Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 3 November 2011

DAFTAR NAMA PUN KENA TIPU?




TAUBAT : PENGAKUAN SUCI




NOTA:
kerajaan pakatan di selangor
aklan kalah
bukan kerana mb khalid lemah
bukan kerna exco rasuah
bukan kerana adun tak buat kerja

kerajaan selangor kalah kerana
tipu undi yang telah hampir selesai diatur
mat bangla
mat indon
mat mymar
menjadi pengundi

rela
wataniah
isteri rrela
bini wataniah
semua menjadi pengundi pos!



PENDAFTARAN PAKATAN: ROS DIDAKWA MENIPU
- mkini

Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka.

Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu.

Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..INI BARU MENDAFTAR KAN GABUNGAN PARTI...kah kah kah..

kah kah kah ...HANYA NAK MENDAFTARKAN PARTY DIBAWAH SATU NAMA..... kah kah kah
kah kah kah..ITU PUN MEREKA NAK MENIPU.
..kah kah kah..

woit...BAYANGKAN PILIHNARAYA NANTI... BAYANGKAN...kah kah kah..

kah kah kah...HABIS SEMUA BENDA DITIPU...kah kah kah..

woit...HANG INGAT DEPA NAK BAGI PAKATAN MENANG?.... kah kah kah..

kah kah kah...TENGOK...NAK REGISTER NAMA PUN DITIPU...kha kah kah...


LAPAN TUNTUTAN WAJIB DITUNAIKAN




NOTA:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama pilihanraya akan diharamkan
di malaysia ini!



TAHNIAH - KEPADA PEJUANG BAHASA




DUA EKOR KAKI TIDOO















PPSMI: KEPUTUSAN MUKTAMAD , KATA MUHYIDDIN - minsider

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) muktamad, kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Mengulas desakan beberapa pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Muhyiddin berkata, tidak akan diadakan sebarang perbincangan lagi memandangkan kerajaan sudah pun memutuskan bagi memansuhkan dasar itu pada 2009.

“Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringakt, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali,” kata beliau lagi.

“Kemungkinan mereka (pihak yang mendesak) sudah ketinggalan zaman,” kata beliau sambil menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan satu kumpulan kecil.

NOTA:
inilah tanda seorang pemimpin yang tidak tidoo
inilah tanda seorang pemimpin yang tidak flip flop
inilah tanda bakal perdana menteri malaysia

masanya telah sampai untuk tim muhyiddin ambil alih negara
masanya telah sampai untuk pasokan muhyiddin memimpian malaysia

tunggu lama buat apa?
tunggu sampai pakai tongkat?
kah kah kah



CERIA TERSENYUM BAKAL PM



MULUT BESAR ATAS BAWAH




MULUT BESAR







ANAK PEREMPUAN NAJIB TAK ADA DI PERTAH SEMASA CHOGM- mkini

Konsul besar Malaysia ke Perth, Hamidah Ashari dalam sepucuk surat kepada akhbar The New Straits Times pada hari Selasa, menafikan bahawa anak perempuan Najib Razak berada di sana sewaktu mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) baru-baru ini.

Hamidah menjawab artikel dalam akhbar The Western Australia baru-baru ini, bertajuk "Delegates go shopping, sightseeing"

(Perwakilan membeli-belah, bersiar-siar) yang mendakwa anak perempuan Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) di pusat membelibelah David Jones.

Beliau menjelaskan bahawa anak perempuan perdana menteri bukan sebahagian daripada delegasi yang menghadiri CHOGM atau dia berada di Perth pada masa itu.

Oleh itu, katanya, dakwaan bahawa anak perempuan perdana menteri membuat pembelian di sana adalah tidak benar.

NST juga memetik setiausaha politik Najib, Fatmi Che Salleh sebagai menafikan bahawa anak perempuan Najib berada di Perth.

