.

Khamis, 20 September 2018

REFORMASI DAN AGENDA PERUBAHAN

 

REFORMASI DAN AGENDA PERUBAHAN 

Pada petang 20 September - dua puluh tahun dahulu saya tahu dimana saya berada. Pada petang Ahad itu  - dalam jam 4.30 - saya berada di wilayah Masjid Negara. Saya bersama lebih dari 50,000 anak  semua bangsa menunjukkan setia kawan kepada  Anwar Ibrahim yang telah dituduh meliwat.

Anwar Ibrahim membuat labon ceramahnya di anjung Masjid Negara. Anwar mempertahankan dirinya dari tuduhan liwat. Menuduh musuh politik dan Mahathir Muhamad yang membuat fitnah. Di anjung Masjid Negara Anwar melaungkan - reformasi. Anwar melaungkan lawan tetap lawan.

Anwar Ibrahim timbalan Presiden United Malays National Organistion telah dilucutkan dari partinya. Anwar  yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan telah diberhentikan dari jawatan kerajaan pada 2 September 1998. Anwar dikatakan telah meliwat adik angkatnya   Sukma Dermawan. Anwar juga dituduh meliwat pemandu kereta keluarganya   yang bernama Azizan Abu Bakar.

Justeru - tahun 1998 dinobatkan sebagai Tahun Meliwat Malaysia. Kes Anwar ini telah menjadikan perkataan - LIWAT - satu perkataan yang paling pop hingga ke hari ini. 

Liwat terus menjadi berahi seksual terlarang. Walhal dari kajian bentuk hubungan seksual ini  bukan satu yang asing dalam mana-mana budaya bangsa - termasuk budaya Bani Melayu. Sama ada homoseksual mau pun hetroseksual liwat wujud sebagai bentuk nikamat seksual. Liwat menjadi nikmat seksual yang  gelap lagi digelapkan.

Terima kaseh kepada Mahathir. Terima kaseh kepada Anwar. Dua sosok ini telah  berjaya mengetengah  perkataan liwat. Dari yang  tak tahu kini satu Malaysia telah tahu. Dan  ramai pula  yang ingin mencuba. Amin

Malam 20 September Anwar ditangkap. Pada malam itu juga anak-anak muda yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim telah bertindak. Anak anak muda yang tidak mengenal siapa Anwar Ibrahim sebenarnya  telah  sepontan terjerut untuk turun ke  jalan raya.   

Mahathir Muhamad yang menuduh Anwar sebagi peliwat telah ditakrif sebagai Mahafiraun. Mahathir dilihat sebagai telah menzalimi Anwar.
Pada malam 20 September 1998 Anwar ditangkap. Demonstrasi jalanan bermula. Laungan reformasi kedengaran disana sini.  Laungan lawan tetap lawan kedengaran disana sini. Penyokong Anwar dari dalam United Malays National Organisation juga telah keluar menentang Presiden Parti mereka  Mahathir Muhamad.

Harus saya terangkan disini. Ramai yang membuat salah bacaan. Ramai yang menganggap  reformasi itu demonstrasi dan demonstrasi itu reformasi. Ini salah. Demonstrasi itu ialah manifestasi reformasi. 

Reformasi itu ialah tuntutan anak semua bangsa untuk  melahirkan Malaysia yang lebih adil dan demokratik. Berjuang untuk melahirkan Malaysia tanpa rasuah. Berjuang untuk meghapuskan nepostisma. Berjuang untuk membasmi budaya feudal yang memenjarakan fikrah Bani Melayu. Berjuang untuk membebaskan fikrah Bani Melayu dari terus terjerumus dalam padang pasir Arab.

Justeru  ajenda  reform - ajenda perubahan  yang awal ialah membuka ruang demokrasi.

Wajib saya terangkan secara tuntas  disini. Ajenda perubahan ini  TIDAK bermula pada 2 atau 20 September 1998. Tuntutan ajenda perubahan  bermula pada jam 12.01 - malam 31 Ogos 1957. Pada malam itu secara resmi kuasa kolonial Inggeris telah memberi kuasa memerintah Tanah Melayu  kepada United Malays National Organisation. 

Pada malam 31 Ogos 1957 ini juga anak semua bangsa telah meneruskan perjuangan anti British kepada anti  United Malaya National Organisation. Parti Ketuanan Melayu ini adalah parti anak didik dan boneka Inggeris.

Parti Komunis Malaya dan jaringannya semenjak 1948 telah mengangkat senjata  melawan Inggeris kini meneruskan perang kolonial untuk melawan parti United Malays National Organisation. 

PMIP - Pan Malayan Islamic Party - nama asal Parti Islam PAS - terus menentang kerajaan United Malaya National  Organisation . Parti Rakyat dan Parti Buruh - dua parti kiri yang amat tersusun  dan kompak telah memberi perlawanan yang hebat kepada  Parti Ketuanan Melayu

Tiga tahun kemudian - 1960 - United Malays National Organisation telah memperkenlakan ISA atau Akta Keselaman Dalam Negeri.  ISA ialah akta penjara tanpa bicara. ISA membuktikan  bahawa tuntutan ajenda perubahan dari anak semua bangsa diteruskaan.

Pada tahun 1964 - sekali penjajah Inggeris menjalankan jarum. Kali ini dengan penubuhan Malaysia. Ramai yang menentang. Ramai yang dimasukkan  kedalam penjara melalui  ISA.

Pada tahun 1974 - kaum tani miskin di Baling Kedah bangun melawan.  Gerakan tani ini  mendapat sokongan kaum pelajar.  Ramai di ISAkan. Kemudian berlaku tunjuk perasaan kaum tani - juga  di Kedah  - mereka menuntut  harga padi  yang masuk akal. 

Semua ini adalah contoh perjuangan anak semua  bangsa dan bangsa semua agama menuntut dilakukan reformasi. Semua menuntut diadakan reform ajenda.

Gerakan REFORMASI98 itu adalah sambungan dari semua gerakan yang menuntut  memerdekkan Tanah Melayu yang bermula pada 31 Ogos 1957.

Pada 9 Mei 2018 - anak semua bangsa telah berjaya menendang Najib dan United Malays National Organisation dari berkuasa. Ini detik dan tanda permulaan terbukanya ruang demokrasi.

Dengan wujudnya ruang demokrasi ini maka berkemungkinan dijalankan  ajenda perubahan. Ajenda perubahan yang telah mengeram lama ini boleh menetas.  Ajenda perubahan ini bukan peralihan sosok - dari Najib kepada Mahathir. Bukan perubahan daging dan tubuh badan. 

Siapa jadi Perdana Menteri bukan ajenda fudumental. Mahathir ke , Azmin ke  , Mat Sabu ke  atau Anwar menjadi PM bukan isunya. Ini tidak penting. Ini ajenda kulitan.

Apa yag penting dalam ajenda perubahan ialah perubahan struktural. Perubahan lembaga-lembaga daulah. Pendemokrasian jentera kerajaan. Pendemokrasian kaki tangan kerajaan.

Ajenda perubahan yang bersandarkan perubahan struktural akan menjamin kesejahteraan. Tanpa perubahan struktural maka kemenangan 9 Mei ini berkemungkinan lenyap.

Saygia dingatkan  - saksikan  apa yang terjadi kepada Pilipina. Rakyat Pilipan telah berjuangan ke jalan raya dengan - peoples power.  Mereka berjaya menghalau Marcos. Tapi hari ini yang lahir ialah Duterte - pembunuh berlesen.

Awas dan waspada. Tanah Melayu dan Malaysia juga memiliki benih-benih Duterte. Anak semua bangsa wajib sedar bahawa ajenda perubahan yang paling  utuh ialah keberanian anak semua bangsa bangun bersuara dan bertindak.  Jika bersuara dan bertindak telah menjadi budaya kita maka ajenda perubahan boleh dituntaskan. Anak semua bangsa bukan hanya berlabun di Face Book atau Tweeter atau Wataps.

Jika anak semua bangsa berani bersuara da bertindak maka tukang karut dan kaki labon dapat dibogelkan.  Anak semua bangsa wajib memiliki minda yang kritikal. Kelentong  dan lebong Mat Songel yang terbonggeng apabila anak semua bangsa mula berani berfikr.

Berfikir secara kritikal  adalah kunci ajenda perubahan.  Hanya dengan memiliki fikrah yang kritikal baru kita tahu dan sedar siapa sebanrnya peliwat dan siapa sebenarnya kaki lebong. Amin. (tt)






--------------------

MALAIKAT LUP UNDI PAS




MALAIKAT LUPA

NAK UNDI PAS
Pada 9 mei yg lalu bukan Allah saja yg lupa nak bantu umno, malaikat pun lupa nak turun undi parti pas. Phuiii! Lokman adam betul laa si lokman adam ni. on
 ALLAH BANTU UMNO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/20/18


--------------------

MANA ZIANA




MANA ZIANA
Gerombolan dah mula angkat kaki. sekali lagi dakwa, Mah pulak mintak fasakh. Ziana mana ziana? KahKahKah on 
HANYA SATU MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/20/18


-----------------

NOSTRADAMUS




NOSTRADAMUS

Kita patut beri selori pujian pada Haji Najib .. kerana berjaya meramal ala Astrodamus ..yg apa akan jadi pada Parti Qarammah UMNO. Ingat tak ..kaki kepit mulut berbuih ini pernah beri kiasan mashur ..yg UMNO bak kapal melabuh sauh mengibar layar. 
Kalau tuan2 tak bodoh dah tentu tau apa jadi pada kapal tersebut. Beberapa ekor Ahlul UMNO dah capai pelampong untuk selamatkan diri ..ingat pelampong pun terhad ..tapi yang gomok gedempol mcm Rosmah, Azalina, Lokman boleh terapung sendiri .. ..no hal. on
 PAK AJI MAK AJI CABUT LARI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 9/20/18



---------------------

FREELOADER KAH?



FREELOADER KAH?
Ermmmm....semestinya bkn freeloader tapi x mustahil freeloader dibelakang tabir on 
SOALAN KURUN INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:50 PM



----------------

MUSTAHIL TAK SANGKUT








25 TUDUHAN

MUSTAHIL 

TAK ADA 

YG LEKAT

TAJUR BANYAK

MESTI ADA

YANG MAKAN

Najib hadapi 25 tuduhan 

bersabit 1MDB dan ‘derma Arab’


NAJIB Razak dihadapkan 25 lagi tuduhan melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad, dengan 21 daripadanya membabitkan pengubahan wang haram berhubung duit RM2.6 bilion atau AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadinya pada Mac 2013.

Dua puluh satu pertuduhan itu terbahagi kepada tiga jenis kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).


GUA KENA

SATU TUDUHAN

KENA 9 BULAN

INI HANYA

MENGHASUT

MUSTAHIL 25

TAK SANGKUT

KAH KAH KAH

-------------------

SOALAN KURUN INI





SOALAN 

KURUN INI
SAPAKAH MAT PET
YANG DIAGONG AGONG KAN ITU?

ADAKAH 
SEORANG ROCK STAR?
ATAU
HANYA ROCK




----------------------

PAK AJI MAK AJI CABUT LARI






PAK AJI MAK AJI

CABUT LARI

BILA KAPAL

NAK TENGGELAM

5 Ahli Parlimen, 13 Adun Keluar UMNO Setakat Ini

Tuan Haji Mustapa Mohamad dan Tuan Haji Anifah Aman menjadi pemimpin Umno terkemuka yang meninggalkan parti Melayu yang hilang kuasa persekutuan pada pilihan raya umum, 9 Mei lalu.

Mereka menyertai beberapa pemimpin lain yang meninggalkan parti utama Barisan Nasional (BN) itu yang setakat ini hilang lima ahli Parlimen dan 13 Adun di beberapa negeri.

Sebelum Tuan Haji Mustapa umum keluar parti, tiga lagi pemimpin dari Umno mengambil langkah sama iaitu  Ahli Parlimen Bagan Serai, Tuan Haji  Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Tuan Haji  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Tuan Hajjah Mas Ermieyati Samsudin.


LARI CABUT

SPRM 

NAK MASUK

MINTA AMPON

CEPAT CEPAT

MASUK BERSATU

UNTUK SELAMAT

KAH KAH KAH


---------------------

ALLAH BANTU UMNO



ALLAH BANTU 

PARTI UMNO


Lebih ramai akan 

keluar parti, 

kata Lokman Adam
PETALING JAYA: Datuk Lokman Noor Adam menjangkakan akan ada lagi pemimpin Umno mengikuti langkah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti.

“Saya nak beritahu, bukan hanya Mustapa sahaja yang akan keluar tinggalkan kita. Dalam majlis tertinggi Umno sekarang pun saya jamin ada yang sudah bersedia untuk tinggalkan parti kita.

“Jadi kita kena tanamkan dalam diri kita bahawa ini kerja Allah untuk berihkan parti kita,” kata ahli MT Umno itu dalam satu video di Facebook hari ini.


PELIK JUGA

PADA 9 MEI

ALLAH TAKE

A BREAK KE?

LUPA NAK 

BANTU UMNO



KAH KAH KAH

-----------------

BERITA PALSU




FITNAH FITNAH

BERITA PALSU

DISEBAR OLEH

RONNIE DAP

Rosmah Akan Didakwa

Utusan) – Suami  bekas Perdana Menteri, Hajjah  Rosmah Mansor dilaporkan akan berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah dalam tempoh terdekat.

Laporan NSTP menyebut pasukan penyiasat sudah melengkapkan siasatan terhadap suami Najib itu yang bermula dua tahun lalu, baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah, 66, sejak tiga bulan lalu sejuruh Pilihan Raya Umum ke-14 selesai.

Siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan yang dikaitkan dengan Najib.


MUSTAHIL

ROSAMAH ADA

6 ORANG BOMOH

DARI KERALA

PENDINDING

TEMBOK KUKUH 

HALIMUNAN

MUSTAHIL

ROSMAH AKAN

DITANGKAP

KAH KAH KAH


-------------------

PROJEK MERAKAM SEJARAH



PROJEK MERAKAM SEJARAH
BACA DISINI:
https://www.malaysiakini.com/columns/443655

Abdul Talib Hasan
pengisahan sejarah biasanya tidak adil kerana bayak perkara yang terlalu dibesarkan dan ada perkara lain tidak langsung dikhabarkan. ...walaubagaimana un, pengishan hisyamuddin dihargai dan harus dimeterikan untu nanti digabungkan dengan pengisahan dari sosok lai yang mungking empunyai pandangan berbeza dalam menilai senario yang sama!
SukaBalas1j
Razak Kumar Muhammad
Siapakah orang Tun yg dimaksudkan oleh HR?...Saya tahu dan telah kenalpasti siapa orang itu dan disini saya beri hint nama Datuk yg disebut HR ada dalam salah satu huruf dari gelaran D A T U K itu sendiri....Siapa yg nak cuba teka?... silakan!
SukaBalas11j
Mus At Tariq
Berapa banyak episod daa...jangan sampai bertambah season udah le
SukaBalas113j







---------------------------

SIASAT SEMUA




SIASAT SEMUA
sy cdgkn, siasat semua ketua-ketua bahagian, semua ketua-ketua cawangan, semua ketua-ketua pemuda yg macam bapak dia punya negara (duolu-doulu la) pun patut diberikan perhatian... mintak sprm buat jawatan2 kontrak baru, spy-spy berwibawa, pinjam la yg otai dalam lhdn, kwsp, mana2 yg berkelayakkan.. biar cepat sikit bersihkan semua bahlol2 penyamun nie... on WAJIB DITANGKAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/18

br





--------------------

JANGAN TANGKAP MINAH CUN










JANGAN TANGKAP

MINAH CUN INI
Mohon SPRM dan polis jangan la tangkap minah cun ni. Kasihan dia...suami tak de...anak tak de. Kalau tangkap tidur malam dalam lokap sejuk dia. Dulu masa muda aku lamar dia eksen...sekarang dah ganyut..kira setengah harga bole le???? on WAJIB DITANGKAP
Publish | Delete | Spam
Anak jantan
on 9/19/18

----------------------

TERUS LAWAN



TERUS LAWAN
Aku dah bosan tunggu... Bila kerajaan PH dan tt nak tukar lagu kebangsaan dan bendera Malaysia yg ala-ala Indonesia... Tt jgn sedap cakap aje jgn tipu... on HANYA SATU MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/20/18


-----------------

SPRM ZALIM




SPRM ZALIM
kimak betul.. zalimnya sprm! apasal tak bawa 20 pertuduhan rosmah tu sekalikan dgn najib esok??? kurang hajar betul, suka sangat pisahkan suami dan isteri. tak islamik langsung! biarla sama2 dia berdua bermlm di lokap. phuiiii ni mmg kerja jahat ph. on HANYA SATU MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/18

Da







-------------------

NAK TENGOK






NAK TENGOK

semalam je? gua mau tengok sama ada dia digari dan pakai baju lokap oren. sprm jangan berlakon ye!! on HANYA SATU MALAM
Anonymous
on 9/20/18
Berita sungguh mengembirakan... mengalahkan kegembiraan ketika berada diatas perut bini.... ha ha ha on HANYA SATU MALAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/20/18

----------------