Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 18 Mei 2013

SOALAN YANG PERLU JAWAPAN


NOTA

paling menarik ialah maklumat tentang india
penduduk 1.1 bilion
menteri kabinet hanya 32 orang

dimalaysia penduduk 28 juta
menteri kabinet 35 orang

terlalu ramai?

kalau tidak ramai
bukan di malaysia namanya

inilah ciri ciri unik malaysia
inilah acuan sendiri

menunggu masa
untuk masuk  tiger book ot record
atau buku rekod cap sauh
kah kah kah





Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008

Harakahdaily,16 Mei 2013
KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya  Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM  Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.
Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.


--------

SENYUM HUJUNG MINGGU



PENGUMUMAN
senyum dan ketawa
adalah ubat mujarab
untuk gundah gulana
senyum ketawa masih lagi percuma
dan belum diwajibkan berlesen
marilah kita ketawa
sebelum ketawa dikenakan cukai gst




--------

PROGRAM SANTAI MANTAI




PETANG INI




MALAM ESOK
Photo: banner 6X10 BUALBICARA 19MEI




--------

TIPU SEKALI OK JUGA - TIPU DUA KALI BANGUN MELAWAN



#TIPU 505 #TIPU505 # TIPU505

Kalau penipu telah menipu seseorang kemudian penipu itu memberitahu pada mangsanya... Kalau kamu nak tangkap aku buat laporan polis dan dakwa aku di mahkamah.....? Apakah ada penipu yang telah menipu seseorang kemudiannya secara suka rela dia serahkan tengkoknya untuk dirantai ?

 Kenapa Najib begitu yakin mencadangkan kepada parti Pakatan Rakyat supaya membawa kes tipu pilihanraya ke mahkamah ? 

Jawapannya mudah saja... Hakim dalam mahkamah itu masih dalam cengkaman "Lingam korek....korek...korek..." Takkan orang Perak dah lupa bagaimana mahkamah rayuan memperbodohkan Nizar bekas menteri besar Perak...?

 Cadangan Najib dan timbalan pengerusi SPR tentang penipuan mereka kemahkamah tidak lain hanyalah untuk meremeh dan memperbodohkan Anwar Ibrahim dan anak Malaysia. Kalau tanya Adnan Pahang.... Pasti dia berani potong telinga kalau Pakatan Rakyat boleh menang dalam perbicaraan itu..... on # TIPU # TIPU # TIPU - SEMUA KENA TIPU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/13/13
 

JALAN RAYA TUNNGU
Najib bersungguh suruh bawak kes ke mahkamah, maknanya itu bukan tindakan yang betul! Apa tindakan yang betul lu tanya? Pak Isham sudah lama bersyarah pasal benda ni: Jalanraya, tunggu kedatangan rakyat... on # TIPU # TIPU # TIPU - SEMUA KENA TIPU
Anonymous
on 5/13/13



TARIKH #TIPU505 

                        21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah
             23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu
                   24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka



----------