.

Selasa, 28 Julai 2015

HIGH NOON BERTERUSAN






WOW!


logo muhyiddin
SHAH ALAM - Sebaik sahaja  Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula...

DAH MULA




-------------

ADA LAGI ATAU ILANG





DiA iLANG

ATAU

ADA LAGi

KALAU iLANG

SUSAH KITA

NAK KETAWA

KAH KAH KAH



-----------------

RESAH BAWA GELISAH





AG digugur untuk elak PM ditahan? Pengguguran tak sah?

Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan.

Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu.

Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya.

Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?

Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.

SELAMATKAN NEGARA!!!

Husam Musa 
28 Julai 2015


-------------------

KEARAH MALAYSIA BARU







UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP NAJIB  RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN 

Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Najib  Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Najib Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1.    Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2.    Pemecatan Timbalan Perdana Menteri,  Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan  Najib  Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Najib  Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh  Najib  Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1.    Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2.    Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3.    Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4.    Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib  Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa  Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada  Najib  Razak.

Kami juga memberi amaran kepada  Najib  Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Najib  Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Najib  Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.


28 Julai 2015 
Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen







----------------

UNDUR NAJIB UNDUR







FACE BOOK


Demi Malaysia Demi Rakyat Demi mempertahankan Rakyat.
Tapi untuk Najib demi dirinya kroninya isterinya.
Jom lawan!
Undur Najib!







--------------

BABAK AWAL HIGH NOON






TORA TORA
Gani sudah kena tora tora siasatanpun blum siap lg.lepas ni giliran siapa pula pegawai suruhanjaya pencegah rasuah pula ke.zety dah tak dpt raso apo apo kebab nak g cari justo lg.jholo jauh sgt d hongkong nu jet peribadi najib n suami je bleh pakai.leceh la jauh sgt kebab kato.itupun entah sembunyi dmano.entah sedang bersenang senang dpulau cayman.

jumpo la yg nak djumpo sj mcm budok hantar surat tu.yg tak nok jumpo cam najib tu boleh buat tak nampok sj.weh duit juta juta dlm bank rosmah tu apa cerita.org tu sudah mengakupun bilo nak tangkap.badakpun tak jumpo juga.dna bleh pulak jumpo.mana yg lg bosar ni.sohari pun tak jumpo juga.tangkap duohari la.apo punyo lawak sadis 1mdb ni. on HIGH NOON
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/28/15

-------------

HIGH NOON TERUSKAN LAGI




JENG JENG JENG

HIGH NOON

BERTERUSN


Gani’s removal as A-G may be unconstitutional, says DAP

The removal of Abdul Gani Patail from his Attorney-General's (A-G) post may be unconstitutional, DAP said today, as it did not follow certain provisions before terminating his service. DAP legal bureau chief Gobind Singh Deo said that the Federal Constitution provided for a tribunal to determine if an A-G can be removed.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ganis-removal-as-a-g-may-be-unconstitutional-says-dap#sthash.GfFAr9DE.dpuf

JENG JENG JENG 


--------------------

HIGH NOON - DI PUTAR JAYA








JENG JENG JENG

HIGH NOON

PUTAR JAYA


Penyingkiran Gani ketika siasatan 1MDB kukuhkan teori konspirasi Najib 

Penyingkiran secara tiba-tiba Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.
"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.
"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.
"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.
"Saya sekarang risau kalau anggota pasukan petugas khas siasatan 1MDB yang lain akan menerima tekanan dari atas. Dan adakah anggota Kabinet yang sering mengkritik akan turut dipecat?"
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penyingkiran-gani-ketika-siasatan-1mdb-kukuhkan-teori-konspirasi-najib#sthash.B9S5PYog.dpuf

KAH KAH KAH
woit
buang muhyiddin
buang afdal
1MDB tetap ada
kah kah kah
tak akan selesai

TERUS LAGi


---------

HIGH NOON





HiGH NOON






------------

HARAPAN BARU MALAM KELMARIN











#HARAPAN BARU
 

Lebih 3,000 hadir menyantuni Road Show dan Pelancaran ‪#‎HarapanBaru‬Peringkat Negeri Perak di Manjoi, Ipoh malam tadi, 26 Julai 2015. Hampir kesemua pimpinan #HarapanBaru Pusat hadir. Di Perak, badan yg bakal mengumumkan pembentukan sebuah parti politik Islam yg baharu itu, dipimpin oleh bekas Bendahari Pas Pusat, Hj Asmuni Awi dan bekas MB Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Alhamdulillah, Perak nampaknya subur utk #HarapanBaru.





