Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 29 Ogos 2010

SILA PILIH



YANG MANA SATU - BOLEH BANTU




nota:
yang mana satu boleh bantu
untuk pa chu cheng kah kah kah

yang mana satu boleh bantu
untuk ngaaaaang kah kah kah

yang mana satu akan bantu untuk selaras kan barang !


ISU BUKAN ISLAM MASUK MASJID



PARTI KEADILAN RAKYAT KENYATAAN MEDIA


Isu Bukan Islam Masuk Masjid

Bagaikan menahan lukah di pergentingan, UMNO dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka. Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, UMNO dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.

Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.

Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini. Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah. Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat PR demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan UMNO selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu. Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala UMNO ini.

Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.

Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan. Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

28 Ogos 2010

DR MUHD NUR MANUTY
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama
Parti KeADILan Rakyat


SELAMAT BERBUKA PUASA



TAK BOLEH MASUK MAJID



tak boleh masuk majid kalau china

tak boleh masuk masjid kalau china
dap
tak boleh masuk masjid kalau chin
pkr
tak boleh masuk masjid kalau tak
sokong gerombolan

china boleh masuk masjid kalau buat masjid
china boleh masuk masjid kalau pasang leterik masjid
china boleh masuk masjid kalau bawa ulur ulur
china boleh masuk masjid kalau china doll

china tak boleh masuk masjid walau oun di lubuk china
china tak boleh masuk masjid walau pun di bukit china

kafir boleh masuk masjid kalau kaffir
pelancung
kafir boleh masuk masjid kalau kafir
bawa dolar

inilah islam yang tinggal selam
inilah islam gerombolan
inilah islam yang tiggal selam
inilah islam yang bawa semua tenggelam
inilah islam yang beli kapal selam tapi tak boleh menyelam kah kah kah


PETANG KELMARIN

aku berhenti di pasar ramadan ijok
dalam perjalanan ke tanjung karang

beli kueh kacang yang keras macam batu
beli pecal dua ringgit dengan tiga helai taugeh
beli tahu sumbat yang tahunya sudah masam

memang betul meniaga setahun sekali
juallah barang yang baik
juallah barang yang bersih

haram itu bukan hanya kerana tidak ada notis jakim
haram itu bukan keran tak tayang logo halal

halal itu ertinya kesucian
haram itu ertinya kekotoran membawa mudarat

tahu masam sakit perut
ini haram dijual walau pun mak cik ini pakai kain tudung

halal itu tanda bersih

(kedai bangkai jual daging lembu bernama mek dogal makanan nya kotor seharusnya haram
kedai jual bangkai ayam bernama ketuki makanan nya merbahaya untuk kesihatan sepatutnya haram

tapi jakim takut - ornag hindu di india lawan sampai tutup
orang islam hanya berani halang china dari masuk masjid kah kah kah)


nota:
petang ini mencari makan di meru !
sudah bosan dengan batu road
sudah bosan dengan bangsar
sudah bosan degan kampong baru
cuba tengok ada apa di meru !

ADA MACAM MACAM PUNYA AJARAN




IMAM SHEIKH AL-PRADA PI FIRAGGAMO SEDANG BERKHUTUBAH




nota:
isi khutubah al sheikh imam ialah:
bagaimana nak takutkan laki
agar laki tak cari bini lain
atau girlfriend lain kah kah kah

nota:
sheikh ini boleh di jemput pada bulan
puasa ini untuk beri kuliah subuh.

nama penuh sheikh ini ilah : badakon al- prada ferragamo mil luis vuitton al shopping al dubaiyah




NIK AZIZ : JALIL AGAMA PUNCA POLEMIK – mkini

Isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ia antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.

“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.


KAH KAH KAH..

woit… TUNGGU DAN NANTI …. ADA LAGI SATU KEJUTAN…. kah kah kah…

kah kah kah… MELAYU… BERITA HAIRAN… TV TIGA SUKU… AKAN LAPORAN KAN ISU NANTI… kah kah kah

kah kah kah… KENCING DALAM MASJID….kah kah kah

kah kah kah… TAK PECAYA TUNGGU…. kah kah kah..

MACAM MACAM DI BUAT UNTUK TIPU MELAYU



INI BENDERA CIPLAK DARI AMERIKA





DUA DI TAHAN BAKAR BENDERA INDONESIA
– berita hairan

Polis menahan dua lelaki rakyat tempatan berusia 30 dan 40 tahun selepas mereka membakar bendera Indonesia, Sang Saka Merah Putih di luar kedutaan besar republik itu, di Jalan Tun Razak, di sini, awal pagi semalam.

Mereka dipercayai berbuat demikian sebagai tindak balas kebiadapan rakyat Indonesia membakar, memijak dan melontar najis pada Jalur Gemilang dalam tunjuk perasaan depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Difahamkan ini, tindakan fizikal pertama rakyat Malaysia terhadap Indonesia berikutan isu itu selepas hanya bantahan rasmi dibuat selama ini, termasuk oleh Pemuda UMNO.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis akan mengambil bertindak tegas dan menangkap rakyat Malaysia yang cuba menimbulkan kekecohan di Kedutaan Besar Indonesia, termasuk membakar Sang Saka Merah Putih atau menimbulkan kekecohan.

KAH KAH KAH

woit… BETUL KE CERITA INI?... kah kah kah..

kah kah kah… TENGOK… TAK ADA PULAK NAMA MALAON YANG KENA TNGAP INI…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK ADA PULAK GAMBAR… kah kah kah..

kah kah kah… TIPU KOT…. kah kah kah

kah kah kah… TENGOK ADA BERITA SETERUS NYA ATAU TIDAK…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU TAK ADA INI HANYA LAH TRIK GEROMBOLAN…. kah kah kah..

kah kah kah… TRIK GEROMBOLAN NAK … BAGI TAHU KERANA INDONESIA …. KALAU DI MALAYSIA KITA TANGKAP…. kah kah kah..

kah kah kah….. DI JAKARTA PUN MESTI TANGKAP…. kah kah kah..

kah kah kah... KAMI JAGA BENDERA SANG SAKA MERAH PUTIH... kah kah kah..


nota:
gerombolan lupa
di indonesia sesudah haji muhamad suhartao jatuh
demokrasi menjalar dan berkembang
tangkap tangkap ini cerita lama

rakyat indonesia merdeka untuk melakukan apa saja
rakyat indonesia boleh berdemo
rakyat indonesia boleh terbit surat khabar tak perku permit
rakyat indonesia boleh berkumpul lebih dari tiga setengah orang

tiga setengah orang ini maksudnya orang mengandung kah kah


nota:

nanti apa kata kerajaan indonesia:
anak muda itu bakar bendera ciplak amerika kah kah kah

RAJA PERTA AKAN DI HARD TALK




TUKANG FITNAH INI AKAN DI TEMU BUAL OLEH HARD TALK - TUNGGU DAN NANTI




JANGAN TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKANG :PM - melayau

Najib Razak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang cemburu dengan pelbagai pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka.

Dia berkata, pembangkang sebaliknya hanya pandai menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dengan bermotifkan politik.

"Jangan termakan hasutan pembangkang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang komited membuat pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat dan kita sentiasa menambah baik pembaharuan supaya tidak berada di takuk lama,” katanya.

KAH KAH KAH

woit… PEMBANGKANG NI SAPA ?.... kah kah kah..

woit… DI KELANTAN KEDAH…. PENANG DAN SELANGOR…. SIAPA PEMBANGKANG… kah kah kah..

kah kah kah… FITNAH APA… FITNAH PASAL BUNUH ALTANTUYA?.... kah kah kah..

kah kah kah… FITNAH PASAL BELI KAPAL SELAM AMBIL DUIT RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… FITNAH PASAL POLIS PERANCHIS NAK SIASAT KES KAPAL SELAM?.... kah kah kah..

woit…. SEMUA INI BUKAN FITNAH…. kah kah kah..

woit... JANGAN TIPU MELAYU... SEMUA BUKAN FITNAH... kah kah kah..

woit...ITU SEMUA FAKTA SAHEH... KALAU HADIS ....INI HADIS ALI.... kah kah kah

kah kah kah…. KALAU ADA ORANG KATA BIK MAMA SLIM MACAM ZIANA ZAIN … BARULAH NAMA NYA FITNAH…. kah kah kah…

MACAM MACAM PUNYA GILA




SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA




NIK AZIZ PERTAHAN ANGGOTA PARLIMEN TEO - minsider

Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.


KHAIRY DAP TIDAK SENSITIF , MP SERDANG NAIF
- minsider

Khairy Jamaluddin menyifatkan DAP tidak sensitif dalam usahanya mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang, yang menurut Umno telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.

“Ia menunjukkan DAP tidak sensitif kepada agama dan kaum lain manakala Teo pula terlalu naif,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.

KAH KAH KAH

woit… MANA ANTARA DUA INI YANG AGAKNYA LEBIH ARIFF TENTANG AGAMA?.... kah kah kah…

kah kah kah… MANA YANG HIDUPNYA KERANA PAKAI LESEN NIKAH?.... kah kah kah..

woit… SIAPA AGAKNYA YANG LEBIH TAHU TENTANG MAYA KARIN …. kah kah kah

kah kah kah.... DAN SIAPA PULA YANG ARIFF TENTANG ALAM MAYA.... kah kah kah

kah kah kah… SO ...I REST MY CASE… MY LORD … kah kah kah..


WIRA PERKASA MAHU GANTAI SUMBANGAN NEI CHING - melayau

Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.

Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.

KAH KAH KAH

woit… YANG INI KES ORANG GILA NAK JADI MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN LAYAN.... kah kah kah