Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 24 Julai 2013

LIMA WATAK MELAYU



MELAYU PELIK DI DUNIA
               Melayu adalah umat paling pelik di dunia. 1. Bila berbincang, semuanya nampak pandai dan pintar. Hasilnya diskusi, semuanya bodo berlapis2 dan semakin hampeh. 

2. Melayu adalah bangsa yg boleh menyamar menjadi bangsa lain. Ada muka kepek mcm org perancis, ada muka afrika, ada mcm eee, ada mcm eskimo, ada mcm russia dan ada mcm2 muka bangsa ditempek di muka org melayu. (Petikan dr ceramah UAI) 

3. Cakaplah apa hal masalah pun, tak pernah tak ada balasan jawapan dan cadangan yg banyak sampai x mampu nak buat. Langsung x pernah fokus dgn isu penyelesaian masalah. Kuat merapu sungguh. Lu ingat tak pasal cadangan2 masa nak hantar Si Muzafar ke ISS itu hari. Sampai nak test roti canai ngan kuey baulu pun ada..

 4. Bangsa jenis cakap lain buat lain. Kalo India, dia tipu sungguh2. Tapi melayu special skek, menipu pun tak, cakap benar pun tak. Dia tengah2. Gila babi punyer berpura2. 

5. Pantang ada kesempatan dan peluang. Dgn Allah Taala pun dia selamba Ibrahim Ali jer buat pusingan U. Cakap on HIMPUNAN HIJAU BERTAMAROD
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/24/13

PETANG AHAD INI

-----------

SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI



BERITA BAIK BARU MASUK
anak muda edward snowden
telah dibenarkan meninggalkan
lapangan terbang moscow
untuk masok ke dalam kota

NOTA
tukar tiub
pernah ditahan 
dilapangan terbang yang sama
sebelum di hantar pulang ke bangkok
tapi... inio kesah lain

Snowden may be granted entry to Russia Wednesday

Russia’s Immigration Service may grant entry permission to NSA whistleblower Edward Snowden, who has been stranded at a Moscow airport since last month.
Snowden, who had been living in the transit zone of Sheremetyevo Airport since the day he arrived from Hong Kong on June 23, applied for temporary asylum in Russia last week.




----------

TELAH MASUK HARI KE 15





PETANG INI JEREBU MELANGGAR LAGI
masih tidak kelihatan 
jalan keluar dari serangan jerebu
hidung gatal
hidung berhingus
sampai bila?

RA TUHAN  MESIR KUNO

CUACA MENDUNG
hari ini ra
tuhan pertama manusia 
tidak kelihatan
kemana menghilang?
ditutup awan
ditutup jerebu
tapi bahang ra masih dirasai
kuasanya masih di rasakan

BERBUKA HARI INI
orang belgium kata
rien special
tak ada apa istimewa
buah manggis dan buah mangga 
masih banyak lagi

BUAH KURMA DARI IRAN
dengar cerita  dalam fb
ada kempen nak boikot buah kurma
kerana banya buah ini datang dari iran 
nak boikot kerana  negara iran
ramai penganut islam shiah

ha ha
ha ha


jangan buat silap
majoriti penanam buah tamar di iran 
ialah warga sunni
kah kah kah
tapi bukan sunni wal rasuah
saperti di malaysia
kah kah kah

NOTA
bila nak kempen
boikot mek dogal
bila nak kempen boikot kentuki fried fak?


----------

TAMAROD DAN GERAKAN ANAK MUDA MESIR




 TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
GARIS TEPAT JALAN RAYA




MESIR -  ILMU DARI PENGALAMAN
Ketika tulisan ini digarap – dunia masih tidak tahu dimana bekas Presiden Morsi ditahan. Ketika tulisan ini digarap jumlah warga Mesir yang gugur semakin bertambah. Benterokan antara tentera dan penyokong Morsi terus berlaku.  Ketika tulisan ini digarap hampir 12 bilion dolar  - duit dari Saudi dan Negara Telok telah masuk ke Mesir. Hakikatnya, suasana politik Mesir masih belum reda dan mengenap.

Apa yang semakin jelas ialah sokongan terhadap rejim militer Mesir telah datang mencurah-curah dari negara Arab terutama Saudi Arabia.  Negara Arab konservatif ini melihat bahawa dengan jatuhnya Morsi mereka merasa diri mereka terselamat.

