Khamis, 8 Julai 2021

YA MUSTAPHA - LETIH POLITIK

 


LETIH POLITIK

MARI KITA

 BERMUSTAFA

AMIN

HANG TAU KE

SAPA MUSTAFA

KAH KAH KAH

HANG TANYA

PAK GOOGLE 

PEMUDA UMNO GERTAK GARANG

 


PEMUDA UMNO

GERTAK HEBAT

GARANG

KAH KAH KAH

DAPAT JAWATAN

LINTOK MENTOK

KAH KAH KAH



Umno mahu jawatan PM sementara, kata sayap Pemuda

UMNO menolak jawatan timbalan perdana menteri dan menuntut untuk memimpin negara melalui jawatan perdana menteri sementara, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf mengulas perkembangan yang berlaku selepas Umno mengumumkan menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada malam tadi.

Umno bertindak demikian selepas Muhyiddin mengumumkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan keselamatan.

Asyraf berkata, pelantikan ke jawatan perdana menteri itu ditolak dan sudahpun ditegaskan dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi (MKT) Umno pada Februari lalu.

“... Mesyuarat MKT pada 19 Februari 2021 di ILMU Janda Baik menetapkan pendirian untuk tidak bersetuju dan meletakkan titik noktah kepada sebarang tawaran jawatan TPM.

“Sehingga mesyuarat MKT malam tadi, keputusan ini belum dibatalkan oleh mesyuarat,” kata Asyraf melalui kenyataannya dalam bentuk soal jawab.

“Walaupun itu hak mutlak PM tetapi seharusnya sebagai rakan kongsi yang membentuk kerajaan, beliau sewajarnya mengemukakan tawaran terlebih dahulu kepada parti untuk mencalonkan sesiapa,” katanya lagi.

Tambahnya, MKT Umno juga mahu agar pemimpin parti itu mengambil alih jawatan perdana menteri untuk tempoh sementara.

Mengulas kedudukan tersebut, Asyraf berkata cadangan untuk jawatan timbalan perdana menteri itu hanya terhad untuk jangka waktu antara enam bulan hingga setahun.

Presiden parti Ahmad Zahid Hamidi pula tidak berhasrat menjawat kedudukan itu kerana menghadapi perbicaraan di mahkamah, katanya.

“Presiden Umno sudah menyatakan bahawa beliau berjiwa besar untuk tidak dicalonkan selaku PM kerana mahu menumpukan kepada membersihkan namanya di mahkamah dan akan mencadangkan beberapa nama yang akan diputuskan oleh MKT (majlis kerja tertinggi Umno).

“Umno tidak ketandusan pemimpin termasuklah Ismail Sabri, Hishamuddin, dan ramai lagi yang punya pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran zaman BN memerintah,” katanya.

Asyraf yang turut mengucapkan tahniah kepada Ismail dan Hishammuddin atas pelantikan tersebut bagaimanapun menggariskan bahawa jawatan berkenaan di

Tambahnya Ismail Sabri dan Hishammuddin sememangnya antara tokoh berpengalaman yang dapat dicadangkan sebagai calon perdana menteri.

Ismail Sabri yang asalnya menteri kanan keselamatan menjadi timbalan perdana menteri manakala Hishammuddin yang asalnya menteri luar mengambil alih sebagai menteri kanan keselamatan.

Pelantikan berkenaan, yang diumumkan perdana menteri, diterima oleh kedua-duanya.

Susulan itu, Umno pada malam tadi memutuskan menarik sokongan ke atas Muhyiddin.

Zahid ketika mengumumkan keputusna itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang tindakan akan dikenakan ke atas Ismail Sabri dan Hishammuddin.

Pelantikan itu membolehkan Ismail bertindak sebagai perdana menteri apabila Muhyiddin tidak dapat menjalankan tugasnya – 8 Julai, 2021.

PUTAR LEBONG

KAH KAH KAH

ANWAR JUGA

KENA KENCING

KAH KAH KAH



PROJEK ZAHID




PROJEK ZAHID

panglimo potaseh commented on 

"ZAHID KENCING

 ANWAR PULAK"

Zahid ni dah macam hanjing tersepit ..dah terkencing-kencing menahan sakit ..nak di lepas dia mengigit ..



Unknown commented on

 "KENYATAAN RESMI 

DARI PRESIDEN UMNO"

Mana mungkin zahid mulut penipu tak akan menipu. Sama dengan cikgunya.hahahah #zahidtipu

ANWAR ADA MAJORITI

 


ANWAR ADA

MAJORITI

Unknown commented on 

"RAKYAT JADI MANGSA"

ni bukan siapa kencing siapa ... ? bodoh piang hang ni otak cetek tak sedarkah kerajaan sekarang tarak satu parti yang ada majority ... dok jealous dgn abam buat apa parti depa memang ada majority cuma faham2 saja politik ni ... tangan ajaib !! . sebagai seorang melayu isle dok pendam dgn cerita lama2 dan basi adakah betul ke ? Move on

NAK TERUS JADI SULTAN

 


YA AMPOON

NAK TERUS

JADI SULTAN

KAH KAH KAH



Umno mahu jawatan PM sementara, kata sayap Pemuda

KAH KAH KAH

KAH KAH

KAH

TIMBALAN PRESIDEN UMNO BERSUARA

 

SUARA 

TIMBALAN PRESIDEN

AMIN

MEMPERKUKUH

SUARA ZAHID

PRESIDEN

KHALAS




Kenapa Umno buat pendirian tidak sokong Muhyiddin?

UMNO tidak pernah diasaskan demi kepentingan lain kecuali memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, memuliakan Islam, memelihara kehormatan institusi raja dan membangunkan negara.

Pendirian ini akan terus menjadi pendirian Umno. Sebagai parti politik, kejelasan sebuah pendirian sangat penting.

Tanpa pendirian, Umno jadi hanya sebuah parti terdaftar, bukan sebuah perjuangan.

Justeru dalam keadaan negara yang sangat meleset, Umno wajar tampil dengan sebuah pendirian. Membiarkan kemelesetan negara ini menerus, laksana Umno merestuinya.

Pendirian Umno mesti berpaksikan aspirasi rakyat, demi rakyat dan untuk rakyat.  

Bila sistem kesihatan semakin parah, ekonomi merudum dan memburuk, kemiskinan meningkat, mereka yang membunuh diri semakin banyak, kelaparan telah menjadi nyata, bendera putih, hitam dan segala warna telah dikibarkan, demokrasi diselewengkan, malah institusi Raja disanggah dengan tiada susila, Umno tidak boleh menjadi sebahagian dari kemelesetan ini.

Umno mesti senafas dengan kesusahan rakyat, bukan kuasa dan kedudukan.

Fitrah Umno adalah parti untuk orang kebanyakan serta biasa-biasa, maka untuk merekalah Umno harus bersuara dan berjuang.

Kepada semua ahli Umno, walau dipelusuk desa dan perbatasan nan terpencil, atau di pulau paling jauh, mahupun di kota dan bandar seluruh negara, yakinlah, pendirian kepimpinan Umno tidak akan tergelincir dari keutamaan rakyat, negara dan parti.

Ia pasti selari dengan keputusan perwakilan perhimpunan agung.

Tiada individu lebih besar dari Umno. Tiada tokoh lebih penting dari parti dan rakyat. Tiada kuasa lebih besar dari kuasa rakyat. Tiada perjuangan lebih bererti dari perjuangan untuk rakyat yang marhaen dan yang terjejas.

Insha Allah, Umno telah ada sebuah pendirian dan jalan kehadapan. Semoga jalan dan pendirian yang direncanakan ini adalah sebaiknya jalan dan pendirian untuk rakyat,  tanahair dan parti kita Umno. 

Kepada ahli dan rakyat, Umno sandarkan masa depannya,  insha Allah. – 8 Julai, 2021.

* Mohamad Hasan, 
Timbalan Presiden Umno

TUNTAS

JELAS

KHALAS

TIPU ATAS TIPU

 


TIPU 

ATAS TIPU

Unknown commented on

 "ZAHID KENCING 

ANWAR PULAK"

https://www.sinarharian.com.my/article/148765/BERITA/Nasional/UMNO-tidak-calonkan-Zahid-sebagai-PM Mari ramai2 kita tengok bukti bahawa orang islam dibenarkan menipu. Dari pesiden sampai ahli MT menipu.Tengok asraf wajdik yg ada kelulusan islam akhirnya akan menipu.kahkahkahkahkah. 


