JANGAN KAU TANGASIbila kau membaca berita ini
jangan kau tangisi
bila kau membaca berita ini
jangan kau bersedih
semuanya telah terlambat
semuanya telah terlewat
peluit telah didenar
loceng telah berbunyi
bangsi telah ditiup
keretapi itu telah bergerak
keretapi iti telah meninggalkan stesen
jangan kau tangisi lagi
jangan kau bersedih lagi
lihat lah muka dalam cermin
lihat dan amatilah diri sendiri
sedar dan sedarlah
bila kau lihat muka dalam cermin
pasti kau akan senyum puas
kau masih lagi orang yang baik
kau masih lagi orang berbudi
kau masih lagi orang yang warak
kerana itulah negara tergadai
kerana yang baik
kerana yang berbudi
kerana yang warak
tidak melakukan apa apa
AKAN DIRUNTUHKAN
KAMPUNG MELAYU TERGADAI – berita hairan
Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.
Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah.
Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.
Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.
Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.
Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.
“Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju,” katanya.
Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.
SELAMAT TINGGAL TANJONG PAGAR - meloya
Tepat pukul 11 malam ini, perkhidmatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat selama-lamanya.
Setelah hampir 80 tahun beroperasi, kini perkhidmatan yang menjadi sisa-sisa lambang penyatuan ‘sebuah’ negara suatu ketika dahulu hanya tersimpul rapi sebagai lipatan sejarah.
Kereta api terakhir, ‘membawa’ semua memori suka-duka perkhidmatan KTMB kembali semula ke tanah besar Semenanjung.
Suasana di stesen agak riuh rendah sejak pukul 5 petang apabila ia diserbu oleh orang ramai yang ingin mengambil gambar detik-detik bersejarah hari ini dan membeli cenderamata KTMB.
Bagaimanapun putaran lagu Salam Terakhir nanyian Allahyarham Sudirman Arshad sepanjang petang ini menambahkan suasana pilu terhadap orang ramai dan kakitangan KTMB di stesen itu.
NOTA:
lihat dan fahami
makna dua berita ini
lihat dan sedari
apa yang tersurat
lihat dan sedari
apa yang tersirat
NOTA:siapa sebenarnya jual tanah melayu ini?