"Setakat yang saya tahu, dia tidak pergi dengan perdana menteri. Oleh itu, jika dia tidak berada di sana, maka cerita itu adalah jelas tidak betul," Fatmi dipetik memberitahu pemberita di Kota Bharu semalam.

Najib dan suaminya, Rosmah Mansor menjadi sasaran kritikan selepas laporan akhbar The Western Australia dipetik oleh ahli politik pembangkang dan penulis blog

KAH AKH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BETUL BETUL FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah...AKHBAR ORANG PUTEH INI BUAT FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah...BERAPA KALI NAK CAKAP MULUT BESAR TAK ADA DISANA.... kah kah kah..

kah kah kah....BUKAN MULUT BESAR YANG BERSHOPPING.... kah kah kah...

kah kah kah...WARTAWAN AKHBAR INI MESTI TERIMA RASUAH DARI CIK GU BARD...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TIDAK MACAM MANA BERITA FITNAH INI KELUAR?.... kah kah kah

MAKAN FREE



NOTA:
kenapa berita ini keluar?
kalau betul mulut besar tak ada disana
ertinya jelas ada kumpulan anatarabangsa
yang berselindung disebalik media untuk menibai
rosmah dan najib

siapa dibelakang kumpulan ini?
mungkinkah ezam mat nor?
mungkinkah gobala?
atau ini kerja muhyiddin yassin
kah kah kah


NOTA:
dan kenapa sesudah dua minggu
berita ini muncul kemabali?
adakah ini satu perancangan
agar kesah mulut besar terus
dimedia? kah kah kah

LAGI BESAR


KES ROGOL AMAH DI BUKA DI LONDON




POTONGAN DARI AKHBAR INDONESIA




MEKANISME AKAN DIWUJUDKAN BAGI TANGAN JENAYAH SIBER - meloya

LONDON 3 Nov. – Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, kata Rais Yatim.
Dia berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang diadakan selama dua hari dan berakhir di sini semalam.

"Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain.

"Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa,” katanya selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini semalam.

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil. – Bernama


NGO TERIMA LAPORAN AMAH DIROGOL





ini berita
yang ingin
kita baca:



MEKANISME AKAN DIWUJUDKAN BAGI TANGANI JENAYAN ROGOL AMAH

LONDON 3 Nov. – Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah rogol amah, kata Rais Yatim.

Dia berkata, persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruag Rumah dan Hak Asasi Amah ( RRHAA) yang diadakan selama dua hari dan berakhir di sini semalam.

"Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain.

"Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah rogol amah harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa,” katanya selepas menghadiri persidangan berkenaan di sini semalam.

“ Malaysia yang banyak mengunakan khidmat Amah dari Indonesia akan memastikan bahawa semua amah yang berkerja di Malaysia akan mendapat pembelaan dan keselamatan yang baik. Kebelakang ini banyak laporan kes rogol amah yang telah diterima oleh pihak polis.”

Walau bagaimana pun kes rogol amah ini telah berkurangan. Kes terakhir yang mendapat liputan besar media ialah aduan seorang Amah yang bernama Robiah. Amah dari Indonesia ini telah membuat laporan kepada sebuah badan NGO – Migrant Care – yang beribu pejabat di Jakarta. Amah ini telah membuat laporan yang dia telah dirogol oleh Rais Yatim

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada syarikat pekerja asing, kerajaan, industri dan masyarakat sivil. – Tiewnama


MENGENAL IBADAH HAJI DENGAN ILMU SEMIOTIK



SATU KAJIAN AWAL IMEJ HAJI




AL-HAJI DAN SEMIOTIK

Mari kita sama sama melihat gambar ini dengan menggunakan ilmu semiotik. Semiotik ialah ilmu untuk membaca tanda dan makna yang lahir dari imej. Semiotik ialah ilmu melihat dan membaca gambar. Gambar atau imej memiliki nahu - seperti bahasa. Dengan mengetahui nahu ini kita boleh mengetahui/membaca dan memahami makna dan tanda yang dipancarkan oleh gambar/imej.

