Sabtu, 17 Julai 2021

ROCK KERONCONG DIMINATI SUKARNO

 


ROCK KERONCONG

DIMINATI

 BUNG KARNO

APA JADI ? PAK LAH TERBANGUN KE ?

 


APA JADI ?

PAK LAH

TERBANGUN KE ?

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"MAKNA : 

JANGAN CABAR KERAJAAN"

Lu sumer dah lupa ke apa jadi pd pak lah bila dia kuar ayat " saya pantang dicabar"

CHINA DI YENAN DENGAN CHINA DI KONG KONG CHINA KE ?

 



APEK  DI YENAN

DENGAN APEK 

DI HONG KONG

DIANGGAP 

CHINA KE?

Unknown commented on 

"MELAYU SEBELUM 

BEATLES SEBELUM 

ROLLING STONE"

Orang Indonesia identify as Malay?

UNDUR MUHYIDIN UNDUR

 


UNDUR

MUHYIDIN

UNDUR

KHALAS

Aktivis berhimpun di Dataran Merdeka tuntut Muhyiddin letak jawatan




Aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat di Dataran Merdeka membawa bendera hitam dan replika mayat serta sepanduk dengan slogan “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Julai, 2021.

SEKUMPULAN kira-kira 20 orang aktivis Sekretariat Solidariti Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur bagi menuntut Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Kumpulan itu berhimpun di Dataran Merdeka petang ini dengan membawa bendera hitam dan replika mayat serta sepanduk dengan slogan “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”.

Dalam satu kenyataan, kumpulan aktivis itu menjelaskan replika mayat tersebut melambangkan jumlah kematian akibat Covid-19 dan kes bunuh diri yang semakin meningkat.

14 bendera hitam yang dibawa dalam perhimpunan itu pula melambangkang kemarahan rakyat, kata kumpulan itu lagi dalam kenyataannya.

“Ini menunjukkan rakyat sudah penat dan marah dengan sikap ego kerajaan Perikatan Nasional yang enggan meletakkan jawatan,” kenyataan itu dipetik.

Kumpulan itu juga kecewa kerana perdana menteri tidak peka ke atas masalah dihadapi rakyat dengan merendah-rendahkan usaha rakyat meminta bantuan dengan menaikkan bendera putih.

“Sikap perdana menteri dan menteri kerajaan yang terus menerus menyindir kempen solidariti bendera putih rakyat adalah sangat tidak peka dan prihatin keluh kesah rakyat,” kata kumpulan itu.

Walhal, rakyat kini terhimpit dan tertekan akibat kehilangan sumber pendapatan dan akan mati kelaparan akibat tiada pendapatan atau akibat terkena jangkitan Covid-19.

“Dan perdana menteri masih boleh buat lawak bodoh untuk menaikkan bendera biru,” kata kumpulan itu lagi.

Ia turut menyelar tindakan kerajaan yang tidak cekap dan cuai serta keputusan yang sentiasa berubah-ubah dan didakwa dibuat tanpa merujuk golongan arif.

Antaranya, keputusan membenarkan kilang untuk beroperasi sedangkan perusahan berkenaan didakwa sebagai punca penyebaran keluster dan peningkatan jumlah kes, kata seketariat itu.

Tindakan kerajaan ini mengakibatkan kekeliruan di kalangan rakyat dan pengusaha dalam semua sektor ekonomi, menurut kumpulan itu lagi.

“Kerajaan seperti tidak ada pelan ke depan yang lebih strategik untuk membawa negara keluar dari pandemik Covid-19 ini.

Selain menuntut Muhyiddin meletak jawatan, kumpulan itu juga mendesak sidang Parlimen diadakan secara penuh dan rakyat diberikan moratorium ke atas pinjaman secara automatik.

Mereka juga menyeru rakyat memakai pakaian berwarna hitam sebagai lambang rasa marah dan kecewa terhadap kerajaan PN.

Perhimpunan yang berlangsung secara aman di Dataran Merdeka itu dilihat turut diawasi beberapa anggota polis.

Seminggu lalu, kumpulan Sekretariat Solidariti Rakyat mengancam akan mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya Muhyiddin masih tidak meletak jawatan perdana menteri. – 17 Julai, 2021.



BAHAYA PENDATANG YANG RAMAI

 



BAHAYA

PENDATANG RAMAI

panglimo potaseh commented on 

"MAKNA : 

JANGAN CABAR KERAJAAN"

Nak cabar kepala bapak apa ..betul lah cakap Mael tu ..tutup semua kilang. Satu lagi hantar balik simua bangla dan nepal balik, mereka masih ramai dan dah mula jadi sombong ..dan ..dan pompuan Melayu sgt suka pada kote mereka ..

KURANGKAN PENDUDUK DUNIA

 


KURANGKAN

PENDUDUK DUNIA




Unknown commented on

 "PROJEK KAPITALIS

 KURANGKAN 

PENDUDUK DUNIA ?"

Ini agak pelik. Mana ada kapitalis mahu kurangkan penduduk. Kapitalis meraikan pertumbuhan penduduk kerana membuka pasaran lebih luas, buruh yg murah dan keperluan pembangunan bg menampung ledakan penduduk. Bro, lu punya teori ni kelaut lah.

SILA MENDERMA - PAK DIN HATI MULIA

 



MAKLUMAT

TUKAR TIUB  TELAH
DAPAT BERHUBUNG
DENGAN
JURU GAMBAR BERITA

DIBAWAH INI NO AKAUN
PAK DIN
SESIAPA NAK HULUR
SEDIKIT BANTUAN
AH LAN WA SAH LAN
AMIN

BANK SIMPANAN NASIONAL
KAMARUDDIN BIN OMAR
NO AKAUN :
14-17-42-90-00-08-04-39


DARI ARKIB  14/7/2021

PAK DIN

BERHATI MULIA

Walaupun menjadi gelandangan, Pak Din gembira bersama beberapa ekor kucing diselamatkan yang sudah dianggap seperti anak sendiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 202 

PKP tidak halang kerja murni selamatkan anjing, kucing terbiar

HILANG sumber pendapatan serta tempat tinggal tidak menghalang rakyat Malaysia untuk terus membantu dan melindungi anjing dan kucing terbiar sepanjang tempoh sekatan pergerakan.

Mereka secara sukarela meluangkan masa, wang dan rumah mereka bagi memastikan haiwan ini diberi makan secukupnya dan kesihatannya dijaga. 

Haiwan terbiar yang lebih jinak pula diambil oleh mereka yang sanggup memeliharanya.

Kamaruddin Omar Baki, yang lebih mesra dipanggil Pak Din, pernah tinggal di rumah orang tua di Kulim, Kedah namun dihalau kerana memberi makan kepada kucing terbiar di rumah berkenaan. 

“Ada yang mengadu kepada pihak pengurusan kucing ini kotor. Mereka kemudian membuat keputusan menghalau saya keluar dan minta saya membawa keluar kucing.  

“Saya keluar pada 31 Mei selepas tinggal di sana selama dua tahun dan kembali ke Kuala Lumpur dengan sembilan ekor kucing,” katanya yang berusia 74 tahun. 

Pak Din pernah menyewa bilik di Sentul, Kuala Lumpur. Beliau pernah menjual barang di pasar untuk meneruskan hidup. 

Pada 2018 ketika sedang beratur di dapur jalan beliau ditangkap oleh pihak berkuasa dan dihantar ke rumah orang tua di Kulim untuk golongan yang tiada waris. Pak Din tidak pernah berkahwin. 

Kini beliau hidup sebagai gelandangan dan masih memiliki kucing yang beliau selamatkan. Beliau dan kucingnya tinggal dalam sebuah kereta di Jalan Tun Tan Cheng Lock berhadapan Pos Malaysia berhampiran stesen LRT Pasar Seni di ibu negara. 

Kucingnya diletakkan dalam sangkar untuk memastikan ia tidak ke jalan raya dan dilanggar kenderaan. Beliau hanya lepaskan ia untuk bermain di kawasan selamat ketika mencuci sangkarnya di bangunan berdekatan. 

Walaupun wang kebajikannya dipotong selepas meninggalkan rumah orang tua, beliau tidak sanggup berpisah dengan kucingnya yang dianggap seperti anaknya sendiri dan terus memberinya makan tiga kali sehari. 

“Saya berikannya makanan basah, jika saya beri makanan kering ia tidak akan makan. Untuk beri makan kepada semua kucing, saya perlukan tiga tin sehari dan setiap satunya berharga RM4.50,” katanya. 

“Saya dapatkan makanan saya di dapur jalanan yang beroperasi di kawasan ini. Adakalanya saya minta lebih makanan jika ada jadi saya boleh berikan kepada kucing. Dengan cara ini saya jimat satu tin.

“Jika kucing ini gembira, saya pun gembira,” katanya. – 11 Julai, 2021.

MARI KITA

BANTU SOSOK

YANG BAIK 

HATI INI

AMIN

PEMBACA TT

SILA TUNGGU

TT AKAN CARI

MAKLUMAT LANJUT

AMIN 

HEBAT ANAK MUDA INI

 

 ANAK MUDA

YANG HEBAT

AL-FATIHAH

 

AL-FATIHAH

Pulitzer prize-winning photojournalist killed by Taliban in Afghanistan

Reuters photographer Danish Siddiqui was covering Afghan commando unit near Pakistan border







BERSAKUR

 


 BERSAKUR

Unknown commented on

 "BEBAS ! 

KAH KAH KAH"

Amin syukur alhamdulillah segala pujian kepada maha pencipta yang adil saksama kah kah kah ampun tuanku seribu ampun Tengku bebas dari segala kemungkaran dunia, silap dia naik jadi PM sebab suci murni dah cop segala mohor besar kah kah

INI PROJEK RESET

 



 INI PROJEK

RESET

AI DATANG BANTU


Unknown commented on 

"PROJEK KAPITALIS KURANGKAN PENDUDUK DUNIA ?"

Kalau kapitalis kurangkan penduduk dunia nescaya tukang angkat taik semua adalah billionaire.

ANTI CHINA MERAH - 9 DI BUNUH

 

GERAKAN 

ANTI CHINA MERAH

9 DIBUNUH

RASUAH HALAL

 


RASUAH HALAL


Unknown commented on 

"TOK SARJAN 

RASUAH 1000 RINGGIT -

 KENA 8 TAHUN"

Sesungguhnya rasuah dibenarkan oleh allah. Tiada hukuman. Bebas. Dengan syarat mesti rasuah berjuto juto. Ada korang tengok perasuah hidup susah? Bebas je elok kesana kemareyyy.hahaha

INI PLAN B PKR

 


 INI PLAN B

PKR

KAH KAH KAH



Selepas Tun M, PKR pula jumpa Tengku Zafrul


 KAH KAH KAH

SEMUA MUNGKIN

KAH KAH KAH

MAKNA : JANGAN CABAR KERAJAAN

 


JANGAN CABAR

KERAJAAN 

AMIN

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

KHALAS  

IINI PERANGAI

GEROMBOLAN 

BILA DAH 

DAPAT KUASA

KHALAS


Jangan cabar kerajaan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada kilang-kilang yang masih berdegil melanggar prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 agar jangan mencabar kerajaan.

Amaran tegas itu dikeluarkan apabila sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan ditutup kerana gagal mematuhi arahan dikeluarkan.

”Jangan cabar arahan kerajaan, ini amaran saya kepada kilang dan premis perniagaan yang masih berdegil melanggar SOP,” tegas beliau menerusi Twitter.

Dalam kenyataan media semalam, beliau berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kKerajaan serta SOP yang telah diwartakan.

Kelmarin, menurut beliau, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,029 orang.

Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja. 

 KILANG

DI BAWAH MITI

AMIN

MITI DIBAWAH

AZMIN

JENG JENG JENG

SABRI ARAH

 TUTUP

AMIN

AZMIN KATA

JANGAN TUTUP

JEN JENG JENG

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

KHALAS



KERAS BUNYINYA

 


KERAS BUNYI

AMIN

DALAM POLITIK

TAKDA YANG

MUSTAHIL

AMIN



Tiada kerjasama dengan Perikatan Nasional, kata Pejuang

KELULUSAN pendaftaran Pejuang sebagai parti politik bukan perancangan Perikatan Nasional (PN), kata timbalan presiden parti baharu itu Marzuki Yahya.

Katanya, Pejuang diluluskan mengikut lunas undang-undang negara dan mengikut proses yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Itu dakyah politik semata mata untuk mengaburi mata persepsi masyarakat yang kononnya itu sebahagian daripada ‘scheme of things’ PN untuk Pejuang diluluskan.

“Saya nak tegaskan setegas-tegasnya, kelulusan kita bukan usaha ‘scheme of things’ tapi apa yang kita lakukan ikut lunas undang-undang dan proses RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

“Kalau kita tak diluluskan mereka langgar peraturan dan undang-undang, bila diluluskan saya lihat tiada sebab mereka tak nak luluskan kita,” kata Marzuki, dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.

Beliau merujuk pada “scheme of things” yang terdengar dalam rakaman audio mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari 2020, yang tersebar selepas percaturan politik yang mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Dalam rakaman itu, Muhyiddin didengar mencadangkan tawaran jawatan kerajaan kepada ahli parlimen Umno bagi membantu Bersatu menumbangkan Pakatan Harapan.

Muhyiddin sehingga ini tidak pernah menafikan rakaman audio itu.

RoS pada 8 Julai meluluskan permohonan Pejuang untuk didaftarkan sebagai parti politik, genap pada hari terakhir tempoh 14 yang diberi oleh mahkamah untuk menteri dalam negeri membuat keputusannya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh 14 hari itu selepas Pejuang memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS menolak permohonan pendaftarannya.

Selepas RoS meluluskan pendaftaran Pejuang, timbul spekulasi kelulusan itu diberikan kerana parti yang diasaskan oleh Dr Mahathir membuat perjanjian dengan Bersatu.

Marzuki menegaskan dakwaan itu tidak berasas kerana PN adalah kerajaan gagal dan tidak boleh diperbaiki.

“PN adalah kerajaan gagal. Kita tak dapat nak baiki, sebab itu dari awal kami dalam Pejuang kata apa yang berlaku hari ini kerana kegagalan PN.

“Kita takkan sokong PN, kita lihat perlu kita cari jalan keluar,” kata Marzuki.

Untuk itu katanya, Pejuang mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Nasional, seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan pada 1969.

“Kita cadang Majlis Pemulihan Negara seumpama Mageran 1969 kerana apa yang berlaku sekarang perkara kita agak tak pernah jangkakan.

“Covid-19 tak akan habis sebulan, dua, akan hidup dengan kita selama- lamanya sebab itu perlu pendekatan baru,” tambahnya.

“Dalam proses nak pulihkan negara dalam politik macam ini takkan berlaku. PN ibarat telur dihujung tanduk yang tunggu masa hancur dan berkecai.”

Beliau bagaimanapun tidak mengulas sama ada Pejuang akan menyokong Ordinan Darurat di Parlimen pada pada 26 Julai ketika Dewan Rakyat bersidang.

“Kita tak menolak, kita nak tengok juga apa dia, Ordinan Darurat sepatutnya kena bentang sebelum darurat tapi dah darurat dia buat baru nak bentang.

“Dah nak habis darurat (baru bentang) logik ke tak? Kalau kita tolak atau sokong macam itu juga,” tambahnya.

Selepas berkali-kali didesak, kerajaan Muhyiddin setuju untuk memanggil sidang Parlimen, yang ditetapkan untuk mesyuarat khas bermula 26 Julai.

Dewan Rakyat akan bersidang lima hari sehingga 2 Ogos sementara Dewan Negara bersidang tiga hari antara 3 hingga 5 Ogos.

Pentadbiran Muhyiddin melaksanakan perintah darurat sejak 11 Januari lalu yang ditetapkan sehingga 1 Ogos ini dengan alasan untuk membendung penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun jumlah penularan terus meningkat dari minggu ke minggu sehingga membawa kepada rekod kes harian tertinggi 13,215 semalam manakala lebih 6,000 meninggal dunia.– 16 Julai, 2021.

 

POLITIK IALAH

SENI 

KEMUNGKINAN

AMIN

DALAM POLITIK

TAKDA MUSUH

ABADI

AMIN

DALAM POLITIK

YANG ABADI

IALAH

KEPENTINGAN

KHALAS




APA MAKNA BERITA INI ?

 


 APA MAKNA

BERITA INI ?

AMIN



Jangan cabar kerajaan – Ismail Sabri

 YANG TERSOROK

ATAU

YANG TERSIRAT

KAH KAH KAH

APA AKAN JADI PADA CUCU CICIT KITA


 

 APA AKAN JADI

PADA

 CUCU CICIT KITA

PENIAGAAN LEBIH PENTING DARI YA IKHWAN

 




 

PERNIAGAAN

LEBIH PENTING DARI

YA IKHWAN

AMIN

Unknown commented on 

"KAWAN BAIK

 ANWAR IBRAHIM 

BELOT"

Gua rasa pas assmin jumpa erdogan musti mencurah2 pelaburan negara turki masuk mesia. Tp jgn la pulak ada mamat forward pos lama gambar dan tulisan tukar tiup kat erdogan. Kalu dia baca tulisan tukar tiup pasal dia habih semua dikanselnya. Tambah lg kalu dia tahu tukar tiup sapot assmin. Habih dia belot.


