.

Khamis, 22 September 2016

DI KOTA KINABALU SEKARANG


 
DARI KOTA API API
gua baru sampai
baru masuk hotel
dalam pusat bandar
tak jauh dari mahkmah
high street gua rasa
 
sapa orang kk
sila beri cadangan
mana tempat makan terbaik
makan tangung sendiri
 
teriama kaseh




---------------

SEBOTOL LANGKAU SABAH








TAK SENGAJA

GUA SAMPAI

K.KINABALU




Shafie serah borang pendaftaran tubuh parti baharu

22 September 2016
Bekas Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal dilaporkan hadir di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pagi ini, dipercayai untuk menyerahkan borang pendaftaran parti baharu.

NOTA:

NAK CARI

LANGKAU

DAN KEDAI

GUNTING







--------------

SURAT SAMAN






BERiTA NOW


ton ton wee
telah menulis
surat saman pas
untuk sarawak report
dalam bahasa german
adalah berita palsu
jangan percaya
sekali kali



------------------

BARU MAHU SAMAN









MAHU SAMAN

BUKAN SAMAN

BARU MAHU



Mahu saman Sarawak Report, PAS serah dokumen kepada peguam

 | September 21, 2016
Antara dokumen yang diserahkan ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin PAS, kata Setiausaha Agung





KOTA BHARU: PAS sudah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

-------------

BUKAN GAMBAR MASA MUDA






BERAT 200 KILO
Masa muda nya rosemah, mesia belum pakai sistem kilo. Masa tu kita pakai pikoi. Anggaran masa tu mengikut sanad ulamak2 suci ada kot sepikoi berat nya.....kalau dinisbahkan ke kilo, lebih kurang 100 kilogram. 

Sekarang beratnya baru 200 kilo, bermakna gambar diatas tu bukan lah kak rosemah masa muda.....gwa gerenti ma! Kalau nak nengok kak rose masa muda cuba selak annual report WWF. on LAGI BERITA PALSU
Publish | Delete | Spam
Boley Jalan
on 9/21/16




-----------

TANDA TANDA TELAH SAMPAI





TANDA TANDA TELAH SAMPAI

Bila  durian runtuh ianya bukan datang secara tetiba. Bila empangan  pecah ianya bukan meledak serta merta. Bila perang bermula ianya bukan sengaja meletus.  

Apa sahaja babak yang  sedang  berlaku dihadapan mata kita sekarang pasti telah  ada   tanda tanda terlebih awal sampai. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada sebab musabab. Tidak ada satu pekara yang wujud secara tetiba.

Mustahil tetiba rakyat Malaysia benci kepada Najib dan Rosmah. Mustahil tetiba Mahathir  berani menuduh Najib sebagai pencuri.  Mustahil tetiba satu dunia mula melihat Najib sebagai penyamun berlesen. Mustahil rakyat Malaysia mula melihat parti PAS sebagai parti belot dan parti kaki putar. Mustahil secara tetiba rakyat Malaysia melihat United Malays National Organsiation sebagai musuh. 

Hakikatnya semua yang berlaku ketika ini  muncul  dan dilahirkan dari pekara-pekara yang telah berlaku terdahulu.  Babak yang kita lihat hari ini sabenarnya adalah sambungan dari babak-babak yang terdahulu.  Semuanya  sambung menyambung. 

Mungkin babak ini tidak ‘linear’ - tidak terus menerus - lepas satu satu. Mungkin babak ini terputus-putus. Mungkin babak ini mengambil masa sambuangn yang bertahun, berdekad lama atau berkurun. Tapi yakinlah hidup kita  hari ini adalah sambungan kelmarin. Kelmarin sambungan kelmarin dan kelmarin dari kelmarin seratus tahun yang lalu. 

Kehidupan adalah ekonomi. Kehidupan kita hari ini adalah sambungan ekonomi. Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa asas kehidupan manusia ini adalah ekonomi. Manusia itu adalah ‘binatang ekonomi’. Bezanya dari haiwan ialah manusia sebagai binatang ekonomi memiliki keupayaan sosial. Keupayan bermasyarakat untuk hidup berkelompok.

Justeru untuk membaca apa yang sedang berlaku hari ini kita semua wajib membaca ekonomi. Kerana ekonomi ialah asas politik. Politik ialah kuasa. Merebut  kuasa politik bermakna merebut  kuasa ekonomi. Manifestasi ekonomi ialah ringgit dan dinar. 

