Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 15 Mei 2013

ANK MUDA BANGUN MELAWAN



PERHIMPUNAN
13 MEI 2013
DALAM DEWAN CHINA



DEKLARASI 13 MEI KEMUNCAK ACARA HARI PERPADUAN BANGSA DI DEWAN CINA

Walapun dengan tempoh notis tidak sampai dua hari, acara penting sempena sambutan 13 Mei berlangsung cukup meriah di dewan perhimpunan cina KLSCAH semalam. Pesta Rapat Rakyat "13 Mei: Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi" berjalan dengan lancar dan mesej penting berjaya disampaikan.

Lebih tiga ribu hadirin pelbagai kaum memenuhi Dewan Cina hingga melimpah ke ruangan parkir di mana skrin besar dan audio jelas hingga ke luar pagar dewan. Acara yang menampilkan belasan pimpinan rakyat dari pelbagai parti politik dan aktivis itu turut didengari secara 'live' ke seluruh pelusuk dunia dengan 185 ribu jumlah pendengar dari stesen radio Suara Rakyat dan puluhan ribu pendengar lagi dari stesen Radio Bangsar. 

Rapat Rakyat anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama mahasiswa SMM dan pelbagai NGO rakyat itu turut disemarakkan dengan kehadiran YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat), Dato’ Thamrin Ghaffar, Haris Ibrahim (Penggerak ABU), Datuk Taslim (NGO Islam) dan pimpinan mahasiswa dari pelbagai kaum manakala che'GuBard sebagai hos pengacara majlis. Beberapa kejutan turut berlaku antaranya dewan 'blackout' seketika dan lintasan di pentas beberapa kumpulan 'flashmobtolak sentimen perkauman' menggamatkan suasana.

Ini merupakan satu kejayaan rakyat berbilang bangsa apabila tanggal 13 Mei disambut penuh bermakna. Tarikh 13 Mei sering dimomokkan oleh pihak yang sentiasa mencari jalan memecah-belah kaum sebagai cara untuk mengekalkan kuasa, kini sudah menjadi hari sambutan rakyat bagi menentang sebarang bentuk sentimen perkauman.

Acara malam tadi turut dikongsikan mood protes rakyat terhadap penipuan pilihanraya apabila regime BN memilih isu perkauman sempit untuk mengambus dan menutup penafian demokrasi pada PRU 5 Mei lalu. Pemidato yang disusun membentang sorotan penipuan PRU berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sumber dari petisyen yang bakal dibawa ke mahkamah. 

Hadirin juga menyahut cabaran untuk turun ke jalanraya, mengambil kira inilah masanya untuk bertindak kerana jika rakyat tidak bertindak hari ini, maka datanglah 10 kali PRU dan rakyat tetap akan ditipu walaupun punya sokongan majoriti.

Justeru itu, di atas persembahan Rapat Rakyat ini, setiap hadirin yang berhimpun di Dewan Cina pada malam 13 Mei telah bangun dan menyatakan ikrar dalam satu deklarasi berikut;

DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013 sebulat suara :
1 - Mengistiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan Bangsa Malaysia dan menolak politik perkauman.
2 - Menolak keputusan PRU13 yang jelas kotor dan penuh penipuan. Mendesak SPR dibubarkan bagi membolehkan SPR baru yang lebih bebas dan adil dibentuk.
3 - Menggesa pilihanraya semula di kawasan yang jelas terdapat penipuan khususnya di 27 kawasan yang bukti nyata dikemukakan.
4 - Menggesa satu perhimpunan besar-besaran harus diadakan bagi mewakili aspirasi majoriti rakyat yang marah dengan PRU yang kotor dan menipu.

Ketetapan ini diakui oleh semua yang hadir, dibacakan oleh wakil-wakil anak muda SAMM dan SMM. Deklarasi ini juga diserahkan dalam tulisan tangan kepada Nurul Izzah bagi mewakili aspirasi politik baru.

Inilah yang dicapai sebagai sambutan Hari Perpaduan Bangsa Malaysia. Yakin dan percaya, rakyat akan terus bangkit melawan sentimen perkauman sempit dan juga melawan penafian demokrasi. Ini bukan lagi amaran, tetapi ini adalah janji !

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda 
Solidariti Anak Muda Malaysia



--------

RAMALAN TV BANGSAR UTAMA TEPAT






BN nafi ahli strategi bilik perang gagal


KUALA LUMPUR, 15 Mei — Barisan Nasional (BN) telah menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang mereka atau war room gagal untuk mencapat sasaran gabungan tersebut dalam Pilihan Raya 2013, menegaskan 


LIHAT
APA YANG BERLAKU
DALAM BILIK PERANG GEROMBOLAN




WAR ROOM
EPISOD 4
TELAH KENA  GODDAM
mereka yang bernasib baik
sahaja yang berpeluang melihat
tim teknikal
sedang cuba mencarai jalan
agar episod ini
akan menemui penonton



--------

MENGGEMPUR PENIPUAN TUGAS SUCI



INI TANDA
SATU AMARAN 
DARI AKHBAR 
IMPERIAL AMERIKA


TERUS GEMPUR PENIPUAN

Lupakan  untuk sementara ucapan rasis Hakim Pencen.  Lupakan dakyah bebal Utusan tentang ‘tsunami China’. Lupakan berita palsu  tentang Azmin Ali ingin meninggalkan PKR. Lupakan siapa MB Selangor yang baru. Lupakan ada komen al-Jazeera. Lupakan karton New Yortk Times  yang menibai dan memperlekehkan Najib Razak. Lupakan semua ini untuk apa?

Lupakan juga cadangan mewujudkan sekolah  satu aliran. Lupakan juga ‘dendam kesumat Melayu’. Lupakan juga trajedi yang menimpa Azizan bekas Menteri Besar Kedah. Lupakan juga bagaimana  Ghani Osman bekas MB Johor kena ‘pancung’. Lupakan juga bagaimana bekas Ketua Menteri Melaka katoi.  Lupakan semua ini untuk apa? Kenapa lupakan semua ini?

Kita lupakan sementara pekara-pekara ini agar kita dapat berfikir dengan tenang. Dengan tenang kita wajib menerima hakikat bahawa  pada malam  5 Mei 2013 yang lalu Pakatan Rakyat telah menang. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU13 adalah kemenangan rakyat – kemenangan anak semua bangsa. Dengan tenang kita menerima hakikat sepatutnya  ketika tuan-tuan membaca apa yang saya tulis ini ini satu pentabiran baru sedang ditubuhkan di Putrajaya.

Justeru, dengan tenang kita menyedari bahawa dalam PRU13 ini – kita semua - anak semua bangsa telah ditipu. Dengan tenang kita wajib berfikir bagaimana untuk menyusun dan mengatur langkah untuk melawan penipuan ini.   Dengan tenang kita wajib berfikir untuk mengarahkan kemarahan untuk merampas kembali kemenangan.

Hakikatnya kemenangan Pakatan Rakyat telah dicuri. Pakatan Rakyat telah kena tipu. Tidak ada aaah tidak ada oooh dalam hal penipuan ini. Rakyat Malaysia telah ditipu. United Malays National Organisation dengan kerjasama SPR dan lembaga-lembaga  kerajaan yang lain  telah menipu rakyat Malaysia. Penipuan ini bertujuan untuk meneruskan  kuasa mereka. Gerombolan  Ketuanan Melayu ini ingin terus berkuasa untuk terus merompak harta kekayaan negara.

Justeru, dengan tenang kita wajib bertafakur untuk mengumpul tenaga. Dengan tenang kita wajib mengumpul segala fikrah melihat jauh ke hadapan. Segala kekuatan wajib digembelingkan. Dengan tenang kita wajib menggengam tangan membesarkan penumbuk bersedia untuk mendobrak United Malays National Organisation.

Untuk  mereka yang ada kepentingan ekonomi. Untuk mereka yang ada kepentingan kedudukan dan pangkat. Untuk mereka yang cari makan. Untuk mereka yang tak berilmu tapi ingin dapat gaji ke tahap profesor. Untuk semua  mereka jenis ini – yang terus bertanyakan mana bukti penipuan -  maka dinasehatkan agar  mereka jangan buang masa dalam dunia ini. Tuan tuan yang bertanya tentang bukti ini bukan sahaja bangang tetapi  sedang menghabiskan  oxygen. Malah mereka  sengaja buat-buat buta  tak nampak penipuan ini. Mereka  bukan sahaja sedang menghabiskan oxygen tetapi wujudiah mereka menyempitkan negara ini.

