Kuala Lumpur: Rakyat perlu berwaspada terhadap cita-cita Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu sanggup berbuat apa saja untuk berkuasa.

Ini termasuk membawa masuk demonstrasi ala ‘Arab Spring’ (kebangkitan negara Arab) yang bukan saja menjejaskan ekonomi, malah memusnahkan masa hadapan negara yang kini stabil, aman dan makmur.
Bekas sekutu Anwar , Chandra Muzaffar (gambar), berkata walaupun Malaysia berbeza berbanding negara Arab dari segi latar belakang sosio politik dan sosio ekonomi, demonstrasi ala ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini.