Isnin, 7 Disember 2020

PANDANGAN DAN PENDAPAT



 

PANDANGAN 

DAN

PENDAPAT

FIKIRAN POSITIF

 



CONTOH

FIKIRAN POSITIF

gazali commented on 

"KERAJAAN JOHOR RUNTUH ?"

TSMY harap mengadap Baginda Yang Dipertuan Agong, Bubar Parlimen dan kita sama-sama tengok bangsa Melayu hanyutkan UMNO pada PRU15 nanti

NEGERI SEMBILAN AMAT BAHAYA





 AWAS


NEGERI 9

ZONE MERAH

TAPI MAJORITI

DALAM PENJARA

AMIN

POTENSI MEREBAK

KELUAR AMAT

CEPAT

AMIN 


1,600 kes Covid-19 hari ini, sepertiga dari Negeri Sembilan

SATU per tiga daripada 1,600 kes baharu Covid-19 hari ini adalah dari peningkatan jangkitan di kluster penjara Bakti, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 500 daripada 541 kes di negeri itu datang dari kluster penjara tersebut.

Dua lagi negeri yang mempunyai kes tinggi adalah Selangor dan Sabah iaitu masing-masing sebanyak 426 dan 248 kes.

Secara keseluruhan, kluster penjara dan pusat tahanan merekodkan 548 kes daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini.

Hari ini kes Covid-19 negara melonjak naik kepada 74,294 sementara kes aktif sebanyak 11,604.

Daripada itu, hanya tiga kes import dilaporkan.

Dua kematian dilaporkan di Sabah, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 384. Mangsa itu adalah wanita berusia 76 tahun dan lelaki berusia 59 tahun yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi.

Menurut Dr Noor Hisham, 1,033 orang telah di discaj daripada hospital dalam tempoh 24 jam selepas pulih dari jangkitan Covid-19.

Dengan ini jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 62,306 kes.

Pihak kementerian kesihatan turut menemui dua lagi kluster baharu.

Sementara itu, 129 pesakit dimasukkan ke dalam wad dan berada dalam unit jagaan rapi, yang mana 57 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. – 7 Disember, 2020.


HATI

HATI

KITA 

JAGA 

KITA

TENGKU FRAUD BUAT HELAH

 

APA MAKNA

BERITA INI 

AMIN

JIKA TENGKU FRAUD

 BEBAS

MAKNANYA 

 KERAJAAN

 MUHYIDDIN

 UMUR TAK LAMA

AMIN

NAJIB DAN ZAHID

AKAN DATANG 

MENYERANG 

AMIN

 PERAK DAH JATUH

JOHOR 

TUNGGU MASA

 AMIN



SPRM akan siasat 'perkembangan baharu' kes Tengku Adnan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mula menyiasat “perkembangan baharu” yang disebut oleh pihak pendakwaan dalam kes rasuah melibatkan Tengku Adnan Tengku Mansor, selepas beliau dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan rasuah.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata siasatan akan ditumpukan kepada laporan dibuat terhadap seorang saksi dalam kes tersebut.

“Kami ambil maklum keputusan bebas tanpa dilepaskan Tengku Adnan berhubung pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada seorang ahli perniagaaan pada 2013.

“Keputusan itu tidak bermaksud beliau dibebaskan sepenuhnya dan masih boleh didakwa pada bila-bila masa sekiranya ada persetujuan daripada Pejabat Peguam Negara.

“SPRM memahami terdapat perkembangan baharu diserahkan tertuduh dan laporan dibuat terhadap seorang saksi dalam kes ini, yang memerlukan siasatan lebih lanjut oleh SPRM.

“SPRM akan memulakan siasatan dengan perkembangan baharu dan menyerahkan semula kertas siasatan kpada Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan selepas semuanya selesai,” kata SPRM.

Tengku Adnan dituduh menerima RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon, yang sebelumnya mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan ahli politik itu.

Tan didenda RM1.5 juta kerana kesalahan itu.

Wang tersebut didakwa dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Tengku Adnan sebagai dorongan untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd untuk menambah nisbah plot syarikat dalam projek pembangunan di Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Tengku Adnan juga berdepan tuduhan lain dalam kapasitinya sebagai bekas menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM1 juta daripada Tan, melalui cek Public Bank milik Pekan Nenas Industries Sdn Bhd, ketika mengetahui Tan mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Awal hari ini, ahli Parlimen Putrajaya itu diberi DNAA oleh Mahkamah Tinggi di KL.

Perbicaraan itu disambung pagi tadi tetapi pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim meminta agar mahkamah memberikan bekas menteri Wilayah Persekutuan keputusan dibebas tanpa dilepaskan.

Ketika mengajukan permintaan itu, beliau memetik perkembangan baharu berkaitan saksi tertentu yang telah memberi keterangan, dan siasatan harus dilakukan sebelum perbicaraan boleh dilanjutkan. – 7 Disember, 2020.

MUHYIDDIN

MAKIN BERAT

MAKIN SUSAH

BERNAFAS

AMIN



JANGAN TAKUT DENGAN KEBENARAN



JANGAN TAKUT

DENGAN KEBENARAN

panglimo potaseh commented on

 "BLOG MENEGAK KEBENARAN"

Blog TT bilo maso lak ado nogak kebenaran ..sobab tampak benar adalah umpan untuk kelentong. Yang den tahu blog TT ni boleh nogakkan pipit ..kahkahkah.






 

SILA TANYA ERRA FAZIRA TANYA MAT SYABU BUKAN MAT SABU

 


SILA TANYA

ERRA FAZIRA

TANYA MAT SYABU

BUKAN TANYA

MAT SABU 

DAN TANYA JUGA

ROYAL STOUT 

wabwas commented on

 "SAPA PUTAR SIAPA"

TT cer update aka hasut skit apa yg berlaku kat perak? Citer abam ni dah paham dah. Ke ko xde info?

BERSATU UMNO DAP

 


SEJARAH SEDANG

BERMULA  KITA 

BARING DAN TUNGGU

Unknown commented on 

"MUHYIDIN TERUS DISERANG"

Woiii bila nak berkahwin umno dgn dap pkr!. Nak buat Peraduan cipta lambang bendera regu baru ni. Lukis roket ganti keris tamingsari .takpong nak lukis bendera hamno ada peluru roket.keris kasi buang la..zaman sekarang org guna roket peluru. Kahkahkahkah

RETARD SURUH PORANGI YAHUDI

 



YAHUDI BUEK

UBEK PANADOL

TAK BEER

panglimo potaseh commented on 

"WAJIB DI FAHAMI 

APA YAHUDI DAN APA ZIONIS"

Tapi TaT nyuroh momorangi Yahudi ..tapi bilo Yahudi tak do sapo nak buek panadol. Lupo lak TaT kan ado jual air doa ..tapi sobotol lobih mahal drp 10 bijik panadol ..tuckbEEr.

SOKONG TAPI TAK SAMPAI MATI



GUA SOKONG

TAPI GUA

TAK SOKONG

HUKUMAN MATI

AMIN

BUKTIKAN SALAH

MASUKAN KE DALAM

PENJARA

AMIN

JATUHKAN 

700 TAHUN PENJARA

AMIN

BILA DIA MERAYU

KURANG 153 TAHUN

4 BULAN 15 HARI

KHALAS

INI HUKUMAN

LEBIH ADIL

AMIN 


Seleweng bantuan 

Covid-19 boleh 

dihukum mati,

' kata agensi 

anti rasuah Indonesia

MENTERI Sosial Indonesia Juliari Batubara boleh dikenakan hukuman mati atas tuduhan rasuah yang akan didakwa ke atasnya kerana menerima suapan lebih kurang RM4.9 juta melibatkan peruntukan bantuan rakyat terjejas Covid-19, lapor media di republik.

Ketua agensi anti rasuah (KPK) Indonesia Firli Bahuri berkata pihaknya sedia menuntut hukuman mati ke atas Juliari dan empat yang lain kerana jenayah rasuah itu dibuat ketika republik berhadapan bencana wabak.

Jelas beliau, siasatan pihaknya akan turut meneliti sejauh mana perbuatan rasuah di tengah pandemik Covid-19 itu merugikan kewangan negara, yang mengikut undang-undang anti rasuah Indonesia boleh dikenakan hukuman mati.

“Di bawah (undang-undang) memang ada ancaman hukuman mati. Kita faham juga pandemik Covid-19 ini dinyatakan oleh pemerintah bahawa ini adalah bencana bukan alam nasional.

“Kita tidak akan berhenti sampai di sini apa yang kita lakukan,” katanya, seperti dipetik media di Indonesia.

KPK sebelum ini memberi amaran memantau urusan bantuan untuk rakyat terkait Covid-19, termasuk yang disalurkan melalui Kementerian Sosial.

“KPK sudah mengesan sejak awal, dan betul ada,” kata Firli.

Siasatan awal KPK mendapati Juliari menerima suapan daripada peruntukan untuk bantuan rakyat. Suapan daripada dua syarikat pembekal itu diuruskan oleh dua pegawai kementerian. Keempat-empat mereka turut ditetapkan sebagai suspek.

Juliari menyerah diri kepada KPK pada awal pagi Sabtu.

Juliari, 48, adalah menteri kedua dalam Kabinet Presiden Joko Widodo yang dinamakan sebagai suspek jenayah rasuah dalam masa tidak sampai dua minggu melibatkan dua kes yang berbeza.

Pada 25 November lalu, KPK menahan bekas Menteri Kelautan dan Perikanan Edhy Prabowo atas dakwaan terlibat menerima rasuah berhubung kontrak eksport benih udang kara yang diagih-agihkan kepada syarikat yang didalangi pemimpin politik. 

Dalam reaksinya, Jokowi menegaskan bantuan sosial di tengah pandemik adalah wang rakyat.

“Itu wang rakyat. Apalagi ini terkait dengan bantuan sosial dalam rangka menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi nasional. Bantuan itu sangat diperlukan oleh rakyat,” katanya semalam.

Media melaporkan Jokowi akan melantik Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Muhadjir Effendy untuk menjalankan tugas sebagai menteri sosial. – 7 Disember, 2020.

JADIKAN

SOSOK SOSOK

INI SEBAGAI

CONTOH

AMIN 

JADIKAN 

KES MEREKA

 SEBAGAI 

KES RUJUKAN UNTUK RASUAH DALAM 

NEGARA ASEAN

AMIN




WAJIB DI FAHAMI APA YAHUDI DAN APA ZIONIS




KITA WAJIB FAHAM

APA ITU YAHUDI

APA ITU ZIONIS

24 DARI 25 

NABI PENGANUT

ISLAM WAJIB KENAL 

ADALAH BANI YAHUDI 

TERIMA KASEH

RONALD REAGAN





SAPA PUTAR SIAPA

 



SAPA PUTAR SIAPA

cikminah commented on 

"EMPAT YANG BERHORMAT"

Salah seorang dpd EMPAT Yg Berhormat itu, mesti Tun Madey, kan? Hahahaha. Sekarang ni trendnya ialah, meletakkan semua kesalahan to Tun Madey. Azmin pun kata Madey yg suruh dia tubuh kerahaan tebuk atap supaya Tun Madey boleh terus jadi PM. Jadi, apa salah, Anwar pun ckp, bukan dia yg janji, tapi Tun Madey!!!! Hahaha....bestkan kalau ada black sheep untuk dibalon.

PAKATAN HARAPAN TAK WUJUD

 



PAKATAN HARAPAN

TIDAK WUJUD

Jungle man commented on 

"ANWAR BAWA RUNTUH 

PAKATAN HARAPAN"

Minta maaf ye pH sudah lama tak wujud apabila bersatu dan tun pun keluar parti yg ada adalah parti pengkhianat yg menyokong anwar

KERAJAAN JOHOR RUNTUH ?

 


GADUH REBUT

SEPAK TERAJANG

BAGI RAKYAT

SUSAH

AMIN



Boikot boleh berlaku 

di sidang DUN Johor esok

Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor kini kembali hangat diperkatakan selepas apa yang berlaku semalam di Dun Perak yang telah melakukan pengundian percaya kepada Menteri Besar (MB) di Perak.

Mengulas perkara itu, Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain telah menggambarkan bahawa sidang Dun di Johor Ahad ini berkemungkinan boleh berlaku boikot di kalangan Adun kerajaan.

Jelasnya, Dun Johor yang mempunyai majoriti yang terlalu tipis itu adalah ruang dan peluang kepada mana-mana pihak untuk menunjukkan sikap menentang selepas apa yang berlaku di Perak.

“Boleh berlaku boikot apatah lagi esok (Ahad) adalah undian untuk Belanjawan Johor. Ini membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk bersikap serangan balas atau sebaliknya.

“Kita melihat apa yang berlaku di Perak itu sebagai suatu pembuktian yang nyata antara Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Umno yang mengalami krisis kepercayaan antara satu sama lain.

“Ia pastinya boleh merebak ke negeri-negeri lain terutamanya Johor yang mempunyai ‘slim majority’ dan Adun yang terdiri dari kedua parti yang sedang krisis itu,” jelasnya ketika dihubungi.

Beliau turut memberi respon berkenaan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku termasuk dari Muhyiddin Yassin.

“Jangan kita lupa di Johor salah seorang Adunnya adalah  Muhyiddin dan di Johor cukup untuk dua Adun berkecuali atau tidak hadir maka akan tewaslah pihak kerajaan.

“Kena diperhatikan gerakan Umno di Perak itu adalah dengan menggugurkan Timbalan Presiden Bersatu yang menjadi orang kuat Muhyiddin dan inilah masanya serangan balas dibuat.

“Inilah dilema yang dihadapi oleh kerajaan hari ini dalam melaksanakan pelbagai agenda yang memberi manfaat kepada rakyat,” jelasnya lagi.



 

KALAU RAKYAT

MASIH TAK SEDAR

MAKA

TERIMALAH 

SENGSARA DARI

POLITIKUS 

AMIN

POLITIKUS JADI

KAYA RAYA

RAKYAT MISKIN

PAPA KEDANA

AMIN

RAKYAT MISKIN

 HARAP

POLITIKUS

DAPAT BALA

DALAM NERAKA

KAH KAH KAH

TAPI PROJEK

DIBALAS DI NERAKA

PUN POLITIKUS

YANG SEBAR

AGAR DIDUNIA

POLITIKUS TERUS

ENJOY DE MENJOY

KAH KAH KAH



BLOG MENEGAK KEBENAAN

 



BLOG MENEGAK

KEBENARAN

Unknown commented on

 "TAK SUKA KEBENARAN"

blog sampah pun orang baca dan bagi komen. blog konon ada ilmu, tulis pasal ot95 baru ada baca. tulis puji bang non dan hucam, muntah hijau orang baca.


wabwas commented on 

"KEBENARAN AKHIRNYA SAMPAI"

Tahniah blog tukartiub. Gua adalah antara yang berjaya didakwah oleh TT. Amin.

BAJU KUNING SPEK HITAM

 



 BAJU KUNING

SPEK  ITAM 

Unknown commented on

 "SATU SOALAN"

bohong. jika ya memang niat malaon sekor ini kutip sampah kerana nak tengok pantai pd itu bersih maka malaon sekor ini akan ke sana lama sebelum dia nak jadi MP atau setiap kali ternampak sampah samada di permatang pauh atau di pd tentu dia akan menyarung kemeja kuning dan mengenakan spek hitam 


lalu dengan tangan itu juga dia akan kutip setiap satu sampah itu tanpa perlu ada plastik hitam. untuk malaon sekor ini. kasihanlah diri tu kerana selama hidup asyik menipu diri sendiri. err...sila datang ke pantai pd lagi untuk pastikan ia bersih. bukan hanya waktu prk saja ya!

APA INI ?



APA INI

TUKAR GAMIN LAGI?


Boikot boleh berlaku di sidang DUN Johor esok



BERITA MENYUSUL

TEGAK KEBENARAN BUKAN KUTUK





 TEGAK KEBENARAN

BUKAN KUTUK

kluangman commented on

 "JANGAN KUTUK ABAM"

Berjanji untuk tidak kutuk lagi Abam jika dia letak jawatan dan diam..

 




AWAS

SEREMBAN

SANDAKAN

JAY BEE

3 lagi kluster baharu 

Covid-19 dikesan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Ceram melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dengan kes awal positif Covid-19 dilaporkan pada 30 November hasil saringan individu bergejala.

“Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati 170 kes lagi dikesan positif Covid-19. Sehingga 6 Disember, sejumlah 450 individu telah disaring, yang 171 kes telah dikesan positif dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah Kluster Pulau Berhala melibatkan daerah Sandakan, Sabah dengan kes awal dikesan pada 20 November hasil saringan komuniti.

Beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 208 individu telah disaring dan 24 kes positif dikesan dalam kluster tersebut.

Dr Noor Hisham berkata kluster ketiga pula melibatkan daerah Johor Bahru di Johor dengan kes awal dikesan pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.

Katanya sehingga hari ini sejumlah 212 individu telah disaring dan17 kes telah dikesan positif.– Bernama, 6 Disember, 2020.



HATI 

HATI

KITA 

JAGA 

KITA

KAWAN LAMA

 




KAWAN LAMA
Unknown commented on

 "SELAMAT JALAN 

KAWAN ABU YACOB"

member2 kelas dulu ada jadi ostad ada jadi cikgu ada jadi ahli politik ada yang bukak partai katak .. semua orang baik2 padahal dolu dolu sama2 sama makan pau .. sama2 makan nasi lemak .. sama2 makan karipap... sama2 gotu gotu .. tengok tape blue kenangan terindah kah kah kah

BERKHALWAT HARI KE 264

 





KHALWAT KE 264

SENIN 7/12/2020

KITA MASUK KE HARI 264
BERKHALWAT

HARI INI 
RENTAS  NEGERI
RENTAS DAERAH
TELAH DIBENARKAN
KECUALI
WILAYAH DAN MUKIM
YANG MASIH TENAT
DENGAN KOBID

CAFE RESTAURAN BAR
TUTUP PUKUL 12 MALAM

SEMUA INI
BERITA BAIK

PAGI INI HOKKIEN BASAH
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT MENDUNG
MUNGKIN HUJAN PETANG INI

KUALA LUMPUR MALAP
LE CHATEAU DI SELUBUNGI
AWAN HITAM

BRO
JANGAN ROYAK BANYAK BANYAK
HAL DIRI KITA
PADA MAMAT
YANG BARU DI KENALI

KITA SELALU BERHARAP
TAPI
BERLAKON  TAK AMBIL POT

BRO
BIARKAN HATI KITA BERSARANG
DI HATI KEKASIH
MACAM ITU SAJA LUBUK
TEMPAT BERSARANG

WALAU PUN KITA SESAT
DALAM GELAP GULITA
CAHAYA HATI KITA
AKAN BAWA KITA PULANG

BRO
RIBUT ITU AKAN SAMPAI
TAPI TAK SAMESTINYA
KITA TERBANG BERSAMA

PAHAT INGATAN
TAPI JANGAN JADIKAN
INGATAN 
MENGARAH HIDUP KITA

BRO
KALAU NAK TERBANG
WAJIB BERANI MELOMPAT
TANPA TAKUT JATUH

DENGAR SUARA HATI
TAPI JANGAN BENARKAN
SUARA HATI MENGAWAL KITA

BRO
ADA MAMAT 
SENGKANG KAKI 
KITA TERJATUH 
TAPI
MUSTAHIL KITA JATUH 
HANCUR LURUH

BUKAN CINTA
TAK BOLEH DATANG DUA KALI
HANYA
CINTA YANG SAMA 
TAK MUNGKIN DATANG

BRO
LU JATUH CINTA SEKALI LAGI
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT