Jumaat, 19 September 2008

AMERIKA PERGUNA ANWAR – Utusan Melayau


PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

kah kah kah…. jang ooi… tok kadi sedang cari dino anak kao…. bini dio dah bunting….mana dio lari…. entot entot lari ke…. kah kah kah…

laaaa… den tak tahu budak nuar ni baik dengan amerika… iyo ko… laaa dulu kao tak cakap…. ni baru nak cakap…..kah kah kah

sapo dio ‘ ada pihak tertentu’ni ? tortontu cam mano jang…. den dah lamo dongar pihak pihak tortontu ni…. tapi tak jumpo jumpo … mano rumah pihak pihak tertentu ni… kek jolobu ko… biar den sekeh kepalo….kalau den jumpo... kah kah kah

woit…. dah jumpo dino…. bini dah bunting….mano dio lari…kah kah kah

KFC, PIZZA HUT AGIH 8,000 HIDANGAN BERBUKA PUASA PERCUMA – Utusan Melayau


PELABUHAN KLANG 19 Sept. - QSR Brands Berhad (QSR) menerusi restoran KFC dan Pizza Hut mengagihkan lebih 8,000 hidangan berbuka puasa percuma kepada penghuni 120 rumah anak yatim, rumah kebajikan kanak-kanak dan rumah orang tua di seluruh negara selama dua hari mulai kelmarin.


kah kah kah… ni den tak paham… KFC ni sapo punyo… Pizza Hut ni sapo punyo… ni kan amerika punyo…kah kah kah

tadi den baco ado montori marah kek amerika yang sokong nuar…. ni nuar lum jadi pm lagi dah ado ajen amerika masuk...kah kah kah

macdonald tu bukan ajen amerka ko? Shell,Esso, Mobil... tu sapo punyo...kah kah kah
bagi laaaa den tau....den takut pada ajen amerika ni....kah kah kah

montori munkee mano yang ngok tadi ni…. sapo yang bagi ajen amerika ni masuk…nuar ko

MALAYSIA GUNA NUKLEAR 2023 – Utusan Melayau


TAMPIN 19 Sept. - Malaysia dijangka menjadikan tenaga nuklear sebagai satu daripada sumber tenaga bagi penjanaan elektrik pada 2023.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, negara tiada pilihan ketika itu kerana bekalan gas asli dan arang batu akan kehabisan.

Sehubungan itu beliau akan membentangkan kepada Kabinet bulan depan tentang mengapa negara perlu bergantung kepada tenaga nuklear serta keistimewaannya.


Semua warga wajib awas. Ini projek bahaya. Dekat kampung siapa dia nak buat. Kroni mana nak buat projek ni. Nak test projek ini selamat atau tidak suruh dia buat jana nuclear yang kecil dulu di dua tempat : Bukit Tengku dan Country Heights. Kalau orang sana kata ok – kita semua kata ok…....kah kah kah.

POLIS SASAR MAUT TURUN LIMA PERATUS – Berita Baik


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Pasukan Polis Trafik Bukit Aman meletakkan sasaran untuk menurunkan kadar kemalangan maut sebanyak lima peratus dalam Ops Sikap ke-17 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 24 September hingga 8 Oktober depan.

Pada musim perayaan Aidilfitri tahun lalu yang menerusi Ops Sikap ke-13, sebanyak 203 kemalangan maut direkod dengan melibatkan 225 kematian


ini baru betul… nak raya ni jaga-jaga baik baik… nanti tak raya…. semua orang pergi kenduri kubur

SUHAKAM MAHU METODOLOJI KENAL PASTI MISKIN TEGAR DIKAJI


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu Unit Perancang Ekonomi mengkaji semula garis pendapatan kemiskinan yang digunapakai dan metodologi yang diguna dalam mengenal-pasti penduduk yang benar-benar miskin tegar.

"Sebagai tambahan untuk mengukur pendapatan, indikator kualitatif dan kuantitatif mesti diguna bagi memastikan mereka yang benar-benar miskin tegar dimasukkan tanpa mengira etnik, agama atau bahasa.



kah kah kah….. dah 50 tahun tak tahu apa miskin….kah kah kah
baru sekarang nak tahu metodoloji… kah kah kah…. tak payah ilmiah sangatlaaa

biar gua bagi tahu ….orang miskin ni… tak de duit, tak de kerja.. tak de rumah..makan susah...

dulu dikg berembang dan di kg chubadak ada tanah… towkay sudah kautim kena rampas..tu pasal dia orang jatuh miskin....kah kah kah

HENTIKAN PROJEK PENANG FREE WIFI - CAP


PULAU PINANG 19 Sept. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri menghentikan projek Penang Free WiFi kerana dipercayai berpotensi tinggi untuk mengancam kesihatan orang awam.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, memandangkan projek itu akan menghasilkan kabus WiFi meliputi seluruh negeri, maka tidak ada penduduk di Pulau Pinang yang akan terlepas daripada kesan negatifnya.

''Projek ini juga akan menyaksikan peningkatan menara telekomunikasi WiFi sedangkan menara yang sedia ada sudah pun menimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk berhampiran.

kah kah kah…. ni yang gua takut niii….takut tak dapat projek…gua kontrektor kelas F kalau gua tak de projek cam mana gua nak subcon ……kah kah kah

nanti gua tak de modal nak jadi ketua cawangan….kah kah kah.... lu sakit gua tak susah....kah kah kah.

AZLINA TEGUR NEGERI PEMBANGKANG SALAHKAN PUSAT - Utusan Melayau


PASIR PUTEH 19 Sept. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur sikap kerajaan negeri dikuasai pembangkang yang lebih gemar menyalahkan kementerian itu apabila industri pelancongan di negeri mereka berhadapan masalah.

kah kah kah ….. minah gempal ni…. Apahal muka hang kat poster tu…. Hang bagi servis apa….kah kah kah

tapi bila jumpa hang...muka hang tak sama...minah lu muka potoshoplaaa…kah kah kah

woit apa jaadi dengan surat khabar abang hang Malaysia Today yang edar free tu?

abang hang dapat bujet 4 juta dari kementerian belia dan sukan…mana paper tu sekarang…..... dah bungkus ke ? kah kah kah

gua nak tanya dulu lu janji nak antar laporan bajet SUKOM 98 …. ni dah 20008 apa dah jadi….... potoshoplaaa bujet tu…kah kah kah.

SELAMAT BERBUKA PUASA

Terbaca bertapa lumayannya pendapatan tuan empunya warong
Terbaca bertapa sibuknya di sana sini

Terlihat kesibukan
Terlihat kegembiraan

Hari raya akan sampai lagi sepuluh hari

Igat kah masa itu
Masa menunggu berita dari teluk kemang
Ingat kah masa itu
Betapa sedihnya jika hujan petang turun di jelebu
Ingatkah masa itu
Kita berharap anak bulan akan melintasi telok kemang
Ingatkah masa itu
Telinga kita tidak jauh dari radio

Semuanya telah tiada lagi
Magiknya telah hilang
Semua nya telah tiada lagi
Magiknya telah ditelan modeniti

Ke mana agaknya meriam buluh
Ke mana agaknya mercun lidi

Kenapa saloma tidak lagi berkata :
dam dam dum bunnyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun

suara saloma pun telah di rampas
apa lagi yang mereka mahu
semuanya telah mereka miliki

air, api, jalan, hospital, sekolah, bank
semuanya telah mereka miliki

yang tinggal hanya ingatan
ingatan bukan nostalgia
ingatn ialah harga diri

ingatan ini tidak akan pergi pergi
selagi mata hari terbit
selagi ombak masih memukul tebing batu di tanjung tuan
ingatan akan wujud


nantikanlah satu masa nanti saloma akan berkata dipagi raya:
dam dam dum bunyi mercun
kanak-kanak datang berduyun-duyun

ingatan tidak pernah dapat dikalahkan
ingatan akan turun dan turun
dari otak ke mulut
dari mulut ke tangan
dari tangan ke jari

jari inilah yang sedang menyebar ingatan

UTUSAN MINTA MAAF – KARPAL AKAN SAMAN JUGA


Pada 25 Ogos lalu Utusan Melayu telah menulis berita yang melaporkan bahawa Karpal Singh menentang agama Islam sebagai agama resmi.

Laporan berita ini telah mendapat bantahan.

Utusan telah meminta maaf. Tetapi Pengerusi DAP ini akan terus juga menyaman Utusan sebanyak 10juta ringgit untuk memberi satu pelajaran kepada akhbar ini.

Surat saman telah disampaikan ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini,

kah kah kah.... bagi sedikit ilmu dan pelajaran..... 10 juta ni agak murah

TERESA KOK AKAN SAMAN KERAJAAN - TERBARU !

Ahli Parlimen Seputeh akan menyaman kerajaan kerana ‘ salah tangkap dan salah kurung’ yang telah dilakukan oleh kerajaan.

Menurut YB Teresa penangkapan ini hanyalah satu helah untuk menutup kemaluan United Malays National Organisation hasil dari kenyataan Ahmad Ismail Cincin Besar.

ISA BERCANGGAH DENGAN ISLAM – NIK AZIZ

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz yang juga Murshidul Am PAS telah membuat kenyataan bahawa ISA/Akta Keselamtan Dalam Negeri bertentangan dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.

‘ ISA tidak memberikan peluang kepada yang dituduh menjawab untuk mempertahankan diri. Ini adalah salah dari segi Islam. Agama Islam membenarkan yang dituduh untuk mempertahankan diri.’

TERESA KOK BEBAS

Ahli parlimen Seputeh telah dibebaskan setelah di tahan selama satu minggu.

Peguam Sankara Nair telah menerima panggilan talipon dari YB Teresa.

Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail telah berkata Teresa di bebaskan jam 1.30 petang ini setelah siasatan dijalankan. Tidak ada lagi sebab untuk menahan Teresa.

Ketika berita ini ditulis Teresa sedang mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Petaling Jaya.

ABDULLAH BADAWI DIMINTA BERUNDUR - TERKINI !

Mengikut laporan terkini - di mesyuarat Majlis Tertinggi United Malays National Organisation petang kelmarin, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah diminta mengundur diri sebelum 9 Oktober ini.

Sesudah 9 Oktober nanti adalah permulaan Bahagian United Malays National Organisation akan mengadakan persidangan. Ada kemungkinan Abdullah tidak akan mendapat pencalonan untuk menjadi Presiden parti.

Tarikh mengundur ini juga dipilih untuk memastikan undi tidak percaya yang akan dianjurkan oleh Pakatan Rakyat terhadap pimpinan Abdullah Badawei akan dapat digagalkan.

Parlimen hanya akan bersidang pada 13 Oktober.

PEMECAH BERITA - BEBAS !! HOT HOT HOT

Teresa Kok telah di bebaskan dari tahanan ISA beberapa minit tadi.

(beita menyusul)

MUHYIDDIN PERJELAS KEPADA MT KOMEN ISU PERALIHAN KUASA

kah kah kah ..... selamat kao jang....saved by the bell.....

HASAN MALEK BUAT LAPORAN KEPADA BPR – Utusan Melayu


KUALA PILAH 18 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek (gambar) membuat laporan berhubung tawaran lompat parti kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di pejabat agensi itu di Seremban, kelmarin.

kah kah kah…. jang dah roti baca ingeris atau bolom…....

I hope you are not reporting some corruption cases that has taken place in Lengging

kah kah kah.... biar den tojomahkan.. kok kao tak paham lagi...

tadi den tanyo cakap orang putih....… rumah kao kek mano di pilah tu..... kah kah kah.

BUKTI ANWAR TAKSUB KUASA – EZAM – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kegagalan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan baru seperti dirancang akan berlaku pada 16 September, membuktikan satu lagi sikap ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya taksub dengan kuasa.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur kerana kegagalan itu telah menunjukkan apa yang dikatakannya mengenai Anwar sebelum ini adalah benar.

"Ketaksuban beliau untuk mengejar jawatan dan kuasa adalah sebab kenapa saya tinggalkan parti itu dan Anwar sebelum ini.


kah kah kah…... mat ezam ni kena penyakit gila talak…..

kah kah kah... mat mak janda kacau isteri muda...

kah kah kah ….mat ezam ni udah di hinggapi oleh virus kks

kks …. aram jadah apa ni …. kah kah siol ke ....kah kah kah

bukan beeb kks ialah kureng kasih sayang.....kah kah kah

HENTIKAN BINCANG PASAL ANWAR – Utusan Melayau


PUTRAJAYA 18 Sept. - Semua pihak diminta menghentikan perbincangan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berperilaku seolah-olah negara ini ditadbir oleh beliau.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perbincangan setiap hari sehinggakan masing-masing ingin berdebat secara tidak langsung menunjukkan pergerakan negara turut 'dikawal' oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

''Kita tidak perlu setiap hari bincang mengenai ketua pembangkang, banyak lagi benda yang boleh kita buat.


kah kah kah….. gua setuju beeb….. dah sepuluh tahun…..macam tak de cerita lain
berilaaa idea …. nak bincang hal apa....….

naik ke bulan orang tak ambil pot…....kah kah kah

cerita hal siti orang tak ambil pot…....kah kah kah

bincang mat rempit naik salji mat rempit sendiri pun tak ambil pot....kah kah kah….

kah kah kah …. cam na…. nak bincang apa kalau tidak bincang hal anwar….kah kah kah

tak kan nak bincang hal anwar musa pulak....kah kah kah

MT TIDAK BINCANG KEMASUKAN DR M – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 18 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat hari ini tidak membincangkan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu tersebut tidak dibangkitkan pada mesyuarat MT petang ini.

"Ia (kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO) tak dibangkitkan untuk dibincangkan,''
katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di sini.


kah kah kah….. gua sedih… air mata gua bercupak-cupak keluar…..kah kah kah

kah kah kah…... tapi dia sudah sudah cover line…. dia kata dia tak apply pun….kah kah kah

LIF ROSAK SUKARKAN PENDUDUK – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Salah satu daripada masalah yang sering melanda rumah pangsa khususnya perumahan kos rendah di ibu negara ialah kerosakan lif.

Walaupun kesukaran yang dialami penduduk apabila perkara itu berlaku sering dilaporkan oleh media tetapi sehingga kini, masih tiada langkah penyelesaian berkesan ditemui.

Ia terus berulang dan keadaan yang sama kini terpaksa ditempuhi oleh kira-kira 700 penduduk di rumah pangsa 14 tingkat di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Cuba bayangkan kenapa orang miskin mesti hidup dalam keadaan daif.

Kalau rumah pangsa - bilik mereka sempit dan berasak-asak. Lif selalu rosak. Kawasan kotor.

Cuba perhatikan rumah teres mereka – kenapa sempit dan kenapa siling di buat rendah?

Pastilah mereka dalam kepanasan. Kenapa tidak buatkan rfumah mereaka agar keluarga mereka hidup selesa.

Mereka miskin kalau hidup dalam daif macam mana mereka hendak membebaskan diri dari lingkaran setan kemiskinan. – how to escape forom the vicious circle of poverty.

Apa salah nya mereka diberi rumah yang lumayan sama seperti kondo dan apartment.

Kenapa kita benci kepada orang yang susah. Kenapa kita susahkan mereka yang memang sudah susah.

PATI BAYAR RM800 COP PALSU – Utusan Melayau


BUTTERWORTH 18 Sept. - Jabatan Imigresen Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan sebuah sindiket pemalsuan cop pasport bagi membantu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang berhari raya melalui pelabuhan di negeri ini.

Sindiket itu dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM800 untuk setiap PATI yang menggunakan perkhidmatan cop palsu bagi 'memperbaharui' pas lawatan sosial mereka setiap bulan walaupun sebenarnya menetap secara haram di negara ini
.

Woit….. sapalah tokan yang jadi kaya raya ini… 800 sorang…. Setahun berapa kali boleh pergi London ....tokan ini....silap-silap dapat datuk.