.

Rabu, 31 Mei 2017

WHAT ABOUT





WHAT

ABOUT


PM: Muslims must reject extreme teachings which lead to destruction


'Let us not forget, one of the principles of Islam is to protect lives, not to kill ourselves or other people,' says Najib.

WHAT ABOUT

EXTREME

CORRUPTION

LIKE YOU DID

WHAT ABOUT

EXTREME

ROBBERY

LIKE WHAT

YOU DID
--------------



AL-FATIHAH DARI KAWAN KAWAN






FACE BOOK

Al-Fatihah: Selamat pemergiannya Rozaimin Eliaske negeri sana. Sedih.






----------------

PERUBAHAN DITANGAN BANI MELAYU




PERUBAHAN 
DITANGAN BANI MELAYU 

Telah sampai masanya untuk Bani Melayu melakukan perubahan. Telah sampai masanya untuk menilai diri sendiri. Telah sampai masa untuk Bani Melayu sedar bahawa hanya mereka sebagai  bani asal di Tanah Melayu ini yang boleh membawa perubahan.

Apa sahaja perubahan yang dicita-citakan tanpa sokongan Bani Melayu akan gagal. Saya merakamkan fakta ini bukan kerana saya dari suku Biduanda - Orang Asal Tanah Melayu.
Bani China dan Bani India dan Yang Lain Lain tidak ada keupayaan untuk membawa apa-apa perubahan. Ini hukum sejarah.  Anak watan, bani asal adalah kumpulan yang bertanggung jawab membawa perubahan kecuali mereka telah menjadi Red Indian dalam negara mereka sendiri. Atau mereka telah menjadi Melayu di Singapura. Atau mereka telah menjadi Arab Palestin di Israel.

Politik dunia hari ini, ekonomi dunia hari ini dan teknoloji dunia hari ini tidak akan tertangguh untuk menunggu Bani Melayu berubah.

Bani China dan Bani India - bani pendatang ini telah hilang penghormatan  mereka kepada Bani Melayu. Ini hakikat. Ini fakta sosial dan fakta politik yang sedang terjadi hari ini.

Kesah-kesah yang saya lampirkan ini adalah bukti dan hujah untuk menyokong pandangan saya.

Gambarkan -  satu pasukan Polis sedang membuat sekatan di Jalan Maarof Bangsar pada malam Sabtu pagi Ahad. Kereta terhenti henti. Apakah agaknya yang difikirkan oleh para pemandu kereta yang baru sahaja bercanda-canda di Talawi.

Saya amat yakin dalam fikirah semua pemandu  yang diperlambatkan perjalanan mereka akan menganggap  polis ini sedang  ‘  CARi MAKAN’.

Malah saya pernah bersama dalam kereta kawan saya seorang Bani China. Apa yang terkeluar dari  dari mulut kawan saya ini  apabila berhadapan dengan ‘road block’ adalah anggapan majoriti kaum pendatang terhadap anggota Polis. Hampir 98% anggota PDRM yang membuat sekatan jalan adalah Bani Melayu. 

Ujung bulan biasalaaaa… cari duit belanja…’

Saya mendengar dan merakamkan apa yang saya dengar. Dari babak-babak inilah timbulnya kesedaran bahawa saya wajib merungkai dan meneliti masalah persoalan nasional. Contoh sekatan jalan oleh polis  ini hanyalah kesah kecil.

Beberapa bulan sesudah PRU12 saya  dengan penuh harapan telah berbincang dengan seorang kawan tentang kemungkinan dan potensi yang boleh dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Kawan saya ini sering berdampingan dengan para Cukong. Kawan saya telah memberi ingatan jelas kepada saya bahawa saya wajib menyedari apa itu ahli politik. Kawan saya memberi peneragan  tentang bagaimana para Cukong melihat Politikus Bani Melayu. 

Mengikut padangan kawan saya ini para Cukong  tidak mengira sama ada Pak Menteri itu dari Pakatan atau dari Barisan. Untuk para Cukong semua mereka ini adalah Bani Melayu.

‘ Ini menteri, ini YB ada titun atau tak dak titun…’

Ini adalah rukun iman para Cukong yang menjalankan perniagaan di Tanah Melayu ini. Dari zaman berzaman para Cukong telah mengumpul pengalaman dan membuat jaringan untuk memerangkap dan meluaskan perniagaan mereka.

Para Cukong amat yakin bahawa Sang YB dan Sang Menteri  pasti  tidur. Jika boleh tidur maknanya boleh dirasuah. Jika bukan dengan dinar dirasuah dengan lendir. Ini hakikat.

Kesah kesah pendek yang saya rakamkan ini sebenarnya  adalah manifesatsi dari kehilangan penghormatan dari Yang Lain terhadap Yang Asal. Dalam bahasa yang mudah Bani China dan Bani India tidak lagi HORMAT pada tuan rumah Orang Asal Tanah Melayu.

Ini samalah saperti Bani Israel melihat seorang anak muda Palestin yang sedang berjalan. Dalam benak si Israel ini anak muda Palestin ini pasti membawa bom  dan akan menyerang. 

Ini hakikat suasana  sosial kepada mereka yang telah disingkir dari kota mereka. Ini akibat mereka yang tidak memiliki kuasa ekonomi.

Persoalan nasional di Tanah Melayu hari ini pada hemat saya sedang meruncing. Ini kerana kemarahan Bani Melayu terhadap keanggkuhan kaum pendatang ini telah lama terpendam. Kemarahan ini sedang membarah.

Selama ini Bani Melayu telah dipinggirkan dari pekan dan kota yang bukan milik mereka. Pekan dan bandar yang   tidak pernah menjadi  wilayah milik mereka. Bani Melayu merasa bagitu terasing. 

Justeru, peralihan politik dunia hari ini memaksa Bani Melayu  yang rasional untuk menilai diri, berubah dan melakukan perubahan. 

Peralihan politik dunia yang saya maksudkan ini ialah projek kuasa imperial  Amerika. Kali ini Amerika sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dalam satu projek untuk menawan dunia. 

Amerika sedang menjalankan dasar - war on terror atau perang lawan keganasan. Saudi Arabia diikat sama sebagai tukang hulur duit. Amerika merekrut Saudi untuk tujuan menggunakan Islam. Manakala Saudi  sedia bekerjasama kerana tanpa  kuasa Amerika rejim Saudi ini akan runtuh dalam sakelip mata.

Keganasan  kini menjadi raison d’etre atau sebab musabab  atau rukun wujudiah Amerika. 

Walhal warga dunia yang rasional, yang membaca, yang mengkaji dan yang menggunakan akal fikiran  tahu bahawa Usama, Al-Qaeda, Bako Haram, Isis - semua ini adalah projek CIA. Kumpulan pengganas ini adalah anak didik yang  menentas atas tapak tangan CIA.

Ini fakta bukan lebong Hishamuddin Rais. Kalau kurang yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk surat Hillary Clinton yang dibocorkan oleh WikiLeaks sebelum pemilihan Presiden Amerika tahun lalu.

Manifestasi dari projek Amerika/Saudi ini ialah perang di Iraq, di Afghanistan, di Syria, di Yaman dan di Libya. Tujuan akhir projek ini ialah untuk menyerang Rusia, China dan Iran. Semua ini bertujuan untuk memastikan dunia ini akan tunduk dibawah telunjuk Amerika. 

Ini adalah rancangan asal kumpulan Neo-Con di Amerika. Rancangan  ini dinamakan Project for New American Century (PNAC) yang diumumkan  pada tahun 1997. Projek PNAC ini telah dirancang lama  sebelum ledakan bangunan World Trade Center (WTC) berlaku pada 11 September 2001.  
Ledakan WTC adalah permulaan rancangan PNAC ini.

Bagaimana pekara ini tersangkut dengan persoalan nasional di Tanah Melayu. Jawabnya cukup senang - cukup enteng. Kali ini kemarahan Bani Melayu itu akan dikahwinkan pula dengan Islam jenis Saudi.

Kalau benterokan  13 Mei 1969 - hanya kemarahan Bani Melayu yang tidak puas hati terhadap ekonomi yang dibolot oleh Bani China. Kali ini benterokan akan memakai jubah hijau dari Saudi Arabia.

Manifestasinya senang kita lihat. Apakah kita lupa tentang perebutan penggunan nama Allah. Ini adalah manifestasi dari projek ini. Apakah kita lupa tentang kepala babi dalam Masjid Klang Lama? Apakah kita lupa gereja disimbah cat?

Dalam bulan ini saja kita lihat manifestasi  dari projek ini. Kita lihat buku YB Hannah Yeoh  menjadi heboh. Kita lihat bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang  Lim Guan Eng dilarang berbuka puasa.

Dan paling terbaru bagaimana muka depan akhbar The Star telah menimbulkan semangat Takfiri. Walhal akhbar Utusan dan New Straits Times  juga memaparkan gambar dan berita induk yang sama.

Pada hemat saya semua ini adalah persoalan nasional yang belum selesai. Kalau persoalan nasional ini tidak selesai maka projek gagal yang bernama Malaysia ini akan pecah runtuh terbarai. 

Keadaan ini hanya boleh diselamatkan oleh Bani Melayu. Justeru tulisan-tulisan saya ini semuanya menjurus agar Bani  Melayu membuat prubahan.

Apa perubahan yang wajib dilakukan oleh Bani Melayu ketika ini?

Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah mengembalikan penghormatan Bani China dan Bani India kepada Bani Melayu.

Jangan silap faham apabila Bani China gila babi mencari untuk mendapatkan  darjah kebesaran  Datuk atau Datuk Seri atau Tan Seri bukan bermakna mereka hormat kepada budaya Bani Melayu. Ini sebenarnya satu penghinaan dimana derajah kebesaran Raja Bani Melayu pun boleh dibeli dengan duit rasuah. Jika derajah kebesaran Raja Bani Melayu boleh dibeli maka Perdana Menteri dan para Menteri pun boleh sama dibeli.

Dalam suasana sademikian maka telah sampai masa dan ketikanya untuk Bani Melayu menyingkirkan Najib Rosmah. Kenapa tetiba meloncat kepada Najib Rosmah.?

Biar saya terangkan disini. Dari pemerhatian saya  dua sosok ini sedang memporak perandakan Tanah Melayu. Dua sosok ini adalah manifestasi dari kemusnahan yang sedang berlaku di Tanah Melayu.

Bukankah Najib ini Perdana Menteri dan Rosmah ini Wanita Pertama? Mereka dihormati oleh anak semua bani.

Yakinlah Bani China dan Bani India amat amat suka hati, amat amat gumbira jika pemimpim Bani Melayu semuanya  berperangai saperti Najib saperti Rosmah. Lihatlah bagaimana tanah KTM digadai di Singapura. Pastiah Lee Kuan Yew amat suka kepada Najib dan Rosmah.  Lihatlah berapa kilo intan berlian yang dibeli oleh Rosmah. Ini yang saya maksudkan.

Bani China dan para Cukong amat amat senang dengan  pemimpin Bani Melayu yang rasuah, bodoh,  dan tidak tahu menilai diri. Tetapi Najib ini lebih dari semua ini.

Najib mengikut laporan TV Australia telah terlibat dalam tiga kes bunuh. Najib terlibat dalam kes rasuah kapal  selam Scorpene. Mengikut kata Mahathir bekas Perdana Menteri , Si Najib ini ialah seorang  pencuri. Najib mencuri duit 1MDB dan  duit syarikat SRC International.

Najib tersenarai sebagai salah seorang dari lima pemimpin dunia yang paling jahat, dibenci dan kaki rasuah. Ini bukan lebong Hishamuddin Rais. Ini laporan majalah Times. 

Ini belum ambil kira kes Deparment of Justice Amerika yang sedang mendakwa Najib, Riza dan Jho Low kerana rompakan 1MDB.

Maka soalan kurun ini muncul. Adakah sosok Najib  dan Rosmah ini akan dihormati oleh Bani China dan Bani India? Mustahil.
Penghormatan yang diberikan kepada Najib pada hari ini oleh Bani China dan Bani India dan para Cukong  hanya untuk membolehkan mereka terus menjarah dan membolot harta kekayaan negara ini. Tidak lebih dari itu.

Saya cukup yakin jika ahli United Malays National Organisation dapat menyingkirkan Najib dari kuasa maka ini adalah tanda permulaan untuk membuka kembali hati Bani China dan Bani India  agar kembali hormat kepada Bani Melayu.

Yakinlah politikus  Bani Melayu yang rasuah adalah berita gumbira untuk para Cukong.

Yakinlah politikus yang ditakuti oleh para Cukong dan Bani China dan Bani India ialah politikus Bani Melayu yang tegas, tidak makan duit, tidak makan lendir dan tidak ada kes bunuh.

Bani Melayu memiliki budi bahasa yang tinggi - berspan dan bersantun. Bani Melayu memiliki sifat bertolak ansur. Tapi yakinlah Bani Melayu juga telah menghadiahkan kepada dunia konsep AMOK. 

Selamat Berpuasa. Tunggu lagi minggu hadapan  untuk jalan penyelesian. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45








------------------------

AL-FATIHAH DARI KAWAN KAWAN






AL-FATIHAH
Al Patihah .. sgt berkat kita pergi dalam Romadhan .. bulan pengampunan .. bulan neraka coti utk yg moeslim .. bulan penghuni neraka dpt entot2 bidadari .. bulan penoh barakah. on ALFATIHAH UNTUK MIN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 5/31/17

kehilangan rakyat prihatin yg sukar dicari ganti lagi di MALAYSIA ini.... on 
ALFATIHAH UNTUK MIN
norj
on 5/31/17

Takziah moga kehidupan di alam baru umpama taman taman syurga. segala janji janji ALLAH adalah benar on 
ALFATIHAH UNTUK MIN
norj
on 5/31/17




------------------

SELAMAT KAWAN KU MIN






AL-FATIHAH


FACE BOOK

Sahabat yang paling baik
Selamat jalan Rozaimin Elias. Hingga berjumpa lagi.



--------------

AL-FATIHAH UNTUK MIN







FACE BOOK


Selamat jalan Rozaimin Elias, aku yakin manusia sebaik kau pasti sedang damai di sana. Terima kasih untuk segalanya 🌷




Rozaimin Elias telah kembali kepada Allah.


------------------

AL-FATIHAH







FACE BOOK


Menerima khabar sedih, Rozaimin Elias sudah meninggal dunia. Al-Fatihah
Abror Rivai Al Fatihah. Moga damai Min di sana.

LikeShow more reactions
Reply1 hr

LikeShow more reactions
Reply1 hr
Nur Hanim Khairuddin innalillahiwainnailaihirojiun

LikeShow more reactions
Reply1 hr
Syed Shahir Syed Mohamud Inna lillah hi wainna ilai hi roji'un.
Pada menyatakan ta'aziah kpd keluarganya.



---------------

SIAPA FLORENCE GOH







SAPA

FLOREN

GOH

JENG 

JENG 

JENG





---------------

DALAM SYURGA ADA APA






FACE BOOK

Berbuka Puasa dgn bukan islam hukumnya HARAM?? Kalau mengundi PAS.. lagi lah haram HUKUMNYA ye :)
LikeShow more reactions
Comment

HARAM

NI APA?

ROTI KE?





---------------------

PERKATAAN MALAYSIA






PERKATAAN MALAYSIA
ini tepat..dulu org2 melayu islam selalu salahkan cina sb perkataan malaysia..menurut org melayu islam ni, malaysia itu adalah malay mati..kini sudah menjadi nyata..kini bukan saja kilang2 biskut dimiliki org2 cina malaysia, tetapi seluruh tanah melayu tanah malaysia suda sia-xia-mati...
ini yg bro tt dok selalu ckp apa identiti melayu itu..orang kalo belajo ilmu agama, bila umur semakin tinggi maka semakin kurang nafsu, ini tak, semakin tua, semakin dpt rm90juta..bila nak saman, sarawak report ke husam ke??bila nak report siasat rafizi?? on 
MALAYXIA WILAYAH BARU CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/27/17





------------------

AL-FATIHAH ROZAIMIN





FACE BOOK
Sahabat kita semua, Rozaimin Elias sudah tiada. Al-Fatihah
LikeShow more reactions
Comment





-----------------