.

Khamis, 3 Disember 2015

AWAL PEERMULAAN





 AWAL PERMULAAN


Hari ini  3 Disember 2015 aku di Kuala Lumpur. Cuaca molek walau pun sudah masuk musim hujan.  Cuaca molek seolah-olah bersama dengan aku. Nah - aku menulis ini untuk mengambil sempena tarikh 3 Disember. Aku masih ingat lagi 3 Disember itu - Senin 3 Disember 1974. Mustahil aku akan  lupa.


Bagini kesahnya - petang 3 Disember 2015 ini  pada jam 2:43  aku ingin mula  menulis kembali segala  ingat-ingatan aku. Aku ingin merakam apa yang telah aku lalui. 

Aku mahu melihat kembali air yang telah melintasi jambatan. Aku mahu melihat kembali rokok yang telah dihisap. Aku ingin melihat kembali hati yang telah parah. Aku ingin melihat kembali kekasih yang telah ditinggalkan. Aku mahu melihat kembali teman yang telah gugur. Aku mahu melihat kembali  perjuangan yang sedang diteruskan.

Telah banyak kali aku berjanji pada diri aku. Aku  telah berjanji pada kawan-kawan. Berjanji pada alam. Berjanji pada buku. Berjanji yang  aku akan merakamkan perjalanan hidup aku ini. Janji-janji yang belum aku tunaikan.

Nah! Petang 3 Disember 2015 ini aku pilih untuk memulakannya.  Aku hanya bermula. Aku sendiri tak pasti kemana arah tulisan ini. Kemana yang akan yang aku bawa. Malah aku sendiri belum ada Tuan Pengarang yang akan menyunting tulisan ini. Bayangkan tulisan Hishamuddin Rais tanpa disunting pasti penuh dengan ejaan yang salah. Kah kah kah.

Dimana agaknya ingin aku mulakan ingat-ingatan ini? Dimana wajib aku mulakan. Aku bertanya pada diri aku sendiri. Tidak ada jawapan. Aku  belum menemui jawapan. Aku sedang merayau. Jiwa aku telah lama meronta untuk memaksa aku menulis ingat-ingatan ini.

Lima ratus tahun dahulu  Tun Seri Lanang merakamkan Salalatul Salatin untuk jadi pedoman bacaan anak cucu cicit yang akan datang. Apakah aku juga berniat sama? 

Tapi yang aku tulis ini bukan kitab dari Atas Angin. Kitab yang ingin aku tulis ini hanyalah rakamam-rakaman jalan yang telah aku lalui.  Ingat ingatan yang akan aku tulis ini adalah  ingatan yang aku teringat. Ingatan-ingatan  yang terpahat lama dan menunggu masa untuk disurahkan.

Sebenarnya ada beberapa babak perjalanan hidup aku  yang telah pernah aku tulis.  Pernah aku surahkan. Ingatan tentang kota Baghdad. Ingatan tentang janji di kota Krakow Poland. Selalunya tulisan  sademikian aku bubuh nota kaki : Sebahagian dari tulisan kesah hidup yang belum disiapkan.

Mungkin akan aku ulangi kesah-kesah ini sekali lagi. Ini kerana kesah-kesah ini sentiasa berada dalam ingatan.  Cinta yang agong ialah cinta yang gagal. Mustahil aku akan melupakan cinta-cinta ini.

Dalam perancangn - aku ingin menulis 3 kitab. Kitab Pertama   Dari Kelahiran ke  ke Pelarian. 
Kitab Kedua: Dari Pelarian ke Pelarian
Kitab KeTiga : Dari Penjara Ke Penjara. 

Ini yang dirancang. Ini yang dimimpikan. Ini yang dicita-citakan.  Dalam filem Jemapoh watak Polis Bermotosikal berkata : angan-angan ada tapi tak pernah menjadi cita-cita. Maka ingatan aku ini bukan yang aku angan-angankan tapi yang aku cita-citakan.

Aku tahu menulis dengan teknoloji terkini amat senang. Tetapi menulis juga amat susah. Menulis  kitab pada tahun 2015 ini bukan saperti Tun Seri Lanang menulis dengan bulu ayam dan dakwat. Ini lima ratus tahun dahulu dunia ketika itu tanpa sms tanpa ringtone. Tanpa Old Town Cafe tanpa Cinema Paradiso. Tanpa gangguan Akta Baginda Queen. Tanpa sibuk turun ke jalan raya.

Tun Seri Lanang hanya menulis dan menulis. Yang menggangu hanya kokok ayam dan salakan anjing liar. Tun Seri Lanang tidak ada FB untuk dilayari.

Mafiz watak yang aku buat dalam filemn Jemapoh berkata : melintas saje bukit ini kita telah jadi orang lain.. Kita bukan kita lagi..

Nah, siapa saje aku menulis pengenalan ini maka aku telah menjadi orang lain  bukan orang itu lagi.  Menjadi orang lain ini membawa  tanggung jawab - aku bertangung  jawab untuk menyelesaikan kitab pertama aku.

( bersambung )


-------------------

TANGKAP LAGI







BAGiNDA 


QUEEN 

MENANGKAP

LAGi

Zaid akan didakwa menghasut kerana desak Najib disingkir sebagai PM


Bekas menteri Kabinet,  Zaid Ibrahim akan didakwa di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan, dipercayai berikutan ucapannya yang mendesak penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zaid-akan-didakwa-menghasut-kerana-desak-najib-disingkir-sebagai-pm#sthash.5nbDxNWx.dpuf

KAH KAH KAH
woit
dah berapa ramai
daj berapa orang
semua kena
baginda queen
kah kah kah

Oh QUEEN KU
-----------

SEMUA TARAAK





PUNYA LAMA

PUNYA 

TUNGGU

SEMUA TARAK





AG nasihatkan Najib jangan jawab, kata menteri

Najib Razak tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjelaskan sumbangan derma RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadinya kerana dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh Peguam Negara Apandi Ali.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said, berkata demikian apabila disoal mengapa Najib tidak hadir di dewan sendiri untuk memberikan jawapan

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
woit
kah kah kah
satu malaysia kena auta
satu malaysia kena tipu
kah kah kah
tunggu punya tunggu
satu habuk taraaak
lawak gila

LAWAK LAGi



------------

DEMOKRASI DAN HAK ASASI








PROGRAM

DEMOKRASi

AHAD INI





-----------

UK AKAN MULA BOM SYRIA










Syria air strikes: MPs authorise UK action against Islamic State






LU INGAT TAK

GUA SUDAH TULiS

GUA SUDAH CAKAP

SERANGAN PARi

BERTUJUAN

UNTUK BERi

HUJAH BARU PADA

DAViD CAMERON

UNTUK SERANG

SYRiA



------------

INGAT MENGINGATI






INGAT INGATAN

anak anak muda
mat rempit 
minah kelisa
jaga jaga waspada
dijalan raya
gamin habis duit
lu pikir sendirilah







-------------

GUIT SUDAH HABIS







DUiT SUDAH

HABiS


Tambang LRT, KTMB naik hampir 100 

peratus


Shuttle KTM Komuter di sektor Utara yang memulakan perjalanan KUALA LUMPUR 2 Dis. - Rata-rata pengguna terkejut dengan kenaikan tambang pengangkutan awam monorel, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mana kenaikannya hampir mencecah 100 peratus berkuat kuasa hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.ML0TXGrh.dpuf


KAH KAH KAH

gue sudah bilang
gamin tak tak wang
lu tak tak caya
silakang lu tengok
semua sudah lelong
apa lagi lu mau
kah kah kah

WANG TARAK

------------

SIAPA NAK SELPI DENGAN MAK BADAK






SAPA NAK

SELPi DENGAN

MAK BADAK

ANGKAT 

TANGAN


“Dah Izzah cantik, memang lah orang nak bergambar” »

Siti Aisyah
  SHAH ALAM, 28 November: Isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bergambar denga anak perempuan bekas ketua kumpulan


KAH KAH KAH
woit
masuk akal
baru sedar
mengapa tak ramai
anak muda beratur
nak berselpi 
dengan mak badak 
kah kah kah

MAK BADAK


-----------

TARIKH DAH SAMPAI




APA DiA

TARiKH iTU

TARiKH DAH

 SAMPAi 

HARI iNI


ramai bertanya
apa makna angka
yang dipaparkan?

angka ini adalah
jumlah hari
yang semakin dekat

enam bulan dahulu
pada 14 jun 2015
najib razak telah berjanji
akan menyelesaikan 
masalah besar kes 1MDB
termasuk kesah tok arab 
beri derma 2.6 bilion ringgit
masuk akaun pribadi najib

tukar tiub hanya beri ingatan
tukar tiub menghitung hari
tukar tiub harap
bani melayu jangan cepat lupa


janji najib akan ditunai?


kita tunggu dan lihat


HARi INi





----------

BETUL KE BERITA INI








JENG JENG JENG

BETUL KE 

BERiTA INi?


Selepas Jho Low, Suboh, SPRM soal Najib hari ini, kata sumber

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mengambil keterangan Perdana Menteri  Najib Razak hari ini tentang bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan derma RM2.6 bilion yang diterimanya daripada seorang penderma Timur Tengah. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-jho-low-suboh-sprm-soal-najib-hari-ini-kata-sumber#sthash.TPdiYgHN.dpuf



After Jho Low and Suboh, MACC set to question Najib today, say sources

KAH KAH KAH
woit
sprm ini hebat
ini cukup hebat
najib dipanggil sprm
satu hari dalam sejarah
satu sejarah dalam hari
tak pernah berlaku
dari zaman berzaman
kah kah kah
saksi yang lari tu
apa cerita?
kenapa dihilangkan
kah kah kah

SPRM HEBAT

------------

AKHIRNYA JADI TUNGGUL






JADI 

TUNGGUL





 | December 2, 2015
muhyiddin
Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu menyatakan kejadian di dalam UMNO membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam... More ››
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/#sthash.1ylajErT.dpuf



APAKAH iNI

MUHYiDDiN



------------