-------------

AL- FATIHAH












Former Indian president APJ Abdul Kalam has died, aged 83




---------------

MANA HILANG CHINA TEMBAM








3.85

CiNA TEMBAM


Jho Low’s whereabouts still unknown, says report

Malaysian authorities have yet to be able to locate Low Taek Jho, nearly a month after the Public Accounts Committee (PAC) announced it would summon the business tycoon for questioning as part of its inquiry into 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed said the bipartisan panel did not know where Low, popularly known as Jho Low, was, adding that it was up to the Finance Ministry to track him down, Malaysiakini reported. "We don't know where he is. We have to find him first," Nur Jazlan was quoted as saying.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jho-lows-whereabouts-still-unknown-says-report#sthash.jglVCmTW.dpuf

KAH KAH KAH
woit
mana sudah lari
sudah jadi rakyat afrika
sudah jadi rakyat latin amerika
kesian melayu
di tipu lagi
kah kah kah

SEDiH MELAYU




----------------

KES BELUM TUTUP







3.85

TAK AKAN

TAMAT

Sudahkah SPRM keluar notis minta Najib isytihar aset, soal peguam

Seorang peguam hari ini membangkitkan persoalan sama ada arahan dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan aset beliau.
Razlan Hadri Zulkifli berkata, pihak berkuasa membanteras rasuah itu boleh menggunakan Seksyen 36, Akta SPRM 2009 meminta Najib mendedahkan keseluruhan aset miliknya, termasuk yang berada di luar negara.
Seksyen itu katanya turut memperuntukkan mana-mana individu yang diarahkan berbuat demikian perlu menyertakan tarikh pemilikan aset mereka dan jika ia dipindah milik, maklumat itu juga perlu didedahkan.
"Sebaik sahaja tuntutan dibuat suruhanjaya, maklumat perlu diberikan seperti tertakluk di dalam undang-undang," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.   
Beliau berkata pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya dan ke atas, yang mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai yang aset dimiliki seseorang individu itu melanggar akta berkenaan, boleh mengeluarkan notis tersebut.
Razlan berkata individu itu perlu menyerahkan kenyataan bertulis dan akuan bersumpah.
Rakyat, katanya, berhak tahu sama ada SPRM sudah mengeluarkan notis tersebut kepada Najib atau tidak, dan jika tidak, mengapa.
"Tidak salah jika SPRM memaklumkan kepada orang ramai kerana ia melibatkan perdana menteri dan ini kepentingan umum," katanya yang berpengalaman menasihati anak guam mendedahkan aset mereka jika notis berbuat demikian dikeluarkan SPRM.
Razlan berkata demikian sebagai respons kepada akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sudahkah-sprm-keluar-notis-minta-najib-isytihar-aset-soal-peguam#sthash.EHhXJOzi.dpu
KAH KAH KAH
woit
jaminlaaa
kes 1MDB 
tak kan tamat
mustahil selesai
kabinet 3.85 pun
tak dapat selesaikan
kah kah kah

KES BELUM 

TUTUP 


-------------------

BAHAYA TPPA






INI MAKNA

T.P.P.A





#BantahTPPA #JanganJualNegara
Tandatangan bantahan anda di
 http://www.janganjualnegara.com/


---------------

PROGRAM HARAPAN BARU






HARAPAN 

BARU

PONTiAN 



HARAPAN

 BARU

BATU



JEMPUTAN SIDANG MEDIA #HARAPANBARUWILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PENGERUSI#HB WP, YB DR HATTA RAMLI

Berhubung perkara di atas, adalah dimaklumkan, kami sangat berbesar hati menjemput semua wartawan, editor, jurugambar, jurukamera, facebooker dan blogger daripada media cetak, media elektronik dan media baharu untuk membuat liputan sidang media berikut:

Tarikh : Rabu, 29 Julai 2015

Masa : Jam 11:00 pagi
Tempat : Madrasah Tarbiah, Bandar Dalam, Jalan Gombak, Sentul, Kuala Lumpur

Sidang media ini berkaitan halatuju #HB, pengumuman senarai jawatankuasa #HB WP, dan menyentuh tentang beberapa isu kontroversi mengenai 1MDB, pengunduran PM dan penggantungan akhbar The Edge oleh KDN dan sekatan terhadap portal Sarawak Report oleh SKMM, juga terkait dgn isu 1MDB.

Keterangan lanjut hubungi Pengarah Komunikasi #HB WP, Bad Latif Mansor - Tel 0196618373.


Sekian. Harap maklum. 







------------------

HEBAT BERGOLAH






3.85

BERGOLAK

Muhyiddin, 4 menteri terkeluar dalam rombakan Kabinet, kata sumber


Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber.
Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan  Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan  Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-4-menteri-terkeluar-dalam-rombakan-kabinet-kata-sumber#sthash.4XVaGUrI.dpuf


KAH KAH KAH
wow
memeranjatkan
kabinet baru
kabinet selamat
apa jadi dengan hasan malek
apa jadi dengan anak husssein onn
ini soheh kabinet 3.85 pointer

KAH KAH KAH

-------------

BANGSA JOHOR







BANGSA 

JOHOR


Umno Johor mahu suara akar umbi didengari bagi tangani cabaran parti 

Umno Johor mahu suara akar umbi sentiasa didengari terutama ketika parti kini berhadapan dengan cabaran getir.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor 
Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing.
"Pokoknya, saya percaya pelbagai pihak ada pandangan dan ingin menyuarakan pendapat masing-masing
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-johor-mahu-suara-akar-umbi-didengari-bagi-tangani-cabaran-parti#sthash.MmIaeMrE.dpuf

KAH KAH KAH
woit
bangsa johor  hebat
bangsa johor demokratik
bangsa johor terbuka
tapi  nak dengar macam mana
siapa nak dengar
rosmah atau najib
yang akan dengar
dua dua pekak badak

PEKAK LAGI

----------------