Maka adalah tepat apabila Najib berkata - cash is king - ringgit it Raja.

Maka tanda tanda awal tentang  suasana politik Malaysia boleh dibaca melalui kedudukan ekonomi kita. Inilah pembacaan yang jelas dan tuntas.

Nilai ringgit kita terus merosot. Bukan hanya dengan dolar Amerika  malah dengan semua mata wang termasuk Rupiah Indonesia - nilai ringgit jatuh merundum. Kejatuhan nilai rinngit ini adalah tanda  awal. 

Kalau kita hendak jatuh sakit  maka kita merasa badan kurang sedap dan  suhu badan naik. Maka kejatuhan nilai ringgit ini adalah tanda-tanda  yang  demam telah sampai.

Bila ringgit jatuh maka kita tidak dapat lagi berbangga ‘macam dulu’. Berbangga apabila ke Siam atau ke Indon.Kini kita mula mengira-ngira apabila bertukar ringgit dengan rupiah. Malah yang pernah ke Mekah telah mula mengalami bagaimana   ringgit tak laku untuk ditukar.

Sambungan dari nilai ringgit yang jatuh ini ialah semakin ramai graduan dan anak muda yang  tidak mendapat pekerjaan yang sesuai. Malah semakin ramai yang keluar negara mencari kerja. Berkelana mencari kehidupan.

Kita pasti ada bertemu  Mat Bangla yang ada Ijazah dari Dacca Universiti  datang   menjadi Pak Gad di  Damansara. Maka ini samalah saperti graduan dari Universiti Islam Antarabangsa memburuh memetik anggur di  Adeleide Australia. Tidak ada bezanya. 

Ini tanda-tanda bahawa ada sesuatu yang tidak sopan sedang berlaku di Malaysia. Ini tahap ke dua yang akan membawa masuk ke tahap ketiga.

Pada hemat saya tanda semakin jelas bahawa Malaysia kini dalam tahap ke tiga untuk menerbus masuk ke tahap ke empat. Apa dia tahap ke tiga ini?

Tahap ketiga adalah hilang keyakinan. Yakin - memainkan peranan yang amat penting dalam susunan manusia sebagai binatang ekonomi. Tanpa yakin kita akan runtuh rantah.

Ringgit atau dolar itu sabenarnya hanyalah kertas. Tidak lebih dari itu. Apa yang membolehkan saya membeli satu kilo manggis di Chow  Kit dengan harga 10 ringgit ialah keyakinan.  Tuan empunya manggis yakin bahawa 10 ringgit itu boleh  terus digunakan untuk meneruskan perniagaan. Saya juga yakin kepingan kertas bertulis 10 ringgit itu akan membolehkan saya mendapat 1 kilo manggis.

Yakin adalah gam yang mengikat kita semua. Apabila yakin hilang maka gam akan hilang. Yakinlah yang mengikat kita individu dalam  satu kelompok  masyarakat. Kemudian kita memangil diri kita warga Malaysia.

Kini di Malaysia keyakinan telah semakin lupus. Kita tidak yakin dengan Najib sebagai Perdana Menteri jauh sekali kita percaya  dan yakin kepada Ku Nan atau kepada Azalina atau kepada Khairy Jamluddin.

Mustahil sosok yang berakal akan yakin dengan cakap Saleh Kerouk atau kata-kata Rahman Dahlan. Mustahil kita yakin dengan ucapan Hasan Malek atau suara Ahmad Maslan. Hanya sosok yang terencat akal sahaja atau telah  diupah akan yakin dengan Jamal Baju Meraah  atau Ali Tinju.

Rakyat Malaysia tidak yakin lagi dengan SPRM. Tidak yakin dengan PDRM. Tidak yakin dengan SPR. Malah apa sahaja yang dikatakan oleh kerajaan semuanya akan dilihat dan dibaca sebagai satu penipuan.

Apa sahaja ucapan Menteri semuanya  masuk angin keluar asap. Tidak ada sesiapa yang percaya terhadap peranan lembaga daulah dalam negara ini. Kita tidak ada keyakinan kepada sesiapa sahaja yang mewakili Najib Rosmah atau mengakui menyokong kerajaan hari ini.

