.

Rabu, 26 Februari 2014

BERITA KANTOI



Pengagihan air berjadual di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam

Pengagihan air berjadual di sembilan zon di Kluang dilanjutkan kepada 36 jam sekali berbanding 24 jam sebelum...SELANJUTNYA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KELUANG NI KERAJAAN PAKATAN KE?... kah kah kah

kah kah kah... ATAU KETENTUAN ALLAH... kah kah kah


-------

CADANGAN DARI PEMBACA




SATU CADANGAN
Tukartiub, Sekiranya keadaan mengizinkan, sila kemukakan satu soalan kepada ketiga-tiga pendebat tersebut:- Soalan: Apakah pandangan mereka terhadap fenomena YBSATION. Sila click link di bawah untuk recall istilah yang diterbitkan oleh Tukartiub pada Mac 2012. http://tukartiub.blogspot.com/2012/03/ybsation-dan-lebaisataion.html Terima Kasih. on SATU JEMPUTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/25/14


SATU JEMPUTAN
bersama mendengar mengupas
pandangan dari 3 orang pemimpin
anak muda 


RADIO BANGSAR 
AKAN MEMBUAT
 SAIARAN LANGSUNG


-----------

BAJU BILIK SULIT UNTUK INGATAN







DARI FACE BOOK



Woot woot! T-shirt #BilikSulit dah siap! Ada saiz XL, L, M, S (RM30) Ada jugak saiz XS untuk kanak-kanak (RM20) . Ini rare item. Dapatkan di pementasan teater #BilikSulit di KLSCAH esok! Yeah!
 — with Khairul Fahmi Mohd AliMatpon RiveraÄdi Sälvätruchä and 43 others.





DAPAT KAN BAJU INI 
DI DEWAN CHINA
-------

SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU





MAJORITI RAKYAT MEMILIH
PAKATAN RAKYAT

OH! BANI MELAYU
Secara terbuka saya ada menulis berapa kali tentang Musa Hitam. Saya tidak pernah mengenali sosok ini. Ketika saya mula menerima pencerahan politik awal 70’an  Si Musa ini sedang menjadi Timbalan Ketua Pemuda United Malays National Organisation.

Kali pertama berlakunya ‘pertembungan politik ’ antara saya dengan Musa pada tahun 1973. Ini terjadi apabila hutan dara di Dengkil Bangi hendak dijadikan tapak Universiti Kebangsaan.  Harun Idris Menteri Besar Selangor pada ketika itu telah dituduh menerima rasuah untuk  meluluskan tanah balak. Dikatakan Harun telah memberikan ban balak ini kepada kroninya.

Pada ketika itu saya ialah Setiausha Agong Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. Saya nampak lanun-lanun Ketuanan Melayu sedang berebut ‘ ghanimah –harta rampasan perang’. Bila sahaja saya melihat  ada pergaduhan dalaman sedang berlaku maka saya pun masuk mencelah  ‘curah minyak’.

 Heboh-heboh  tentang rasuah “Datuk Harun’ ini menjadi ‘hot’. Media milik United Malays National Organisation pada ketika itu menyokong tindakan mahasiswa. Ini kerana PM  Razak Hussein juga berniat mahu menghakiskan pengaruh Harun yang berkemungkinan menyingkirkan Razak sendiri.

Saya buka Dewan Tunku Canselor sebagai tempat debat. Harus Idris  telah dijemput untuk berdebat dengan pelajar.  Ini saya lakukan  secara sedar untuk menerangkan kepada Bani Melayu, terutama kepada anak muda mahasiswa pada ketika itu  bahawa   Harun Idris yang dianggap ‘hero Melayu sesudah Mei 13’  ini adalah kaki rasuah.

Saya masih ingat lagi gambar dalam Utusan Malaysia dimana seluruh kepimpinan Pemuda United Malays National Organisation berdiri, bersongkok dan memakai pakaian puteh mengangkat sumpah  bersetia menyokong Harun Idris yang sedang ditekan dengan kes balak. Yang mengepali sumpah setia itu ialah Musa Hitam.

Jelas ada bezaan pandangan tetapi  pada hari ini saya menganggap Musa Hitam ini adalah  ‘ meterial’  yang berkemungkinan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Justeru saya mentakrifkan Musa Hitam sebagai PM yang  rakyat Malaysia tak dapat – the prime minisiter we never had.

