Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 21 Ogos 2013

DEMO TIBAI AMERIKA JUMAAT INI



 DULU JUAL NEGARA PADA BRITISH
sekrang
NAK JUAL NEGARA PADA AMERIKA

BANTAH TPPA: DEMONSTRASI DAN PERARAKAN DITERUSKAN 23 OGOS INI

Selepas siri awal penentangan terhadap perjanjian rahsia TPPA yang berlangsung dalam bulan puasa 19 Julai lalu, kini bantahan diteruskan lagi demi memastikan tanahair tidak dijajah dalam bentuk yang baru. Perlawanan menentang 'penjualan negara' ini perlukan konsistensi selagi masih belum terlambat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik gerakan yang bermotto "Kekalkan Kemerdekaan - Tolak TPPA", akan bersama kumpulan anak muda lain untuk pertahan kedaulatan negara dari dicemar oleh 'sotong kurita beracun'. 

SAMM menyeru orang ramai khususnya warga kota menyertai satu lagi protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 23 Ogos ini di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak selepas solat Jumaat. Kemudian pada jam 2.30 petang, para demonstran akan berarak ke arah Kedutaan US untuk digegarkan oleh rakyat Malaysia yang cintakan tanahair.

Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dan sebarkan maklumat berikut;

Himpunan Bantah TPPA
Tarikh: 23 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 2.00pm (lepas solat)
Lokasi: Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak
Perarakan: Masjid Tabung Haji - Kedutaan US

SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih banyak pihak dalam demonstrasi dan perarakan ini. Semua pihak harus bersatu memastikan negara diselamatkan dari cukong konglomerat bertaraf dunia yang memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat. 

Tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap perjanjian yang menjadi 'jerangkap samar' kepada negara yang menyertai TPPA.

Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 23 Ogos di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

SIAPA PEMBUNUH UPAHAN ITU?







 SIAPA TUKANG UPAH
SIAPA DI BELAKANG 
PEMBUNUH
UPAHAN
 

BRO GOA  TERPERANJAT 
BILA LU TERPERANJAT

Bro, goa terperanjat bila goa lihat  ramai orang Malaysia terperanjat. Lu bukan  terperanjat berok.  Lu terperanjat macam  kumpulan cikah  yang kena sumpit  Orang Asal. Bersepah lari lintang pukang tak tentu hala. Bising tak tentu arah. Terjun kemudian memanjat. Kemudian meloncat. Kemudian menjerit ke hulu ke hilir tanpa arah. Mencikah-cikah dalam akhbar.

Cikah dan ungka menjadi bising bila dengar tembakan demi tembakan. Ada tuan empunya bank kena tembak. Ada Mak Cik kena tembak. Ada Pak Cik kena tembak. Ada yang menembak kena tembak. Dalam satu minggu tiap hari goa baca ada tembakan. Ada yang mati. Ada yang cedera. Ada yang nazak. Ini macam filem koboi. Tapi belum sampai tahap gaban saperti  di Kabul atau di Baghdad.

Tembakan sepetol  dan tembakan senapang setiap hari inilah  yang bikin para cikah, ungka dan lotong menjadi  bising.


Bro, goa baca Menteri Dalam Negeri kata bukan ratus-ratus, ada ribu ribu penjenayah yang telah dibebaskan apabila Undang-Undang Darurat dimansuhkan. Penjenayah tegar telah bebas dari penjara. Maknanya kontrektor Bumiputera pembekal makanan untuk Penjara Simpang Rengam tutup kedai. Banyak bilik penjara kosong. Ini berita sedih untuk  para kontrektor Bumiputera.

Anak Lelaki Iskandar Kutty bilang inilah harga yang wajib dibayar kalau kita semua mahu kebebasan. Para politikus yang baru menang pilihan raya juga menokok nambah cerita.   Ngo Melayu Islam yang ahlinya tak seramai kumpulan berok di Zoo Hulu Klang turut sama tercirit mulut. Cakap mereka penuh dengan aji no moto. Ngo Melayu Islam ini mahu ISA dan Akta Darurat di pekenalkan semula. Goa ingat mereka sedar jika banduan dan orang tahanan kurang maka kontrektor Bumiputera tak ada bisnes. Sunnah wal Rasuah susah berjalan. Susah cari makan.