Gambar diatas mempelihatkan Rosmah dan Najib serta rombongan dari Malaysia sedang berjalan dan dikelilingi oleh soldadu. Gambar ini bukan diambil di Putrajaya kerana soldadu ini kelihatan amat asing. Najib dan Rosmah tidak memakai baju dan pakaian biasa. Rosmah tanpa cincin dan mutiara. Rosmah tanpa beg Birkin. Maka akan ada orang akan merasa pelik melihat pakaian Rosmah dan Najib ini. Apakah mereka berteater atau bersandiwara?

Tetapi kepada yang tahu hal ehwal Islam atau seorang Muslim - mereka akan tahu Rosmah dan Najib memakai Ihram. Sedang berada di Mekah dan bukan berteater di Istana Budaya.

Lalu timbul persoalan – siapakah pengiring Rosmah dan Najib ini? Ini kerana soldadu ini memakai pakian chelorong cheloreng? Apakah keadaan amat bahaya? Jika ini di Kaabah maka gambar ini memberi makna bahawa Rumah Allah ini dalam bahaya?

Lalu timbul persoalan – bukankah di wilayah ini – dari sejarah nya – yang paling ditekan dan diajar ialah AMAN dan DAMAI – maka kenapa perlu bala tentera? Untuk yang mengetahui sejarah HAJI – akan bertemu babak sejarah dimana Muhamad telah datang membawa AMAN. Malah membunuh/memburu binatng liar pun diharamkam pada musim ibadah Haji? Mengapa perlu soldadu?

Maka timbul persoalan : Apakah ayat ini wujud? : wahai orang orang beriman apabila kamu ada harta dan ada cincin berlian apabila kamu ada kuasa dan kekayaan maka apabila kamu hendak melakukan ibadah haji hendaklah kamu memakai soldadu dan bala tentera kerana mungkin ada kaum mushrikin yang kana merompak kamu - INI ADALAH AYAT SETAN.

Mari kita selidiki lagi apa makna gambar ini. Apa tujuan gambar ini? Gambar ini pertama dikeluarkan untuk untuk memberitahu Mak Cik Felda bahawa Rosmah dan Najib kini sedang beramal ibadat di Mekah. Imej khusus ditujukan kepada manusia Melayu/Islam.

Gambar ini diambil dan disebarkan bertujuan untuk mengatakan kepada bakal pengundi Melayu/Islam bahawa : Rosmah dan Najib itu adalah insan warak. Kes Bunuh Altantuya, kes makan duit komisen, kes rembat tanah lapangan terbang TUDM di Sungai Besi – semuanya telah disucikan dengan gambar ini. Gambar ini akan menjadikan tanda bahawa semua cerita-cerita itu fitnah. Cerita yang tidak boleh dipakai kerana sebenarnya Rosmah dan Najib ini orang yang warak.

Gambar ini disebarkan dengan tujuan meminta Malayu/Islam mengundi gerombolan. Ini gambar poster berkempen.

Dari segi semiotik pula gambar ini adalah GAMBAR ASOSIASI – atau GAMBAR BERKAIT. Contohnya ramai anak muda ingin mengambil gambar berdiri disebelah Siti atau Mawi. Justeru yang bergambar akan bangga dapat dikaitkan imej mereka dengan penyanyi pop ini.

Atau mengambil gambar di hadapan parlimen British. Jika ada Mak Cik Felda melihat gambar dihadapan parliemn ini maka Mak Cik Felda akan menganggap bahawa – cukup terer orang yang dalam gambar kerana telah sampai ke London. Ini maknanya gambar berkait.

Gambar ini mengkaitkan Rosmah dan Najib dengan Rumah Allah. Dengan Islam.Dengan kesucian beribadah.