Kajian dan pengumpulan maklumat telah menemui 27 kawasan parlimen dimana penipuan telah berlaku. Dikawasan ini  telah dibuktikan bahawa United Malays National Organisation telah menang dengan cara tipu. Ini adalah fakta.

Siasatan dari Tim Kaji Penipuan Pakatan Rakyat telah membuat 4 patukan untuk membuktikan penipuan. Pertama jurang  kecil kemenangan - kurang dari 5%.  Kedua, undi rosak lebih banyak dari garis nisbah jumlah kemenangan. Ketiga – undi awal dan undi pos  melintasi garis kemenangan pengundian biasa. Keempat: penipuan undi yang terangan-terang. Mat Bangla, Mat Indon, Polis undi dua kali. Dan paling cilaka – dakwat kekal yang TIDAK kekal.

Lalu persoalan hakiki timbul.  Jika telah diketahui penipuan berlaku maka apa yang wjiab  dilakukan.  Bagaimana kita wajib mengumpul tenaga untuk merampas kembali kemenangan kita.

Ingin saya beri tahu disini – berita yang amat menakjubkan lagi melucukan. Berita tentang Najib Razak  mendapat ucapan tahniah atas  kemenangan dari Kazakhtan, Turkmenistan, Uzbekistan, Tajikistan. Satu persolan yang pelik - semenjak bila  Malaysia memiliki hubungan intim dengan negara Tan Tan ini. Hanya Guru Nanak sahaja yang maha mengetahui.

Kita juga terbaca laporan dari media milik United Malays National Organisation bahawa Barack Obama juga telah menghantar ucapan tahniah. Tetapi akhbar Ketuanan Melayu ini tidak melaporkan sepenuhnya ucapan  dari Rumah Puteh itu.  Ucapan Obama telah ditapis  dan disorokan dari Mak Cik dan Pak Cik Felda. Maka adalah tugas dan tanggung jawan saya untuk meMelayukan ucapan Sang Obama itu.

Bagini bunyinya ucapan Barack Obama:  Kami merasa terganggu apabila menerima laporan penipuan dalam pilihan raya. Kami percaya pihak berwajib Malaysia akan menyelesaikannya. Kami menunggu keputusan  siasatan penipuan ini. Amerika Syarikat akan terus bekerjasama sama dengan kerajaan dan rakyat  rakyat Malaysia untuk mengembangkan demokrasi, keamanan dan kemakmoran rantau ini – Rumah Puteh.

Dalam bahasa Kerajaan dengan Kerajaan –  surat  Obama untuk Najib berselindung dalam bahasa diplomatik. Obama dengan jelas meminta Najib jangan  menipu rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia mahu demokrasi dan  keamanan.   Kenyataan  ini berbunyi agak keras dari  Rumah Puteh. Ini bukan  bahasa diplomatik yang biasa. Amat  jarang Amerika Syarikat berbuat sademikian, terutama kepada negara saperti Malaysia yang  bukan musuh Amerika. 

Tidak cukup dengan ini -  3 hari sesudah kenyataan dari Rumah Puteh keluar , muncul pula  satu karton dalam akhbar The New Yorks Times. Karton ini memperlihatkan Najib Razak telah dibelasah oleh Anwar Ibrahim dalam gelangang tinju. Najib luka bertampal-tampal. Najib jelas telah TKO tetapi Sang Refree (SPR) telah mengangkat Najib sebagai pemenang.

Kenapa saya timbulkan pekara ini? Apa maknanya ucapan Obama? Apa maknanya karton dalam New York Times? Untuk saya senang sahaja maknanya : bahawa rakyat dunia, bahawa media dunia, bahawa kerajaan dunia termasuk Amerika  Syarikat telah tahu  dan sedar bahawa Najib Razak menang pilihan raya  dengan cara menipu.  

Pandangan masyarakat dunia tentang penipuan Najib ini cukup jelas. Saya berani berkata demikian kerana dari The Age Melbourne, ke Sydney Morning Herald , ke South China Morning Post Hong Kong, ke akhbar China Tiwan, ke Bangkok Post, ke Jawa Post , ke Tempo Jakarta , ke Guardian London – semua media antrabangsa ini telah melaporkan Najib telah menang dengan menipu.

Yang tak percaya adanya penipuan dalam PRU13  ini hanya Profesor Zinal China dari Universiti Bangsar Utama dan  para Profesor Emiritus Biggus Dickkus Khoo Kang Kong yang hidup mereka bukan menulis, bukan mengkaji  atau memberi kuliah tetapi membodek United Malays National Organistion.

Justeru, berita-berita tentang ‘tsunami China ‘ dan berita-berita rasis  yang dilaporkan  kebelakangan ini semuanya bertujuan untuk memadamkan cerita dan kesah penipuan dalam PRU13.  Naratif penipuan ini ingin dipadamkan dari ingatan rakyat. Berita rasis Ketuanan Melayu ini dipaparkan dengan harapan Bani Melayu akan marah dan Bani China akan takut.

Tetapi suasana dan iklim  politik tidak lagi saperti tahun 1969. Semuanya telah berubah. Bani China tidak semudah itu untuk ditakut-takutkan. Pada satu ketika dahulu semua Bani Melayu boleh dibodohkan. Ada ketikanya hanya satu kumpulan Bani Melayu  sahaja yang boleh dibodohkan. Tapi tidak semua Bani Melayu boleh dibodohkan sepanjang masa. Hari ini Bani Melayu tidak mudah untuk dibodohkan. Malah proses pembodohan Bani Melayu  ini semakin mahal harganya. Contohnya untuk membodohkan warga Felda kosnya ialah 15,000- ringgit untuk satu keluarga – ini belum termasuk kos kenduri kendara.

Jika kita  yang lain tidak bodoh maka apa yang wajib kita lakukan kerana kita telah ditipu?

Pertama: Kita jangan menerima keputusan PRU13. Ini keputusan tipu.Hanya mereka yang bangang dan bebal sahaja yang akan menerima keputusan tipu ini.

Kedua: Gerakan massa – berhimpun, berdemo, rapat dalam stadium wajib diteruskan. Ini bertujuan untuk memastikan kemarahan orang ramai ini  akan berterusan. Jangan merasa malu atau segan jika dituduh menggunakan rakyat untuk mencapai cita-cita berkuasa di Putrajaya.  Memang betul pemimpin dan ahli politik Pakatan Rakyat menggunakan rakyat untuk mendobrak penipuan United Malaya National Organisation. Yang beribu-ribu turun ke jalan raya itu ialah rakyat – anak semua bangsa-  Mereka  turun ke jalan raya kerana mereka marah. Mereka marah kerana mereka di tipu. Khalas.

‘Ketiga: Menuntut ditubuhkan satu SPR baru. Ini kerana lembaga SPR yang wujudkan hari ini telah menjadi barua dan budak suruhan United Malysa National Organisation. Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada keyakinan terhadap ahali-ahli lembaga ini.

Keempat: Berasaskan fakta Tim Kaji Penipuan – orang ramai wajib menuntut  dijalankan semula pengundian di 27 kawasan. Ini adalah tuntutan minima dari orang ramai.

Kelima: Satu Perhimpunan Raksaksa -  Rakyat Tolak Penipuan  wajib diatur. Ini adalah perhimpunan besar-besaran untuk menghatar memo bantahan tentang penipuan kepada Mahkamah dan juga kepada Yang DiPertuan Agong.

Lima pekara ini adalah pekara asas. Ini adalah tututan  paling minima. Tututan untuk mengadakan kembali pemilihan bertujuan untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap proses demokrasi dan pilihan raya.  Ini amat penting – jika keyakinan ini hilang maka  Malaysia  terjamin akan menuju ke status :Negara Gagal – saperti Zimbabwe, Somalia atau Libya.

Kita telah melihat Himpunan  di Kelana Jaya, kita telah lihat Himpunan di Pulau Pinang. Kita telah saksikan Himpunan di Ipoh, di Basrah – semua ini adalah bukti bahawa orang ramai – anak semua bangsa- sedang marah kerana kemenangan mereka telah dicuri. Mereka marah kerana telah ditipu.

Di Kelana Jaya – ditepi stadium – saya menghitung satu persatu – mereka yang telah memasuki stadium. Rata-rata mereka adalah anak muda. Anak muda dari semua bangsa. Malah ada yang baru lepas SPM. Ada yang belum cukup umur untuk mengundi. Kenapa mereka turun berdemo? Jawabnya senang sahaja: Akhirnmya dunia ini adalah milik mereka. Akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. ( TT)

NOTA:
tulisan ini
telah disiaran
dalam akbar 
SUARA KEADILAN
yang tekini


DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami



---------

TUHAN DI REKRUT LAGI




KOMENTAR TUKAR TIUB

sekali lagi allah di rekrut
lalu timbul persoalan

satu persoalan  untuk kurun ini

apakah allah meracang lampu leterik padam?
apakah allah membawa pengundi bangladesh?
apakah allah bawa pengundi pilipina dari sabah?

allah telah menentukan gerombolan terus memerentah?

biar betul!

Ketua Pembangkang diminta reda ketentuan Allah


KOTA BHARU 14 Mei - Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim perlu reda dengan ketentuan Allah SWT setelah gagal mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri apabila ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, sebagai seorang Islam, Anwar perlu menerima kegagalannya itu dengan hati terbuka.

Beliau berkata, Allah telah menentukan Barisan Nasional (BN) terus memerintah negara ini dan pakatan pembangkang pula ditakdirkan untuk tiga negeri, maka tidak ada sebab bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh menerima ketentuan tersebut.


DIBERKATI ALLAH
BESAMA BIDADARI
BERGETAH DAN BERSUSU
Reezal: 'Allah pilih Umno untuk diberi amanah, kuasa'

 
Seorang perwakilan mempertahankan Umno daripada usaha PAS yang menganjurkan doa bagi kehancuran parti berkenaan dengan alasan bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja Islah di negara ini.


--------



# TIPU # TIPU # TIPU - SEMUA KENA TIPU




KOREK 
KOREK KOREK

Najib: Bawa ke mahkamah, kita terima keputusannya
Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

BERCUTI DENGAN TUAN HAKIM

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..... KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah...SATU LAGI PROJEK MEMBODOHKAN BANI MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah... SILA TANYA ... MAHKMAH INI SIAPA PUNYA?.... kah kah kah..

kah kah kah..DARI SEGI PERLEMBAGAAN MAHKAMAH BEBAS.... kah kah kah..

kah kah kah...DARI SEGI PERLEMBAGAAN ... SPR BADAN BEBAS.... kah kah kah..

woit... TETAPI SEMUA JADI ALAT GEROMBOLAN.... kah kah kah..

woit..TAK KAN LUPA ..KOREK KOREK KOREK.... kah kah kah



DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami

--------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI


 #TIPU505
MALAM INI DI JAY BEE
28 jalan beladau 19
taman wangsa
ulu tiram
-dekat puteri mart -

MALAM INI
DI PETALING JAYA
radio bangsar akan buat
laporan langsung
Keputusan PRU13 agak mengejutkan. Calon-calon tertentu tumbang satu demi satu. Kepada calon-calon yang tewas, apakah cabaran mereka sepanjang kempen lalu? Apakah isu-isu dan strategi-strategi mereka yang membawa kepada kekalahan itu...

Hadirlah beramai-ramai bersama BERSIH 2.0 bagi mengupas isu-isu pilihan raya PRU13.

Forum ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.

Topik: Mengimbas Kembali PRU13

Ahli Panel:
Chew Hoong Ling (calon BN, Parlimen PJ Utara)
Dr Dzulkefly Ahmad (calon PAS, Parlimen Kuala Selangor)
Datuk Saifuddin Abdullah (calon BN, Parlimen Temerloh)
Siti Aishah Shaikh Ismail (calon PKR, Parlimen Tambun)

Tarikh: Rabu, 15 Mei 2013

Masa: 8.30 malam

Tempat: Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Lot 389, Jalan Selangor, Seksyen 3, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

MALAM ESOK 
DEWAN CHINA
radio bngsar akan buat
siaran langsung

PETANG SABTU
DI AMCORP MALL
PETALING JAYA
KAH KAH KAH


---------

SATU JUTA MENUNGGU TARIKH UNTUK BERCANDA


MENUNGGU MASA
BERCANDA BERCANDA
 BERINANG INANG
DI KUALA LUMPUR
Padang Dataran Merdeka ditutup mula 1 Julai

Cetak
Kuala Lumpur: Kawasan padang Dataran Merdeka akan ditutup bermula 1 Julai ini hingga 14 April tahun depan untuk kerja naik taraf sistem saliran padang dan mengganti rumput baru. 

Pengurus Perancangan Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ismail Stapa, berkata rumput di kawasan itu perlu ditukar berikutan keadaannya sudah usang dan sistem saliran perlu ditambah baik. 
“Sudah sampai masa untuk tukar kerana keadaan rumput itu, jika kita kekal selenggara akan menelan kos yang tinggi pada masa depan,” katanya di sini semalam. 


Orang ramai dilarang masuk 

Ismail berkata, sepanjang kerja naik taraf itu, kawasan sekeliling padang akan ditutup dengan penghadang sementara dan orang ramai tidak dibenarkan masuk ke kawasan terbabit. 

“Namun, Jalan Raja di depan bangunan Sultan Abdul Samad dan kawasan parkir di bawah Dataran Merdeka tidak akan ditutup sepanjang kerja itu. Kawasan air pancut di hujung padang, tiang bendera dan skrin besar juga boleh dikunjungi orang ramai,” katanya. TIEWNAMA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI MACAM DAH PERNAH BACA BERITA INI.... kah kah kah...

kah kah kah... DULU BERITA SAMA BERLAKU DI KUANTAN... kah kah kah...

kah kah kah.... POOOOI.... PUNYA LAMA NAK REPAIR.... kah kah kah..

kah kah kah... SETAHUN NAK PASANG RUMPUT.... kah kah kah..

kah kah kah...NI MESTI RUMPUT JARUM EMAS.... kah kah kah

kah kah kah...NI MESTI KONTREKTOR BUMIPUTERA..... kah kah kah...

kah kah kah...NI MESTI KONTREKTOR KRONI.... kah kah kah..

NOTA
bila musuh takut
masa itu kita menyerang
kah kah kah



DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami

------------

SATU JUTA MENUNGGU MASA




MALAM INI DI JAY BEE

28 jalan beladau
taman puteri wangsa
ulu tiram
- dekat puteri mart -

DI KELANA JAYA

DI PULAU PINANG


DI IPOH


DI BASRAH KUANTAN




DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami



------



TENGKU FRAUD MULA BERSABDA


Pembangkang pencetus huru hara, main emosi rakyat: Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN),  Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihak pembangkang adalah pencetus huru hara pilihan raya kerana memainkan emosi rakyat terutama anak muda.

Beliau berkata, ini kerana pembangkang sanggup membawa remaja belasan tahun ketika mengadakan perhimpunan haram yang diadakan di Kelana Jaya, minggu lalu.

"Sebelum ini rakyat hanya dengar pembangkang yang menuduh kerajaan tidak adil dan melakukan perkara buruk ketika pilihan raya, tapi pembangkanglah yang melakukan pelbagai angkara itu untuk menjadikan perjalanan pilihan raya supaya tidak tenteram. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SAPA  SURUH TIPU PILIHAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah...ANAK MUDA NAIK MINYAK KERANA PRU TIPU.... kah kah kah..

kah kah kah... ANAK MUDA BANGUN MELAWAN KERANA TAK MAHU KENA TIPU...kah kah kah..

kah kah kah...ANAK MUDA TURUN KE JALAN KERANA MELAWAN PENIPUAN.... kah kah kah

woit...KALAU TAK ADA PENIPUAN...  TAK TURUN JALAN RAYA.... kah kah kah

woit...TIPU PILIHAN RAYA... TURUN JALAN RAYA.... kah kah kah..




DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China
Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013
sebulat suara :

1 - menjadikan tarikh 13 Mei Hari Perpaduan Negara

2 - menolak keputusan PRU13

3 - menuntut diadakan pemilihan baru
di kawasan-kawasan yang dimenangi 
dengan cara tipu

4 - akan mengadakan himpunan besar-besaran
untuk menyokong tuntutan kami



--------