Mari kita beralih kepada Tunku Razaleigh atau Ku Li. Saya mengenali baik sosok ini. Kami dari sekolah yang sama. Makan dari kawah yang sama. Tetapi  Ku LI ini Anak Raja. Sebanyak mana rajanya saya TIDAK ambil pot.  Ketika saya di Universiti Malaya sosok ini sedang bekerja di Petronas. Justeru ketika  saya mendapat pencerahan politik saya tidak membaca apa-apa ‘ heboh’   tentang Ku Li.

Tapi saya difahamkan ditahun 70’an Ku Li ini termasuk dalam ‘ geng’ yang berpayung di bawah kelambu PM Razak Hussein.  Dalam bahasa soh seh soh seh Ku Li ini adalah ‘inner circle’ Razak. Ertinya PM akan buka telinga apabila Ku Li bersuara.

Ketika wujudnya krisis politik 1988 dan munculnya parti Semangat 46 saya tidak berada  di Malaysia. Justeru saya tidak mengetahui perincian  arus dalaman yang mengalir. Tetapi dari pembacaan dan dari apa yang saya difahamkan oleh ‘murid tua’ sekolah kami – Ku Li telah ditipu oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty dalam pemilihan Presiden United Malays National Organisation pada tahun 1987. Ku Li dikalahkan   sama saperti  Pakatan Rakyat dikalahkan dalam PRU13 – dengan undi tipu.

 Saya anggap Ku Li ini adalah juga bahan  yang boleh diukir untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  Sayangnya, Musa Hitam dan Ku Lia adalah dua sosok yang telah dinafikan fikrah  mereka untuk memimpin rakyat Malaysia. Telah dinafikan ketrampilan fikrah mereka khusus untuk memimpin Bani Melayu.

Dua sosok diatas dari parti yang ditaja oleh British. Harus disedari bahawa kepimpinan Bani Melayu bukan hanya datang dari parti United Malays National Organisation. Sejarah telah merakamkan  wujudnya dua  sosok nasionalis Bani Melayu yang gigih berjuang menentang British – bukan gigih membodek British. Mereka  – Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmi – mendapat pencerahan dari jalur kiri.

Malah , kesedaran siapa Melayu, kenapa Melayu dan apa Melayu dan kemana Bani  Melayu ini telah awal diwacanakan  oleh dua sosok kiri ini. Jalur kirilah yang petama  secara lantang dan tegas melaungkan Malaya Merdeka! Dua sosok kiri ini berkempen ke serata Tanah Melayu untuk menaikkan kesedaran Bani Melayu. Perjuangan anti-penjajah mereka jelas. Ketika Bung Bustamam dan Bung Burhanuddin ke hulu kehilir berkempen dari pekan  ke  kampong  Si Tungku sedang  enak berkuda. Manakala Si Razak  sedang ‘ enjoy de menjoy’ dengan Black Label.

Boestamam dan Buhanuddin - dua nasionalis Melayu  ini telah dipenjarakan  oleh British. Ini untuk menafikan fikrah mereka  dari dapat memimpin Bani Melayu. Sebagai gantinya Brisish telah menobatkan Tungku dan Razak.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah  sejarah bagaimana Bani Melayu telah dinafikan hak mereka untuk dipimpin oleh sosok kepimpinan yang berkualiti, teruji, berjiwa merdeka. Pemimpin yang memiliki fikrah terbuka  yang berkebolehan untuk mewakili anak semua bangsa. Memang betul apa yang saya katakan ini amat-amat subjektif kerana sosok-sosok ini tidak menjadi Perdana Menteri.

Yakinlah apa yang saya tulis  ialah hasil rumusan  yang berasakan apa yang saya baca tentang sosok-sosok ini dari fakta sejarah. Fakta sejarah ini  saya bandingkan dengan keadaan Bani Melayu yang sedang nazzk dan dahaga dengan kepimpinan pada ketika ini.  Dari  fakta sejarah yang  telah berlalu saya membuat rumusan – kalau lah...

Kalaulah ...Ahmad Boestamam atau Burhanuddin Helmi menjadi PM  Tanah Melayu yang pertama. Kalaulah...Musa  Hitam atau Tengku Razaleigh menjadi PM – bagaimana keadaan politik Bani Melayu  pada  24 Febuarari 2014 ini?

Penjajah British telah menafikan Bani Melayu dari berkongsi kecemerlangan fikrah Boestamam dan Buhanuddin.  Manakala, Mahathir Muhamad anak Lelaki Iskandar Kutty yang keMelayuannya masih dipertikaikan telah menafikan  Bani Melayu dari dipimpin oleh  Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Babak ini untuk saya adalah satu babak jenayah. Untuk saya ini jenayah besar yang telah dilakuan oleh Mahathir Muhamad  sama saperti jenayah kaum Zionis membunuh ahli saintis Iraq dan Iran.

Saya menulis pekara ini kerana sekali lagi saya sedang melihat dengan jelas bahawa ada perancangan yang tersusun untuk menafikan hak Bani Melayu dan hak anak semua bangsa dari mendapat kepimpinan Anwar Ibrahim.  Saya  membaca dengan jelas bahawa telah wujud satu perancangan yang licik untuk menafikan  sekali lagi Bani Melayu dari mendapat sosok yang memiliki fikrah untuk memimpin.

Saya melihat dengan jelas bagaimana penyamun dan lanun ekonomi, para cukong, politikus lama dan baru – sedang mendirikan barisan untuk menentang Anwar Ibrahim. Kali ini bukan untuk menjadi PM tetapi hanya untuk menjadi MB Selangor. Saya melihat saorang  lanun tua yang sedang  sakit bangun kembali berusaha untuk memastikan Langkah Kajang ini gagal.

 Saya sedang melihat dengan jelas bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty sedang merancang bersama kuncu-kuncunya untuk menafikan sekali lagi Bani Melayu  dari mendapat  kepimpinan  yang berfikrah.

Apakah jenayah Bani Melayu? Apa kesalahan Bani Melayu?  Apakah jenayah  warga Malaysia anak semua bangsa? Apa jenayah mereka hingga mereka dipaksa untuk diperentah dibawah pemimpin   Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.  Kenapa rakyat Malaysia anak semua bangsa dipaksa untuk menerima  Abdullah Badawi?  Tidak cukup dengan Abdullah Badawi rakyat Malaysia dipaksa untuk menerima Najib dan Rosmah sebagai pemimpian negara?


Anak semua bangsa – kita semua -  telah terpaksa menerima bengolan-bengolan yang dipilih dari parti United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun bengolan-bengolan   ini telah dieram dan  menetas dari lubang  United Malays National Organisation. Bengolan-begolan ini kemudian dipilih oleh wakil yang datang ke Perhimpunan Agung Tahunan.  Siapa yang dipilih maka mereka akan menjadi Perdana Menteri.

Apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agong telah menjadi rahsia umum. Rakyat Malaysia termasuk juga warga asing telah mengetahui apa itu Perhimpuan Agong Ketuanan Melayu. Rasuah, politik wang dan jual beli kesetiaan semuanya berlaku dalam bazar yang dipanggil  Pemilihan Pucuk Pimpinan. Ini bukan satu rahsia.

Menafikan Bani Melayu dari mendapat  pemimpin yang berkaliber, yang memiliki fikrah adalah satu jenayah.  Ini satu jenayah sama saperti  genocide yang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin. Menafikan sosok yang bijak untuk memimpin adalah rancangan jahat United Malays National Organisation.

Sebenarnya kenapa perlu dinafikan Bani Melayu dari mendapat pemimpan yang bijak? Kenapa Bani Melayu disorongkan dengan Najib dan Rosmah?


Jawabnya cukup senang. Dengan pemimpin yang bijak  Bani Melayu akan melangkah bijak. Dengan pemimpin bebal maka Bani melayu akan terus bebal.  Dengan wujudnya Bani Melayu yang bebal maka parti United Malays National Organisation dapat terus relevan berkuasa untuk merompak harta negara.  Menghalang Anwar dari menjadi MB Selangor adalah sebahagian dari projek pembodohan Bani Melayu. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon 03-92-21-10-45


---------

BILIK SULIT BUKA PANGGUNG




JEMPUT DATANG
MALAM INI


---------

SUARAM MENJEMPUT







Inline image 1

TEATER BILIK SULIT
KEMBALI KE KUALA LUMPUR

26, 27, 28 Febuari 2014
8.30 Malam
Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH)

Inline image 2

Warga Kuala Lumpur yang terlepas untuk menyaksikan pementasan Teater Bilik Sulit pada September tahun lalu tidak perlu risau kerana Bilik Sulit kini kembali ke Kuala Lumpur. Selepas menjelajah seluruh semenanjung Malaysia, Bilik Sulit akan kembali dipentaskan di Dewan Theatrette, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 26,27, dan 28 Febuari ini bermula jam 8.30 malam.

Pementasan ini merupakan persembahan penutup bagi Roadtour Teater Bilik Sulit sebelum teater ini berlepas ke London untuk dipentaskan di sana pada pertengahan bulan Mac ini.