Menipu ada perkataan baru sekarang. Tactical.hahaha. selamat kena tipu ahli macai bawahan yumno.kahkahkahkah. Najib tipu zahid. Zahid tipu ahli. Anwar tipu zahid.zahid tipu nazri. kahkahkah.zahid tipu nuwar. Kahkahakahkah.

SAMPAI CERET BERET

 


SAMPAI

CERET BERET

Cekpit Kelima commented on 

"DALAM MKT 

ZAHID MAJORITI"

Tuan TT, Zahid umum tarik sokongan dari PM, bukan dari kerajaan PN. Mahiaddin nampaknya dah masuk jerat, jerat kerusi TPM. Mahiaddin ditekan teruk dari luar dan dalam ketika mengalami sindrom cirit berlarutan. 


Agenda umno hanya mahu Mahiaddin resign, TPM baru bakal ambil alih. Ex Umno dalam Bersatu ready masuk balik, Bersatu yang tak sokong Umno akan dibuang dari jawatan. Kekosongan bakal diisi King maker dari Sabah. PAS jgn tanya, mereka pelacur. Kita nantikan episod seterusnya.

KU LI - CALON TETAP PM

 


KU LI

CALON TETAP 

PM MALAYSIA

Awaiting moderation

Unknown commented on 

"KU LI PILIHAN TERBAIK"

Isham, dah tahu semua politikus sekarang tak berupaya tadbir negara, tak ada rancangan tangani kobid. Ku Li dari zaman Islam, tamuddun "the Queen". Buat apa nak suruh dia pimpin negara. Kalau dipaksa pilih, aku fikir Rafidah Aziz yang masih ada sikit kebolehan.

SAPA KIAT KENCING

 


SAPA KUAT

KENCING

Ricesaffron@gmail.com commented on 

"DALAM MKT

 ZAHID MAJORITI"

Siapa lagi kuat pusing dan siapa akan jadi juara penipuan, kencing siapa lagi bersepah bersepai, zahid atah Anwar. Sama sama kita tunggu

PROJEK CHINA MERAH DI KUANTAN APA BERITA ?

 


PROJEK 

CHINA MERAH

DI KUANTAN

APA BERITA ?

AMIN

LAMBAT MASUK PENJARA - ADA MASA BUAT KACAU

 




LAMBAT MASUK

PENJARA

ADA MASA

BUAT KACAU

Unknown commented on

 "MUHYIDIN BERJAYA

 SAILANG ANWAR"

Apa lembab la hangpa ni... Abahcow dah masuk perangkap umno dah...bgi tpm sekali tarik sokongan... Lojiknya kalau abahcow kena step down sapa akan jdi interim? Ismail Sabri lah....khkahkah...umno bukan saja kencing abam non dan abah cow..dengan hangpa hangpa sekali kuyup lencun...kahkahkah


panglimo potaseh commented on 

"KENYATAAN RESMI

 DARI PRESIDEN UMNO"

Tuan Malikul ..orang tua dulu ada cakap "jangan lepaskan HANJING tersepit" ..tampak hanjing ni dah mula nak menggigit. Dah hanjing ..gigit tetap gigit walaupun pakai gigi palsu. Pasongkan segera hanjing ni Tuan Malikul ..tanggalkan gigi palsu nye ..c e p a t ..kahkahkah

KU LI PILIHAN TERBAIK

 


KU LI JADI

PILIHAN TERBAIK 

Unknown commented on

 "TER NOWW"

Mcm ni semua rakyat kena kibar bendera kelabu. Ling Liong Sik pernah ditabal sebagai PM walaupun seketika. Kali ni mungkin Ku Li jd pilihan terbaik. Madey kita pause jelah sebab tak kan nak buat hatrik kut?

MASYARAKAT MODEN MAKIN SAKIT

 

MASYARAKAT

MODEN

MAKIN SAKIT

DALAM MKT ZAHID MAJORITI


ZAHID DAPAT

SOKONGAN

MAJORITI

DALAM MKT

KHALAS 




Ada ahli MT persoal Zahid, apa rasionalnya tinggalkan PN? – Sumber

KUALA LUMPUR – Sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini dikatakan tegang apabila beberapa pimpinannya mempersoalkan apa rasional untuk parti itu meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber, dalam mesyuarat itu seorang demi seorang ahli MT mempersoalkan hasrat Ahmad Zahid.

“Semakin ramai MT yang mendesak Presiden untuk melihat alasan untuk meninggalkan kerajaan PN, untuk masa ini. Kerajaan telah cuba untuk mengekang penularan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Malah menurut sumber yang sama, kebanyakan ahli MT UMNO juga masih menghormati pendirian Ahmad Zahid mengenai PN.

Bagaimanapun, sebilangan mereka ada mempersoalkan arah politik Presiden UMNO itu.

Untuk rekod, mesyuarat MT kini sudah memasuki lima jam yang dibuat secara maya sejak jam 8.30 malam tadi. –


MENTERI UMNO

NAK BERHENTI

BOLEH BERHENTI

AMIN

NAK TERUS PUN

BOLEH

KAH KAH KAH



MUHYIDIN BERJAYA - ANWAR GAGAL

 

 WOIT

SEKALI NGAP

PROJEK ANWAR

GAGAL

AMIN

PASAL APA

 GAGAL ?

AMIN

PASAL ACAH

LAMA SANGAT

KAH KAH KAH

CAKAP NAK BUNUH

CAKAP NAK TIKAM

CAKAPA NAK CERAI

TAPI TAK BUAT

KAH KAH  KAH



Langkah Muhyiddin untuk lemahkan Umno, kata penganalisis

PELANTIKAN Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan dalam kerajaan Muhyiddin Yassin hanya untuk melemahkan Umno dan bukannya untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis politik.

Mereka melihat Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berjaya meredakan ketegangan dalam hubungan antara dua parti itu serta melemahkan ancaman Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang mahu Umno segera menarik balik sokongan kepada PN tanpa perlu menunggu Parlimen bubar.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng melihat perdana menteri sudah mengunci gerakan Ahmad Zahid dan Najib dalam langkah yang diatur untuk melemahkan ancaman dua ahli Parlimen itu menarik sokongan mereka kepada pentadbirannya.

“Ia tidak menjadikan Bersatu lebih kuat tetapi akan menjadikan Umno berpecah,” katanya.


Khoo menambah Umno bagaimanapun masih boleh menarik balik dukungannya kepada Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, seperti yang diputuskan oleh parti itu dalam perhimpunan agungnya pada hujung Mac 2021.

“Ini akan berpanjangan dan tidak mengubah masa depan politik Bersatu,” katanya.

Pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan media lebih kurang pukul 4.45 petang tadi.

Ismail yang juga naib presiden Umno kekal sebagai menteri pertahanan tetapi jawatannya sebagai menteri kanan keselamatan kini dipindahkan kepada Hishammuddin, yang kekal sebagai menteri luar negeri.

Hishammuddin juga akan membantu Muhyiddin melaksanakan pelan pemulihan negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jelas Khoo, pelantikan dua menteri Umno itu ke jawatan lebih tinggi tidak meredakan kemarahan rakyat kepada PN yang menutup Parlimen susulan perintah darurat serta dianggap gagal mengekang penularan Covid-19.

Pelantikan itu diumumkan hanya beberapa jam sebelum Majlis Kerja Tertinggi Umno bermesyuarat malam ini dipercayai untuk menentukan keputusan sama ada menarik diri atau kekal menyokong kerajaan Muhyiddin.

Ismail Sabri dan Hishammuddin, yang diketahui dalam kalangan ahli Parlimen Umno yang mahu kekal dalam kerajaan PN, menerima pelantikan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun berkata MKT Umno sebelum ini sudah memutuskan menolak tawaran pelantikan timbalan perdana menteri, sekiranya ada. Beliau dipercayai merujuk keputusan badan pembuat dasar parti itu dalam mesyuarat pada Februari lepas.

Pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar melihat mesyuarat MKT Umno malam ini penting untuk melihat kedudukan Umno dalam permainan politik yang sudah berlarutan sejak berbulan-bulan.

“Sekiranya pada malam ini MKT Umno tidak berani membuat keputusan untuk menarik diri dan akur dengan pelantikan ini sebagai tawaran yang lumayan kepada Umno, maka saya sifatkan perjuangan atau game yang dibawa oleh Ahmad Zahid dan Najib Razak kalah dalam permainan yang dilakukan oleh Muhyiddin,” katanya.