Tidak percaya? Ini satu lagi fitnah dari Tukar Tiub? Pandang sudut gambar ini betul betul. Dari sudut mana gambar ini diambil. Ianya bukan diambil dengan kamera cap ayam. Gambar ini diambil dari tempat tinggi. Ertiny memang ada juru gambar yang dibawa khas untuk mengambil gambar ini.semua ini dirancang.Walau opun ambil gambar ini BUKAN tercatit dalam rukum Haji, atau ini adalah rukun Haji yang terbaru.

Justeru terbukti gambar ini memang untuk disebar. Ini bertujuan untuk mengkaitkan Najib dan Rosmah dengan Rumah Allah. Ini untuk memperlihatkan betapa suci nya Rosmah dan Najib.

Lalu persolaan timbul: Apa sebenarnya naratif atau cerita gambar ini?

Gambar ini adalah contoh terbaik apabila Islam difeudalkan. Inilah contoh terbaik apabila Islam di GEROMBOLANKAN. Gambar ini adalah wajah Islam Feudal. Konsep dan falsafah AL-Haj adalah KESAMARATAAN. Semuanya sama didalam Rumah Allah. Semua sama di hadapan Allah. Semua mengabdikan diri beramal kerana Allah bukan kerana undi atau RRU 13.

Tidak ada yang SPESIAL dihadapan mata Allah kecuali yang bertakwa. Beg Birkin dan cincin berlian tidak akan diambil kira. Di hadapan Allah tidak tidak Tun, Taan Tin , Tong, Datuk, Seri , Datin. Semua dianggap sama justeru SEMUA memakai pakaian yang sama – ihram.

Dengan ini jelas bahawa imej ini adalah imej terbaik untuk memperlihat betapa Islam telah difeudalkan – difeudalkan oleh Raja Saudi. Dan di feudalkan oleh Gerombolan/Melayu/Bumiputera/Ketuanan Melayu
.

Islam menentang feudal. Sayangnya satelah lebih dari seribu tahun maka agama ini semakin menjadi feudal dan terus difeudalkan. Imej ini adalah imej asap candu yang akan melalaikan Mak Cik Felda. Imej ini adalah imej feudal yang memperlihatkan bahawa di Kaabah pun – didalam Rumah Allah – ada yang wilayah khas untuk yang berkuasa. Yang berkuasa ini spesial tak kira sanma ada telah terlibat dalam kes bunuh Altantuya atau kes rembat tanah TUDM. Lihat bagaimana telah dilucahkan tempat suci ini.

Wahai orang orang yang cerah sedarlah oleh kamu bahawa agama hari ini sedang dijual beli. Ada agama yang sedang menjadi dadah. Ada agama yang diperniagakan. Ada agama digunakan untuk menindas orang lain. Ada agama digunakan untuk menjadi kaya raya. Dan ada agama dijadikan kempen pilihanraya.

Jika masih ada yang tidak faham akan tanda dan makna imej ini maka sila baca ayat ini: Wahai orang orang yang bodoh apabila kamu telah berjaya dibodohkan maka hendaklah kamu sentiasa menjadi bodoh kerana kebodohan kamu itu adalah tanda bahawa kamu telah betul betul bodoh. Jika kamu bertemu dengan ayat ayat semiotik ini maka hendaknya pecah kebodohan kamu itu agar kamu menjadi insan yang bertakwaayat Tukar Tiub.


NOTA:
siapa pula yang lain lain di belakang Rosmah dan Najib?
selain dari soldadu dan sosok yang tidak memakai ihram
pasti mukabharat polis rahsia saudi arabia
yang lain dari itu ialah para juak dan kaki kaki bodek
pencari kontrek, bakal yang ingin jadi calon, broker tanah
kontrektor kelas A, pegawai kerajaan, Ksu dan pelbagi macam malaon
sayang sekali vincent tan dan ananda bukan islam
kalau tidak pasti mereka pun ada dalam rombongan


KITAB WAJIB BACA


NOTA:
wahai anak anak muda
jika kamu ada masa
wajiblah kamu mencari
membeli buku ini agar
kamu fahamlah hendaknay
makna dan tanda naik haji


MAHASISWA BERDEMO LAGI DI UPSI




BAKAL GURU BERANI BERDEMO








5,000 MAHASISWA ISMO UPSI TUNTUT JAMINAN PENEMPATAN - meloya

TANJUNG MALIM 2 Nov. – Seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti tersebut seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan berkata, tuntutan tersebut dibuat ekoran kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari


SALUT UNTUK YANG BERANI











NOTA:
satu pertanda yang amat baik
mereka adalah bakal guru
yang telah berani berdemo

bila telah menjadi guru nanti
mereka bukan saja akan mengajar
maths dan sains dalam bahasa melayu
mereka juga akan mengajar murid sekolah
agar berani turun berdemo
kah kah kah



NOTA:

madey kata demo bukan budaya kita
hari ini demo telah menjadi darah daging anak muda
syabas!



AKAN DATANG - BUKU DARI NAJIB RAZAK





UNTUK KERAS DAN NGANG





BUKU SEKS ISLAM DI HARAMKAN


Kerajaan akhirnya mengharamkan buku kontroversi "seks Islam" yang diterbitkan Kelab Isteri Taat.

Sesiapa yang memiliki buku karangan balu kepada pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad itu boleh didenda sehingga RM5,000, lapor The Star.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Md Nor dilaporkan berkata, ia diharamkan kerana buku itu dikeluarkan oleh pertubuhan yang mempunyai hubungan jelas dengan al-Arqam.

Oleh kerana pergerakan itu diharamkan, segala yang berkaitan dengannya, termasuk kelab dan buku, turut juga haram, katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Inggeris itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini dilaporkan menimbang untuk menyekat pengedaran buku tulisan Hatijah Aam yang didakwa menonjolkan seks dengan cara tidak beradab itu.

Kelab Isteri Taat mengehadkan jualan buku setebal 115 halaman itu kepada anggotanya yang telah berkahwin sahaja dengan harga RM50.


BUKU SEKS KELAB TAAT SUAMI HARAM – berita hairan

KUALA LUMPUR: Buku Seks Islam perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia terbitan Kelab Taat Suami (KTS) diwartakan sebagai haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas didapati bercanggah dengan ajaran Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim, berkata hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati kandungan buku terbabit menyalahi Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam.

“Kita sudah menghantar buku berkenaan kepada KDN semalam (kelmarin) untuk diwartakan sebagai penerbitan yang diharamkan kerana kandungannya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KECEWA YANG MAHA SANGAT.... kah kah kah...

kah kah kah.... INDIA ADA KAMASUTRA.... kah kah kah..

kah kah kah...CHINA ADA THE ART OF BED CHAMBER.... kah kah kah..

kah kah kah... ARAB ADA PERFUMES GARDEN.... kah kah kah...

kah kah kah...AMERIKA ADA DEEP THROAT.... kah kah kah..

kah kah kah...SWEDEN ADA I AM CURIOUS YELLOW.... kah kah kah

woit...TAK KAN MELAYU TAK BOLEH.... kah kah kah..

nota:
najib razak sedang menulis
sebuah buku bernama : KELAB SEX DAN TAAT KEPADA ISTERI
sesiapa berminat sila pesan dengan segera
kah kah kah



HANYA GAMBIR SERAWAK


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
tak kan sex melayu
hanya gambir sarawak
kah kah kah


HANYA SATU JAWAPAN : BANGUN DAN LAWAN!




ANAK MUDA WAJIB BERANI





KENYATAAN KHALED NORDEN TENTANG AUKU TIDAK MASUK AKAL


Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa Datuk Seri Mohamed Khaled Norden, Menteri Pengajian Tinggi bahawa beliau akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khaled dilaporkan berkata:

“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.

“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.

“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…

“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”

Kenyataan Khaled sendiri tidak masuk akal. Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan? Banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.

Apatah lagi, beliau seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai AUKU. Adakah beliau terlupa tentang Timbalan Menterinya sendiri, Dato Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama. Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat