.

Sabtu, 17 Januari 2015

KELANTAN ADA MB BARU







 KOMENTAR
orang kelantan heboh
berita tersebar kelantan ada
menteri besar baru
mereka beri gelaran
hussam MB SWASTA




Husam, Yayasan Darul Hijrah warnai politik pasca banjir di Kelantan

17 Jan — Kemunculan sebuah yayasan dengan secara tiba-tiba dalam memberikan bantuan kepada mangsa ketika Kelantan dilanda banjir paling buruk dalam sejarah mewarnai politik negeri dipimpin PAS itu. Khemah, pusat perlindungan sementara, pam air, pasukan pembersihan,…

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
hussam ni sibuk
dia dah jadi
menteri besar baru ke?
bukan main hebat lagi
saje tanya kerana dengar
ada yb kena baling kasut
kah kah kah

SIAPA PUNYA KASUT






--------------

PERLU PENJELASAN









PEMILIK MYEG UNTUNG RM137 JUTA DALAM 2 MINGGU
AHMAD ZAHID WAJIB BANTU SIASATAN MYCC

Hari demi hari rakyat menunggu maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi atas alasan penganugerahan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) kepada MyEG, malahan Ahmad Zahid masih membisu dan seolah-olah menteri yang sudah hilang.

Hari ini saya turut mendedahkan kadar kenaikan harga saham MyEG serta keuntungan atas kertas yang diperolehi oleh pemilik-pemilik MyEG yang jelas rapat berkaitan dengan UMNO/BN.

Harga tutup MyEG pada hari semalam (16 Jan 2015) adalah RM2.50. Berdasarkan harga saham pada 2 Jan 2015 iaitu RM2.10 (selepas pembetulan), MyEG telah mencatatkan peningkatan sebanyak 19%. Ini telah memberikan permodalan pasaran (market capitalization) sebanyak RM463 juta kepada MyEG.

Berdasarkan pengumuman terkini, Raja Haji Munir Shah, salah seorang pemegang saham terbesar yang juga merupakan Bekas Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Tanjung UMNO, mempunyai 374,135,796 unit saham ataupun menguasai 31.1% syarikat MyEG.[1]

Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini telah memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada Raja Haji Munir Shah.

Jelas rezeki lumayan ini pasti mencecah anggaran konservatif RM95 juta sebelum ini kerana keuntungan kepada seorang individu telahpun melebihi anggaran tersebut. Sumber-sumber pendapatan MyEG termasuk:

1.     Kutipan pembaharuan PLKS sebanyak RM38 bagi setiap pekerja asing;

2.     Penguasaan pembaharuan insurans;

3.     Pembayaran RM20 lebihan jika tidak memperbaharui insurans melaluiMyEG;

4.     Faedah yang dijana melalui kutipan levi yang dijangka mencecah RM4.4 bilion.

Harga pasaran Bursa Malaysia meletakkan jangkaan keuntungan MyEG antara RM400 hingga RM500 juta.  Sedihnya keuntungan ini adalah bersandarkan beban dan kesengsaraan rakyat dan majikan secara keseluruhan.

Pada 14 Jan 2015, saya bersama  Dr. Tan Yee Kew telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) atas monopoli MyEG terhadap pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Jelas kontrak monopoli ini telah memberikan keuntungan luar biasa kepada syarikat swasta MyEG serta kroni mereka. Amalan monopoli ini juga telah menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

Sementara menunggu siasatan profesional dan terperinci oleh MyCC, saya juga mengingatkan bahawa kami telah menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pihak yang membantu dalam siasatan monopoli oleh MyCC. Saya menggesa supaya Ahmad Zahid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MyCC. Jangan cuba mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang menteri dan ahli kabinet.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan
 Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat










-----------------

SELESAIKAN HUTANG DULU






 | January 16, 2015
IMG-20150116-WA0004
Tindakan secara bersiri yang dilakukan Eric untuk menghentam orang Islam menerusi akaun Twitternya membuktikan bahawa beliau mempunyai penyakit. More ››



