.

Khamis, 8 Jun 2017

SUSAH JADI MELAYU







AMAT SUSAH

JADI MELAYU

KEMUDIAN

DIPAKSA SUKA

PADA BIDADARI


SELAMAT BERBUKA







HARI 

TIGABeLAS

kalau yang gusar
hari ke tiga belas menakutkan
tapi hari ini 
kuala lumpur redup
macam jerebu nak sampai
tapi tak sampai
macam ada hujan bukit
dan 
kuala lumpur dapat tempias

esok cukup dua minggu kita puasa

petang ini ketika kita berbuka
warga uk buat pilihan
kiri atau kanan

agaknya tahun ini
bagaimana berpuasa di kabul
bagaimana berpusa di herat
bagaimana berpuasa di kandahar
bagaimana berpuasa di damas
bagaimana berpuasa di baghdad

ah! lalu aku teringat 
berpuasa di baghdad
teringat berbuka di masjid khadamiah
teringat lorong lorong kecil
tepi sungai dajlah
bagaimana warga iraq
bepuasa tahun ini?

ah! hidup ini berbalut ingatan
yang tidak sudah sudah

aku juga teringat berpuasa di lahore
aku teringat berpuasa di karachi

ah! indahnya perjalanan hidup ini

di london aku jadi musafir
berkelana merayau rayau
aku teringat berhari raya
dirumah tuan empunya restoran
tempat aku jadi pelayan

ah! indahnya hidup ini

aku juga teringat berpuasa
dalam penjara
kali pertama aku dipenjara
ialah bulan september 1974
bulan puasa di tasek utara
aku dihantar 
ke penjara air molek
untuk tahanan reman

aku teringat kembali 
berpuasa  di kamunting
aku teringat bagaimana
tian chua ikut puasa sama
untuk tanda hormat
kerana kami berdua
duduk
satu tahun dalam satu sel

aku teringat 
pak abu menjadi iman
aku teringat 
ustaz badrul menjadi imam

semua cerah 
berligar setiap kali
bulan puasa
sampai

ah ! indahnya hiddup ini

SELAMAT 

BERBUKA

----------

FGV MAKIN LINGKUP








TANGKAP

Mungkin benar apa yang akan di katakan itu.... tetapi jangan lupakah kemusnahan dan kerugian yang di alami olih IPO terbesar dunia itu....melebihi 1 billion...sejak dia menjadi ketua pengurusan. ... Harus di ingat ..apabila pertukaran kerajaan nanti...orang yang perlu disiasat adalah dia dan kroni seangkatan... 
Siasat..rampas segala harta ...samada di pegang olih diri dia, anak-anak, isteri, sedara mara..atau proxi dia.... 'maximumm purnishment'...kerana dikelasifikasikan..sebagai PENGHIANAT. kepada agama, bangsa dan negara on 
KESAH NAJIB ISA DAN ZIANA
Publish | Delete | Spam
zaharuddin Ahmad
at 4:38 PM





----------------

SATU CADANGAN





CADANGAN
ziana zain patut jadi CEO FGV hahahaha on SIAPA DIBELAKANG ISA SAMAD
Publish | Delete | Spam
Khairil Mesri
on 6/7/17




----------------

SUARA MERDU ZIANA ZAIN





GUA DAH

BILANG LU 

TAK CAYA

INI POWER

SUARA ZAINA



‘Saya takkan letak jawatan’
KUALA LUMPUR - Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tuan Haji Isa Abdul Samad menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan agar beliau berbuat demikian.

Menurut Isa, tiada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan.

"Pasal apa saya nak letak jawatan? Bukan saya yang salah," katanya dalam sidang media selepas program majlis sumbangan FGV kepada golongan asnaf, di Menara Felda, di sini, hari in


TOK AJI ISA

BILA BUKA

MULUT DAN 

SEBUT PORT....

BELUM DICK..SON

NAJIB AKAN

MENGGELETAR

LAGI POWER

BUDAK ITAM




-------------------

PROJEK ZIONIS-ANGLO-AMERIKAN






APA MAKNA

KHAMIS INI?

khamis ini
bekas pengarah FBI james comey
akan berhadapan dengan
wakil kongres untuk
menerangkan apa terjadi
kerana dia dibuang kerja
oleh presiden trump

khamis ini permulaan gerakan
untuk menixonkan trump
presiden nixon dipecat tahun 1974

khamis ini
pru di uk
dimana daulah terpendam
akan memastikan parti buruh kalah
parti buruh dibawah jeremy corbyn
membawa garis baru
ini mengancam elit politik elit ekonomi

keadaan sama dengan trump
yang sedang mengharu birukan
politik amerika

trump wajib dipecat
jeremy corbyn wajib dikalahkan
untuk memastika kuasa
zionis-anglo-amerika
terus mengusai dunia

 



James Comey reveals concerns about Trump in devastating account to Congress

Former FBI director offers statement describing a meeting in which Trump asked him to drop his inquiry into Michael Flynn: ‘I hope you can let this go’






-------------------------

KESAH NAJIB ISA DAN ZIANA







liNGKUP
Terlalu ramai pertikai urusniaga felda/fgv dan kedudukan isa/zakaria. Termasuk dari kalangan susuk yang najib perlukan sokongan dari mereka. Jadi najib mengalah. Tapi ada wayang. Isa akan letak jawatan sukarela atas sebab kesihatan dan usia.


ZiANA

Dia akan kata sudah sampai usia dia menumpu perhatian lebih pada ibadat berbanding hal duniawi, dan dengan kesihatan yang tidak sebagus beberapa tahun dulu dia rasa masalah felda/fgv sekarang terlalu menekan dan mempengaruhi kesihatan dia. Najib pun akan bagi ucapan penuh berbunga puji pengorbanan, jasa dan kebijaksanaan isa selama dipilih jadi pengerusi, dan mengeluarkan 2-3 titis airmata sedih terpaksa terima keputusan isa dengan hati berat. 
Isa akan dihadiah beberapa juta sebagai penghargaan ikhlas. Najib akan umum pengganti. Dah tentu pak turut dia. Yang dipilih atau diberi lampu hijau oleh laki dia. on 
LU SEMUA TAK FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/8/17




-------------------

LAWAK HARI INI





KAH KAH

KAH KAH

LAWAK

ARI INi


Tiada pengundi hantu di Malaysia

SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tuan Haji Mohd Hashim Abdullah menegaskan, tidak wujud sama sekali pengundi hantu dalam sejarah pilihan raya di Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Malah, dakwaan mengatakan timbulnya isu Gerrymander (mengubah persempadanan kawasan pilihan raya untuk kepentingan sesebuah parti) juga tidak benar.

"Setiap kali berlangsungnya pilihan raya, ramai orang terlalu sensitif terhadap pendatang asing sehingga menimbulkan pelbagai andaian dan salah faham.


SEHARUSNYA

SETAN KENA

GARI DALAM

BULAN PUASA

MACAM MANA 

SETAN INI 

BEBAS PULAK?



--------------

BEREHAT DI PORT DIKSON







PERSOALAN

ADAKAH ISA

AKAN AJAK 

NAJIB BEREHAT

DI KEM ASAKR

PORT DICKSON

REHAT DENGAR

ALBUM ZIANA



Sudah tiba masa Felda pecat Isa

HAH ALAM - Sudah tiba masanya Najib  mengambil tindakan melucutkan jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), Tuan Haji Isa Abdul Samad.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, masalah dalaman FGV hari ini memberi kesan kepada keyakinan pelabur dan sahamnya.
“Jelas sekali Isa tidak boleh mengendalikan dan memastikan FGV bebas daripada masalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Najib perlu merombak semula FGV supaya ia diuruskan dengan baik dan pemegang saham.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

------------------

BAZAR RAMADAN TAHUN 2017




TAK MERIAH
Bazar ramadan di mana2 tahun ni dah tak semeriah tahun2 yang lepas.di bandar besar sudah tidak sesak lagi.peniaga pun ada yang sudah tak berniaga.

balik kampung tengok bazar ramadan di kampung pun sama.selalunya nak bernafas pun susah.sekarang siap boleh buat tarian soley2 depan gerai.sambutan tak meriah.begitulah juga isi poket.yang ada hambar. on 
HARI KE DUA BELAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/8/17




-----------------

PRU UNITED KINGDOM








PRU UK

ketika ini warga uk
sedang tidur 
kita mendahului 8 jam
ertinya  ketika
kita nak berbuka
warga uk akan 
keluar mengundi

dua parti besar
konservatif dengan theresa may
parti buruh dengan jeremy corbyn
juga parti nasionalis scottish
parti baru UKIP
parti liberal demokrat
parti hijau
party plaid cymru
dan beberapa parti kecil

seramai 3,303 calon bertanding
untuk merebut 650 kerusi parlimen

dua parti induk
parti buruh dan parti konservatif
akan bertempur dasar

kerajaan terakhir
dari parti konservatif
pm ialah theresa may

ini pru selepas BREXIT
dan juga kemunculan jeremy corbyn
sebagai garis baru parti buruh
sebagai pemimpin baru buruh

siapa akan menang?

jika anak muda turun beramai-ramai
maka ada kemungkinan
jeremy corbyn - JC  akan menang
jc cukup pop dengan anak muda
membawa garis kiri yang jelas

dari segi sejarah perjuangan
ketika muda jc pernah ditahan
kerana berdemo menentang apartheid
menentang senjata nuklear

politik pop kiri  jc
hampir sama dengan
dasar yang dibawa oleh
bernie sanders calon presiden amerika
yang di sabotaj oleh hillary clinton


jc menakutkan kaum pemodal
jc mengerunkan towkay senjata
malah ledakan di manchester
dan ledakan baru di london
dibaca sebagai membantu 
theresa may parti kanan
yang sokongan semakin merosot

apa isu?
tentang perubatan percuma
tentang pembelajaran percuma
isu keselamatan
isu pengganas
isu kaum pendatang
isu orang pelarian
garis ekonomi
dasar baru eropah
peranan uk di syria
peranan uk di timur tengah

kalau diperhatikan rapi rapi
media arus perdana di uk
tidak menyokong jc
memihak kepada may
ini adalah pandangan kaum pemodal
ini adalah pandangan elit uk

uk yang jelas masyrakat berkelas
merasa kurang selesa dengan jc
garis politik  buruh baru jc
dilihat pengancam 
kepetingan kaum pemodal


tim tukar tiub meyokong jc
jika jc menang 
ada kemungkinan perubahan
dasar politik uk akan berlaku
ini akan mempengaruhi
dasar politik dunia
kerana dari sinilah
bermulanya kuasa imperialis
anglo-amerika yang kini
telah menjadi
zionis-anglo-amerika

paling asas ialah jc
akan menimbulkan peranan saudi
dan gerakan pengganas


tim tt tidak berani menyatakan
dengan jelas siapa akan menang
jeremy corbyn sosok kiri
yang sedang diserang media

TAPI YAKINLAH
DAULAH TERPENDAM
ELIT POLITIK
ELIT EKONOMI
DAN KAUM PEMODAL
AKAN MEMASTIKAN 
JEREMY CORBYN KALAH
SESUDAH KALAH MAKA 
PARTI BURUH AKAN ADA
PEMIMPIN BARU

INI DILAKUKAN AGAR
POLITIK COCO COLA DAN PEPSI COLA
ANTARA PARTI BURUH
DENGAN PARTI KONSERVATIF
DITERUSKAN TANPA GANGGUAN
GARIS KIRI

kita tunggu dan lihat





----------------

MALAM INI DI BANGSAR UTAMA






MALAM INI

KENANGAN 

KITA

Jemput hadir ke malam memperingati Rozaimin Elias
Tarikh : Khamis 8 Jun 2017 
Masa : 9.30 malam 
Tempat : Kelab Bangsar Utama

Ada busking.
Ada baca puisi. 
Senang kata, open mic.
Siapa-siapa nak mengenang Min, dalam kata-kata, dalam lagu, dialu-alukan hadir.
Kita kongsi cerita, yang baik-baik. Yang lucu-lucu.
Jemput datang.




-----------------

NAJIB TERUS BODOHKAN RAKYAT







face book


Najib kata..
"Malaysia satu-satu negara berbanding negara-negara maju & Asean utk beri dekoder percuma utk rakyat yg memerlukan bantuan."
Bertuah rakyat Malaysia kerana milik pemimpin negara yg suka perbodohkan rakyatnya.



Azwa Zailan aku tanak decoder, xpenting pn..tp aku nk kawen, ehh..nk kawen pulak..haha..aku nk ade umh sendiri..turunkan kos sara hidup kt mlaysia ni..seimbangkan gaji dgn kos hidup rakyat..

Haru Biru Jadinya Decoder free ne moe jgk pkai internet kn?...jdi rkyt kna aplay d tm lh byar lg...adui..free skli jk tp rkyt kna byr tiap2 bln...kantoi.
LikeShow more reactions
Reply
25
14 hrs
Buzaid Noordin Bagi aku.... lebih baik kembalikan subsidi minyak masak, tepung, gula, petrol, tol.... yang seumpamanya berguna daripada bagi dekoder....
LikeShow more reactions
Reply
5
12 hrs
Ayub Jaafar Apa la sangat. Berapa sen jer dekoder tu. Rakyat nak duit brrbillion tu dikembslikan. Peluang kerja bagi lepasan universiti, tiada gst utk tampung ketirisan akibat kerakusan kuasa. Bagi balik subsidi. Akui la kebobrokan kamu susahkan rakyat.


NAJIB

CURI

DUIT

1MDB




------------------