Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 8 Jun 2012

TEKA APA AGAKNYA DALAM KEPALA MUHYIDDIN?




MAHU PERTAHANKAN NAJIB




DOKUMEN SULIT: TPM SEKALI LAGI TAK MAHU ULAS - mkini

Muhyiddin Yassin sekali lagi tidak mahu memberi komen tentang soalan berkaitan siasatan pihak Perancis terhadap pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Ditanya apa yang akan dilakukan oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa pihak pendakwa Perancis mendapati dokumen sulit Tentera Laut Malaysia telah dijual, beliau terus menjawab: "Tidak ada komen".

Beliau mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sama ada kerajaan akan terus membisu walaupun perkara itu mungkin mengaitkan Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Abdul Razak.

INI MAHU NAJIB DITANGKAP




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....TAK KAN LAAA BAKAL PM INI NAK KOMEN.... kah kah kah..

woit... PARA WARTAWAN JANGAN JADI BODOH.... kah kah kah...

kah kah kah...SESUDAH TANYA... RENUNG MUKA MUHYIDDIN...kah kah kah

kah kah kah.. LIHAT MUKA TEPAT TEPAT.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU MUHYIDDIN SENYUM DAN KETAWA... kah kah kah..

kah kah kah.... INI MAKNA NYA MUHYIDDIN AKAN PERTHANKAN NAJIB... kah kah kah

woit..TAPI KALAU MUHYIDDIN MASAM DAN SEMBAB MUKA...kah kah kah..

kah kah kah...INI MAKNANYA MUHYIDDIN MAHU NAJIB KENA TANGKAP INTERPOL...kah kah kah..


layari untuk punk rock:







KES BUNUH ALTANTUYA - SIAP UPAH SIROL DAN AZILAH?





KOMENTAR TUKAR TIUB


keadaan amat nazak
orang melayu wajib
berhenti sabentar
untuk berfikir :


- bolehkah najib yang terlibat dalam kes bunuh jadi pm?
- bolehkan najib yang terlibat dalam kes rasiah komisen jadi pm?

jika jawapan boleh maka tak ada timbul



BM-Premium A IP


ANTATUYA: NAJIB DICABAR SAMAN PHNOM PEMH POST
- harakah daily

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa Datuk Seri Najib Razak menyaman akhbar The Phnom Penh Post yang berpengkalan di Kemboja kerana melaporkan perdana menteri itu pernah dipertemukan dengan Altantuya di Paris.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, perdana menteri juga patut menyaman wartawannya bagi membersihkan namanya dan juga nama negara.

"SAMM mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider yang bernama Roger Mitton.

"Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara... malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu," katanya dalam satu kenyataan.


INI ORANG RAMAI TUNGGU TUNGGU



SATU SOALAN SAHAJA:

dalam perbicaraan kes bunuh altatuya
Sirul dan Azizal telah didapati salah
membunuh altantuya

mengikut keterangan sirul
mereka berdua membunuh kerana diupah


maka timbul soal:

siapa upah mereka?

soalan ini tidak disambut
oleh pihak pendakwa
siapa yang mengupah mereka?


NOTA:
kepada kaum keluarha sirul dan azilah
minta dua orang yang teraniya ini berkata benar
ini untuk menyelamat kan nyawa mereka
mereka hanya perlu menyatakan sekali lagi
siapa upah mereka


jika tidak mereak akan terus dlam penjara

saudara mara
anak isteri dua orang yang dituduh ini
telah lama terseksa
wah hal orang yang mengupah
enjoy de menjoy hidup mereka


kaum keluarga sirul dan azilah:

nasehatkan sirul dan azilah
kerajaan akan berubah
kerajaan baru akan ditubuhkan
adalah untuk kebaikan mereka
pada ketika ini untuk mereka
berkata benar


tidak ada guna lagi
mempertahan najib
mempertahan kan razak baginda
kerajaan akan bertukar
lagi cepat mereka bersuara
lagi pantas najib dan razak baginda di dakwa

sauadara mara azilah dan sirul
tyang membaca tukar tiub
sila sampai kan pesanan ini
mereka hanya makan upah

dalam perundangan ini tidak
membawa hukum gantung
yang akan digantung ialah
tukang upah


layari sekarang untuk dengar r. azmi







MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA




SILA LAYARI SEKARANG






MALAM INI DIRABU
Temubual Radio Bangsar Utama
dengan Ketua AMK Terengganu & Biro Politik AMK
Al-Faizal Amjad 9.00 malam ini





Malang ini Redio Bangsor Utame nok interview dengang Ketue AMK Teganung, Al Faizal Amjad. Ni bukang anok Pok Amejad, tapi budok ning gok Biro Politik AMK, didatangkan khas dari negeri kepok lekor. Kepade pendengor Redio Bangsor Utame, jangang lupe sembilang malang ning..

Panggang ikang puyu tumbuk sambal belacang
Bini beranok tige kepok cicoh cuke
tok mboh pitih royalti gi makang ikang
perut kepeh blepeng nasib teganung kite

TARIK BALIK KERANA TAKUT KAH KAH KAH




KOMENTAR TUKAR TIUB


jelas kerajaan gerombolan kelam kabut
kerajaan gerombolan hilang punca

kalau ptptn di bekukan
ini terbaik kerana
kerajaan selangor akan buktikan
boleh diberi pembelajaran percuma

kerana takut orang ramai melihat
kerajaan selangor menjalankan dasar itu
maka gerombolan united malays national organisation
menarik balik arahan pembekuan

gerombolan takut!







PTPTN TARIK BALIK PEMBEKUAN PINJAMAN SISWA UNISEL, KUIS
- mkini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit.... APA PUNYA KERAJAAAN.... kah kagh kah..

kah kah kagh...TARIK SORONG... TARIK SORONG.... kah kagh kah..

kah kah kah...JELAS INILAH KERAJAAN YANG WAJIB DIHUMBANKAN.... kah kah kah...

kah kah kah...JELAS INI*LAH KERAJAAN YANG KELAM KABUT.... kah kah kah...

woit... DI ZAMAN SHAH IRAN .... MAXCAM INI JUGA.... kah kah kah..

kah kah kah...DI ZAMAN MARCOS DI PILIPINA MACAM INI JUGA... kah kah kah..

kah kah kah...DI ZAMAN SUHARTO DI JAKARTA MACAM INI JUGA..... kah kah kah...

woit...INI TANDA TANDA KERAJAAN NAK LUNGKUP.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU GEROMBOLAN MENANG PILIHANRAYA MESTI CARA TIPU.... kah kah kah..


NOTA:
kalau kerajaan macam ini
menang pru13 ini mesti
menang dengan cara tipu


layari sekarang:






PENGUMUMAN UNTUK SEMUA WARGA




SIAPA PEMILIK NYA- HUBUNGI JPM






PENGUMUMAN UNTUK WARGA

adalah dimaklumkan
adalah dicanangkan
ke seluruh alam melayu

bahawa setelah hujan lebat petang kelamrin
telah ditemui seluar dalam berwarna biru ini
adalah difahamkan seluar dalam ini telah
dipukul angin dari ampaian

sesiapa tuan punya seluar ini
sesiapa yang tahu menahu tentang seluar dalam ini
sesiapa yang ada maklumat tentangnya
sila berhubung segera dengan
jabatan perdana menteri

dalam masa 2 minggu jika
tidak ada tuan empunya datang
maka jabatan perdana menteri
berhak untuk melelong seluar dalam ini


layari sekarang:







BERITA BAIK UNTUK ROSMAGH MANSOR




MI BIK MAMA GOOD 4 U






MI BERLAPIS BANTU ATASI OBESITI
- berita hairan

GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan produk mi berlapis pertama di dunia yang diperkaya dengan serbuk cili atau zat kapsaicin bagi membantu mengurangkan masalah obesiti.

Kapsaicin adalah zat cili pedas yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI BERITA BAIK UNTUK ROSMAH MANSOOR...kah kah kah..

kah kah kah.. MI INI BELUM DI PASARKAN LAGI...kah kah kah...

kah kah kah... MARI KITA BUAT CADANGAN APAKAH NAMA MI NANTI?.... kah kah kah..

kah kah kah... TT CADANGANKAN NAMA MI INI BIK MAMA... kah kah kah..

kah kah kah...DUTA MI INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ZIANA ZAIN...kah kah kah...

kah kah kah...GAMBAR KULIT BUNGKUSAN MI INI IALAH MUKA ALTANTUYA....kah kah kah..

kah kah kah...JAMIN LARISASS... JALAN MELETUP.... kah kah kah

hanya radio bangsar utama memainkan lagu rejimen ke 10 parti komunis malaya:






BERITA BAIK UNTUK ORANG RAMAI - 500 RINGGIT LAGI DATANG





TUNGGU SAMPAI BANYAK INI




500 RINGGIT KEDUA DI KAJI - meloya

Cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat satu Malaysia bagi pusingan kedua telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Najib Razak semalam.

Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan memperoleh peningkatan sumber pendapatan termasuk penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi Najib senyum sahaja.

“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KAH KAH KAH..KAH KAH KAH...kah kah kah..

kah kah kah...500 RINGGIT YANG PERTAMA TELAH GAGAL BELI UNDI.... kah kah kah....

kah kah kah...PROJEK 200 RINGGIT BELI BUKU JUGA GAGAL... kah kah kah..

woit...INI LAH BAIKNYA KERAJAAN LEMAH..... kah kah kah..

kah kah kah...BILA KERAJAAN LEMAH RAKYAT UNTUNG.... kah kah kah...

kah jkah kah....LAGI LAMBAT PILIHANRAYA LAGI BAIK..... kah kah kah...

NOTA:
inilah masa terbaik untuk rakyat menuntut hak
inilah masa terbaik untuk rakyat menunjukkan kuasa
hajar sekali lagi gerombolan
kah kah kah


sila layari sekarang:








TURUN KE JALAN RAYA SEBAGAI KERJA POLITIK



KOMENTAR TUKAR TIUB


semua rakyat malaysia wajib menyokong demo ini
semua rakyat malaysia akan turun bersama
semua rakyat melaysia sedang menunggu


sila nyatakan tarikh
sila nyatakan masa
sila nyatakan tempat


jangan hari jumaat
jangan menumpang jemaaah sembahyang jumaat

jangan dalam stadium
ini diliahat lekeh

mula menyusun dari sekarang
mula berkempen dari sekarang

turun ke jalan raya
turun berdemo
adalah kerja politik yang tepat


NOTA:
anak muda
pelajar dan mahasiswa
sedang gian menunggu hendak berdemo





ANAK RANCANG HIMPUNAN BESAR BANTAH PENENARAIAN FGVH
- mkini

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merancang untuk menghimpunkan 20,000 orang di Kuala Lumpur untuk membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata persatuan itu tiada pilihan selain menjalankan kempen radikal seperti itu memandangkan pengapungan FGVH yang bakal dimuktamadkan pada 28 Jun itu diteruskan tanpa mendengar pandangan mereka.

Surat dan memorandum yang dihantar kepada Najib Razak, menteri bertanggungjawab ke atas Felda Ahmad Maslan dan juga pengerusi lembaga tersebut Tan Sri Isa Samad sebelum ini juga tidak dilayan.

"Sebelum ini kita ikut saluran undang-undang tapi mereka ini angkuh, tidak mahu dengar pandangan kami," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, tarikh dan lokasi perhimpunan, dijangka disertai sehingga 50 NGO itu akan diumumkan pada minggu depan.

Sehubungan itu juga, ANAK juga akan menyerahkan satu notis kepada Najib berhubung satu ucapan perdana menteri itu yang "bersangka jahat, jijik dan memalukan" peneroka, kata Mazlan.

Katanya ucapan Najib yang menyifatkan segolongan peneroka sebagai "haram zadah" itu tidak boleh dimaafkan.


layari untuk mendengar punk rock:






RANCANGAN PENIPUAN PRU13 DI BOMGKAR LAGI



JANGAN MENIPU UNDI DI PRU13





BERSIH 2.0: KESILAPAN DALAM DAFTAR PEMILIH WAJIB DIBERSIHKAN SEGERA!


Walau pun telah menerima tekanan dari orang ramai, lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi gagal mengemaskinikan nama pengundi dan mendaftarkan nama pemilih baru.

BERSIH 2.0 telah didatangi oleh seorang yang bernama Phang Kuok Sing. Dia telah mendapati namanya didaftarkan sebagai pengundi di Tangkak Johor, walau pun alamat di kad pengenalan barunya ialah Kelantan. BERSIH 2.0 juga telah juga didatangi oleh beberapa orang lain yang menghadapi kesilapan yang sama. Mereka telah membuat aduan kepada SPR. Kesilapan yang berkali-kali ini tidak boleh dimaafkan kerana ianya akan menafikan hak pengundi untuk mengundi dikawasan mereka.

Satu lagi contoh kesilapan nama tempat kawasan mengundi ialah kes Yoong Fue Ting. Pada bulan Mei 2011, Yoong Fue Ting telah meminta untuk dipindahkan namanya dari kawasan mengundi Mambau ke Paya Jeras. Tetapi namanya telah salah daftar ke ADUN Taman Melati dan kawasan Parlimen Wangsa Maju. Ini berlaku walau pun dengan jelas alamat beliau ialah di Taman Wangsa Permai. Suami beliau telah membuat aduan ke pejabat SPR Selangor hingga ke Putrajaya.

Suami beliau telah memberitahu BERSIH 2.0 bagaimana dia telah menghubungi Pengarah IT SPR, Haji Kamarudin Keling, yang memberi sebab kesilapan ialah kerana Yoong telah menulis Wangsa Maju sebagai tempat kerja. “ Isteri saya tidak tahu dimana Wangsa Maju dan dia tidak pernah bekerja disana,” kata suami Yoong. Dia menambah lagi,” Kalau pun isteri saya bekerja di Wangsa Maju, tidak ada sebab mengapa tempat mengundi mesti ditempat dia bekerja.” Satelah mengisi borang pembetulan tempat mengundi sebanyak dua kali dalam masa satu tahun barulah ianya dibetulkan pada bulan Jun tahun lalu.

Satu lagi contoh terjadi kepada Liau Kok Fah, ahli Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0 sendiri. Liau telah diisytiharkan ‘mati’ oleh SPR. Pekara ini telah ditimbulkan ketika pertemuan SPR dengan BERSIH 2.0 pada tahun 2010 dahulu. Tetapi hingga ke hari ini Liau masih lagi ‘diresmikan mati’. Nama beliau tidak dapat ditemui dalam daftar pemilih.

Justeru, BERSIH 2.0 menyeru semua bakal pengundi akan memereksa nama mereka di http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/daftarbi.aspx untuk memastikan mereka telah didaftarkan ditempat membuang undi yang betul. Adalah amat penting setiap pengundi diberi peluang hak mengundi pada PRU13 yang akan datang.

Terbukti saheh bahawa lembaga SPR telah gagal untuk menunaikan Tuntutan Pertama BERSIH 2.0 – Membersihkan daftar pemilih. Pekara ini telah ditimbulkan oleh Dr.Ong Kian Ming, Pengarah Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP), dimana terdapat 3.1 juta nama pengundi yang bukan penduduk yang wajib dibersihkan.

Angka 3.1 juta pengundi di Semenanjung Malaysia ini adalah angka dimana alamat dalam kad pengenalan tidak sama dengan alamat tempat mereka membuang undi. Nama-nama ini telah dikenalpasti oleh Jabatan Pendaftaran Negara sebagai “Projek SPR’. Pada tahun 2002 , data telah ditemui dalam projek ini memiliki 37 peratus kesilapan dalam jumlah 8.3 juta pengundi di Semenanjung Malaysia.

Kajian terbaru oleh Merdeka Center telah memperkukuhkan hujah bahawa lembaga SPR ini tidak lagi diyakini oleh orang ramai. BERSIH 2.0 telah memberi masa yang panjang dan telah bekerjasama dengan SPR dan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk Pembaikkan Pilihanraya, tetapi hasilnya tidak membawa apa-apa kebaikkan malah ianya bertambah buruk.

BERSIH 2.0 sekali lagi mengingatkan pentabiran Najib Razak untuk memecat dengan serta merta lembaga SPR yang ada hari ini dan menubuhkan lembaga SPR yang baru. Ahli lembaga SPR yang baru ini wajib terdiri dari individu yang berwibawa dan diyakini. Mereka boleh dipileh dari kalangan profesional, tenaga akademik atau dari badan NGO. Ini untuk memastikan PRU13 ini nanti akan adil dan bersih. Bersih 2.0 sekali lagi menuntut daftar pemilih dibersihkan dengan serta merta.


Keluar Mengundi, Lawan Penipuan!
Salam BERSIH!



layarilah sekarang: