Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 16 Januari 2013

LAGI BUKTI - BAGAIMANA PENDATANG HARAM MENGUNDI



 MUKA ORANG JAHAT
YANG TELAH
YANG SEDANG
YANG AKAN
MERANCANG PENIPUAN
DALAM PRU13
waspada!
KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai wajib bersedia
kalau dahulu pendatang haram
telah diberi kad pengenalan untuk mengundi
kali ini orang-orang jahat ini
merancang lebih licin

kali ini memberi kad pengenalan
bukan hanya di sabah
di kedah dan kelantan
warga siam akan datang mengundi
di sabah warga pilipina

di selangor
mat bangla
mat indon
mat myamar

kalau dulu mungkin ada yang mengatakan
bahawa tukar tiub sengaja bikin kacau
tukar tiub buat fitnah
tukar tiub buat propaganda

tetapi kali ini
semuanya telah dibuktikan saheh
bahawa penipuan memang dijalankan
oleh spr
dengan kerjasama pdrm
dengan kerjasama jpn
dengan kerjasama kementerian dalam negeri

semua penipuan untuk memastikan
united malays national organisation akan menang

kali ini cara menipu bertambah licik:
ada undi awal
ada pakai dakwat
ada undi luar negara
ada undi pos

ada juga pemerhati dari asean
ada pemerhati dari dalam negeri
tapi pemerhatikan
semua bekerjasama dengan spr
semuanya sebahagian dari
perancangan untuk menipu

justeru bersedia!

Bekas pegawai JPN dedahkan terima arahan Megat Junid benarkan pendatang mengundi


KOTA KINABALU, 16 Jan —  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah  Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.
"Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.
"Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.
Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."
"Satu kawasan mungkin 400," katanya.

JANGAN TERLUPA


--------

JANGAN TAKUT - KITA BOLEH GULINGKAN KERAJAAN



AMARAN KHUSUS UNTUK
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
dan
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

  1.  KOMENTAR TUKAR TIUB

rakyat jangan ditakut takut kan
rakyat jangabn di bodoh bodohkan

rakyat boleh mengulingkan kerajaan
kerajaan yang zalim
kerjaan yang rasuah
kerajaan yang menipu dlamn pilihan raya
wajib digulingkan

kini mengulingkan kerajaan
bukan lagi satu yang mustahil

kini menggulingkan kerajaan 
bukan satu yang tak masuk akal

semakin ramai orang menerima hakikat
menggulingkan kerajaan yang menipu
dalam pilihan raya adalah tugas suci

500 ribu di jalan raya pada 12 januari lalu
adalah satu amaran
jika menipu dalam pada pru13
maka rakyat akan keluar ke jalan raya
KL112 Diadakan Untuk Gulingkan Kerajaan (Tapi Melalui PRU-13...) - Mat Sabu

"Memang kami ada niat untuk menggulingkan kerajaan pada PRU.
"Bohong lah saya kalau tidak ada niat itu (gulingkan kerajaan). Kami memang hendak gulingkan kerajaan tapi dalam PRU," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada Rabu.

AMARAN
DALAM SALJU

-------

RAKYAT WAJIB BERSEDIA - SPR DIBUKTIKAN MENJALANKAN PENIPUAN




KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai wajib bersedia
ini bukan berita fitnah
ini bukan propaganda kosong
ini dari suruhanjaya diraja

terbukti
wan ahmad wan omar
timbalan pengerusi spr sekarang
bukan sahaja ahli united malysa national organisation
malaon ini orang jahat
 yang sama merancang 
 kerja jahat di sabah

pendatang haram
diberi kad pengenalan segeras

pada ketika ini 
malaon ini telah dan sedang
merancang tipu helah untuk memastikan 
united malays national organisation akan menang

malaon ini sedang menggunakan
taktik disabah
mengunkan pengundi hantu
pengundi pos
pengundi awal
pengundi luar negara
untuk memastikan gerombolan menang

jika united malays national organistion menang 
dengan jalan  tipu
orang ramai wajib sekali lagi turun ke jalan  raya

spr menipu dengan  OPS DURIAN BURUK

rakyat akan bangkit dengan 
 MALAYSIAN  DURIAN

ini bukan ancaman
ini satu janji suci
untuk demokrasi 

Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC


Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.

MUKA ORANG JAHAT SEKARANG



Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".

"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.

Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.

Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.

Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.

Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR.


KITA ADA
MALAYSIAN DURIAN

---------

MENGGULINGKAN KERAJAAN BUKAN SALAH - PAKATAN RAKYAT MEMANG MAHU MENGULINGKAN KERAJAAN HARI INI


SEMUA DATANG
untuk
mengguliangkan kerajaan 

KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai selalu ditakut takutkan
orang melayu selalu ditakut takutkan
orang melayu selalu dobodohkan
dengan kata kata:

orang ramai tak boleh guling kerajaan
orang ramai tak boleh jatuhkan kerajaan
orang rami tak boleh humbankan kerajaan

semua ini taktik untuk menakutkan kerajaan

sebenarnya menggulingkan kerajaan ialah tugas suci
menggulingkan kerajaan adalah akidah pakatan rakyat
menggunlingkan kerajaan ialah cita dan perjuangan pakatan rakyat

kerjaan zalim wajib digulingkan
kerajaan jahat wajiob ditunbangkan
kerajaan rasuah wajib di humbankan

orang ramai tak perlu takut
orang ramai tak perlu jadi bodoh
orang ramai jangan gentar

nik aziz  anwar ibrahim lim guan eng
karpal singh mat sabu dr maria pak samad
nurrul izzah tony pua karpal singh
hadi awang tian chua latifah koya
dr zul dan dan dan....
semua mereka ini sedang bergerak
ke hulu ke hilir dalam negara
untuk menggulingkan kerajaan
united malays national organisation
dan kuncu kuncunya dalam barisan nasioan
yang  zalim

ini tugas suci kurun ini
Mat Sabu: Himpunan memang untuk guling k'jaan


 
Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu hari ini dengan menyindir berkata himpunan yang berlangsung pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Memang kami mahu gulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PAS itu secara berjenaka dalam satu sidang media pagi tadi.
"Jadi (bekas perdana menteri) Tun Mahathir (Mohamad) jangan bimbang. Dia boleh berada di Malaysia atau bercuti di mana-mana jika kami mengambil alih Malaysia," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Mahathir yang dilaporkan mendakwa himpunan Sabtu lalu di Stadium Merdeka itu bertujuan menjatuhkan kerajaan BN.

BACA AMARAN KAIN RENTANG


-----

AMARAN: JANGAN TIPU DALAM PRU13 - KALAU TIPU BERJUTA AKAN TURUN KE JALAN RAYA



SILA BACA
apa yang ditulis
dikaian rentang ini
baca dan ingat
KOMENTAR TUKAR TIUB
jika penipuan berlalu dalam pru13
maka rakyat tidak ada pilihan
melainkan turun ke jalan raya

500,000 sabtu 12 januari lalu
adalah satu amaran
untuk najib
untuk rosmah
untuk madey
untuk muhyiddin
untuk spr

amaran yang amat jelas:
jangan tipu daam pru13
ini bukan arab spring
tapi malaysian durian

amaran ini bukan ancaman
ini satu janji


HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN


KUALA LUMPUR:
 Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.

"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.

"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. 



-----

SATU JEMPUTAN FORUM DI DEWAN CHINA MALAM ESOK



SATU JEMPUTAN
radio bangsar
akan membuat liputan langsung
untuk pendengar
yang tidak dapat hadir diri
untuk pendengar
di luar negara

MALAM ESOK
DI DEWAN CHINA KUALA LUMPUR
melihat kembali
TANDA DAN MAKNA
HKR112
semua di jemput hadir
semua dijemput buat ramai


-----

HUBAYA HUBAYA BAHAYA AKAN SAMPAI



 DUIT ROYALTI 
UNTUK MELAYU KELANTAN
dinafikan
TANAH ORANG ASLI?
kah kah kah
KOMENTAR TUKAR TIUB
berjaga jaga
waspada dengan kenyataan ini
ini maknanya ada rancangan
untuk rembat tanah orang asli

percayalah
tanah reserve orang melayu
habis dijual oleh parti ketuanan melayu
inikan pula tanah orang asli

ini lombong mas untuk 
united malays national organisation

banyangkan royalti minyak untuk melayu kelantan
lagi tak peduli
ingat ketuanan melayu ini akan peduli
dengan orang asli?

Tanah Perkampungan 
Orang Asli Akan Diwarta 
Dan Dibangunkan - Shafie
HULU SELANGOR: Kerajaan Pusat akan mewarta dan membangunkan kesemua tanah perkampungan Orang Asli di negeri Selangor seandainya Barisan Nasional (BN) kembali dipilih menerajui kerajaan negeri ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,  Mohd Shafie Apdal berkata ia sebagai sebahagian langkah yang sedang dan akan dilakukan pihaknya dalam memberikan hak kepada kaum tersebut untuk sama-sama menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.
"Masyarakat Orang Asli merupakan komponen penting yang mampu memberi kemenangan kepada BN dan saya minta komuniti ini terus bersatu dan menyokong padu BN pada pilihan raya akan datang sehingga mampu merampas semula negeri Selangor daripada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Kampung Orang Asli Tun Razak, Kuala Kubu Bharu dekat sini, Selasa.
"Pada tahun lepas, sebanyak 44 perkampungan kira-kira seluas 11,000 hektar tanah Orang Asli di negeri Perak telah kita rizabkan kepada kaum tersebut untuk mendapat pembangunan prasarana.

-------

PROGRAM MENGHASUT DI MULAKAN KEMBALI




MALAM ESOK DI DEWAN CHINA
radio bangsar 
akan buat  siaran langsung
 
PETANG SABTU DI KAJANG

DI KAJANG


----

SEORANG LAGI PEMIMPIN GEROMBOLAN DI TANGKAP DI LAPANGAN TERBANG




SAEKOR LAGI PEMIMPIN GEROMBOLAN DITAHAN

Bro,

Terjumpa di facebook Mohd Fuzail, bekas pekerja TV3 tahun 90'an:


GEMPAR DAN SAHIH!
PEMIMPIN UMNO DITAHAN DI AIRPORT KAHERAH KERANA BAWA KELUAR (BALIK KL) WANG TUNAI USD500.00 (RM 1.5 JUTA), WANG UNTUK GAZA!!!
PEMIMPIN ITU CURI WANG KUTIPAN DANA GAZA!
YA! PENCURI BESAR!

Harap kawan-kawan wartawan dapatkan pengesahan dari Imigresen Mesir dan Kedutaan Malaysia di Kaherah.

KITA HAPUSKAN PEMIMPIN PETUALANG SEBEGINI!




--------