PENGUMUMAN
siapa kenal zul nordin

sila berita tahu dia

puan ainon 
sedang mencari zul nordin
sudah lama di cari
puan ainon mahu zul nordin
jelaskan hutang lapok

zul nordin pinjam
duit puan ainon
melalui dinsman
untuk
duit 
cengkeram  PRU12

NOTA
sebelum zul nordin
bercakap hal melayu
bercakap hal islam
sila
selesaikan hutang dulu

puan ainon
ialah ahli majlis pmum ke 16
tukar tiub setiausaha pmum




-----------

TIDAK ADA MONOPOLI ALLAH





Cun on MINAH CUN STRIKES BACK
Naguib Kaki Lima
on 1/17/15



MOTIVATOR & USTAZ
baik buruk sume tuhan yg izinkan..ramai motivator atau ust/ustz kata baik dr allah, bruk dari setan/iblis..tp bila bulan posa.sume setan/iblis kena ikat nape org islam tak bole ikut perintah tuhan. mrk kata sume yg burk disbkan setan/iblis tp tak sedar diri nafsu dlm diri yg meguasai diri.sdgkan setan/iblis nak sesatkan manusia pun minta kebenaran tuhan dn tuhan benarkan.

nafsu diri la yg mghancurkan..cth2 nafsunya nak yg slim cun, nak GolfShopTravel,nak online dll.zaman sblm muhamad jd nabi pun ramai org jg wakil tuhan dn mdpt wang masyuk..bila muhammad distihar nabi maka wang dh tak masuk dn org bole online sdiri dgn tuhan tanpa perantara patung org atau bayar duit kpd org utk medoakan dia.. on MINAH CUN STRIKES BACK
Anonymous
on 1/16/15
TAK TAHAN
Weehhh aaaakkkuu dulu. Tak tahan dah..... on MINAH CUN STRIKES BACK
in response to Allah izinkan saya pacucing ptg ni..wakakaka, by Anonymous.
Anonymous
on 1/16/15
OTAK UNTUK BERFIKIR
salah tu, ALLAH beri kita otak untuk fikir, dan surga /neraka untuk pilihan pilihan nya ialah melalui otak on MINAH CUN STRIKES BACK
Anonymous
on 1/16/15
GURU KONSEP HINDU
pak tt sila mengaji dengan guru... jangan mengaji dengan cikgu. on MINAH CUN STRIKES BACK
Anonymous
on 1/16/15
JANGAN LARI
Saya hrp tt jangan lari jauh sgt dari Islam nanti takut takut tak jumpa jalan kembali.. Nak komen mengenai Islam tp jgn sekali kali menghina dan mengejek ajaran Nabi. Kita mungkin tak bersetuju mengenai pelaksanaan Islam dari yang berotoriti tp dalam masa yang sama kena ingat Islam tu agama Allah. on MINAH CUN STRIKES BACK
anak selangor
on 1/16/15
SYABAS MINAH CUN
syabas minah cun... selama ini ada puak monopoli bab agama nie...padahal semua tau puak ni masih tunduk pada kuasa bukan pada kehendak agama pun... yang rasuah dihalalkan...yang rembat harta rakyat dimaafkan... yang jahil masih diketuankan kah kah kah... pak kaduk masih ramai di bumi ini kah kah kah...lawa lah minah ni....wa caya sama lu lah... on MINAH CUN STRIKES BACK
Anonymous
on 1/16/15
TEBAR ROTI
Saja nak tanya....Antara k pop dgn china doll dan tebar roti mana lebih ghairah ? Jawap tt dan pengikut2 nya. on MINAH CUN STRIKES BACK
Anonymous
on 1/16/15
BUNUH ADN ROGOL
satu kapal dengan masitah daa dengan izin Allah boleh buat apa saja ,abis tu akai boh dimana ? bunuh & rogol dulu pastu kata dengan izin Allah ka ? bole jawab di mahkamah kata Allah izinkan kah kah kah ! meelacur pun harus ,dengan izin Allah ka samdol? ABU ! on MINAH CUN STRIKES BACK
Publish | Delete | Spam
Amuraria
on 1/16/15






