Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 10 November 2011

ANAK TERBAIK DARI BUMI AFRIKA - ANAK TERBAIK DARI DUNIA ARAB




SELAMAT JALAN YA RAFIQ






NOTA
al-fatihah ya rafiq
adieu kamarad
salut mon amie



SURAT AKHIR UNTUK GADDAFI

Tuan yang saya muliakan,

Ini adalah surat akhir dari saya. Saya berharap dua surat awal dahulu telah membuka mata hati tuan. Saya juga berharap surat awal itu telah memberi sadikit latar untuk kita sama-sama memahami bahawa apa yang kita baca dan apa yang didedahkan ke hadapan mata kita sebenarnya hanyalah gula untuk mengula-gulakan kita semua.

Saya telah menerima banyak keritikan malah ada juga tempelakan yang menuduh saya cuba melupakan jenayah dan kejahatan Gadaffi terhadap warga Libya. Tuan yang saya muliakan, saya tidak menafikan adanya kezaliman yang memusnahkan hak asasi warga Libya. Saya juga tidak menafikan adanya tahanan politik di Libya. Ada juga suara yang nemimbulkan pekara bagaimana Muammar Gadaffi telah menindas kumpulan Islam atau memenjarakan ‘jihadis’. Tetapi bukan ini intipati yang ingin saya paparkan.

Dalam hal – Jihadis Islam - saya agak berhati-hati kerana saya amat sedar peranan CIA yang membina dan menganjurkan jaringan kumpulan Islam. Sejarah politik telah membuktikan bagaimana CIA telah bekerjasama dengan kumpulan yang memanggil diri mereka Islam. Dari Indonesia, ke Pakistan, ke Iraq, ke Mesir hinggalah ke Afghanistan kita bertemu dengan kumpulan ini. Hari ini telah terbukti bahawa Al-Qaeda dan Osama sendiri telah dieram dan dinetaskan oleh CIA. Ini fakta sejarah. Jadi, kita tidak perlu berbuih mulut menelan Viagra untuk menegakkan benang basah ini.

Dalam surat akhir ini saya ingin menyatakan secara terbuka bahawa pendemokrasian Libya bukan tugas Nato atau Amerika atau tugas negara Eropah. Mendemokrasikan Libya adalah tugas warga Libya sendiri. Ini sama seperti tugas menumbangkan kerajaan yang dikepalai oleh gerombolan United Malay National Organisation. Ini kerja politik dalaman warga Malaysia sendiri. Menumbangkan gerombolan United Malay National Organisation bukan kerja Amerika , China, Singapura atau Saudi Arabia. Menjatuhkan United Malay National Organisation bukan tugas Nato atau Obama atau Sarkozy. Ini tugas anak semua bangsa warga yang cintakan negara kita ini. Saya harap pekara ini jelas.

Untuk sedar apa yang wajib kita lakukan hari ini maka biar saya surahkan sadikit latar sejarah politik dunia agar kita sama dapat menerima pencerahan. Memahami yang dulu agar kita dapat melihat apa yang akan datang. Pada tahun 1945 perang dunia kedua tamat. Benua Eropah telah terbahagi kepada dua blok yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berlawanan. Eropah Barat dengan sisetm ekonomi kapitalis manakala Eropah Timur dengan sistem ekonomi Sosialis. Sistem ekonomi kapitalis dipimpin oleh Amerika Syarikat manakala sistem ekonomi sosialis dipimpin oleh Russia yang telah mendirikan Soviet Russia semenjak berjayanya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.

Sistem ekonomi kapitalis berkiblatkan keuntungan maksima untuk dimasukkan ke dalam saku kaum pemodal. Manakala sistem ekonomi sosialis berkemudikan kebajikan umum untuk orang ramai. Kesejahteraan ummah menjadi panduan sistem ekonomi sosialis. Dua perbezaan yang amat jelas. Negara Eropah pengamal sistem kapitalis menganggap negara sosialis sebagai musuh. Perlawaanan dua sistem ekonomi ini dipanggil Perang Dingin. Perlawanan ini cukup sengit dan mengancam dunia. Contohnya pada tahun 1962 – peluru berpandu nuklear hampir meledakkan dunia apabila Russia memasang senjata ini di Cuba yang hanya 200 batu dari pantai Amerika

Dalam kancah Perang Dingin kaum pemodal merasa mereka terancam. Mereka tidak dapat mengembangkan modal mereka untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara-negara bekas tanah jajahan di Asia , Afrika dan Amerika Latin. Kaum kapitalis melihat sistem ekonomi sosialis menjadi halangan untuk kaum kapitalis mengaut keuntungan maksima.

Untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda dan segala rintangan dihapuskan kaum pemodal telah menggunakan universiti sebagai kubu pusat. Kaum kapitalis telah mengeluarkan dana yang lumayan untuk mengupah pemikir di universiti dan di lembaga-lembaga keilmuan. Para ilmuan dan ahli akademik ini dibayar untuk mengeluarkan buku , kertas kerja atau berkonferensi dengan tujuan mengeluarkan dakyah dan tohmah yang licik dan teratur. Semua ini dilakukan untuk memastikan sistem ekonomi sosialis ini tidak dapat mengampuh dunia. Radio dan Tv diwujudkan untuk memastikan kefahaman orang ramai terhadap apa itu sosialisma terus songsang dan tunggang terbalik.

Kempen dan dakyah kaum kapitalis international ketika Perang Dingin tidak jauh berbeza dari apa yang sedang dilakukan oleh United Malay Nationaal Organisation terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Tipu, bohong, tangkap, beli dan bunuh menjadi garis perjuangan. Kalau boleh tipu maka orang ramai akan ditipu. Kalau bohong boleh menyelamatkan keadaan maka bohong akan sampai. Jika keadaan terus tegang maka penjara akan digunakan. Dalam keadaan selesa - harta, duit dan pangkat boleh digunakan untuk membeli sokongan. Jika semua ini gagal letupan C4 akan digunakan untuk menenangkan keadaan.

Hasil dari kempen yang licik lagi teratur ini ramai warga dunia telah diperangkap untuk diternak dan diasuh untuk melihat sosialisma sebagai musuh. Dalam reban CIA ini ternakan yang paling setia datang dari kumpulan-kumpulan Islam. Kumpulan ini terpengaruh dengan dakyah CIA yang mengatakan sosialisma tidak percaya kepada tuhan. Kumpulan ini telah tidak mendapat penerangan secara tuntas tentang sosialisma sebagai satu sistem ekonomi bukannya agama atau sistem kepercayaan. Sama seperti sistem ekonomi kapitalis sistem ekonomi sosialisma juga tidak beragama dan tidak bertuhan.

Di negara-negara yang majoriti penduduknya menganut Islam, kumpulan Islam ini telah digunakan untuk menentang Parti Sosialis, Parti Komunis atau parti yang menentang kapitalis. Dengan bijak kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya menetaskan budak-budak suruhan mereka untuk mempertahan sistem ekonomi kapitalis. Usama bin Laden termasuk ke dalam bakul ini.



Tuan yang saya hormati,

Surah diatas telah berlaku di zaman Perang Dingin. Serangan dan kepungan kaum pemodal Anglo-Amerika telah berjaya meruntuhkan sistem ekonomi kapitalis. Pada tahun 1989 Tembok Berlin runtuh dan negara Eropah Timur kembali menjadi pengamal sistem ekonomi kapitalis.

Sekali lagi kaum pemodal antarabangsa telah mengupah para pemikir dan ilmuan untuk merencana satu strateji baru – strateji pasca Tembok Berlin. Para pemikir kanan yang telah lama bersarang di Rumah Puteh telah menetaskan apa yang dipanggil : Project for the New American Century (PNAC).

Para pemikir yang menelorkan PNAC ini adalah ahli falsafah kanan dan saki baki wira-wira dan penjihad Perang Dingin. Kekalahan Russian dalam Perang Dingin telah meyakinkan mereka bahawa anak semua bangsa dalam dunia tidak ada lagi pilihanan melainkan menghambakan diri dibawah telunjuk Empire Amerika.

Falsafah PNAC inilah yang telah dan sedang diguna pakai oleh pentabiran Rumah Puteh semenjak George W.Bush menjadi Presiden. Falsafah PNAC ini bukan susah untuk difahami. Asas utamanya ialah : Amerika menang dalam Perang Dingin maka Amerika tidak akan membenarkan negara mana-mana pun berpeluang untuk menandingi kekuatan Amerika seperti di zaman bertelagah dengan Russia dahulu. Amerika akan memastikan tidak ada negara baru akan muncul untuk berani bersaing atau menandingi kekuatan bala tentera Amerika.

