Selasa, 5 September 2023

LAGI FITNAH TERHADAP ZAHID


LAGI FITNAH

TERHADAP ZAHID

AMIN 

INI BUKAN ROKET SAINS


CARA SIASATAN

WAJIB DIUBAH

AMIN

TANGKAP DADAH

TAKDA  TOKAN

KEMUDIAN CUBA

CARI TOKAN

INI CARA

BANGANG

AMIN

BIARKAN 

DADAH LEPAS

PASANG ALAT

PENGINTIP DALAM

BUNGKUSAN

AMIN

IKUT PERJALANAN

DADAH PASTI SAMPAI

KE TOKAN

AMIN

TEKNIK INI MUDAH

DAN BUKAN

ROKET SAINS

KHALAS

DAP NAK PUTAR SAMA


DAP minta Peguam Negara jelaskan keputusan mahkamah berhubung kes Zahid

SETIAUSAHA Agung DAP Loke Siew Fook mahu Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan faktor di sebalik keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) bagi kes Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

Menteri pengangkutan berkata penjelasan daripada Idrus adalah penting untuk menjaga keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan Malaysia.

“Permohonan DNAA daripada pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terperinci adalah budi bicara Peguam Negara dan diputuskan oleh mahkamah. 

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. 

Idrus bersara sebagai peguam negara hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan Zahid DNAA bagi semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dikritik hebat oleh pelbagai pihak, termasuk kumpulan masyarakat sivil dan aktivis.

“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah.”

Hakim Collin Lawrence Sequerah semalam membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menghentikan prosiding atas alasan ia bercadang untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam terhadap kes itu.

Ahmad Zahid, 70, yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, dikenakan 47 pertuduhan pada akhir 2018 dan awal 2019.

Seramai 114 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 18 November 2019 dan berlangsung selama 77 hari.

Selepas 99 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan, Mahkamah Tinggi pada 24 Januari 2022 memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas kesemua 47 pertuduhan. Ahmad Zahid adalah antara 15 saksi pembelaan yang memberi keterangan dalam kes itu.

Daripada 47 pertuduhan terbabit 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Antara yang menyelar keputusan itu ialah bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Beliau menerusi platform X menyatakan kerajaan perlu menjelaskan keputusannya.

“Ia adalah pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan pembaziran semua kerja keras ahli-ahli Jabatan Peguam Negara.

“Penjelasan pasti terhutang kepada orang ramai. Dan saya harap tiada ahli politik UG (kerajaan perpaduan) berani untuk membenarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka anti rasuah,” katanya. – 5 September, 2023.



PUTAR JANGAN

TAK PUTAR

KAH KAH KAH

TUNGGANG JANGAN

TAK TUNGGANG

KAH KAH KAH

KHALAS

LAWAK BERDIRI TERTINGGI


Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes Zahid, kata Fadillah


KERAJAAN tidak campur tangan dan menghormati proses perundangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi (YAB).

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.

“Jadi bagi saya biarlah proses perundangan itu berjalan dengan baik dan kita hormatilah.

“Kita tidak akan campur tangan, terserahlah kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk menilai apa tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah hari ini melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut Fadillah berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan mahkamah, selepas proses sepatutnya sebagaimana yang termaktub dalam sistem perundangan dilalui.

“Saya rasa selain yang ini, banyak keputusan lepas juga menjadi keputusan yang kontroversi tapi bagi saya itu hak mutlak mahkamah, jadi sebaiknya kita hormatilah,” katanya. – Bernama, 4 September, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KAH KAH KAH

SEMUA DAH BIJAK

BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

KEMPEN BUMI HIJAU


Beras import naik harga, beras tempatan tak cukup

PETALING JAYA – Pemborong beras tidak menolak kemungkinan harga beras import akan mengalami kenaikan sehingga 36 peratus selari dengan pengumuman Padiberas Nasional Bhd (Bernas) mengenai penyelarasan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan.

Presiden Persatuan Pemborong-Pemborong Beras Semenanjung Malaysia, Chen Rui Fa berkata, operasi pemborong adalah berlainan mengikut kawasan dan kadar kenaikan juga adalah berbeza.