----------------

LAWAK HARI SABTU





Dunia iktiraf kepimpinan Hadi, kata 

timbalan MB Kelantan 

Timbalan Menteri Besar Kelantan  Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS masih memerlukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pengalaman dan pengiktirafan dunia terhadapnya.
Timbalan pesuruhjaya 1 PAS Kelantan itu berkata, Hadi masih layak memegang jawatan sebagai presiden PAS.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dunia-iktiraf-kepimpinan-hadi-kata-timbalan-mb-kelantan#sthash.Q5hQQJJc.dpuf




KAH KAH KAH

woit
buat lawak
bukan jenayah
berangan angan
juga bukan jenayah
bodoh juga bukan jenayah

buat lawak bodoh
bukan satu kesalahan

buat lawak bodek
pun tak salah

kah kah kah
ketawa juga 
belum kena GST
kah kah kah

APA PUNYA LAWAK



--------------

MINAH RAHAI





Syed Ali pertahan 'pelukan Rosmah'

Seorang pemimpin bahagian Umno tampil mempertahankan tindakan isteri perdana menteri  Rosmah Mansor memeluk pemain badminton  Lee Chong Wei.

"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan.


Syed Ali turut memperakui Rosmah sebagai “ibu kepada 28 juta rakyat Malaysia” dan memuji keprihatinan suami Najib Razak itu.





KAH KAH KAH

woit
ibu 28 juta
tapi tolak satu
gwa tak masuk
kah kah kah

patutlah rahai
koyak rabak
lohe kah kah kah
lori 5 tan pun
boleh lalu
beranak banyak
peha najib boleh masuk
kah kah kah

APA PUNYA LOHE


------------

LAGI HASAN MALEK







Barangan bernilai RM30,844 dirampas 

dalam operasi pantau harga 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas barangan bernilai RM30,844 dan mengeluarkan kompaun berjumlah RM17,900 ke atas pelbagai kesalahan dalam Ops Pasca Banjir di seluruh negara setakat semalam.
Menterinya  Hasan Malek berkata pihaknya juga merekodkan 138 kes dalam 25,252 pemeriksaan di pelbagai jenis premis perniagaan semalam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/barangan-bernilai-rm30844-dirampas-dalam-operasi-pantau-harga#sthash.UuzjjCK5.dpuf




KAH KAH KAH

woit
ini sandiwara
ini teater
teknik lama
tangkap rampas
teater nak tunjuk
sedang  buat kerja
nak kelentong rakyat

woit .. apa ke jadah
jaga harga barang
rakyat bukan mahu
harga barang dijaga
tak perlu pak gad
orang ramai mahu
harga barang murah

hasan munkee 4B
bodoh bangang
bengong bebal
bahlol biol
dah 5 pulak kah kah kah

APA PUNYA MALEK






















-------------

TANDA TANDA PERANG






KOMENTAR
suasana perang
di benua eropah semakin jelas
ada perang ekonomi
ada perang mata wang

hari ini peranga bahan bakar

kita wajib bersedia
kita wajib memahami apa yang berlaku
suasana 30'an kembali

anak anak muda
wajib bersedia
bila perang pecah
ini adalah peluang
untuk mendirikan dunia baru

dunia ini akhirnya 
adalah milik anak muda



SUHU EROPAH MAKIN SEJUK






---
Russia Cuts Off Ukraine Gas Supply To 6 European Countries
By Tyler Durden
January 15, 2015 "ICH" - "Zero Hedge" -    ---- Vladimir Putin ordered the Russian state energy giant Gazprom to cut supplies to and through Ukraine amid accusations, according to The Daily Mail, that its neighbor has been siphoning off and stealing Russian gas. Due to these "transit risks for European consumers in the territory of Ukraine," Gazprom cut gas exports to Europe by 60%, plunging the continent into an energy crisis "within hours." Perhaps explaining the explosion higher in NatGas prices (and oil) today, gas companies in Ukraine confirmed that Russia had cut off supply; and six countries reported a complete shut-off of Russian gasThe EU raged that the sudden cut-off to some of its member countries was "completely unacceptable," but Gazprom CEO Alexey Miller later added that Russia plans to shift all its natural gas flows crossing Ukraine to a route via Turkey; and Russian Energy Minister Alexander Novak stated unequivocally, "the decision has been made."




















