Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 1 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA




SURAT MAKAN DARI PIYAN HABIB




PETANG INI

petang ini dapat sms
dari piyan habib:

Ditemui:
Itik Panggang!
Itik Panggang!
( Gua lalu depan Zoo Negara, Hulu Klang
gua nampak tulisan
BESAR : ikan bakar dan itik panggang

kemudian bila aku buka face book
ada lagi maklumat yang sama





Piyanhabib Rahman Tukar Tiub
about an hour ago ·
DITEMUI:
Itik panggang!
Itik panggang!

*Gua melalui MRR2 tidak jauh dari Zoo Negara apabila gua terpandang tulisan merah bersaiz BESAR menjerit: Ikan bakar dan itik panggang! (kaki itik: Tukar Tiub)
Like · · Unfollow Post · See Friendship


SELAMAT BERBUKA PUASA
petang ini aku buka deep freezer
jangan terperanjat
jika aku katakan
deep freezer aku penuh

ada daging rusa dari miri masih ada lagi
ada saekor ketam hadiah dari berunai masih ada lagi
ada ikan dari ganu ketika by election KT dulu
haha hahah

lalu aku ambil ikan yang terbaru
ikan ini aku beli dari pasar balok
kertika perhimpuan hijau dulu
ertinya belum sampai dua bulan
ketika aku beli dulu ikan ini remaja dan kacak
masih berdarah
baru dinaikan dari laut

aku rasa pasar balok adalah
salah satu pasar ikan yang terbaik
tak percaya cuba lawati




APA AKU BUAT DENGAN IKAN INI
aku masak kari
ada serai
ada lada
ada tomato
ada ketumbar
ada bunga lawang
ada kayu manis
ada rempah serbuak
ada keras
ada halia
ada bawang puteh
ada bawang merah
ada belacan ada garam
ada cuka nipah
nak inilah masakan aku untuk petang ini



BUAH BUAH
ha ha ha
rupa rupanya
aku hampir terlupa
aku masih ada buah rambai
yang aku beli dari kuala langat

nak rambai akan jadi teman berbuka aku

KUEH KUEH
ha ha
aku ada kueh gulung
ini kueh yang paling aku minati

ketika aku di sepanyol
aku membuat kueh gulung
aku membeli kelapa kering
aku campurkan dengan kismis kering
wow! hebat satu musim panas aku tak pulang pulang





SUWEY MENIMPA NAJIB BERKALI KALI - APA PUNYA TUUUURR














NASIB BADAN NAJIB RAZAK


Lawak busuk tentang Najib Razak semakin meluas. Lawak busuk ini adalah satu genre lawak dimana sambil ketawa sambil membusukan watak yang menjadi bahan lawak. Semenjak Najib Razak menggantikan Abdullah Badawi sebagai PM Malaysia pelbagai lawak busuk telah kedengaran tentang Najib. Pada hari pertama Najib mengambil alih dari Pak Lah , lawak busuk telah muncul. Najib diriwayatkan telah ‘diherdik’ oleh suaminya ..opps... oleh isterinya kerana lambat ke Istana Negara.

Kesah Najib takut dengan bini ini mula tersebar luas. Puncanya pastilah orang akhbar. Hanya orang akbar yang berkemungkinan membontoti dan mengelilingi Najib dan isterinya. Satu kesah pernah berlaku di Stadium Badminton Cheras. Najib telah dipanggil oleh isterinya dengan kasar dihadapan beberapa ahli sukan termasuk orang akhbar. Tapi in kesah mulut yang tidak tahu soheh atau fitnah. Mungkin orang akhbar ini ‘ tak dapat projek’. Mungkin orang akhbar ini bengang kerana hanya diiktiraf menjadi Pegawai Pengiklanan sahaja walhal orang akhbar ini juga berangan-angan untuk menjadi pemilik stesen tv.



Tetapi kesah Najib takut bini ini telah menjadi klasik. Kelmarin satu klip video terkini dari YouTube telah memperlihatkan kesahehan riwayat Najib takut bini ini. Anwar Ibrahim telah memberi ucapan tahniah kepada YB Lajim dam YB Wilfred Bumburing kerana meninggalkan Barisan Nasional untuk bersama Pakatan. Anwar telah mengalu-alukan ‘keberanian’ mereka. Anwar berkata ‘ Lajim dan Wilfred lebih berani dari Najib’. Apabila perkatan ‘berani’ ini digantikan dengan perkataan ‘takut’ dan dihalakan kepada nama Najib semua warga Sabah yang hadir di ceramah Anwar telah terbarai ketawa. Ini belum pun lagi disebut Bik Mama. Rupa-rupanya kesah Najib takutkan bini telah juga sampai ke Sabah.

Mengikut kata Tuan Speaker Dewan Undangan Selangor, sosok yang bernama Najib Razak ini amat suwey. Kata-kata YB Teng ini pastilah membingarkan telinga Najib. Dari mana agaknya asal usul perkataan suwey ini . Mungkin dari bahasa China atau Jawa atau Mendiling. Dalam kes Najib asal usul ini tidak penting. Apa yang soheh perkataan ini telah difahami oleh warga Malaysia.

Mengikut kepercayaan Melayu lama , suwey atau sial yang menimpa badan ini memiliki sebab musabab. Petanda awal ialah pada nama. Mungkin nama Najib ini tidak sesuai dengan badanya. Mungkin juga dia dilahirkan songsang. Atau mungkin ketika bayi perut Najib tidak pernah dibarut dan kakinya tidak pernah dibedong. Ini kerpercayaan Melayu lama yang cuba memahami watak seseorang. Manusia Melayu tidak mengenal Sigmund Freud dengan teori psikoanalysis.

Kesah suwey Najib ini semakin bertokok tambah. Dari hari ke hari semakin berat dan semakin dipercayai. Mari kita lihat kesah suwey yang telah menjadi dongeng rakyat tentang Najib dengan Budak Itam. Riwayat Budak Itam ini dikatakan telah berlaku di sebuah hotel di Port Dickson. Mengikut riwayatnya sebuah bilik telah dikepong oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Orang-orang agama ini tidak tahu siapakah yang berada didalam bilik ini.



Apabila si Jantan dalam bilik ini muncul barulah mereka sedar bahawa sosok yang mereka kepong bukan Usama Bin Laden tetapi Najib bin Razak. Bayangkan betapa gumbiranya orang-orang agama ini kerana telah dapat bertemu dengan seorang Menteri Kabinet yang hanya memakai towel Good Morning.

Untuk saya ini hanya kesah dongeng yang tidak boleh dipercayai langsung. Saya tidak percaya tentang peranan Menteri Besar Isa Samad yang muncul sebagai Tukang Selamat. Malah saya menolak babak dimana diriwayatkan bahawa Isa Samad telah datang membawa towel yang lebih besar pada malam itu untuk menutup kemaluan Najib. Saya tidak terfikir Najib Razak meminati Budak Itam ini.Mustahil.

Tetapi, mengikut kata YB Datuk Kamarul Bahrin Bin Abbas Ahli Parlimen P132 Telok Kemang riwayat suwey Najib di Port Dickson ini adalah riwayat soheh. Malah apabila saya tanya YB ini, beliau dengan bangganya boleh menunjukkan Budget Hotel mana Riwayat Budak Itam ini berlangsung.

Kalau pun riwayat Budak Itam ini kesah soheh tetapi kesah ini telah berlaku lama dahulu. Pastilah samenjak itu Najib telah memilihara kesopanan dan kemaluannya dari ke ketahui umum. Malah satu Malaysia tahun bahawa Najib telah tiga kali ke Mekah. Sekali untuk persidangan OIC, sekali hadir dihari penanaman Putera Saudi yang mati mengejut di Switzerland dan sekali untuk membuat Haji Express. Tiga kali lawatan ini pastilah bukti yang saheh bahawa Najib Razak ini telah bertaubat.

Sayangnya walau pun Najib bin Razak ini telah bertaubat di hadapan Batu Hitam tetapi suwey itu terus juga menghantui Najib. Kelihatan kebelakangan ini suwey ini datang tanpa noktah - datang lepas satu satu menimpa Najib.

Saya amat yakin si Najib Razak ini becita-cita untuk menjadi seorang insan yang soleh berbakti untuk nusa dan bangsa. Saya juga memiliki kepercayaan ini bahawa Najib ingin menjadi seorang ayah yang bertanggung jawab. Untuk membuktikan wujudnya niat suci Najib sebagai seorang ayah saya meminta para pembaca jangan sesekali terpengaruh dengan berita angin. Jangan pecaya berita yang mengatakan Najib pergi ke Amerika tahun lalu untuk berjumpa anaknya dengan menggunakan duit kerajaan. Najib ke Amerika untuk melihat anaknya menerima ijazah bukan untuk menghabiskan duit kerajaan. Kalau nak habis duit kerajaan ada projek MRT. Ada projek LRT Ampang. Lagi banyak duit boleh dirembat.


Sebenarnya inilah bukti tanda kaseh sayang Najib kepada anaknya walaupun orang ramai tidak diberitahu bahawa Najib memiliki ramai anak dari isteri-isteri yang awal. Kesah isteri awal dan beberapa ekor anak dan bini yang terdahulu tidak penting. Yang penting ialah Najib telah hadir di Amerika pada hari anaknya mendapat ijazah.

Tidak cukup dengan hadir dihari Konvo , Najib juga telah sanggup menerima jantan Kazakhtan sebagai menantu. Lihatlah bagaimana kenduri pertunangan anakanda Najib dengan jantan Kazakhtan itu cukup gilang gemilang. Bukan hanya lif-lif kenamaan di Malaysia yang hadir. Beberapa ekor Tok Arab penjual Minyak Attar juga telah dijemput sama.

Tetiba CNN memecah berita tentang bakal menantu Perdana Menteri Malaysia telah menipu kelulusan untuk memasuki sebuah Universiti terkemuka di Amerika. Saya wajib menjelaskan disini bahawa jual beli kelulusan menantu Najib ini tidak ada sangkut paut dengan jual beli ijazah di USM Pulau Pinang. Nampaknya suwey yang melekat dibadan Najib telah meletus sekali lagi.

Suwey ini pula kelihatan bergerak saperti ‘multi level marketing ‘ - terus beranak pinak. Riwayat tipu kelulusan ini disuweykan lagi dengan berita pecah amanah. Akhbar New York melaporkan bahawa menantu Najib telah melakukan pecah amanah dalam hal jual beli kondo di New York. Untuk saya pergaduhan jual beli kondo ini pekara biasa. Ini bukan satu jenayah berat kalau dibandingkan dengan janji Hasan Ali yang ingin menayangkan Video Murtad.


Dari laporan akhbar pembaca diberitahu bahawa menantu Najib ini menyamar menggunakan nama keluarga Presiden di Kazakhtan. Ini cukup menakutkan. Tetapi saya menolak khabar angin dari Lebai Desas bin Haji Desus yang mencerita bahawa menantu Najib ini sebenarnya anak Rosmah dari suami Rosmah yang terdahulu. Berita sademikin diyakini orang ramai kerana satu Malaysia tidak diberitahu bahawa Rosmah Mansor ini telah pernah berlaki sebelum berjumpa Najib. Berita karut sademikian dipercayai kerana pengaruh filem Hindsutan. Filem Mere Naam Kiyah Hei - dari Bollywood lakonan Dev Anand dan Shamila Tagore membawakan tema anak tiri kahwin anak sendiri.

Saya amat-amat bersimpati dengan Najib Razak. Bayangkan seorang ayah telah berkorban melupakan anak dan isteri yang lama hanya untuk menumpukan kaseh sayang kepada anak dengan isteri baru. Walau pun dengan pengorban sademikian suwey terus juga datang melanda Najib. Kini dilaporkan bakal menantu dan besannya sedang dikhendaki oleh Interpol – polis antarabangsa. Siah malaikat empat puluh empat kenapakah agaknya bagitu suwey nasib Najib Razak ini.

Saya pernah mencadangkan kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia agar Najib Razak ini mengamalkan mandi bunga setiap malam sebelum mesyuarat Kabinet. Ini petua ajaran datuk nenek moyang kita. Tetapi, kelihatan suwey ini telah membarah dalam badan Najib. Amalan mandi bunga juga kelihatan tidak mujarab lagi.

Suwey terus datang berganda-ganda menghimpap Najib. Dikhabarkan yang Najib akan dipanggil oleh mahkamah Peranchis untuk menjawab kes jual beli kapal selam. Minggu ini suwey datang dari Sabah pula. Ini belum dicampurkan dengan berita bakal menantu telah menghilangkan diri. Dan berita besan Najib telah ditangkap Interpol di Dubai.

Rakyat Malaysia mula bertanya bolehkah Najib ini terus menjadi PM. Najib tidak dapat menjawab soalan ini. Dalam kepala Najib bukan Sabah, Paris , Dubai atau PRU13. Najib terfikir apakah suwey ini sampai kerana tersalah pilih bini.(TT)




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


SAMAN IALAH INDUSTRI NEGARA YANG SEDANG BERKEMBANG MAJU





INDUSTRI NEGARA YANG BERKEMBANG








KOMENTAR TUKAR TIUB

saman telah menjadi industri
saman telah menjadi mata pencarian
saman telah menjadi sumber ekonomi negara

saman yang sekarang ini
adalah cara kerajaan cari duit
saman ini tak sangkut paut
dengan keselamatan orang ramai

kalau polis nak jaga keselamatan orang ramai
kenapa orang ramai banyak mati ditemabk polis

kalau polis nak jaga keselamatan orang ramai
kenapa masa bersih 3 ramai kena belasah

ini bukti bahawa saman kini
jadi punca pendapatan negara
selain dari duit petronas

TUNGGU BERITA INI
tidak lama lagi kerjaan
akan jual bond

jual bond ini sebenarnya meminjam duit
kerajaan gerombolan sudah lungkup
duit sudajh habis
kerana itu terpaksa jual bond

tak percaya?
ini fitnah?

tunngu dan lihat!


CARA GEROMBOLAN REMBAT DUIT




PESALAH TRAFIK DICADANG BAYAR SAMAN SERTA MERTA
- mSTar

PUTRAJAYA: Semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan, di mana ia merupakan satu cadangan kepada Kerajaan.

Suruhanjaya khas untuk mengkaji perkhidmatan awam berkata, saman yang tidak dibayar berjumlah jutaan ringgit.

“Menurut beberapa pihak berkuasa pengangkutan jalan, terdapat beratus-ratus ribu saman yang belum dibayar,” kata pengerusi suruhanjaya itu yang merupakan bekas ketua hakim, Zakim Azmi.

“Ramai pemandu yang melakukan kesalahan gagal untuk membayar saman mereka telah terselamat daripada waran tangkap. Kami mahu memperkukuhkan penguatkuasaan (undang-undang),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Beliau menjadi contoh memandu laju dan melanggar lampu merah sebagai antara kesalahan trafik yang biasa dilakukan, dan juga mencadangkan supaya mengenakan tindakan terhadap “meletakkan kenderaan secara tidak bertimbang rasa”.

MEMBUAT JALAN JAM SESAK


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BUKTINYA KERAJAAN TAK ADA DUIT...kah kah kah..

kah kah kah...INI CARA KERAJAAN REMBAT DUIT RAKYAT.... kah kah kah..

kah kah kah.... KENAPA NAK JAGA SANGAT ADA LESEN KE TAK LESEN?... kah kah kah..

woit...APA TUJUAN SIANG MALAM BUAT ROAD BLOCK?.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU NAK JAGA KESEHATAN RAKYAT PASAL APA HOSPITAL DISWASTA?...kah kah kah..

jkah ka kah...KALAU NAK JAGA KESEHATAN RAKYAT ...KENAPA HOSPITAL KENA BAYAR?..kah kah kah..

woit...KALAU NAK JAGA KESEHATAN RAKYAT...HOSPITAL WAJIB PERCUMA...kah kah kah



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... HABIS MOTOR MAT REMPIT KENA PUNGUT... kah kah kah..

kah kah kah...BERIBU RIBU TERSANGKUT DI RUMAH PASONG...kah ka kah..

kah kah kah...MACAM KOMPUTER YANG TERSADAI ....kah kah kah

kah kah kah... LEPAS INI MOTOR YANG DI RAMPAS AKAN DIJUAL KEMBALI..kah kah kah..

kah kah kah...ADA AJEN YANG KOWTIM .... kah kah kah

kah kah kah.... INILAH NAMANYA KUMPULAN SINDIKIT HARAM YANG ADA LESEN... kah kah kah

kah kah kah...INI LAH DIA KETUANAN MELAYU.... kah kah kah



NOTA:
jangan bodohkan orang melayu
jangan bangangkan orang melayu
jangan tipu pru13


TERNOW - TERKINI - DARI TUKAR TIUB - LEMBU PUNYA SUSU RAFIZI DAPAT NAMA



LEMBU PUNYA PASAL RAFIZI DAPAT NAMA







DARI FACEBOOK: Kami Rakyat Sarawak Mahu Taib Berundur

Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dibenarkan ikat jamin RM15ribu seorang. Perbicaraan ditetapkan pada 10 September 2012 tetapi tetap di gari walaupun di bantah oleh barisan Peguam!!

Masa Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di hadapkan ke Mahkamah ada tak dia kena gari?

Masa bekas MB Selangor, Khir Toyo di hadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan Rasuah, ada tak korang tengok dia di gari?

Hancur2, Hancur BN, Hidup2, Hidup Rakyat!


SHARIZAT PUNYA SUSU SAPA DAPAT ISAP?


SEMUA BERHAK MENGELUARKAN PANDANGAN




BUAH BUAH BUKAN BUAH DADA







INI SATU PANDANGAN

MEAT IS MURDER!!!! Heifer whines could be human cries Closer comes the screaming knife This beautiful creature must die This beautiful creature must die A death for no reason And death for no reason is MURDER And the flesh you so fancifully fry Is not succulent, tasty or kind It's death for no reason And death for no reason is MURDER [ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/s/smiths/meat+is+murder_20126800.html ]


And the calf that you carve with a smile Is MURDER And the turkey you festively slice Is MURDER Do you know how animals die ? Kitchen aromas aren't very homely It's not "comforting", cheery or kind It's sizzling blood and the unholy stench Of MURDER It's not "natural", "normal" or kind The flesh you so fancifully fry The meat in your mouth As you savour the flavour Of MURDER NO, NO, NO, IT'S MURDER NO, NO, NO, IT'S MURDER Oh ... and who hears when animals cry ?
By Anonymous on SATU CADANGAN YANG WAJIB DI DENGAR on 7/31/12

SATU PANDANGAN LAGI
Kenapa kepingin sangat nak makan daging kuda? Ya manusia perlu hidup dan untuk maksud itu harus membunuh hidupan lain dulu. Manusia baik yang beragama mahupun tiada agama kecuali vegen harus hidup dengan membunuh hidupan lain, selepas itu boleh membicara hal falsafah, moral, keadilan, cinta dan cinta buta. Lihat setiap hari manusia membunuh mamalia seperti kambing, lembu, babi, ayam, ikan paus, KUKA dan berjuta-juta hidupan maritim.


Itulah sebahagian premis kehidupan manusia membunuh hidupan lain untuk dia boleh terus hidup bertamadun. Nabi Ibrahim hampir sembelih anaknya untuk membuktikan sesuatu maksud 'suci' atau abstrak. Dalam perang berjuta manusia mati dibunuh. Manusia pun membunuh kerana nakkan harta rompakan atau cemburu kerana kekasih dicuri orang lain,atau membunuh kerana sakit mental.




Tapi selepas membunuh baru dapat puas dan mungkin puas seperti membunuh kuda untuk merasa kelainan nikmat. Apa pun kenapa membunuh itu akan akhirnya dijawap yang ia itu adalah biasa, alamiah (nature), atau tak tahu sebabnya sebab jika tak bunuh tak boleh hidup.
By Anonymous on MENCARI TEMPAT ADA MENJUAL DAGING KUDA on 7/31/12

HARI MALAPETAKA 31 OGOS KITA PAKAI BAJU KUNING







LEMBU DAN LEMBU LEMBU




KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah dia negara malaysia
yang rasuah
yang korup
yang rembat duit orang ramai
yang rembat tanah orang kampongh
yang bunuh orang
tidak didakwa
tidak didakwi

yang melawan rasuah
yang melawan penipuan
yang menentang kezaliman
di tangkap
inilah negara malaysia

telah sampai masanya
kiat humbankan
united malay national organisation
telah sampai masanya
kita tumbangkan kerajaan
united malays national organisation

KELUARGA LEMBU BAHAGIA




RAFIZI DITANGKAP DIBAWAH BAFIA - mkini

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Shahrizat Abdul Jalil.


WAHAI BANI MELAYU
wahai bani melayu
ingatlah apa yang terjadi
kepada orang terdahulu dari kamu
tidak kah kamu melihat bulan dan bintang
tidak kah kamu dapat mengambil iktibar
tentang orang orang kud
orang orang zud yang dahulu dari kamu
apakah kamu lupa apa yang terjadi kepada mereka

wahai bani melayu
hendaklah kamu jangan jadi bodoh
dibodoh dan terus dibodohkan

wahai bani melayu berubahlah kamu
sebelum kamu rebah






KACAU SUARAM SEKARANG TAK GUNA - KES DI PARIS TELAH DIBUKA





KES MEMBAWA NAJIB KE PARIS






SUARAM BUKAN PERTUBUHAN PERNIAGAAN BERDAFTAR : SSM - meloya

KUALA LUMPUR 31 Julai - Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn. Bhd., tidak ditubuhkan sama ada di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd. Naim Daruwish berkata, berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Oktober 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

"Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.

"Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut," katanya.

Mohd. Naim berkata, pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu. TIEWNAMA





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI SUDAH TERLAMBAT.... kah kah akh..

kah kah kah...KACAU SUARAM KERANA KES MAT MONGOL DI PARIS...kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA LAMBAT SANGAT KACAU.... kah kah kah..

kah kah kah...KES MAT MONGOL DI PARIS SEDANG DI DENGAR... kah kah kah...

kah kah kah.... KACAU SUARAM SEKARANG TAK GUNA LAGI... kah kah kah..

kah kah kah.... MAT MONGOL PASTI AKAN DI SAPINA.... kah kah kah





NOTA:
selalunya kalau
individu akan
disiasat hutang piutang
akan disiasat cukai pendapatan
semua ini hanyalah tekanan
agar jagan lawan gerombolan


JANGAN LUPA MALAM 30 OGOS SEMUA PAKAI KUNING SAMBUT HARI MALAPETAKA




MENUNTUT SEKOLAH SENDIRI






GPMS PERSOAL NIAT SEBENAR DONG ZONG - meloya

KUALA LUMPUR 31 Julai - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempersoalkan niat sebenar Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka supaya dibina sekolah tinggi bebas Cina di Kuantan baru-baru ini.

Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, ini kerana kerajaan sebelum ini telah memberi bermacam-macam faedah dan bantuan kepada semua aspek pendidikan di negara ini tanpa mengira kaum dan latar belakang terutama sekali bagi pendidikan masyarakat Cina.

"Namun, ia seperti tidak pernah cukup bagi mereka (Dong Zong). Sudah diberi betis mahu paha. Apa niat mereka sebenarnya? Apa yang kita lihat sikap ini sudah menjadi permainan persatuan ini apabila menjelang pilihan raya umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



KETUA PEMUDA MCA DI SERANG



NOTA:
siapa kata semua china bersatu
ini china mca
kedna serang oleh china pakatan




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...KENAPA BANGANG SANGAT NGO MELAYU INI...kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN TAHU TAHU NIAT DONG ZONG.... kah kah kah..

kah kah kah.... MEREKA TAHU KERAJAAN LEMAH.... kah kah kah...

kah kah kah...TU PASAL NAK BAGI LAGI LEMAH...kah kah kah..

kah kah kah...BILA KERAJAAN LEMAH... MASA INILAH BUAT TUNTUTAN... kah kah kah..

woit...TAK KAN BANGANG SANGAT TAK FAHAM.... kah kah kah..

woit...MEMANG PUN PILIHAN BILA DAH DEKAT PILIHANRAYA.... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH MASA TERBAIK UNTUK BUAT TUNTUTAN.... kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH MASA TERBAIK UNTUK TIBAI KERAJAAN...kah kah jkah...




NOTA:
pada malam 30 ogos
kita semua pakai kuning
untuk smabut hari
malapetaka 31 0gos


BERSAMA MEMECAH BERITA - ORANG JAHAT INI SUDAH MATI ATAU BELUM






KEPALA SAMSENG KELUARGA SAUD




KETUA MUKABARAT SAUDI DI BUNUH?

berita masih belum jelas
apakah putera bandar bin sultan
telah mati dibunnuh

mengikut tehran times
bandar bin sultan telah
mati dibunuh isnin lalu

berita kamatian bandar ini
telah disahkan oleh voltaire network di paris

putera bandar ini adalah orang jahat
ketua polis rahsia untuk saudi arabia



DARI TEHRAN TIMES

Saudi spy chief Prince Bandar assassinated: report

Unconfirmed reports say Saudi Arabian spy chief Prince Bandar bin Sultan bin Abdulaziz Al Saud has been assassinated.

The death of 63-year-old Prince Bandar has been confirmed, the Paris-based Voltaire Network reported on its website on Monday, citing unofficial sources.

The international non-profit organization, which publishes a free website (voltairenet.org) in eight languages (Arabic, English, French, German, Italian, Portuguese, Russian, Spanish), said that Prince Bandar was killed because of his role in the July 18 deadly bombing in Damascus.

The bombing killed at least four high-profile Syrian security officials, including Defense Minister Dawoud Rajiha and his deputy Assef Shawkat who is also President Assad's brother-in-law.

There’s no confirmation or denial yet from Saudi officials, nor from the Syrian government.

Bandar, who served Saudi Arabia as an ambassador to the United States from 1983 to 2005, was named the kingdom’s Secretary General of the National Security Council in 2005. On 19 July 2012, he was appointed Director General of the Saudi Intelligence Agency by King Abdullah.

Many analysts said his promotion was a reward for the role he played in organizing the attack in Damascus.





PAKAI BAJU KUNING HARI MALAPETAKA 31 OGOS




SILA PAKAI BAJU KUNING






RAIS MINTA PANDANGAN LAGU TEMA MERDEKA - mkini

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima "beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INILAH HIKMAHNYA KERAJAAN LEMAH.... kah kah kah..

kah kah kah...MASA KERAJAAN LEMAH INILAH MASA TERBAIK UNTUK RAKYAT...kah kah kah..

kah kah kah...SILA BUAT TUNTUTAN.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU BOLEH BUAT DEMO... kah kah kah...

kah kah kah... BILA KAYU SUDAH CONDONG KURA KURA PUN BOLEH PANJAT...kah kah kah..

kah kah kah.... JANGAN BAGI CHAN...INI LAH MASANYA UNTUK TIBAI KERAJAAN...kah kah kah...

kah kah kah.... SESUDAH KES SABAH.... LAGI KERAJAAN TAKUT...kah kah kah..






NOTA:
kita akan pakai kuning
pada malam malapetaka
sila bersedia