.

Rabu, 24 Mei 2017

TAK PERCAYA TANYA MAHATHIR...






DENGAR

ISI HATI

PEMIMPIN KITA









SELAMAT JALAN BOND



Sir Roger Moore, James Bond actor, dies aged 89


Di sekitar lewat 1980an sebuah hotel bertaraf Lima Bintang dibangunkan di Pulau Langkawi.Hotel tersebut yang mempunyai  rekabentuk seni bena Melayu dan menjadi resort istirahat bagi ketua2 kerajaan Commonwealth atau CHOGM.

Beberapa bulan kemudian Hotel tersebut menganjurkan Pro Celebrity Tennis...yang mana pelakon2 Hollywood atau bertaraf dunia di  undang untuk mengambil bahagian. Penghuni2 hotel semasa temasha Tennis itu berlangsung berkesempatan bergambar atau mengambil autograph pujaan bintang 2 filem tersohor.Zaman itu belum ada Selfie.

Ada pun Jenab dan Jusoh laki bini juga menginap di Hotel tersebut kerana mereka telah memenangi Package Tiga Hari Dua Malam semasa Annual Dinner majikan Jusoh.Jenab yang  sering membaca majalah filem lebih arif dari Jusoh yang hanya baca Watan. Ada lah empat lima bintang filem yang Jenab cam tapi tak tahu nama.

Nak jadikan cerita pada pagi buta lagi Jenab  mengejutkan Jusoh:
Jenab: Abang! Abang!Bangun Bang

Jusoh : Apa hal ni Nab. Tidor laa. Awal lagi. Malam buta ni
Jenab : Bang orang sebelah bilek kita tu James Bond dengan isterinya

Jusoh: Mana ada James Bond.Cerita  pilem saja nama James Bond
Jenab :Maksud saya bukan James Bond.Yang berlakon James Bond tu tidur bilek sebelah

Jusoh : Mengarutlah Nab. Mana awak tahu dia  pelakon James Bond?

Jenab : Betul Sumpah Bang. Saya dengar isteri dia meraung raung memanggil  ROGER...MORE!
 ROGER...MORE!
 ROGER...MORE







-----------------

PARTI KAPITALIS





TERGAMAM

POOORAH



Perkasa lapor polis, RoS dakwa hubungan Umno dengan CPC

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Tuan Haji  Khalid Abu Bakar mengenai Umno dan MCA yang didakwa mempunyai hubungan dengan Parti Komunis China (CPC).
Tuan Haji  Ibrahim Ali berkata, pihaknya juga akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi mengetahui sama ada parti politik dibenarkan mempunyai kerjasama dengan CPC.
"Kita tergamam sebab Parti Komunis China (CPC) yang berkaitan idealogi komunis ada kerjasama dengan Umno.
"Kita dah lama menghadapi komunis di Malaya sehingga banyak nyawa terkorban.
“Esok kita akan hantar surat dengan pihak berwajib dan kita nak tanya dari segi dasar yang membenarkan kerjasama dengan CPC, adakah kerajaan tidak ambil kira gerakan yang tentang parti komunis dulu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur, hari ini.
PARTI APA

PARTI MUNIS

POOORAH

jangan  buat silap
nama saja parti komunis
parti ini mengawal sistem kapitalis

yang bahaya 
bukan parti komunis
tapi negara china merah
rembat harta negara malaysia
ini kerna najib berhutang
ini kerana najib tak ada
jalan keluar 
ini kerana najib perlu duit
maka tanah melayu
di gadai pada china merah


----------------

HABIS LINGKUP NEGARA INI





MAKIN BERAT

SEMUA PUNAH RANAH
PEMIMPIN NEGARA
TELIBAT KES BUNUH
KETUA POLIS DAERAH
TERLIBAT KES RASUAH
KETUA AGAMA REMBAT
DUIT ZAKAT
KETUA MENTERI ROGOL
BUDAK SEKOLAH
ANAK MENTERI JADI SAMSENG
TOWKAY LENDIR &DADAH
BAYAR GAJI AHLI POLITIK
SEKOLAH TAHFIZ SEKSA MURID
HARTA NEGARA JUAL PADA CHINA
HABIS LINGKUP ZAMAN NAJIB

Ketua CID Alor Gajah ditahan SPRM



KETUA CID polis Alor Gajah pula ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tengahari tadi, menjadikan dia ketua CID kedua yang ditahan untuk membantu siasatan rasuah.
Penangkapan terbaru itu berlaku selepas SPRM sebelum ini menahan ketua polis Melaka Tengah dan Jasin serta ketua CID Melaka Tengah.
Keempat-empat mereka, bersama 9 yang lain, ditahan dalam operasi besar-besaran SPRM atas dakwaan melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka.
Suspek terbaru, pegawai berusia 51 tahun yang berjawatan timbalan superintendent ditahan di pejabatnya di Melaka pada jam 10.45 pagi sebelum dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat.

BUKAN TANDA

NAK KIAMAT

TANDA NEGARA

NAK HANCUR





-------------------

YA USTAZ






YA USTAZ

USTAZ SIBUK TENTANG
HALAL HARAM
NI NAK TANYA
DI MEKAH ADA RAJA
RAJA SAUDI ARABIA
MASA ZAMAN NABI DULU
ADA RAJA KE?
SAJE NAK TANYA
KERANA USTAZ SIBUK
SANGAT HAL HUKUM
NAK TAHU JUGA
HAL SEJARAH
SAPA NAMA RAJA SAUDI
DI ZAMAN NABI?
SATU LAGI NAK TANYA
BILA KALI AKHIR
ADA PILIHANRAYA
DI SAUDI
SAJE TANYA









---------------

KENYATAN MEDIA PKR




KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan  Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan Y Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan  Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai  Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

23 Mei 2017





--------------

JANGAN HINA BANGLA




JANGAN HINA BANGLA
Woit jgn hina Bangla.. Bangla lagi mulia dari KJ... Bangla x songlap duit.. Bangla x tibai rasuah.. Bangla ade taste x de isteri Gemok gedempol.. on MASUK AKAL
Anonymous
on 5/24/17

PAKISTAN ISLANG
Tapi Khairy JamaLuddeeeen tu BangLar desK isLang ker.? Atau Pakistan isLang.? Atau meLayu isLang. ? Tapi tuN madey 222tahun daH saH-saH bukan keLing pariya sejati Sekarang meLayu bioLogy n makmaL testing on 
JANGAN SALAHKAN INDON
Nazrio Dond DoLLa
on 5/24/17




-----------

KUASA EKONOMI DI TANGAN PENDATANG







YANG LAIN MENGUASAI EKONOMI
Minggu lalu saya membuka persoalan  konsep budaya penakrif. Budaya penakrif ialah budaya induk. Dalam semua negara bangsa wujud budaya induk yang mengikat dan menyimpai negara bangsa. Budaya induk  yang perlu diterap, di kembang dan di ampohkan  di Tanah Melayu ialah budaya Melayu. Ini kerana budaya  China dan India, Bangla dan dan dan… adalah  budaya pendatang. 

Budaya penakrif  lahir dari pasir, dari lumpur, dari hutan, dari sungai,   dari sawah dari paya  Alam Melayu.

Dimana-mana di pelusuk  dunia ini - di Eropah , di Afrika atau di Arab budaya penakrif adalah budaya asal. Yang datang kemudian akan memperkayakan budaya penakrif yang sedia wujud.  Yang datang kemudian dirayakan bersama.  

Ada berapa negara terkecuali dari hukum sosial ini. Ianya agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara-negara yang ditakrif sebagai Negara Pendatang atau settler state. Contoh negara settler state  ialah  Canada, Amerika Utara, Australia, New Zealand, Israel dan Singapura. 

Kita menyaksikan bagaimana dalam negara pendatang ini budaya asal tenggelam atau hampir pupus. Atau hari ini hanya dijadikan bahan tarikan pelancung.  Bani Melayu di Singapura, Bani Maori di New Zealand, Bani Red Indian di Amerika, Bani Abo di Australia dan  Bani Palestin di Israel. Di negara-negara ini budaya asal telah ditengggelami oleh pendatang baru  - kaum imigran - yang jumlahnya cukup tinggi. Jumlah besar ini  akhirya berjaya menumpaskan yang asal.

Tetapi kenapa di Tanah Melayu - majoritinya Bani Melayu tetapi kelihatan budaya Melayu gagal untuk menjadi budaya penakrif?

Jawabnya - ekonomi, ekonomi dan ekonomi. 

Dan dalam tulisan ini saya ingin menerangkan bagaimana ekonomi mengagalkan  kemunculan budaya penakrif Bani Melayu yang kompak, tersusun dan berwibawa.

Ketika Siam, Belanda, Portugis , Inggeris dan Jepun datang menjarah  ke  Tanah Melayu - Bani Melayu telah memiliki adat istiadat  dan budaya. Malah sebelum Islam Arab  datang Bani Melayu telah memiliki agama, kepercayaan dan Dewata Mulia Raya. 

Dewata Mulia Raya ini saya ajukan ini dibuktikan wujud melalui bahan arkeoloji di Lembah Bujang Kedah. Saya juga mengajukan Batu Bersurat Kuala Berang sebagai artifek bertulis tentang kewujudan Dewata Mulia Raya - tuhan Bani Melayu sebelum masuk Islam.

Tamadun Bani Melayu berasaskan ekonomi pertanian di era Lembah Bujang. Bani Melayu ke sawah berpadi. Ke hutan mencari buruan. Ke laut, sungai dan paya  untuk menimba ikan. Malah lebih tepat lagi pada ketika  itu ekonomi Bani Melayu  tidak bergantung pada mata wang. Jual beli dalam pemahaman kita hari ini tidak wujud. Jual beli  yang wujud ialah ekonomi bertukaran - butter trade. Ini asas ekonomi sebelum sampainya sistem ekonomi kapitalisma yang dibawa oleh Inggeris.

Inggeris memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis. Ini untuk memastikan kekayaan Tanah Melayu ini dapat dipunggah  untuk membina kota London dan budaya Anglo-Saxon.

Kedatangan Bani China dan Bani India - yang di bawa dari Tanah Besar China dan Bharat  ini  bertujuan untuk menjarah dan merampok harta kekayan Tanah Melayu dan memunggah kekayan ini ke London. 

Perampokan dan penjarahan ini hanya boleh dilakukandengan bantuan kaum buruh dari  Tanah Besar China dan Bharat. Bani Melayu yang hidupnya ‘lumayan’ tidak mahu menjadi hamba Inggeris. Berbanding dengan Bani India yang di paksa atau Bani China yang merempat kebuluran dari Tanah Besar.

Maka adalah lojik  bagi Inggeris untuk menggunakan pertukaran tenaga buruh dengan ringgat dan  sterling. Maka sistem ekonomi kapitalis diperkenal. Kuasa ringgit, pitis, kupang mula memasuki ke alam Melayu.

Bani China dan Bani India adalah kumpulan terawal yang dimajukan  dalam sistem ekonomi kapitalis ini. Jangan silap faham Bani China yang duduk dipekan dan bandar telah lebih awal menikmati kebajikan yang diwujudkan oleh sistem kapitalis. Ini kerana Tuan Elis dan Tuan Evon, Tuan OCPD dan Tuan D.O semuanya duduk dalam pekan dan bandar. Justeru Bani China menikmati lebih awal air dalam besi dan api dalam kaca.

Ekonomi kapitalis ini lebih kukuh  dan lebih rakus dari ekonomi pertanian  -  cukup makan cukup pakai -  Bani Melayu.  Ini hakikat dari hukum evolusi perkembangan ekonomi.  

Kekuatan awal ekonomi kapitalis  Bani China ini telah dibantu pula oleh jumlah Bani China yang masuk ke Tanah Melayu. Sebahagian di bawa secara resmi oleh Inggeris. Ramai juga yang datang sama saperti  Bangla, Nigerian,  Myamar dan Vietnam yang hari ini menceroboh masuk secara haram ke alam Melayu.

Justeru bandar dan pekan diseluruh Tanah Melayu dimiliki oleh Bani China.Dengan jumlah yang besar akhirnya Bani  China tidak ambil pot terhadap Budaya Bani Melayu. Kekuatan ekonomi dan jumlah adalah hukum sosial yang membuatkan Bani China ini lebih angkuh jika dibandingkan dengan Bani China yag berada di Indonesia atau di Siam.

Kalau di Indonesia mustahil ada Bani China yang tidak tahu bertutur  dalam Bahasa Indonesia. Mustahil. Tapi di Tanah Melayu masih wujud. 

Di United Kingdom, di Belgium atau di France jika ada Bani China atau Bani Apa Pun  yang tidak mahu belajar bahasa Inggeris, Flemsih atau Peranchis  maka mereka akan ‘ mampos kering’. Ini kerana  wujudnya budaya penakrif  yang secara tersendiri memaksa si Pendatang Halal atau Pedatang Haram untuk belajar berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tempatan.

Contoh terbaik ialah kes Hishamuddin Rais. Apabila saya diberi suaka politik di Belgium saya ditempatkan dalam satu perumahan dimana saya  berkongsi dapur dengan Bani Iran, Bani Angola, Bani Chile, Bani Vietnam dan Bani Kambodia. Dalam minggu ke tiga sesudah saya sampai - saya dan yang lain-lain telah memula belajar Bahasa Peranchis. 

Pendatang baru ke Belgium tidak ada pilihan. Jika kamu tidak tahu bahasa Peranchis atau Flemish maka kamu sendiri akan mati kering.

Ini tidak berlaku di Tanah Melayu. 

Jangan silap faham - apabila saya mengajukan   betapa wajibnya diwujudkan budaya penakrif di Tanah Melayu bukan bermakna tarian singa, kuil  atau  Tok Pekong akan di lupus - atau  diruntuh. Tidak. Ini bukan tujuan budaya penakrif.

Disinilah wacana kita - anak semua bangsa -  di Tanah Melayu ini selalu terpesong. Sengaja dipesongkan dengan niat JAHAT oleh sosok-sosok dan kumpulan yang TIDAK  MAHU mewujudkan budaya penakrif. Bahasa Tamil, bahasa Tionghua, tarian singa, membawa kavadi, bergendang ketika ke kubur - semua ini hanyakan bentuk budaya. Ini manifestasi  budaya. Ini bukan budaya penakrif. 

Jangan silap faham bukan bentuk budaya yang saya tentang. Saya tidak menentang apa-apa. Saya hanya menganalisa dan mengajukan sesuatu. Justeru bukan bentuk budaya yang saya persoalkan. Yang saya ajukan ialah betapa perlunya budaya penakrif/core culture yang dominan untuk membidani kelahiran satu negara bangsa. 

Di Tanah Melayu yang majmuk, di Sabah Sarawak yang penuh dengan bahasa dan kepelbagian  pastilah bentuk-bentuk seni ini akan dirayakan. Kepelbagaian ini adalah keindahan. Tetapi dalam masa yang sama budaya induk - budaya penakrif - wajib wujud sebagai juru mudi negara bangsa.

Ini bukan hegemoni Bani Melayu. Ini hukum alam semula jadi. Kalau pendatang datang ke United Kingdom maka budaya penakrifnya pastilah budaya Anglo-Saxon. Kalau ke Peranchis pastilah budaya penakrifnya Celtic dan Germanic. Kalau ke Iran dimana wujud Bani Kurds, Bani Baluci, Bani Arab, Bani Turks, Bani Azaibajani  maka budaya penakrifnya tetap budaya Parsi. Bagitu juga di Turki - ada Arab, ada Kurdish, ada Armenian - tapi budaya penakrif tetap budaya Turks.

Bani Melayu cukup arif dalam hal ini. Datuk nenek moyang Bani Melayu dari zaman berzaman  telah meninggalkan  ajaran - di mana bumi  dipijak disitu langit dijunjung. Ke kandang kerbau kita menguak ke kandang kambing kita membebek. Ini pandangan yang saintifik dan lojik.  

Mereka kaum pendatang wajib menerima hakikat ini. Saya tidak tahu apakah Bani China dan Bani India ini sama saperti sikap Belanda minta tanah? ( ini kesah yang lain).

Saya cukup yakin pemimpin United Malays Nantional Organisation juga sedar hal ini  EKONOMI ini. Parti  ini pada awal sejarahnya telah didanai dan dibantu oleh kuasa penjajah Inggeris. Kemudian parti ini untuk pilihan raya 1955, 1959, 1964  yang memerlukan perbelajaan telah didanai oleh para cukong , towkay dari Bani China yang duduk dibandar dan pekan.

Ini fakta bukan lebong Hishamuddin  Rais. Malah Tun Musa Hitam pernah bercerita tentang hal ini.

Bentrokan Mei 13 1969 itu sebenarnya adalah manifestasi persolaan nasional yang belum selesai. Dasar Ekonomi  Baru (DEB)  adalah juga manifestasi  dari persoalan nasional  yang  saya timbulkan ini. 

Persoalan nasional ini perlu mencari jalan penyelesaian. Hari ini semakin ramai Bani Melayu sedar bahawa  mereka masih ketinggalan dalam hal ekonomi. Mereka dketepikan dari pekan, bandar dan kota. 

Bandar bandar masih lagi di miliki oleh Yang Lian. Wal hal bandar adalah tempat dan pusat kemunculan gerakan intelektual, gerakan bahasa dan gerakkan budaya.  Paria ialah kota budaya dan kota intelektual Bani Peranchis. London adalah kota intelektual dan kota budaya Bani Inggeris. Edinburgh ialah kota budaya dan kota intelektual Bani Scot.

Jika Ipoh, Penang dan Kuala Lumpur masih dimiliki oleh Yang Lian maka mustahil  budaya Melayu akan berjaya menjadi  budaya penakrif.  

Kelucahan dan keangkuhan Yang Lain ini semakin menjadi-jadi.Sejarah  dan nama-nama asal kampong Bani Melayu saperti Kampong Kerinchi dan Pantai Dalam telah diubah untuk menjadi Bangsar South.  Ini hanya satu contoh.

Ini berlaku kerana Bani Melayu gagal mewujudkan budaya penakrif. Budaya penakrif ini  digagalkan kerana Bani melayu tidak menguasai ekonomi. Hari ini dikuliah dan diheboha-hebohkan bahawa  Bani Melayu bergantung dengan kuasa politik.  

Kuasa politik Bani Melayu ini amat rapuh.Parti Ketuanan Melayu yang dilihat berkuasa , walau pun dengan slogan Hidup Melayu pada hakikatnya parti ini sedang ditaja oleh mereka yang menentang kelahiran budaya penakrif. 

Maka akhirnaya kita kembali kepada persoalan awal - ekonomi - ekonomi - ekonomi. Adakah  Bani Melayu akan menemui jalan keluar? Tunggu minggu hadapan. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------

TWITTER SENYAP SUNYI






KTN



KETUA 

TWITTER

NEGARA

SENYAP SUNYI

APA PASAL

SAJE TANYA

PELIK YANG

MEMELIKKAN


Lebih ramai polis ditangkap,  #GoPDRMGo tak kelihatan di Twitter

SATU daripada akaun Twitter pegawai kerajaan yang selama ini begitu aktif nampaknya senyap. Dengan hashtag kegemaran Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, #GoPDRMGo atau KBAB51 di Twitter, ia sunyi sejak 15 Mei, sehari sebelum operasi anti-rasuah besar-besaran yang setakat ini berjaya menangkap 12 orang, termasuk lapan pegawai polis.
Hanya beberapa hari sebelum itu, Khalid mengesahkan polis juga menahan 16 pegawai dan anggota polis di bawah undang-undang keselamatan kerana terlibat sindiket pengedaran dadah.
Tidak pernah anggota polis ditahan dalam bilangan seramai itu dan tidak pernah Khalid berdiam diri mengenai tangkapan besar-besaran pada platform kegemarannya untuk berkomunikasi dengan pengikutnya yang seramai 74,000.
Khalid memiliki akaun Twitter @ KBAB5 itu sejak Januari 2010, tiga tahun sebelum menjadi ketua polis negara yang digunakannya untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan juga kakitangannya sendiri.

Beliau kerap menggunakan Twitter untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tangkapan, mengancam tindakan, mengucapkan tahniah kepada pasukannya terhadap tangkapan dan serbuan mereka yang kemudian ditandatangani dengan hashtag kegemarannya #GoPDRMGo
Pada 15 Mei, beliau memulakan hari dengan tweet ucapan terima kasih kepada gurunya dan guru lain bersempena Hari Guru, kemudian mengenai suspek yang ditangkap daripada sindiket perjudian dan wanita yang disyaki terlibat dalam maksiat.
Tetapi kini ia hanya senyap sunyi.
Berbeza semasa saat Khalid menggunakan akaun Twitter beliau untuk memerintahkan pihak polis menangkap aktivis hak sivil dan lain-lain di atas kenyataan mereka di perkhidmatan mikroblog.
Beliau dikritik kerana berlembut dengan menteri kerajaan dan aktivis pro-kerajaan sementara pada masa sama bertindak keras dengan pihak pembangkang tetapi Khalid mempertahankan kerja kepolisan beliau di Twitter.
"Saya memantau hasutan talian kerana sebahagian besar ahli politik dan NGO yang tidak bertanggungjawab mempunyai pengikut yang ramai," katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris pada Mac 2015.
"Saya hanya menyerap kritikan yang membantu saya atau pasukan menjadi lebih baik. Selebihnya saya abaikan. Saya akan terus melakukan kerja saya untuk mengekalkan undang-undang. Pengkritik boleh kata apa sahaja yang mereka mahu," katanya.
Selain mengesahkan tangkapan dan menjanjikan pasukan lebih bersih, Polis Diraja Malaysia dan para pegawai atasan tidak berkata banyak mengenai perkara memalukan pasukan itu.
Kira-kira 21 pegawai polis ditahan di bawah Akta 2012 kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah di bawah Ops Kabbadi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 12 orang, termasuk lapan pegawai dan anggota polis dari Melaka, merampas RM1.44 juta daripada suspek termasuk RM800,000 daripada seorang anggota berpangkat kopral.

Beberapa pegawai lain kini dipindahkan dari tiga daerah polis Melaka memandangkan Bukit Aman kini giat menyiasat mengenai skandal rasuah. – 24 Mei, 2017.
TALI MAKIN

DEKAT KE?

DULU BUKAN MAIN AKTIF
TANGKAP SANA 
TANGKAP SINI
ARAH SANA
ARAH SINI
TETIBA SENYAP SEPI
APA SUDAH JADI
TOWKAY LENDIR
TOWKAY DADAH
TOWKAY JUDI
SUDAH MARAH KE?
KAN DUIT DAH MASUK
KAN SEMUA JANJI BERES
APA SUDAH JADI
ZUNAR BIKIN KACAU KE?
SAJE TANYA MANA TAHU
KALAU KALAU KALAU
KALAU KALAU APA?




------------------

TUDUHAN LIAR








TUDUHAN

LIAR?

SAPA CAKAP

BENAR?

NAZRI ATAU

POLIS?

Nafi keluar arahan orang awam buat laporan polis

IPOH – Polis Perak menafikan ada mengeluarkan arahan kepada orang awam untuk membuat laporan polis supaya tidak membenarkan perdebatan antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad berlangsung, Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Tuan Haji Hasnan Hassan berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebuah akhbar tempatan, hari ini sama sekali tidak benar dan merupakan satu tuduhan liar.

Menurutnya, polis tidak akan sesekali terlibat dalam apa juga pertikaian politik atau menyebelahi mana-mana pihak di negara ini.


LIAR?

KALAU TUDUHAN  LIAR 
PERLU DIJINAKKAN
CARANYA SENANG AJE
CUI BONO?
SAPA YANG UNTUNG
KALAU DEBAT INI TAK JADI
MADEY AKAN BOCORKAN
SEMUA TAIK NAJIB
MAKA PASTILAH NAJIB
TAKNAK DEBAT BERJALAN
YANG LAIN SEMUA WAYANG
POLIS LAAAA
TAK SELAMATLAAA
NANTI GADUHLAAAA
SEBENARANYA NAJIB TAKUT
MADEY AKAN BOGELKAN
SEMUA KESAH NAJIB
MADEY NAK TANYA SATU AJE
SIAPA BERI ARAHAN SIRUL
UNTUK BUNUH ALATANTUYA
KHALAS PERIOD INI SAJE


-----------------

MAT BANGLA DAN TMJ





F.B


Krikk.. Krikk.. Krikk..
DAN LAGI..
"Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan." -TMJ
BAIK JADI ARTIS KALAU NAK POPULAR


Suara Rakyat Ternanti2 bila plok DYAM TMJ nak bagi setepek lagi camni kat Najib..
LikeShow more reactions
Reply
33
13 hrs
Suara Rakyat Farid Yusof mostly TMJ bagi hint. tak sebut nama Najib direct
LikeShow more reactions
Reply
5
12 hrs
Abu Hamdani Zainol Tak sempat habis bengang dipanggil mat bangla dah kena " basuh " dng tmj pula..!!..nasib kau lah mamat...!!
LikeShow more reactions
Reply
19
13 hrs
Fahmy Mohamad Noran Syed rosli tu gelarkan kau mat bangla kau ckp dia gila kann, nie tmj ckp kau lebih baik jadi askar wataniah dari jadi menteri, nk tengok apa respon kau..🤣😂




-------------------