Rabu, 28 April 2021

MYANMAR MASUK KE TAHAP BARU

 

MYANMAR

MASUK KE TAHAP

BARU

TAK KENAL ATAU TAK NAMPAK

 



TAK KENAL

SHAMSUL ATAU

TAK NAMPAK

SHAMSUL

AMIN

KAJIAN RAFIZI

TAK JELAS

KHALAS

RAFIZI SENGAJA

NAK DOWN SAM

DAN ABAM

KHALAS


Siapa Shamsul? 


Tinjauan dapati 


pengundi tidak kenal


 orang kuat Anwar

Sebuah tinjauan terhadap pengundi di kawasan pengikut setia Anwar Ibrahim menunjukkan presiden PKR itu hanya mendapat sokongan sebanyak 4% sebagai perdana menteri, ditinggalkan jauh di belakang Muhyiddin Yassin yang mendapat sokongan 50% bagi jawatan nombor satu negara itu.

Tinjauan yang dijalankan di Hang Tuah Jaya, sebuah kerusi Parlimen Melaka yang disandang Shamsul Iskandar Akin dari PKR telah melibatkan 500 pemilih yang layak mengundi.

Tinjauan tersebut dilaksanakan oleh Invoke, sebuah firma analisis data yang diketuai Rafizi Ramli, seorang lagi pengikut setia Anwar dan bekas ahli Parlimen Pandan.

Dalam tinjauan yang didukung portal berita Malay Mail itu, ia mendapati kebanyakan pengundi kawasan itu (89%) tidak mengenali Shamsul sebagai wakil rakyat mereka, sementara 74% lagi berkata mereka tidak pernah mendapat bantuan daripada beliau.

Dijalankan dalam tempoh satu bulan antara 26 Ogos hingga 2 Oktober tahun lalu, tinjauan tersebut adalah sebahagian daripada tinjauan yang lebih luas “bagi mengukur sentimen pengundi selepas enam bulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional yang tidak dipilih melalui pilihan raya,” kata Malay Mail.

Melibatkan 6,000 pengundi di enam kawasan yang diwakili ahli politik kanan. Selain Hang Tuah Jaya, lima kawasan lain yang menjadi sasaran tinjauan termasuk Gombak yang diwakili bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, Johor Baru (Akmal Nasrullah Mohd Nasir dari PKR), Seremban (Anthony Loke dari DAP), Tanjong Malim (Chang Lih Kang dari PKR) dan Wangsa Maju (Tan Yee Kew dari PKR).

Invoke menyimpulkan bahawa tinjauan mengenai Shamsul menimbulkan persoalan sama ada beliau mampu mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya akan datang.

Ia turut berkata bahawa peratusan penerimaan yang rendah terhadap Anwar juga menunjukkan bahawa pengundi bukan sahaja tidak yakin dengan pemimpin PKR, bahkan mula “mengalihkan sokongan mereka daripada perdana menteri sebelumnya”.

“Kekurangan kepercayaan terhadap pemimpin kawasan di samping kurangnya kehadiran Shamsul Iskandar sebagai ahli Parlimen mungkin memberi maksud bahawa PKR akan hilang kerusi Hang Tuah Jaya,” kata Invoke seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Sebelum ini, tinjauan serupa turut dijalankan di kawasan Gombak yang merupakan kubu kuat Azmin. Dalam tinjauan itu, Muhyiddin turut mendahului calon-calon lain dalam penerimaan terhadap beliau sebagai perdana menteri.Antara penemuannya menunjukkan Azmin, yang keluar dari PKR bagi membentuk gabungan PN bersama Muhyiddin selepas kejatuhan PH tahun lalu, sebagai ahli Parlimen yang sangat dikenali, dengan 50% pengundi dapat menamakan beliau sebagai wakil rakyat.

Pengundi yang ditinjau di Gombak turut menempatkan Muhyiddin jauh di depan sebagai perdana menteri (46%), berbanding Anwar (8%) dan Najib (3%).

MASUK AKAL

KALAU TAK

NAMPAK

SHAMSUL

KAH KAH KAH

DIA SUKA MENYELIT

KAH KAH KAH

KERANA DIA

PAKAI KASUT

TINGGI TUMIT

KAH KAH KAH




BARU BETUL - ADA PILIHAN ATAU ?

 


KENAPA 

KERAJAAN BELI

DUA TIGA JENIS 

VAKSIN

AMIN

APAKAH UNTUK

RAKYAT BUAT

PILIHAN

AMIN

ATAU YANG

TERBAIK DARI

AMERIKA UNTUK

MEMBER

AMIN

YANG HAPRAK

DARI CHINA MERAH

UNTUK RAKYAT

AMIN



Vaksin Astrazeneca akan diberi sukarela, kata Khairy

VAKSIN AstraZeneca tidak akan diguna pakai dalam program arus perdana imunisasi Covid-19 kebangsaan, sebaliknya hanya akan diberi kepada individu mahu mengambil secara sukarela, kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat atas dasar kebimbangan orang ramai tentang keberkesanan vaksin tersebut.

“Kami telah setuju langkah proaktif yang pertamanya dapat terus kita gunakan vaksin AstraZeneca tetapi pada masa yang sama kita dapat menangani ketakutan dan kerisauan rakyat terhadap vaksin ini.

“Kita akan buka kepada orang ramai yang secara sukarela setelah melihat segala fakta berkenaan dengan vaksin AstraZeneca,” kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu pada sidang media hari ini.


JANGAN TIPU

RAKYAT

AMIN

KOMISEN DAH

AMBIK KE?

KAH KAH KAH

MENTERI

JADI KAYA ?

AMIN

RAKYAT MATI

KENA RACUN

CHINA MERAH

AMIN



CADANGAN : SUNTIK ASTRAZENECA PADA SEDARA MARA MENTERI

 

SUNTIK

ASTRAZENECA PADA

SAUDARA 

MENTERI YG TUA

DAHULU 

KEMUDIAN BERI

 ANAK PINAK 

MENTERI DULU

AMIN


Unknown commented on 

"PELIK - KALAU RESIKO 

PASAL APA GUNA"

Bukan pelik, tapi hati tak baik! Logiknya, lepas suntik, kalau ada apa-apa, orang tua sendiri yang tanggung. Umur dah cukup panjang, dah hidup lama, takpe lah kalau orang tua meninggal. Mari kita cadang cuba dulu atas orang tua yang saudara menteri dan pemimpin dulu, sebelum warga emas biasa disuntik.

SELAMAT BERBUKA HARI KE 16

 



PUASA KE 16



HARI INI PUASA KE 16
 HARI BERJALAN
CEPAT
TAK LAMA LAGI RAYA

HARI INI
CUACA REDUP
SANTAI

HENDAKNYA
LUMAYANLAH
PENDAPATAN
MAK CIK PAK CIK
BAZAR RAMADAN

KELMARIN GUA
DI BANGSAR
ADUH !
TAK BANYAK PILIHAN
ORANG TAK RAMAI
WARUNG TAK BANYAK

GUA BELI
LEPAT PISANG
KUIH PELITA
DAN
GULAI IKAN

WOW
HARGA DAH MAHAL
3 KUIH DAH JADI 2 RINGGIT
NAK BUAT MACAM MANA
KITA SESAMA TERDESAK

KUIH MAKIN KECIL
MALAH
LEPAT PISANG DILIHAT BESAR
BUKAN LEPATNYA
TAPI
DAUN PISANG PEMBUNGKUS
AMIN

PETANG INI
GUA PANAS
LEPAT KUIH PELITA
BERSAMA
BUAH MANGGA
UNTUK BERBUKA
DENGAN AIR SUAM
DAN
DUA BUTIR KURMA

KURMA LEMBUT
DARI IRAN 
GUA BELI DI CHOW KIT
HARI INI DAH HABIS
GUA WAJIB BELI
SEKOTAK LAGI

MAKAN MALAM GUA
SALAT DAN GULAI IKAN
AMIN

SELERA INGATAN
BELAYAR JAUH
KE TANJUNG KARANG
KE HULU SELANGOR
KE SEREMBAN
TAPI
HAKIKATNYA
GUA PANASKAN
LEPAT PISANG

INILAH INGATAN
BULAN PUASA
DI MUSIM KOBID 2021
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR


TANYA PADA RETARD

 


TANPA PADA

RETARD

panglimo potaseh commented on

 "AJEN CHINA MERAH 

BUAT JARINGAN 

DENGAN POLIS"

TaT sabda orang yg belot dlm kerje atau perjuangan hookoom nye BUNOH. Kalau Polis kerje nye nangkap gangster ..tapi lindong gangster ..kalau SPRM kerje nye chegah rasuah tapi tedarah rasuah, sapa pulak yg nak chegah rasuah ..orang2 cam ni memang tak layak idup ..bagi mampos je.

TAK ADA BERCAKAP KE ?

 


PELIK!

AMIN

DUA AWANG NI

TAK BERCAKAP

SAMA SENDIRI KE?

KHALAS


Timbalan speaker tuntut Takiyuddin perjelas kedudukan Parlimen



DUA MAMAT

NI TAK KENAL

MENGENAL KE?

KHALAS


INI MUSTAHIL

 

MUSTAHIL

TAK BETUL

AMIN



Siapa Shamsul? 


Tinjauan dapati


 pengundi tidak kenal


 orang kuat Anwar

KENAPA

RAMAI TAK KENAL

ATAU

TAK NAMPAK

KAH KAH KAH

VIETNAM BANGUN MELAWAN

 



VIETNAM

BANGUN MELAWAN

ation
Unknown commented on 
"CHINA MERAH MULA 
BUAT HURU HARA DI PILIPINA"

https://youtu.be/9nxbvDqUtYw Saya pernah kerja di Vietnam. Terbayang juga, apabila melalui laluan kebangsaan Satu, yang menjadi tulang belakang jalan perhubungan Vietnam, dari Hanoi di utara, sampai ke Bandaraya Ho Chi Minh, di selatan. Boleh nampak berbagai tempat, kampung, pekan dan bandar provinsi. Di tempat yang saya kerja, satu pekan seperti Gemencheh, yang mana kerajaan Vietnam cuba membangunkan, sebab ia adalah antara wilayah yang miskin. 


Salah satu permehatian di sana ialah, ternampak seorang yang sudah berumur, mungkin lewat 60an, awal 70an, duduk diluar kedai, tongkat di sebelahnya, satu kaki saja yang tinggal, sementara yang lagi satu, hanya tinggal setakat paras diatas sikit lututnya...pernahkan dia berlawan amersol dulu? Orang Vietnam, macam orang lain juga...nak nikmati hidup, minum vodka, makan berjemaah, gembira...tadi, kenapa dia orang berperang dengan amersol? Kenapa dia orang menang? 

Tapi kita kena ingat harga kemenangan dia orang amat tinggi, bila di perhatikan tinggalan perang dia orang...jangan lupa tinggalan kesan ajen jingga masih lagi, terutama di kawasan pertengahan Vietnam, di kawasan hutan. Dah dijangka dah yang Vietnam akan lawan balik dengan bot nelayan dia orang juga. Juga, kan dah kata, pkc kena melalui Vietnam utk sampai ke pulau jadian dia...

AJEN CHINA MERAH

 




AJEN 

CHINA MERAH

panglimo potaseh commented on 

"DI MALAYSIA SIAPA 

AGAKNYA AJEN

 CHINA MERAH"

Siapa agak nye ajen Chino Merah ..soalan bodoh nih. Dulu org kata yg kurap ngandar buloh, yg pekek bakar meriam, yg buta niup antah. Sikalang yg polis lindung gangster, yg SPRM nadah rasuah, yg cikgu bukak klas tusyen, yg TaT jual igama, yg Bagindo kasi Datok pada Gangster anak-beranak. Jadi sapa dia Ajen China Merah dah jadi soalan ngado-ngado.

PELIK - KALAU RESIKO PASAL APA GUNA

 

PELIK????

AMIN

KALAU RESIKO

PASAL APA

BERI  PADA

ORANG TUA

AMIN 

NAK BAGI 

CEPAT MATI? 

KHALAS




Walau wujud 


kebimbangan,


 pakar sokong 


vaksinasi 


AstraZeneca bagi


 warga emas

Pakar kesihatan berusaha meredakan kebimbangan orang ramai berhubung penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), ketika menteri penyelarasnya Khairy Jamaluddin dijangka mengumumkan hasil perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa kesihatan mengenai kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas suntikan vaksin itu diambil.

Dalam sidang media pada Isnin, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata vaksin AstraZeneca yang dibangunkan Universiti Oxford itu adalah selamat dan berkesan serta akan digunakan untuk vaksinasi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, melalui penelitian terhadap vaksin itu, mendapati AstraZeneca yang diselubungi kontroversi kes darah beku selepas suntikan, mendapati kebaikannya melebihi keburukan.

Pengumumannya itu bagaimanapun disambut orang ramai dengan rasa kebimbangan, terutama selepas beberapa negara termasuk Denmark mengambil keputusan untuk menghentikan sepenuhnya penggunaan AstraZeneca dalam program vaksinasi mereka.

Namun, pakar kesihatan yang bercakap kepada MalaysiaNow menyuarakan sokongan mereka terhadap keputusan kementerian kesihatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Galen Center for Health and Social Policy Azrul Mohd Khalib berkata beliau yakin dengan keputusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang memberikan lampu hijau bagi penggunaannya di Malaysia.

Menurutnya, warga emas harus diberi vaksin, terutama jika mereka menghidap penyakit kronik.

“NPRA putuskan kedua-dua vaksin Sinovac dan AstraZeneca selamat digunakan.

“Ini merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menentukan sama ada ubat atau produk farmaseutikal boleh digunakan dengan selamat di Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, semalam, ketika kerisauan orang ramai dilihat masih tinggi, Khairy berkata beliau akan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Adham mengenai isu tersebut.

“Saya perlu mengambil kira pandangan rakyat yang gusar, kita tidak mahu vaksin ini menggugat program imunisasi,” katanya.

Secara umumnya, Azrul menjelaskan kebanyakan kebimbangan atau stigma berkaitan dengan vaksin adalah berdasarkan kekurangan maklumat atau pemahaman yang tidak lengkap mengenai perkara tersebut.

“Penting bagi orang ramai tahu ini adalah vaksin yang selamat dan efektif.

“Kemungkinan darah beku akibat mengambil pil kontraseptif sebenarnya jauh lebih tinggi daripada mengambil suntikan vaksin ini,” katanya.

Vaksin AstraZeneca disifatkan sebagai “game changer” pada bulan Januari ketika pertama kali ia dilancarkan ekoran kos harganya yang mampu milik selain fakta ia tidak memerlukan suhu yang terlalu sejuk untuk penyimpanan seperti vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Ia juga menjadi produk vaksin yang menjadi tunjang inisiatif Covax, sebuah inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan negara-negara miskin dapat mengakses vaksin, dengan kosnya ditanggung penderma.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy, mengakui wujud kes darah beku yang dilaporkan di United Kingdom (UK) dan Eropah dalam kalangan pesakit yang disuntik vaksin AstraZeneca.

Namun, katanya, reaksi vaksin itu lebih sering berlaku pada mereka yang berusia muda, terutamanya wanita.

“Kita perlu tekankan yang paling berisiko mengalami kesan sampingan bukanlah golongan tua atau rentan. Yang berisiko adalah golongan muda,” katanya kepada MalaysiaNow dan menambah walaupun dalam kes demikian, kemungkinan timbul kesan sampingan adalah sangat kecil.

“Inilah sebabnya mengapa beberapa negara tidak memberikan AstraZeneca kepada mereka yang berusia di bawah 55 tahun.”

Bagaimanapun, katanya, para doktor di Malaysia menyedari kemungkinan keadaan yang mungkin timbul dan tahu mengenal pasti dan merawat kes-kes tersebut dengan segera menggunakan ubat-ubatan berlesen yang sedia ada dalam negara.

Subramaniam juga turut menjelaskan Malaysia masih kekurangan vaksin, dan berkata penggunaan setiap sumber yang ada adalah lebih baik demi membendung wabak tersebut.

Namun, beliau mendesak kerajaan menjelaskan risiko minimum tersebut dan juga manfaatnya kepada orang ramai bagi mengurangkan kebimbangan mereka terhadap perkara itu.

“Kerajaan harus menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk menjelaskan risiko minimum yang ada berbanding faedah yang akan diterima mereka.

“Buat masa ini, orang ramai mungkin tidak mahu ambil risiko tetapi dari faedah yang diketahui secara teori sahaja,” katanya.

Sebanyak 91 negara menyetujui penggunaan vaksin AstraZeneca dalam program imunisasi mereka.

Agensi kesihatan antarabangsa termasuk WHO dan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) berulang kali berkata faedah vaksin AstraZeneca melebihi risiko yang dimilikinya, termasuk dijangkiti Covid-19.

Dalam pada itu, Azrul mengulangi keyakinannya terhadap AstraZeneca yang turut digunaan kementerian kesihatan dalam portfolio vaksinasinya.

“Secara peribadi, jika vaksin AstraZeneca ditawarkan kepada saya, saya sedia mengambilnya,” katanya.

NI UBAT PELIK

KAH KAH KAH

BAGI ORANG MUDA

DIA MATI

AMIN

BAGI ORANG TUA

HIDUP PULAK

KAH KAH KAH

BUKAN PELIK

NAMANYA

KHALAS



DARI JALAN RAYA BERGERILA DI RIMBA RAYA

 


DARI JALAN RAYA

BEGERILA

DI RIMBA RAYA

COLLINS SEORANG BOBBY

 



COLLINS

SEORANG BOBBY

Restoran pertama dimana  aku bekerja   menjadi pelayan ialah di Desaru  di Old Compton  Street. Aku mula menjadi pelayan  pada musim panas tahun 1987.  Kemudian aku berpindah menjadi  pelayan  restoran di Garuda Restaurant 150 Shaftesbury Avenue West London. Aku mula di Garuda  pada musim panas tahun 1988. Ini  ketika aku telah menjadi siswa di Polytechnic Central London.

Kedua-dua restoran ini terletak betul-betul ditengah-tengah kota London – wilayah Soho.   Jadi aku ini ‘Anak Gampang’ Soho.  Maknanya : jahat memang jahat tapi tak berapa jahat sangat – tak sampai bunuh orang. 

Nama jalan tempat aku bekerja ini  ini diambil dari nama 7th  Earl of Shaftesbury   (1801-1885). Jalan  ini  bermula di Tottemham Court Road  menjalar masuk ke dalam kota  hingga ke  Piccadilly Circus. Aku rasa tak sampai dua batu. 

Piccadilly Circus  atau Bulatan Piccadilly ini menjadi ikon untuk iklan pelancong. Tak jauh dari sini ialah Leicester Square. Disini ada dilantaikan peta dunia untuk menunjukkan jarak jauh  wilayah-wilayah  tanah jajahan  Baginda Queen  dari London  ke  Amerika, ke Canada ke  West Indies, ke India hingga ke timur - ke Australia, New Zealand, Fiji – termasuk ke Tanah Melayu.

Menapak sadikit dari Leicester Square ialah Trafalgar Square. Tanda mercu kuasa imperial Inggeris – kuasa  angkatan tentera laut Baginda Queen yang menakluki  lebih  tiga par empat wilayah dunia. Disini tercacak simbol kuasa armada imperialis Inggeris  – tugu patung Nelson tegak berdiri.

Trafalgar Squarae ini adalah  ‘zero point- titik kosong’  kota London. Dari sini  diukur semua jarak kota London dengan bandar dan pekan di United Kingdom dan juga tanah jajahan Baginda Queen.


Wilayah West End ini penuh dengan  dengan panggung   bangsawan   dan panggung wayang.  Di Shaftesbury  Avenue   ada 4 buah panggung  bangsawan atau panggung teater  – Lyric, Apollo, Geielgud dan Sondheim dan dua panggung  wayang – Curzon dan Picturehouse Central. Panggung  wayang Curzon betul-betul di hadapan Restoran Garuda.

Telah aku nyatakan wilayah Soho ini tempat  bercanda-canda. Tempat berinang-inang. Tempat  menukar selesa mencari makan dari pelbagai jenis restoran dari seluruh dunia. Tepok dada tanya selera dan buka dompet.

London kota  pelancongan yang menarik  beratus ribu  pelancong dari seluruh dunia.   Tanpa pelancong aku rasa  Garuda tempat aku bekerja payah juga nasibnya.  Malah tanpa pelancong London akan menjadi  kosong meleset – jadi pekan tinggal.

Ada seribu satu macam daya tarikan dalam kota London. Bukan sahaja tarikan sejarah. Banyak tarikan yang tak perlu dibaca atau dikaji. Tarikan yang mana  Mat Bunga dan Minah Kepoh tak perlu membaca, Menengok saja sudah cukup untuk dijadikan modal  berlabun di kampung. 

Untuk berjudi ada beberapa buah kasino di Soho. Untuk  yang suka berjoget dan bertandak  ada kelab malam. Kelab malam ini ada yang resmi ada yang bawah tanah.  Untuk jantan berduit tapi gagal dapat awek ada  rumah merah. Untuk Mamat Hitam  nak merasa panas badan  Minah Putih ada disediakan  bilik-bilik di mana Minah Putih duduk terkangkang menunggu.  Untuk jantan suka jantan ada pub dan kelab. Untuk perempuan  minat perempuan ada cafe untuk bertemu.

Hakikatnya – London ini syurga dunia. Dan aku yang  memburuh untuk membayar yuran sekolah dan sewa rumah  adalah sebahagian dari jentera penghibur   kota London. 

Hakikatnya pelancong amat penting untuk London. Pelancong pembawa  saluran oxygen. Justeru kedatangan para pelancong disambut baik.  Dari lapangan terbang Heathrow dan di setiap stesen kereta api bawah tanah akan ada rak iklan  untuk pelancong mengambil brosur dan majalah  atau pamplet   selebaran maklumat tentang apa yang menarik dalam kota London.

Untuk ini  keselamatan pelancong ini wajib dijaga. Justeru dalam kota London ada  Bobby.

Bobby ini nama manja untuk mata-mata  kota London. Nama ini diambil  dari  nama Sir Robert Peel (1788-1850) yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri. Sosok ini menubuhkan pasukan mata-mata pertama dalam dunia pad tahun 1829 .  Nama Robert dipendekkan jadi Bob – dari Bob jadi Bobby – ini sejarahnya. Hakikatnya mata-mata kota London ini adalah cucu cicit Robert Peel.

Bobby – mata-mata di United Kingdom tidak  memakai senjata. Tidak ada pistol atau senapang. Mata-mata di United Kingdom hanya ada  kayu belantan atau chota.  Zaman berteknoloji  seperti hari ini  - di atas bahu kiri Bobby ada terselit radio kecil untuk berhubung dengan rumah pasung  atau balai yang terdekat. Ini saja senjatanya.

Bobby yang bersenjata wajib dilatih khas. Mereka hanya muncul untuk operasi khusus. Yang menapak, yang naik kereta meronda tidak bersenjata.  Dalam kota London amat jarang aku ternampak kereta polis mundar mandir.  

Malah hampir dua puluh tahun aku di kota London – tak pernah sekali pun aku menemui   Bobby  London  memasang Road Block. Aku juga  tak pernah ternampak Bobby yang bersenjata malah yang membawa kayu chota pun tak pernah aku nampak. Mereka menapak bersendirian.

Pada satu pagi musim panas ketika itu  Garuda   belum dimasuki pelanggan. Aku baru selesai mengvacum lantai. Aku ternampak  seorang Bobby beruniform biru  telah melintas di hadapan dinding gelas Garuda. Ketika itu Johnny anak pemilik restoran telah sampai.   Johnny ternampak  Bobby. Dia menggamit mengajak masuk. 

‘  Good mornin ..how’re you Collins... ‘ Johnny telah bersuara ketika  Bobby ini menolak pintu kaca untuk masuk.  Dari bunyi suara Johnny aku yakin mereka telah kenal lama.

‘  Morning... hi yar mate...’

Aku ketika itu sedang mengulung kain napkin. 

‘  Tis’ bloke.. our new waiter.... Isham... ‘ Johnny memperkenalkan  aku.  Aku menghulur tangan. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku berjabat  tangan dengan seorang  Bobby kota London.

‘ Hi  Isham..’   Tangan aku dipegang.

‘ Ello.... ’ Tangan aku dilepaskan.

‘ Nama dia ini Collins.. kau jangan takut ... polis jaga kawasan ini...’ Johnny memberi penerangan.

‘  Isham...Glad to know you... ..’ Bobby memperkenalkan diri.

‘ Coffee for you  Collins... ‘ Johnny mempelawa sambil matanya memandang pada aku sebagai memberi arahan.. 

‘ No thanks... had two cups already.....got to march on  to Picadilly ...just have a look..’  Collins menolak dan meminta diri.

Aku merasa bangga kerana aku telah berkenalan dengan seorang  Bobby. Selama ini aku hanya mendengar berita, membaca surah tentang Bobby. Kali ini aku telah berkenalan dengan seorang.

Musim panas aku bekerja sepenuh masa. Hanya bercuti hari Ahad. Musim sekolah aku bekerja petang Rabu dan hujung minggu.  Untuk aku ini mencukupi untuk membayar sewa rumah, tambang perjalanan , makan minum dan yuran sekolah.

Ketika bekerja sepenuh masa  aku akan membuka restoran jam 10.30 pagi. Aku membersihkan tandas.  Mengvacum lantai. Menyusun meja. Mengira apa minuman yang perlu di pesan untuk bar. Menunggu  laundri sampai.  Jam 11.00 pekerja dapur sampai. Tugas aku memastikan dewan makan dan bar tip top  bersedia untuk dibuka jam 12.00 tengah hari.

Bila semua selesai aku akan membuat kopi. Ketika aku membuat kopi  London dah mula  sibuk.   Ramai warga kota telah mula lalu lalang di hadapan  Garuda.

Satu pagi aku ternampak Collins sedang menapak. Aku menjengok dipintu.

‘ Come in... good morning Collins...”  Dia masuk.

‘ Join my coffee...’ Aku mempelawa minum. Tanpa menunggu jawapan  aku telah menuang kopi  ke dalam cawan.

‘ How’re you Isham.. how  are things... black no sugar..’ Collins  saperti aku minum kopi hitam tanpa  susu dan gula .

‘ Comme ci.. comme ca.. like this like that..’ Aku mengoyangkan ibu jari aku tanda semua okay.

‘ Tourist  are pouring in now... this weekend .. in the evening Picadilly  would be crowded..’ Collins  memberi pencerahan.

‘ Any problems...’ Aku bertanya dengan simpati.

‘ Not really .. some drunks here and there... but I must  watch out... the  Latinos...’  

‘Who? Latinos...What about them..’ Aku bertanya cepat.

‘ Professional pick pocket... they travelled  the world.. some summer they are in London... they have a team..not operating alone...’

‘ Ha ha ha.. trust the Latinos... yes yes..’ Aku terbarai ketawa.  Aku teringat ada membaca berita dari Evening Standard akhbar petang tentang Latinos  yang sengaja menunggu masa  berasak asak  untuk masuk ke dalam kereta api bawah tanah.  Pencopet ini akan memotong saku mangsa dengan pisau nipis untuk mencuri dompet.

Si Latino ini memulakan operasi dengan mengenal sasaran.  Seorang Latino akan berdiri di hadapan bakal mangsa. Seorang di belakang.  Bila kereta api sampai mereka berasak-asak masuk ke dalam perut kereta api.   Kemudian  Si Latino yang di hadapan akan  menyentuh  atau terlanggar mangsa hingga   berlaku pergerakan  badan. Ketika ini  Si Latino yang di belakang akan pantas memotong  saku belakang mangsa. Operasi ini berjalan pantas sekali. Tanpa disedari. Sampai ke stesen di hadapan  dua pencopet ini akan turun menghilang.

‘ They are pro...last week there were two cases   here..’  Collins memberi penjelasan.

Collins melihat jam kemudian dia beredar. Aku perhatikan Collins ini  bak kata orang Patani – budak berjurus.

Ketika Collins membuka pintu aku memandang  kasut Collins. Hah. Dia memakai  kasut  Dr. Marten. Aku juga memakai kasut jenis ini. Kasut ini menjadi kasut feshen anak muda di seluruh dunia. Sebenarnya  Dr Marten ialah  kasut Bobby kota London. Kasut terbaik untuk menapak.

Satu minggu kemudian aku ternampak Collins sekali lagi. Kali ini dia membawa buku. Aku menggamit dia masuk.

‘ Coffee for you... I’m all alone... Johnny  and kitchen staff late today...’  Hari  Senin semua pekerja dan boss datang lambat salepas  hujung minggu.

‘ What are you reading..... are you into Shakespear ? Aku bertanya sambil melawak.

‘ Isham.. I am taking exam...’ 

‘ What exam... examination in summer ?’ Aku menjadi hairan. Pepereksaan  untuk apa.

‘ For promotion...  now I am a police constable.. this exam for sergeant ...’ Collins memberi penerangan.

‘ Good on you  my friend.. ‘

Baru aku sedar bukan senang nak dapat pangkat. Wajib belajar dan wajib lulus pepereksaan.  Kena membaca buku kanun dan hukum hakam negara.

‘ Isham... I am going to run for a charity... would you  like to sponsor me...’ Collins bersuara lembut.

Kemudian Collins menerangkan bahawa dia menyertai larian amal bakti  dengan tajaan  5 pound untuk 1 batu.  Dana tajaan ini akan dikumpulkan  untuk akan diberikan kepada  Hospital Kanak-kanak.

‘ I’ve already clock ini 50 miles...’

‘ Ok... Mister Collins... 3 miles from me..’ Aku menaja Booby yang baik  hati ini  15 pound – jumlah duit  tips semalam  dari aku.

Memang betul hemat aku  Collins ini sosok  berjurus - jantan lurus. Aku merasa  senang hati dapat berkenalan dengan orang baik saperti Collins.

Hari berjalan. Minggu berganti. Musim panas  hampir selesai. Musim daun gugur akan masuk. Dan sekolah aku akan dibuka kembali. Dan aku akan bekerja satengah masa.  

Satu pagi  aku  ternampak Collins sekali lagi. Aku mangajak dia masuk dan minum kopi.

Sambil minum kopi Collins menerangkan bahawa dia berjaya mengumpul hampir 300 pound untuk larian amal  itu. Aku mengucapkan tahniah.

‘ Thanks Isham...  I also met some one there...”

‘ Pretty lady?  Lucky you...‘ Dengan cepat aku meneka.

‘ Ya... she is a nurse at the children hospital...’ Collins tersenyum puas. 

‘ Bring her here .. a diner here... a dinner at the West End... just tell me when..’  Aku menjadi batu api.  Aku teringin  hendak melihat wajah awek yang diminati oleh Collins.

‘ You think she  would like it here....’ 

‘ Of course... I am at your service... any  time for you Collins...’ Aku cuba meyakinkan Collins.

‘ Let’s me see your menu...’

Aku menghulurkan menu kepada Collins. Dia membaca. 

‘ What is pergedel ... and keropok..’ Collins bertanya.

‘ Those are starter... Collins.. do not worry... just ring her up.. set the date .. I ‘ll arrange a royal evening for you.. I’ll  get you the best bottle of red wine... not in the menu...I will get it  special for you...’  Anak Gampang Soho mula jadi setan.

‘ Emmm.. are you sure  ..’ Collins belum memiliki keyakinan diri untuk bercanda-canda.

‘ Yes.... she would love it here... a romantic evening..’ Aku menjual iklan.

‘Emmm... if you say so...’ Collins menggangguk. 

Ha  ha. Aku akhirnya  berjaya meyakinkan seoranh Bobby kota London ini  untuk mencari pacal.  Aku nampak Collins ini macam tak ada  keyakinan  bila berhadapan dengan perempuan cun. Entah-entah  Collins  yang dah masuk tiga puluhan ini masih lagi belum merasa nikmat katil. Mustahil. Tapi aku nampak Colins ini kalau di  kampung aku   dia ini ada iras-iras Pak Lebai – jujur dan lurus. 

Maka bila berjumpa Pak Lebai  maka Anak  Gampang Soho wajib menjalankan peranan.

Sabtu malam Ahad yang dijanjikan itu sampai.  Jam 8.30 malam Collins dengan Minahnya menapak tiba. Johnny membuka pintu. Aku datang menyambut dan terus membawa mereka duduk – meja untuk berdua. Meja  paling stratijik dalam Garuda. Terletak  dilantai yang tinggi  sadikit dari dewan makan.  Boleh memandang ke seluruh restoran.

‘ How are you Mister Collins...a table reserve for you “  . Aku mengambil kad bertulis ‘reserve’ dari meja.  Maka Anak Gampang Soho mula memberi layanan. Mata aku memerhati Minah di hadapan Collins. Memang cun. Sosok yang aku sendiri akan  memberi perhatian berkali-kali jika  sosok berbentuk ini masuk ke Garuda.

Atau jika ternampak sosok jenis ini di Trafalgar Square aku akan menjadi pelancong sesat dari Malaysia untuk betanyakan jalan sebagai helah untuk berkenalan.

‘ Isham... this is Clara...’ Collins memperkenalkan aweknya kepada aku.

Aku tunduk membongkok tanda hormat dan berkata :
  “ Madame  most welcome... Im here at your service...’ Clara tersenyum membuatkan jantan aku terusik.

‘ There is no sommelier  here... but tonite I’m your sommelier...’ Aku mengangat diri aku untuk menjadi pakar air anggur. 

‘ Bourdex 1994... Mouton Cadet.. very good red  for spicy  Malaysian  Indonesian cousine ....’  Aku berlagak macam aku ini betul pintar dalam hal air anggur. 

‘ I’ve heard of satay... what is peanut source...’  Clara bertanya sambil memegang  dan membaca  menu.

Kali ini aku beralih dari seorang sommelier pakar air anngur Peranchis  untuk menjadi master chef -  pakar santapan Melayu.  Aku menerangkan semua menu dalam Garuda dari pembuka  selera ke nasi goreng ke asam pedas, ke cumi cumi  ke sambal ikan belado hingga ke cendol dan pisang goreng. 

Niat aku untuk meyakinkan Clara bahawa Collins ini bukan calang orang tapi jantan kosmopolitan yang memiliki cita rasa yang amat sopistikated.

‘ Leave it to me Madame... I’ll make sure the food  will seduce you...’  Aku mula menggunakan metafora seksual untuk menjual Collins. 

‘ Go ahead Isham... we trust you... our first  time in an Indonesian restaurant...’  Collins memberi tanda bersetuju untuk aku mengatur apa yang akan mereka nikmati.

Aku mulakan dengan sate dan udang goreng tepung  Diikuti oleh  rendang, ikan bawal berlado, gulai ayam  kunyit santan kelapa, sayur campur dan nasi putih.  Menu yang aku sendiri minati jika aku makan dimana-mana restoran Melayu. Cuma di London tidak ada petai, jering dan kerdas. 

Aku akhirnya untuk Collins dan Clara dengan pisang goreng ais krim dan kopi Jawa.

‘  Mister Collins... I am sure you are familiar with the coffee...’ Aku menuangkan  kopi.

Kemudian aku membawa  dua gelas   Sambuca. Dalam gelas kecil ini api  sedang menyala membakar dua biji kopi. Ini liqueur yang manis. Api dalam gelas untuk meromantikan lagi  suasana.

‘ This is from Johnny .. the patron of  Garuda...’  Minum  Sambuca sebagai penutup ini hadiah dari Johnny.

Collins meminta bil.     

Aku ke bar dan mengambil bil. Colins membaca bil dan terus bersuara. ‘ What about the wine...not in the bil...”   

‘ Mister Collins dan Madame... the Mouton Cadet ... from me...  I hope you enjpy the evening...’ Aku menjual senhyum.

 Collins membayar dengan  kad kredit. Dia meninggalkan sekeping kertas hijau bernilai 5 pound di atas  meja.

“ Good nite  Isham...’ Mereka beredar.

Hari berjalan. Masa beredar. Sekolah aku dibuka. Aku tidak lagi datang setiap hari ke  Shaftesbury Avenue.  

Satu pagi Sabtu aku ternampak Collins sekali lagi.  Saperti biasa aku mengajak dia  masuk.

“ Isham thanks for that nite... Clara likes you...you did a great  job that nite... without you I’ve no clue about Malaysian food or wine...’

“ Ha ha ...’ Aku terbarai ketawa.   Aku memandang muka Collins. Dari air muka dan senyumannya aku yakin dia telah memasukan bola itu ke dalam pitu gol. Aku tunjukkan ibu jari aku sekali lagi.

‘ Isham next week is my exam... If promoted I will be station at a new place...’ 

“ All the best Collins.. my regards to Clara...’ Itulah pertemuan akhir kami. Kerana  salepas itu  aku  tidak nampak lagi  PC Collins menapak di Shaftesbury Avenue dengan kasut Dr Martennya.   

Aku yakin PC Collins sudah jadi  Sarjan Collins bertugas di rumah pasung di wilayah yang baru. Pasti bersama Clara.  Aku Anak Gampang Soho turut sama bergumbira.  Anak  Gampang Soho telah berjaya membawa  sebuah antan ke lesong. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/04/28/collins-seorang-bobby/