Khamis, 12 Oktober 2023

MALAM INI UNTUK GAZA


MALAM INI

UNTUK GAZA

AMIN

TUAN KETUA POLS NEGARA SILA SIASAT MAMAT INI


Polis minta ruang jalankan siasatan terperinci kes Roger Ng

BERI ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, kerana kes itu melibatkan duit kerajaan dan rakyat, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Beliau berkata siasatan terhadap Roger Ng, 51, yang diekstradisi dari Amerika Syarikat (AS) bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) itu akan dijalankan sehingga pihak berkuasa berpuas hati.

“Tiada tempoh masa dan, tiada had (siasatan) sehingga kita puas hati (jalankan siasatan), kerana ia melibatkan duit kerajaan dan rakyat. Kita akan adakan sidang akhbar dari semasa ke semasa,  beri kami peluang untuk menyiasat.

“Jangan risau, baru dua hari, sabar, ini bukan kes curi ayam,’’ katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di Georgetown hari ini. Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang Khaw Kok Chin.

Roger Ng yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbillion dollar dana 1MDB, dibawa pulang ke Malaysia oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan pihak berkuasa negara ini, berkaitan 1MDB.

Pada 19 Disember 2018, Roger Ng mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs, berhubung penjualan bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion dengan menggugurkan fakta material dan membuat kenyataan palsu.

Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi di AS melepas tanpa membebaskan (DNAA) Roger Ng daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu, berhubung penjualan nota sekuriti dan bon bernilai AS$6.5 bilion milik anak syarikat 1MDB.

Sementara itu, Razarudin berkata polis akan bersikap telus dan adil dalam siasatan terhadap isu video tular yang memaparkan orang kena tahan (OKT) kelihatan dipukul ketika berada dalam tahanan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Klang Selatan, Selangor.

“Kami akan telus dan adil dalam siasatan kami dan ini komitmen kami. Saya juga maklumkan hasrat saya itu kepada ketua polis Selangor,” katanya.

Rakaman video berkenaan dikesan tular menerusi aplikasi Telegram, dan semakan mendapati kejadian berlaku di BSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 2 Ogos 2022.

Sementara itu Razarudin berkata Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menangani 4,955 kes penyeludupan rokok, minuman keras, dadah dan khazanah negara, dan merampas pelbagai barang yang berkaitan dengan nilai berjumlah RM186 juta dalam operasi sejak awal Januari hingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil operasi berterusan PPM dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan, Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Jabatan Laut dan Lembaga Pelabuhan dan Dermaga, dalam memerangi penyeludupan kontraban dan mencegah jenayah rentas sempadan.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan dan pucuk pimpinan PDRM sentiasa mengambil cakna akan kebajikan dan keperluan aset PPM sejajar dengan arus pembangunan pesat dalam bidang teknologi marin.

Beliau berkata antara projek dan aset terbaharu PPM adalah projek Pembangunan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 di Tok Bali, Bachok, Kelantan bernilai RM75 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap Januari 2024.

‘‘Selain itu, Projek Pembangunan Markas Pangkalan Hadapan (Forward Operation Base) di Pulau Mabul, Semporna, Sabah bernilai RM45.5 juta yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Januari 2024 dan Projek Pembangunan Markas Operasi Muar di Muar, Johor bernilai RM40 juta yang kini dalam proses penyediaan skop kerja oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Beliau berkata PPM juga memperoleh aset antaranya perolehan 10 bot police strike craft, Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Full Cabin dengan nilai kos projek RM32.81 juta. – Bernama, 12 Oktober, 2023.

SILA SIASAT

TUAN KETUA

POLIS NEGARA

AMIN

DI AMERIKA

MAMAT NI KENA

10 TAHUN PENJARA

AMIN

KITA BAWA 

DIA PULANG

JENG JENG JENG

HANYA JANGAN

JADIKAN MAMAT

INI KAMBING ITAM

UNTUK BEBASKAN

NAJIB

KHALAS

NAJIB ADA RAMAI DUIT


Najib tandatangan 5 cek bernilai RM22.6 juta, kata saksi

BEKAS perdana menteri Najib Razak menandatangani lima keping cek bernilai RM22.6 juta yang merupakan dana haram yang didakwa diperoleh daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang oleh 1MDB Global Investment Limited (1MDB GIL), anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) ACP Foo Wei Min, 47, berkata analisis “First In, First Out” (Fifo) ke atas akaun peribadi bekas perdana menteri itu mendapati lima transaksi berkenaan melibatkan penggunaan wang haram 1MDB GIL.

Beliau berkata kaedah siasatan Fifo digunakan bagi menentukan wang yang masuk ke dalam akaun Najib adalah wang haram atau bersih.

Saksi pendakwaan ke-48 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Foo berkata Najib mengeluarkan cek bernilai RM20 juta kepada Umno manakala Umno Bahagian Batu Kawan dibayar cek bernilai RM100,000 masing-masing pada 2 dan 7 Ogos 2013.

“Selain itu, Najib turut mengeluarkan cek bernilai RM246,000 kepada Lim Soong Peng pada 7 Ogos 2013, manakala cek bernilai RM2 juta dikeluarkan kepada ORB Solutions Sdn Bhd dan cek bernilai RM303,000 dibayar kepada Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd masing-masing pada 12 dan 14 Ogos tahun sama.

“Bendahari Umno Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mengesahkan menerima cek RM20 juta daripada Najib sendiri. Begitu juga Mohd Noor Ahmad, ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang mengesahkan menerima RM100,000 untuk tujuan politik di kawasannya,” kata saksi itu dan menambah kata yang pegawai CIMB turut mengesahkan Lim menerima RM246,000 daripada Najib.

Mengenai syarikat ORB Solutions, Foo berkata pengarah syarikat itu, Amhari Efendi Nazaruddin menerima cek RM2 juta kerana menawarkan perkhidmatan publisiti Najib di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan blog persendirian Najib.

“Wang daripada 1MDB GIL disalurkan kepada ORB Solutions sebagai pembayaran untuk pembinaan media sosial perkhidmatan dalam talian dan juga bayaran penyelenggaraannya. Hasil daripada analisis Fifo, saya mengenal pasti RM2 juta adalah dana haram 1MDB GIL,” katanya.

Beliau berkata pemilik Semarak Konsortium Mohd Omar Mustapha menerima RM22 juta bagi menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada Najib.

“Antara penulis antarabangsa yang terlibat seperti Paul Stadlen, Charlotte Carr, Alexander Marklew, Benedict Macon Cooney dan lain-lain lagi,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 12 Oktober, 2023.


WOIT

RAMAI BETUL

DUIT NAJIB INI

KAH  KAH KAH

BUKAN 

RATUS RATUS

TAPI JUTA JUTA

AMIN

GAJI PM BERAPA

SEBULAN ?

JENG JENG JENG

AMIN

SOLDADU CHECHNYA AKAN BANTU PALESTIN


PASUKAN PERANG

CHECHNYA DARI

RUSIA AKAN

MASUK KE GAZA

AMIN

KEBEBASAN UNTUK SEMUA


KITA NIKMATI 

KEBEBASAN JIKA

SEMUA ORANG 

ADA KEBEBASAN

KHALAS

Unknown commented on
 "LAPORAN DARI MEDAN PERANG"

Kita ada Tik tok live ustaznya ramai siang malam beri pencerahan beri pendapat beri Nas beri ayat semuanya ada belaka, tin milo setakat sampai mana entah, mungkin ramai tak sumbangan sebabnya beras pun sangkut dekat Kedah ada sorok ada songlap kena aturkan dulu, masalah perut sendirilah kena jaga sebelum nak sokong lainnya amin janganlah lupakan kah kah kah semasa susah senang sama saja

YAHUDI SOKONG PALESTIN


YAHUDI SOKONG

PALESTIN DAN

LAWAN ZIONIS

KHALAS

SOKONGAN WARGA FELDA DI NAFIKAN



Tak benar PN peroleh

 undi masyarakat Felda

 di Pelangai – Fahmi
KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Saifuddin Abdullah bahawa gabungan itu  memperoleh undi masyarakat Felda di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai adalah tidak benar.

Bagaimanapun jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Barisan Nasional (BN) masih dapat menarik undi anak muda di saluran empat dan lima pada hari pengundian PRK tersebut.


“Saya sangkal kenyataan  Saifuddin Abdullah. Kita ada tiga Felda di DUN Pelangai iaitu Kemasul, Kemahal dan Chemomoi.

“Satu majoriti berpihak kepada PN dan satu di mana 10 peratus berpihak kepada Kerajaan Perpaduan manakala satu lagi tewas dengan lima undi.

“Secara umum di ketiga saluran ini, saluran satu golongan warga emas masih beri sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan dan agak menarik di dua Felda.

“Saya lihat saluran 4 dan 5 menyokong majoritinya kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pos Sedunia di Pos Malaysia hari ini.

Saifuddin sebelum ini berkata situasi itu diterjemahkan dengan kemerosotan undi BN di PRK Pelangai.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi berkata, keputusan yang memihak kepada BN itu jelas menyaksikan pengundi DUN Pelangai menolak politik sempit yang dibawa oleh pembangkang.

“Kita lihat yang paling penting keputusan PRK Pelangai membuktikan bahawa rakyat Pelangai menolak politik permainan dan politik 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja),” katanya lagi.

PN tewas di PRK DUN Pelangai dengan majoriti 2,949 undi setelah calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mendapat 7,324 undi mengatasi calon PN, Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hilang wang deposit apabila menerima hanya 47 undi.

DI MALAYSIA NI

SENANG SAJE

KALAU MENTERI

NAFI KAN 

MAKA 

PERKARA YANG

DINAFIKAN

ITU BENAR

AMIN

KHALAS

CALON KETUA POLIS NEGARA



Pegawai, anggota JSJ pegang jawatan sensitif perlu isytihar harta

ARAHAN supaya semua pegawai dan anggota polis yang memegang jawatan sensitif dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengisytiharkan harta sudah dikeluarkan dua minggu lepas.

Pengarah JSJ Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tiada alasan untuk mereka tidak mengisytiharkan harta kerana arahan itu termaktub dalam pasukan polis.

Beliau berkata ia juga antara usaha untuk membersihkan pasukan JSJ dengan lebih berkesan selaras arahan ketua polis negara dan timbalannya.

Mohd Shuhaily berkata jawatan sensitif itu ialah risik dan operasi, ketua bahagian jsj ibu pejabat polis daerah serta pegawai dan anggota D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat).

“Arahan berkenaan sudah saya keluarkan dua minggu lepas kepada semua pegawai dan anggota JSJ yang bertugas dalam jawatan sensitif sebelum video ucapan saya menjadi tular dalam sosial media lagi.

“Pengisytiharan harta ini mestilah pengisytiharan harta yang telus dan komprehensif,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Mohd Shuhaily juga berkata beliau tidak pernah menghalang mana-mana pegawai dan anggota polis untuk memiliki kereta mewah sekiranya berkemampuan.

“Sekiranya seseorang itu berkemampuan maka berikan alasan mengapa dia mampu, itu sahaja. Saya tidak melarang sesiapa membeli kereta jika dia mampu, apa salahnya jika mempunyai sumber kewangan yang sah, siapa saya untuk menghalangnya?

“Selain itu, isteri seseorang pegawai dan anggota polis juga perlu membuat pengisytiharan harta jika bertugas di kementerian terlibat dan itu termaktub dalam arahan pasukan,” katanya.

Beliau turut membuka tawaran kepada mana-mana pegawai dan anggota polis yang ingin menjawat jawatan sensitif untuk mengemukakan surat permohonan serta borang pengisytiharan harta.

“Mereka yang terlibat akan ditemu duga oleh panel saya sebelum mereka diserapkan ke dalam unit-unit sensitif dan akan diaudit setahun sekali,” katanya. – Bernama, 11 Oktober, 2023.

SOSOK INI

CALON RAKYAT

UNTUK JADI

 KETUA

POLIS NEGARA

AMIN

PDRM SEDANG

MENJALANKAN

REFORMASI

AMIN

AWAS

SOSOK INI

MUNGKIN 

DISABOTAJ

OLEH CUKUNG

DAN HANTU

BAWAH TANAH

AMIN

KHALAS

MANGSA EKONOMI MERUDUM


MYAirline gantung operasi hari ini


MYAIRLINE Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Dalam satu kenyataan awal pagi ini syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata keputusan itu diambil berikutan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan dan permodalan semula pemegang saham syarikat penerbangan itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi kami.

“Kami berusaha tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” kata lembaga pengarahnya.

Namun begitu MYAirline berkata ia akan terus komited untuk membantu mereka yang terjejas menghadapi situasi tersebut dan menasihati penumpang yang terkesan supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka.

“Sila hubungi kami di customercare@myairline.my dan pasukan sokongan kami akan sedia untuk memberikan bantuan mereka,” katanya.

MYAirline juga berkata lembaga pengarah, pemegang saham dan MYAirline akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi komitmen pada sebarang garis masa.

“Kami sekali lagi memohon maaf yang tidak terhingga atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan sebarang makluman yang tersedia,” tambahnya.

Semalam Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata MYAirline perlu menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada kementerian berkenaan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sebelum agensi itu menyediakan sebarang bantuan.

Terdahulu media tempatan melaporkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dipercayai akan menerima pelabur baharu yang berpotensi iaitu anak Premier Sarawak Abang Johari Openg, Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari berikutan masalah kewangan yang melanda MYAirline.

Ini berlaku selepas Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo meletak jawatan minggu lepas atas sebab kesihatan. – Bernama, 12 Oktober, 2023.

AWAS !!

INI PETANDA

JELAS EKONOMI

MERUDUM

AMIN

BANYAK SYARIKAT

KECIL RESTORAN

WARUNG 

TUTUP KEDAI

AMIN

MULA DENGAN

MAT KOBID

SAMBUNG DENGAN

PERANG UKRIANE

KINI DI LUASKAN

DENGAN GAZA

AMIN

BAHAYA PERANG

DUNIA MAKIN JELAS

KHALAS

FELDA BEBAS DARI GEROMBOLAN

 

PAK CIK FELDA

MAK CIK FELDA

BUKAN LAGI

DUIT SIMPANAN

TETAP

 GEROMBOLAN

KHALAS

DALAM PERANG KEBENARAN MATI AWAL

 


MAYAT PERTAMA

DALAM PERANG

IALAH KEBENARAN

KHALAS

Unknown commented on

 "AMERIKA HANTAR KAPAL PERANG"


Media kita cerdik, siapa pejuang siapa penceroboh siapa baik siapa buruk siapa betul siapa salah semuanya cerdik belaka, kita dengar dengar, kita tengok tapi kira tak rasa tak tahu dengar khabar berita orang-orang lain kemudian komentar panjang kalah Prof Serba Tahu dalam komik Gila Gila kah kah kah


Unknown commented on 

"AMERIKA HANTAR KAPAL PERANG"


Akhirnya modal masuk, perang sebagai bisnes kepada pembuat senjata tercanggih terbaharu termoden, syukur rezeki dapat jahanamkan sesebuah negara kemudaratan namun untung berlipat ganda, Saudi kena tambah bekalan jaga diri baik-baik amin kah kah kah


Unknown commented on

 "AMERIKA HANTAR KAPAL PERANG"


Media antarabangsa cergas 24.jam buat litupan kiri kanan atas bawah, cerita sebenarnya entah siapa tahu, macam-macam teori ada, teori terbang teori-teori sahih terorisme sebagainya adalah tetap yang kalah yang mati yang korban semuanya orang-orang biasa rakyat biasa susah sepanjang zaman bertahun seksa kerana orang-orang politik kepala haram jadah kah kah kah dimana-mana sama perangai dunia semakin tidak teratur kerana nafsu ego tinggi kah kah kah

BERPERANG UNTUK RAMPAS KEMBALI TANAH AIR


PALESTIN PERANG

UNTUK MERAMPAS

KEMBALI TANAH AIR

KHALAS

Unknown commented on
 "PERUBAHAN BERMULA DENGAN SIKAP DIRI SENDIRI"

Kah kah kah... Maknosia ni bergaduh bukan sobab tamak. Bukan sobab haloba.. Bukan sobab nak berkuasa.. Kalau lu jadi singa mau tak mau lu lu kena membunuh untuk makan... Takdo siapo nak bagi lu makan friskis... Kucing sobolum zaman friskis ni pun membunuh. Habis tikus tikus dibunuhnya... Jadi kalau lu jadi maknosia mau tak mau lu kena membunuh untuk survival. Tapi kalau lu dah tau kalau lu bunuh habis lu kena bunuh berkali ganda lu buduh. 

Lu nak perang yang lu tak boleh menang lu bodoh. Habis semua yang tak bersalah mati katak sebab lu. Lu ingat 72 bidadari boleh tolong lu? Kalau lu entot tiap tiap hari 72 bidadari lu pun boleh jadi boring. Lu ada tanya pasal apa 72 bidadari? Lu ingat nak entot saja... Lu ada pikir pasal orang lain. Lu pikir pasal orang kampung lu... Lu kira lu saja. Lu nak entot. Lu nak entot. Itu saja lu tau.. Lebih baik lu jadi sajat. Potong saja kote lu...

ESOK DI TUNGGU


ESOK DITUNGGU


KHAMIS 12 OKTOBER 2023
ESOK JUMAAT
ESOK KITA BERDEMO
BERSETIA KAWAN DENGAN
RAKYAT PALESTIN

SELURUH DUNIA SEDANG MEMERHATI
KE ARAH PALESTIN
KALAU  SEMINGGU DULU SATU DUNIA
MEMERHATI KE ARAH UKRAINE
KINI BERALIH
KE GAZA

AMERIKA
BIDEN SOKONG ISRAEL
KERANA MAHU JADIKAN
ISU GAZA
SEBAGAI KEMPEN PRESIDEN
MAHU JADI PRESIDEN PERANG

UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
MERASA KECEWA
MUNGKIN PERANG GAZA
AKAN MENGURANGKAN SOKONGAN
SENJATA PADA UKRAINE

MESIR
LIGA ARAB BERMESYUARAT
DI CAIRO
BINCANG KEMBALI
PROJEK DUA NEGARA
SATU ISRAEL
SATU PALESTIN

HOKKIEN
BASAH SEJUK SEGAR BERJEREBU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
BANGUNAN 118 KELABU
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
TIDAK BAWA CERAH

MATA HARI  DAH KELUAR
GUA TERASA PANAS
DI TELINGA DAN PIPI

LANGIT ARAH SHAH ALAM
AGAK BIRU
LANGIT ATAS KL KELABU

DI PINTU MASUK
CENGEKRIK BERSIMPONI
GAU IKUT JALAN DEPAN POKOK ARA
HA HA HA
PARLIMEN UNGGAS 
SEDANG BERSIDANG
KALI INI ARA 
SEDANG BERBUNGA
JIKA BERBUAH
PUNAI PUN AKAN SAMPAI

WARGA ASLI MENYALAK
ABANG LONG KAWASAN
MARAH KAMI LALU
TAK TAK & EZI
DAH TAK AMBIL POT

GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS 
MUNGKIN HUJAN PETANG

BRO
SENYUM KITA
SAMBUT KHAMIS 
YANG PERMAI

BRO
TAKDA APA
YANG DAPAT MENGATASI
HATI YANG TERSENYUM

BRO
KITA BUKAN MEMILIH
TAPI KITA ADA KELAS

BRO
LAGI KERAS LU KERJA
LAGI BAIK
NASIB LU

BRO
KITA TAK TAHU KEMANA
TAPI
KITA  MENUJU KE SITU

BRO
LU BERHARGA
DULU 
SEKARANG
DAN  SENTIASA

BRO
SENYUM SELALU
SENYUMAN LU 
AKAN BUAT RAMAI ORANG 
GUMBIRA

BRO
TEMAN SETIA LU
IALAH NILAI DIRI LU
AMIN

LAUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

MENUNGGU ESOK