Lembaga agama - para alim ulamak bukan sahaja tidak diyakini malah dilihat sebagai alat untuk menipu. Alim ulamak di Malaysia dilihat sebagai penjual agama. Sebagai penjual ketakutan. Sebagai penjual bidadari - syurga dan neraka. Peranan besar mereka untuk memimpin umat telah lupus. Mereka tidak diyakini sebagai panglima  untuk menentang kezaliman  dan melawaan kemungkaran. Mereka bukan penegak keadilan. Kini mereka sendiri menjadi kepala mungkar.

Hilang keyakinan ini membawa kita ke tahap keempat yang pada hemat saya sedang berlaku sekarang. Tahap ke empat ini ialah apabila segala -gam-   yang mengikat kesatuan kita sebagai umat  - sebagai satu negara bangsa  runtuh rantah.

Manifestasi semakin jelas apabila kita melihat ruang sosial dimana saban bulan ada sahaja bayi  yang telah dibuang. Pembuangan  bayi ini untuk saya adalah tanda yang paling jelas bahawa adunan dan jahitan  masyarakat kita telah runtuh. Lebih awal runtuh ialah bani Melayu dimana mereka baru  sedang berada dalam dunia peralihan. Beralih dari masyrakat tani ke masyarakat bandar. 

Ketika dalam peralihan ini berlaku simpang siur yang berkemungkinan menghairahkan. Dalam  masa yang sama boleh menyesatkan.

Buang bayi itu sabenarnya adalah manifestasi dari masalah runtuhnya pabrik sosial masyArakat bani Melayu. Saya mengambil buang bayi sebagai manifestasi dalam tulisan ini. Sebenarny terlalu banyak manifestasi keruntuhan sosial yang sedang kita hadapi sesama kita. Buang bayi saya gunakan sebagai contoh kerena ianya senang difahami.

Apabila berlakunya keruntuhan sosial ini maka ianya akan menjemput kita masuk ke tahap ke lima- keruntuhan budaya. Antara tahap ke empat dan ke lima ini jaraknya amat tipis. Malah amat susah untuk dibeza dan diberi garis pemisah.

Bila agaknya keruntuhan sosial akan membawa ke pada keruntuhan budaya?

Keruntuan budaya ini adalah tahap akhir dimana masyarakat ini akan punah ranah. Pada hemat saya kita sedang berada digigi keruntuhan sosial dan menuju ke runtuhan budaya. 
Semua yang berlaku hari ini menyakinkan saya bahawa bani Melayu - bani yang menjadi teras budaya bangsa - yang menjadi tiang seri negara Malaysia kini  sedang dalam satu krisis yang mat besar.

Tanda-tanda keruntuhan semakin  jelas. Ini bukan lagi kilat sabung menyabung sebelum hujan turun. Ini bukan rintik rintik dan rebas rebas. Untuk saya kini banjir sedang mengampoh. 

Bani Melayu bukan lagi berhadapan  dengan krisis tetapi sedang menghadapi keruntuhan sosial dan sedang  menuju ke  keruntuhan budaya.  

Dalam keruntuhan sosial kita hanya hilang keyakinan bahawa orang lain - jiran tetanga - kaum keluarag sahabat handai  tidak akan  datang membantu kita. Malah mereKa juga tidak ambil pusing hal kita. Bila pabrik sosial runtuh maka kita sendiri hilang keyakinan terhadap masyrakat sekeliling. Pada hemat saya suasana ini sedang berlaku sekarang.

Kita dikatakan - letih politik. Kita dikatakan telah sampai  ke tahap tepu tidak berkeupayaan untuk membawa perubahan terhadap alam sekeliling yang menjerut hidup.  Warga Malaysia dikatakan  semakin sinikal terhadap apa sahaja. Sinikal ertinya kita kurang yakin. Kita melihat semua pekara lok lak - flip flop. Sikap sinikal ini lahir  dari pengalaman yang terkumpul

Kita tidak yakin, kita tidak percaya kepada Najib, menteri, polis, hakim, pilihanraya, Tok Guru, Mufti kerana hasil dari pengalaman  terkumpul. Mereka semua ini dilihat penipu dan pembohong. Mereka menipu dan membohong untuk terus berkuasa. Berkuasa untuk memiliki punca ekonomi i.e hidup senang lenang.

Tahap runtuh budaya ini menjadikan kita hilang keyakinan, hilang kepercayaan kepada sifat kemanusian. Sifat kemanusian inilah yang menjadikan kita manusia. Jika ini hilang dan pupus maka apakah kita boleh memanggil diri kita manusia?

Saya melihat cahaya - pada ketika ini - pada hemat saya  kita belum lagi terjerumus ke dalam kehancuran budaya. Masih ada lagi sifat kemanusiaan. Kita masih belum menjadi Iraq atau Somalia, atau Nigeria.  

Tapi yakinlah tanda-tanda semakin jelas jika Najib, jika Rosmah  dan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional  terus berkuasa maka Malaysia akan terjerumus ke tahap kehancuran budaya.

Saya amat yakin tentang pekara ini. Sebelum empangan pecah pasti ada tembok bocor. Pasti ada air meleleh. Bila hujan sampai barulah ledakan  berlaku. Ketika ini saya amat yakin awan hitam sedang berkumpul dan hujan lebat akan sampai. Apakah empangan  akan runtuh?  (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

------------

PEMEGANG MOHOR BEG BESAR






NAK 

BERTANYA

JANGAN 

MARAH




 | September 21, 2016
Baginda tidak boleh mencampuri usaha menyingkir PM kerana sebarang tindakan perlu melalui Parlimen dan pilihan raya. More ››

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong berkata deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri yang diserahkan Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mengikut Perlembagaan, maka baginda tidak mahu terbabit.
Najib berkata Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan perkara itu kepada Mahathir dalam pertemuan di Istana Anak Bukit, Alor Setar 15 September lalu.
“Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh  Mahathir.

MAT NAJIB NI

SUDAH JADI

PEMEGANG

MOHOR RAJA2

MELAYU KE?

BUKAN KAH 

NAJIB HANYA

PEMEGANG

MOHOR BEG 

BESAR BIRKIN

KAH KAH KAH

















-----------------

PAHLAWAN MUSTAR








PAHLAWAN DEDAK

KERJA YAHUDI
Ramesh dah kata ini kerja yahudi. Bila lg pahlawan2 melayu nak demo bantah yahudi. Atau nak suruh ramesh dan geng dia tlg bantah. Atau salah DAP jg on SEMUA HILANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/21/16



------------

GUA TAK PERNAH PERGI HOLYWOOD






GUA TAK

PERNAH

SAMPAI

HOLLYWOOD

TAPI ADA

WARTAWAN

BUAT CERITA

KAH KAH KAH
Rosmah Mansor (left) attends the opening of a Malaysian department store in Beijing

Red Granite Co-Founder Riza Aziz's Mother Is the "Imelda Marcos of Malaysia"


Rosmah Mansor is wife of the prime minister, owns a $200,000 crocodile Hermes Birkin bag and is believed to use (and possibly abuse) as much power as her husband.

Of the numerous individuals engulfed in the vast Malaysian embezzlement scandal that includes a cameo by Leonardo DiCaprio, Najib Razak undoubtedly is the most prominent. The meek-looking Malaysian prime minister — widely acknowledged to be "Malaysian Official 1" in a record-breaking U.S. Justice Department complaint — is the man at the helm of the 1MDB sovereign wealth fund, now alleged to have been used to plunder billions of dollars of public money that lavishly flowed into the U.S., spent on luxury properties, artworks and, of course, DiCaprio's hit 2013 drama The Wolf of Wall Street.
But eyes are increasingly turning to the larger-than-life figure often by Razak's side: his bouffant-haired, Birkin bag-loving wife, Rosmah Mansor. It's Mansor, 64, who, through her first marriage, is the mother of Riza Aziz, the co-founder of Red Granite Pictures and producer of the DiCaprio starrer, and it's Mansor who is the connection to Jho Low, the controversial businessman who helped set up 1MDB and allegedly diverted billions into his own pockets and those of his associates (including Red Granite).
And it's Mansor who many have long suspected to be wielding just as much power — if not more — as her husband. When late Singaporean prime minister Lee Kuan Yew made an official state visit to Malaysia shortly after Razak entered office in 2009, he made a point of meeting Mansor separately, explaining that they ran the country as a team.
Reports recently emerged that the first lady of Malaysia (a controversial title Mansor bestowed upon herself, along with her own unit in the PM's office) had racked up at least $6 million in credit card charges in less than seven years, with shopping sprees at Saks Fifth Avenue and Harrods among her purse-busting blowouts.
But the news caused little shock in Malaysia, where Mansor's fondness for diamonds and Hermes bags (she reportedly boasts one of the biggest Birkin collections on the planet, including a bejeweled crocodile skin design costing in excess of $200,000) widely is known and ridiculed.
"Imelda Marcos had a fetish for shoes, whereas our friend here has a thing for bags," says Hishamuddin Rais, a Malaysian filmmaker who attended the same school as Mansor. He describes her as a combination of a "femme fatale and Lady Macbeth." Like Rais, Mansor's parents were teachers, but he says she has long since rejected her middle-class roots and even several family members (including her own daughter).
Mansor's first husband, Aziz's father, reportedly was ditched because he "wasn't ambitious enough." And before she hooked up with rising politician Razak in the '80s, there were rumors the social climber had eyes for the Sultan of Brunei. "Anything that comes out about Rosmah is always believable," says Rais.
For political cartoonist Zulkiflee Anwar Ulhaque — better known as Zunar — Mansor's image is a "godsend." His numerous cartoons depict her as a woman with huge hair and an ever-present sparkling rock on her finger.
"For me, she's the most powerful individual in Malaysia — she's the one who decides on everything," he says.
Malaysian cartoonist Zunar is facing charges of sedition thanks to illustrations like this one depicting Rosmah Mansor on a shopping spree at taxpayers’ expense.
Both Rais and Zunar are facing charges of sedition in Malaysia for their outspoken views, with Zunar facing a record nine charges carrying a possible sentence of 43 years in prison.
But while you can get away with cartoons of Prime Minister Razak, he says it's actually Mansor where the line is crossed.
"In Malaysian newspapers, there are two individuals that cannot be drawn. The first is Rosmah, the second is the Prophet Muhammad."
This story first appeared in the Sept. 30 issue of The Hollywood Reporter magazine. To receive the magazine,



-------------

AHAD INI FORUM TUKAR TIUB







FORUM

AHAD 25/9 HB

JAM 6:30 PTG

TUKAR TIUB


---------------

MALAM INI DI BANGSAR








JEMPUTAN

INI MALAM 

DI BANGSAR




----------

PEMIKIR JASA








MELUAT
Anon 21 September 2016 8:02 PTG, Bila kamu kata Orang kat JASA meluat tengok malaon sorang nih..., malaon tu merujuk pada siapa? Lokman ke najib? Terimakasih atas rungkaian kekeliruan on BERITA AMAT AMAT PELIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/21/16

DAH KAYA
Tt gua tau la lu dah kaya sejak dua menjak ni tapi lu simpan la fulus lu tu dalam tabung untuk hari lu lebih tua dari umur lu sekarang jadi lu hentikan la bayar upah tulis komen untuk setiap posting blog lu kat si sudin ni serta merta sebab gua baca semua komen dia makin hari makin tersedak tekak gua walaupun bukan tertelan dedak on BERITA AMAT AMAT PELIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/21/16

DALAM HOTEL
Oooo..kau pelik pasal macamana lokman dapat title pemikir... aku pulak pelik pasal 2 benda lain tt, pertamanya pelik macamana nama Jabatan Hal Ehwal Khas tu dapek namo pendek jadi "Jasa" pulak, apo pasal bukan "JaHEK"?? 

Keduanya, aku pelik kenapa Anwar dengan lokman dan tiga yang lain bertemu dalam hotel di Batu Pahat lebih awal, tahun 1998 tu, tapi tak bagitau chua soiled lek, sian cina tu pergi sana dah banyak tahun terlewat, lalu kena tangkap video sorang2 tanpa lokman... hissss ini mesti konspirasi anwar ni saja nak gulingkan cina tu! on BERITA AMAT AMAT PELIK
Anonymous
on 9/21/16

FALSAMPAH
Budak ini lulusan falsampah ka? Apa yg dia pikior? Hmmm on BERITA AMAT AMAT PELIK
Anonymous
on 9/21/16

PEMIKIR
Nak jadi pemikir ni bukan sonang. Otak kono ado sikit....tapi tak perlu yang bijak pandai....sebab orang pijak pandai tak yah pikir....donga je dah tahu....yang ada otak sikit ni la kena jadi pemike jang oiii.... on BERITA AMAT AMAT PELIK
FIKRY HARITH Hashim
on 9/21/16








------------