Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 13 November 2012

GUNAKAN KONDOM UNTUK SELAMATKAN BAYI DARI DIBUANG MATI



KOMENTAR TUKAR TIUB
hingga ke hari ini
hanya kondom yang dapat
menapikan benih lalaki
dari bertemu telor perempuan

pada ketika sekarang kajian sedang
dibuat untuk melahir satu pil
kali ini untuk lelaki
jika pil ini muncul maka
kondom yang dipakai bukan lagi
untuk mengelakkan bayi dari dibuang mati
tetapi untuk menyelamatkan darj jangkitan penyakit seksual


NOTA:
kepada para pembaca tt
dijemput saudara saudari
datang ke old town cafe di brickfeild
di mana saya minum kopi tiap malam

dari cafe ini kita boleh bersama-sama
boleh memerhatikan
betapa aktifnya anak anak muda
anak semua bangsa melepaskan
lejangan seksual mereka
justeru dalam umur yang muda
anak semua bangsa hakikatnya
adalah aktif dalam hal hubungan seksual

ZIKIR DAN ZAKAR

Tuan TT, Zikir memang BOLEH tundukan zakar kalau sambil berzikir ingat Allah ingat mati ingat seksaan dan balasan api neraka dan ingat kita hanya sementara kat dunia ni.. Musti kecut punya.. selera pon takda..

 Cuba ingat hukuman hudud berzina kena sebat 80 kali atau kena rejam sampai mati tu pon dah cukup gerun.. gerenti nak berzina fikir 1000 kali.. Tapi Zikir memang TAK BOLEH tundukan zakar yang keras kalau sambil zikir tengok porno.. tengok facebook tengok gambar gedik perempuan..

dan benda2 yang menaikan syahwat.. :) memang satu sen pon tak jalan.. tok iman pon cabut kopiah.. on KEMPEN MENGGUNAKN KONDOM UNTUK ELAK BUANG BAYI
Anonymous
on 10/31/12

VODKA DAN NISBAH BUANG BAYI
Dalam hal ini, semua nak jadi holier-than-thou. "Aku lagi suci dari kau". Aku lebih pandai ugama dari kau. Isham tak pandai ugama, Isham sosialislah, Isham kaki seks lah, apalah. Aku nak bertanya pada semua orang ni, yang sibuk melabon pasal ugama ni, yang sibuk menghentam Isham ni sosialis ni, cuba fikir, kenapa kadar buang bayi negara kita jauh lebih tinggi berbanding Norway, Sweden atau Denmark yang makan babi minum vodka?

 Apakah kita di negara Islam - yang korang kata sepatutnya lebih baik dari negara kafir, tetapi result sebaliknya? Bak kata Mat Sabu lah, Malaysia ni negara orang Islam, bukan negara Islam. Kalau difikir balik, aku rasa benda tu betul. Sebab orang Islam ni tak semestinya mengikut Islam.
 
Bak kata Mohammed Abduh, seorang ilmuwan Islam, "saya ke Barat dan melihat Islam walaupun ramai yang bukan Islam, dan saya balik, saya lihat ramai orang Islam, tetapi tiada Islam". Teruskanlah angkuh dengan ugama kamu dengan berkata "Isham tak ada ugama". Oh ya, korang nak on KEMPEN MENGGUNAKN KONDOM UNTUK ELAK BUANG BAYI




UCAPAN SELAMAT MENDAPAT PENCERAHAN







Selamat Hari Deepavali!
  (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Bagi pihak Parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang merayakan hari ini, baik yang beragama Hindu, Sikh dan Jain. Deepavali, atau singkatannya Diwali, bermaksud ‘sebarisan pelita’ – suatu simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan.

Selari dengan semangat perayaan ini, ingin saya seru rakyat Malaysia untuk mengingati mereka yang sedang menghadapi ‘kegelapan’ dalam hidup masing-masing.

Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Puan Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan. Tatkala anda menjamu laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Puan Suppama yang dinafikan bantuan kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih.

Dikala kita menyambut hari perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, masih terdapat ribuan penduduk berketurunan India yang masih tidak diiktiraf status kewarganegaraan mereka; antara ribuan ini, seramai 1,758 dari mereka telah membesar di rumah-rumah kebajikan yang dibiayai kerajaan, dan mereka kini tiada kerakyatan dan tiada dokumen pengenalan untuk membuktikan bahawa mereka rakyat asal Malaysia.

Deepavali dari segi spiritualnya meraikan cahaya – meraikan kebaikan yang wujud dalam hati setiap insan. Diwali merupakan suatu kemenangan atas segala kegelapan – baik yang lahir dari kejahilan dan prejudis, mahupun penganiayaan yang membabitkan seluruh masyarakat.

 Bersempena hari ini, ingin saya mengingatkan diri saya serta rakyat Malaysia bahawa perjalanan kita masih jauh, dan perjuangan kita terlalu hampir untuk kita pandang leka. Biarlah cahaya kemenangan itu bangkit semula, dan biarlah ia terus menerangi perjuangan kita rakyat Malaysia.

Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat



KITA ULANGI LAGI PADA 12 JANUARI
LEBIH BESAR DARI BESAR
LEBIH MEGA DARI MEGA




PROTEST HIMPUNAN HIJAU BERMULA - DARI KUATAN KE DATARAN MERDEKA





PANTUN UNTUK PEJUANG

Dari Tok Janggut ke Tok Gajah,
demi tanahair darah ditumpah, 
Rakyat terus menentang penjajah,
agar Pahang tak jadi tong sampah


PAK CIK DAN MINAH  CUN PUN TURUT SAMA



INI JADUAL - BOLEH MASUK DI MANA SAJA

sesiapa yang menyokong
sesiapa yang mahu bersama
sesipa yang cintakan keadilan
sesiapa yang benci united malays national organisation
boleh bersama
pilih dan tempat yang sesuai
sertai berjalan ini dimana mana tempat

lagi ramai lagi baik

12 JANUARI KITA BERDEMO 
DI KUALA LUMPUR


BERSEGAMA MENGGUNAKAN KONDOM TAK PERLU BUANG BAYI



NOTA:
kempen untuk memggunakan kondom diteruskan lagi
hanya kondom pada ketika ini
yang dapat menyelamatkan bayi dari dibuang mati
lebih baik air mani diperangkap
lebih baik air mani di gagalkan
lebih baik air mani matikan dalam kondom
dari bayi mati dibuang


MAYAT BAYI DALAM BEG KERTAS - meloya

SANDAKAN 12 Nov. - Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan dalam beg kertas di belakang sebuah premis di Blok 19, Jalan Dua di sini hari ini.

 Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan kain dalam beg kertas yang turut berisi sampah kira-kira pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang ramai yang lalu di kawasan itu.

"Salah seorang individu membuat laporan di balai polis berhampiran kira-kira pukul 8.10 pagi memaklumkan penemuan mayat bayi itu," katanya di sini hari ini.


PENCERAHAN DARI PEMBACA

SELAMAT MENGGUNAKAN KONDOM
Banyak ulasan yang dibuat oleh orang-orang yang anti-kondom di Tukar Tiub membuktikan kepada dunia bahawa pembunuh-pembunuh bayi di Malaysia adalah orang-orang yang kuat agama yang enggan menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks.

 Bagi yang tak kuat agama, tiada masalah bagi mereka untuk menggunakan kondom semasa melakukan hubungan seks. Tetapi bagi yang kuat agama, mereka enggan menggunakan kondom atas berbagai alasan (haramlah, makruhlah, berdosalah, zionislah,....).
 
Tetapi bila sampai bab seks dan lendir, mereka ini juga lemah macam orang-orang yang tidak kuat agama. Bila ada peluang untuk mengecapi burit wanita, mereka ini tidak akan menolak. Jadi mereka akan melakukan hubungan seks tanpa kondom.

 Bagi yang tidak lebai, mereka akan menggunakan kondom. Jadi sembilan bulan kemudian, yang menggunakan kondom tidak menghadapi sebarang masalah. Yang lebai yang berdegil tak nak guna kondom akan terkejut bila wanita yang mereka setubuhi itu mengandung dan melahirkan seorang bayi. on KEMPEN MENGGUNAKN KONDOM UNTUK ELAK BUANG BAYI



SATU JUTA 12 JANUARI
8 TUNTUTAN


UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA CAHAYA YANG AKAN SAMPAI



SEMOGA CAHAYA PENCERAHAN
AKAN  SAMPAI
KEPADA KITA SEMUA
TIM TUKAR TIUB
BERSAMA MENUNGGU
CAHAYA PENCERAHAN