Rabu, 5 Mei 2021

DARI JALAN RAYA TURUN KE HUTAN RAYA



MYANMAR

MENANG PILIHAN RAYA
TENTERA BATAL PILIHANRAYA
TURUN KE JALAN RAYA
DIBEDAL DI JALAN RAYA
BERLATIH DI HUTAN RAYA
KEMBALI KE JALAN RAYA

NAJIB PEMIMPIN ISLAM

 



NAJIB 

PEMIMPIN ISLAM

JUJUR WARAK

ALIM

AMIN

BERI SALAM

PADA KUBUR

AMIN

HANTUK KEPALA

PADA BATU ITAM

AMIN

JANGAN FITNAH

PEMIMPIN ISLAM  

AMIN

 KALAU MASIH 

PM NAJIB AKAN SELAMATKAN

 EKONOMI AMERIKA

KHALAS


Najib: 'No moral standing' atau sebenarnya penjenayah?


HARI ini begitu keras respons daripada kem bekas perdana menteri Najib Razak, apabila dikatakan beliau tidak mempunyai “moral standing” lagi dalam politik Malaysia.

Berduyun-duyun juga bala tentera cyber-troopers upahan dan juga penyokong tegar turut bersama mempertahankan “boss” kesayangan mereka.  

Hakikatnya Najib hanya berlakon. Najib sebenarnya sedang cuba sedaya upaya memadamkan ingatan rakyat terhadap segala tuduhan kleptokrasi dan rasuah yang dihadapi oleh beliau dan isterinya Rosmah Mansor.

Sememangnya Najib tidak mempunyai sebarang asas moral atau integriti untuk berlakon seolah-olah baik. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan seluruh dunia tahu betapa Najib inilah yang dituduh merompak negara berbilion-bilion ringgit.

Najib inilah yang memecat Muhyiddin dan menggantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi apabila Muhyiddin bertegas melawan rasuah dan salah guna kuasa. 

Najib inilah juga yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram. Ini semua kesalahan jenayah.

Ini bukan fitnah, bukan tuduhan tidak berasas mahupun ejekan. Ini adalah fakta sebenar yang kem beliau berusaha keras untuk kuburkan dari naratif dan perbualan rakyat. 

Jadi, apabila Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata Najib “tidak mempunyai ‘moral standing’”, sebenarnya panggilan itu boleh dianggap masih terlalu berdiplomasi.

Hakikatnya Najib adalah seorang yang telah dijatuhkan hukuman akibat kesalahan jenayah besar terhadap rakyat Malaysia.

Saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan asakan politik Najib kerana rakyat tahu beliau sedang cuba mengubah persepsi rakyat.

Mungkin Najib takut satu hari nanti rakyat akan menggelar beliau sebagai penjenayah. – 4 Mei, 2021.

TULISAN : Mohd Yazid Mohd Yunus,
 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu 
dan timbalan ketua 
Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang

NAJIB MANGSA

SUAMINYA

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

MANGSA FITNAH

ARWAH BALA

KATA NAJIB

BERJUBO DENGAN

ALTANTUYA

KAH KAH KAH



JALAN TERBAIK

 

SOKONG

JALAN TERBAIK

AMIN

JANGAN JADI

MACAM INDIA

BODOH SOMBONG

AMIN 

DAHULUKAN RAKYAT BUKAN

 KUASA POLITIK

KHALAS



Tangguh pilihan raya hingga 2023, kata Dr Mahathir

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu ditangguhkan hingga akhir penggal Parlimen pada 2023 untuk mengelak penularan Covid-19 yang lebih buruk, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri ketujuh itu memberitahu Utusan Malaysia, peningkatan mendadak kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lalu perlu dijadikan iktibar.

Oleh itu PRU15 perlu ditangguhkan walau darurat akan berakhir pada 1 Ogos, katanya.

“Saya fikir kalau nak buat pilihan raya waktu ada Covid-19, kita akan lihat perkembangan (jangkitan). Sebab itu (walaupun) selepas tamat darurat, tidak boleh diadakan pilihan raya.

“Kena tunggu mungkin sampai tarikh 2023.

“Saya tidak fikir tahun ini kita boleh adakan pilihan raya. Ini serius. Jangan main-main. Kita sudah buat di Sabah, apa jadi?” kata pengasas parti Pejuang itu seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menjangka kedudukan Muhyiddin Yassin tergugat apabila Parlimen bersidang semula selepas darurat tamat kerana parti Bersatu pimpinan perdana menteri itu tidak menguasai majoriti.

“Kalau dia (Muhyiddin) balik kepada Parlimen, dia mungkin menghadapai masalah. Mungkin dia kalah,” katanya.

Selain itu, beliau juga melihat kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak cekap menarik pelabur asing dan menyebabkan pelaburan berkenaan ditarik keluar dari negara ini.

Beliau berkata demikian kerana melihat pelaburan dipindah ke negara seperti Indonesia, yang menunjukkan keadaan pandemik bukan alasan untuk pelabur bertindak sedemikian.

“Itu bergantung kepada kerajaan. Kalau kita tahu cara-cara, kita boleh tarik balik pelabur kerana Covid-19 ini bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia pun kena Covid-19 juga.

“Jadi, apa sebab dia (pelabur) nak pindah dari Malaysia ke Indonesia?

“Bukan kerana Covid, tapi kerana kerajaan tidak cekap kalau tidak ada kepimpinan yang tahu caranya,” katanya.

Usaha membuat dasar sememangnya mudah tetapi pelaksanaannya tidak semudah itu, katanya lagi.

Beliau juga tidak dapat melihat bukti kerajaan membelanjakan dana sehingga RM600 bilion untuk menangani pandemik dan ekonomi.

“Kerajaan kata dia belanja RM600 bilion. Tetapi kita tidak nampak duit itu. Apa dia? Siapa yang dapat? You nampak? RM320 bilion untuk satu tahun dia belanja dalam empat bulan.

“Kalau belanja sampai banyak macam itu, orang semua penuh dengan duit. Tapi mana dia (duit itu)? Kita tak tahu,” katanya. – 5 Mei, 2021.

LANGKAH

TERBAIK

UNTUK 

KESELAMATAN

SEMUA

AMIN



LOBAM KULIT BABI

 


LOBAM 

KULIT BABI

panglimo potaseh commented on 

"BUKAN SEMUA 

CHINA SAMA"

Boto tu.. tak somuo Cino tu samo ..contoh eay ..kalau amoi Tongsan Selatan, asal cina yg dtg ke Tanah Melayu anu dio itam lobam kulit lobam babi ..cino bolah utara anu dio pink kulit putih molopak bak sutera ..

ADA PENYAMUN BARU



DAH ADA

PENYAMUN BARU

Unknown commented on

 "HEBAT PUKULAN PRU14"

Umno gerombolan walaupun dah terbarai tapi jangan lupa saka bunga raya tu. Kebanyakan penyangak dan penyamun masih berleluasa dalam bunga raya. Ada kuasa dan wang. Saka umno ni lagi besar sifat syaitan nya. Lagi kuat sifat khianat, malah boleh buat orang jujur jadi khianat. Boleh buat mufti zuhud jadi menteri glamor. Boleh jadikan ketua ulamak makan gaji buta. 



Boleh buat igp mcm budak2. Boleh tundukkan agong utk sign darurat. Boleh kunci parlimen. Boleh sorok perbelanjaan vaksin sampai tak cukup duit vaksin nak curi pulak duit KWAN. Semua tu penyamun, jangan percaya. Wajib dijatuhkan dan sumbat mereka dalam penjara. Terutama yang bayar upah main puki bini orang dengan projek kerajaan.

BERITA BARU SAMPAI

 

Tiada bazar Ramadan

 di kawasan PKP Selangor 

mulai Sabtu, kata MB


ALAAMAK

KL PULAK

KHALAS



PKP di KL bermula 7 Mei, kata menteri

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Kuala Lumpur mulai 7 Mei selama dua minggu berikutan peningkatan kes dan kluster jangkitan Covid-19, kata Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, keputusan itu dibuat atas cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesan peningkatan kes harian dan 17 kluster baharu di Kuala Lumpur antara 1 hingga 27 April

“Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021,” katanya.

Menteri kanan keselamatan itu berkata, kawalan berkenaan meliputi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama seperti diumumkan sebelumnya termasuk larangan rentas negeri.

Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan dan tujuan bekerja, katanya.

Namun bazar Ramadan masih dibenarkan beroperasi di kawasan Kuala Lumpur dengan penguatkuasaan PKP, katanya.

“Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan atau menutup operasi bazar tertakluk bawah kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Katanya lagi premis makanan termasuk restoran, kenderaan saji, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pelanggan pula tidak dibenarkan makan di kedai dan makanan wajib dibungkus untuk dibawa pulang sahaja.

Selain itu, kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

Stesen minyak pula dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam dan stesen di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam, katanya.

Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa manakala pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.

Kuala Lumpur merekodkan 313 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu. – 5 Mei, 2021.


PATUTLAH

RAKYAT MARAH

AMIN

SORONG TARIK

SORONG TOLAK

AMIN

INILAH AKIBAT

KALAU RAKYAT

TAK YAKIN

AMIN

SEMUA ARAHAN

RAKYAT

TAK AMBIL POT

KHALAS



SELAMAT BERBUKA

 


PETANG YANG

HUJAN



PETANG INI REDUP
KEMUDIAN HUJAN TURUN
BAGIMANA REZEKI
PAK CIK MAK CIK
BAZAR RAMADAN

YANG DAH DIPAKSA TUTUP
APA PENDAPATAN MEREKA
TAHUN LALU
LANGSUNG TAK NIAGA
TAHUN INI
TAK TENTU HALA

BERAPA LAMA LAGI
MUNGKIN
SAMPAI 2025
TAKDA YANG JELAS

PROJEK KOBID
INI MASIH BERJALAN
GUA MAKIN MERASA
SEMAU INI DIRANCANG
SEMUA INI DI ATUR
INI PROJEK
KAUM KAPITALIS

KINI GUA
SEDANG NGELONGKAR
UNTUK MEMBACA
DAN
MENCARI FAKTA
AMIN

TIKA GUA MENGETIK INI
DI LUAR MASIH HUJAN

TADI
HUJAN LEBAT
GUA BARU
NAK PAKAI SELUAR
NAK KELUAR KE HOKKIEN
TETIBA
HUJAN TURUN
KESIAN TAK TAK DAN EZI
MATA MERAYU

LEPAS BERBUKA
GUA MUNGKIN KELUAR
UNTUK TAK TAK EZI
POO POO KA KAH

GUA BARU
PANASKAN
MASAKAN 
GUA BERBUKA
MAKANAN YANG SAMA
TAK DA YANG SPESIAL
BUAH KURMA PUN
DAH ABIS
WAJIB DAPATKAN SEKOTAK LAGI
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR


BUKAN KASTA KAYANGAN

 


BUKAN KASTA

KAYANGAN

GUA KASTA

MENULIS MERAKAM

Unknown commented on

 "LAGENDA KUNG FU TAN"

Cerita bab Hikayat hang Tuah atau Cerita Bab Sahabat Nabi Muhammad atau cerita Bima Sakti ini cerita hikayat hidup kamu, weh, kamu tu siapa kamu tu sultan ke? kamu tu piEm hem hem ker? kamu tu bukan kasta kayangan kamu tu kasta pariah orang tak kenal kamu den...

HEBAT PUKULAN PRU14

 



JANGAN LUPA

BETAPA HEBAT

PUKULAN PRU14

AMIN

RAMAI KENA

TANGKAP

AMIN

RAMAI KENA

DAKWA

AMIN

RAMAI AKAN

MASUK PENJARA

AMIN



UMNO tidak boleh berpegang Presiden jadi PM – Shahrir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak lagi boleh perpegang kepada tradisi bahawa presiden parti mesti memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Veteran UMNO,  Shahrir Samad berpandangan, UMNO tidak boleh lagi mengamalkan konsep ‘one man show’ atau seorang tokoh saja bertindak sebagai dominan dan menguasai segala-galanya.

Ini kerana katanya, soal calon perdana menteri sememangnya penting dan UMNO hari ini masih belum mempunyai calonnya.

“Hari ini belum ada sebarang keputusan walaupun kita ada presiden, timbalan presiden, naib presiden, kita tahu. Maknanya kita bakal berdepan dengan keadaan itu sehingga sampai Pilihan Raya.

“Pilihan jajaran baru yang kita nak bergantung juga pada penerimaan kepimpinan UMNO hari ini bahawa inilah masa untuk berubah, inilah masa untuk memberi cara yang baru.

“Kita tidak perlu balik semula kepada kaedah presiden UMNO mesti jadi perdana menteri,” katanya.

GEROMBOLAN

TERBARAI

AMIN

POLITIK BARU

LAHIR 

AMIN

 TIM BANDUAN

MUNCUL

KAH KAH KAH



BUKAN CINO YANG DILAWAN

 



BUKAN

 ORANG CINO

YANG KITA LAWAN

TAPI 

SISTEM KAPITALIS

CHINA MERAH

MENYAMAR SISTEM

SOSIALIS

panglimo potaseh commented on

 "AWAS BAHAYA 

CHINA MERAH"

Kalau lu tinggok di Asia Tinggara ni ..tata-atur ikonomi berkait dgn peratus penduduk Cina. Contoh Tumasik punye 75% Cino makan babi ..paling kayo top ten dunio. Malaya ado 27% Cino no.duo kayo. 



Indon ado 3% jo Cino dan dah sobijik mcm indon ..misking ..camtu lah. Jadi kok nak kayo Malaya ni kito kono bawak masok lobey ramai Cino lagi. Nak harapkan Melayu ..ia macam aruan makan anak.

NEW ZEALAND MELANCHAUKAN CHINA MERAH

 

LACHAU MAK LU

CHINA MERAH

LAGENDA KUNG FU TAN

 


LAGENDA 

KUNG FU TAN

Restoran, cafe  , bar , panggung wayang dan  teater tidak mencukupi kalau tak ada perempuan. Semua ini diperlukan untuk bersantai dan bercanda-canda. Bersantai juga  tidak akan cukup tanpa  rumah urut dan  rumah merah.   Selepas makan dan minum perlu naik ke ranjang untuk melepaskan kejantanan. 

 Sesudah itu apa lagi  jika hati belum puas, jantan masih meracau dan  dompet masih penuh berisi?

Jika dompet masih berisi wajib ke kelab dan  masuk ke dewan kasino untuk berBlackjack atau berOne Arm Bandit atau ber Roulette. Dewan kasino sentiasa cerah dengan pelayan  lelaki dan perempuan  yang muda lagi cun yang  sentiasa tersenyum. Sekali lagi tepuk dada tanya zip seluar.

Semua yang aku tulis ini adalah khidmat yang wujud dan disediakan oleh Soho. Aku sendiri termasuk sebagai aparachik yang memberi khidmat ini di Soho.   Wilayah   Soho ditengah kota London ini bukan luas sangat.  Aku rasa tak lebih dari dua batu  persegi. Tetapi lagenda  dan mitosnya amat meluas  tersebar ke seluruh dunia.

Restoran, rumah urut, rumah merah, panggung wayang, kelab dan teater semua boleh dilihat. Pelancong boleh melanggan khidmat dari semua lembaga ini. 

Tidak ada dakwa dakwi jika  Abang Mat mengajak  Miss Jenni menari bogel  atau terkencing di atas meja.  Atau Abang Mat  yang  mula bosan dengan badan isteri kini  mahu beralih rasa. Abang Mat teringin untuk merasa panas tubuh badan   Adik Jimmy atau Abang Joe atau Mister  Umbaga dari Jamaica.  Semua boleh dilanggan. 

Di Soho kain, baju,  seluar , coli, bra dan seluar dalam  semua boleh dibuka dengan pound, ringgit dan dolar. 

Apa yang aku tulis ini  adalah hasil pengalaman aku  yang telah mengenali Soho. Tujuh tahun aku memburuh di Soho menjadikan aku kenal hati perut Soho. Malah aku juga tahu apa yang ada dalam perut Soho. 

Aku tahu ada isi perut Soho yang tidak dilihat oleh pelancong. Malah aku rasa ramai warga London yang tidak mengenali dan mengetahui Soho sama seperti aku mengenali Soho.

Kalau dalam dunia musik pop  ada Sex, Drug and Rock n Roll. Dalam  dunia  Soho ada  Restoran ,Teater, Kelab , Casino dan Gengster.

Gengster ? Siapa gengster  Soho? 

Gengster, samseng atau kaki busuk adalh  lembaga halimunan yang bergerak di bawah tanah.  Mereka didengar wujud tapi jarang ditemui oleh pelancong yang sampai ke kota London.   Mereka wujud tetapi tidak kelihatan.

Gengster memberi khidmat sosial tapi tidak ada pejabat atau alamat. Mereka juga boleh membantu seperti khidmat polis tapi dalam masa yang sama mereka juga kaki pau. Bijak dalam hal peras ugut.  

Mereka juga terlibat dalam  perniagaan ekspot impot. Daging dan dadah  adalah barangan yang mereka impot dan ekspot.  Jangan silap faham bukan perniagaan daging halal  dari Argentina tapi daging segar yang sentiasa halal untuk  tiduri.

Apakah mereka Mafia dari Itali atau Kartel dari Columbia. Atau 14K dari Hong Kong. Jawabnya iya dan tidak. 

Aku ingat lagi pada tahun 1979  ketika di Karachi aku telah membaca buku The Godfather tulisan Mario Puzo. 

Dari kitab ini  aku  mamahami budaya Mafia. Aku memahami  bagaimana watak Vito Corleone  berkembang  membesar hingga  dinobatkan untuk menjadi  Don oleh masyarakat Itali di New York.  Derajat Don dalam budaya Itali ini sama setaraf dengan derajat Tun  dalam budaya Melayu .

Aku perhatikan salah satu dari budaya gengster dan samseng  -  ketika mereka beroperasi di luar negara – sasaran yang menjadi mangsa atau yang mereka payungi  hanya masyarakat mereka sendiri. 

Seolah-olah ada wujud satu Piagam Samseng  di mana semua gengster menghormati  tatasusila ini. Mereka bersetuju untuk tidak  akan mengganggu komuniti  yang bukan asal usul mereka. 

Di London warga Itali berhadapan dengan Mafia. Warga Latino berhadapan dengan Kartel. Warga  Hong Kong berhadapan dengan  14K.  Warga Vietnam dengan  samseng Vietnam. Maka di Soho warga Malaysia   berhadapan dengan  Kaki Busuk  Malaysia. 