Beliau juga menggesa Bernas memastikan bekalan mencukupi selepas ini dengan penyelarasan harga yang diumumkan.

“Mereka perlu bertanggungjawab dengan membeli beras import tanpa mengira harganya dan seterusnya membekalkan kepada pemborong.  Jika tidak, keadaan pasaran pasti akan kelam kabut.

“saya percaya pemborong dan pengguna tidak kisah kenaikan harga kerana yang lebih penting adalah bekalan yang mencukupi.

“Memandangkan Bernas merupakan satu-satunya pengimport maka jika ia tidak dapat menyediakan bekalan, maka bekalan akan terputus dan mereka perlu bertanggungjawab,” katanya kepada Sinchew Daily.

Bernas sebelum ini memberi penjelasan bahawa penyelarasan harga berpunca daripada perubahan iklim, faktor pertukaran mata wang, larangan eksport beras oleh India, kenaikan kos operasi dan konflik rantau.

Mengulas keadaan itu, Rui Fa percaya harga beras import masih berkemungkinan diturunkan semula pada masa depan terutamanya jika India menghentikan larangan eksport.

Beliau pada masa yang sama menggesa kerajaan mengkaji semula harga untuk Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) yang dikawal oleh kerajaan.

Katanya, kenaikan harga siling daripada RM26 untuk beras 10 kilogram kepada RM34 adalah munasabah.

“Harga RM26 telah dikekalkan selama kira-kira 15 tahun sedangkan kos baja, gaji dan kelengkapan telah meningkat. Harga 26 adalah ketinggalan zaman.

“RM26 adalah yang paling rendah dalam rantau ini dan impaknya tidak besar jika dinaikkan kepada RM34,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan, selain masalah kenaikan harga beras, negara juga menghadapi kekurangan SST5 sejak tiga bulan lalu.

Katanya, 50 peratus daripada beras di negara ini adalah beras tempatan, tetapi peruncit tidak terima bekalan tersebut. – 



INI BARU

PERMULAAN

AMIN

HARGA MAKANAN

AKAN TERUS  NAIK

AMIN

KITA WAJIB

BERDIKARI

AMIN

MULAKAN 

KEMPEN 

BUMI HIJAU

KEMPEN TANAM

MAKANAN

AMIN

JIKA 

PERANG UKRAINE

BERTERUSAN

DITAMBAH DGN

CUACA PANAS

MAKAN BARANG

MAKANAN AKAN

SUSUT & MAHAL

KHALAS

MULAKAN SATU GERAKAN



MUDA gesa semua MP kerajaan suarakan pendirian isu Zahid bebas

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)  menggesa semua ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan menyatakan pendirian berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas tanpa membebaskan Zahid..

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, tindakan tersebut bagi membuktikan mereka konsisten menentang salah laku dan jenayah rasuah.

“Keputusan semalam jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan tidak benar-benar memperjuangkan isu salah laku kerana ini bukan kes pertana sebelum ini MUDA sudah pernah tuntut penjelasan tapi tiada (jawapan).

“Semalam garisan merah sudah dilangkaui dan ini amat serius. Saya rasa rakyat berhak tahu apa pendapat Ahli Parlimen mereka tentang isu besar ini ,” katanya pada sidang media.

Dalam masa yang sama beliau berkata, Pejabat Peguam Negara (AGC)  perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan mahkamah tinggi semalam agar tidak dijadikan contoh yang bakal menjadi ikutan dalam kes berprofil tinggi yang lain kelak.

“AGC perlu jelaskan kepada rakyat kerana ini bukan kes kecil tapi kes berprofil tinggi. Apakah tindakan AGC untuk mengurus kepercayaan orang ramai apabila sehingga hari ini belum ada penjelasan?

“Semalam sudah ada yang menuntut penjelasan tapi belum ada sehingga kini. Adakah keputusan untuk melepas tanpa membebaskan terhadap Zahid akan jadi satu kes presiden kepada mana-mana ahli politik yang dihadapkan ke mahkamah nanti?” soalnya.

