.

Isnin, 2 November 2015

JANGAN KETAWA






JANGAN

KETAWA

INi BUKAN

LAWAK iNI

BERiTA SAHEH

Najib tidak akan saman WSJ di AS, ganti rugi rendah di sana, kata peguam

Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang turut berada dalam pasukan perundangan perdana menteri berkata Najib bukan saja mahu keadilan untuk dirinya tetapi juga mahu mahkamah memberikan perintah ganti rugi kerana mencederakan reputasinya.
“Beliau (Najib) nampaknya tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana,” katanya kepada wartawan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-akan-saman-wsj-di-as-ganti-rugi-rendah-di-sana-kata-peguam#sthash.Dn0F5LMg.dpuf



KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

GWA KETAWA

KAH KAH KAH






--------------

MUDAH KERAJAAN LANUN





FACE BOOK




SUNGGUH MUDAH jadi KERAjaan LANUN..
KINI... Subsidi beras Super Tempatan ST15 utk rakyat pula dimansuhkan, ATAS ALASAN KETIRISAN..
Jika alasan ketirisan digunakan utk mansuhkan subsidi rakyat, KENAPA KERAjaan tidak BERANI mansuhkan saja SEGALA 'SUBSIDI' utk menteri2 yg mana saban tahun Laporan Ketua Audit Negara melaporkan KETIRISAN & KEBOROSAN KERAjaan BN !!!
Lepas ni subsidi apa pula kena tarik dan alasan apa pula kjaan akan beri.. ???
SUBSIDI DIHAPUSKAN & RAKYAT KENA GST..
KERAjaan UMNO/BN mmg **** !!!





















------------

RINGGIT TERUS MURAH





RiNGGiT

TERUS MURAH



US Dollar equals
4.30 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time








-------------

SIAPA PUNYA KILANG ROKOK







KRONI BUAT KILANG ROKOK
dulu tiong lai kata naikkan cukai rokok sb kerajaan ambil berat kesihatan rakyat..dlm masa yg sama cukai koporat diturunkan..company rokok suda buat untung double..kini vape nak diharamkan.tp rokok tak haram..sb rokok ni tok2 imam, mufti2 pun isap gak..di indon, company rokok ni dibela dibeli diberi peruntukkan..

di australia, company rokok saman negara australia sb letak tanda "mrokok mbahayakan kesihata".ketika ini tppa belum dibincangkan diparlimen..tp munteri subra suda takut dgn company rokok..bygakan kalo tppa suda sain, comfirm vape haram sb nabi tak isap rokok elektronik ni..

kalo rokok yg nikotin tinnggi yg dijual dimsia ni tak bole haram hanya bole makruh je sb ada kroni2 buat kilang rokok kecil2an..makruh sb org2 agama pun isap rokok yg sama..fakwa betul...blum tppa, subsidi beras murah sudah ditarik..ni sudah bagus sb org2 miskin skrang bole blaja mkn gandum,mkn burger,mkn fries,mkn tortila gmo, bole mkn steak rib eye lembu gmo..ni sebagai langkah myambut tppa dgn budaya mkn on VAPE - JANGAN BUAT TAK TAHU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:22 PM







--------------

YOUJI SAMPAI LAGI








NAPA CAKAP

MACAM iNI



MB T'ganu: Selamatkan parti sebelum individu

"Kita perlu menyelamatkan organisasi dan bukan individu. (Perkara) ini perlu dalam satu organisasi," kata Ahmad Razif.


KAH KAH KAH

YOUJI  AKAN

SAMPA

ADA YANG

AKAN H
iLANG

KERUSi EMBi

KAH KAH KAH





-------------

BERITA BARU MASUK









ALA..MAK!

Youth group launches campaign for alcohol-free Deepavali



A coalition of Indian youths, Gabungan Unity (United National Indian Teams of Youths) has launched a campaign for an alcohol-free Deepavali 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/citynews/greater-kl/article/lets-have-an-alcohol-free-deepavali#sthash.q9vEtGvb.dpuf







--------------

MEMERANGI ALAM










PERANG DENGAN ALAM

Sepanjang tahun kita berperang dengan alam .. kali ini awan itam sedang berkumpul dan bergerak dari timur laut .. kita tahu angin ini membawa hujan yang banyak. Orang cina sangat pantang berhadapan dengan angin dari timur laut tempat duduknya negara Mongol. 

