LAGI EMPAT HARI
kota kuala lumpur makin lengang
semua mudek balik kampong
semua ingin berpesta di kampong
yang memandu perlu waspada
yang memboceng perlu berjaga jaga
yang berjalan kaki melintas berhati hati
dalam merayakan pesta
jadi diri agar kegembiraan
beterusan tak henti henti
setahun hanya sekali
makan lah tapai
bakar lah mercun
dan berayalah smabil bercanda canda dengan sanak sudara !
PASAR RAMADAN DI IJOK - TEMPAT AKU MEMBELI PECAL
BERBUKA DI SUNGAI BESAR
HARI HARI ITU DATANG LAGI
nostalgia itu datang. zaman enak dimana aku tidak tahu tentang global warming. aku tidak tahu tentang politk. aku tidak tahu tentang semua. yang aku tahu semuanya indah. paling indah dan paling aku nanti natntikan ialah malam malam hari raya.
ketika kanak kanak – aku amat jarang berpuasa – bila masuk belasan tahun maka aku mula bepuasa, bukan kerana ingin mendapat bidadari bermata jeli atau dududk diatas divan yang empok. aku berpuasa kerana ini sebahagian dari budaya kami di kampong.
tidak terlintas tentang syurga atau neraka. malah tidak ada sesiapa yang menakut nakut kan kami tentang api neraka.
aku bebas bercempera. membesar bercanda canda.
tidak ada sibuk sibuk tazkirah. tidak ada politikus datang sibuk sibuk menghulurkan derma. kami di kampong landai dan permai – nyaman dan selesa. mungkin kami miskin. mungkin kami tidak memiliki kereta. mungkin kami tidak menyembelih lembu korban – tapi kami ada harga dirii. kami tidak meminta meminta. kami anggkuh dengan kewujudan kami.
hari raya adalah tanda budaya kami. tiadk ada tarikh untuk rumah terbuak. siapa datang duduk bersila.
kami tidak bertandang jauh. sanak saudara dikampong yang sama. silaturahim kami bukan dipaksa atau di rancang I atau di buat untuk di rakam - ianya luhur dari budaya kami.
betapa indahnya malam malam sebelum raya. lampu lampu minyak di pasang. tidak ada yang mengatakan kami murtad atau kami hindu – malah aku tidka tahu pun bahawa aku ini islam. yang aku tahu kami berpesta dan berhari raya.
aku teringat lagi saat menunggu nunggu iman dan kadi pulang dari telok kemang. aku tdak tahu apa itu cap mohor - aku ingin dengar dari lauangan kereta penerangan esok kami berhari raya. dunia itu bagitu indah.
entah berapa kali aku membuka kotak kasut. entah berapa kali aku mencuba baju melayu. entah berapa kali songkok dipakai. tak sabar sabar menunggu pagi. tak sabar sabar menunggu murai berbunyi.
agama kami adalah budaya kami.
tidak ada retrorik. kami juga tidak pernah mengaku bahawa hanya kami yang betul – hanya jalan kami yang lurus. di hari raya bukan politik yang kami kesah kan tapi rendang dan tapai.
yang tinggal hanya ingatan. hari raya kini menjadi ritual yang kadang kala membosankan. kegembiran itu di cari cari. ianya tidak datang sendiri seperti dizaman boleh maian mercun dan meriam sendiri.
hari ini:
apa yang paling membosankan aku ialah apabila aku bertandang
tv sedang terpasang.
jika ada rumah sedemikian lalu aku berkata:
‘ takpa tonton lah tv dulu’
esok kalau ada masa saya datang kembali’.
NOTA :
petang ini aku berbuka dirumah
aku masak sambal udang
aku ada ulam pegaga
semua aku beli di ijok
siapa suka makan
perlu pandai masak
kalau tidak kena tipu
makan ayam mati direndan aji no moto kah kah kah

.jpg+PELENTONG.jpg)


.jpgPERLEMBAGAAN+KU.jpg)