Musim Bunga Arab  yang bermula di Tunisia ini amat penting. Musim Bunga Arab  telah membawa garis politik  yang tepat – politik jalan raya. Wadah politik jalan raya ini telah merebak bukan sahaja di bumi Arab , malah sedang merebak ke seluruh dunia.

Di Brazil kenaikkan tambang bas – 10 sen – telah menjemput puluhan ribu anak muda turun berdemo ke jalan raya. Kerajaan Brazil  hampir runtuh. Maka  Presiden Dilma Rousseff terpaksa membatalkan kenaikan tambang bas. Di Istanbul – taman bunga yang ingin dimusnahkan – telah mengoncangkan elit politik Turkey. Politik jalan raya anak muda Turkey telah mencemarkan imej PM Edorgan yang mahu mencalonkan dirinya sebagai  calon Presiden.

Rejim-rejim Arab dan rejim zalim diseluruh dunia termasuk di Malaysia mula sedar bahawa garis tepat – politik jalan raya -  akan membawa merbahaya kepada kuasa dan harta kerkayan mereka.  Musim Bunga Arab membuktikan  keyakinan orang ramai kepada pilihanraya semakin terhakis. Pilihanraya dilihat semakin jelas sebagai satu penipuan terancang oleh elit politik untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara. Rata-rata di Dunia Ketiga anak muda semakin kerap turun  ke jalan raya. 

Kenapa agaknya duit masuk berbilion dolar dari Saudi, Kuwait  dan Qatar masuk  ke Mesir ? Untuk menjawab soalan ini kita wajib memahami latar sejarah bumi Arab itu sendiri.

Negara-negara  Arab ini  menetas dari percaturan dan kepentingan  kuasa imperialis Barat.   British, Itali dan Peranchis memiliki kepentingan ekonomi di bumi Arab. Empire Ottoman Turkey runtuh – secara resminya pada 24 Julai 1923. Keruntuhan Empire Ottoman ini adalah hukum dan syarat tamadun manusia. Satu empire walau pun gah dan kuat pasti runtuh juga akhirnya.

British menyerang kuasa Ottoman dari Selatan dan dari Telok. Peranchis mengembangkan kuasa di Levant, Aljeria, Tunisia dan Moroko. Itali menjarah  Libya. Dengan kejatuhan Empire Ottoman , British - kuasa imperialis yang terulung pada ketika itu mendapat ‘permata ’ paling berharga – Mesir.  Saudi Arabia, Jordan, Iraq dan Negara Telok semuanya menetas dari tapak tangan Baginda Raja England sesudah runtuhnya Empire Ottoman.

Kuasa imperial British memiliki kuasa mutlak diwilayah ini.  Semua ini berlaku sebelum pecah Perang Dunia Kedua. Sesudah perang kuasa imperial British runtuh – sama saperti runtuhnya kuasa Ottoman.  Sesudah  selesai Perang Dunia Kedua  muncul kuasa imperialis  Amerika dan Blok Sosialis.

Justeru kita dapat melihat sejarah Mesir sama saperti sejarah Malaysia dan negara-negara bekas tanah jajahan British. Kedatangan kuasa asing telah melahirkan semangat nasionalisma. Kesedaran anak tempatan ini telah melahirkan perlawanan yang hebat. Sama saperti di Tanah Melayu gerakan nasionalisma Mesir juga mempunyai  garis  kiri dan garis  kanan. Di sebelah kiri – Parti Komunis, Parti Buruh dan Parti Sosialis. Di sebelah kanan ialah parti yang berpaksikan agama saperi Ikhwan Muslimin.

Pada tahun 1952 – Revolusi Pertama berlaku di Mesir.  Tentera telah merampas kuasa dan Raja Farouk telah dihalau dari Mersir. Kuasa British diambil alih dan Mesir menjadi Republik Arab Mesir. Kesampaian garis nasionalis progresif yang dibawa oleh Presiden Nasser  ini telah manakutkan kuasa imperialis. Dalam suasana  Perang Dingin Presiden Nasser telah mendapat sokongan ekonomi dan akhirnya senjata dari blok Blok Sosialis. 

Wujudnya Presiden Nasser ini bukan hanya menakut kuasa imperialis   malah menjadikan Saudi Arabia dan Negara Telok takut.  Suasana  politik inilah  yang  telah memaksa Saudi  untuk menyokong Ikhwan Muslimin dan parti kanan yang lain.  Gerakan arus kanan Mesir mendapat sokongan moral dan meterial.  Dari sini jugalah  mencelahnya masuk ajen-ajen imperilis  Barat dan CIA yang anti Nasser dan anti gerakan nasionalis progresif.

Kuasa imperalis sedar bahawa negara Arab progresif akan muncul. Justeru kuasa imperial Anglo-Amerika  memiliki perhitungan  dan strateji berjangka panjang. Sesudah Perang Dunia Kedua – Israel telah diwujudkan dibumi Arab pada tahun 1948. Entiti Zionis ini sebenarnya hanyalah pengkalan tentera yang cukup lengkap dengan Bom Atom.

Telaga minyak dan telaga gas  yang menjana ekonomi sistem kapitalis hari ini wajib dikawal rapi. Saudi Arabia dan Negara Telok pengeluar minyak dan gas wajib dlindungi dari dibantai oleh gerakan  nasionalis Arab yang progresif. Disinilah peranan Zionis Israel.   Sebagai pengakalan tentera Isreal secara tertutup dan terbuka telah  membantu  Saudi Arabia  dan Negara-negara Telok dari diganggu gugat.

Dari sini kita memahami jelas bahawa apa yang diperjuangan oleh Saudi  bukan agama tetapi kepentingan ekonomi. Ekonomilah yang menjadi asas politik dunia Arab. Ekonomi jugalah yang menjadi asas politik dunia kita hari ini.  Perebutan kuasa dimana sahaja dalam dunia ini adalah perebutan ekonomi. Agama itu hanya digunakan untuk mengolah persetujuan orang  ramai untuk mendapat sokongan dan meraih kuasa. Ini adalah asas realpolitik.  Politik Arab, politik Islam, politik Melayu,  politik Orang Barat,  Orang Selatan  semuanya berasaskan perebutan ekonomi. Ini adalah politik kontemperori dunia hari ini.

Ketika Presiden Nasser mentabir Mesir - Saudi, British dan Amerika menyokong Ikhwan Muslimin. Sokongan ini untuk memastikan garis ekonomi Nasser yang progresif dapat dimandulkan. Garis politikal ekonomi Nasser mengancam kepentingan kaum pemodal Bristish, Peranchis dan kaum feudal tempatan. Contohnya ramai tuan tanah menjadi marah apabila Presiden Nasser mengagihkan tanah kepada kaum tami melalui  reformasi dasar tanah pada tahun 1953. Malah pada tahun 1954 ada percubaan membunuh Presiden Naseer.  Ikhwan  Muslimin telah dituduh terlibat dalam kes ini.

Pada tahun 1956 Presiden Nasser telah memilik negarakan Terusan Suez. Langkah ini menjadikan kuasa imperial naik minyak terhadap Naseer. Disinilah peranan Ikhwan yang terus mewujudkan rintangan demi rintangan dan cuba menghalang dasar pro rakyat Nasser.  Tetapi Presiden Nasser amat popular. Walau pun wujud gerakan  anti  Naseer  dari Ikhwan tetapi gerakan itu  tidak pernah mendekati  Tamarod 30 Jun 2013 dahulu.

Satelah melihat latar sejarah ini maka marilah kita memahami keadaan Mesir sekarang. Apakah Saudi menyokong Musim Bunga Arab Mesir? Jawabnya: tidak. Malah Saudi Arabiah telah merayu kepada Obama agar  memastikan Mubarak terus berkuasa.  Apakah Saudi dan Negara Telok menyokong Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin ketika mereka berkuasa? Jawabnya: tidak.

Lalu persoalan timbul - bukankah dizaman Nasser dahulu  Saudi menjadi penyokong Ikhwan? Negara Telok juga memberi sokongan yang kukuh? Betul.  Maka dari babak ini kita memahami apa itu realpolitik.  Yang menjana realpolitik ialah ekonomi.  Saudi sedar bahawa Musim Bunga Arab sedang  membawa malapetaka terhadap kuasa dan harta kekayaan kaum feudal.  Raja, Sheikh, Emir dan Shah di negara Arab tahu bahawa ombak Tamarod  sedang mengampoh. Justeru rejim militer di Mesir wajib diperkukuhkan.

Kita dapat melihat bagaimana kuasa  imperial Anglo-Amerika pada awalnya memberi sokongan kepada Presiden Morsi dan Ikhwan Muslimin. Strateji kuasa imperial ialah untuk meredakan gerakan jalan raya. Hasilnya,  dalam  Revolusi Pertama 2011  -  Morsi  mendapat sokongan popular.  Sokongan diajukan kepada Morsi dan Ikhawan untuk memastikan Mesir akan stabil dan rakyat akan mula bermain dengan politik  Coca Cola atau Pepsi Cola. Rakyat Mesir ingin didorongkan untuk main ‘pilihanraya’. Memilih Parti INI   atau memilih Parti ITU. Inilah  niat dan strateji  berjangka panjang kuasa imperial yang membajak Revolusi Pertama.


Tetapi anak-anak muda Mesir sedar bahawa revolusi mereka telah dibajak.  Dari kesedaran inilah munculnya Tamarod.   Kejayaan Tamrod dan Revolusi Kedua ini juga sedang menjemput ajen-ajen baru yang  juga bercita-cita untuk membajak revolusi ini. Duit berbilion dolar dari Saudi Arabia dan Negara Telok itu – sekali imbas saperti sedekah bulan Ramadan. Jangan silap faham dolar itu bertujuan untuk memperkukuhkan rejim militer. Ini juga bertujuan untuk memastikan garis  Tamarod  untuk mendirikan Mesir yang berkebajikan, demokratik  dan merdeka akan digagalkan sekali lagi.

Obama yang mewakili kepentingan imperialis dan kaum pemodal antarabangsa telah menghantar Timbalan Setiausaha Negara  William Burns ke Cairo. Ini bertujuan untuk  untuk memastikan kepentingan Amerika dan Zionis Isreal  tidak diganggu gugat oleh rejim tentera.  Bantuan dana ekonmoi dan ketenteraan dari Amerika kepada Mesir akan diteruskan.
Semua ini dilakukan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memandulkan dan memusnahkan garis politik Tamarod. Strateji kuasa imperialis ialah melayukan  Musim Bunga Arab agar jangan merebak ke Saudi Arabia dan Negara Telok. Elit politik dan elit ekonomi merancang agar orang ramai –  masyarakat dunia akan melihat bahawa politik jalan raya tidak menghasilkan apa-apa.

Pada tahap ini , kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu memastikan  Saudi Arabia dan Negara Telok akan terus selamat. Telaga minyak dan telaga gas  tidak akan jatuh ketangan anak muda Arab yang memiliki sifat dan falsafah  Gamal Abdel Nasser Hussein.  Ketika ini peranan Ikhwan Musliman dihentikan sementara. Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer  berkembang kembali  maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali. (TT)


NOTA

tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar
akhbar mingguan tanpa lesen ini
sila hubungi 03-92-21-10-45


----------------



PERNIAGAAN  - JUAL AGAMA 








PENCERAHAN PEMBACA
Tengok ni makin menjadi2 penjualan agama. Betul2 lawak seram. Lagi seram dan sedih, ramai melayu bangang caye benda camni dan beli http://i.imgur.com/Ixommfm.jpg http://i.imgur.com/RIXbSCA.jpg on TAMAROD BERMULA SEBELUM KE JALAN RAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/23/13


-----------

SIAPA DIA SUNNNI WAL RASUAH?




Pulau Pinang akan warta fatwa anti-Sunni Wal Rasuah
SEBERANG JAYA 23 Julai- Walaupun fahaman dan penyokong  Sunni Wal Rasuah di Pulau Pinang dikesan tidak membimbangkan kerana di bawah  kerajaan Pakatan Rakyat tetapi negeri akan terus berkempen untuk memusnahkan  gerombolan Sunni Wal Rasiuah  dalam usaha  untuk mendirikan Pulau Pinang yang berkebajikan..

Kempen anti-Sunni Wal Rasuah ini  telah lama dilancarkan   oleh kerajaan negeri  tetapi penyelarasan dan pelaksanaannya tidak menyeluruh berikutan fahaman rasuah ini tidak wujud  meluas di negeri ini.

"Kita menyerahkan tindakan lanjut berkaitan pelaksanaan gerakan menentang gerombolan Sunni Wal Rasuah ini kepada Jabatan Mufti negeri kerana mereka lebih berkelayakan untuk menentukannya.

