.

Khamis, 8 Januari 2015

MENGHASUT UNTUK KEBAIKKAN




MENGHASUT
ucapan bersejarah
pada malam 13 mei 2013
di dewan cina kuala lumpur
ucapan ini telah 
dijadikan alasan
untuk menuduh
hishamuddin rais
dibawah akta hasutan 
baginda queen 1948

sila layari
sila dengari

pada esok 
jumaat  9 haribulan 2015
jam 9:00 pagi
hukuman akan dijatuhakan
keatas
hiishamuddin rais



JATUH HUKUM
safuan anak anak mahasiswa
telah di hukum 10 bulan penjara
adam adli anak mahsiswa
telah mendapat 12 bulan hukuman penjara
semua terlibat dalam
program menolak keputusan PRU13
pada malam 13 mei 2013

apakah hukuman
kepada hishamuddin rais
TUNNGU ESOK PAGI

KITA SEMUA CHARLIE










SHAH ALAM Kerajaan Malaysia sebulat suara mengecam serangan ke atas Charlie Hebdo di Paris, semalam.

"Malaysia simpati terhadap keluarga mangsa, kerajaan Perancis dan rakyatnya," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


"Sebagai Perdana Menteri Malaysia, kita harus melawan keganasan dengan kesederhanaan, kesefahaman antara budaya dan hormat-menghormati," tambahnya lagi dalam 
satu kenyataan.

Serangan terhadap Charlie Hebdo menyaksikan dua suspek bersenjata melepaskan tembakan.

Insiden menyaksikan 12 orang termasuk 2 anggota polis terbunuh.









KAH KAH KAH

woit
mat mongol
nak jadi hero
nak tunjuk terer
berani kutuk 
yang jauh
pekasa deoan mata
isma depan mata
kecut telooo
kah kah kah

APA PUNYA TELOOO



-------------

PERADUAN CUBA TEKA




SIAPA RAJA BALAK DI KELANTAN?

Pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham menafikan beliau dan rakan seperjuangannya Nga Kor Ming terlibat dalam pembalakan di Kelantan yang menyebabkan banjir tidak terkawal di negeri itu.

Malah kata Ngeh, Upayapadu Plantation Sdn Bhd, syarikat yang mereka antara pelaburnya, tidak terlibat dalam kegiatan pembalakan sama ada di Kelantan atau mana-mana tempat di Malaysia.


Laman sosial “Friends of BN - Barisan Nasional” antaranya memuat naik gambar Nga dengan latar belakang balak kayu balak dan logo DAP serta tulisan:

"Anda ingin menjadi raja balak? Anda hanya perlu menjadi pemimpin DAP".




KAH KAH KAH
woit
peraduan  cuba teka
siapa raja balak
di kelantan?

YANG INI KE?

YANG INI KE?




KAH KAH KAH




-----------

HARAKAH OH HARAKAH





KOMENTAR
harakah memiliki sejarah
dizaman reformasi
akhbar ini keluar 2 kali seminggu
tiap keluaran terjual 350,000 naskah
menakutkan anak lelaki iskandar kutty
lalu di tekan
lalu di larang
lalu di kurangkan 
sebulan sekali

lepas menang besar 2008
harakah dapat menjadi 2 kali seminggu

suara keadilan seminggu sekali
tidak pernah ada permit
kini SK terjual lebih banyak
dari harakah

ini fakta sejarah

Bekas pengurus gesa Mustafa Ali berundur ketuai Harakah


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.
Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pengurus-gesa-mustafa-ali-berundur-mengetuai-harakah#sthash.0UVMEHkg.dpuf

KAH KAH KAH

woit
apa sudah jadi?
apa mahu jadi?

NOTA:
dalam harakah
banyak sangat
iklan ubat jantan
apakah ahli pas
semua lembik
kah kah kah

APA PUNYA TUUUR



--------------

MALAM INI




MALAM INI

TUKAR TIUB

sebelum jatuh hukum

lawak berdiri

8 januari 2015

kah kah kah








---------------

LAGI PROJEK TIPU RAKYAT






KOMENTAR
mengikut kata
timbalan presiden pas
saudara mat sabu
pada 4 hari pertama
kerja masak memasak untuk
2000 mangsa telah dijalankan
oleh muslimat pas di kota baru
dalam kawasan penempatan
mangsa banjir

tapi
apabila najib umumkan
ada bantuan 500 juta ringgit
dengan serta merta
muslimat pas yang buat kerja amal
diminta keluar dari kawasan memasak
kawasan ini ialah kawasan sekolah

ini kerana
sudah ada kontrektor
sudah ada pembekal makanan
sudah ada kontrektor memasak

ini fakta
bukan fitnah






RM800 juta tidak mencukupi bantu mangsa banjir, kata Ismail Sabri

Peruntukan RM800 juta dibelanjakan kerajaan bagi membantu mangsa banjir melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak cukup menampung semua kerugian yang dialami, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob 

.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rm800-juta-tidak-mencukupi-bantu-mangsa-banjir-kata-ismail-sabri#sthash.ezmOFixf.dpuf

KAH KAH KAH








woit
memang tak cukup
satu bilion pun 
tak akan cukup
satu trilion pun
tak akan cukup

mana nak cukup
semua masuk poket
ketua cawangan
ketua bahagian
parti ketuanan melayu

lagi lama banjir
lagi masyuuuk
lagi banyak banjir
lagi dapat projek

INGAT RAKYAT

BODOH



-------------

HARI INI KITA SEMUA CHARLIE





 HARI INI
kita semua adalah charlie
bersetiakawan dengan para
kartonis yang mati dibunuh


FACE BOOK
Jika anda berkata dalam hati atau mengatakannya secara terbuka yang 'memang patutlah depa kena bunuh sebab diaorang menghina Islam', maka anda tidaklah lebih baik dari terrorist2 itu.
Di Malaysia ini mungkin majoritinya tidaklah terrorist secara fizikal, tetapi usah terkejut jika terrorist secara emosi atau simpatisan terorist itu mungkin agak ramai juga.
Dalam isu ini, pastinya kita tidak suka orang menghina agama mana-mana pun, bukan Islam saja.
 Tetapi membunuh dan keganasan bukanlah cara menghadapi penghinaan itu. Kalau tak suka, buatlah katun lain atau cara media lain untuk handle isu ini dengan lebih matang dan berhemah. Tidaklah Islam menjadi semakin dimuliakan atau dicintai dengan pembunuhan ini.

Idea dilawan dengan idea, bukan dengan keganasan fizikal. Idea jauh lebih powerful dari kekuatan fizikal dan idea punya nyawanya sendiri yang tidak boleh dibunuh secara fizikal.
Apakah membunuh sajalah yang orang Islam tahu dalam menghadapi konflik? Sangatlah memalukan bagi Islam jika ia dilihat seperti anak kecil yang belum pandai mengartikulasikan ketidakpuasan hatinya - yang jika tidak suka sesuatu, yang dia tahu hanyalah tunjuk tantrum.
Saya dan anda juga harus mengecam pembunuhan ini.






-------------

AKHBAR SIAM BOGEL NAJIB




KOMENTAR
penyokong pakatan 
wajib terus sokong
rosmah dan najib
rosmah dan najib ialah aset
mereka membantu pakatan
untuk melahirkan kebencian
rakyat benci pada rosmah
ini satu nilai baik

jadikan najib dan rosmah
sakit gigi berpanjangan
sakit gigi yang terus menerus
sakit gigi yang menggangu

jangan beri peluang
untuk gigi di cabut




Kos minyak jet rasmi kerajaan lebih 

daripada 500 tan beras Thailand, kata PKR 


Pemuda PKR membidas  Najib Razak ekoran pendedahan portal Bangkok Post yang mendakwa perdana menteri bersama suaminya Rosmah Mansor ke Thailand atas urusan peribadi dan bukannya lawatan rasmi.
Timbalan Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata, alasan yang diber‎ikan Najib melawat Thailand kerana mahu berterima kasih atas sumbangan 500 tan beras tidak masuk akal.
"Saya ingin mengingatkan Najib ketika beliau mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Thailand atas sumbangan 500 tan beras kepada mangsa banjir, kos minyak jet 9M-NAA yang dibenarkan merantau untuk seminggu yang lepas adalah cukup menampung beras sebanyak 2470 tan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


KAH KAH KAH


woit
ini bukti 
rosmah dan najib
adalah aset pakatan

penyokong pakatan
wajib sokong najib
wajib sokong rosmah

kalau tak ada rosmah
pakatan jadi susah
ada rosmah 
pakatan jadi senang
kah kah kah

APA PUNYA GEMOOK


-----------

BALAK OH BALAK




BALAK DATANG MENGGOLEK


BALAK OH BALAK
TT agak terlupa bahawa selain gejala pembalakan haram yang menyumbangkan kepada banjir mega di Kelante peranan pemanasan global juga harus diambil kira. Pemanasan global disumbang banyak oleh negara industri tinggi seperti AS dan China dan juga India dan negara2 dari KE (EU).

 Kini setiap wilayah, mukim atau kawasan di atas planet ini menunggu giliran untuk menerima impak kemusnahan total dari fenomena pemanasan global. Pemanasan global dan dibantu bersama oleh banjir, ribut taufan,tornado dan suhu ekstrem akan menghentam bumi di mana saja tanpa mengira populasi kawasan itu sama ada orang kaya, miskin, beragama atau tidak atau berideologi sosialisme atau kapitalis. 

Pendek cerita apabila manusia skru alami(nature) maka alami akan mengskru pula manusia dan hidupan lain termasuk haiwan dan tumbuhan turut bersama jadi mangsa tak berdosa. on SURAH BANJIR
Publish | Delete | Spam
MATAHARI BULAN
on 1/7/15

-----------

BAGAIMANA DCENGAN BUJET 2015






BUJET 2015

apa akan jadi dengasn bujert 2015
bujet dibuat dengan kiraan 
harga minyak 100 dolar satu tong
kini sudah jatuh 50 dolar satu tonng

rosmah dan najib
boleh menipu lagi ke?