Selasa, 23 November 2010

WASPADA !!! OMBAK KAPITALIS DAH MULA




TUNJUK PERASAAN DEPAN PARLIMEN DUA HARI DULU




IRELAND JATUH MUFLIS




€90 BILON IRISH BAILOUT ENDS IN TURMOIL - NOW EUROPE FEARS CRISIS WILL SPREAD - guardian london

Financial markets were thrown into turmoil today amid fears that an imminent collapse of Ireland's beleaguered government would have a knock-on effect across the eurozone.
The announcement of the potential €90bn international bailout for debt-laden Ireland – of which the UK could contribute up to £10bn – offered only a temporary respite to nervous markets.

By tonight, concerns that Portugal and even Spain might also need their own rescue packages were rising and sent the euro and shares falling while the risk of holding the debt of potentially vulnerable countries rose alarmingly.

After a tumultuous day in Dublin, where protesters tried to storm the parliament building, the prime minister, Brian Cowen, defied calls for his resignation but conceded he would call an election in the new year. The move was forced upon him after the Green party pulled out of his fragile coalition government, unnerving markets on a day which was supposed to restore confidence in Europe's decade-old single currency.


nota:
sistem kapitalis sedang nazak
banyak ubat dan pil sedang digunakan
doktor dan bomoh dari IMF telah dipakai

obama di amerika mengeluarkan 1 trilion dolar sebagai ransangan
najib razak guna 22 bilion ringgit sebagai rangsangan
enam bulan dahulu greece mendapat suntikaan €110 bilion euro

kelmarin ireland mendapat € 90 bilion euro

semua ini duit rakyat
semua ini duit orang ramai
semua ini duit dari cukai

tetapi macam mencurah garam ke laut
tak ada apa apa yang berubah

kenapa?

ini kerana sistem kapitalis itu sendiri tidak boleh lagi dipakai

di amerika kemana perginya duit duit yang berbilion ini ?

duit duit ini pergi menyelamatkan bank bank
hujahnya – kalau bank ini tidak diselamatkan semua akan runtuh

kemana perginya duit ini ?

duit duit ini pergi ke tuan empunya bank
dan para pengarah bank
dan ceo bank
dan pemilik saham bank
mereka terus jadi kaya raya
dapat duit dari kerajaan
ini duit orang ramai

dari mana datangnya duit ini?

di amerika – kerjaaan amerika pinjam dari federal reserve

dari mana federal reserve dapat banyak dolar?

jangan jadi bangang !

berapa kali nak beritahu
federal reserve kerjanya mencetak dolar
nanti yang kena bayar rakyat amerika
kerana cukai akan dikenakan
rakyat amerika lah yang bodoh bukan kita

ni sekali lagi bangang !

kita pun sama juga bodoh kerana
pakai sistem ekonomi yang sama
dalam sistem ekonomi ini
ada undang undang kapitalis dimana
semua jual beli minyak mesti pakai dolar
kalau tak pakai dolar tak dapat beli minyak

tak dapat beli minyak
macam mana nak merempit
kalau tak merempit
mana nak dapat awek

cilaka amerika bijak menipu


bijak tak amerika?
dia cetak kertas hijau jual pada kita

amerika bukan bijak
kita yang bodoh
pergi beli kertas hijau itu buat apa?

apa jadi dengan 22 bilion ringgit duit rangsangan dari najib

pergi tanya najib sendiri
duit sudah habis
itu pasal subsidi nak di tarik
itu pasal nak ada cukai gst - gasak sampai terbarai
itu asal semua jabatan kerajaan potong belanja

apa akan jadi nanti?

inilagi soalan bangang!

berapa kali nak cakap
perang akan pecah dan merebak
dari iraq ke iran ke afghansitan ke india

perang mustahak untuk memusnahkan banyak barangan
perang wajib untuk mengurangkan penduduk dunia
bila ada perang maka kilang dapat bergerak cergas
bila ada perang ramai orang mati
bila ramai mati – dunia jadi lapang sikit

betul ke ini?

tak percaya ke ?
tu pasal jangan jadi bodoh
masa emak ayah suruh sekolah dulu
tak nak belajar
lari dari sekolah
pergi melepak di mall
duduk menebeng di arked video

baca buku malas
asik asik nak main sms
minah cari balak
balak cari minah

akhirnya minah dan balak dua dua jadi bodoh

bila bodoh senang jadi kuli batak
kerja di mek d
kerja di tesco
kerja di carrefour
kerja di kentuki fried fuk
kerja di bilik tiket di lebih raya
lepas tu kahwin dan beranak
anak hantar pergi sekolah
anak lari main menebeng di mall

cerita berulang ulang
inilah dia lingkaran setan
inilah dia lingkiran orang bodoh

keluarga bodoh akan melahirkan orang bodoh
sistem kapitalis amat amat memerlukan orang bodoh
bila bodoh dan bangang
melopong depan tv
tak tahu satu habuk
hanya menghabiskan oxygen saja
dalam dunia ini kah kah kah



KESAH PENGLIPUR KITA BERMULA




PENGEMBARAAN MAK JANDA




TOK SELAMPIT MULA BERLABON

Macam macam punya gila. Macam macam punya sandiwara sedang dipentaskan. Lepas satu satu tak habis habis. Macam macam punya cerita. Macam macam punya labon. Aku yang jadi tukang karut ini tak sempat nak berjangok ada sahaja cerita baru yang wajib di selampitkan.

Belum pun abis cerita Lubang Saifool ada pulak cerita budak sekolah mati kena terkam buaya di Shah Alam. Sebelum ini ada kes anak China cekik leher sendiri. Kes ini masih belum selesai. Sudah bertahun tahun laporan mahkamah tak siap siap sampai uban aku tumbuh di ketiak. Agaknya sudah reput leher anak China dalam kubur tapi siasatan macam mana dia cekik leher dia sendiri masih jadi satu misteri.

Kesah punya kesah - ada satu kesah yang jadi raja segala kesah kesah. Inilah dia Datuk dan Nenek Moyang dari semua kesah kesah yang pernah dikesahkan. Inilah kesah benar. Kesah benar yang benar-benar belaka. Kesah Mak Janda yang ingin jadi Permaisuri.

Al-kesah mengikut kata sahibul hikayat adalah seorang Mak Janda dari negeri entah berentah. Dari apa yang telah disurahkan Mak Janda ini ditakdirkan pendek dan gempal ketika dilahirkan. Dari zaman kanak kanak lagi orang sekampong telah memanggil dia Minah Becok kerana mulutnya cukup becok. Becoknya bukan macam murai tercabut ekor tapi macam Samy Vellu ditemu bual oleh RTM.

Maka orang orang kampong pun membuat pantun dan seloka:
Ada saorang Minah Becok
Badannya gempal kakinya tepok
Siang tidor malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Permaisuri


Maka mengikut tuan yang empunya cerita Minah Becok ini pun membesarlah. Maka Si Minah ini berkahwin dan beranak. Mengikut cerita yang didengar melalui akhbar BacaGembira si Minah ini telah tujuh kali berkahwin dan tujuh kali bercerai. Berita kahwn cerai kahwin cerai ini – sehingga sekarang masih belum digazetkan dalam parlimen. Ianya masih menjadi rahsia negara.

Tidaklah terhitung jumlah anak yang lahir sehinggakan orang kampong membuat pantun dan seloka:

Siang tidor malam bermimpi
Hendak menjadi Raja Pemaisuri
Pilih jantan silih berganti
Memasang perangkap nak jadi bini menteri


Maka pada satu hari baik bulan yang baik si Minah ini telah pergi berjumpa Tok Bomoh untuk menilek dan melihat nasib. Ingin mencari ubat yang mujarab agar dapat menguruskan badan dan memaniskan muka. Maka pada ketika dan waktunya sampailah si Minah ini ke kampong Tok Bomoh. Sayangnya Tok Bomoh ketika itu tidak berada di rumah.

Lama juga si Minah ini menunggu. Untuk merehatkan badan si Minah duduk ditepi tangga sambil mengira bulu kaki. Mengikut tuan empunya cerita Tok Bomoh ini bukan sahaja pandai menilik nasib malah Tok Bomoh ini cukup handal dalam hal tangkap menangkap jin. Mengikut ceritanya Tok Bomoh ini baru sahaja dijemput untuk menangkap jin yang telah melarikan seorang anak dara sunti di Besut.

Tunggu punya tunggu Tok Bomoh pun sampailah ke rumah. Salam diberi tangan dijabat. Memang betul Tok Bomoh ini bukan kecik anak. Misainya berdenting dan rambutnya panjang keriting. Apabila masuk sahaja ke anjung rumah si Minah ternampak banyak ijazah-ijazah dan surat tauliah terpampang didinding.

Betul betul di dinding tengah kelihatan tersimpan dalam bingkai kaca gambar Tok Bomoh sedang menerima ijazah dari Fazley International Colege dalam bidang ilmu perikanan. Macam mana dari menangkap ikan boleh beralih untuk menjadi pakar menangkap jin wala hu alam bisawab hanya Chua Soi Lek sahaja yang maha mengetahui.

Tok Bomoh terus bertanyakan apakah niat yang hendak dipinta oleh si Minah Becok. Maka si Minah pun bercerita yang dia mahu menguruskan badan macam Celin Dion dan mencantikkan muka macam Paris Hilton. Minah Becok juga mahu tahu apakah ada jantan lagi yang sanggup menjadi suaminya kerana dia telah tujuh kali menjanda. Mendengar nama-nama ini Tok Bomoh duduk termenung dan terus menggaru lutut.

Kemudian Tok Bomoh mengambil beberapa majalah Voque dan Elle dan terus mencari muka Paris Hilton dan Celine Dion. Bila bertemu gambar yang dicari si Tok Bomoh mengangguk kepala dan mulutnya mula berkumat kamit sampai buih muncul dibibirnya.

Selesai menjampi Tok Bomoh ini terus mengeluarkan tujuh balang plastik yang tertutup rapi dengan kain hitam. Menurut Tok Bomoh dalam botol plastik ini adalah tujuh ekor jin kapir tetapi telah berjaya disunatkan. Jin-jin ini telah ditangkap di Besut Terangganu. Mengikut Tok Bomoh jin-jin ini telah cuba melarikan seorang anak dara sunti. Kerana telah bersunat maka jin ini akan menjadi hamba suruhan Tok Bomoh ini.

Mengikut Tok Bomoh permintaan Minah Becok ini boleh dimakbulkan dengan bantuan jin-jin ini tetapi ada syaratnya. Permintaan ini perlu ada pengeras. Perlu dibawa saekor ayam betina, saekor ayam jantan berkaki hitam dan dua buah kelapa kuning, tiga butir telor ayam dara, seketul bara arang batu dan sebiji garam gunung. Tok Bomoh juga memerlukan dua tiket Air Asia ke Cheng Mai atau Saigon dan bilik hotel selama tujuh hari disana.

Bila mendengar ini maka Minah Becok tersenyum dan bersetuju. Si Minah meminta tujuh hari untuk menyediakan semua yang dipinta.

Maka orang-orang kampong pun membuat pantun dan seloka:
Minah Becok nak kuruskan badan
Celine Dion jadi ikutan
Dari janda nak jadi dara
Sanggup membuat apa saja
Minum garam makan bara


Si Minah dengan segera telah menyediakan semua permintaan Tok Bomoh. Dua tiket ke Saigon dan bilik hotel telah di tempah. Ayam, garam,buah kelapa dan bara arang batu semua telah didapati.

Genap tujuh hari maka pergilah sekali lagi Minah Becok berjumpa dengan Tok Bomoh. Tok Bomoh menerkam dan terus membelek belek tiket Air Asia. Tok Bomoh tersenyum puas. Kemudian Tok Bomoh mengumpulkan semua barang pengeras dan mula membaca jampi dan serapah. Selang beberapa minit tetiba Tok Bomoh berhenti.

Tok Bomoh marah dan terus berkata ‘…. ini bukan telor ayam dara? Ini telor hang beli di Jusco…’

Minah Becok mengigil takut. Dia terketar-ketar dan terus berkata. ‘…. di kampong saya tak ada lagi ayam dara…. yang ada hanya ayam janda…’. (TT) bersambung

LABU TAKUTKAN TIKUS




INI MUKA LABU



nota:
muka bulat macam labu
sampai tikus semua takut kah kah kah






NAJIB : JANGAN JADI SEPERTI TIKUS BAIKI LABU – mkini

Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.

Najib berkata sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen wajar dipertahankan kerana ia telah berjaya membawa kepada keamanan, kestabilan politik dan aspirasi rakyat.

"Untuk itu seluruh rakyat perlu terus mempertahankan sistem yang terbukti berkesan membawa ketabilan ini dan tidak ada sebab untuk kita bersikap ibarat tikus membaiki labu," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah…. MEMANG BETUL…. JANGAN JADI MACAM TIKUS INI…. kah kah kah..

kah kah kah…. KESIAN TIKUS INI….. kah kah kah..

kah kah kah…..TIKUS INI BETUL BETUL PERLI BAK MAMA… kah kah kah..

kah kah kah... NAK CAKAP TERANG TERANG TAKUT KENA HERDIK.... kah kah kah..

kah kah kah... PERLI PERLI SIKIT.... kah kah kah..

kah kah kah…. PASAL BIK MAMA SELALU REPAIR MUKA….. kah kah kah..

kah kah kah... REPAIR PUNYA REPAIR... TAK NAMPAK ANAK DARA... kah kah kah..

kah kah kah... REPAIR PUNYA REPAIR MASIH MUKA JANDA... kah kah kah..

kah kah kah…..SAMPAI TULIS PUN TAKUT NAK TIDOO DENGAN LABU…. kah kah kah


HUJUNG MINGGU DI PULAU PINANG




KUMPULAN BANTAHAN ISA BERTEMPUR
- melayau

PULAU PINANG 21 Nov. - Demi menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mahu ia terus dikekalkan, beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Komtar Walk di sini hari ini, iaitu tempat berlangsungnya program Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Kumpulan kira-kira 50 orang itu memakai baju-T warna putih sambil memegang kain rentang bertulis 'Yes To ISA, Kami Nak Keamanan' dan melaungkan sokongan kepada kerajaan kerana tidak memansuhkan akta berkenaan.

Mereka kemudian bergerak menuju pentas utama ketika Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohammad Sabu sedang berucap.

Turut berada di atas pentas ialah beberapa bekas tahanan ISA dan pemimpin politik parti pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Hishamudin Rais.

Pertembungan dua kumpulan yang berbeza pendapat itu menyebabkan suasana menjadi tegang dengan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak selama lebih 10 minit.

Insiden pergaduhan nyaris tercetus namun ia berjaya dikawal beberapa ahli kedua-dua kumpulan itu.

nota:
semua akhbar tak melaporkan
yang tian chua ada bersama
kecuali akhbar malayau yang dimiliki
oleh gerombolan - ini bukan kerana wartawan
tak nampak - tapi untuk membuktikan
tian chua ini china - nak menunjukkan
bahawa china menentang ISA

nota:
bagini ceritanya:
program bermula jam 11.00 pagi
aku sampai ke komtar walk pada jam 10.45
ini sesudah kena tea c kosong dan mee sup di pinggir penang road

sesampai di komtar walk aku ternampak susan loone
susan ini adalah seorang wartawan malaysiakini
susan menuju ke satu kumpulan yang aku anggarkan
antara lima belas ke dua puluh orang
aku lihat mereka ini adalah penyokong hindraf
penyokong hindraf ini sedang berdiri
tidak jauh dari ruang forum

sesudah bersalaman bertegur sapa dengan susan
aku beredar menuju ke pentas forum

lalu aku terfikir bahawa salah seorang ahli panel forum ini adalah
anggota pimpina hindraf
kerana inilah maka ramai penyokong datang untuk memberi sokongan
aku amat senang hati kerana ramai yang datang

ketika mat sabu - ahli panel kedua - sedang berucap
kumpulan hindraf tadi datang menerbus masuk ke arah pentas forum
kini mereka memakai baju t puteh yang bertulis YES TO ISA


kah kah kah… GUA SALAH ANGGAP… kah kah kah…

kah kah kah… MEREKA BUKAN DARI HINDRAF… kah kah kah

kah kah kah… MEREKA ADALAH PEMUDA UMNO PULAU PINANG...kah kah kah..

kah kah kah…. KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG ADA SAMA DALAM KUMPULAN INI…. kah kah kah….

kah kah kah... YE NE WU LEH.. YE NE WUL LEH... HIDUP MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah.. MIREK MIREK YENE WULEEH... HIDUP MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERCAYA LIHAT VIDEO INI… kah kah kah

nota:
kali pertama bertemu eeeeeeeeeee kah kah kah


TONTON DAN SAKSI-YANG BAJU BIRU KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG




INI BUKAN PENYOKONG HINDRAF



nota:
lihat dan perhatikan betul betul
apakah mereka ini memiliki iras
dan paras rupa melayu?

jika tidak apakah mereka sedang dilanda
oleh krisis indentiti yang maha sangat
atau mereka sedang diserang olek kks
kureng kaseh sayang dari lim guan eng kah kah kah



SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU




REMPAS TANAH RUNTUH SURAU



nota:
tanah orang kampong dirampas
gunkan akta tanah negara
kemudian jual pada cukong
inilah kerja gerombolan
selama ini - bukan hanya di pulau pinang
malah si seluruh malaysia hingga
ke singapura kah kah kah



KENAPA TANAH MELAYU MUDAH TERGADAI? – melayau

LAPORAN media mengenai nasib penduduk Melayu Pulau Pinang mula berkocak semula. Ia gara-gara tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mula ‘menceroboh’ tanah didiami dan dimiliki penduduk Melayu.

Walau apa pun status tanah tersebut, sama ada tanah persendirian, tanah syarikat, tanah ceti, tanah tol atau tanah pemaju, nampaknya segala pembangunan yang dijalankan seolah-olah mahu mengusir penduduk Melayu dari menetap di bahagian pulau.

Kampung Jalan Pokok Asam dan Kampung Tengah di Jelutong, Kampung Genting di Balik Pulau, Kampung Permatang Tepi Laut di Batu Maung dan Kampung Teluk Kumbar menyaksikan betapa ramainya penduduk Melayu telah dan bakal diusir keluar dari tanah yang didiami mereka sejak lama dahulu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… BETUL SOALAN INI …. kah kah kah..

woit… INI SOALAN TEPAT TENTANG TANAH.. kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN SAJA DI PULAU PINAG …. BANYAK LAGI… kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN DI PULAU PINANG SAJA… MENTANG MENTANG INI KERAJAAN PAKATAN…. kah kah kah..

woit… TANYA JUGA TANAH MELAYU YANG LAIN YANG KENA REMBAT…. kah kah kah

kah kah kah…. MACAM MANA KAMPONG BEREMBANG BOLEH JATUH KE TANGAN CUKONG… kah kah kah ..

woit.. MACAM MANA TANAH TUDM SUNGAI BESI JATUH KE CUKONG?.... kah kah kah..

woit… MACAM AMAN TAPAK PENJARA PUDU JATUH KE VINCENT TAN…. kah kah kah…

woit… MACAM MANA SATU BANJARAN GUNUNG JADI MILIK LIM GOH TONG?... kah kah kah..

woit…. MACAM AMAN TANAH KERETAPII TANAH MELAYU JATUH KE TANGAN SINGAPURA…. kah kah kah…

woit… INI BERITA BARU… TANAH WARISAN KAMPONG BANDAR DALAM DEKAT GOMBAK UMUR 150 TAHUN… NAK KENA REMBAT…. kah kah kah…

woit... 150 TAHUN UMUR KAMPONG INI... SEMUA HANGUS ... DI REMBAT CUKONG... kah kah kah..

kah kah kah… SEMUA INI KERANA GEROMBOLAN DAN KRONI GEROMBOLAN MAKAN RASUAH… kah kah kah …

kah kah kah...TAK PECAYA?.... kah kah kah


sila baca bawah ini:


NOH OMAR : PERAK PERLU SELESAIKAN ISI PROJEK AROWANA BUKIT MERAH
- minsider

Isu projek ikan arowana yang didakwa menjejaskan tanaman padi di Bukit Merah wajar diselesaikan oleh Perak memandangkan isu tersebut diklasifikasikan sebagai masalah tanah melibatkan kerajaan negeri, kata Datuk Seri Noh Omar hari ini.

“Itu terpulang pada kerajaan negeri untuk membuat keputusan kerana isu tanah di bawah kerajaan negeri,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang media sempena Pameran Akuakultur, Semaian dan Agrotorisme Antarabangsa 2010 (MAHA 2010), yang dijadual berlangsung pada 26 November hinga 5 Disember ini.

Noh menjawab desakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M. Mohamed Idris di Pulau Pinang pagi tadi supaya kementerian Noh dan kerajaan negeri Perak menghentikan projek penternakan tersebut.

Ujar Noh, kementeriannya sebelum ini telah pun mewartakan kawasan-kawasan tertentu termasuk di Bukit Merah sebagai kawasan pertanian.

“Kita dah wartakan kawasan itu. Selepas itu, ia tak boleh buka lagi dah,” kata beliau pada sidang media itu yang diadakan di Tapak Pameran Agong Malaysia iaitu tempat berlangsungnya MAHA 2010.

Projek penternakan tersebut sekarang melibatkan 70 pengusaha walaupun pada 2000 lalu tidak sampai 10 orang.

nota:
siapa yang meluluskan akta tanah negara
siapa yang berkuasa merembat semua tanah
disekitar kuala lumpur ?
siapa jual tanah kerajaan jalan peel?
siapa jual tanah kerajaan bukit bintang?

bukan pakatan rakyat
bukan lim guan eng
tak mungkin dalam masa dua tahun
lim guan eng boleh jual tanah tudm pada jay loh kah kah kah

JAGA JAGA DAN BERJAGA JAGA




MAT REMPIT MEMBAWA PENGUNDI



NEGERI PAKATAN TIDAK AKAN BERSAMA DALAM PRU 13 – harakh daily

Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP dan PAS sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Ini kerana, mereka yang menguasai empat negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan berhak membuat keputusan sebaliknya iaitu pilihan raya berasingan dengan tarikh yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Lim Guan Eng, ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang semalam berkata, ketiga-tiga parti komponen Pakatan itu akan mengadakan konvensyen mereka sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya itu atau tidak.

Pendapat beliau disokong oleh anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

"Kita ada negeri yang hendak diuruskan selepas diberikan mandat pada tahun 2008 lalu. Kita akan cukupkan penggal kita. BN di peringkat pusat mempunyai masalah kredibiliti sendiri. Jika mereka mahukan pilihan raya, biarkanlah mereka," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat cadangan yang serupa.


MB SELANGOR : TIDAK PERLU PILIHANRAYA DUN AWAL - minsider

Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak nampak perlunya diadakan pilihan raya negeri itu dalam masa terdekat kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang.

Beliau berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang dipilih pada pilihan raya umum lepas memerlukan masa yang secukupnya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya berpandangan pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh empat tahun selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Pilihan raya tidak harus diadakan terlalu awal dalam usaha memberi peluang kepada wakil rakyat membalas kepercayaan pengundi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

nota:
ini baru betul
gerombolan ajak main bola
kita ajak main sepak raga
gerombolan kata main pada tiga haribulan
kita kata kita main pada tujuh hari bulan
gerombolan kata main pada pukul dua belas tengah hari
kita kata maian jam lapan malam

jangan ikut ajenda gerombolan
madat telah diberi selama 5 tahun
gunakan mandat ini sepenuhnya

nota:
waspada dan berjaga-jaga
kalau nak tahu siapa sebenarnya musuh pakatan rakyat
lihat nanti – akan ada suara dalam pakatan rakyat yang
meminta untuk piliharaya dun disamakan
dengan tarikh yang diumumkan oleh gerombolan
mereka akan berhujah bermacam macam
tak cukup duit
tak ada masa
rakat tak suka selalu mengundi
dan amcam macam
semua ini untuk membantu gerombolan

mereka inilah sebenarnya musuh

tukar tiub meramalkan awal
kerana mereka telah ada bersarang dalam pkr
dan mereka telah lama bersarng dalam pas
mereka bijak bermain silap mata

lihat dan nanti !


LUBANG JUBUR BERSIH DAN PUTEH




BERSIH LAGI SUCI




KES LIWAT : AIR MANI BOLEH KEKAL 72 JAM DI LUBANG JUBUR KATA PAKAR BEDAH - minsider

Pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan ke atas saksi utama dan pengadu Mohd Saiful Bukhari, hari ini memberitahu makamah, air mani boleh kekal dalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat.

“Bila seseorang memanctukan air mani ke dalam dubur, berapa lama air mani itu akan kekal dalam dubur sebelum ia menitis keluar?” soal Peguam Cara Kanan II Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim hari ini.

“Kira-kira 72 jam,” jawab pakar bedah am HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Saiful mendakwa telah diliwat Anwar pada 26 Jun 2008. dan telah ke HKL pada 28 Jun kurang daripada 72 jam selepas mendakwa dia diliwat.

Dr Razali memberitahu mahkamah dia memeriksa dubur Saiful 54 jam selepas perbuatan itu didakwa terjadi.

Bagaimanapun doktor itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati dubur Saiful kosong walaupun pengadu itu sebelum ini mengadu tidak membuang air besar sejak diliwat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah…LUBANG JUBUR SUDAH TUTUP TIGA HARI… kah kah kah..

woit… DOKTOR PEREKSA LUBANG JUBUR 54 JAM KEMUDIAN… kah ah kah

kah kah kah.. TENGOK TENGOK AIR PANCUT SUDAH ILANG… kah kah kah

woit… MACAM MANA BOLEH HILANG…. kah kah kah..

woit… AIR PANCUT SUDAH LARI NAIK KE KEPALA… kah kah kah..

kah kah kah… MEROYAN BADAN BILA AIR PANCUT NAIK KE KEPALA… kah kah kah…

woit… ITU PASAL DOKOR TAK JUMPA AIR PANCUTAN… kah kah kah