PNAC memiliki 4 rukun imannya:

- Amerika perlu meneruskn perbelajaan persenjataan
- Amerika wajib menyokong kawan dan menibai musuh
yang bertentangan dengan budaya dan sistem Amerika
- Kebebasan politik dan ekonomi kapitalis wajib diluaskan ke seluruh dunia
- Amerika wajib menerima tanggungjawab yang unik untuk menjaga dan mengawal dunia agar dunia ini aman untuk keselamatan, kekayaan dan dapat ditegakkan prinsip yang dipegang Amnerika.


Tuan yang saya muliakan,

Apa yang ingin saya terangkan dalam surat akhir ini ialah kita semua pada ketika ini adalah dalam kongkongan Empire Amerika. Dari laporan tahun 2003 untuk Jabatan Pertahahan Amerika kita diberitahu bahawa pada ketika ini Amerika memiliki 6000 buah pengkalan tentera dalam negara. Amerika juga memiliki 702 pengkalan tentera laut, darat dan udara di 130 buah negara dalam dunia ini. Ada yang disewa dan ada yang diikat dengan penjanjian persenjataan. Seramai 253,288 soldadu Amerika bertugas dipengkalan luar negara ini. Seramai 44,446 anak tempatan bekerja di pengkalan-pengkalan Amerika ini.

Apakah maknanya semua ini?

Apa yang ingin saya terangkan disini ialah pembunuhan Saddam Hussein, pembunuhan Mummar Gadaffi , kacau di Iran, kacau di Pakistan, kacau di Syria – semua ini hanyalah babak-babak penglaksanaan rukun iman PNAC. Apakah tuan tidak sedar bahawa rancangan untuk menyerang Iraq telah wujud lebih awal lagi - pada bulan September tahun 2000 lagi. Menyerang Iraq dan mengubah sistem politik Iraq adalah sebahagian dari rancangan PNAC. Rancangan ini telah ditelorkan oleh para pemikir kanan PNAC satu tahun sebelum George W Bush menjadi Presiden



Tuan yang saya muliakan,

Sebelum saya akhiri surat saya ini ingin saya nyatakan bahawa ledakan dua pesawat udara ke bangunan WTC di New York pada 9 September 2001 itu juga adalah sebahagian dari perancangan dan strateji yang telah ditelorkan oleh PNAC. Ledakan itu telah terbukti sebagai ‘kerja orang dalam’ sebagai strateji untuk memastikan falsafah PNAC diterima oleh warga Amerika. Warga Amerika perlu dikejutkan dahulu dan kemudian dilalikan dengan falsafah PNAC. Pasti ramai yang akan menangkis apa yang saya tulis ini sebagai fakta sasau dan hujah dari perawi gila. Tidak mungkin Amerika membunuh 3000 warganya sendiri?

Untuk ini jawapan saya hanya angka dan jumlah. Ketika saya menulis ini angka pertama ialah 1,455,590 warga Iraq telah gugur. Angka kedua ialah 4,801 soldadu Amerika telah juga tewas di Iraq dan 2,794 tewas di Afghanistan. Pada hemat saya kaum kapitalis yang berkiblatkan keuntungan tidak mempedulikan nilai nyawa manusia – sama ada manusia warga negara atau warga luar negara.

Tuan yang saya muliakan, rasa saya tugas kita pada ketika ini ialah untuk melihat babak babak yang terbuka dihadapan mata kita dengan kaca mata yang tajam. Dengan hati yang jujur. Sya berharap tuan dapat menganalisa satu perisiwa dari dalam atau dari luar negara dengan tepat. Hendaknya janganlah tuan cepat melocat apabila mendengar laugan jihad. Bukalah mata dan pasang telinga untuk berhati-hati kerana CIA dan para sekutunya pandai melaungkan jihad ke jalan Allah. Malah tidak lama lagi tuan akan mendengar laungan berjihad yang kuat dari Rosmah dan Najib. Mereka baru sahaja pulang dari Mekah dan telah meminum air dari telaga Zamzam. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


ANAK MUDA BERSEDIA - NAJIB HENDAK MENIPU



PENGUMUMAN


semua tim BERSIH 0.1
semua tim BERSIH 2.0
semua tim BERSIH 3.0


BERSEDIA!


LAPAN TUNTUTAN WAJIB DI TUNAI



PM JUMPA BEKAS MP SEBELUM PEMBUBARAN PARLIMEN - mkini

Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan esok, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara hari ini.

Menurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.

"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.

KAH KAH KAH
KAH AKH KAH
KAH KAH KAH

woit...KALAU PARLIMEN BUBAR ESOK...ERTINYA NAJIB MENIPU... kah kah kah...

woit...JAWATAN KUASA PARLIMEN UNTUK MENGKAJI PILIHANRAYA BELUM SELESAI... kah kah kah..

kah kah kah... 8 TUNTUTAN BERSIH... BELUM TUNAI.... kah kah kah..

kah kah kah...JAWABNYA .... ANAK MUDA WAJIB BERSEDIA.... kah kah kah

MAT NGANTOOK II ZZZZZZZZZ


NOTA:
dalam hidup ini
tak adalah yang paling hina
melainkan kena tipu

kalau kena tipu oleh braheng
macam pas kena tipu kira kira okay lagi

tetapi:

kalau ditipu oleh mat ngantook
inilah yang paling hina
zzzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzz
zzzzz
kah kah kah

KALAU MUHYIDDIN TAK LAWAN NAJIB DIA AKAN MATI TEGAK





BERSEDIA BEDRSIH 3.0







PEMBANTU KU LI DAKWA UMNO JUGA PINGGIR MUHYIDDIN
– harakah daily

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin tidak sedar yang dirinya juga sedang dipinggir Umno, kata Muhd Lukhman Ghani, pegawai khas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga AJK Umno Petaling Jaya Utara berkata, status Muhyiddin mungkin berada di tangga ke lima dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

Perkara itu menurutnya boleh dilihat melalui program-program anjuran Umno serta liputan media arus perdana yang pro BN sendiri.

"Muhyiddin pun tak sedar dia dipinggir dalam Umno, mungkin dia duduk di nombor 5 atau 6," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai membidas jawapan Muhyiddin kononya Umno tidak pernah menyekat mana-mana suara ahlinya menyatakan pandangan seperti didakwa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai 'Ku Li'.

Lukhman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Najib Razak dan suaminya Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Rais Yatim dan suaminya , Maznah Muhamad.

"Tempat ketiga diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd
Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang.

"Muhyiddin tak ada dalam ranking empat yang utama, apatah lagi naib-naib presiden Umno.

"(Dalam Umno) Kalau mengampu kerajaan baru dapat ruang," katanya yang menyifatkan hanya 'ruang terpilih' yang ada dalam Umno.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BERITA SAHEH.... BERITA DARI ORANG DALAM... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU MUHYIDDIN TAK LAWAN.... kah kah kah..

kah kah kah..INA LILLLAH .... kah kah kahh...

kah kah kah...MUHYIDDIN SEDANG DI KEPONG OLEH DUA TIM NASI KANG KANG...kah kah kah..

kah kah kah..DUA DUA BETINA BECOK.... kah kah kah..

kah kah kah...DUA DUA PENGAMAL NASI KANG KANG DARI NEGERI SEMBILAN....kah kah kah..

kah kah kah... DUA DUA JANTAN TAKUT BINI..... kah kah kah..

NOTA:
najib ada ziana zain
rais yatim ada budak ambil gambar dari kelantan
nampaknya nasi kang kang dah kureeng power
kah kah kah


NOTA:
siapa tahu apakah dia
budak ambil gambar dari kelantan?
kah kah kah



TOLONG JANGAN SEBANG FITNAG




JEMPUTAN UNTUK MALAM INI












SEMUA DI JEMPUT DATANG

TEMPAT: 50B BANGSAR UTAMA - sebelah opis malaysiakini
WAKTU : .8.30 MALAM

TEMPAT :
amat amat terhad - sapa datang dulu ada tempat
kalau datang lambat - maaf tak ada tempat - ini bukan
olok olok ini memang betul


---------------------------------------------------------------------

INI MENTER BESANG IKANG








NOTA:
ada duit
ada kuasa
ada kereta besar
kalau tak boleh ngentot apa guna hidup
kang kang kang




SURANG DARANG NEGARANG IKANG

Ini cerita terbaru Ambe dengar di PWTC, Hilton Sentral serta Seri Pacific mengenai Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said).