Maka itu dari dulu lagi mereka dah bersiap siaga untuk membelakangi angin tersebut. Apa pula persiapan kita, terutama Awang dan Mek pantai timur untuk berhadapan dengan awan itam ini .. berdoa .. nampaknya peristiwa tahun lalu tak banyak beri pelajaran .. balak di Ulu Kelantan masih rancak berterusan, malah merebak dan menerobos pula ke rizab utan Taman Negara ..

 warna sungai masih berwarna kuning ketahikan .. tapi membalak ini bukan kerja Awang dan Mek tadi .. kesian mereka .. toke cina yang kaya mereka yang kena bala .. aniwei gutlak .. selamat berdoa supaya dapat dielakan daripada bencana .. aimiin. on AWAN HITAM SEDANG BERKUMPUL
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 11/2/15





-------------

APA DIA RAHSIA TIGA TEE













RAHSIA TIGA TEE


Pada bulan May 2010 yang lalu tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  termasuk semua tanah laluan KTM di Singapura diberikan  oleh Najib Razak kepada Lee Kuan Yew. 

Bani Melayu terpinga pinga bila membaca berita tanah KTM di Singapura kena rembat. Bani Melayu dilihat amat-amat bodoh.
Dilihat bodoh kerana - parti United Malays National Organisation a.k.a Parti Ketuanan Melayu  yang wujudiah parti ini ialah  berjuang mempertahankan kepentingan Melayu telah bersekongkol dengan Lee Kuan Yew - yang amat jelas Lee ini bukan dari  Bani Melayu. Terbukti dengan licik penuh tipu helah  Lee Kuan Yew telah menggunakan  parti  Ketuanan Melayu  untuk menjadi orang tengah menipu Bani Melayu.

Ketika tulisan ini digarap - sejarah  sedang berulang. Kali ini bukan tanah KTM atau tanah kebun getah di Senaling  yang tergadai tetapi Tanah Melayu... saya ulangi ... Tanah Melayu kita ini sedang dalam proses untuk digadaikan. 

Dalam tulisan saya ini saya menggunakan Tanah Melayu untuk memastikan Bani Melayu ini faham betul-betul apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin jika saya menggunakan  perkataan  Malaysia  para Bani Melayu ini  tidak ada rasa sayang dan cinta kepada negara yang dipanggil Malaysia. 

Para pakar kaji masyarakat sering mengatakan bahawa Bani Melayu ini amat rapat, amat sayang dan amat cinta  dengan tanah tempat kelahiran mereka. Kerana itu mereka memanggil tempat tinggal mereka  ‘tanah dan air’. Tempat itu pula dikaitkan dengan tumpahan darah dimana uri dan tembuni ibu mereka pecah berdarah kekita melahirkan mereka.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini  - Tanah Melayu -  tempat pecah uri dan tembuni Bani Melayu sedang dalam perjalanan untuk dijualkan.

Betul kah Tanah Melayu ini hendak dijual?  Atau ini hanya tulisan Hishamuddin Rais yang sentiasa anti kerajaan? Atau tulisan anti China DAP kerana ada nama Lee Kuan Yew disebut? Atau ini hanya tulisan untuk memburukan nama Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor? Atau ini tulisan propaganda dari Pakatan Harapan Baru. Atau semua ini hanyalah fitnah dan tohmah.

Ini bukan fitnah. Saya akan buktikan satu persatu untuk memperlihatkan bagaiman Tanah Melayu ini akan dijual. Lima tahun dahulu tanah KTM di Tanjung Pagar terjual. Kini sejarah berulang lagi. 
Sejarah apa yang berulang? 

Untuk memahami apa yang berulang saya akan menyelongkar Tiga Tee. Saya akan cuba membuka Tiga Tee. Apa dia Rahsia Tiga Tee?

Tiga Tee ini ialah:
1- TPPA- Trans-Pacific Partnership Agreement
2- TISA - Trade in Services Agreement
3- TTIP-Translantic Trade Investmnet Partnership

TPPA - ini perjanjian perniagaan 12 buah negara di Lautan Pasifik - saperti Berunai, Singapura, Australia, New Zealand, Chile dan Vietnam - termasuk Tanah Melayu.

TISA -ini perjanjian khidmat perniagaan 23 buah negara-negara Eropah dengan Amerika Syarikat.

TTIP - ini perjanjian perniagaan Negara Kesatuan Eropah dengan Amerika Syarikat.

Tiga Tee ini semuanya ikat berikat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. Semuaya kait berkait. Semuanya sambung bersambung.

Orang ramai - warga Malaysia pasti ada terdengar samar-samar atau terbaca tentang TTPA.  Terdengar tapi tidak tahu buah butir. Tidak jelas dan tidak tuntas.

Saya juga yakin majoriti  warga Malaysia  tidak pernah  terdengar tentang TTIP  dan TISA. Ini boleh difahamkan kerana dua perjanjian ini bukan antara Tanah Melayu dengan Amerika Syarikat. 

Tidak mengetahui  mendalam tentang TTPA ini bukan tanda semua warga Malaysia bebal. Dalam kes TTPA dan Dua  Tee  yang lain memang ada rancangan tersusun agar warga dijadikan bebal dan bangang.
Warga Eropah  - yang dikatakan celik ilmu telah juga gagal mengetahui apa itu TTIP dan TISA. Warga German yang dikatakan bijak dan teliti itu pun gagal mengetahui apa sebenarnya dua perjanjian ini. 

Manakala Bani Melayu yang menjadi kunci arah tujuan negara Malaysia ini semangnya telah  lama dibodoh dan dibangangkan. Bani Melayu disimpan dalam gelap. Projek pembodohan Bani Melayu ini telah berjalan semenjak Hari Malapetaka 31 Ogos 1957 - apabila British meninggalkan Tanah Melayu. 

Jika Bani  Melayu terang, bijak dan berjaya menerima pencerahan maka Bani Melayu  akan berbondong-bondong meninggalka parti United Malays National Organisation. Untuk kesejahteraan Parti Ketuanan Melayu - Bani Melayau wajib terus dibodohkan. Lagi bangang Bani Melayu lagi lama United Malays National Organisation berkuasa. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Untuk menyelongkar Tiga Tee maka mari kita kembali melihat sejarah dunia. Kita wajib mengetahui dari mana asal usul TTPA, TISA dan TTIP. 

Semuanya bermula sesudah  Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat mencampuri Perang Dunia Kedua hanya beberapa tahun sebelum tamat perang - sesudah Pelabuhan Pearl dibom Jepun pada Disember 1941. Perang tamat 1945. Ini bermakna yang rahai dan koyak rabak dalam Perang Dunia Kedua ialah Great Britain - kuasa kolonial ulung sebelum pecah perang.

Selesai Perang Dunia Kedua - kuasa imperial dunia hanya tinggal Amerika  Syarikat - yang juga telah meledakkan Bom Atom. Pax Britannia diganti oleh Pax Americana. Semua rakyat dunia tunduk dibawah kuasa imperial Amerika.

Pada tahun 1947 kuasa  Amerika  tidak ada pencabar. Ketika ini Amerika telah menubuhkan GATT - General Agreement on Tariffs and Trade. Amerika membuat  Perjanjian Bretton Woods untuk mata wang. Amerika  menubuhkan Bank Dunia dan juga IMF - International Monetary Fund untuk menyelia dan mengawal sistem kapitalis dunia.

Semua lembaga-lembaga ini dilakar dan dibentuk dengan tujuan  untuk memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat keuntungan  berganda-ganda dari pelaburan mereka. Lembaga-lembaga ini ialah senjata ampoh untuk menundukkan saingan Amerika - pada ketika  itu Soviet Union.

Selama lebih dari  50 tahun melalui lembaga-lembaga ini imperialis Amerika telah menjajah dunia.  Pada hari ini kita boleh melihat hampir dikesemua  negara dalam dunia ini ada pelaburan Amerika. Jelas, dunia dimiliki oleh syarikat dan kaum pemodal Amerika.

Pada tahun 1995 -  satu lagi lembaga telah ditubuhkan. Kali ini namanya ialah Worlds Trade Organisation - WTO. Satu demi satu negara masuk menjadi ahli. Tanah Melayu menjadi ahli GATT semenjak 1957 dan menjadi ahli WTO semenjak 1995. 

Rusia , China dan banyak negara Dunia Ketiga  yang telah bebas dari kuasa penjajah telah menjadi anggota WTO. Setiap negara ini menjaga kepentingan negara mereka. Dalam masa yang sama politik dunia berubah.  Pembangunan ekonomi telah membawa kepada kesedaran politik dan keyakinan diri.

Negara-negara Dunia Ketiga saperti Afrika Selatan, India , China, dan Brazil - semakin berpengaruh kerana negara ini memiliki ekonomi yang besar.

Datang tahun 2001 - kuasa imperial Amerika melalui WTO telah mengadakan Persidangan Doha. Ini percubaan Amerika untuk memastikan sistem dunia kapitalis dibawah hegemoni Amerika akan terus selamat. Persidangan Doha ini untuk memastikan kaum pemodal antarabangsa yang bekerja sama dengan kaum Zionis International akan terus mendominasi dunia.

Dalam perundingan Persidangan Doha negara Dunia  Ketiga saperti India, Afrika Selatan, Irtan,  Brazil dan China  telah enggan tunduk kepada kepentingan kaum pemodal Amerika.  Dalam masa yang sama negara Kesatuan Eropah juga tidak bersetuju dengan tarif dan subsidi  bahan pertanian.  Hakikatnya Persidagan Doha gagal. Kuasa hegemoni Amerika kini telah ada tentangan.

Amerika mula menyedari bahawa  Amerika sebagai kuasa dunia sedang dilawan oleh negara saperti China, India dan Rusia. Tiga negara ini memiliki potensi kekuatan ekonomi dan militer untuk menundukan kuasa hegemoni Amerika.

Penentang kuasa ekonomi imperialis  Amerika ini dikenali sebagai BRIC - Brazil, Rusia, India dan China. Negara BRIC ini semakin berani dan semakin lantang tuntutan ekonomi mereka.

Pada 2007 China telah menubuhkan SCO - Shanghai Cooperation Agreement.  Dalam tahun 2007  juga Rusia pula menubuhkan Eurasian Economic Union. Persidangan pertama dihadari oleh Belarus dan Kazakhtan. Kini Iran , India dan China juga telah dijemput menjadi pemerhati.

China kini menjadi ekonomi kedua terbesar didunia dan berjaya menggantikan Jepun. Maka pada tahun 2014 China telah menubuhkan AIIB - Asia Infrastructure Investment Bank.  Dengan simpanan dolar yang berbilion-bilon   dengan pantas 53 buah negara telah memasuki AIIB. Penubuhan AIIB ini jelas untuk menandingi  IMF, BANK DUNIA  dan ADB - Asian Developemnt Bank.

Semua yang sedang berlaku  diperhatikan oleh  kaum kapitalis Amerika. Kuasa imperial Amerika sedar bahawa China dan Rusia sedang merancang untuk meninggalkan dolar sebagai mata wang perniagaan dunia. Sadikit demi sadikit perniagaan China dengan  Iran telah  menggunakan Yuan. Manakala  perniagan dua  hala dengan Rusia matawang  Yuan dan Rubel boleh digunakan.

Dolar - kertas hijau - yang menandakan kuasa hegemomi Amerika semakin diketepikan.  Kekuatan dolar terus dipertikaikan. Keyakian kaum pemodal terhadap dolar mula berganjak. Amerika yang berselirat dengan  hutang semakin disangsikan ekonominya.

Justeru secara senyap-senyap Amerika merancang. Secara berahsia Amerika telah mewujudkan Tiga Tee - TPPA untuk Asia, TTIP dan TISA untuk Eropah.

Kenapa saya mengatakan senyap senyap dan berahsia? Ini kerana saya amat  yakin  Tok Pa wakil Malaysia ke persidangan TTPA sendiri TIDAK tahu apa isi butir perjanjian TPPA. Saya juga cukup yakin Najib Razak, Zahid Hamidi ,  Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil - tidak tahu apa isi kandungan TTPA ini. Tidak ada sesiapa di Tanah Melayu ini tahu bahawa  Tanah milik Melayu ini akan dijual dengan penuh rahsia.

Kalau semua rahsia - siapa yang tahu? Tunggu minggu hadapan.(TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
 




--------------

APA MAKNA KENYATAAN INi?








APA MAKNA

KENYATAAN

iNI?


PARTI BUKAN

MiLIK NAJiB

Umno milik ahli, bukan presiden, kata MB Terengganu 

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan Umno tidak dimiliki presiden parti, sebaliknya parti itu dipunyai ahlinya yang terdiri daripada komuniti Melayu.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu itu berkata, mana-mana ahli juga tertakluk kepada Perlembagaan parti.
"Saya yakin Umno bukan kepunyaan presiden, Umno milik semua dan serah pada badan yang bertanggungjawab (ambil tindakan).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-milik-ahli-bukan-presiden-kata-mb-terengganu#sthash.xMw8Tcjy.dpuf


KAH KAH KAH
wow
ini sungguh hebat
ada perang ke diganu?
kah kah kah

PERANG LAGI




------------

BERI PADA PIHAK BRITISH







KOTAK HiTAM

TELAH JUMPA

Kotak hitam pesawat Rusia ditemui
MESIR. Pasukan penyelamat berjaya menemui kotak hitam pesawat Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, semalam.

Memetik laporan The Telegraph, kotak hitam tersebut yang mana kedudukannya terletak di bahagian ekor pesawat telah ditemui sebelum dihantar kepada pakar untuk dianalisa.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Mesir, sehingga kini, pasukan penyelamat berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi nahas untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah.
          
Difahamkan, pesawat tersebut membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal.

Ia terhempas 20 minit sesudah berlepas dari pusat peranginan terkenal di Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir ke St Petersburg, Rusia.



BETUL KE

KOTAK H
iTAM

IN
AKAN

DIBERiKAN

PADA P
iHAK

BR
iTISH SAMA

MACAM KES

MH17 DULU?


-------------

BERITA BAIK SUDAH SAMPAI









BERiTA BAiK

AMAT BAiK

Kenaikan tambang baharu komuter tidak dapat dielakkan, kata pengerusi KTMB

Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Ir Nawawi Ahmad, hari ini. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tambang-baharu-komuter-tidak-dapat-dielakkan-kata-pengerusi-ktmb#sthash.hnbcIn7N.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini betul berita baik
berita baik untuk menghasut
kah kah kah
tambang lagi naik
harga lagi mahal
orang ramai lagi susah

HASUT LAGi

------------