Jumaat, 12 Jun 2015

AMARAN AWAL




AMARAN

kepada tukang 

lobi loji nuklear


kepada yang 

penyokong nuklear

ini amaran awal

KL quake possible as ancient fault lines reactivate, says expert 


Following the quake tragedy in Sabah, there have been concerns that an earthquake may also hit Kuala Lumpur and according to a geological expert, such misgivings are not misplaced.
This is because the federal capital is located near the epicentres of ancient fault line zones, Universiti Malaya Geology Department Associate Professor Mustaffa Kamal Shuib told The Malaysian Insider.
These fault lines seem to have been reactivated by active tectonic plate boundaries and this, he said, was a cause for concern, especially since many structures in the city were not built and designed to withstand earthquakes.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/citynews/greater-kl/article/kl-quake-possible-as-ancient-fault-lines-reactivate-says-expert#sthash.Js4FjBMd.dpuf





-----------------

DARI FB TOWKAY






FACE BOOK

TAK MALU











Lim Hs TO recap, pas ulama proposed, and was passed at their Muktamar without debate. Now who tak berani divorce? Still want to sleep with your ex-, and have sex?



KAH KAH KAH




Like · Reply · 

ON LINE DENGAN JINN







KOMENTAR
parti MCA menyokong PAS
sokong paS untuk masuk barisan nasional

mca ialah parti yang mewakili
kepentingan  perniagaan cukong

cukong ialah peniaga china
china yang berniaga besar 
bukan peniaga kedai runcit
bukan peniaga kecilan
cukong peniaga mega

justeru:
lihat bagaimana cukong
menjaga kepentingan kelas mereka

untuk cukong united malays national organisation
wajib terus disokong dan dibantu
selagi bani ketuanan melayu wujud berkuasa
cukong akan  berkenduri kendara
membuat harta kekayaan

jika PAS masuk barisan
ini akan menyenangkan lagi kerja MCA
akan mempermudahkan para cukong
untuk merembat harta negara
malah jika perlu
mereka juga akan online dengan allah
sebelum itu kena online dengan jinn


Tiada masalah jika Pas masuk BN
BUTTERWORTH - Pas patut bergabung atau menyertai Umno untuk memastikan parti itu terus kuat dan kukuh dalam mengharungi arus politik di negara ini.

Bekas Presiden MCA,  Chua Soi Lek berkata, kedua-dua parti itu boleh bergabung atau bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Islam, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak lain.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkannya begitu lama iaitu sebelum PRU13 lagi tetapi tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kalau cukong pun skong
ini sudah berat
kah kah kah

ONLINE  DGN JIN





































------------------

KE JELOBAK KE JOLOBU






NOTA
ke jolobak ke jolobu
tuai padi tigo tangkai
kau tak kona orang jolobu
ponoh semangat lagi berakal

salut!



Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti


Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.


“Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

“Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini,” kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf, Raniman A Rani dan Omar Othman. 


KAH KAH KAH
woit
yang ini den kona ni
kah kah kah
bako melawan

APO NAK DIKATO

-------

PROGRAM HASUT DAN LAWAN








BANDA DALAM

GOMBAK
 


RESTORAN AMJAL



 KOTA BARU




BAKRI MUAR 




---------

PAS PRODUK ROSAK






KOMENTAR
bukan soal agama
tapi soal ekonomi

Muktamar PAS mengecewakan, perlu parti Islam demokrat baharu, kata forum



Demi menyelamatkan politik di negara ini, Malaysia memerlukan parti Islam demokrat yang menumpukan kepada hak rakyat dan bukannya berasaskan Melayu Islam, kata seorang ahli akademik.
Dr Maszlee Malik berkata rakyat tidak mahukan politik yang berbaur perkauman dan lebih berminat kepada politik yang ke depan dengan membincangkan isu berkaitan urus tadbir, pendidikan, perumahan dan alam sekitar, seperti yang dilakukan DAP.
"Seperti DAP contohnya, membicarakan tentang pengurusan buangan sisa pepejal. Parti Islam tidak membincangkan perkara itu. Itu kita kena ubah.
"Kalau Islam demokrat yang akan datang ini, mereka perlu keluar daripada membicarakan isu perkauman, tetapi membincangkan isu berkaitan masyarakat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.
Beliau berkata demikian sebagai salah seorang ahli panel pada forum "Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS" yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam tadi.
Maszlee juga mengkritik keputusan muktamar PAS baru-baru ini yang majoritinya dimenangi golongan konservatif.
Beliau mendakwa, golongan konservatif terutamanya "ustaz muda" bakal meletakkan PAS di takuk lama seperti sebelum ini.
"Mereka akan pastikan tidak ada ruang untuk PAS kembali kepada pasca 2008. PAS akan terus menjadi konservatif," katanya sambil meramalkan kemungkinan besar parti Islam tersebut bakal menjadi seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Beliau juga menyarankan golongan profesional PAS menubuhkan satu parti baharu sebagai jalan terbaik dan tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kerana mereka akan dilihat sebagai sekumpulan yang kecundang atau "serpihan" PAS.
"Kena tubuhkan satu parti yang segar, baharu. Anak-anak muda, NGO Islam, orang Islam yang lebih Islamis dan demokrat, untuk maju ke depan.
"Dalam pilihan raya terdekat, tidak dapat kerusi pun tak apa," katanya.
Katanya, dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang, PAS tidak lagi relevan dan masyarakat ketika itu akan memerlukan parti Islam yang lebih realistik.
"Waktu itu PAS tidak lagi relevan. Waktu itu kita perlukan parti Islamis demokrat yang lebih realistik, dan boleh beri harapan baru menuju ke depan.
"Mereka perlu ke depan. Ini bukan untuk generasi kita tapi untuk anak cucu kita," katanya dan pendapat itu turut dikongsi ahli panel lain.
Aktivis Hishamuddin Rais bersetuju dengan Maszlee, mengatakan Malaysia perlu satu parti Muslim demokrat yang tidak berasaskan perkauman kerana menganggap PAS kini "produk yang rosak".
"Pengajaran yang penting sekali daripada muktamar ini ialah Dewan Ulama meluluskan untuk putus hubungan dengan DAP.
"Tiba-tiba mereka sedar, terdapat 5,000 hingga 6,000 ahli PAS yang hidup makannya bergantung kepada kesepakatan DAP dan PKR.
"Ini bukan soal agama, tetapi soal ekonomi," katanya pada forum itu.
Susulan keputusan muktamar itu, seorang lagi ahli panel forum, Fathi Aris Omar mencadangkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
"PAS yang ada sekarang ini bukan saja tidak meneruskan usaha reformasi, saya cadangkan supaya PAS keluar PR, kerana mereka tidak menyumbang.
"Mereka menjadi duri dan nanah dalam daging PR. Meletakkan 2 parti (DAP dan PKR) dalam dilema," kata bekas ketua pengarang portal berita Malaysiakini itu. – 12 Jun, 2015
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-perlu-parti-islam-demokrat-baharu-lepas-muktamar-pas-mengecewakan#sthash.To24SXyL.dpuf
------------

PENGUMUMAN








ULANG SIAR
forum di dewan china malam kelmarin 
dilaporkan terputus putus

justeru 
radio bangsar akan mengulang siar
rakaman forum tersebut

sila tunggu makluman
tarikh dan  masa



--------------

TUNGGU WAHYU?






Jangan ajar kita, kata Mohd Amar pada LGE

PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

KAH KAH KAH
woit
jangan putar putar
jangan kelintau mintau
rakyat tanya bila nak berhenti
jangan alih topik
orang ramai dah mual
mengakui cerdik
tak kan nak tunggu wahyu
kah kah kah
wal pusy pusy kum
wal fulusikom
wal  jawatan tak  maluuuun

KALAU BIJAK

BILA BERHENTI

----------

ALLAH LAGI JADI ALASAN






NOTA
jangan kacau den
den ada jin
nanti bila jin dah keluar
baru buleh meting



Hala PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila'

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.


Semalam Mursyidul Am PAS Jinakolojis Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

“Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya,” katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Jinakolojis Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.

"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura  Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.


"Dalam ilmu Allah,”
jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.


KAH KAH KAH
kah kah kah
i have nating to add mi lord
i rest my case to guru nanak
kah kah kah
wal puntau wal muntau
wal lentong wal kelentong
wal ulamak wal putar alam

PUTAR LAGI

-------------

MALAM INI






MALAM INI

JEMPUTAN
anak semua bangsa
dijemput datang
jumaat malam
kampong banda dalam gombak
jam 9:00
mengingati perjuangan
ayah halim
a.k.a ayah adam adli


---------------

LAGI PROJEK TIPU MELAYU








NAJIB BERSAMA
 CUKONG

KOMENTAR
berbilion bilion ringgit nilai projek
yang telah diberikan kepada
kontrektor melayu bumiputera
semuanya lungkup
semua masuk ke poket cukong

kerana itu cukong
amat amat menyokong
ketuanan melayu
sokong sampai sekarang
sokong teguh lagi kukuh

bukan kerana ketuanan melayu ini baik
tetapi bani ketuanan melayu ini bodoh
lagi bodoh bani ketuanan melayu
lagi gumbira  para cukong

MUKA SAEKOR CUKONG


Undang-undang sabotaj 

ekonomi perlu ada taring


KUALA LUMPUR 11 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya undang-undang sabotaj ekonomi diwujudkan bagi menghalang penjualan tender oleh kontraktor bumiputera kepada pihak ketiga.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.66e5upKU.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
susahlah cara hidup
kontrektor melayu bumiputera
dulu senang  hidup
jual kontrek  pada china
keadaan tambah hodoh
ekonomi makin tenat
duit dah kurang
gaji tak dapat bayar
tu pasal polis tabur saman

TIPU MELAYU LAGI
------------

NAJIB CARI HELAH





KOMENTAR
jumaat minggu lalu
najib gagal muncul
ke program - nothing to hide -
satu malaysia tahu najib takut

takut untuk ditanya kemana
hilangnya 42 bilion duit rakyat
takut untuk menjawab pertanyaan dari orang ramai
takut untuk menjawan pertanyaan mahathir


najib takut kerana dia sedar
duit 1MDB itu telah hangus
dikerjakan oleh anak bininya

gagal muncul
najib telah diketawakan 
telah dilawakkan
anak anak muda tak sudah sudah
mengkaton najib razak

hari ini najib razak
telah menjadi zombi
telah menjadi bangkai bernyawa

sudah satu minggu
najib masih lagi cuba mencari jalan
untuk membersihkan kemaluannya
satu kerja mustahil

BUKAN ALI TINJU


Debat cetus konfrontasi

Tidak beri kebaikan kepada UMNO, BN – Najib



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/debat-cetus-konfrontasi-1.101572#sthash.7IGJvRIj.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
cerita mat zombi berubah ubah
mana yang betul
mula mula beri alasan
kata keadaan tak selamat
klip youtube membuktikan
yang bising hanya ali tinju soran
kah kah kah
sekarang tak datang kerana format tukar
mana yang betul
nak tipu buat satu cerita
jangan ubah ubah
nanti kena tinju

SUDAH  KANTOI


-----------

JINIKOLOJIS BERSUARA






Haron DinPas tidak kejar jawatan


KUALA LUMPUR 11 Jun - Mursyidul Am Pas,  Haron Din menegaskan, pimpinan dan ahli parti itu berjuang dalam politik bukan ke­rana mengejar jawatan, sebaliknya

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.f2mwmUvk.dpuf

KAH KAH KAH
woit
hubaya hubaya
dengar dengar
ahli PAS bukan nak jawtan
itu pasal pelik
dah cerai dengan DAP
tapi masih tak letak jawatan
apa maknanya 
adak merteka telah dirasok jin
l
PUNDIEK KURKAK



-------------

IKHLAS MENOLONG





Pemimpin PAS tersingkir tolak pelantikan, tumpu pada akar umbi 

Kumpulan profesional dalam PAS yang kalah pada pemilihan parti itu minggu lepas memutuskan tidak akan menerima sebarang pelantikan jawatan jika ditawarkan kepada mereka oleh pimpinan baru yang kini didominasi golongan ulama.
Walaupun desakan demi desakan dibuat agar mereka bertindak, termasuk dengan menubuhkan parti baharu dan bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.
"Buat masa ini saya memilih untuk menjadi ahli biasa saja.
"Biarlah kesempatan ini saya dedikasikan kepada ahli peringkat akar umbi yang mahukan saya lebih kerap dan rapat bersama mereka," kata bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub yang ditewaskan buat pertama kali kepada The Malaysian Insider, baru-baru ini. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-pas-tersingkir-tolak-pelantikan-tumpu-pada-akar-umbi#sthash.VwCRTFQW.dpuf
KAH KAH KAH
woit
ini hebat
bukan kerana pangkat
bukan kerana fulus
bukan kerana kerusi
tak perlu pangkat
tak perlu kerusi
nak tolong rakyat tolong saje

BANGUN  TOLONG


-----------