Beliau dikatakan sudah berkawin lagi.

Bini ketigalah ni. Tak taulah Toh Puan Nurliza Mahmud dan isteri keduanya dari Setiu tahu ke belum.

Ambe diberitahu bahawa Mad Said menikah selepas ‘ditangkap’ oleh seseorang di Hilton Sentral baru-baru ini.

Menurut ceritanya, isteri ketiganya ini sekitar 40an dan bekas isteri ahli perniagaan yang juga bekas isteri kerabat Diraja Terengganu.

Ambe tok leh nak confirm.

Tapi cerita ni dah sampai Istana Negara dan Istana Terengganu. Ramai dah tau. Masing-masing senyap sebab dah nikah. Nak buat apa lagi?

Di Terengganu, kononnya Mad Said dah beli rumah untuk bini ketiganya ini.

Sebelum ini dikatakan di Pejabat Menteri Besar Tg 16 tu ada yang tahu hubungan Mad Said dengan perempuan ini tetapi tiada siapa berani buka mulut.

Malah dikatakan ada beberapa kali Toh Puan mengesyaki Mad Said membantu perempuan ini termasuk menyediakan rumah.

Ada mengatakan rumah isterinya ini di Jalan Kamaruddin dan ada yang kata ia berhampiran Giant Kuala Terengganu.

Wallahualam, biarlah. Dia mampu untuk mendirikan masjid walaupun katanya lulut Mad Said dah ‘berulat’!



DARI FACEBOOOK SATU TUMBUH:

tt tentang hal mat said aku dari minggu lepas nak emal kat kau...pakcik aku yg umno tganu dah cakap kat aku hal ni 2 minggu dah...dan dgn betina itu dia dah nikah untuk jadi bini ke 3 kah kah kah..kantoi..kantoi hotel di kl lak tu...kah kah kah.

NOTA:
hari hari akhir seorang menteri
entot pandai
bila pancut lisut
kah kah kah


SATU LAGI CARA NAK TIPU MAK CIK FELDA




MAT NGANTUK DAPAT PUJIAN




NOTA:
buku baru untuk edaran
persidangan gerombolan
nanti macamm mana?
sudah beli semua?
kah kah kah





KEPIMPINAN NAJIB DI PUJI – berita hairan

Arab Saudi beri penghormatan luar biasa terhadap Malaysia di Istana Mina

SEPANG: Raja Arab Saudi Raja Abdullah Aziz Al-Saud memandang tinggi terhadap Malaysia dan kepimpin Najib Razak.

Malah baginda, yang juga pengawas Masjidil Haram turut menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Najib dalam mentadbir negara.

Baginda bertitah demikian kepada Najib melalui perbualan telefon antara baginda yang berada di Riyadh dan Najib yang berada di Istana Tetamu Mina jam 7.45 malam Isnin lalu, selama 25 minit.

Najib dalam ucapannya sebaik tiba dari tanah suci di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini, semalam, berkata: “Ini menunjukkan kerajaan Arab Saudi khususnya Raja Abdullah yang juga Custodian of the Holy Mosque dan seluruh kepimpinan Islam kerajaan Arab Saudi memandang tinggi kepada Malaysia dan kerajaan kita.”

Najib berkata, sokongan itu menunjukkan kepimpinan Malaysia berada pada landasan yang betul dan benar, dan ini menguatkan lagi semangat pemimpin negara untuk terus berjuang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INI CUKUP HEBAT.... INI PUJIAN CUKUP GAH...kah kah kah...

kah kah kah...RAJA SAUDI BERI PUJIAN PADA HAJI MALBORO .... kah kah kah......

kah kah kah.. MAK CIK FELDA m ANGGAP HAJI MALBORO CUKUP TERER..... kah kah kah..

kah kah kah... INI MACAM DAPAT PUJIAN KERANA JUJUR DAN WARAK DARI VINCENT TAN... kah kah kah..

kah kah kah..INI MACAM DAPAT PUJIAN KERANA AMALAN SOLEH DARI ANAK LIM GOH TONG... kah kah kah..

kah kah kah...INI MACAM DAPAT PUJIAN DARI ZUL NORDIN KERANA JUJUR DAN IKHLAS.... kah kah kah....

woit... HAJI MALBORO MEMANG PATUT BERBANGGA...kah kah kah..


NOTE:
u ingat i tak terer ke?
braheng ali pun punji i
kah kah kah


MENTERI BESAR KENA TANGKAP KHALWAT




MAKANG IKANG KENA TANGKANG

















AHMAD SAID AKAN SAMAN PENULIS BLOG FITNAH BELIAU DITANGKAP KHALWAT
– mStar

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu D Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.

Ahmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.

"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.

"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.

Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.

"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BIAR BETUL CERITA INI... kah kah ka..

kah kah kah...DARI BLOG MANA... NAPA TAK ADA NAMA BLOG... kah kah kah..

kah kah kah...SEBUTLAAA NAMA BOOG INI...JANGAN SERKAP JARANG...kah ah kah

kah kah kah...APAKAH INI BERTUJUAN UNTUK CARI SIMPATI.... kah kah kah...

kah kah kah...CARI SIMPATI KERANA ORANG IDRIS JUSUH DAN MULA ASAH PARANG..... kah kah kah..

kah kah ka... TAK PERNAH DENGAR KES KHALWAT INI?.... kah kah kah...

kah kah kah...ATAU INI SATU TRIK NAK TIPU BINI KERANA NAK KAHWIN LAGI..... kah kah kah..

kah kah kah.. KALAU BETUL ...APA NAMA BLOG ITU... kah kah kah..

kah kah kah...APAKAH BLOG ITU NAMANYA...UTUSAN?... kah kah kah


NOTA :
kes bermukah dengan pelajar uitm ini
sama macam kes rais yatim
kah kah kah




PADANG ORANG RAMAI DI REMBAT CUKONG




PENYOKONG DI JEMPUT HADIR







PENDENGARAN PERMUSNAHAN PADANG RAKYAT KELANA JAYA

Semua di jemput hadir untuk mendengar bagaimana kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR
melalui PKNS akan kelentong orang ramai untuk rembat padang permainan di Kelana Jaya.

TARIKh : 10.11.2011
WAKTU : 2.00 Petang
TEMPAT : DEWAN BUNGA TANJUNG – MBPJ ( tempat bayar saman)


LATAR BELAKANG:
padang permainan seluas 18 ekar ini telah dirembat oleh cukong
siapa cukong ini?
apa hubungan cukong ini dengan PKNS?
kenapa PKNS dapat dibeli oleh cukong
siapa ajen cukong dalam kerajaan Pakatan Rakyat
siapa exco talian cukong?


SURAT DARI PEMBACA:

sama je, kalau dah politician tu, semua gile duit, prinsip sume tolak tepi, mangkok hayon betol!!!
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

ni bukan yg pertama...dulu ada di kota damansara...buat carrefour pun company ni: Melati Ehsan kah kah kah tetap sokong Pakatan Rakyat, tapi tidak membuta-tuli. tak mcm org Ameno, sokong sampai mati, sampai selama2nya kah kah kah
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

errrrrr.....bila masa padang ni rakyat selangor punya?tukar tiub tak dpt habuan ke?
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

kat p.pinang ada kg buah pala.. di selangor ada buah kelana jaya rakyat melopong main buah pelir.
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

Lawan tetap lawan..... Kerajaan PR ka BN ka kalau buat silap lawan tetap lawan.... Ini baru ketuanan rakyat.... Kami anak muda melawan kerajaan korup
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

tapi dengarnya diorang nak buat kompleks perniagaan dan shopping kompleks..diorang cakap ada bikin sekali padang bola kat dalam tu kira macam padang bola dalam shopping complekx..macam kat sunway piramid la ada atrium dalam sunway pyramid,ada sunway lagoon..begitulah kira2nya..ok pe? padang bola dalam shopping kompleks x pernah dibuat orang...

b4 bangkit tengok dulu diorang nye plan structure kompleks yang bakal dibina,kalau betul seperti dikata terima jelah..mungkin ada sesuatu yang unik nak ditonjolkan..jangan buruk sangka dulu fikir dengan hati yang tenang dulu berbaik sangka..kita pun x dapat informasi yang tepat lagi pun..
By Hamidi Fizie Bin Ahmad on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11



Kerajaan Pakatan Rakyat tak bagi org2 kt selangor ni main bolasepak..cam bodoh..bola sebijik kejar ramai2....cuba la main permainan yg membangunkan minda sikit...permainan yg tak menggunakan padang....kahkahkahkah
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

apa lagi..kasi panggil rtm,tv3,utusan dll media gerombolan..bg satu malaysia tau..
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

PKR,PKNS,MBPJ SEMUA PON BAWAH SATU KERAJAAN APA YANG SUSAH SANGAT...Y.B DAH JUMPA......OOPPPSSS GUA RASA ADER YG X KENE NI??????NI SEMUA MAIN UNDER TABLE OR MAIN BELAKANG????ALAMAK TUT TUT TUT.......SO JANGAN JADI MACAM LEMBU?????SEMUA PON PENIPU BN KA PKR KA APA KA SEMUA KAKI KENCING PUNYA ORANG...MATLAMAT MENJAHANAMKAN ORANG MELAYU TAHNIAH EK........
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11

semekom,salam sejahtera, BUAT SESEDARA DILUAR SANA AMARAN!!!!!SIAPA P.K.N.S SIAPA M.B.P.J DAN DIBAWAH KERAJAAN MANA MEREKA SEKARANG????KENAPA PUAK P.K.R NAK MEMBANGANGKAN DIRI NAK MENERUSKAN PROJEK GILER NI KALAU DEPA TERUS KAN DEPALAH BODOH KOT2 LEPAS NI TURUN TAKHTA????SAPA YANG MASYUK...KUI KUI KUI....KER PASAL P.K.R DAH XDER ISU NAK PERBESARKAN ISU NI....ADERKER DIORANG YG BUAT KEPUTUSAN DIORANG YANG BANGKANG...KONONNYA ADALAH Y.B NI SANGGUP MEMBANTU RAKYAT....DEY PIRAH KENCING SANA KENCING SINI.....PODAH SEMUA PON SAMA....DENGAN INI SAYA HARAMKAN SEGALA PROJEK DIKAWASAN KELANA JAYA....SS7 RULES HAHAHHAHAHA.....
By Anonymous on PULAU PINANG ADA BUAH PALA - SELANGOR ADA BUAH KE... on 11/9/11


BAYAR YURAN HOSTEL UNTUK KAYAKAN KRONI KHIR TOYO





KONTREKTOR KRONI KHIR TOYO




ISU KUIS : ANTARA AUTA DAN LAYANAN MINDA KELAS KE 3


Saya bukanlah manusia yang popular di KUIS, jauh sekali dikenali & disanjungi sesiapa. Namun setiap kali membaca luahan rakan-rakan media cetak & media alternatif, saya sangat-sangat berharap akan ada perubahan atas apa yang diluahkan oleh pelajar-pelajar, selepas saya sendiri hampir berputus asa apabila sejak 3 tahun belajar di sini, sering menghadapi masalah yang sama, ‘jawapan’ yang sama, bahkan mungkin saya boleh istilahkan sebagai ‘jawapan’ yang lebih berbentuk ‘auta’.

Pertama kali saya mohon maaf kalau seandainya surat saya ini akan mengguris perasaan orang-orang yang saya hormati di KUIS. Bukan niat saya untuk memperlekeh kewibawaan kalian, namun keperitan hidup sepanjang proses menuntut ilmu di sini, telah menggerakkan hati & jiwa saya untuk menulis sesuatu di sini, walaupun sebenarnya saya langsung tidak pernah menulis walau sepucuk surat pun dalam mana-mana media atau majalah. Ianya hanyalah semata-mata untuk mengharapkan perubahan yang saya & rakan-rakan di sekeliling saya impikan.

Ketika seluruh pelajar KUIS diwajibkan untuk duduk di hostel, saya pernah bertanyakan kepada seorang pegawai pentadbir, sebab apa arahan itu dikuatkuasakan? Jawapan awal yang diberikan sangat menyejukkan hati saya sebagai seorang pelajar yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, iaitu supaya mudah untuk seluruh pelajar KUIS ini ditarbiyah & dibentuk sahsiahnya. Itulah jawapan awal yang diberikan pada saya & saya menerimanya dengan penuh lapang dada walaupun ketika itu ada teman-teman lain yang bercakap-cakap belakang khususnya mereka yang boleh saya kategorikan sebagai agak ‘sosial’.

Namun entah bagaimana, sebelum peperiksaan pada semester yang lepas, saya tergerak hati untuk bertanya kepada pegawai pentadbir yang lain, untuk kali yang kedua, benarkah sebab untuk pelajar-pelajar duduk dalam (hostel) ialah untuk maslahat tarbiyah? Pegawai yang ini kelihatannya mengerutkan dahi ketika mendengar soalan saya, lantas berkata secara sinis, sebab untuk mentarbiyah itu hanya ‘sebab sekunder’ sahaja. Sebab utama katanya ialah, apabila seluruh pelajar duduk di hostel, pihak kolej akan dapat menggunakan yuran yang dibayar seluruh pelajar hostel, untuk membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang telah bertanggungjawab membina hostel tersebut di peringkat awalnya, sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian sewaktu negeri Selangor ditadbir oleh mantan Menteri Besar, Khir Toyo lagi.

Ternyata jawapan kali kedua yang disertakan dengan fakta ini, sungguh meruntun hati saya & merasakan diri ini begitu lemah & ‘bendul’ sehingga mudah diperbodohkan dengan jawapan yang tidak jujur. Saya sangat tidak menyangka sebab untuk mentarbiyah itu hanyalah alasan & ‘auta’ untuk menutup keterdesakkan pentadbir menyedut duit pelajar-pelajar semata-mata untuk memudahkan kerja pentadbiran kolej membayar balik ‘yuran tetap’ kepada konsultan yang terlibat. Andai benar cakap-cakap di kalangan warga KUIS bahawa kroni Khir Toyo terlibat dalam perjanjian pembinaan hostel yang sangat menyusahkan & tidak adil itu, mengapa harus disusahkan pelajar-pelajar yang sememangnya tidak berkemampuan? Mengapa mesti digunakan istilah ‘tarbiyah’ untuk menutup perkara pokok & masalah sebenar?

Lebih menyedihkan apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar atas segala permasalahan yang berlaku menggunakan layanan ‘minda kelas ke-3’ kepada pelajar-pelajar. Dengan bahasa sindiran yang digunakan, ayat-ayat sinis, dialog kasar, kerap tiada apabila pelajar-pelajar ingin berjumpa, suka menabur janji yang tidak bernoktah dan banyak lagi layanan-layanan yang seolah-olah menganggap kami ini penyibuk & pengganggu, saya tidak tahu berapa lama lagi saya & teman-teman akan bertahan dengan keadaan ini. Sudahlah peraturan untuk sentiasa memakai tie, yang sudah seperti ‘aqidah’ dalam mentaliti pentadbir KUIS yang langsung tidak boleh dilanggar itu, sedia menyusahkan pelajar-pelajar lelaki. Ditambah pula layanan barbarian oleh sesetengah kakitangan pentadbir yang sangat-sangat menjengkelkan.

Tuan, saya bukan merungut membabi-buta. Tuan dengarlah rintihan pelajar-pelajar. Tuan dengarlah suara mereka. Saya rasa kami bukanlah anak kecil yang merengek-rengek tidak tentu hala. Tapi kami benar-benar tertekan dengan keadaan ini. Paling penting, saya tidak mendapat upah sesen pun dengan luahan ini, apatah lagi menjadi ejen mana-mana pihak yang berkepentingan untuk memburuk-burukkan KUIS. Tolonglah tuan. KUIS sangat-sangat berpotensi untuk menjadi IPTS Islam contoh di Malaysia. Mempunyai pengajar & pensyarah yang berwibawa, saya sangat optimis dengan masa depan pusat pengajian Islam ini. Namun, dengan berleluasanya budaya ‘auta’ & layanan ‘minda kelas ke-3’ ini, saya hampir tidak nampak samada impian tersebut akan tercapai ataupun tidak.


Yang benar,
Nur Sakinah Hanani,
Penuntut Prihatin.