Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 15 Disember 2012

SATU SOALAN UNTUK HAKIM YANG AKAN MENDENGAR RAYUAN SIRUL DAN AZILAH - SAPA UPAH MEREKA?



KOMENTAR TUKAR TIUB
rosmah dan najib tidak ada pilihan
rosmah dan najib tidak dapat lari
kes pembunuhan altantuya ini akan terus hidup

media milik united malays national organisation 
boleh senyap membatu
boleh tak ambil pot
boleh buat deeek

tetapi media dunia sedang heboh
media yang anti gerombolan sedang heboh
media dan lawan web sedang heboh
fb dan tweeter sedang heboh

soalan untuk kurun ini:

1- siapa upah sirul dan azilah bunuh altantuya?

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula - Karpal

Harakahdaily,15 Dis 2012


PULAU PINANG: 
Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.




---

MARI KITA BUAT RAMAI - MARI KITA TURUN KE KUALA LUMPUR




PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sila masukkan tarikh ini
dalam jadual hidup
pastikan sabtu 12 januari
di kuala lumpur

BERSEDIA DARI SEKRANG
tempah tiket bas
tempah bilik menginap
tempah tempat tidoor
tempah tiket keretapi
tempah tiket kapal terbang
yang nak berjalan kaki mulakan pada wal januari

WARGA KUALA LUMPUR
sediakan toto untuk tamu
sedia tempat menginap untuk tamu

MAMAT DAN MINAH REMPIT
jika ingin datang bermotor
pastikan injin tip top
pastikan ada lesen memandu
pastikan ada lesen jalan

SENIMAN DAN BUDAYAWAN
mula menulis shaer dan puisi
mula menulis cerpen dan certot
mula menulis dairi harian

PELUKIS GRAFIK
mulakan melakar imejan
tentang kebangkitan rakyat

PARA GAGALIS
inilah peluang untuk mengenal minah cun
inilah peluang untuk mengenal balak handsome
ini lah masanya untuk jatuh cinta 
cinta suci dikancah demo

IBU DAN AYAH
berkorbanlah
berilah kebenaran untuk anak anak turun berdemo
berilah anak anak membuat sejarah
 NOTA
kaki bodek
dan
kaki masuk frame
dijemput sama untuk buat ramai



---------

HATI KAMI BESAMA KAMU YANG GUGUR




DIA DATANG DENGAN 
SENJATA

PAGI ITU DIA DATANG
DENGAN SENJATA KELILING PINGGANG
LALU MEMUNTAH BESI PANAS
 MEROBEK  20 ORANG KAWAN  KAWAN KAMU
LALU MEROBEK
GURU  DAN PENJAGA KAMU

HATI AKU YANG JAUH DISINI
MENITISKAN AIR MATA SEDIH
HATI AKU YANG AMAT JAUH DARI KAMU
MERAKAMKAN KESEDIHAN INI

AKU CUBA MERASAKAN APA YANG KAU RASAKAN
AKU CUBA MENANGISI APA YANG KAU TANGISI
AKU CUBA MERASAKAN KESEDIHAN AYAH DAN IBU KAMU
AKU CUBA MERSAKAN KESEDIHAN ADIK DAN KAKAK KAMU
AKU CUBA MERASAKAN KESEDIHAN KUCHING DAN ANJING KAMU
YANG TUANNYA TELAH GUGUR
TAPI
KAMULAH PEMBAWA BEBAN  KESEDIHAN
KAMULAH  PEMBAWA BEBAN
YANG TIDAK AKAN PADAM PADAM

UMUR KAU YANG BAGITU MUDA
BETAPA LAMA BEBAN INI AKAN KAU PIKUL

BETAPA SEDIHNYA SEJARAH HIDUP KAMU
SETIAP KALI 
SALJU SALJU  PUTIH TURUN BERTABURAN
DARI LANGIT YANG BIRU
KAU TERINGAT  
LOPAK LOPAK SALJU YANG MERAH

SETIAP KALI KAU SARONGKAN MANTEAU ITU
INGATAN ITU AKAN DATANG

SETIAP KALI
MAULUDUL RASUL NABI  ISA  AKAN SAMPAI
KESEDIHAN AKAN MELUKA KEMBALI

APABILA KAU KE GEREJA 
BERDOA
UNTUK   ISA DARI NAZARETH
AKU  BERSAMA MENADAHKAN TANGAN KE LANGIT
AGAR ROH ROH ITU
BEREHAT DI TEMPAT YANG SUCI

ANAK  ANAK  SEKOLAH YANG BERSEDIH
PANDANG SEKALI LAGI
LIHAT SALJU YANG MEMUTIH 
SENYUMLAH
DUNIA INI AKHIRNYA ADALAH MILIK KAMU
DAN
BUKAN MILIK MEREKA YANG BERSENJATA
 

Newtown gunman kills 20 children in elementary school shooting

Connecticut state police say unidentified gunman killed 27 people in one of the worst mass shootings in American history

APA SUDAH JADI DENGAN PENULIS YANG BERNAMA JOHAN JAAFAR?




LIHAT DAN LIHATLAH

KLIP INI DI AMBIL PADA 22 JUN 2011
dalam 
WARUNG DI SEBELAH 
DEWAN BAHASA  & PUSTATA
untuk 
MENGINGATI KELAHIRAN DBP
dalam 
WARUNG INI TT TELAH MENIMBULKAN
KES  KERTERLIBTAN NAJIB DALAM KES BUNUH ALTANTUYA
dan
KEGAGALAN WARTAWEAN dan SASTERWAN MELAYU
MENGARAP TENTANG KES INI
DALAM TULISAN
atau 
KARYA SENI MEREKA


Published on Nov 26, 2012
Pada RABU 22 JUN 2011 / 8.30 MLM
Tempat: WARUNG RAKYAT HAMPIRAN BANGUNAN LAMA DBP




----

SATU JUTA BUKAN SATU AMARAN TAPI SATU JANJI




KOMENTAR TUKAR TIUB

ombak perubahan telah samapai
ombak rakyat telah sampai

dari seremban
dari sabah
dari batu pahat
dari melaka
dari alor star
dari ganu
rakyat telah bangkit melawan
rakyat telah bangun melawan

NGO YANG KINI TERLIBAT:
royalti
anak
samm
smm
himpunan hijau
universiti bangsar utama
radio bangsar utama
kami
mufakat
dewan perhimpunan china
tanah
bersih
gmi
haus
anti pengerang
anti lynas
anti bukit koman
anti ppsmi

NOTA:
ngo ngo lain
yang ingin bersama
sebagai kaum kerabat
himpunan kebangkitan rakyat
sila hubungi #112

 

Himpunan 1 Juta: Rakyat yakin BN tumbang PRU13

Hazayani Zakaria,14 Dis 2012
DUNGUN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terus menyeru rakyat turun ke Himpunan 1 Juta Umat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan bagi menyatakan tuntutan mereka.

Bercakap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU, Paka dekat sini malam ini, Mohamad berkata, pada himpunan tersebut, rakyat akan menuntut pilihan raya dan bersih dan adil.

Tuntutan ini katanya kerana rakyat yakin kerajaan Umno BN mampu ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pilihan raya dijalankan secara telus.

"Semua NGO oren, merah, hijau dengan tuntutan masing-masing dan kita gabungkan dengan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih.

"Kita akan nyatakan segala tuntutan dan perhimpunan akan berlangsung aman tanpa gas pemedih mata," katanya.

Mohamad berkata, sewajarnya rakyat berasa marah terhadap sikap kerajaan Umno BN yang menzalimi mereka.

Sebagai contoh katanya, akibat sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar berhutang, kerajaan terpaksa mencari duit melalui syarikat swasta.

"Najib hero buat hutang. Yang dia tahu pagi raya menari.

"Hutang yang begitu banyak anak cucu kitalah yang akan bayar.

"Patutnya kerajaan cari duit tapi dia guna syarikat swasta cari duit.

"Contohnya AES yang dibayar kepada syarikat kroni Umno dan MCA," katanya.


----------

SOALAN UNTUK KURUN INI - SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH BUNUH ALTANTUYA?



KITA BERJUMPA 
DI KUALA LUMPUR



Pendedahan Deepak: Najib Rasuah PI Bala Melalui Adiknya Nazim Razak

Pengakuan Deepak Jaikishan telah memasuki fasa yang cukup untuk bukan sahaja mampu mengheret Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, bersama isterinya Rosmah Mansur dan juga adiknya Nazim Razak ke kandang mahkamah, malah turut mampu membawa pesalah ke tali gantung bersabit kes pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia Altantuya Shaaribu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini mendesak kes pembunuhan Altantuya dibuka semula ekoran daripada pendedahan Deepak yang mengakui pengakuan bersumpah kedua PI Balasubramaniam jatuh tidak sah dan pengakuan bersumpah pertama yang membabitkan nama Najib Razak harus digunapakai oleh mahkamah. 