Amira berkata, MUDA tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas yang melibatkan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya isu ini tidak dijelaskan dan ditangani sekaligus mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

“Sebagai parti yang turut membentuk Kerajaan Perpaduan, MUDA tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika tidak ada respon daripada pimpinan tertinggi kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan parti itu akan menggerakkan Kempen Dakwa Zahid di seluruh negara tidak lama lagi selagi tidak ada penjelasan secara terperinci daripada pihak yang berkaitan.

Sebagai rekod, Mahkamah Tinggi semalam melepaskan Ahmad Zahid tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya,  Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Zahid pada peringkat ini.-

WOIT

MUDA WAJIB

NILAI KEMBALI

HUBUNGAN DGN

PAKATAN

AMIN

APAKAH LEBIH 

STRATIJIK UNTUK

MUDA BERSAMA

PERIKATAN

AMIN

KHALAS

HENTIKAN FITNAH TERHADAP ZAHID


HENTIKAN FITNAH

TERHADAP ZAHID

KHALAS

TERIMA KASIH KEMBALI


THANKING U TOO

FOR READING TT

KHALAS


casinositeone.JDS commented on
 "ULAR MAK KLIM WAKIL NABI"

I must thank you for the efforts you’ve put in writing this blog.

MUDA AKAN BUAT PENDIRIAN


MUDA AKAN

BUAT PENDIRIAN

AMIN

TANGKAP BUDAK INI


TANGKAP 

BUDAK INI

DIA BERCAKAP 

BENAR

KAH KAH KAH

KHALAS

PEGUAM NEGARA WAJIB JAWAB


PEGUAM NEGARA

WAJIB JAWAB

KHALAS

KERAJAAN MEMBEBAS RASUAH



KERAJAAN

MEMBEBAS RASUAH

BUKAN KERAJAAN

BEBAS RASUAH

KHALAS



Unknown commented on 
"HARI INI DALAM SEJARAH"

Negara paling kartun didunia ..paling bangang didunia..negara pak lawak didunia dimonopoli oleh Malaya...malu wehh jadi rakyat malaysia


Unknown commented on 
"KERAJAAN RASUAH"

Kerajaan sebelum ini tak ada rasuah langsung, hanyalah curi billion sampai hutang negaraku sampai trilion itu saja kah kah kah kentut busuk tak boleh rahsianya terbongkar apabila kita sudah tidak dapat dinafikan kah kah kah


Unknown commented on 
"KERAJAAN RASUAH"

Siapa bising makna tak dapat lagi, kalau dapat terus senyap senyum melebar sampai telinga kah kah kah



Unknown commented on 
"KERAJAAN RASUAH"

Kita ini masih tak faham lagi, kuasa lebih penting dari banteras hapus rasuah, budaya rasuah bukan hanya Zahid, bukan hanya Najib tapi seluruh umat dunia ada rasuah, beza jumlah saja kah kah kah, orang boleh cakap-cakap apa saja tapi nak duduk PM kena ada sokongan kah kah, yang cakap-cakap tak mahu rasuah siapa? Selalunya yang tak dapat atau yang terpaksa bagi kah kah kah, yang terima ini sukacita selalu seluruh ahli-ahli gerombolan mana mana parti ada lah rasuah atas nama sumbangan politik kah kah kah kalau masih tak faham sistem politik Malaysia maka bergeraklah ke Chinatown kah kah kah


Unknown commented on 
"HAI : I GOD DI NUMBO"

Yg menang kaum LeeKwanYew@DAP... Angkara barua barua Melayu yg dipilih Oleh LeeKwanYew@DAP

APA KERJA PEGUAM NEGARA ?

 



APA KERJA

PEGUAM NEGARA ?

AMIN

RAKYAT MARAH DAH NI


RAKYAT 

MARAH DAH NI

KHALAS

HADI MASUK LOKAP


HADI MASUK

LOKAP

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR"

Dengan selambernya presideng lebai menipu polis. Untung tak di gari dan disumbat dalam lokap kemudian minta tempoh reman. Dua tiga hari pun jadi lah. Sepatut nya kena rasa dulu pengalaman duduk lokap, baru lah luas pengalaman. Patut duduk lokap baru lah faham serba sikit pasal seksa kubur. Ini duduk lokap pun tak pernah tapi selalu goreng pasal seksa kubur.

DULU ANWAR SEKARANG HADI



DULU ANWAR

SEKARANG HADI

KLIM 

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on
 "KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR"

ni nama dia bukan kospirasi ini real punya perancangan.. cukup nombor siap nuar.. kah kah kah

Haa, Miim commented on
 "HAI : I GOD DI NUMBO"

apa citer Sham?
sema nampak tergesa gesa...
semacam nak kejar pintu yang akan tertutup saja..
apekerbendonih?
cuba stori sikit..


Unknown commented on 
"HAI : I GOD DI NUMBO"

Kaum lain diam diam duduk tapi yang panas sini panas sana bukan lain dari orang Kita, apa nak jadi saban hari I got the number? Ada number buat apa ? Nak jadikan negaraku lebih baik? Semua pun perangai sama, sebaik dapat kuasa terus lupa rakyat kah kah kah orang lain.orang luar sudah sampai planet lain kita masih sama bergaduh bertengkar nak selamat bangsa agama kah hujung sapu bagi perhabis semuanya sekali kah kah kah

KERAJAAN RASUAH



KERAJAAN RASUAH


SELASA 5 SEPTEMBER 2023
HARI RESMI KERAJAAN MADANI
JADI  BERSIH  DAN SUCI
 BEBAS DARI RASUAH
SUCI DARI SALAH GUNA KUASA
KAH KAH KAH

INI BUKTI 
ANWAR IBRAHIM BERJANJI
AKAN HAPUS RASUAH
DENGAN SEKALI GUS
RASUAH DI HAPUSKAN
KAH KAH KAH
AMIN

NEW ZEALAND
DOKTOR DAN DOKTOR GIGI
MELANCARKAN MOGOK
MINTA NAIK GAJI
SELARAS DENGAN INFLASI

KOREA UTARA
KIM JUNG UN AKAN BERTEMU
DENGAN PUTIN
DI VLADIVOSTOK
NAK JUAL BELI SENJATA

KOREA SELATAN
GURU GURU SEKOLAH
ENGGAN MENGAJAR
KERANA TIDAK TAHAN DI BULI
OLEH MURID DAN IBU BAPA

HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
JEREBU MENUTUP
KL & KL SENTRAL
MATA HARI TAK KELIHATAN

UNGGAS AGAK SENYAP
YANG BISING CENGEKRIK
BERSIMPONI KERANA BUMI BASAH

TAK TAK & EZI
KEMBALI MASUK KE HOKKIEN
SATELAH BERCUTI 4 HARI
DI RUMAH DR DOG HULU LANGAT

GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS
ATAU MUNGKIN HUJAN PETANG

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT HARI SELASA
DENGAN SENYUMAN

BRO
BUAH JANGAN DIMAKAN TIKUS
BUAT PERANGKAP UMPAN BIDARA
SEKALI GUS RASUAH DIHAPUS
TAK PERLU PEGUAM TAK PERLU BICARA

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN  HARI INI

SELAMAT MERASUAH

HARI INI DALAM SEJARAH



DIMASHURKAN

ADALAH DIBERI TAHU
KEPADA SELURUH RAKYAT JELATA
BERMULA  DARI HARI INI
5 SEPTEMBER 2023
BAHAWA
DI MASHURKAN
BAHAWA  KERAJAAN ANWAR IBRAHIM
ADALAH KERAJAAN
YANG BERSIH DARI RASUAH
BERSIH DARI SALAH GUNA KUASA
BERSIH DARI PENGUBAHAN WANG HARAM

TIK TOK BUAT FITNAH
PORTAL BUAT FITNAH
SEMUA AKAN DITUTUP

SESIAPA YANG MASIH DEGIL
MENYEBAR  FITNAH
AKAN DI TANGKAP
AKAN DI DAKWA
AMIN