Pensyarah politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar pula berkata pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin hanya akan merobekkan lagi perpecahan dalaman Umno.

“Umno sendiri akan terus bergolak sekiranya Umno tidak dapat memberi respons yang dipersetujui bersama oleh parti terhadap pelantikan ini, pengaruh Najib dan Zahid mungkin akan menipis,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Dr Azmil Tayeb pula berpendapat pelantikan pemimpin Umno ke jawatan tinggi dalam kabinet bukan penamat kepada polemik yang berlaku antara Umno dan kerajaan PN.

Jelasnya persoalan kini adakah lantikan tersebut akan memuaskan hati ketua bahagian Umno untuk mengekalkan kedudukan parti itu dalan kerajaan PN ataupun sebaliknya.

“Pada saya pengumuman ini baru ‘check’ belum ‘mate’  lagi.

“Usaha untuk memujuk ketua bahagian Umno untuk tidak terpancing dengan lantikan ini jatuh kepada Zahid dan Najib kerana mereka berdua yang paling dirugikan jika Umno buat keputusan bersama Bersatu,” katanya.

Profesor kajian Asia di University of Tasmania James Chin juga sependapat bahawa Muhyiddin sudah mengunci gerakan Ahmad Zahid dan Najib.

Sangat jelas, katanya, pelantikan itu dibuat kerana tekanan Umno yang mahu mengetepikan Bersatu dan membentuk kerjasama baharu dengan PKR.

“Kita tidak tahu sama ada wujud atau tidak rundingan dengan kelompok yang digelar kluster mahkamah ini,” katanya, merujuk kepada kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad Zahid dan Najib.

Dalam pada itu, ahli sains politik Wong Chin Huat berpendapat Muhyiddin sudah berjaya melemahkan Ahmad Zahid, yang mahu semua 38 ahli parlimen Umno keluar dari kerajaan.

Namun perkembangan seterusnya akan bergantung kepada pertembungan puak dalam Umno dalam masa beberapa hari atau minggu akan datang, tambahnya.

“Dalam keadaan yang terbaik untuk Muhyiddin pun iaitu sekiranya kumpulan yang pro-Bersatu menguasai Umno, Ahmad Zahid dan kumpulannya masih boleh menarik keluar enam atau tujuh ahli parlimen daripada kerajaan, menjadikan kerajaan Muhyiddin sebuah kerajaan minoriti,” kata Wong. – 7 Julai, 2021.

 ILMU POLITIK

DISINI

IALAH

JANGAN BANYAK

CAKAP

TAPI BUAT

KHALAS



CICIT BIRIT

 


TERCIRIT

Unknown commented on 

"TER NOWW"

Siapa yang tercirit lagi? 

Kah! Kah! Kah!

TAK SALAH MENCUBA - VAKSIN PUN DALAM PERCUBAAN

 


 VAKSIN

IVERMECTIN

SAMA DALAM

PERCUBAAN

Arymanchino commented on

 "PIL DIMAKAN 

MELAWAN CORBID -19"

Siape yg percaya blh lah mentedarah oil Ivermectin ni.Saintis2 dah bersusah payah,kerajaan dah keluar berbilion duit utk beli vaksin tp xpercaya.Otak mcm TT ni bukan betul sgt.Ivermectin dah d btahu utk rawat caing lembu,kerbau,babi dll haiwan.Ade huga Doktor2 yg mentedarah pil ni..

ZAHID KENCING ANWAR PULAK

 


ZAHID

KENCING ANWAR

AMIN



Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government). – 8 Julai, 2021.

* Ahmad Zahid Hamidi,

 Presiden Umno. 