"Adalah lebih baik kempen menentang Sunni Wal Rasuah ini  dilaksanakan serentak di seluruh negara kerana memudahkan tindakan diambil dalam membanteras fahaman  dan aktiviti rasuah  itu secara bersepadu," katanya. - MELOYO ONLINE



RADIO BANGSAR UTAMA
AKAN MEMBUAT LIPUTAN LANGSUNG
PETANG AHAD INI


-----------

KAJIAN UM BAWA BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA







SENYUM MEMBAWA MAKNA



NOTA
ini adalah gambar
malikul paling rare
malikul tak pernah senyum

gambar ini diambil 
satelah 3 bulan berlatih untuk senyum
kah kah kah


Muhyiddin lebih popular dari Najib, isterinya lagi popular

KUALA LUMPUR: Sumber Umno memberitahu Harakahdaily bahawa kini populariti timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin telah mengatasi bosnya Najib Razak di dalam Umno.

“Malah isteri Muhyiddin  Norainee lebih popular daripada Rosmah ,” kata sumber Umno itu yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Ditanya apa bukti beliau untuk menyatakan demikian, berikut ialah jawapannya.

“Ada orang terkenal daripada Universiti Malaya maklumkan kajiannya pada Muhyiddin. Dan beliau sangat gembira. Terbukti keputusannya untuk membisu tatkala orang war-war tidak dipertandingkan dua jawatan tertinggi dalam Umno adalah tepat,” kata sumber Umno itu lagi.

Menurut sumber Umno itu lagi, Najib kini semakin hilang pengaruh sepenuh di dalam Umno. Najib, katanya, kini terus diasak  Daim Zainuddin dan Anak Lelaki Kutty.

“Ada orang sangat besar mengingatkan Najib bagaimana semua orang kanannya tewas di PRU13, tapi orang lain boleh menang. Contoh yang paling ketara ialah di Kedah, di mana Setiausaha Politiknya Datuk Sahlan Ismail tewas pada Datuk Mahfuz di Pokok Sena, tapi yang lain menang termasuk mengalah Mat Sabu. Najib terduduk apabila diingatkan perkara itu dan diberi amaran bahawa nyawanya sebagai presiden Umno kini di hujung tanduk,” tambah sumber Umno.

Beliau turut berkata sehingga kini perbincangan masih hangat samada perlu menggunakan pilihanraya kecil Kuala Besut sebagai titik permulaan menjatuhkan Najib.


SATU JEMPUTAN
PETANG AHAD INI
DI MADRASAH TARBIAH 
KAMPONG BANDAR DALAM
GOMBAK

-----------

LIHAT DAN SENYUM PAGI INI




BAHAGIAN AKHIR INI
DI GAM DAHULU
KINI MUNCUL KEMBALI
SILA HAYATI
kah kah kah


-----------

BAHAYA DARI FAHAMAN SUNNI WAL RASUAH




Bertegas dengan penganut Sunni Wal Rasuah

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan tegas terhadap penganut fahaman Sunni Wal Rasuah dan membendung pengembangannya di negara ini sebelum nasi menjadi bubur.

Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah berkata, gejala perpecahan, berebut harta negara dan kuasa antara pengikut  Ahli Sunni Wal Rasuah  akan  membawa kepada bencana peperangan  saperti di beberapa negara di Asia Barat wajar dijadikan iktibar.

Menurut beliau, pengembangan fahaman Sunni Wal Rasuah  di negara ini telah menarik pengikut yang terdiri daripada golongan profesional, ahli politik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang awam.



SATU JEMPUTAN


----------

APA MAKNANYA BERITA INI?





 Jangan Timbul Kontroversi Sepanjang Proses Pengundian Esok - Ketua Polis Terengganu

BESUT: Polis pada Selasa mengingatkan penyokong parti bertanding tidak menimbulkan provokasi sepanjang proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pada Rabu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... APA MAKNA KENYATAAN INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MAKNA NYA PENIPUAN SEDANG DIRANCANG.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MAKNANYA KALAU ADA PENIPUAN... JANGAN KOMPLAIN... kah kah kjah..

kah kah kah...KALAU KENA TIPU...JANGAN BUAT BISING...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU KENA TIPU BUAT BODOH MACAM IBRAHIM ALI... kah kah kah


SATU JEMPUTAN

--------