SEMUA PEMBACA TT – SILA AMBIL INGATAN BERITA BERNAMA INI

40 GEMPA DI MALAYSIA SEJAK 2007 - bernama
Dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah, tetapi yang ketara 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang.
Tiga lagi gempa bumi itu berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang).
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas berkata sejak November 2007 sehingga Mei tahun lepas sebanyak 29 gempa bumi dicatatkan di kawasan Bentong itu.
Kes terbaru pada 8 Okt lepas bagaimanapun mencatat gempa bumi paling kerap, sebanyak lapan kali dari pukul 4.45 pagi hingga 12.05 tengah hari, bermagnitud antara 1.1 hingga 2.8 skala Richter.
Kesemua gempa bumi itu dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik yang mempunyai garis sesar berukuran 15 kilometer lebar dan 70 kilometer panjang.
nota:
kaki lobi, ajen komisen, macai menteri
sedang melobi kerajaan malaysia
agar membeli loji nuklear
dari peranchis.
ajen ajen penjual loji nuklear peranchis
sedang bersepah sepah mencari malaon-maloan
yang boleh melobi menteri agar membeli loji nuklear.
ajen dari korea dan amerika juga bersepah-sepah dan
sedang mundar mandir dengan niat yang sama.
perhatikan dari hari ke hari akan banyak laporan dari tukang
karut pak kang kong yang akan menjual cerita bagaimana
baiknya tenaga nuklear ini. ini adalah sebahagian dari
kelentong untuk tipu orang melayu.
waspada : di pilipana loji nukelar bataan sudah siap pada tahun 1984 tetapi sampai
hari ini tak diguna kerana kawasan gempa bumi.
setiap hari rakyat pilipina kena bayar 155,000 dolar
sehari hingga ke hari ini - masih belum berhenti.
ini duit hutang belanja buat loji. hutang pada syarikat amerika.
kontrektor dan para kroni marcos semua sudah belah.
di sepanyol – loji nuklear lemoniz di utara sepanyol siap tahun 1983.
sampai hari ini tak dibuka kerana di tentang oleh orang kampong.
kontrektor dan penjual telah kaya raya.
anak anak muda bersedia untuk satu gerakan anti-nuklear.
lebih baik bersedia awal.
projek ini sedang dirancang.




