Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 4 Ogos 2013

LEPAS RAYA KITA WAJIB TURUN KE JALAN RAYA





SURAT FITNAH TERBARU UMNO

Laporan penyebaran surat-surat layang di Permatang Pauh membuktikan budaya fitnah tajaan UMNO yang berterusan.

Surat-surat ini didakwa oleh bekas calon UMNO Permatang sebagai mengandungi kandungan transaksi kewangan antara saya dan Karpal Singh dan apa yang dikatakan ‘pelbagai nombor-nombor akaun’ saya.

UMNO-BN telah berjaya menanam budaya fitnah sehingga menjadi begitu sebati dan berakar-umbi di dalam politik negara. Namun dengan menggunakan media perkakas UMNO, fitnah ini diulang-ulang sebagai usaha berterusan menipu rakyat.

Malang sekali taktik kotor dan jijik ini berterusan meskipun pada bulan Ramadan yang mulia ini. Bayangkan betapa sia-sianya ribuan surat dihantar di seluruh Permatang Pauh semata-mata untuk usaha terkutuk ini.

Malaysia berhadapan pelbagai isu yang mendesak pada waktu ini: unjuran ekonomi lesu; kadar jenayah yang meningkat, dan skandal rasuah.

Kita sewajarnya menumpukan masa dan tenaga kita kepada isu-isu tersebut dan tidak melayan usaha memesongkan perhatian kita daripadanya.  


ANWAR IBRAHIM


INI LATAR BELAKANGNYA
PULAU PINANG 3 Ogos - Mereka yang dikaitkan dalam surat misteri seperti didedahkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail diminta...
PULAU PINANG 3 Ogos - Polis tidak menerima sebarang laporan mengenai pengedaran surat misteri yang dihantar ke rumah penduduk di sekitar Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk...
KUALA LUMPUR 3 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan...


---------

AHAD AKHIR SEBELUM RAYA




PETANG INI 
petang ini aku kelam kabut
petang ini ada dateline
selalunya isnin
kerana nak raya
date line suara keadilan
dibawa ke hari ini

buka frigo
jumpa telor ikan dari pasar payang
panaskan minyak ziton
goreng telor ikan
ini jamuan aku 



MERCUN DAN BUNGA API
masih belum beli
masih belum pesan
selalu terlupa
kalau tak ada mercun
tak sah berhari raya

selamat berbuka puasa

---------

YAM AMPOON SIAPA PULAK INI





KOMENTAR TUKAR TIUB
mengunakan semabah
patek pacal yang hina
bermakna
saya anak anjing yang hina

kenapa penggunan ayat ini
telah menghina islam?
kenapa penggunaan ayat ini
tidak merosakkan akidah?

SPRM siasat kerabat diraja
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang kerabat diraja yang dipercayai menipu tiga ahli perniagaan supaya melabur ke tabung kebajikan dan program E-Pendidikan membabitkan nilai RM500,000, bagi memperoleh kontrak di 812 sekolah.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit..... YA AMPOOOON.... kah kah kah...

kah kah kah..... KITA LIHAT APA JADI....kah kah kah..

kah kah kah... ATAU NANTI .... KES TAK SAMPAI KE MAHKAMAH.... mkah kah kah..

kah kah kah...HILANG TENGAH JALAN...kah kah kah

NOTA
daulat tuanku apa ertinya?
patek apa ertinya?
pacal apa ertinya?




----------

SATU LAGI PILIHAN RAYA TIPU



 KOMENTAR TUKAR TIUB
mugabe adalah presiden zimbabwe 
mugabe menjalankan  pemerintah ganas 
pemerentahan  zalim

zanu  - parti mughabe telah memerintah semenjak 1980

spr zimbabwe telah mengadakan pilihanraya ujung minggu ini
spr zimbabwe sama saperti spr malaysia ialah alat
untuk memenangkan kuasa yang sedia ada

mugabe menang lagi
parti pembangkang menolak keputusan
pasti ombak politik baru akan melanda zimbabwe

pilihan raya di zimbanwe
amat penting kerana ianya membutikikan
bahawa kerajaan zalim
dalam dunia ini tidak akan dapat
diubah melalui pilihan raya


KAIN RENTANG SPR TIPU
TELAH NAIK LEBIH AWAL

SPR ZIMBABWE TERUS MENIPU

PERDANA Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai (kanan) ketika sidang media di Harare, awal pagi tadi mengumumkan menolak kemenangan Mugabe (gambar kecil) dan akan mencabar keputusan itu di mahkamah selepas mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya negara itu. - Foto AFP


Keputusan pilihan raya Zimbabwe tidak berwibawa - AS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini mendakwa kemenangan besar 
Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai tidak 'berwibawa' dengan proses pilihan raya berkenaan penuh dengan kecacatan. 


“Amerika Syarikat tidak mempercayai keputusan yang diumumkan hari ini dan ia tidak memterjemahkan kehendak rakyat Zimbabwe,” kata Setiausaha Negara AS, John Kerry dalam satu kenyataan. - AFP




-------------

SENYUM PAGI AHAD



TUUUU DIA
TEMPAT NAJIB MENYOROK

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar »

anwar-pc-close-01
KUALA LUMPUR 1 Ogos: Perdana Menteri,  Najib Razak ibarat cuba menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah permaidani berhubung…


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ANWAR INI SALAH CAKAP.... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB BUKAN SEMBUNYI  MASALAH  KEWANGAN DI BAWAH KARPET.... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB  SENDIRI BERSEMBUNYI DI BAWAK KOPEEK..... kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN DI BAWAH KARPET.... kah kah kah

kah kah kah...BARU TEPAT.... kah kah kah


---------

ULAMAK ADA ANAK LELAKI




SAJE NAK TANYA

Kenyataan Yusuf al-Qardawi selaras majlis fatwa

PUTRAJAYA 2 Ogos - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom menyifatkan kenyataan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi yang mengisytiharkan Syiah sebagai musuh Islam sebagai sejajar dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, Malaysia telah mengharamkan penyebaran fahamam Syiah sejak tahun 1984 dan usaha tersebut diperkemaskan lagi pada 1996 oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang ketika itu memutuskan fahaman tersebut terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jammah

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SAJE NAK TANYA... kah kah kah...

kah kah kah.... UMALAK YUSUF AL-QWARDAWI INI ADA ANAK LELAKI KAN?... kah kah kah..

kah kah kah...SAJE NAK TANYA.... kah kah kah..

kah kah kah.... KAH KAH KAH.....kah kah kah



-----------

PANDANGAN UNTUK PENCERAHAN







KOMENTAR TUKAR TIUB
adalah wajib dikurangkan budaya suka mendengar
adalah baik jika budaya suka mendengar ini
di ganti dengan budaya suka membaca

membaca akan membuka alam baru
membaca akan membawa si pembaca ke satu dunia baru
membaca akan membawa satu jalur baru
membaca akan membawa nikmat baru

membacalah kamu
sebelum kami dibacakan

 KENALI DIRI MU
KENALI MUSUH MU
SERATUS PERTEMPURAN
SERATUS KEMENANGAN
 Syiah dan hak asasi manusia - Aina A Wahab
Ada satu fakta yang mesti kita terima bahawa Syiah sudah pun bertapak di Malaysia. Kenyataan ini menjadi bukti bahawa negara kita sedang menuju kepada masyarakat yang berkepelbagaian (multicultural society). Bukan saja berkepelbagaian dalam beragama, tapi juga berkepelbagaian dalam bermazhab.
Dengan menerima fakta bahawa memang sudah terdapat orang Syiah di Malaysia, maka kita juga mestilah menerima fakta bahawa dunia kemasyarakatan kita pada hari ini sudah semakin terbuka. Kerana itu, tindakan terbaru kerajaan untuk mengharamkan Syiah telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Dalam dilema inilah, maka kita dituntut untuk memikirkan tindakan tersebut dalam-dalam dulu.
Pertamanya, adakah kita ingin menangkap semua orang Syiah tersebut kerana mereka berbeza mazhab dengan kita? Jika demikian, maka apakah penjara itu dapat menukar iman mereka dari bermazhab Jafari kepada bermazhab Shafie? Saya pasti, takkan semudah itu. Maka, apa lagi pilihan kita yang berikutnya? Di sini, saya hanya mampu berdoa agar minoriti Syiah ini tidak diancam pula secara fizikal akibat kelainan iman mereka.

seterusnya baca disini...



-----------