Teater yang dianjurkan SUARAM dengan kerjasama Radio Bangsar Utama (RABU) ini merupakan sebuah ekspresi bantahan rakyat terhadap Kerajaan Malaysia agar segera memansuhkan semua undang-undang drakonian yang mencabuli Hak Asasi Manusia seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) (POCA) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (DDA)

Teater Bilik Sulit juga akan menjadi medium informasi kepada rakyat mengenai bahaya undang-undang drakonian dan implikasinya terhadap Hak Asasi dan sistem keadilan.

Teater Bilik Sulit ini mengisahkan mengenai tragedi penderaan yang dialami oleh mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa ditahan 60 hari dibawah akta zalim tersebut. Kisah ini dipetik daripada cerita sebenar yang pernah berlaku terhadap bekas tahanan ISA.

Oleh itu, SUARAM ingin menjemput rakan-rakan media untuk hadir dan membuat liputan pementasan teater ini.

Sekian, terima kasih

“RAKYAT TOLAK TAHAN TANPA BICARA”
---------

HARI HARI AKHIR SEKOR NAJIB








KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas sejarah berulang
jelas apa yang berlaku pada dolah badawi
kini sedang berlaku kepada najib razak

DOLAH
dolah pm yang flip flop
dolah pm yang lembik
dolah pm tidak tegas
dolah di kawal oleh menantu


NAJIB
najib pm yang flip flop
najib pm yang lembik
najib pm tidak tegas
cuma beza dengan dolah 
najib dikawal oleh bini

SOALAN HAKIKI
apakah muhyiddin sudah bersedia?
jika muhyiddin takut
apakah zahid akan mara
ini soalan hakiki
untuk kurun ini


Utamakan kestabilan, bukan mandat, kata Daim kepada Putrajaya

Keamanan dan kestabilan adalah dua perkara terpenting yang dimahukan rakyat Malaysia selain agen provokasi yang perlu dihapuskan, kata bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar).
Daim berkata, kerajaan sedia ada bukan sahaja perlu memikirkan untuk mengekalkan mandat sedia ada tetapi juga dasar kepimpinan.
"Undang-undang sedia ada memadai untuk mengawal perkara ini. Jika terdapat pihak yang cuba mencetuskan kontroversi, mereka perlu ditangani.
“Berdasarkan maklum balas yang saya terima, ramai yang berasa Najib seorang pucuk pimpinan yang rapuh atau kurang tegas.
“Sebagai pemimpin, beliau harus tahu mengawalnya selain pasukan terbaik untuk menasihati bagaimana berdepan dengan isu yang tidak boleh diselesaikan secara individu,” katanya.


------------

JENAYAH JUAL AGAMA



KOMENTAR TUKAR TIUB
menjual agama ini
adalah salah satu perniagaan
yang tertua dalam dunia

menjual agama yang di salut
dengan  ketakutan adalah
perniagaan yang lumayan

semakin rancak penjualan agama
maka semakin rancak
jenayah berlaku

kita selalu terbaca
jenayah kolar puteh
jenayah kolr puteh adalah jenayah
yang  bersangkutan 
dengan peniagaan dalam sistem kapitalis

dalam perniagaan agama
kita kini selalu terbaca
berlakunya jenayah atas nama agama

jenayah betuk ini
 wajib dikenali
sebagai jenayah kopiah puteh


APA DIA 
JENAYAH KOPIH PUTEH
apa sahaja jenayah
yang bersangkutan dengan perniagaan agama

AWAS DAN BERJAGA 
Hati-hati jualan amal tipu
YAN - Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan aktiviti jualan amal yang dikesan cuba menggunakan resit bayaran rasmi Pusat Tahfiz Amal (PTA) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan imej dan nama baik PTA.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menghantar pelajar untuk melakukan aktiviti jualan amal di sekitar negeri itu sebaliknya hanya di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Pada saya, aktiviti yang dikesan berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin penipuan. Mereka cuba buat resit bayaran palsu untuk kepentingan individu tertentu.

“Sebabnya kita tidak pernah hantar pelajar PTA ke negeri itu dan sudah menghentikan percetakan resit bayaran rasmi sejak enam bulan lalu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, pihak berkenaan juga pernah ditahan kerana dipercayai melakukan pemalsuan pada resit bayaran dengan menggunakan nama dan logo rasmi PTA bagi tujuan perniagaan.

KENALI MUKA MUKA
----------