-------------

SUARA ANAK MUDA




PREJUDIS TERHADAP KEBEBASAN BERSUARA, PENDIDIKAN HAK ASASI PERLU DISUBURKAN DI SEKOLAH

Sebuah Negara akan berkembang maju apabila Negara itu ditadbir oleh Kerajaan yang bersedia mendengar suara rakyatnya. Inilah falsafah yang terkandung di sebalik prinsip kebebasan bersuara. Prinsip ini bukan sekadar soal kebebasan individu untuk berfikir dan berekspresi, tetapi juga menekankan peripentingnya kewujudan sebuah masyarakat yang berjiwa besar untuk mendengar. Sikap yang perlu ditradisikan dalam masyarakat bertamadun ialah sikap mahu dan bersedia untuk mendengar tanpa prejudis, dan bukannya memikirkan apa yang perlu dicakapkan oleh orang lain.  

Oleh itu LENSA merasa agak terkilan dengan respon JAKIM terhadap saranan supaya diadakan debat bagi mempertemukan JAKIM dan Eric Poulsen. Walaupun respon sebegitu memang sudah dijangkakan, namun jelas JAKIM gagal memanfaatkan ruang kebebasan bersuara untuk memurnikan keadaan.

Professor Alexander Meiklejohn dalam buku yang berjudul Free Speech and Its Relation to Self-Government , ada mengungkapkan “Perlukah kita, sebagai pejuang kebebasan, mendengar pandangan yang bercanggah dengan pandangan kita, yang boleh menghancurkan cita-cita kita untuk menjadi Kerajaan yang baik?, Perlukah kita mendengar pandangan mereka yang membenci dan ingin memusnahkan kebebasan? Perlukah kita mendengar pandangan pihak yang sekiranya mereka memiliki kuasa, mereka akan memusnahkan Negara ini?, Sudah pasti, kita perlu mendengarnya !, Kita perlu memastikan tindakan kita tidak dikawal oleh mereka itu, tetapi tindakan kita adalah kerana kita sendiri. Kita mendengar, bukan kerana mereka mahu bercakap, tetapi kita mendengar kerana kita perlu mendengar”

Tetapi apa yang menimpa Eric Poulsen dan Major Zaidi di awal tahun 2015 ini memberi petunjuk kepada kita sejauh mana kumpulan berautoriti menghormati konsep kebebasan bersuara ini. Major Zaidi dikenakan hukuman buang kerja hanya kerana mengadakan sidang media bagi mendedahkan dakwat kekal yang mudah luntur semasa Pilihanraya Umum ke 13 lalu. Eric Poulsen pula, hanya kerana beliau mempersoal JAKIM di laman Twitter, beliau terus disiasat di bawah Akta Hasutan dan 20 anggota Polis dikerah untuk menghambat beliau sebelum dikenakan reman satu hari.

Amat malang apabila diusia 58 tahun Merdeka, Malaysia masih memiliki set cara fikir yang begitu prejudis terhadap kebebasan bersuara. Individu yang vokal bukan sekadar tidak didengar, malah digunakan segala jenis undang-undang dan peraturan drakonian untuk mendiamkan individu tersebut.

Ironinya, menggunakan undang-undang drakonian untuk berdepan dengan suara individu jelas menampakkan kebaculan pihak berautoriti. Analoginya, individu A menuduh individu B sebagai pencuri. Individu B tanpa banyak soal periksa terus menumbuk Individu A. Tindakan individu B itu mengundang pelbagai indikasi. Akibat dangkal berhujah untuk mempertahankan diri, B menggunakan kekerasan untuk menutup mulut si A. Tindakan itu juga menguatkan lagi dakwaan A bahawa B seorang pencuri sedangkan tuduhan itu mungkin palsu.

