Jumaat, 11 Ogos 2023

PULAU HAWAII HANGUS TERBAKAR


MALAPETAKA IKLIM

PULAU HAWAII

HANGUS TERBAKAR

KHALAS

MASALAH RAKYAT



MASALAH RAKYAT

KHALAS

BN TOLAK DAP


Penyokong BN sukar undi calon Pakatan kerana DAP, kata Ilham Centre

FAKTOR DAP berada dalam kerajaan perpaduan menyukarkan penyokong Barisan Nasional (BN) mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) esok, menurut tinjauan Ilham Center.

Menurut badan pemikir itu, faktor itu antara tiga angkubah utama yang mempengaruhi keputusan yang bakal diperolehi.

“Penyokong PH tidak mempunyai masalah untuk mereka memindahkan undi mereka di DUN yang ditandingi BN. 

“Sebaliknya pula berlaku di DUN PH bertanding. Ahli Umno atau penyokong BN kelihatan canggung untuk menyokong PH. 

“Dua puluh tujuh peratus (27%) dan ke atas menyatakan sukar untuk mereka memangkah logo PH kerana faktor DAP,” kata Ilham Center dalam laporan yang dikeluarkan hari ini.

PH dan BN bergabung membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu atas titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong Agong berikutan keputusan PRU15 menyaksikan Parlimen tergantung apabila tiada parti memperoleh sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Enam negeri – Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu – akan mengadakan PRN esok. – 11 Ogos 2023.

MUSUH

BERMUSUH

TERUS JADI

MUSUH

AMIN

BERI MASA

UNTUK BERKAWAN

KHALAS

SAPA MB KELANTAN SEKARANG ?



PAS ganti calon MB Kelantan, kekalkan MB Kedah dan Terengganu

PAS akan membuat perubahan dengan menukar gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar di Kelantan jika parti itu menang pilihan raya negeri (PRN) esok.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti akan memilih calon menteri besar dan timbalan menteri besar daripada latar belakang tokoh agamawan dan teknokrat.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar sekarang bagi Kelantan akan diganti dengan gabungan kepimpinan baharu aaitu tokoh agamawan dan tokoh tenokrat.

“Ia tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Tuanku Al-Sultan Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sementara itu, PAS membuat ketetapan mengekalkan menteri besar di Terengganu dan Kedah.

Takiyuddin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa harian PAS Pusat yang diadakan di Rusila, Terengganu semalam.

“PAS akan mengekalkan menteri besar bagi Terengganu dan Kedah, tertakluk kepada mandat rakyat Tuanku Sultan kedua-dua negeri,” katanya.

Penyandang menteri besar Kelantan ialah Ahmad Yaakob di mana beliau memegang jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggantikan Nik Aziz Nik Mat yang berkhidmat selama lima penggal.

Sementara itu timbalan menteri besar, Nik Amar juga dilantik memegang jawatan itu pada PRU13.

Manakala Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik menjadi penyandang menteri besar di Terengganu.

Bagi Kedah pula penyandang menteri besarnya ialah Sanusi Md Nor yang memegang jawatan itu selepas gabungan Pakatan Harapan jatuh di Kedah pada Julai 2018. – 11 Ogos, 2023.


WOIT

SAPA MB

KELANTAN

SEKARANG ?

AMIN

MUKA TAK

PERNAH LIHAT

KAH KAH KAH

NAK GANTI 

DENGAN SAPA ?

KAH KAH KAH

KHALAS

RAYUAN NAJIB DI TOLAK



Rayuan Najib gugurkan 2 peguam Tommy Thomas ditolak


NAJIB Razak gagal dalam rayuannya hari ini untuk menggugurkan dua peguam Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas peguam negara Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Hanipah Farikullah, Azimah Omar dan Azhahari Kamal Ramli sebulat suara menolak rayuan Najib untuk menggugurkan Alan Adrian Gomez dan Mervyn Lai Wei Shiung daripada mewakili Thomas.

Hakim Hanipah berkata tiada kaitan antara kedua-dua peguam cara itu dan punca tindakan Najib dalam saman tersebut.

“Kedua-dua peguam cara itu akan dapat mengekalkan kebebasan profesional mereka dan bertindak demi kepentingan terbaik pentadbiran keadilan,” katanya.

Hakim Hanipah berkata mahkamah mendapati tiada kesilapan yang membolehkan rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib pada 19 Ogos tahun lepas untuk melucutkan kelayakan peguam itu, yang merupakan rakan kongsi dalam Tetuan Tommy Thomas, daripada mewakili Thomas dalam saman Najib.

Najib, 70, menyaman Thomas, memohon pengisytiharan yang Thomas melakukan misfeasans dalam jawatan awam berhubung tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Beliau juga menuntut RM1.9 juta sebagai ganti rugi, termasuk yuran perundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta untuk menghadapi dakwaan terhadapnya. 

Najib menyaman Thomas dengan mendakwa dituduh di mahkamah dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bekas ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas.

Pada 25 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan terhadapnya (Thomas). Rayuan Najib untuk mengembalikan semula saman akan didengar pada 4 Oktober ini.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Najib manakala Gomez dan Lai bertindak bagi pihak Thomas. – Bernama, 11 Ogos, 2023.

WOIT

NAJIB NI

ADA BERAPA KES

KAH KAH KAH

TAK HABIS

 HABIS

AMIN

ATAU INI

CARA NAJIB

NAK KELUAR 

DARI SEL DAN

JUMPA BINI MUDA

KAH KAH KAH

KHALAS

SANUSI IKON BARU


Kontroversi Sanusi tidak jejas populariti dan kempen Perikatan di Kedah

KONTROVERSI yang melanda penyandang menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor tidak akan menjejaskan kempen Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) di negeri itu mahupun pengaruh pemimpin tersebut, kata penganalisis politik.

Mereka berkata jika ada kesan sekalipun ia terlalu kecil dan hanya kepada golongan pengundi atas pagar saja.

Penanalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian berkata kontroversi yang menghimpit Sanusi akan membawa kepada dua tanggapan daripada pengundi iaitu mereka yang simpati terhadap pemimpin atau yang mengalihkan sokongan kerana merasakan isu itu benar.

“Saya rasa kesannya ada tapi tidaklah sampai menjejaskan populariti beliau, kerana ada sebahagian bertanggapan ia modal kempen sewaktu pilihan raya dan mungkin pemimpin boleh meraih simpati.

“Tapi di pihak yang satu lagi mungkin mereka rasa isu itu ada kebenaran dan mungkin akan menyokong calon Barisan Nasional (BN),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Mengulas lanjut berkata sukar untuk menjangkakan momentum kempen PN di negeri itu ketika ini kerana sokongan kepada Sanusi dan parti itu mungkin tidak akan terjejas kepada pengundi tegar mereka.

Bagaimanapun katanya, yang menjadi penentu dalam PRN di Kedah sudah tentu bagi kelompok pengundi tengah dan pengundi kali pertama yang kecederungan mereka sukar dibaca.

“Jadi bila timbul isu ini perlu diuruskan persespi dengan baik, mungkin penyokong PAS tak akan berubah kerana mereka beranggapan ia adalah bahan kempen.

“Tapi atas pagar ini, mungkin persepsi mereka semakin membesar di semua enam negeri memandangkan kelompok ini lah yang bakal menentukan pihak mana yang menang.

Beliau berkata banyak faktor yang akan mempengaruhi sokongan pengundi atas pagar di mana terdapat kemungkinan kerana isu itu mereka tidak mahu balik atau keluar mengundi.

“Ini terutamanya apabila corak pengundi atas pagar ini boleh berubah dalam tempoh 72 jam bahkan pada saat terakhir golongan ini boleh mengubah keputusan mereka,” katanya.

Bagaimanapun penganalisis politik itu mengakui Sanusi sememangnya antara figura popular.

“Selalunya kita tengok akan timbul personaliti tertentu yang perlu dilumpuhkan supaya dalam pasca pilihan raya personaliti itu tidak bergerak secara aktif.

“Ia berlaku dalam mana-mana parti sekalipun wujud figura popular yang perlu dihentikan supaya tidak terus menarik sokongan,” katanya.

Bulan lalu, Sanusi didakwa atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan berhadap institusi diraja susulan ucapannya ketika berceramah di Gombak.

Beliau juga bakal berdepan saman antaranya daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim selain penyandang menteri besar Selangor Amirudin Shari dan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan berhubung dakwaan skandal pembangunan Sungai Klang.

Sepanjang tempoh PRN, Sanusi hebat ditekan dengan isu unsur nadir bumi (REE) dan ia menyaksikan polemik dan berbalas kenyataan  antara pemimpin itu dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang tidak berkesudahan.

Saifuddin mengkritik kepimpinan Sanusi di Kedah terutama dakwaan pemimpin itu membenarkan kecurian hasil bumi itu di Bukit Enggang.

Setiausaha agung PKR itu mengaitkan dengan isu penyeludupan manusia membawa masuk pekerja dari China untuk menyeludup keluar REE.

Saifuddin berkata skandal itu bukan sahaja menunjukkan kegagalan Sanusi dalam mentadbir negeri malah ia memberi kesan menjejaskan reputasi.

Seterusnya pemimpin Pakatan Harapan itu juga menunjukkan bukti mengaitkan Sanusi dengan skandal REE itu apabila mendedahkan gambar ahli perniagaan dari China yan digelar So Loi Fat.

Pada masa sama Sanusi turut membuat pendedahan apabila mendakwa Anwar membawa seorang taikun dari Indonesia ke negeri itu bagi mendapat lesen pelombongan REE.

Dakwaan itu dilakukan dalam kempen PN di mana beliau mendakwa taikun tersebut ada menawarkan hadiah kepadanya namun ditolak kerana bimbang terkait dengan perbuatan rasuah.

Skandal REE kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan beberapa exco negeri dipanggil untuk siasatan termasuk menahan tiga individu  daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Biarpun Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata akan memanggil Sanusi namun setakat hari ini pemimpin PAS itu masih belum dipanggil.

Sementara itu, penganalisis politik USM Ismail Tayeb turut senada berkata kontroversi REE tidak akan memberi kesan kepada kempen PN di Kedah.

Bagaimanapun, beliau berkata sukar untuk menjangkakan kontroversi itu akan menyebabkan sokongan Sanusi itu mungkin akan berkurang atau semakin bertambah.

“Susah kita nak jangka. Tapi untuk Kedah isunya yang menjadi perhatian rakyat masih lagi isu inflasi, subsidi kerajaan dan pekerjaan.

“Ini isu yang paling penting bagi pengundi Kedah,” katanya. – 11 Ogos, 2023.




WOIT

ANAK MUDA

MELIHAT NUSI

INI COOL

KAH KAH KAH

BERANI LAWAN

SAPA SAJA

KAH KAH KAH

BUKAN KAKI

BODEK JILAT

TOWKAY

KAH KAH KAH

KHALAS

TOK BOMOH CARI BURIT


TOK BOMOH

CARI BURIT

KHALAS

HEBOH HAL SANUSI


SANUSI SANUSI

NUSI NUSI 

HEBOH HAL

NUSI

KAH KAH KAH

PRN 6 NEGERI

12 OGOS 2023

ADALAH

PRN 

PILIHAN RAYA

 NUSI

KAH KAH KAH

AMIN



Ungkapan ‘kepala bapak hang’ tak gambarkan Sanusi seorang pemimpin – Ridzwan

Dulu saya cakap lembut, lebih lembut dari bahulu – Sanusi

MALAPTEKA CUACA - PENCERAHAN



MALAPETAKA IKLIM

SATU PENCERAHAN

AMIN 

HUBUNGI 

KAWAH BUKU

https://kawahbuku.com/titles/38647-malapetaka-iklim/

AMIN



CALON PRESIDEN BUNUH KARTEL DADAH


CALON PRESIDEN

DITEMBAK MATI

OLEH KARTEL 

DADAH

AMIN

SEKOLAH UNTUK PELAJAR MISKIN



Kerajaan digesa perjelas cadangan 'sekolah untuk pelajar miskin


CENDIAKAWAN, guru, dan ibu bapa menuntut butiran lanjut mengenai cadangan kerajaan menubuhkan sekolah khas untuk kanak-kanak miskin.

Mereka berkata walaupun inisiatif itu dialu-alukan, kerajaan masih perlu menjelaskan bagaimana ia merancang untuk mengendalikan sekolah tersebut dan mendapatkan peruntukan serta guru.

Anuar Ahmad, pendidik di Universiti Kebangsaan Malaysia, mempersoalkan praktikal rancangan itu dan sama ada ia selaras dengan prinsip pendidikan.

“Kami mengalu-alukan komitmen Anwar untuk membantu kanak-kanak miskin mendapat pendidikan, tetapi dari segi pelaksanaan, adakah kerajaan mampu untuk menyediakan sekolah seperti ini?

“Atau adakah hanya akan ada beberapa sekolah yang susulan cadangan Anwar, yang kemudiannya terbiar…kerana sukar untuk (beroperasi)?” kata Anuar dalam video Facebook.

Cadangan itu dikemukakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memastikan anak-anak daripada keluarga miskin tidak ketinggalan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya akan melancarkan sekolah khas itu tahun depan.

Data Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan terdapat 10,232 sekolah di seluruh negara - 7,779 sekolah rendah dan 2,453 sekolah menengah - dengan 5,100,762 pelajar dan 410,091 guru.

Anuar berkata jumlah pelajar miskin khususnya dalam kategori B40 boleh mencecah ratusan ribu.

“Adakah kerajaan mampu menyediakan puluhan sekolah untuk kanak-kanak ini?

“Berdasarkan Belanjawan 2023, (kerajaan) hanya mampu membina tujuh sekolah baharu.

“Untuk mengatakan ia mahu menyediakan untuk kanak-kanak miskin, yang berjumlah ratusan ribu, bilangan sekolah akan agak tinggi, jadi adakah ia mampu berbuat demikian?”

“Saya bersetuju dengan cadangan untuk membantu kanak-kanak miskin, tetapi tidak bersetuju dengan kaedah itu.”

Beliau mencadangkan kerajaan mengkaji sekolah berasrama harian (DBS), yang dimulakan pada 1976.

Beliau berkata data KPM menunjukkan hampir 1,500 DBS di negara ini.

“Jika satu DBS boleh mengambil 500 pelajar, maka 1,500 DBS boleh menampung sehingga 750 pelajar yang memerlukan.

“Jika KPM boleh membuat dasar baharu dan mendapat kelulusan Kabinet untuk memasukkan pelajar miskin, ini akan membantu (pelajar).

“Di sinilah (pelajar miskin) boleh mendapatkan penjagaan, makanan dan pendidikan yang mereka perlukan.”

Anuar berkata Putrajaya harus melihat untuk menyediakan lebih banyak DBS di kawasan luar bandar.

“Konsep DBS sepatutnya (dilaksanakan di) bandar besar untuk golongan miskin bandar.

“Ini akan menjimatkan kos kerajaan untuk membina sekolah baharu, dan DBS tidak akan memisahkan pelajar miskin daripada rakan mereka yang lebih bernasib baik dan bangsa lain.”

Tidak perlu sekolah baharu

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Fouzi Singon berkata tidak perlu membina sekolah baharu untuk mendidik golongan miskin.

“Ia (program pelajar miskin) boleh dimulakan di sekolah berasrama sedia ada, dengan kemudahan dan kakitangan tersedia.

“Proses ini boleh berlaku secara berperingkat tetapi perlu dimulakan segera,” katanya.
.
Beliau berkata penubuhan sekolah berasrama penuh adalah untuk menempatkan pelajar cemerlang dari luar kawasan bandar di suatu tempat yang mempunyai kemudahan lengkap bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Apabila mereka berjaya, mereka boleh membantu mengeluarkan keluarga dan adik-beradik mereka daripada kemiskinan.”

Ketua kluster kemakmuran ekonomi dan perunding dasar awam Ikram Mohammad Abdul Hamid bersetuju DBS mungkin menjadi jawapannya.

Mohammad berkata jika kerajaan mahu memulakan sekolah untuk golongan miskin, ia perlu mempunyai peruntukan dan sokongan sewajarnya.

“Bajet mesti dibuat dengan sewajarnya, kerana pendidikan adalah kunci kepada mobiliti sosial dan mesti diberi keutamaan sewajarnya dalam peruntukan sumber.

“Saya rasa kementerian (KPM) patut melabur kepada lebih ramai guru. Saiz kelas di sekolah kerajaan adalah besar.

“(KPM) perlu mengesahkan dan menyeragamkan nisbah antara guru-murid.”

Selesaikan masalah sedia ada

Ketua Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Noor Azimah Abdul Rahim berkata sekolah seperti itu sudah wujud.

“Adakah ini cara berkesan untuk memastikan akses yang sama kepada pendidikan?

“Sekolah sebegini sudah wujud seperti MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan SBP (sekolah berasrama penuh).

“Kami tidak fikir ia idea yang baik untuk mempunyai sekolah khusus untuk B40 (kumpulan).”

Beliau berkata ia bukan cara berkesan untuk menangani ekuiti pendidikan.

“Sumber pengajaran mencukupi, latihan guru yang berkesan, dan mengenal pasti serta intervensi untuk pelajar lemah dan pembelajaran bagi yang kurang upaya lebih penting untuk diberi tumpuan dan penambahbaikan.

“Sebenarnya, guru digunakan dan tidak dilatih dengan betul untuk menjalankan intervensi terhadap pelajar lemah dan kurang bernasib baik.”

Azimah berkata pihak berkepentingan juga perlu memberi perhatian berhubung peruntukan pembinaan dan melengkapkan sekolah tersebut bagi tempoh yang panjang. – 11 Ogos 2023.


WOIT

INI SATU YANG

AMAT BAIK

AMIN

PELAJAR MISKIN

DIBERI BATUAN

AMIN

WOIT

TAPI AWAS

KALAU KALAU

TERLEPAS CAKAP

WAKTU BERKEMPEN

KAH KAH KAH

DASAR BELUM

ADA CAKAP  DAH

TELEPAS

KAH KAH KAH

KHALAS

TOK MAT NAFI TERBABIT LCS


Tok Mat nafi terbabit skandal LCS

MENTERI Pertahanan Mohamad Hasan menafikan terbabit dalam skandal projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) seperti tular baru-baru ini selain menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan membunuh karakternya. 

Mohamad, yang mesra dipanggil Tok Mat,  berkata dakwaan itu adalah tidak berasas memandangkan keputusan perolehan kapal berkenaan dibuat sebelum beliau menjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pertahanan. 

“Masa (perolehan) itu saya belum ada di Persekutuan (Parlimen) saya jadi Menteri Pertahanan pada bulan 11 tak masuk akal langsung, fitnah itu sengaja dibuat untuk pembunuhan karakter, dia nak musnahkan saya,” katanya ketika berucap pada program Malam Perpaduan Paroi di Dataran Senawang, di Seremban, malam tadi.

Sebelum ini, tular satu rakaman di Youtube milik Raja Petra Raja Kamarudin yang mendakwa Mohamad merupakan sebagai antara individu terlibat dengan skandal berkenaan. 

Pembekalan enam LCS oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menjadi kontroversi selepas pendedahan bahawa projek berkenaan sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun mulai 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023 namun hanya siap 53.29% setakat 31 Mei 2019.

Timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menafikan satu lagi dakwaan yang beliau akan dipecat daripada jawatan menteri kerana tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan tidak turun berkempen bersama pemimpin utama negara itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. 

“Tahu tak Kementerian Pertahanan paling banyak dapat peruntukan khas daripada perdana menteri. Saya minta RM200 juta lulus untuk kita membaik pulih rumah tentera, baru-baru ini askar yang tak berpencen perdana menteri dengan murah hati meluluskan elaun khas bulanan RM300 bagi usia 60 tahun ke atas iaitu melibatkan hampir 50,000 anggota tidak berpencen.

“Saya minta jet pejuang, kapal perang, radar, kesemuanya lulus, ini pula nak mengadu domba mengatakan saya akan dipecat sebab saya tak bersama dalam kempen. Saya demam empat hari, 40 darjah suhu jadi janganlah mengadu domba, mengata saya macam-macam,” katanya. 

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau mengingatkan para pengundi agar tidak terpengaruh dengan naratif kerajaan persekutuan akan tumbang jika keputusan pasca PRN tidak memihak kepada kerajaan perpaduan. 

Katanya, dakwaan itu tidak berasas kerana apa sahaja keputusan PRN yang akan berlaku Sabtu ini, kerajaan persekutuan tidak akan tergugat. 

“...kerana ia telah pun ditubuhkan dan tidak mungkin kerajaan yang ditubuhkan dengan 2/3 majoriti ini tergugat di atas apa jua keputusan PRN kerana undang-undang Anti Lompat Parti telah pun dikuatkuasakan,” katanya. – Bernama, 11 Ogos, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA KITA

KAH KAH KAH

NAFI NAFI

APA MAKNANYA

KAH KAH KAH

KHALAS


BETUL KE KATA ZAHID INI ?



Zahid yakin BN Selangor mampu menang semua 12 kerusi ditandingi

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi yakin parti itu mampu memenangi kesemua 12 kerusi yang ditandingi di Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata ini dilihat berdasarkan sokongan yang diterima oleh gabungan parti kerajaan perpaduan yang kian kukuh.

“Dari segi sokongan pengundi bukan Melayu, saya nampak sokongan yang diberikan sangat kukuh, manakala dalam kalangan pengundi Melayu mungkin berpecah.

“Namun jika itu situasinya, iaitu antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, ia akan berpihak kepada calon daripada (parti gabungan dalam) Kerajaan Madani yang diwakili oleh BN,” katanya kepada media selepas hadir program bersama rakyat, melibatkan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang Mohd Al-Hafizi Abu Bakar, di Sijangkang hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang melihat gabungan PH-BN mampu menang 38 hingga 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan BN dilihat mampu memperoleh lebih daripada enam kerusi.

“Itu analisis beliau dan daripada dapatan kajian, tetapi pada hemat kami, 12 kerusi ditandingi mempunyai potensi yang baik, untuk meraih kemenangan di Selangor ini,” kata Zahid.

Mengenai keyakinan terhadap calon BN di Sijangkang, beliau berkata Mohd Al-Hafizi dilihat sebagai calon muda dan alternatif terbaik, berbanding dengan calon Perikatan Nasional (PN) Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga penyandang kerusi Sijangkang selama tiga penggal. 

“Di Sijangkang ini kita berhadapan dengan seorang personaliti yang wataknya cukup kuat, kerana bukan sahaja DUN namun beliau juga ahli Parlimen Kuala Langat.

“Namun dalam partinya sendiri sudah mempertikaikan mengenai kewibaannya dan berikutan itu, kita menyediakan alternatif terbaik, iaitu seorang pemuda berkelayakan dan juga tokoh persatuan belia. Jadi saya yakin dia akan dapat memberikan saingan yang baik, seterusnya meraih kemenangan di kawasan ini,” katanya. 

Sabtu ini seramai 3,747,057 pengundi berdaftar akan mengundi memilih 56 Adun daripada 147 calon yang bertanding dalam PRN Selangor, yang berlangsung serentak dengan PRN di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. – Bernama, 10 Ogos 2023.


BETUL KE

KATA ZAHID INI

AMIN

ATAU HANYA

PUTAR ALAM

KAH KAH  KAH

MALAM ESOK

KITA DAPAT

JAWAPAN

AMIN

SEMENTARA ITU

JANGAN CUBA

MENZAHID

 PENGUNDI

KAH KAH KAH

KHALAS