ANAK MURID

KENCING GURU

KAH KAH KAH

CONTOH POLIS BERSAMA RAKYAT

 


 CONTOH POLIS

BERSAMA RAKYAT

BUKAN JADI ALAT

MENINDAS RAKYAT

TAHNIAH MUHYIDIN

 

TAHNIAH

KITA TIBAI

GEROMBOLAN

AMIN


Langkah Muhyiddin untuk lemahkan Umno, kata penganalisis



LEMAH DAN

PADAMKAN

TERUS GEROMBOLAN

WAJIB SOKONG

KHALAS

RAKYAT JADI MANGSA



RAKYAT 

JADI MANGSA

Unknown commented on

 "ZAHID TIPU

 ANWAR JUGA"

Apa ni hangpa semua dah jadi bodoh ka? Pi mampuihlah nuar nk kena kencing. Ni kita yg kena kencing sama ni depa dok bagi2 jawatan apa cerita? Berapa punya parpu la dok syok abam kna kncing la mudin cirit birit la...slagi kerajaan perpaduan tak ditubuhkan, yg basah kena kencing ni KITA. Bodo

MUHYIDIN BERJAYA SAILANG ANWAR

 


 MUHYIDIN BERJAYA

SAILANG ANWAR

Capt salai commented on 

"ZAHID TIPU 

ANWAR JUGA"

Kahkah..muidin pandai bersilat..tepis buah tim banduan dengan lantik pak mail jd TPM nganga wak jait ngn abg non

KENYATAAN RESMI DARI PRESIDEN UMNO



KENYATAAN

RESMI DARI

PRESIDEN UMNO

ZAHID HAMIDI

AMIN



Kenyataan penuh Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Umno tarik sokongan kepada Muhyiddin

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat pada hari Rabu 7 Julai 2021 bersamaan 27 Zulkaedah 1442 Hijrah secara atas talian telah membuat ketetapan seperti berikut:

Mengabsahkan keputusan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan Umno.

Mengambil maklum keputusan Biro Politik Umno melalui kenyataan Presiden untuk memberikan tempoh 14 hari bagi Kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil Sidang Parlimen secepat mungkin. Hasil tekanan yang dilakukan Umno inilah, akhirnya Kerajaan akur untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bakal diadakan selama lima hari bermula 26 Julai 2021.

Mesyuarat juga telah memperhalusi dan menimbangkan beberapa garis panduan utama yang ditetapkan oleh MKT pada 11 Mac 2020 tatkala Umno memberikan sokongan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri. Dua panduan utama adalah seperti berikut:


I. Kerajaan harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.
II. Kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun setelah diperhalusi, segala panduan utama yang digariskan Umno sebagai syarat meneruskan sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan. Ternyata Kerajaan GAGAL dalam memenuhi aspirasi rakyat dalam beberapa perkara utama seperti berikut:

I. Kegagalan Kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat. Ini termasuklah polisi-polisi yang tidak konsisten, perlaksanaan PKP yang separa masak dan berubah-rubah hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan yang sewajarnya. Contohnya, ‘Total Lockdown’ yang separa masak hanya menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada lebih 5,768 korban hanya dalam tempoh 38 hari setelah PM mengumumkan ‘Total Lockdown’.
       
II. Kegagalan Kerajaan dengan menyalahgunakan Darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekaligus menafikan suara UMNO yang sejak dari awal membantah keras proklamasi tersebut. Malah Ordinan Darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat, ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat ‘dwi-standard’ dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat, dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu-isu survival dan kelangsungan hidup.

III. Kegagalan Kerajaan untuk mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi.

IV. Kegagalan Kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN dan BKC yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir dan terpaksa melalui karenah birokrasi yang membebankan.

V. Kegagalan Kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri  (Nota: Jumlah kes bunuh diri daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 sebanyak 1,099 kes). Gerakan #BenderaPutih adalah satu contoh manifestasi kekecewaan dan protes rakyat terhadap kegagalan Kerajaan untuk menyantuni keperluan rakyat yang amat susah, tertekan dan terdesak ketika ini.

VI. Kegagalan Kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik. Indeks Pengendalian Covid yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

VII. Kegagalan Kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Selaku parti yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO, UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap Kerajaan terhadap Institusi Raja.

Berpandukan 7 perkara di atas ternyata bahawa Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan.

Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung Umno 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri DITARIK BALIK dan DITAMATKAN serta merta.

Justeru, Umno mendesak agar Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad. 

Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan. 

Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini penting bagi membolehkan sebuah Kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government). – 8 Julai, 2021.

* Ahmad Zahid Hamidi
 Presiden Umno. 

JELAS

 TYUNTAS

BINGKAS

KHALAS