Ada Kaki Busuk Malaysia di London? Positif. Ada. Kaki Busuk Malaysia buat kerenah kepada warga Malaysia saje. Mereka bekerja cari makan di Soho. Mereka  pau restoran Malysia di London. Dalam masa yang samaa mereka juga memayungi restoran Malaysia-Indonesia  dan memastian  tidak akan  di pau oleh 14K  dari Hong Kong.

Di London ramai buruh  dan pekerja dari Malaysia. Mereka datang ke Old Mother England – anak negeri tanah jajahan Baginda Queen.   Mereka ini juga memerlukan payung. Jika polis London tak ambil pot maka disini Kaki Busuk mara ke hadapan.

Kita jaga kita - justeru pekerja ini  mewujudkan    Persatuan Pekerja dari Malaysia di London. Ini badan resmi bukan bergerak bawah tanah. Tapi mereka kenal mengenal. 

 Aku sendiri  kenal dan berkawan dengan beberapa ahli  persatuan ini. Mereka berkumpul dan berpusat di East End. 

Persatuan ini  ditubuhkan semenjak zaman berzaman. Dari zaman  Tanah Melayu kemudian menjadi Malaya. Dari zaman pelaut Melayu melayari dunia.  Ada pelaut, ada kelasi, ada buruh dan ada yang bekerja  dengan kereta api  bawah tanah.  Mereka datang macam Bangla datang dari Dacca ke Kuala Lumpur – mencari pekerjaaan.

Aku ingat lagi  dengan  seorang ahli persatuan ini. Nama dia  Jimmy – bukan  Mat Saleh. Jimmy ini jantan China dari Selangor. Jimmy bekerja dengan Bas  Merah kota London. Dia pemandu bas.  

Satu hujung minggu dia menjemput aku datang bertandang  ke rumahnya di Seven Sisters Utara London. Jimmy sama seperti aku – jantan bujang tinggal di flet milik Majlis Tempatan.

Jimmy memasak dan kami makan malam. Sambil makan sambil  minum air anggur sambil Jimmy  bersurah.

‘ Dulu aku tak duduk disini.. aku duduk dekat Soho.. dekat Berwick Market .... that was a great time... masa  Mick Jagger dan John Lennon..’ Jimmy memberi pencerahan, aku sedar si Jimmy ini amat senior dari aku.

‘ I was a hippie...rock and roll and ganja... I travelled all over Europe... datang dulu  nak study .. but failed... nak balik no point..  I stay on..’ Jimmy bersurah tentang sejarah hidupnya. Surah hippie  ini saheh -  dibuktikan dengan rambut Jimmy yang sampai ke bahu. Di London tidak akan larangan untuk pemandu bas memakai rambut panjang.

‘  That time kita kontrol Soho...’

Aku merasa pelik. That time itu bila. Dan apa makna kontrol Soho.

‘ That time we controlled Soho... no Hongkee.. no bullshit Vietnam...  we run Soho... I was part of them...’ Dengan bangga Jimmy menyambung surah. 

Mulanya aku tak faham siapa Hongkee. Kemudian Jimmy jelaskan -  Hongkee nama  untuk pendatang China dari Hong Kong. 

‘ Johnny  our leader.... .. budak Penang... berani .. no Hongkee.. no Chinaman.. no Vietamese...’

Jimmy  bersurah sambil  mengenangkan kembali era dimana belum ramai warga asing datang ke London.  

‘ We were wlcome... no worriess... Malaysia masa tu paspot besar... no imigration problem...’

‘ What happened? ‘ Aku mencelah sambil menung air anggur. 

‘ They killed Johnny... there ...at Gerrad Street not far from Melati Restoran...  they choped his head.. mati looo.... Hongkee want to take over Soho...’  Baru aku sedar dari sejarahnya satu ketika dulu Soho ini wilayah samseng dari Tanah Melayu.

‘ Where are you studying?’ Jimmy bertanya.

‘ PCL tak jauh dari  Soho..’

‘ Make sure you ok... many  students failed and end up  working in London... After Johnny mati... I move out of Soho and work for London Transport... Have you   met  Hamid ?.... budak Ipoh.. dia driber underground... Victoria Line... ada jumpa dia? ‘

Aku menggeleng kepala. Aku tak kenal siapa Hamid. Aku tak menyangka salah seorang driber kereta api bawah tanah   Victori Line  di London ialah  Hamid dari Perak.  

Surah dari Jimmy itu melekat dalam kepala aku. Dan paling menarik ialah pengalaman  kehidupan rock n roll Jimmy   yang sezaman dengan John Lennon dan Mick Jagger.    Ini hebat.

Bila aku mula bekerja di Desaru aku teringat kembali surah  Jimmy.  Memang betul  - aku makin menyedari di belakang perniagaan restoran, cafe dan pub  atau apa sahaja tempat hiburan  pasti dibelakangnya ada gengster.  

Restoran Desaru sendiri  dari apa yang aku difahamkan sebahagian dari saham dimiliki oleh  Freddy dari Malta. Dari apa yang aku dengar Freddy   memiliki satu atau dua bilik mengintai – peep shows – tempat melihat Minah Salleh berbogel.   

Ketika bekerja di Desaru aku mula  mendengar nama Kung Fu Tan.  Aku rasa semua pekerja Malaysai di restoran dan pelayan di Soho  dizaman aku pasti telah mendengar nama  Kung Fu Tan.

Ketika aku  mula bekerja di Desaru dan kemudian  Garuda aku hanya mendengar namanya saja. Kung Fu Tan nama  yang lejen. Nama yang dihormati oleh kami pekerja di restoran Malaysia dan Indonesia di Soho. 

Untuk pemilik restoran seperti  Mister Gan pemilik Desaru atau Pak Ibrahim pemilik Garuda nama Kung Fu  Tan ditakuti.  Aku juga yakin nama Tan ini juga dikenali  dan ditakuti oleh pemilik Rasa Sayang, Nusa Dua, Melati, Satay and Wine   -  semua ini restoran Malaysia-Indonesia – yang terletak dalam wilayah Soho.

Satelah Johnny  mati dibunuh oleh samseng Hongkee aku difahamkan Tan telah cuba menghidupkan kembali kumpulan samseng Malaysia di Soho.  Tetapi iklim dan suasana  budaya Soho telah berubah. Bukan zaman rock n roll enam puluhan di mana kaki busuk Malaysia kontrol Soho.

Tahun 70’an Perang Vietnam telah selesai. Ramai pelarian Vietnam  telah masuk ke United Kingdom. Mereka ini ada etnik China dan ada etnik Vietnam.

Mereka telah mengalami perang. Pisau , senapang M16, bom, bedil , peluru dan mayat bukan satu yang menakutkan untuk mereka. Semua ini wujud dalam kehidupan harian mereka.  Mati dan bunuh satu perkara biasa.  Pelarian Vietnam membesar dalam kancah perang.

Johnny yang kepalanya di tetak dekat Restoran Melati  di Great Windmill Street Soho adalah mangsa samseng  jenis baru yang lebih ganas dan tak takut mati.

Dari surah yang aku dengar  satu malam  Tan dan kawan-kawannya   telah terlibat dalam satu pergaduhan. Mereka telah dikepong oleh samseng Vietnam. Ini berlaku dalam sebuah pub di tepi  China Town. Dikatakan lapan  orang samseng Vietnam telah menyerang 5 orang  geng Kung Fu Tan. 

Pergaduhan berlaku. Kung Fu Tan – nama ini lahir kerana Tan ini pegamal Kung Fu yang baik.  Bila Tan diserang   dengan berani dia menggunakan  ilmu kung fu untuk menyerang dan mempertahankan  diri.

Pergaduhan ini  aku rasa kerana  berebut kawasan. Mungkin Tan telah melintasi masuk  ke kawasan China Town yang dikawal dan dipayungi  oleh samseng China Vietnam.

 Dalam pergaduhan ini seorang Vietnamese  telah terbunuh. Dari surah yang aku dengar si Vietnam ini mati di belasah oleh Tan di basement di sebelah tandas. Minyak gasolin  juga telah digunakan untuk membakar musuh. 

Hebat pertempuaran dua geng kaki busuk ini.. 

Tan di tangkap, di dakwa dan di bicarakan.  Ramai yang didapati bersalah dan dipenjara. Paling lama  dihukum penjara ialah Kung Fu Tan – 12 tahun – ini kes bunuh.

Pada tahun 1989 ketika aku bekerja di Garuda restoran. Aku terdengar bahawa Kung Fu Tan telah dibebaskan dari penjara. Aku  tak tahu samada ini desas  desus atau fakta. Tapi  kami para pelayan dan pekerja  restoran hanya menunggu.

Aku sendiri ingin melihat muka Tan ini kerana namanya kini menjadi lejen untuk kami yang memburuh di Soho. 

Kesah Tan  membakar samseng  Vietnam dalam pub telah  disambung dari mulut ke  mulut ditambah dan ditokok. Ianya menjadi lajenda untuk kami di Soho.

Ketika berita Tan dibebaskan tersebar aku  sedang bekerja sepenuh masa. Satu petang  Johnny anak  pemilik Garuda telah membawa  berita bahawa Tan memang  sah telah bebas  dari penjara. Dua malam dahulu Tan  telah pergi makan ke Desaru.

‘ Dia datang dengan geng ... ada tiga orang... lepas makan cabut tak bayar...’ Johnny membawa berita.

‘ Gan ada dalam restoran atau tak? ‘ Aku bertanya samada  Mister Gan pemilik Desaru tahu hal ini.

‘ Ada... badan Gan saje besar ... tapi tak berani buat apa...’ Jawapan Johnny.

 Apa terjadi antara  dia dengan Mister Gan pemilik Desaru aku tak tahu.  Tapi berita   tersebar Tan telah  datang ‘makan free’ bukan seorang diri. Ada tiga orang anak muda datang bersama Tan. Ertinya Tan masih ada pengikut. 

Mengikut berita yang  lain pula  sesudah makan   Tan pergi berjumpa Mister Gan. Apakah Gan telah kena pau. Apa terjadi aku tak tahu. Yang sahih ialah Kung Fu Tan dapat makan percuma.

‘ Kalau dia  datang sini macam mana Johnny? ‘ Aku bertanya dan d minta arahan.

‘ Layan je... berapa banyak dia nak makan...berapa botol beer dia nak minum... bagi je...’ Johnny memberi garis panduan jika Kong Fu Tan datang ke Garuda.

Seperti yang dijanjikan  selang  beberapa hari Kung Fu Tan muncul pada satu malam. Kali ini dia  datang berdua. Awalnya aku tidak kenal siapa mereka lalu  aku persilakan masuk  dan menyediakn satu meja.   Dia menolak dan terus berdiri di depan bar. 

‘ Hello Tan... how are you...’ Johnny menyapa dari belakang bar. 

‘ Business okay?...  Busy ? ‘   Tan memandang keliling suasana Garuda yang hampir penuh dengan pelanggan.

‘ Oklaaa... boleh laaa... cari makan.. Tiger ke Bintang? “

‘ Tigerlaaa... ‘

Johnny membuka dua botol beer dan menuang ke dalam gelas. Tan  dan kawannya mengambil dan menghirup beer.

Aku perhatikan  sosok Tan ini biasa sahaja.  Tingginya lima kaki lebih  lebih.  Badan tidak sasa, tidak sado  tapi perut tidak boroi atau  gemuk. Mungkin dalam penjara dia bersenam. Umur mungkin dah menghampiri   40 lebih. Dari cara dia berdiri di tepi  bar aku yakin Tan ini sosok bersukan – sukan kung fu.

“  Johnny... where is Carl?  Tan bertanya pada Johnny tentang Carl. 

‘  He is ini Bali..’ Johnny menerangkan  yang abangnya Carl kini berada di Bali.

Kemudian Tan beredar.

Satu pagi seminggu kemudian  ketika aku baru selesai membersihkan Garuda   Kung Fu Tan muncul. Dia menolak pintu dan masuk ketika aku sedang menyediakan kopi.

‘ Please sit down... I’ll make you coffee...’  Aku mengikut arahan Johnny untuk melayan kepala  samseng dari Ipoh ini. 

‘ Are you alone..” Tan bertanya.

‘ Yes... kitchen staff  and Johnny must be on  the way..’ Tangan aku menyediakan secawan kopi dan meletakkan  ke meja tempat Tan duduk. .

‘ Milk and sugar here...’  Aku menghantar susu dan gula. Kemudian aku berdiri di tepi bar memerhati ke arah Tan.

Sambil menghirup kopi Tan memerhati sekeliling,

‘ Your glass wall...’  Tan terhenti. Aku pula menunggu   ada apa dengan dinding gelas Restoran Garuda.

‘ With one brick ... all over... pecah...’  Tan memandang tepat mata aku. Pandangan ganas.  Aku mengelak bertentang mata.

Aku faham makna kata-kata dari Kung Fu Tan. Sebelum dari pertemuan ini aku pernah terbaca bagaimana sebuah restoran di China  Town terpaksa ditutup. Tidak ada apa yang pecah. Tidak ada siapa kena pukul. Tidak ada pergaduhan. 

Dari laporan akhbar petang  Evening Standard aku terbaca bagaimana tiga lelaki yang tidak  dikenali telah masuk ke dalam sebuah restoran China di China Town yang   belum memulakan perniagaan. Lelaki ini telah menaburkan najis manusia  ke serata dinding restoran. Selesai kerja mereka  keluar menghilangkan diri. 

Aku rasa ini bukan kerja geng  Kung Fu Tan. Kes najis didinding ini berlaku dalam restoran China bukan restoran Malaysia atau Indonesia. Samseng Malaysia tak akan kacau atau  pau restoran China Hong Kong.

‘ Say my hello  to Johnny...’ Tan angkat punggung  membuka pintu dan beredar.

Apabila Johnny  sampai aku ceritakan  apa yang telah berlaku antara aku dengan Kung Fu  Ta.

‘ Dia nak pecahkan  dinding restoran...buat kacau betul... ‘ Ini sahaja jawapan Johnny.

Minggu itu kami di Garuda tak habis-habis membincangkan hal Kung Fu Tan. Apakah dia betul-betul samseng. Apakah dia lebih hebat dari mafia.  Tiga orang pekerja dapur dari Aljeria  tak faham kenapa kami layan Kung Fu Tan.

‘ Give me money...I’ll  fuck him ...’  Ini  komen dari Bobby  anak muda Aljeria yang bekerja secara haram di dapur Garuda.

Hujung minggu itu Tan   datang sekali  lagi. Kali ini  dengan tiga kawan – anak muda China. Mungkin anak muda dari Malaysia yang  kini berpayung dibawah  Tan

Johnny menyambut. Aku menyediakan meja terbaik.  Tanpa melihat menu aku menyediakan makanan terbaik untuk empat kaki busuk ini.   Mereka minum  Tiger dan Bintang.  

Aku melayan mereka  sama seperti aku melayan  pelanggan yang  lain. Bezanya aku tahu mereka tidak akan meninggalkan satu sen pun di atas meja untuk duit tip. Kaku dapat terima kasih pun sudah memadai.

Selepas makan aku nampak Tan pergi ke bar  dan bercakap dengan Johnny. Kemudian aku nampak Johnny membuka laci duit. Aku tahu Johnny sudah kena pau.

Apa yang terjadi malam itu menjadi heboh. Pak Ibrahim tuan empunya restoran pun tahu hal Kung Fu Tan.  Aku juga difahamkan beberapa tuan pemilik restoran Malaysia  di Soho telah bertemu dan cuba memikir dan mencari jalan penyelesaian.

Hari berjalan. Minggu berganti bulan. Sosok  Kung Fu  Tan  tidak menjelma lagi. Dulu kami para pekerja dan pelayan restoran Malaysia-Indonesia selalu  bersembang tentang Kung Fu Tan. Kini semua senyap.

Satu petang  ketika aku berjalan di Old Compton Street aku terserempak dengan  Steven Chen. Aku kenal baik dengan anak muda  dari Kuantan ini. Dia selalu datang bersembang  filem P. Ramlee dan filem  hantu di Garuda kerana dia tahu aku belajar filem.  

Steven  ini tukang masak di Malaysian Singaporaen  Restaurant  di Dorking luar kota London. Bila dia ada cuti dia akan datang ke Garuda. Gian nak  bercakap bahasa Melayu. 

“Lama tak jumpa...’ kami bersalaman.

‘ Takda cuti..’ Steven menjawab,

‘ Eh... you know what happened to Kung Fu Tan? ‘ Aku bertanya kerana aku tahu jaringan bawah tanah  Steven ini luas.  Pernah satu kali aku ditemu bual oleh BBC  Radio 4 tentang Soho dan gengster.  Aku mendapat beberapa maklumat ‘ bawah tanah’ dari Steven.

‘ Kau tak tahu...  we  sent him off  20 batu di luar  London... dia tak boleh masuk London lagi...’

‘ Really... betul ke ?’   Aku sebenarnya yakin akan maklumat dari Steven. Kerana ketika aku membuat  program temubual dengan radio BBC dulu  Steven ada  memberi maklumat bahawa  taiko besar Don atau  Tun samseng   Malaysia   berada di Amsterdam.   

Maka dari maklumat Steven ini aku  yakin Kung Fu Tan  tidak akan lagi kelihatan mundar mandir di Soho kerana arahan Tun dari Amsterdam. Maka restoran Malaysia-Indonesia– ingapore  di Soho tidak lagi ada gangguan. 

EPILOK

Tahun 2004 di Bangsar Telawi aku terserempak dengan Abang Said. Aku kenal  Abang Said dari zaman aku di London. Dia  bekerja di Satay House di Edgeware  Road London.

Kami  bersembang tentang itu dan ini. Dia kini pulang  ke Kedah.  Sedang bercadang untuk membuka kedai makan.


Kemudian aku bertanya tentang si Anu dan si Anu. Aku bertanya tentang siapa dan dimana.

‘ Apa berita  Kung Fu Tan’. Pertanyaan pendek.

‘ Dia dah meninggal  dunia dua tahun dulu...’

‘ Bergaduh ke..’

‘ Tak sakit demam biasa..’

  Maka disini tamatnya  lejen  Kun Fu Tan.  (TT)


TULISAN INI JUGA 
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/05/05/lagenda-kung-fu-tan/