Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 31 Ogos 2012

JANJI DEMOKRASI MENERUSKAN OMBAK LAWAN SEHINGGA GEROMBOLAN RUNTUH!





JANJI DEMOKRASI DITERUSKAN






KOMENTAR TUKAR TIUB

baca sajak pun salah
dulu zunar buat karton
kena tangkap

sekarang pak samad baca sajak
pun akan di tangkap

tapi apa sebenarnya kesalahan janji demokrasi?

kesalahan janji demokrasi
ialah kerana ada 30 ribu yang datang
tanpa di arah
tanpa diberi duit
tanpa ada duit tambang
tanpa di upah
semua datang untuk janji demokrasi

jumlah 30 ribu ini melebehi
jumlah orang yang melihat jalur tembelang
pada pagi 31 ogos ini

ini lah kesasalah besar janji demokrasi
ini kah jenayah besar janji demokrasi
kesalahan lebih mendapat sokongan
dari gerombolan dan jalur temberang!



POLIS SIASAT PENGANJUR JANJI DEMOKRASI-mkini

Polis sedang menyiasat penganjur perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur malam tadi yang menarik kira-kira 10,000 orang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur jenayah siasatan Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan itu dibuat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, beliau berkata, pihak polis akan terus menyiasat mereka di bawah Akta tersebut.

Malam tadi, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin
Ahmad berkata polis akan "menyiasat kemudian" sama ada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak.

Pak Samad yang merupakan Sasterawan Negara, membaca
sajaknya 'Janji Demokras' di dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terletak kurang 500 meter dari Dataran Merdeka.

Walaupun telah mengisytiharkan perhimpunan itu haram di saat-saat akhir, tetapi tiada tangkapan terhadap ribuan orang ramai yang membanjiri kawasan itu dengan berpakaian kuning pada malam ambang Hari Kebangsaan.

KESALAHAN BESAR : RAMAI TURUN


MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA





PENGUMUM DARI STESEN PUNK ROCK



PENGUMUMAN DARI RADIO BANGSAR UTAMA
pada malam ini
saperti biasa
jam 9:00 dengan berita menghasut


RAKAMAN DARI DATARAN MERDEKA
sesudah berita menghasut
akan di ikuti dengan rakaman
ambang 30 ogos malam kelamarin
ini adalah rakaman bersejarah
yang telah dibuat oleh wartawan rabu

untuk semua pendengar dalam dan luar negara
sila ikuti radio bangsar utama






NOTA:
sila tunggu satu pengumuman penting
tidak lama lagi dari radio bangsar utama
terus ikut tukar tiub
terus layari stesen punk rock bangsar utama


PAK SAMAD AKAN DI TANGLAP KERNA BACA SAJAK






SUSUN GERAKAN KITA GEMPUR GEROMBOLAN



JANJI DEMOKRASI

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012


UNTUK WARGA DI LUAR KUALA LUMPUR INILAH SEJARAH




JANGAN LUPA KITA BEJUMPA DI RAUB PAHANG




BERHIMPUN AHAD PETANG




SINADA IALAH RACUN PEMBUNUH
Cyanide adalah di antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia, yang wujud dalam perlbagai bentuk. Sama ada dalam bentuk gas yang tidak bewarna seperti hydrogen cyanide (HCN) dan yanogen chloride (CNCl) atau dalam bentuk kristal seperti sodium cyanide (NaCN) dan potassium cyanide (KCN).

Hydrogen cyanide (HCN) pernah digunakan dalam Perang Dunia Kedua sebagai agen pembunuh oleh Tentera Jerman, Tentera Amerika Syarikat dan Tentera Jepun malah ada juga laporan yang mengatakan agen pembunuh itu juga telah digunakan ketika perang Iran-Iraq pada tahun 80-an. Ia juga pernah digunakan oleh Tentera Perancis ketika Perang Dunia Pertama.

Penggunaan bahan kimia ini telah diharamkan di beberapa buah negara khususnya di sektor perlombongan antaranya adalah Amerika Syarikat (Montana, Colorado, Wisconsin), Turki, Honduras, Republik Czech, Argentina, Jerman, Greece, Costa Rica, Peru, dan Filipina kerana ancamannya kepada Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Pendedahan berterusan bahan kimia ini melalui pernafasan udara, air minuman, makanan malah memegang tanah yang dicemari cyanide kepada manusia boleh menyebabkan kematian malah jika mangsa berjaya diselamatkan sekalipun, dengan tahap keracunan yang tinggi boleh menyebabkan jantung dan otak mangsa rosak. Cyanide akan menghalang sel badan manusia daripada menerima oksigen yang secukupnya dan jika sel badan tidak dapat menerima oksigen yang secukupnya, sel itu akan mati. Jantung dan otak adalah organ manusia yang banyak menggunakan oksigen.




baca seterusnya disini:

http://pemudatua.blogspot.com/2012/08/ancaman-cyanide-di-bukitkoman-apa-yang.html


NAK SAMAN KERANA BACA SAJAK ?





INI 30 ATAU 30 PULUH RIBU ORANG






POLIS BERJAYA KAWAL KESELAMATAN DI DATARAN MERDEKA - meloya

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Pihak polis berjaya mengawal baik kehadiran kira-kira 6,000 rakyat Malaysia di perkarangan Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 tengah malam ini, walaupun terdapat segelintir penyokong Perhimpunan Janji Bersih hadir dipercayai bertujuan memburukkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kecuali pihaknya menahan dua individu yang didapati membakar mercun di kawasan terbabit.

"Kira-kira 6,000 orang hadir ke sini bagi menyaksikan pertunjukkan bunga api. Keadaan semuanya terkawal dan mereka mula beredar selepas tengah malam," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, seramai 205 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam mengawal keadaan di dataran itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis akan menyiasat lanjut tindakan Sasterawan Negara, A. Samad Said yang membaca puisi ketika sambutan itu sekiranya ia melanggar undang-undang.

Puisi berkenaan, menggesa supaya orang ramai memakai pakaian berwarna kuning sebagai simbolik tuntutan dalam perhimpunan itu. - UTUSAN MELOYA

INI PAKAI WARNA APA? BIRU KE?


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit...6000 SAHAJA.... kah kah kah...

kah kah kah... BIAR BETUL...TADI KIRA ADA 300 ORANG.... kah kah kah..

woit....OOOOPPSSs.... BUKAN 300 TAPI 30,000 ORANG.... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK SAMAN PAK SAMAD?..... kah kah kah...

kah kah kah...KERANA BACA SAJAK?..... kah kah kah...

kah kah kagh... LANCHOW... KALAU BERANI.... kah kah kah...



INI GANTI JALUR TEMBERANG


BERITA BERGAMBAR DARI DATARAN MERDEKA





DARI TIM PENGARANG TUKAR TIUB

adalah dengan tanda hormat
tim tukar tiub
merakamkan ucapan terima kaseh
kepada semua warga
kepada anak semua bangsa
yang tua
yang muda
ibu ayah abang kakak dan adik
yang telah menjayakan JANJI DEMOKRASI

terbukti bahawa jika tidak diganggu gugat
terbukti jika tidak di kacau
perhimpunan akan berjalan dengan aman
walau pun tengah malam

anak semua bangsa
telah membuat sejarah
anak semua bangsa
pada 30 ogos 2012
telah melakar sejarah
untuk pertama kalinya
count down gerombolan
telah dibatalkan
konsert bodoh oleh artis bodoh
telah tidak muncul menggangu janji demokrasi

malam tadi di ipoh
malam tadi di penang
malam tadi di jb
malam tadi di melaka
janji demokrasi telah diadakan

di perth australia
di melbourne australia
di london
di manchester
juga telah diadakan

SEJARAH SANG SAKA
untuk pertama kalinya
sang saka tanah melayu berkibar
anak muda yang mengkibarkan bendera ini
tahu sejarah perjuangan bangsa

sejarah telah dilakar
sejarah telah ditulis
sang sanga merah puteh berkibar sekali lagi


NOTA:
tukar tiub telah membuat temu janji
dengan seorang minah cun
temu janji ini gagal

cuba teka dalam banyak banyak
gambar ini
minah cun
yang mana yang telah
membuat temu janji
dengan tukar tiub
kah kah kah




















NOTA:
ada yang tanya berapa puluh ratus ribu yang hadir?
tak perlu kira
tak perlu hitung
utusan akan menghitung
rais yatim akan buat kiraan

bila utusan kira
sila kalikan dengan 50
dan kita semua akan ketawa
kah kah kah