru beli senapang kedai Cina dan main tembak-tembak dengan Cikgu dalam kelas .. kahkahkah

KAMI SUDAH BERSEDIA - HIZBOLLAH


HASSAN

 NASARALLAH

PEMIMPIN

 HIZBOLLAH

BERKATA :

KAMI SUDAH

 BERSEDIA

KHALAS

BONGKAR LAGI


PAC dedah ventilator rosak dibeli semasa Adham Baba menteri kesihatan

PEROLEHAN 104 unit ventilator yang dibuat tanpa perjanjian bertulis sebagaimana dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dilakukan semasa Dr Adham Baba menjadi menteri kesihatan. 

Perkara itu dimaklumkan Pegerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin dalam sidang media berkenaan laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) di Bangunan Parlimen hari ini. 

“Memang semua sudah sedia maklum, yang ini (perolehan) di bawah sewaktu menteri (kesihatan) Datuk Seri Dr Adham Baba. Malah YB (Yang Berhormat) Khairy Jamaluddin pun sudah bagi kenyataan ia bukan diperoleh semasa beliau menjadi menteri kesihatan,” katanya. 

Isnin lepas PAC mengeluarkan laporan yang antara lain memaklumkan ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.


PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta yang telah luput tempoh setakat 1 Jun 2023.

Susulan itu, Mas Ermieyati berkata Kementerian Kesihatan (KKM) diberi tempoh dua bulan untuk menjawab lima syor PAC berhubung laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang dikeluarkan Isnin lepas. 

Beliau berkata ini kerana selepas PAC mengadakan prosiding maklum balas, jawatankuasa itu akan membentangkan Laporan Tindakan Susulan berhubung hal berkenaan yang turut mengandungi maklum balas KKM.

“Dalam setiap isu yang disiasat PAC, dua laporan akan dihasilkan dan kedua-dua laporan ini akan melalui lima mesyuarat sebelum ia dapat dihasilkan serta dibentangkan di Parlimen.

“Ini menunjukkan betapa PAC komited untuk memastikan rakyat mengetahui apa yang dilakukan kerajaan terhadap segala rumusan dan syor yang dibuat PAC,” katanya.

Antara lain lima syor PAC ialah walaupun berhadapan dengan keadaan darurat dokumentasi hendaklah dilaksanakan dengan usaha wajar, KKM perlu segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Selain itu, Mas Ermieyati berkata setiap laporan PAC yang dibentangkan perlu dipersetujui tujuh wakil tetap kerajaan (ex-officio) terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara.  

Kesemua ahli PAC termasuk tujuh ex-officio perlu bersetuju secara konsensus dengan laporan, rumusan dan syor sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat dan sehingga kini tidak pernah mana-mana laporan PAC perlu melalui undi belah bahagian, kata beliau. 

Mas Ermieyati berkata laporan yang dipersetujui secara konsensus itu adalah bukti bahawa PAC adalah sebuah jawatankuasa non partisan dan tidak membawa ideologi parti politik mereka apabila menghadiri mesyuarat PAC.

“Yang penting bagi kami 14 ahli PAC adalah memastikan wang rakyat dibelanjakan demi kepentingan negara dan rakyat secara berhemah,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berharap kerajaan dapat meminda Akta Audit 1957 supaya PAC dapat memohon pihak Jabatan Audit Negara (JAN) untuk melaksanakan audit secara terus ke atas mana-mana kementerian, agensi, jabatan serta pihak yang menerima dana kerajaan apabila diperlukan oleh PAC. 

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berharap kerajaan segera menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Projek Land Swap di bawah Kementerian Pertahanan bagi membolehkan PAC menjalankan prosiding berhubung projek itu. – Bernama, 2 November, 2023.


WOIT

BONGKR JANGAN

TAK BONGKAR

AMIN

INI RATUS JUTA

DUIT RAKYAT

AMIN

KHALAS

NAJIB BEBAS - ANWAR JATUH ?


NAJIB BEBAS

ANWAR JATUH ?

KHALAS


GERAKAN BEBAS NAJIB
MAKIN MENGAMPOH
USAHA SEDANG BERJALAN

ANWAR IBRAHIM
DAPAT TEKANAN ?
KALAU TAK BEBASKAN NAJIB
GEROMBOLAN AKAN
TARIK DIRI
JENG JENG JENG

APA PANDANGAN AMANAH ?
APA PAMDANAGN MAT SABU ?
SETUJUKAH NAJIB DI BEBAS ?
JENG JENG JENG

RANCANGAN SEDANG DIRANCANG
KONSPIRASI SEDANG
BERKONSPIRASI

ANWAR RUNTUH DULU
ATAU
NAJIB BEBAS DULU
JENG JENG JENG
KHALAS

BIT COIN DUIT TIPU



Sindiket pelaburan kripto tumpas, kerugian lebih RM50 juta

POLIS menahan 40 individu dan berjaya menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara pada 29 hingga 31 Oktober lepas.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 38 merupakan pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat manakala masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.

“Operasi ini dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.

“Mangsa yang berusia antara 22 hingga 81 tahun itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pesara dan ahli perniagaan,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.

Ramli berkata modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan keuntungan tinggi dalam masa singkat.

“Pelabur diberikan akses untuk memantau aktiviti urus niaga mata wang kripto berkenaan dalam akaun yang didaftar di bawah nama pelabur, namun wang berkenaan tidak boleh dibawa keluar,” katanya.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut mengesan trend baharu sindiket penipuan itu yang menggunakan syarikat dan perniagaan yang didaftarkan bertujuan untuk dijadikan keldai akaun.

“Setakat ini, kami mengesan sejumlah 63 akaun bank yang digunakan oleh sindiket ini melibatkan 51 syarikat. Kami percaya syarikat dan perniagaan ini didaftarkan semata-mata untuk pengoperasian skim penipuan ini,” katanya.

Menurut Ramli, sindiket itu akan mendekati individu yang mempunyai masalah kewangan atau individu gelandangan untuk menggunakan nama mereka bagi menubuhkan syarikat dan kemudian membuka akaun syarikat.

“Mereka ini akan diberikan ganjaran secara sekali gus atau secara bulanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – Bernama, 3 November, 2023.



WOIT

DI NEW YORK

KEPALA BITCOIN

KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

DI MALAYSIA BARU

KENA TANGKAP

JENG JENG JENG

SEMUA NI SKIM

CEPAT KAYA

AMIN

KHALAS

BILA PERIKATAN NAK AMBIL ALIH - RAKYAT BERTANYA



BILA PERIKATAN

NAK AMBIL ALIH 

RAKYAT BERTANYA

KHALAS

LAWAN PENJAJAH BUKAN LAWAN AGAMA


LAWAN PENJAJAH

BUKAN

LAWAN AGAMA

KHALAS



Unknown commented on
 "MEYAHUDIKAN PALESTIN"

Satu soalan kepada Abe TaT, sekelian negara Yahudi kan ada orang-orang kita sama agama sama bangsa kan apakah peranan mereka selama ini? Kenapa dibiarkan setiap kali berlakunya kekejaman Israel? Adakah something kita tak tahu selama ini? Mohon pencerahan wahai TT bijaksana?


Unknown commented on
 "MEYAHUDIKAN PALESTIN"

Kah kah kah.... Lu memang cekap TT... Edy bawang cakap inila yang dikatakan pengamalan agama suku politik suku.... Golongan penunggang agama tak akan setuju dengan lu.... Mereka sudah hijack isu palestin dah lama dah.... Ini terdapat dalam kitab karangan mereka sendiri... Bila lu hidup dengan ideologi lu sanggup mati untuk ideologi sebab otak lu sudah biul bukan setakat mata joling... 

Tapi kalau lu hidup dalam realiti maka otak lu tak henti henti berfikir..... Segala konflik dalam donia ni kerana pertembongan ideologi taik ciptaan maknusia.... Sampai tunjuk pelangi pun jari boleh kudung...sekarang kalau lu tunjok pelangi tangan you boleh kena rampasssssss..... Kah kah kah


Unknown commented on
 "MEYAHUDIKAN PALESTIN"

tulisan yang baik

KERAJAAN MADANON AKAN TERSUNGKUR ?


KERAJAAN

MADANON AKAN

AKAN TERSUNGKUR

KHALAS


Unknown commented on
 "NAJIB AKAN BEBAS ?"

Kah kah kah.... Najib wajib dibebaskang.... Kalau tak madanon boleh tersungkur.... DAP? Kah kah kah adala sorang dua keluar....

BERITA BAIK


BERITA BAIK



SABTU 4 NOVEMBER 2023
KELMARIN JUMAAT
ADA BERITA BAIK

MEDIA MELAPORKAN
HARGA AYAM TIDAK NAIK
AMIN

HEBOH HEBOH
ADA LAGI YB PERIKATAN
YANG DI JEMPUT OLEH AGENT MADANON
 UNTUK BERPALING TADAH
PASAL APA

WAT IS DE  BEKOS
JENG JENG JENG

BUKANKAH MADANON
DAH RAMAI YB
PASAI APA PERLU DI LAMAR LAGI
JENG JENG JENG

INI MESTI ADA PERKARA
YANG KITA TAK TAHU
MESTI ADA PERANCANGAN
MESTI ADA KONSPIRASI
MESTI ADA GAJAH DI BELANKANG YB
KAH KAH KAH

SATU PORTAL POLITIK
POLITICNOW.COM
DAH MULA LAPOR 
LAPOR APA?
LU GI BACA SENDIRI
JENG JENG JENG

DALAM PORTAL INI
 ADA TULISAN HEBAT
DARI ORANG DALAM
MAKLUMAT POLITIK & EKONOMI
AMIN

NEW YORK PBB
BUAT KENYATAAN DAH TAK SANGGUP
BANTU 600,000 PELARIAN
ARAB PALESTIN

ISREAL
NETANYAHU KATA
PERANG DITERUSKAN
TAK HENTI
SELAGI TAWANAN TAK BEBAS

LEBANON
PEMIMPIN HEZBOLLAH
BUAT KENYATAAN
SUDAH BERSEDIA

PEMIMPIN HEZBOLLAH 
HASSAN NASARALAH BERKATA
HEZBOLLAH TIDAK GENTAR
DENGAN KAPAL PERANG AMERIKA
DI  LAUT TENGAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS 
MATA HARI BELUM KELUAR

GUA HANYA PASANG TELINGA
DENGAR CENGKERIK BERSIMPONI
DI PINTU MASUK
TERKUKUR MENGGIGAL
DALAM PADANG RUMPUT
SUARA KENG KENG AMAT JAUH
TERTIBA
DI JALAN PULANG
MURAI BERKICAU
PAGI INI JADI INDAH

GUA NAK KE CHOW KIT
GUA NAK TENGOK HARGA AYAM
GUA NAK TANYA TUAN GERAI
MINGGU LALU 9 RINGGIT SEKILO
HARI INI BERAPA

JUGA AYAM PENCEN
DULU 6 RINGGIT SAEKOR
HARI INI BERAPA
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
YANG PERMAI

MAKAN UBAT BUNUH KUMAN
HIDUP SEHAT BANYAK RAHMAT
BILA NAJIB BEBAS HUKUMAN
APAKAH ANWAR AKAN SELAMAT

MAKAN UBAT BUNUH  KUMAN
DERAP BERTAPAK PUTUS IKATAN
 NAJIB BEBAS DARI  HUKUMAN
APAKAH DAP  KELUAR PAKATAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MAKAN AYAM