TERKINI DARI FB ZUNAR - jam 7.01 petang
Zunar Kartunis TERKINI: Saya akan ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan
nota:
menghasut orang ramai
untuk ketawa kah kah kah
MAT ZUNAR DAN BUKU TERBARU

nota:
buku terbaru mat zunar
ketawalah kamu sebelum
ketawa di tangkap polis kah kah kah
KENYATAAN ZUNAR MELALUI PEGUAM
Pelancaran malam ini masih diteruskan.
Semua di jemput hadir jam 8.00 malam
di Dewan Perhimpuan China
Jalan Maharajalela Kuala Lumpur.
Buku terbaru Zunar Cartoon-o-Phobia - akan
dilancarkan oleh MB Perak.
Buku ini pasti menjadi buku cult dan rebutan !
TERKINI - WORLD BREAKING NEWS - 5.48 -
Zunar masih di rumah pasong Brickfields.
Pegawai polis sedang cuba menyediakan laporan.
Pegawai yang menyediakan laporan untuk
membuat tuduhan ini masih tidak pasti
apakah Zunar akan dituduh mengikut akta hasutan
atau akta cetak.
Zunar sedang bersama peguam Latifah Koya
menunggu laporan ini sebelum Zunar di bawa
ke IPD Petaliang Jaya.
POLIS SEDANG KETAWA

nota:
zunar yang jantan
latifah koya peguam
dan pegawai polis sedang
membaca buku karton terbaru
Carton -o- Phobia kah kah kah
diberitakan sebanyak 70 buah buku
karton ini telah dirampas.
malam ini sila pergi ke rumah pasong brickfields
dan ipd petaling jaya - sila dengar para
pegawai polis ketawa kah kah kah
enjoy beeeb... kah kah kah..
TERKINI jam 5.27
Peguam Latifah Koya telah berkata
setakat ini masih belum di ketahui
apakah tuduhan yang di hadapi oleh
Zunar.
Mungkin terjatuh dalam akta hasutan.
Mungkin terjatuh dalam akta penerbitan
Semua masih belum jelas.
( berita menyusul )
ZUNAR - a.k.a MAT ZUNAR

TERKINI !!!! TER NOW !!! WORLD BREAKING NEWS
ZUNAR DI TAHAN POLIS !!!!
Zunar baru sahaja ditahan polis dari pejabatnya - Gudang Karton
di Brickfileds.
Ketika berita ini di tulis Zunar sedang dalam perjalanan
ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.
Sebelum ke IPD Petaling Jaya - Zunar akan dilaporkan dahulu
di rumah pasong Brickfields.
Peguam Latifah Koya mengikuti Zunar dalam kereta
yang berasingan.
Setakat ini belum di ketahui apakah tuduhan yang
akan di hadapi oleh Zunar.
Pada jam 8.00 malam ini MB Perak Nizar akan
melancarkan buku terbaru Zunar yang di beri nama
Cartoon- o- Phobia.
Pelancaran ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan China
di Jalan Maharaja Lela Kuala Lumpur.
nota :
Serbuan telah dilakukan
oleh 8 atau 9 orang pegawai polis
Mereka datang dengan tiga buah
kereta polis.
(berita menyusul )