Deepak juga mengaku membantu keluarga Najib Razak dalam satu misi pertemuan Najib dan PI Bala, namun akhirnya Najib menghantar wakil.

Deepak yang muncul dalam wawancara media baru-baru ini mensahihkan pembatalan pengakuan pertama PI Bala adalah atas permintaan Najib Razak dengan bayaran tertentu kepada PI Bala melalui pertemuan dengan adik Najib sebagai wakilnya iaitu Nazim Razak. Apakah bayaran rasuah ini dipakejkan sekali dengan sebarang 'ugutan' sehingga membuatkan PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya?

Akhirnya PI Bala hadir dengan pengakuan bersumpah kedua, kerana tiada pilihan terpaksa akur dengan kemahuan Najib Razak dan seterusnya menghilangkan diri mungkin kerana ugutan yang keras ke atas beliau. 

Sebagai rakyat Malaysia, SAMM melihat kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri wajib dinilai semula di atas keterlibatan Najib dalam pelbagai skandal sentiasa cuba disorokkan dengan pelbagai cara. SAMM tidak mahu negara ini dikuasai oleh penjenayah yang dihalalkan melalui cengkaman kuku-besinya. Rakyat yang celik maklumat tidak harus berdiam diri dalam menghadami kes jenayah profile tertinggi yang melibatkan seorang Perdana Menteri, kaum keluarganya dan sahabat se'parti'nya.

Perkembangan terbaru ini memberi petunjuk bahawa Najib Razak telah memberi rasuah kepada PI Bala melalui adiknya sendiri. Apakah tiada tindakkan dari SPRM dan pihak berkuasa yang lain hanya kerana Najib seorang Perdana Menteri? 

SAMM yang sudah berkali-kali membuat laporan dalam pelbagai isu dan skandal berkaitan, percaya bahawa tidak akan ada sebarang tindakkan yang akan dikenakan malah kertas siasatan juga tidak dibuka sekiranya laporan dibuat.

Razak, Scorpene dan Altantuya

Ketika skandal rasuah melibatkan pembelian scorpene yang turut terpalit nama Najib Razak dan Razak Baginda masih belum muktamad, kini negara tertumpu kepada persoalan yang lebih besar iaitu apakah benar Najib tidak mengenali Altantuya? 

Jika pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama dijadikan rujukan mahkamah kelak sudah pasti 2 Razak iaitu Najib Razak dan Razak Baginda tidak akan terlepas dari dipanggil oleh mahkamah. Motif pembunuhan Altantuya akan akhirnya terjawab.

Bagi mencerahkan orang ramai dalam isu Scorpene dan keterlibatan Altantuya, buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ yang ditulis dan diterbit sendiri oleh SAMM sedang dalam proses akhir penyiapannya dan buku 'panas' ini dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Dengan perkembangan dashat ini juga, SAMM sekali lagi mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaaribu dibuka semula malah SAMM juga mengajak orang ramai tampil memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya Perdana Menteri sedia ada dipangku oleh individu yang tidak terpalit apa jua isu dan skandal. Mekanisma pemilihan Perdana Menteri juga harus diteliti semula jangan sampai ketikanya penjenayah dilantik menerajui Malaysia.

Najib Razak harus tampil menjawab semua telahan serius ke atasnya, bukan hanya berdiam diri menyorok di belakang isteri dan jangan pula bersikap 'buang tabiat' dengan menerbitkan memoir atau biografi khas kononnya untuk menjawab segala tohmahan. Rakyat jelak dengan kebisuan melampau yang seharusnya menjejaskan nama baik negara.

Akhir sekali, SAMM tidak jemu untuk menyeru orang ramai menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang semakin menjelang. Hanya dengan menumbangkan BN maka kita semua bakal menyaksikan kesudahan kes jenayah terbesar tanahair yang melibatkan rasuah dan pembunuhan.


Edy Noor Reduan

Pengarah Propaganda SAMM



---------