Maka Akta Hasutan ke atas Eric Poulsen dan Undang-undang Tentera ke atas Major Zaidi adalah sama seperti penumbuk yang digunakan si B untuk mendiamkan si A tadi. Bahkan undang-undang seperti ini masih tersembunyi di banyak tempat dalam Negara kita, termasuk peraturan-peraturan yang sedang diamalkan dalam universiti awam dan swasta.

Tidak cukup dengan peraturan drakonian, persepsi segelintir masyarakat juga sering menghukum individu-individu yang cuba mempraktiskan kebebasan bersuara. Bermacam-macam label dilemparkan kepada individu seperti Eric Poulsen. Lebih malang apabila label-label yang dilemparkan itu bersifat prejudis dan tohmahan semata-mata seperti seperti anti-islam, anti-melayu dan sebagainya.

Sedangkan sekiranya semua pihak memahami konsep kebebasan bersuara, sudah pasti isu-isu yang dianggap sensitif ini akan dapat ditangani secara lebih efektif. Tempangnya pendidikan hak asasi juga menjadi salah satu punca mengapa begitu sukar sekali untuk dialog dan wacana dibudayakan.

Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) yakin dan percaya, masyarakat yang arif tentang hak asasi akan memahami tanggungjawab dalam mengamalkan hak masing-masing. Sebagai contohnya, setiap  individu mempunyai hak untuk bersuara seperti yang dijamin dalam Prinsip ke 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR). Namun dalam masa yang sama, Prinsip ke 12 UDHR juga menetapkan setiap individu atau organisasi mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik. Prinsip ke 12 secara langsung menjadi sempadan kepada hak kebebasan bersuara. Sekiranya hak kebebasan bersuara disalah ertikan dengan tujuan ingin menggangu orang lain, maka individu yang teraniaya boleh mempertahankan diri dengan menggunakan undang-undang secara adil.

Sebagai contoh, sekiranya ada individu yang merasakan dia telah difitnah, maka individu tersebut boleh menggunakan peruntukan undang-undang untuk mempertahankan diri. Di Malaysia, kita memiliki peruntukan Seksyen 499 di bawah Kanun Keseksaan bagi kesalahan fitnah. Orang yang memfitnah boleh diheret ke mahkamah untuk diadili dan jika didapati bersalah, dia berhak dihukum.

Dalam bukunya yang sama, Prof Meiklejohn menyatakan bahawa beliau mengakui kebebasan bersuara sememangnya ada had. Tetapi had itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya sesuatu ucapan itu jelas mengganggu hak individu lain.

Sekiranya pendidikan demokrasi disuburkan dalam kalangan masyarakat, LENSA percaya konsep kebebasan bersuara ini akan mampu dihormati oleh semua pihak. Bahkan rakyat akan menjadi lebih prihatin untuk menjaga sensitiviti sesama anggota masyarakat.

Oleh itu LENSA mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia agar memberi penekanan pendidikan hak asasi dalam silibus pendidikan Malaysia. Para pelajar perlu didedahkan seawal mungkin mengenai hak asasi manusia bagi memberi kesan jangka masa panjang yang bermanfaat untuk Negara.

Hal ini mungkin dianggap janggal untuk kita, tetapi sudah pun dilaksanakan di negara-negara eropah. Anak-anak kecil seawal pra-sekolah dididik mengenai hak asasi manusia bagi memastikan mereka menjadi generasi yang bukan sahaja faham, tetapi  bertanggungjawab dalam mengamalkan hak asasi.

Apabila rakyat faham tentang hak asasi, maka LENSA percaya Malaysia akan bebas daripada cara fikir ekstrimis. Perbezaan pandangan akan berjaya diurus dengan baik dan semua pihak akan lebih memahami kepentingan dialog sebagai mekanisme terbaik dalam mengurus perbezaan pendapat.

Sekian.
  
Syukri Razab
Penyelaras Komunikasi
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)









-----------