.

Rabu, 1 Julai 2015

TIPU PILIHAN RAYA





KENYATAAN MEDIA 
1 JULAI 2015

Kejanggalan dalam Daftar Pemilih:
 Apa kesudahan RCI Sabah?


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan kerjasama Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) sedang menjalankan audit daftar pemilih di beberapa lokasi strategik di seluruh negara, dan sedang memberi tumpuan khas kepada daftar pemilih di negeri Sabah.

Berdasarkan data yang kami terima, wujud beberapa kejanggalan terutamanya yang melibatkan nombor kad pengenalan pemilih serta kewujudan pemegang kad pengenalan yang meragukan sepertimana yang disahkan oleh Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah (RCIIIS).

Satu contoh kejanggalan ini dapat dilihat dalam satu kes di Sandakan, di mana kami telah mendapati seorang pemilih bernama Mainah binti Takait yang didaftarkan dua kali dengan nama dan alamat yang sama dan didaftarkan pada hari yang sama oleh unit bergerak SPR, namun mempunyai angka ekor Kad Pengenalan yang berbeza. (gambar sisipan).

Laporan RCIIIS dalam mukasurat 306 menyatakan bahawa “terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pendatang yang bukan rakyat Malaysia telah diberikan Kad Pengenalan biru secara haram oleh sindiket dan/atau individu tertentu, dan dengan itu, telah mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi dalam Daftar Pemilih dengan Kad Pengenalan mereka”.

BERSIH 2.0 juga ingin menekankan bahawa siasatan dan tindakan berdasarkan laporan RCIIIS hendaklah dimulakan dengan segera.

Dalam prosiding RCI pada 16 Januari 2013, Ruslan Bin Alias, Penolong Ketua Unit Bahagian Kad Pengenalan Sabah/Sarawak, telah mendedahkan kewujudan sebanyak 130,549 kad pengenalan yang dikeluarkan tanpa mengikut prosedur. Justeru kebanyakan daripada kad-kad pengenalan ini adalah tidak sah.

MERAP juga telah berjaya mendapati kejanggalan pada 49,159 pengundi di Sabah dalam daftar pemilih suku keempat 2012, di mana meskipun KadazanDusun merupakan etnik terbesar di Sabah, 80% pengundi RCI terdiri daripada keturunan Bugis, Bajau, Melayu dan Suluk. Adakah daftar pemilih ini telah dibersihkan?

MERAP turut mendapati beberapa daerah mengundi yang dibanjiri pengundi warga asing yang diragui kewarganegaraannya contohnya di Sepanggar dan Putatan. Kawasan-kawasan tersebut didapati mempunyai populasi pengundi berbangsa Indonesia, Filipina, Pakistan dan Suluk yang luarbiasa.

Malah, pengundi-pengundi ini juga didapati tidak mempunyai alamat lengkap di dalam daftar pemilih.

BERSIH 2.0 mempersoalkan apakah kesudahan jawatankuasa yang khabarnya dibentuk pasca pelancaran Laporan RCIIIS hujung tahun lalu bagi mengambil tindakan berdasarkan penemuan laporan tersebut.

BERSIH 2.0 turut mengambil maklum keterujaan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang ketika mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Sijil Anak Negeri palsu di Sabah, telah menggesa supaya siasatan turut dibuat ke atas kad pengenalan palsu yang katanya masih tiada tindakan walaupun banyak aduan telah dibuat.

BERSIH 2.0 melahirkan rasa bimbang terhadap integriti Jabatan Pendaftaran Negara sebagai badan utama yang menyelenggarakan pengeluaran kad pengenalan, serta perkaitannya dengan ‘Projek IC’ seperti yang terdapat dalam laporan RCIIIS.

Oleh yang demikian kami membuat gesaan tegas supaya laporan RCIIIS tidak sia-sia dan tindakan selanjutnya mesti diambil sebelum lebih banyak kejanggalan dalam daftar pemilih didedahkan hasil kecuaian atau niat jahat pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai kaitan dengan kedua-dua pihak SPR dan juga JPN.

Kami juga akan menjalankan audit lapangan di kawasan-kawasan strategik dengan melawat pengundi-pengundi yang didaftarkan dengan alamat-alamat ganjil serta pengundi-pengundi yang telah dipindahkan tanpa sebab munasabah.








-------------

JUAL BELI BANGLA








1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia - Ahmad Zahid


ALOR GAJAH, 25 Jun (Bernama) -- Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi.



BESTINET UNTUNG RM150 JUTA DARIPADA KEMASUKAN 1.5 JUTA PEKERJA BANGLADESH

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kira-kira 1.5 juta pekerja asing Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.[1]

Sekarang rakyat baru sedar mengapakah sistem Foreign Workers Centralized Management System (FMCMS) dikuatkuasakan secara tergesa-gesa sebelum pengumuman tersebut dibuat. Nyata semua kaunter imigresen telah ditutup sepenuhnya untuk urusan Visa Dengan Rujukan (VDR) mulai hari ini (1 Julai 2015).

Pelaksanaan sistem FWCMS kini mewajibkan setiap pekerja asing membayar sebanyak RM100 kepada kontraktor bagi menjalani saringan kesihatan bioperubatan di negara asal pekerja asing.

Seandainya RM100 tersebut diperoleh oleh pengusaha FWCMS iaitu Bestinet Sdn. Bhd. (BESTINET), kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh melihatkan keuntungan durian runtuh sebanyak RM150 juta kepada syarikat tersebut. Ini tidak termasuk keuntungan yang diraih melalui pengambilan pekerja asing yang sedia ada serta pengambilan dari negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina, Myanmar dan Nepal.

Pelaksanaan sistem ini bakal mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian negara Nepal apabila mereka diwajibkan untuk menggunakan sistem bioperubatan.[2] Agensi-agensi tempatan di negara sumber telah mengesahkan bahawa untuk kes Filipina, pekerja ataupun ejen pengambilan pekerja perlu membayar USD15 (RM54) bagi tujuan memuatnaik maklumat kesihatan pekerja asing.[3]

Tapi apa yang membimbangkan adalah apabila pengambilan pekerja asing didorong oleh syarikat kroni seperti BESTINET dan MyEG yang dikuasai oleh pimpinan UMNO. Lebih ramai pekerja asing diambil, maka lebih keuntungan yang diraih oleh mereka. Maka apakah jaminan ruang pekerjaan untuk orang tempatan selepas 1.5 juta pekerjaan diambil alih oleh pekerja Bangladesh? Bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara sekiranya tenaga kerja murah asing diimport dan digunakan untuk memenuhi kekosongan kerja tempatan?

Persoalan ini menjadi lebih ternyata apabila kontrak FWCMS boleh dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada Bestinet sebagai syarikat yang bernilai RM2 sehingga 2013. Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan bahawa BESTINET tidak menghantar Laporan Akaun sejak tahun 2010 selama 4 tahun (yang pastinya telah melanggar Akta Syarikat 1965), dan diklasifikasikan sebagai syarikat ‘Dormant’.

Kesemua kelakuan berleluasa ini telah menimbulkan keraguan bahawa wujudnya percanggahan kepentingan, berpakat sulit serta salahgunakuasa antara pihak kelulusan dan pihak yang mendapat manfaat. Kesemua persoalan ini wajib diperjelaskan oleh Ahmad Zahid sebagai menteri yang bertanggungjawab.

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat




-----------------

KETAWA LEPAS BERBUKA






KETAWA

LEPAS 

BERBUKA







--------------

SELAMAT BERBUKA






MINGGU

 KE DUA

kita telah masuk minggu ke dua
bagitu cepat waktu berjalan

kuala lumpur tidak semolek minggu pertama
tidak lagi kelihatan awan
hilang entah kemana


malam ini bulan punama
apakah akan dilihat bulan
apakah akan dilihat bintang

cuaca makin kering
cuaca makin panas
bahan global makin dirasakan
inilah keupayaan manusia
melakukan satu yang salah
kemudian mencari ubatnya

apakah ada ubatnya

kuala lumpur makin berasak asak
kereta macet kereta jem di sana sini
asap dan hawa dingin
menaikan lagi suhu
aduh!

seharusnya bulan puasa ini
waktu dan ketika
yang baik untuk melihat diri
untuk melihat tamadun manusia
untuk melihat seratus tahun dari petang ini
kemana agaknya arah tuju manusia ini

seratus tahun dari petang ini
apakah ada anak kecil 
menunggu bedok dipalu tanda berbuka
apakah ada anak kecil 
sedang mecuba kasut baru untuk beraya
apakah kita ada kampong
untuk pulang 


SELAMAT

BERBUKA



------------

THE BANGSART BANGUN MELAWAN




MUSi

GENDANG

BUDAYA 

MELAWAN




 ANAK MUDA 


JALAN RAYA

BUAT LAPORAN POLIS LUAR NEGARA





TAHNiAH

ini kumpulan pertama
warga malaysia di luar negara
membuat laporan polis

jangan buang masa
buat laporan polis di malaysia
tidak akan ada tindakan
buat laporan polis diluar negara

buat di heathrow airport
kes altantuya
buat laporan polis di paris
kes scorpene
buat laporan polis di new york
kes bunuh altantuya
buat laporn polis di london
kes tipu pilihan raya

semua boleh disusun
warga malaysia ada di merata dunia

tujuan utama laporan ini
untuk meberi bani ketuanan melayu takut
untuk memastikan mereka terus cemas
bila ke luara negara

lihat apa yang telah dilakukan
oleh rakyat chile terhadap general pinochet
hasil dari laporan polis di spain
pinochet telah ditangkap di london tahun 1998

Pinochet arrested in London | World news | The Guardian

www.theguardian.com › World › Augusto Pinochet

The Guardian
Oct 17, 1998 - Pinochet, 82, was arrested at the London Bridge hospital on a warrant - an Interpol Red Notice - which alleges that between 1973 and 1983 h


TAHNiAH 

MELBOURNE



Rakyat Malaysia buat aduan di Australia siasat Mara beli hartanah 


Sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di Australia akan melaporkan aduan kepada pihak berkuasa di sana susulan tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) membeli blok pangsapuri di Melbourne.

Kumpulan itu, Saya Anak Bangsa Malaysia in Australia (SABM Australia), berkata aduan dibuat kepada Lembaga Semakan Pelaburan Asing (FIRB), Bank Rizab Australia dan Pejabat Percukaian Australia.

SABM Australia berkata FIRB patut menyiasat pemilikan asing dan Bank Rizab perlu siasat bagaimana wang berjuta dolar yang dikatakan sebagai rasuah boleh dikirim ke luar negara dengan begitu mudah.



PINOCHET


  • Pinochet arrested in London | World news | The Guardian

    www.theguardian.com › World › Augusto Pinochet

    The Guardian
    Oct 17, 1998 - Pinochet, 82, was arrested at the London Bridge hospital on a warrant - an Interpol Red Notice - which alleges that between 1973 and 1983 he ...
  • Indictment and arrest of Augusto Pinochet - Wikipedia, the ...

    https://en.wikipedia.org/.../Indictment_and_arrest_of_Augusto...

    Wikipedia
    Jump to Arrest in London - [edit]. In 1998, Pinochet, who still had much influence in Chile, travelled to the United Kingdom for medical treatment ...
  • BBC News | Europe | Pinochet arrested in London

    news.bbc.co.uk/2/hi/europe/195413.stm

    British Broadcasting Corporation
    Oct 17, 1998 - The former Chilean dictator, General Augusto Pinochet, has beenarrested in London on a warrant from Spain requesting his extradition on ...





  • ------------

    KERJA BANI KETUANAN MELAYU








    KOMENTAR
    cara kerja bumiputera melayu islam
    cara kerja bani ketuanan melayu
    cara kerja mereka cukup senang

    cari satu bangunan
    minta mara beli banguan ini
    beri alasan untuk jaga pelajar melayu
    beri alasan untuk lahir melayu unggul

    daftar beberapa syarikat di laut negara
    ini untuk pengkabur mata
    ini untuk tunjuk terrer ada syarikat overseas

    kemudian minta tuan punya bangunan
    jual dengan harga mahal
    kalau bangunan harga 100 ringgit
    minta tuan empunya bangunan jual 250 ringgit
    ertinya ada 150 ringgit lebih tinggi 
    lebih tinggi dari harga pasaran
    duit lebih ini di putar
    masukan ke dalam akoun syarikat overseas
    tapi akhirnya masuk ke dalam beg birkin

    isa samad felda beli bangunan di london
    azalina menteri sukan beli bangunan d london
    sekarang mara beli di melbourne
    najib dan 1MDB buat kerja yang sama
    tapi lebih besar 
    lebih pusing dan putar
    tapi ini lah mondus operandi mereka
    ini lah cara mereka merembat duit negara

    lepas itu mereka akan pergi sembah batu hitam
    lepas itu merekan akan tunggang tunggit
    lepas itu mereka akan sedekah




    Mara terlebih bayar RM18 juta hartanah ketiga di Australia, kata badan pemantau


    Badan pemantau National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini mendakwa Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlebih bayar sebanyak RM18 juta dalam pembelian hartanah ketiga di Melbourne.

    Ini bermakna badan itu setakat ini terlebih bayar sekurang-kurangnya RM66 juta bagi pembelian hartanah di Australia, kata Pengarah NOW, Akmal Nasir.

    Akmal berkata, Mara Inc membayar A$22 juta hanya beberapa bulan selepas pembeli yang tidak dinamakan membeli hartanah di 51 Queen Street itu, pada harga A$16.65 juta.
































    --------------

    ALBUM THE BANGSART







    ALBUM






    BAND 

    PALING

    COOL

    BUNYI 

    PALING

    EROTIK
    tunggu

    nanti

    album

    akan muncul
     



    ---------------

    KES MARA TIPU MELAYU





     FACE BOOK


    21 hrs · 
     

    MARA kantoi lagi, beli bangunan di Melbourne dengan bayar RM33 juta atas angin kepada syarikat yang tidak dikenali.

    Gambar & dokumen di http://rafiziramli.com/2015/06/pulangan-pelaburan-di-bawah-kadar-pasaran-mara-bayar-rm33-juta-lebih-mahal-beli-satu-bangunan/

    PULANGAN PELABURAN DI BAWAH KADAR PASARAN, MARA BAYAR RM33 JUTA LEBIH MAHAL BELI SATU BANGUNAN

    National Oversight & Whistleblowers (NOW) merujuk kepada helaian kedua dari satu dokumen taklimat dalaman yang diberikan kepada  Annuar Musa pada 20 Mei 2014 di Melbourne mengenai pelaburan MARA Inc, seperti berikut:

    1. 746 Swanston Street berharga RM138.6 juta
    2. 333 Exhibition Street berharga RM99.2 juta
    3. 51 Queens Street berharga RM70.4 juta
    4. Dudley International House berharga RM67.2 juta

    Ini bermakna keseluruhan pelaburan MARA Inc di Melbourne adalah berjumlah RM375.4 juta setakat ini.

    Dokumen taklimat dalaman menunjukkan bahawa kadar pulangan sewa (atau rental yield) bagi bangunan-bangunan tersebut adalah di antara 5.5% hingga 6.2% (pada peringkat awal) dan mencecah 6% hingga 6.7% selepas 5 tahun.

    NOW telah menyemak pasaran hartanah Melbourne untuk memastikan sama ada kadar pulangan sewa ini adalah baik dan selari dengan kadar pulangan purata yang sewajarnya diperolehi dari pelaburan hartanah di Melbourne.

    Rujuk artikel-artikel berikut yang menunjukkan bahawa kadar pulangan sewa bagi hartanah-hartanah yang dibeli oleh MARA Inc ini sebenarnya berada di bawah kadar pulangan purata:

    1. Artikel “Commercial property offers yields as high as 11% but comes with risk” oleh Larry Schlesinger yang disiarkan oleh Property Observer pada 4 June 2012
    http://www.propertyobserver.com.au/finding/commercial-investment/16783-commercial-property-offers-yields-as-high-as-11-but-comes-with-risk-colliers.html

    Ulasan mengenai kadar pulangan bagi hartanah komersil di Melbourne ini dibuat pada ketika cadangan pembelian hartanah-hartanah ini dibincangkan, dikemukakan dan diluluskan oleh Majlis MARA.

    Petikan artikel mengenai kadar pulangan:

    “The average yield in Sydney and Melbourne CBD offices ranges from 6.5% to 7%; from 7% to 7.75% in Brisbane and between 7.5% and 8% in Perth.”

    Ini bermakna, ketika MARA Inc sedang menilai pembelian hartanah-hartanah ini pun, kadar pulangan purata minima sudah pun mencecah antara 6.5% hingga 7% di Melbourne.

    Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah-hartanah ini di antara 5.5% hingga 6.2% berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini sepatutnya dengan serta-merta dihentikan oleh Majlis MARA.

    2. Artikel “City of Melbourne: Property Market Digest” oleh City of Melbourne bagi September 2013
    https://www.melbourne.vic.gov.au/AboutMelbourne/Statistics/Documents/Property_Market_Digest_September_2013.pdf

    Laporan ini adalah penting untuk menunjukkan kadar pulangan semasa dan unjuran pulangan di masa hadapan dan menentukan sama ada hartanah-hartanah yang dibeli oleh MARA Inc itu menepati pulangan selari dengan hartanah lain di Melbourne.

    Laporan ini secara jelas menunjukkan bagi suku kedua 2013, kadar pulangan purata bagi hartanah di Pusat Perniagaan Melbourne (CBD) adalah di antara 6.5% dan mampu mencecah 9%. Hartanah-hartanah milik MARA Inc ini bukanlah gred premium, maka ia sewajarnya mendapat pulangan yang lebih tinggi melebihi 7% berbanding pulangan sekitar 6% yang dilaporkan sekarang.

    Ini bermakna kesemua hartanah milik MARA Inc ini memberi pulangan di bawah kadar purata pasaran.

    NOW juga telah menyemak harga pembelian beberapa hartanah yang dimiliki oleh MARA Inc itu.

    Sebagai contohnya, hartanah 333 Exhibition Street sebelum ini dimiliki oleh sebuah dana hartanah yang bernama Quintessential Equity. Quintessential Equity melaporkan urusniaga jual beli 333 Exhibition Street ini di lamannya http://www.quintessential.com.au/project/333-exhibition-street-melbourne/ seperti berikut:

    i. Bangunan 333 Exhibition Street dibeli dalam tahun 2011 pada harga AUD$17.5 juta

    ii. Bangunan itu dinaiktaraf di hujung tahun 2011

    iii. Dalam Oktober 2012, bangunan ini dijual kepada satu syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta

    iv. Lebih kurang enam bulan selepas itu dalam Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta, iaitu AUD$9 juta atau RM33 juta (RM99 juta yang dibayar oleh MARA tolak RM66 juta yang dijual oleh Quintessential Equity) lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity

    Ini jelas membuktikan bahawa pembelian 333 Exhibition St ini melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House, iaitu harga yang dibayar oleh MARA Inc adalah jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

    Oleh yang demikian, Annuar Musa perlu menjawab soalan-soalan berikut:

    i. Kenapa Majlis MARA meluluskan pembelian hartanah yang kadar pulangannya lebih rendah dari kadar pulangan purata di Melbourne?

    ii. Kenapa Annuar Musa tidak menyemak prestasi kadar pulangan hartanah ini apabila jelas seawal Jun 2013 apabila beliau mengambil alih MARA bahawa hartanah ini memberi pulangan di bawah kadar purata?

    iii. Kenapa Majlis MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran?

    iv. Dari syarikat mana dan siapa MARA Inc membeli 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran?

    NOW yakin bahawa bukti-bukti ini menunjukkan wujudnya unsur pecah amanah (criminal breach of trust) walaupun PDRM telah menafikan perkara ini.

    NOW juga berharap Annuar Musa tidak bongkak dalam reaksinya kepada pendedahan kami dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah penyelewengan wang rakyat ini, terutamanya pada ketika MARA telah mengurangkan pinjaman kepada Bumiputra bagi peluang pendidikan dan perniagaan.

    RAFIZI RAMLI
    AKMAL NASIR
    Pengarah Eksekutif NOW
    30 Jun 2015
     — with Saya Anak Melaka.



    Like · Comment · Share





    ------------------