Goa rasa pelik juga kenapa ramai sangat yang terperanjat. Fikir punya  fikir goa mula faham. Di Malaysia ini ramai orang telah jadi bonsai. Mereka tak dapat berfikir secara rasional. Mereka tak ada keupayaan untuk memiliki fikrah yang kritikal.  Perangai  Orang Bonsai suka  bertanya pada Ustaz untuk mencari naz dan sanad.  Orang Bonsai amat malas membaca. Malas menyelidik. Suka bertanya-tanya kerana tidak ada harga diri. Berjiwa hamba dan amat suka jadi tukang ikut dari belakang.

Goa lihat kalau lalat masuk ke mulut akhirnya akan keluar menjadi langau – Si Mamat ini melopong mendengar  jawapan dan temberang  Ustaz. Tapi kali ini Utaz-ustaz  ini  pun tak tahu apa yang nak dikelentong. Kerana ini kes sepetol bukan kes burung punai dan ikan sepat. Kalau hal punai dan sepat  Sang Ustaz ini cukup arif. Akan berbuih-buih  mulut Ustaz yang  baru berbini  dua  atau tiga.

Bro, biar  goa  cakap betul betul. Hal tembak menembak ini goa tak hairan langsung. Goa langsung tak rasa pelik. Goa hanya mahu  tanya kenapa baru sekarang lu  nak terperanjat. Kenapa baru sekarang lu mencikah.   Kenapa dulu  lu tak terperanjat. Bang dang bang ini bukan baru. Dah bertahun-tahun ada bang bang bang.

Mari goa buka cerita bagaimana Aminulrashid mati. Anak muda kiut ini mati ditembak. Tujuh belas das tembakan.  Hebat bro. Macam koboi  Clint Kayu Timur. Budak kiut ini anak saudara Piyan Habib – kawan gua.  Siapa yang tembak?  Budak  yang ini  baru bersunat   ditembak oleh penembak upahan. Penembak Upahan? Biar betul bro. Betul ini bukan fitnah. Lu baca  dalam akhbar Aminulrashid ini ditembak polis?  Goa bilang  polis ke ... mata-mata ke...  mereka semua sama. Mereka  ini  ‘macai upahan’ – diupah oleh  United Malays National Organisation.

Lu tak ingat ke  macam mana Kugan mati? Ingat  tak macam mana Francis Udayapan mati? Ingat jangan tak ingat. Jangan buat buat lupa. Ingat tak satu keluarga  India mati ditembak di Kelantan sebelum PRU 1999. Isteri orang India  yang mati ini sedang sarat mengandung.  Anak dalam perut pun mati sama.

Bro, lu ingat tak tiga anak muda mati ditembak di Shah Alam. Peluru masuk ke dahi mereka dari atas. Kenapa diatas? Kerana mereka sedang ‘menyembah’  polis minta ampon jangan ditembak.

Bro, lu ingat  tak anak muda mati di Sepang. Ibunya menangis merayu. Mungkin kes anak-anak muda ini lu lupa. Lu ingat ini semua kes Mat Rempit atau kes Mat Pet.  Lu silap besar bro.

 Ini ada satu kes lu mesti ingat. Mustahil lu lupa kes seorang Minah Cun. Minah  slim lagi bergetah. Minah ini  telah ditembak beberapa kali di Segambut. Minah ini bukan Minah Indon. Minah ini bukan penyamun.  Penembak Upahan United Malays National Organisation sedap-sedap main sepetol. Nasib baik Minah  ini tak jadi arwah. Kerana itu goa dapat dengar kesah dari  mulut Minah ini sendiri.  
 
Bro, kalau lu lupa semua kes sepetol dan tembak menembak ini  maka goa  nasehatkan lu jangan suka makan kepala ikan – nanti lu cepat lupa. Lu jangan makan aji-no-moto atau makan Ketaki atau Mek Dogal – semua makanan ini  menjadikan otak lu  lembab. Bila otak lembab lu menjadi pelupa. Goa nasehatkan  lu amalkan makan petai , kerdas dan jering  untuk penyegar ingatan. Ini petua dari arwah nenek goa.

Bro, satu hal goa nak beri tahu. Ini kesah lama. Goa masih ingat lagi cakap Lim Kit Siang bapak mentua Betty.Orang Tua ini cakap dalam masa sepuluh tahun  yang lalu  -  bukan ratus-ratus mati dalam tahanan polis atau mati ditembak polis malah ada ribu ribu. Ini Orang Tua yang cakap. Bukan goa cakap. Orang Tua ini cakap bukan dalam warong Ah  Seng tapi dalam Parlimen. Ini Parlimen tempat Dato Nazri Aziz kencing dari atas tingkap.

Masa  Orang Tua Lim bercakap para Cikah Melayu dan Lotong  Bumiputera tak heboh. Tak ada Ngo Melayu Islam buat bising? Angka pembunuhan  yang dilakukan  oleh  pasokan ‘beruniform’ melonjak naik. Kenapa ketika Orang Tua Lim ini bercakap tak ada  yang mencelah dan menafikan.  Goa ingat pada masa itu  Ngo Melayu Islam ini belum dapat bayaran bulanan dari ‘Penaja’.  Moto Ngo Melayu Islam ini cukup molek - kalau ada ‘fulus’  semua boleh ‘lulus’

Bro, dengar goa cakap – lu jangan ketawa.  Ngo Melayu Islam ini kalau ada upah akan buat  apa saje laporan polis. Mereka sanggup buat laporan mengatakan Barak Obama ini lahir di Kuala Pilah. Barak Obama ini anak Lebai Bidin dan  anak tiri kepada Bidan Limah. Malah mereka sanggup menuduh  Sophia Loren bintang filem Itali itu sebenarnya Melayu yang bernama Sopiah binte Haji Loren.

Goa tak fahamlah  apa pasal lu terperanjat  dengan  kes tembak dan kes bunuh. Lu pergi jumpa  Nazri Aziz. Sila tanya sama Nazri : anak Menteri mana terlibat kes bunuh tapi tak pernah didakwa. Lu jangan buat-buat donno.  Lu jangan buat-buat lupa. Di Johor berapa banyak kes tembak dan kes pukul. Ada yang mati dan ada yang tak mati.  Tapi satu habuk pun tak ada sesiapa yang  didakwa dakwi.

Bro, lu lupa kes  gaduh besar  dalam kelab malam dua tahun dulu? Ada  sepetol keluar masuk. Ada kepala kena ketuk oleh sepetol.Ya ampoon ya maulana kes ini langsung tak tahu apa sudah jadi. Apa sudah jadi goa pun tak tahu.  Anak Raja Gopal mana keluar sepetol pun goa sudah lupa.

Satu lagi goa mahu cakap kalau lu rajin lu pergi tanya  Datuk  Seri Hishammudin Hussein. Tanya sama dia semasa isteri dia shopping luar negara   siapa yang bayar? Opps... Maaf. Jangan tanya ini. Tanya masa isteri dia pergi shopping luar negara dia ada  Tan Seri Ta  Ta...oppps ..silap lagi. Ada dia bai bai pada isteri dia atau tidak – ada ta ta atau tidak.

Bro, gua dengar lu ada motosikal besar.  Goa ada satu idea. Goa  cadangkan lu join kelab motor besar yang patronya Datuk Dr Zahid Hamidi. Nanti bila ada ‘outing’ lu  buat baik-baik dengan Datuk Zahid. Kemudian lu tanya dia tentang kes pukul orang.  Mustahil bunyinya – Menteri Dalam Negeri Malaysia  terlibat dalam kes pukul memukul. Goa hanya baca dalam akhbar. Betul atau tidak goa tak tahu.

Bro,  goa cakap lu jangan terperanjat. Apa nak dihairankan. Kes anak Nazri Aziz ke? Kes pukul Zahid  Hamidi ke? Kes kerabat main sepetol ke? Kes kepala samseng  ‘ sponsor’  anak bini menteri ke?  Ini Malaysialah bro. Semua boleh kautim. Ini kerajaan ketuanan Melayu.  Goa harap lu faham - kes tembak menembak ini bukan baru. Tiap hari ada rakyat kena bedil.

Bro, lu mahu tahu apa sebab semua ini ini berlaku?  Orang China cakap – ikan jadi busuk mula dikepala. Negara jadi hancur bila menteri membunuh. Bila menteri memukul.  Bila anak menteri membunuh.

Lu ingat goa bohong?

Bro lu jangan buat-buat lupa. Perdana Menteri Malaysia Najib bin  Razak ada terlibat kes bunuh. Lu jangan lupa Minah Cun Miss Altantuya. Minah ini  mati bukan kena  sepetol tapi kena  bom C4. Bro... lu hairan ke? Lu ingat  sepetol bang bang bang  ini ada kerana ISA tak ada? Lu ingat sepetol banyak menembak ada kerana Akta Darurat di mansuh. Brader , lu jangan jadi bangang.  (TT)

 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar minguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akbar ini 
sila pukul talipin: 03-92-21-10-45
 
 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

LAGI AJARAN SUNNI WAL RASUAH




Jamil: Kita tidak pernah kacau orang Syiah
  • "Kita tidak pernah kacau orang Syiah. Tetapi di Malaysia, orang Malaysia yang sudah beragama Islam, tidak boleh dikembangkan ajaran (Syiah) itu," kata  Jamil Khir Baharom.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit ... TERGOLEK DOG BACA KENYATAAN INI... kah kah kah..

kah kah kah....NASIB BAIK HUKUM BERBOHONG TIDAK POTONG LIDAH...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU POTONG LIDAH TERSEKSA MAK DATIN BINI JAMIL... kah kah kah..

kah kah kah,... SEKSA MACAM MANA?.... kah kah kah..

kjah kah kah... SEKSA TAK DAPAT KENA JOLOK DENGAN LIDAH.... kah kah kah

TAIPING 20 Ogos - Dua individu termasuk seorang doktor wanita dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak kerana memiliki dokumen dan buku berkaitan Syiah...



SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT

dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

SUNNI WAL SAUDI





KOMENTAR TUKAR TIUB
saudi arabia dieram dan dinetaskan
oleh kuasa imperial anglo-amerika

pada tahun 1971 perjanjian bretton wood lingkup
nilai dolar jatuh kerana perang vietnam
akhirnyta dolar tidak lagi bersandarkan emas

presiden nixon pada tahun 1972
buat janji dengan raja saudi
jual beli bahan bakar minyak petrol
wajib menggunakan dolar sahaja
hanya dolar amerika yang boleh digunakan
untuk beli bahan bakar minyak
dengan ini nilai dolar melonjak

nixon janji kaum keluarga saudi
akan di jaga oleh amerika dari di ganggu gugat

hari ini amerika cetak dolar
hari ini amerika eskpot dolar
hari ini raja saudi hidup selamat

inilah persokongkolan 
kuasa imperial anglo-amerika
dengan raja saudi

raja saud kemudian jual agama
ekspot masjid 
ekspot kitab
ekspot imam
ekspot dinar
maka ramai umat islam jadi ngok
maka ramai orang melayu jadi bangang

dalam masa yang sama 
amerika ekspot kertas hijau
yang dipanggil dolar

satu dunia kena tipu
satu dunia kena kelentong

SUNNI WAL SAUDI

NOTA
Recognizing that the US, and the rest of the world, was going to need and use more oil, a lot more oil, and that Saudi Arabia wanted to sell the world’s largest economy (by far the US) more oil, Nixon and Saudi Arabia came to an agreement whereby Saudi oil could only be purchased in US dollars. This caused an immediate and strong global demand for US dollars.

Kebenaran milik Allah, bukan di Barat bukan di Timur

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat,20 Ogs 2013
Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

DEMO JUMAAT 23 HARIBULAN INI




PENGUMUMAN
obama akan datang
najib akan persembahkan
perjanjian jual negara ini 
kepada obama

obama ialah  wakil kaum kapitalis antarabngsa
tak percaya
sila lihat dan tunggu

kalau tak lawan sekarang
negara akan terjual


DEMO TIBAI NAJIB
JUAL NEGARA PADA OBAMA 


 DEMO BANTAH  TPPA

Dibulan kemerdekaan ini, kami berbesar hati jika anda peduli serta ambil tahu tentang kesan buruk Perjanjian Trans Pacific Partnership (TPPA) dan turut serta dalam bantahan awam terhadap perjanjian yang berat sebelah ini... 

Masa depan Malaysia adalah masa depan anda jua
TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA
AKTIVITI : Mengadakan himpunan aman dan berarak ke Kedutaan Amerika dari Bangunan Tabung Haji (hampir dengan kedutaan). 

TUJUAN: Public Pressure membantah TPPA.

MESEJ : BantahTPPA tajaan U.S campur tangan ruang polisi Negara dan memperjudikan masa depan negara. 
TEMA : Stop Neo Kolonism. Kekalkan Kemerdekaan, Tolak TPPA.

TARIKH : 23/8 (bersempena persidangan di Brunei, serentak dlm masa seminggu bantahan dari negara lain).

MASA : 2.15 ptg.

TURUN BERAMAI RAMAI
TIBAI NAJIB
 


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

YA AMPOOON - YA MAU LANA







KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub tidak menentang sultan
tukar tiub tidak menentang raja
raja dan sultan ada hak yang sama
dalam negara  malaysia
tidak lebih tidak kurang
sebagai manusia
kita hortmat sesama manusia

hakikatnya
sesiapa sahaja boleh jadi sultan
sesiapa sahaja boleh jadi raja
itu hak mutlak individu

kalau mereka mahu jadi sultan
jadilah
kalau mereka mahu jadi raja
jadilah

tapi kena cari makan sendiri
kena buat kerja sendiri
pandai pandailah buat kerja

jadi peguam ke
jadi doktor ke
jadi peniaga ke 
jadi guru ke
jadi pensharah ke
jadi pemandu teksi ke
jadi tuan punya warong ke

buka syarikat pelancungan ke
buka kedai dobi
buka tadika


hakikatnya
jadilah apa saje
carilah kehidupan dalam dunia ini

mengakulah sultan sampai kiamat
mengakulah raja selagi ada bulan dan bintang
ini tak salah
tak ada orang akan ganggu


TAPI
bayar top up sendiri
bayar sewa bilik sendiri
bayar bil leterik sendiri
pergi pasar chow kitt beli sayur bayar sendiri
pergi tesco bayar apa yang dibeli
jangan minta orang lain bayar
jangan minta-minta duit

HAKIKATNYA
jangan makan tanggung berak cangkung
jangan semua nak makan free
jangan jadi free loader

JUGA
 jangan paksa-paksa orang ramai
jangan rotan rotan orang ramai
jangan hukum hukum orang ramai
jangan paksa orang ramai  jadi anak anjing
jangan paksa orang ramai  cium tapak kaki

jangan guna patik pacal yang hina
patik ertinya anak anjing

menjunjung ke bawah duli
duli ertinya tapak kaki

kenapa nak jadi anak anjing
kenapa pulak nak junjung tapak kaki
ini kerja bangang
ini kerja bodoh
nak jadi raja jadi lah



SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

-----------

SOALAN HAKIKI MASIH BELUM DIJAWAB








JENG JENG JENG

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


woit... MARI KITA TEKA APA KEPUTUSAN HAKIM?.... kah kah kah..

kah kah kah...PASTI SALAH BICARA... kah kah kah...

kah kah kah..PASTI BEBAS.... kah kah kah...

kah kah kah...MUSTAHIL KENA GANTUNG.... kah kah kah

kah kah kah... SEMUA BISA DIATUR.... kah kah kah


SOALAN HAKIKI
MASIH BELUM DIJAWAB
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

ANAK MUDA TERUS DI SEKSA




ANAK MUDA
KIBARKAN SANG SAKA

KEADILAN MEMBANTAH LANGKAH PTPTN MENYENARAIKAN PEMINJAM PTPTN DALAM CCRIS

Saya menentang sekeras-kerasnya tindakan PTPTN yang akan menyenaraikan peminjam PTPTN di dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System atau Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat) yang diuruskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan II).

Tindakan yang tidak mempedulikan kebajikan rakyat ini mempunyai kesan besar kepada rakyat terutamanya anak muda. Apabila maklumat pembayaran dan pinjaman PTPTN disenaraikan di dalam CCRIS, ia membolehkan institusi kewangan menambah rekod peminjaman PTPTN sebagai kriteria baru menilai kedudukan kredit kewangan seseorang.

Secara langsung, tindakan ini akan digunakan oleh institusi kewangan untuk menafikan kemudahan pinjaman (perumahan, kenderaan dan peribadi) kepada peminjam PTPTN yang didaftarkan oleh PTPTN di dalam CCRIS. Ini bermakna peminjam PTPTN seolah-olah jatuh ditimpa tangga – sudahlah dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang rendah, mereka kini diugut oleh PTPTN untuk dinafikan hak memiliki rumah, kereta dan lain-lain.

Ugutan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman institusi kewangan ini bukanlah kali pertama PTPTN menggunakan cara kasar untuk menekan peminjam. Sebelum ini pun, PTPTN telah menyenaraihitamkan peminjam PTPTN dalam senarai imigresen hingga menyukarkan mereka ke luar negara. Ugutan itu tidak pun berjaya memperbaiki kedudukan kutipan hutang PTPTN, maka ugutan terbaru menyenaraikan peminjam dalam CCRIS juga saya yakin tidak akan berkesan.

Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Dato’ Seri Idris Jusoh supaya tidak meneruskan niat untuk mengugut dan menghukum anak muda peminjam PTPTN dengan menyenaraikan mereka di dalam CCRIS.

KEADILAN akan menggerakkan kempen di seluruh negara untuk menentang hasrat ini sehinggalah ia dibatalkan oleh Barisan Nasional.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan



SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------