Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 19 Ogos 2013

ADA MACAM MACAM BENTUK ISLAM




YANG INI
KAPIR ADIL
MUSLIM ZALIM

BERKONGSI TEMPAT SEMBAHYANG
sape pernah sembahyang kat multifaith room at trafford centre, manchester? i'm sure sape yg duduk manchester mesti tahu unless kalo mmg jenis tak sembahyang. takde masalah nak sembahyang dengan salib besar gedabak & berhala jesus terdiri disitu. click to see https://www.youtube.com/watch?v=uMsZ4mNTvjQ 

bila sembahyang disini mmg terus insaf diri kita, baru kita sedar dan paham makna lakum deenukum waliyyadin. it doesn't matter dimana jua kita berada agama kita adalah agama kita, takde masalah kita boleh tukar akidah hatta terpaksa sembahyang depan topekong buddha. org melayu kena keluar, banyakkan berjalan ke negara orang dan tengok mcm mana org negara maju boleh hidup, befikir cara maju dan bukannya berfikir secara kuno, jumud dan tertutup. 

sesungguhnya Islam itu amatlah indah kalau kita mengerti apa sebenar makna Islam. Islam bukan setakat ritual sahaja tapi Islam is a complete way of life. Byk ustaz mufti cakap mcm ni tp disbbkan harta dan pangkat dunia terus jadi goyah. Berkata on KAPIR LEBIH ISLAMIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/13

YANG INI MUSLIM MENIPU

TAK NAK KONGSI
Memang pun dalam al-Quran larang orang bukan Islam masuk beribadat Masjidil Haram...dalam hal ini masjid atau surau juga tidak terkecuali... Bagi orang bukan yang Islam yang benarkan premis mereka untuk digunakan untuk ibadat orang Islam ...hal ini tidak menjadi satu dalil dan hak kepada orang bukan Islam untuk menggunakan masjid sebagai tempat ibadat mereka..

Orang Islam tidak terjejas atau tergugat kalau pun melihat orang bukan Islam beribadat...tak ada masalah hal ini...tapi Quran telah jelaskan bahawa Islam dan bukan Islam berada pada garis yang terpisah dan tujuan yang berbeza.Ada garis merah di antara Islam dan bukan Islam...kena faham hal ni...Ada toleransi dalam hubungan antara penganut tetapi tidak pada urusan ibadah..Khalas!!! on AGAMA ISLAM DI KETUAN MELAYUKAN
Anonymous
on 8/13/13

              NAK GI SYURGA SORANG SORANG
Jangan salah faham, tempat tu memang dah dikhaskan untuk Islamic Centre. Ada yang disewa sebab jemaah Kristian semakin berkurangan walaupun untuk Sunday Mass. Aku tau serba sedikit sebab aku biasa tinggal di US dan UK, berpindah dari satu bandar ke bandar lain setiap bulan. Yang nak tunjuk diri sebagai lebih kafir dari kafirin tu lah yang dinamakan Islam Liberal.

 Dah tak lalu nak makan daging babi, boleh ditolak ke tepi pinggan saja. Kalau ada orang Islam lain datang berkunjung, cukup dengan hampar bedcover saja atas settee tempat anjing dia tidur. Di Malaysia ni bukan setakat ruang atau bilik, kerajaan bagi tanah dan peruntukan untuk bina rumah ibadat lagi. Makhluk2 yang menjadi Islam Liberal berpelajaran tinggi inilah yang tidak sedar ilmu dema rendah. on KAPIR LEBIH ISLAMIK
Publish | Delete | Spam
QalamQabut

on 8/15/13

YANG INI MUSLIM
MEMBUNUH
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

APA DASAR PEMUDA PAS TENTANG KONSERT?







PEMUDA PAS DAN METALLICA
salam. yg aku paham dari pembacaan ni, bukan pasal metallica, tapi pasal Pemuda PAS. Apa perception org ramai Msia pasal Pemuda PAS? satu badan yg suka buat charity? satu badan suka tolong orang? tak. yg org nampak Pemuda PAS suka condemn concert. Yg tolong org miskin makan kt Msia = Food Not Bombs Yg tolong org miskin makan kt Msia = church Yg tolong settle masalah org melayu pasal along = Michael Chong MCA. Yg tolong org2 Somalia susah2 sampai meninggal seorang cameraman Bernama tahun 2011 = Putera Umno under Azeeez. Pemuda PAS? = oh itu yg suka condemn2 concert itu. Politics is about perception. 

Pemuda PAS kena improve gerak kerja, byk kan marketing dan advertise usaha tolong masyarakat, bukan condemn2 pasal concert. Negara Kebajikan maa. Kalau UMNO duk cucuk2 pasal negara Islam, kau counter pakai Surah Al Ma'un. Org sembahyang pun Tuhan marah kalau tak bagi anak yatim makan dan bagi utility kt org miskin. kalau duk focus bincang metallica black metal la apa, x de apa on KENAPA KONSERT TEMPATAN DIHARAM - KENAPA METALLICA DI HALAL
Publish | Delete | Spam
firdaus m
on 8/19/1

 SIASAH ISLAM
Siasah Islam (gerakan politik Islam) kalau banyak cakap soal morality, confirm tak menang. Sbb kalau dpt kuasa, org takut dia jadi police state. Siasah Islam (gerakan politik Islam) kalau banyak cakap soal kebajikan masyarakat, Non-Muslim pun sokong. Malas nak mengupas Metallica tu black ke tak, klu kupas isu ni, org kt Mesia tetap susah, harga barang tetap mahal so what? by the way, Najib bayar byk duit kt penasihat2 dia.

 Semua di Tukar Tiub bagi idea free free je kat PAS/PKR kt dlm Tukar Tiub ni. klu x improve lagi, x tau la. Buat benda bodo berulang kali tapi expect different result adalah kerja gila. ehhehe on KENAPA KONSERT TEMPATAN DIHARAM - KENAPA METALLICA DI HALAL
Publish | Delete | Spam
firdaus m

on 8/19/13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

-------

MELIHAT KEMBALI KITAB SEJARAH








dari arkib tukar tiub
5 september 2011
UNTUK MEREKA 
YANG 
MASIH KURANG 
SEDAR

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.


Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.


Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.


United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.



Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.



Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

ANAK MUDA
KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

SOALAN HAKIKI UNTUK MELAYU ISLAM





TENTERA SISI
BERGAMBAR DENGAN ZIONIS

ZIONIS TEMPATAN
BERGAMBAR 
DENGAN  ZIONIS ANTARABANGSA



Tentera SISI yg bunuh rakyat Mesir bergambar dengan zionis Israel. ..

Nampak tak apa maknanya?


KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa melayu islam selalu nampak yang jauh
nampak di gaza
nampak di mesir
tapi tak nampak di kuala lumpur

kenapa melayu islam nampak rumah diruntuhkan di gaza
kenapa tak nampak rumah diruntuhkan di kampong chu badak
kenapa tak nampak rumah diruntuh di kg berembang

kenapa melayu islam nampak warga gaza dibunuh polis isreal
kenapa tak nampak warga malaysia dibunuh polis malaysia

kenapa nampak melayu islam  tentera mesir bergambar dengan tentera israel
kenapa tak nampak  tentera malaysia bergambar dengan tentera amerika

hairan! melayu islam yang jauh nampak
hairan ! yang depan mata tak nampak

KENAPA MELAYU ISLAM
TAK TANYA
SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH
BUNUH ALTANTUYA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SATU LAGI JALUR PANDANGAN






SAUDI SOKONG MESIR
Ye. Kerajaraan Islam Arab Saudi juga memberi 5 bilion kpd Kerajaan Sementara Mesir. Arab Saudi, Bahrain dan beberapa Negara di Benua Arab amat menyokong "military coup" mengulingkan Kerajaan Islam Morsi. Hanya Lebanon yg kutuk dan kritik Rejim Tentera Mersi. Setiap hari Saudara Muslim bunuh sesama sendiri demi kepentingan sendiri "of course not because of the religion". 

The religion is used to divide & rule.To suppress freedom. To retain Dictators. To retain power to a few at the top. Sama saja dimana2 kerajaan Islam seluruh dunia kebanyakan sama saja dgn Barat. US, Isreal, Eropah ada kepentingan di benua Arab.

Tetapi, bukan Tentera mereka yg menganas dan membunuh rakyat Mersi tua,muda,kanak2,dewasa yg demo dgn aman serta tidak bersenjata. Pemimpin2 tlh begitu korup dgn hasil minyak dan kuasa sehingga tidak mampu turun takhta. on MENUNNGU CAKAP MENTERI
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 8/18/13
NGO MELAYU ISLAM
KENAPA TAK TANYA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

SATU ROMPAKAN KEATAS HARTA RAKYAT






KOMENTAR TUKAR TIUB
nampaknya pakatan rakyat
tidak bersuara dalam hal ini
ramai yb pakatan rakyat
tidak ada keupayaan untuk
memahami apakah itu EKONOMI
yang mereka faham hanya valentine day
yang mereka faham hanya sisha
yang lain elek warkrak
inilah nasib negara dunia ke tiga
rompakan harta rakyat
tidak ditentang oleh wakil rakyat

NOTA
atau perut masih senak
banyak makan lemabg dan rendang
dan dibasuh oleh tapai
kah kah kah


Penswastaan ​​Boleh

 Untungkan MAS - Mahathir

KUALA LUMPUR: Penswastaan ​mungkin ​boleh menjadi jawapan kepada usaha menjana keuntungan Penerbangan Malaysia (MAS) selepas langkah memulihkan syarikat penerbangan itu gagal.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA MAKNANYA INI?... kah kah kah...
kah kah kah...MAKNANYA  KRONI SUDAH BERSEDIA... kah kah kah..
kah kah kah....BERITA INI SENGAJA DI BISINGKAN...kah kah kah..
kah kah kah...SEOLAH OLAH SEDANG DIBINCANGKAN OLEH RAKYAT..kah kah kah..
kah kah kah...DI BELANKANG KELAMBU... SEMUA SUDAH SEDIA...kah kah kah..
kah kah kah... PERSOALANNYA  SIAPA?... kah kah kah..
kah kah kah..KRONI ANAK LELAKI KUTTY?... kah kah kjah...
kah kah kah.... KRONI ROSMAH?...kah kah kah..
kah  kah kah.... ATAU KRONI DAIM... kah kah kah..
kah kah kah...LIHAT DAN NANTI.... kah kah kah
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

KENAPA KONSERT TEMPATAN DIHARAM - KENAPA METALLICA DI HALAL

 

TANDA SEMBAH
SETAN

 METALLICA
TANDA SEMBAH SETAN

KOMENTAR TUKAR TIUB

gig anak muda di marang terangganu telah diserbu
polis dan jabatan agama telah menangkap anak anak muda ini
mereka dituduh menjadi pengikut black metal

gig ialah pertunjukan musik secara kecilan
ini adalah kreativiti anak anak muda 
ini cara anak anak muda berkumpul
untuk mengasah bakat
untul bersuai kenal
untuk bersantai

tidak menggangu sesiapa

tiket gig di marang hanya 12 ringgit

yang menjadi  persolaan kenapa polis dan jabatan agama
tidak mengharamkan band black metal metallica
yang akan membuat konsert di kuala lumpur
ini band penyembah setan numero uno

tidakkah metallica akan menggugat akidah
tidakkah metallica menghina agama islam
kerana umat islam masih lagi dalam bulan shawal

kenapa jawi 
kenapa jakim
tidak ambil tindakan
kenapa hanya ambil tindakan keatas
anak anak muda tempatan yang bermain  gitar
kenapa TIDAK berani ambil tindakan
keatas band penyembah setan METALLICA yang dari luar negara

apakah jabatan agama hanya berani  dengan 
gig 12 ringgit
tapi takut
kecut telo
  dengan band luar negara yang jual tiket 
sampai 600 ringgit


TANGAN TANDA
SEMBAH SETAN
IKUT LANGKAH MELAKA
pas melaka telah membatalkan jamuan hari raya
keranas rakyat mesir dibunuh

apakah sesuai berkonsert di bukan shawal
apakah sesuai berkonseret ketika rakyat mesir dibunuh

BAND BLACK METAL
PENYEMBAH SETAN

Ahmad Danial18 Ogs 2013
MELAKA: PAS Melaka membatalkan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dibunuh dengan zalim oleh rejim tentera negara itu.


KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan heavy metal Metallica boleh menyaksikan konsert kumpulan tersebut di Malaysia tanpa perlu pergi ke Singapura, kerana mengikut pengumuman terbaru di laman sesawang Metallica, kumpulan itu akan mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 21 Ogos.
Konsert tersebut akan diadakan 3 hari sebelum persembahan mereka di Singapura pada 24 Ogos yang bertempat di Changi Exhibition Centre.

Kumpulan tersebut, menerusi laman sesawang rasmi mereka menyatakan rasa teruja kerana ini merupakan kali pertama mereka akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Tiket-tiket berharga RM195 hingga RM680 akan mula dijual Sabtu ini pada 11.30 pagi bertempat di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, sempena pelancaran eksklusif konsert Metallica.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MASA INUL DATANG PEMUDA PAS  BUAT DEMO.... kah kah kah./.
kah kah kah...METALLICA DATANG... KENAPA SENYAP JADI TIKUS.... kah kah kah...
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

KENAPA METALLICA BOLEH - KENAPA GIG DI MARANG DI TANGKAP?





KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa anak muda buat gig di marang ditangkap
kenapa band black metal metallica di benarkan datang

kenapa jabatan agama hanya berani ganggu orang miskin
kenapa jabatan agama tak berani ganggu orang kaya

gig di marang harga tiket  12 ringgit
tiket metallica harga tiket lebih dari 500 ringgit

adakah agama ini hanya untuk orang miskin?

  1. Konsert 'Aidilfitri' Metallica Di KL, Pemuda PAS Belum Beri Kata Putus

    www.malaysiandigest.com/.../388831-metallica-bakal-...
    Translate this page
    Jul 4, 2013 - Reaksi berkenaan kedatangan Metallica ke Malaysia menunjukkan ...mengesahkan kumpulan terkenal itu akan datang ke Malaysia pada ...
  2. Metallica Akan Datang Ke Malaysia? | Portal Hiburan OHBULAN!

    www.ohbulan.com/metallica-akan-datang-ke-malaysia/
    Translate this page
    Mar 20, 2012 - Band bertaraf lagenda, Metallica dikhabarkan akan hadir membuat persembahan secara Live di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.

    TANDA SEMBAH 
    SETAN

Polis serbu persembahan haram, tahan 4 lelaki di Marang



KUALA TERENGGANU: Keghairahan 120 remaja yang berkunjung ke sebuah resort di Marang untuk menari sambil berhibur dalam satu persembahan haram terbantut apabila mereka diserbu pihak penguat kuasa semalam.

Serbuan pada kira-kira 6.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota polis dan pegawai Majlis Agama Islam Daerah Marang selepas menerima maklumat berhubung persembahan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan, berkata ketika serbuan, pengunjung yang berusia lingkungan 16 dan 35 tahun sedang leka mendengar muzik dan menari.


Beliau berkata pengunjung persembahan itu terdiri daripada 108 lelaki dan 12 wanita yang merupakan penduduk tempatan dan memakai pakaian berwarna hitam.

"Siasatan kita mendapati setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM12 seorang untuk masuk dan menyaksikan persembahan yang bermula pada kira-kira 4 petang.

"Pihak polis juga merampas tiket serta novel yang dijual, dan siasatan awal mendapati majlis berkenaan tidak berkait dengan sebarang pertubuhan haram atau unsur ajaran sesat mahupun Black Metal, ia diadakan sekadar untuk berhibur tetapi tetap menjadi kesalahan kerana diadakan tanpa permit," katanya kepada pemberita hari ini.

Manoharan berkata polis menahan empat lelaki yang merupakan penganjur dan pengunjung kerana kesalahan dadah.

Beliau berkata penganjur 

, yang juga pemuzik tempatan berusia 21 dan 32 tahun serta berasal dari Kuala Ibai itu, ditahan bagi membantu siasatan kerana menganjurkan persembahan tanpa permit.

"Semua pengunjung dibebaskan selepas keterangan diambil, namun dua daripada mereka yang berusia lingkungan 20-an ditahan kerana saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ganja," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 7 Enakmen Hiburan Negeri Terengganu 2002. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI SATU KONSPIRASI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI KUMPULAN BLACK METAL.... kah kah kah...

kah kah kah...NABI KUMPULAN IN I IALAH METTALICA....kah kah kah...

kah kah kah... KUMPULAN INI PENYEMBAH KAMBING... kah kah kah..

kah kah kah...ORANG BIASA MAKAN DAGING KAMBING.... kah kah kah...

kah kah kah...PENGANUT KUMPULAN INI MAKAN DARAH KAMBING.... kah kah kah...

kah kah kah....  INI KONSPIRASI TOWKAY JUAL KAMBING.... kah kah kah...

kah kah kah.,..NAK NAIK KAN HARGA KAMBING.... kah kah kah...


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

--------