HARI INI WAKIL KUASA IALAH DUIT

 




 HAR INI

WAKIL KUASA

IALAH DUIT

zaki commented on

 "CARA MENGAMBIL 

RASUAH HALAL WAJIB DI AJAR"

Apa2 kes pun... Seingat aku semasa mengikuti kelas Undang-undang malaysia : satu pengenalan di UM tahun 2018, pensyarah ada menyebut.. Tafsiran kepada Undang-undang selalunya (wajib) akan menyebelahi pihak yg mempunyai kuasa.(kepentingan) Amiin

BERKHALWAT HARI KE 487

 


KHALWAT KE 487

SABTU  17/7/2021

KITA MASUK KE HARI 487
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 187
CUKUP BULAN
WAL TAMAT TUN

PKP 4.0
BERAT
 MASIH BERAT

POLITIK
MASIH GILA BABI

EKONOMI
MAKIN TERUK
AMIN

PAGI INI  KUALA LUMPUR CERAH
MATA HARI BERSINAR
PANAS YANG MENJANJIKAN

GUA DENGAR TERKUKUR
DAN
BUNYI KELICAP
CHIAP CHIAP CHIAP

DI BELUKAR PAYA
GUA DENGAR MURAI
WOW
KECOH PAGI INI
MENJADIKAN SUASANA
 INDAH

PAGI SABTU YANG PERMAI
AMIN

BRO
SENYUM
JANGAN LUPA SENYUM
PAGI INI
KITA DILAHIRKAN KEMBALI
SEMUANYA BARU

BRO
DALAM PERCINTAAN
WAJIB ADA 
YANG NAK MENCIUM
DAN
ADA YANG NAK BERI PIPI

BRO
SAPA MEMULAKAN
KERJA 
BERTIMBUN TAMBAH
AKAN
KURANG HASILNYA

BRO
INGAT
KALAU ADA SOSOK
MEMBAWANG 
TENTANG ORANG LAIN
NANTI
DI TEMPAT LAIN DIA
 MEMBAWANG
TENTANG LU

BRO
JANGAN BELAYAR 
JAUH SANGAT
HINGGA LU TAK DAPAT 
BERKAYUH PULANG

BRO
TAK MALU KALAU KITA TAK TAHU
TAPI
KITA MALU KALAU
TAK MAHU TAHU

BRO
SEBELUM LU TENDANG
LU MESTI ADA GOL

BRO
NASEHAT BAIK
BIASANYA TAK MENYENANGKAN
NASEHAT TAK BAIK
SEDAP DI DENGAR

BRO
APA LU LIHAT DALAM DIRI LU
ITULAH YANG LU NAMPAK
DALAM DUNIA

BRO
JANGAN LUPA
 KERUSI YANG BESAR ITU
TAK SAMESTI JADI RAJA

BRO
BERI NASEHAT PADA 
ANAK MUDA
SAMA MACAM KITA
MEMBERI INGATAN
BERUKIR DI BATU

BRO
CURIGA KECIL
BAWA BIJAK KECIL
CURIGA BESAR
BAWA BIJAK BESAR

BRO
JANGAN CARI NASIB
NASIB AKAN CARI LU

BRO
SEORANG GURU
LEBIH BAIK
DARI DUA BUAH BUKU

BRO
JANGAN LUPA
PERANGAI KITA
 AKAN
SELALU JADI MUNGKAR
OLEH KEKAYAAN

BRO
HATI YANG BERCINTA ITU
AKAN TERUS MUDA

BRO
BILA LU BERSEDIA MEMBUAT
SATENGAH KERJA
DAH SELESAI

BRO
SAPA YANG SELALU
CAKAP TERLALU AWAL
BIASANYA AKAN TERLAMBAT

BRO
BILA MATAHARI BERSINAR
SINARNYA
UNTUK SEMUA ORANG

BRO
JANGAN CUBA
KAYUH DUA PERAHU
DALAM MASA YANG SAMA

BRO
CAKAP BENAR
KEMUDIAN BEREDAR

BRO
KALAU LU TAKDA
SAPA NAK BERGANTUNG
LU JADI DAHAN SENDIRI
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT