.

Khamis, 27 Februari 2014

MALIKUL SEMBAB BERSABDA LAGI





Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA -  Muhyiddin Yassin menengaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit..KENYATAAN HASAN MALEK.. kah kah kah

kah . DALAM SISTEM KAPTALIS SEMUA NAK UNTUNG.. kah..

kah kah kah..JUAL  BARANG UNTUK UNTUNG MAKSIMA... kah kah..

kah kah kah..MENIAGA BUKAN SEDEKAH JARIAH... kah kah kah..

kah kah..SEMUA KAPITALIS NAK DAPT UNTUNG... kah kah

woit... PASAL  ITU KENA BELAJAR.... kah kah kah..

kah kah... JANGAN JADI HASAN MALEK... kah kah kah

kah kah kah..BELAJAR DI UM AMBIL USULUDDIN... kah kah ...





-----------

BILIK SULIT MALAM INI







MALAM INI
dewan china kuala lumpur
jam 8:30 malam
sila datang buat ramai


----------

SIAPA AZMIN ALI - KAH KAH KAH







SIAPA DIA AZMIN ALI?
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html




PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
baca disini:
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html

----------

MARI KITA BERHENTI SABENTAR





KOMENTAR TUKAR TIUB
ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita
ada sesuatu yang tidak betul dalam masyrakat kita

kita semua bertanggung jawab
kepada apa yang sedang  berlaku di hadapan mata kita

kita wajib melihat diri kita sendiri
berhenti sabentar dalam kegelojohan hidup ini
untuk kembali menilai diri

meneliti  dan memahami
tanda tanda yang semakin jelas dilihat
tanda tanda bahawa tamadun kita dalam kesakitan

hukuman 
tuduhan
undang undang
tidak menjanjikan
satu jalan keluar dari terowong  gelap

terowong gelap dari satu sistem ekonomi yang
tidak megutamakan manusia
tetapi mengutamakan  untung


Jumpa mayat ‘dikafankan’ tepi jalan
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki yang dibungkus seperti dikafankan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, di sini, semalam. »

Bayi ditinggal depan rumah

Butterworth: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai di sini, malam kelmarin. »

---------

PEMIKIRAN KRITIKAL






MALAM INI
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA

KHAMIS  27 FEB 2014
jam 9:00 malam
universiti bangsar utama
dari socrates ke plato
ke aristotle
kini
AL KINDI


STESEN PUNK ROCK
akan membuat liputan langsung
untuk warga yang berada di mana sahaja
layari www.radiobangsarutama.com



--------

DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL





OH MAK CIK FELDA
Apa yang saudara TT huraikan ada kebenaran nya. Saya telah menemui beberapa orang para peneroka FELDA. Dari cakap cakap mereka maka saya faham mengapa mereka agak sukar untuk berubah, "Mengapa saya perlu menyokong parti lain? Selama ini saya merupa kan orang susah, kini telah di beri tanah 10 ekar, rumah dan segala nya. Apa yang di katakan hutang, saya tidak pernah membayar nya. Semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau tak ada duit, senang aja, ambil segunui gula atau pun apa dari kedai koperasi dan jual di luar.

 Hutang apa kira kerana semua nya di uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau anak saya nak basikal untuk kesekolah atau T.V rosak, ambil sahaja di kedai koperasi. Hutang akan di tolak dari hasil kebun. Tak kan saya nak tinggalkan UMNO yang telah membantu selama ini" Begitu lah alasan yang di berikan oleh kebanyakan yang saya temui. Walau pun telah di jelas kan pelbagai penyelewangan tetapi mereka tetap dan ta'at dengan hujah tersebut. Jadi apa yang harus saya lakukan, on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
Publish | Delete | Spam
Saadun Sulaiman
on 2/26/14

DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL
Bani Melayu bagaikan telah disumpahkan oleh kuasa ghaib yang ia tidak mungkin mendapat kepimpinan daripada mereka yang layak memimpin mereka melainkan dapat Tunku yang pernah mengumumkan dia adalah PM paling bahagia di dunia sedangkan Malaya ketika itu baru nak merangkak membangun. 

Tun Razak pula betul sangat ghairah dengan projek FELDA tapi dia hanya meneruskan malah memulakan pecahan kaum melalui DEB; Tun Hussein Onn terlalu lembit untuk menghasilakan sebarang wawasan, sementara Anak Kutty Iskandar paling hebat membangunkan kronisme kapitalisme, negara sarat dengan simbol kaya Dunia pertama tapi majoriti rakyat masih dalam kelompok miskin dan apa nak diharap dari PM suka tidur, 

Pak Lah dan akhir sekali Najib yang sebenarnya dikawal oleh Rosmah, dia tiada konsep pembangunan integriti negara dan lembik pula tapi bijak berlagak macam seorang pemimpin hebat bagi Bani Melayu. Hai nasib malang bagi Bani Melayu bangan. on SURAT TERBUKA UNTUK BANI MELAYU
UNCLE RAMLI

on 2/26/14 

----------

CARA MEMBACA UTUSAN





Anwar buat kesilapan besar

HULU LANGAT 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dan menempah kejatuhannya apabila bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekali gus mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat,  Johan Abdul Aziz berkata, Anwar juga bertindak di luar kebiasaan apabila kelam-kabut berkempen jauh lebih awal daripada hari penamaan calon pada 11 Mac ini.

"Anwar sudah guna pentas ceramah umum, surau, kuil dan gereja. Beliau sudah pergi semua tempat. Saya tengok sudah macam 'desperado' (terdesak).

"Saya rasa, dalam banyak-banyak perancangan Anwar, kali ini adalah perancangan yang silap dan membawa tangga turun kerana saya tengok beliau gelabah sangat seperti tidak pernah kendalikan pilihan raya kecil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..INGAT TAK CARA MEMBACA UTUSAN... kah kah kah..

kah kah... KALAU UTUSAN SERANG ERTINYA KERJA BETUL...kah kah..

kah kah..KALAU UTUSAN TIBAI ERTINYA LANGKAH TEPAT...kah kah

kah kah..KALAU UTUSAN  SOKONG ERTING KERJA SALAH... kah kah 

kah kah kah.. ELEMENTRY MY DEAR WATSON... kah kah kah


ANWAR DILAWAN
OLEH 
AKAR DAN UMBI
kah kah kah
---------

CUKONG JADI AKAR UMBI





 INI DIA 
PEMIMPIN AKAR UMBI
kah kah kah
 ‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang
Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN)  Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan  Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...OOOO MAK DATIN... kah kah kah...

kah kah kah.... AKAR DAN UMBI.... kah kah kah..

kah kah kah... BIAR BETUL.... kah kah kah

BERAKAR DAN BERUMBI
--------

SIAPA DIA ZAHID IBRAHIM



KREDIBILITI DAN DATO’ ZAID IBRAHIM
  
Sejak mengumumkan menjadi calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.

Kebelakangan ini, Dato’ Zaid Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga atas alasan ketelusan dan integriti.

Saya pada mulanya tidak mahu memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam perkara itu.

Malangnya, keadaannya tidak sebegitu.

Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’ Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Dato Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Saya memaklumkan perkara ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.

Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas email Dato’ Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.

Budaya melobi dan menggunakan kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar. Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.

Jelas bahawa kelantangan Dato’ Seri Zaid Ibrahim mengenai ketelusan, integriti dan budaya politik bebas rasuah hanyalah lantang dengan suara, tetapi tidak dicerminkan oleh tindak tanduk beliau. Ini soal kredibiliti sebenar. Sebelum beliau terus lantang mencabar orang lain, wajarlah Dato’ Zaid menjelaskan kenapa beliau kekal dengan buday Umno/Barisan Nasional setelah meninggalkan Umno/Barisan
.  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

26 Februari 2014

---------