Rabu, 15 Jun 2022

JUAL BONTOT



WOIT

BUKAN SENANG

NAK CARI MAKAN

AMIN

ADA JADI PELACUR

ADA JADI WHY BE

ADA JADI MENTERI

KAH KAH KAH

ADA JUAL PUKEE

YANG INI ADA BONTOT

MEREKA JUAL BONTOT

KETAT DAN SENDAT

AMIN

KHALAS

NAJIB SEDAP BERANCUK

 


Kerajaan masih bayar pinjaman AS$3 bilion 1MDB walaupun selepas 9 tahun

BEKAS timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Siti Zauyah Mohd Desa hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kerajaan kini masih membayar pinjaman AS$3 bilion yang diberikan kepada milik kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pinjaman itu dibenarkan oleh kerajaan ketika itu selepas Najib Razak yang merupakan menteri kewangan menandatangani surat sokongan pada 2013.

Siti Zauyah, 63, yang kini bersara mengesahkan di mahkamah surat sokongan yang ditandatangani Najib sebagai menteri kewangan pada 14 Mac 2013 untuk mewakili kerajaan Malaysia dalam menyokong 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL) dalam menerbitkan bon AS$3 bilion itu.

Kerajaan mengeluarkan surat sokongan yang mengakui anak syarikat 1MDB GIL akan mengumpul AS$3 bilion melalui terbitan bon yang akan dibayar sepenuhnya pada Mac 2023.

Saksi ke-26 pendakwaan yang bertugas di Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari (BPKA) Kementerian Kewangan itu bagaimanapun berkata jabatan itu tidak menerima sebarang laporan kewangan berhubung pinjaman AS$3 bilion itu.

“Saya mengesahkan bahawa status pinjaman AS$3 bilion yang dirujuk dalam kenyataan saksi bahawa 1MDB sebagai peminjam AS$3 bilion telah gagal membayar balik pinjaman itu mengikut terma yang ditetapkan.

“Perkara ini menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa membayar balik hutang 1MDB berdasarkan LOS yang dikeluarkan kerajaan yang ditandatangani oleh menteri kewangan Najib Razak pada 2013,” katanya ketika membaca kenyataan saksinya. 

Siri Zauyah juga menambah BPKA kemudiannya bertanggungjawab mendapatkan laporan daripada 1MDB.

Bagaimanapun beliau mengesahkan sepanjang berada di sana beliau tidak menerima sebarang laporan balas daripada pengurusan 1MDB berhubung penggunaan dana berjumlah AS$3 bilion yang diperolehnya melalui surat sokongan daripada kerajaan.

“1MDB bertanggungjawab mengemukakan laporan pelaburan mereka kerana tujuan permohonan surat sokongan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

“Saya ada berhubung dengan wakil 1MDB pada masa itu iaitu Zahid Taib untuk mereka memberi maklum balas, mengemukakan dokumen atau laporan kepada Kementerian Kewangan tetapi 1MDB tidak menyerahkan sebarang laporan kepada bahagian saya pada masa itu,” katanya. – 15 Jun, 2022.

NAJIB SEDAP

BERANCUK

RAKYAT DIPAKSA

BAYAR UTANG

AMIN

NAJIB SEDAP

JILAT BURIT

ALTANTUYA

SATU MALAYSIA

BAYAR UTANG

AMIN

NJIB SEDAP

BERZIANA

MALAYSIA 

MERANA

BERHUTANG

AMIN

KHALAS

KILANG CETAK RINGGIT


7 pegawai JIM disahkan ditahan SPRM – Khairul Dzaimee

KUALA LUMPUR – Tujuh orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (SPRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini selepas disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran pas dan dokumen secara tidak teratur serta dituduh melindungi warga asing.

Ketua Pengarah Imigresen,  Khairul Dzaimee Daud mengesahkan penahanan tersebut

DARI ZAMAN

BERZAMAN

IMIGRISEN

DI KENALI

SEBAGI KILANG

CETAK RINGGIT

AMIN

MUSTAHIL KETUA

PENGARAH TAK

TAHU

AMIN

ATAU SENGAJA

BUAT BUAT

DO NNOOO

KAH KAH KAH

KHALAS

SABRI DAH BERNAI LAWAN TOWKAY

 



Sejak zaman saya, kerusi Zuraida itu kuota Bersatu – Muhyiddin

PUTRAJAYA – Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin kembali menegaskan bahawa kerusi yang dipegang oleh Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin adalah kerusi daripada kuota Bersatu.

Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi yang dipegang  Zuraida Kamaruddin merupakan kuota parti itu.

Beliau berkata, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet juga atas kapasiti parti pimpinannya.

“Jadi apapun saya nak beritahu bahawa pendirian kita (Bersatu), Datuk Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu, dan memang semenjak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.

“Keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.

JENG JENG JENG

SABRI 114

DAH BERANI

LANGGAR SYARAT

AMIN

DAH BERANI

LAWAN TOWKAY

AMIN

APA MUHYIDIN

BOLEH BUAT

TAHIK KAMBING

BULAT BULAT

AMIN

 TARIK SOKONGAN JATUHKAN SABRI

KAH KAH KAH

KES DUA KALI BODOH


Lelaki mengaku tidak bersalah jual gambar lucah 

SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas pertuduhan menjual gambar lucah di aplikasi media sosial tiga tahun lepas.

Mohammad Hafizzul Anas Kamaruzaman, 30, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Hafizzul Anas didakwa dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter melalui akaun @lelakilelakise1 telah secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Bagi hantaran yang telah dilihat pada 17 Mei 2019, kira-kira 10.50 pagi di Tingkat 8, Menara MCMC 1, Cyberjaya, OKS yang tidak mempunyai pekerjaan tetap didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan maksimum setahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes. – Bernama, 15 Jun, 2022.

 WOIT

INI KES DUA

KALI BODOH

KAH KAH KAH

TUKANG JUAL

BOODOH

TUKANG BELI

PUN SAMA BODOH

KAH KAH KAH

DALAM NET

ADA BERBILON

GAMBAR LEH

TENGOK 

BOLEH CETAK  

TAK PERLU BAYAR

KAH KAH KAH

ARAB MELAYU 

ISLAM KAPIR 

JANTAN BETINA

BERANCUK 

SEMUA ADA

 AMIN

JANTAN DG JANTAN

BETINA DG BETINA

 PUN ADA

KAH KAH KAH

BETINA BERANCUK

DENGAN ULAR

DG ANJING

DG BABI

SEMUA ADA

AMIN

SATU TETEK

8 KG PUN ADA

KAH KAH KAH

TAK CAYA TANYA

TUAN HAJI

MOKTHTAR SENIK

PAKAR AGAMA

PEMINAT TETEK

BESAR

KAH KAH KAH

KHALAS


CINTA SEJATI


PALING SETIA

CINTA SEJATI TAK

BERBELAH BAGI

 KHALAS

Unknown commented on

 "INSAN BAIK 
DI KALANGAN KITA"

Sape2 yg bela dan sayangkan anjing adalah dari kumpulan orang baik. Yg bela lembu kambing itek biri2 tidak diiktirafkan sebaik pembela anjing sbb bela lembu atau kambing kira biasa je tidak se up pembela anjing. Baik itu ada dua darjat.

CERITA MAIN GASING


CERITA MAIN

GASING

AMIN

Unknown commented on 

"ORANG TUA 
DENGAN GASING"

Suka tulisan terbaru ni
Unknown commented on 

"ORANG TUA
 DENGAN GASING"

Good article. Mengingatkan saya dengan arwah atuk tahun 70-an

ANAK MENANTU CUCU SEMUA PENCURI


DI MALAYSIA

ANAK MENANTU

RAZAK MENCURI

KAH KAH KAH

DI INDIA

MENANTU CUCU

GHANDI MENCURI

KAH KAH KAH

KHALAS

MAKLUMAT TIDAK BETUL


MAKLUMAT

TIDAK BETUL

AMIN

Unknown commented on 

"SEJUK MULA SAMPAI"

lagi berita... https://www.utusan.com.my/terkini/2022/02/dakwaan-sejuk-ekstrem-akibat-aphelion-dinafi/

Unknown commented on

 "SEJUK MULA SAMPAI"

ni berita baru ke kitar semula.. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/839799/suhu-sejuk-tiada-kaitan-fenomena-aphelion gua tanya lu jangan marah.. sebab lu pakai nokia 33seposen kah kah kah

HARI HARI AKHIR SAEKOR ZALENSKY


HARI HARI AKHIR

SAEKOR

ZALENSKY

KHALAS

ORANG TUA DENGAN GASING



ORANG TUA 

DENGAN GASING


Untuk aku dalam hidup ini tidak adalah  zaman yang paling gemilang seperti zaman  kanak-kanak. Zaman membesar, zaman baru masuk sekolah, zaman belum mengenal salah dan benar. Semua yang berlaku menarik perhatian. Semua yang dilihat adalah perkara baru. Semua yang ternampak penuh dengan ketakjuban. Usik apa sahaja semuanya menjadi  pengalaman.

Main bermain dan bermain dengan kawan-kawan. Zaman bermain adalah  zaman mula  mengenal  dunia. Aduh! Indahnya zaman kanak-kanak. Tanpa tanggung jawab. Tanpa soal jawab. Hanya gelak hilai  ketawa, tangis  sedih dan kemudian  ketawa kembali. 

Zaman ini juga penuh kreatif. Aku rasa di zaman ini benih  keseniman mula ditabur. Nampak kerbau kita berlakon seperti kerbau. Kalau lembu berlaga kita juga  ikut sesama kengkawan berlaga  menanduk macam lembu.

Menyanyi berlagu berzanji berzikir entah apa-apa. Mengikut sesuka hati. Susah nak dipisahkan antara  menyanyi , menjerit atau melaung. Semua dalam satu  irama.  Irama budak-budak mahu mendewasa. 

Mengenal warna hijau maknanya buah rambutan itu kelat pahit jika digigit.  Menguning mengenal buah baru nak masak. Merah ranum  ertinya manis enak. Bila hitam atau pudar sampai ertinya rosak,  busuk dan mungkin berulat. Jika dimakan mungkin sakit perut. Semua ilmu pengetahuan ini aku pelajari semasa aku kanak-kanak.

Ketika bermain pun kita bertukar beralih. Permainan  bertukar tukar. Silih berganti-ganti bermusim-musim. Awas!  Sekali lihat ada jadual permainan yang tepat. Memang  wujud tukang atur.  Kami bermain mengikut musim yang diatur oleh alam.

Alam  Jelebu wilayah paling kering di Malaysia yang menyusun permainan. Tidak ada kalender atau hari bulan untuk bermain. Kawasan Kampung Batu  Serambai yang luas itu adalah dunia aku  yang juga menjadi   guru dan juru kemudi. 

Bila hujan sampai kami main air hujan. Mandi di padang bola. Mengelecek  atas rumput yang berlumpur licin. Dari mandi air hujan di padang kami beralih ke sungai. Hujan lebat bukan hanya membawa rahmat untuk penanam padi ianya juga membuka  pesta mandi manda  untuk budak-budak. 

Zaman mandi telanjang dalam  sungai tanpa malu dan segan. Tidak ada apa rahsia yang ingin disorokkan. Bermain. Bermain dan bermain.

Mandi sungai paling seronok dan amat melalaikan. Ini bertambah meriah – terjun dari tebing ke dalam sungai. Ada juga  kawan yang berani akan memanjat pokok tepi tebing dan terjun dari pokok ke dalam sungai.

Bila bosan ‘ terjun tambam’  kami jadikan diri kami dua pasukan yang berseteru. Kami berperang  dalam sungai menggunakan  ‘peluru’ tanah liat.

Bercempera di sungai kadang kala kami lupa hari  telah jauh petang. 

Bila Pak Tani turun  ke sawah aku juga turun  ke sawah memancing ikan.  Atau aku ke lubuk  mengotek haruan. Menggecar lubuk dan menimba anak sungai mencari  ikan sambil bermain.

Masa berjalan dengan penuh kegembiraan.  Tidak ada luang kosong yang tidak diisi dengan permainan.

Selesai musim menuai padi  kami main layang-layang. Siapa memulakan? Hah ! Tertiba  di satu petang   ada yang ternampak  Abang Pawang di tengah sawah menaikkan layang-layang. 

Esoknya semua budak kampung mula mencari buluh dan benang membuat layang-layang.  Kami yang tidak memiliki modal hanya mendengar cerita tentang wujudnya kertas layang-layang yang boleh dibeli di kedai China dalam pekan Kuala Klawang.

Aku  juga ada  mendengar khabar bahawa ada layang-layang yang telah siap terjual di kedai.  Berapa harganya tidak penah aku ketahui kerana aku tidak pernah membeli  layang-layang.  

Aku membuat  layang-layang dengan menggunakan kertas surat  khabar lama atau kertas buku yang koyakkan. Hasilnya layang-layang aku tidak pernah naik tinggi. Tidak setinggi layang-layang Abang Pawang yang pembuatannya lebih profesional.

Untuk kami budak-budak akan bermain apa sahaja. Yang   penting ialah bersuka-suka mengambil bahagian dalam permainan. Tidak pernah kami mempersoalkan kualiti dan rupa bentuk  bahan permainan kami.

Apa yang ada itulah  kami rayakan. Layang-layang yang berjaya naik tinggi akan di rayakan.  Aku yang tidak pandai membuat layang-layang akan mencuba sedaya upaya menaikkan layang-layang aku ke udara.  Cita-cita tidak pernah padam dari ingatan aku.

Aku sentiasa gagal. Layang-layang aku yang gagal naik. Ianya hanya mengikut betapa pantas aku berlari.  Maka layang-layang aku   jadi  bahan ketawa. Untuk menambah keseronokan aku sendiri bukan marah tetapi bersama ketawa merayakan kegagalan layang-layang buatan aku sendiri.

 Setiap musim layang-layang aku akan gagal tapi tak pernah merasa sedih atau kecewa atau putus asa. Ini  kerana aku sendiri sama-sama ketawa melihat layang-layang surat khabar  aku  terbarai koyak. Ini pembelajaran zaman kanak-kanak.

Bosan main layang-layang kami main bola. Jangan terperanjat kami tidak ada memiliki bola yang khusus. Bola ini kami pinjam  dari bilik sukan sekolah. Biasanya aku dipertunggang jawab kan mengambil bola kerana Cik Gu Zaleha memiliki kunci sekolah. 

Penat main bola kami main guli. Main guli kami tidak ada pilihan – kami wajib membeli guli dari  kedai di Kuala Klawang. Ada juga percubaan membuat guli dari  tanah lia. Tapi ini projek gagal.

Bila bosan main guli kami mula main gasing. Main gasing ini bermula apabila ada kedai di Kual Klawang menjual gasing 5 sen sebiji. Ini gasing China  yang pakunya agak pajang dan badan kecil. Paku gasing China  boleh diasah untuk menduku gasing lawan.  

Main gasing memerlukan laman  tanah yang agak keras. Main boleh berkumpulan dan boleh bersendirian. Idea dan niat main gasing ini ialah untuk menduku dan memaku hingga pecah gasing lawan. Seronok memang seronok.

Tertiba satu petang ketika main gasing di tepi padang sekolah Suman Dusa  datang dengan Gasing Melayu.  Dia seorang sahaja yang ada gasing jenis ini.  Gasing Melayu macam  bentuk tempayan dan pakunya tidak panjang.
‘ Mana dapat... sapa buat...’ Suara bertanya.

‘ Chu Solat yang buat....’ Suman menerangkan.

Aku tahu sosok yang bernama Chu Solat ini. Orangnya agak berumur dan selalu memakai songkok.

Esok petang pulang dari sekolah aku mengajak kawan aku  Musa dan Derih pergi ke rumah Chu Solat. Tujuan kami ialah nak menengok kalau-kalau dia ada lagi gasing. 

Kami menapak agak jauh melintas sawah melintas kebun getah baru sampai ke tempat yang kami tuju.  Chu Solat duduk bersendirian di hujung kampung. Sebuah pondok kecil   dinding buluh atap rumbia di tepi kebun getah.


Ketika itu aku tak dapat mengagak umurnya. Aku yang baru masuk  darjah enam menganggap  Chu Solat ini orang tua. Aku pula mengangap diri aku lebih tua dari  Deris dan Musa.

Dari jauh aku  nampak  Chu Solat sedang mengasah parang di tepi rumah.

‘ Ooi.. budak.. nak kemano ni... cari  apo ..’  Chu Solat bersuara bila dia melihat kami dari jauh..

‘ Jalan- jalan...’ Aku menyembunyikan niat asal kami. 

‘  Chu... gasing ada lagi tak....’ Musa membocorkan niat kami.

‘ Gasing apo...’ Chu Solat bertanya.

‘  Gasing Melayu macam Chu bagi pado Suman..’ Aku memberi penjelasan.

‘ Datang ni ... nak main gasing ko...nak cari gasing...’ 

‘ Kalau ado kami  nak satu...’ Aku mula berkata benar.

‘ Sekarang ni Chu  tak do yang siap... baru jumpo batang beweh... koreh .. elok buek gasing...’ Chu Solat berundur masuk ke dalam rumah dan keluar membawa dua biji  rangka bentuk gasing yang belum siap.

‘ Kau bertigo... Chu kona buek satu lagi... dah siap nanti datang sini...parang kono tajam kalau  nak buek gasing...’ Chu Solat membuat janji sambil dia mengasah parang.

Bayangkan betapa gembiranya  hati aku. Tidak alam lagi aku akan memiliki gasing Melayu. Gasing Melayu wee  berpusing agak lama. Untuk memitar gasing Melayu dengan baik memerlukan tali dari kulit pokok terap.

Empat hari  kemudian kami bertiga sekali lagi datang ke  rumah Chu Solat.  Bila kami sampai dia tak ada. Kami rasa kecewa. Lalu kami mengundur  pulang.

Belum jauh kami menapak dalam kebun getah kami terserampak dengan  Chu Solat. Parang terselit dipanggang  dan selaras  senapang  tersangkut di bahu.

‘ Cari babi... banyak babi dalam kobun pisang  kek rumah 
Lobai Juri...’ Chu Solat memberi penjelasan.

‘ Nak ambik gasing.... moh ke  rumah... Chu dah buek tigo biji...’  Kata-kata yang memang kami tunggu untuk dituturkan.

Petang itu aku menjadi pemilik gasing Melayu. Bukan semua budak  di Kampung Batu Serambai memiliki gasing Melayu. Aku merasa bangga. 

Gasing Melayu dari kayu beweh sebesar tin susu  cap Junjung. Gasing ini aku jaga baik-baik. Aku ubah warnanya yang agak putih menjadi coklat dengan kiwi kasut. Sayangnya  aku ini  menggunakan tali gasing biasa bukan  tali terap. Aku tidak tahu di mana hendak di cari kulit pokok terap.
Semenjak dari mendapat hadiah gasing dari Chu Solat aku makin rapat hubungan dengan dia. Aku selalu datang bertandang ke rumahnya di hulu kampung.

Kadang kala mendengar cerita dia  memburu babi. Cerita dia menembak kancil dan napuh. Kesah di mengetuk untuk memerangkap kancil.

‘ Bilo kito kotok tanah... kancil dongar... dio datang... menari-nari... maso tu kito tembak...’  Chu Solat menerangkan pada aku konsep mengetuk.

Aku perhatikan Chu Solat ini duduk bersendirian. Menghidap rokok daun nipah. Tembakau dan daun nipah tersimpan dalam tin tembakau cap nenes.

Aku tak tahu apakah Chu Solat ini pernah ada isteri, anak bini. Aku juga tidak tahu siapa saudara maranya di Kampung Batu Serambai. 

Rumah kecilnya ada dapur berlantaikan bumi. Periuk kecil, belanga tanah liat yang kecil, tiga buah cawan dan beberapa pinggan dan mangkuk. 

Di tengah rumah Chu Solat  tidur di atas tilam dan aku lihat ada kelambu. Tidak berkatil. Lantai rumah dari setengah papan setengah buluh. Dinding rumah ini dari buluh yang telah di pecah  pecahkan. Atas kepala tidurnya tergantung senapang. Di sebelah senapang tali pinggang besar dengan tempat khusus untuk menyimpan peluru senapang. Lima butir peluru terselit di tali panggang.

Chu Solat hidup solo.

Hari berganti hari. Musim berubah.

Pokok Ara tepi jalan besar  depan kedai runcit  Mak Cik Jarah mula berbuah. Pokok Ara ini cukup rendang. Ara ini rajin berbuah – setiap tahun sekali. Ada kalanya dua tiga kali setahun. Bila Ara berbuah maka burung akan berpesta. 

Sampai dua minggu pokok Ara ini akan bising dengan suara dan kicauan pelbagai jenis  burung. Ada Balam, Merbah, Tiong, Kelicap. Serindit – semua berpesta. Burung Punai  dari luar Kampung Batu Serambai pun akan datang berpesta makan buah. Dari pagi hingga ke petang pokok Ara ini heboh.

Aku tak tahu macam mana burung-burung dari luar kampung  tahu Pokok Ara depan kedai Mak  Cik Jarah sedang berbuah. Ini menakjubkan aku. 

Ketika ini Tuan D.O untuk daerah Jelebu ialah Raja Nong Chik. Tuan Pegawai Daerah ini suka memburu.  Entah  siapa dari kampung telah memberi tahu Raja Nong Chik tentang buah Ara sudah masak.

Maka pada sebelah petang satelah pejabat di tutup Raja Nong Chik akan datang dengan pembantu dan dua anaknya. Dia datang dengan senapang untuk menembak punai.

Maka kami budak-budak kampung akan turut sama berpesta melihat  Raja Nong Chik menembak punai dengan  peluru penabur.
 
Ketika ini juga  Chu  Solat akan keluar dengan senapangnya.  Dua senapang patah  berdentam dentum menembak punai. Tapi bukan mudah peluru menuju sasaran. Burung-burung akan bertempiaran terbang bila bedil berdentum.  Pemburu wajib menunggu di bawah pokok  agar  kumpulan burung yang lari  tadi hinggap kembali.

Kami budak-budak kampung hanya memerhati. Raja Nong Chik memberi peluru kepada Chu Solat.  Tiga  petang Raja Nong Chik datang menembak punai.  Ada petang   tujuh lapan  punai sempat disembelih.  Ada petang balik kosong. Semuanya  punai di bawa pulang oleh Raja Nong Chik.

‘ Kenapa tak mintak sekor punai boleh goreng...’ Aku bertanya pada Chu Solat.

‘ D.O tu datang jauh... kita bila-bila boleh  menembak..’ Chu Solat menerangkan kenapa dia tak mahu mengambil punai untuk dimasak.

‘ Kau dah pernah merasa daging punai...’  Chu Solat bertanya.

‘ Tak pernah...’ Aku menggelengkan kepala.

‘ Nanti laa... nantilaaa.... ado rezeki nanti...’ Chu Solat  memberi janji ketika kami meninggalkan pokok Ara depan kedai Mak Cik Jarah.

Di Kampung Batu Serambai semua orang kampung tahu kedai Mak Cik Jarah. Kedai ini bukan saja kedai runcit.  Ini kedai  kopi teh dan kuih untuk minum pagi dan petang. 

Paling istimewa di waktu pagi ialah nasi pulut dengan sambal tumis Mak Cik Jarah.  Keluarga Cik Gu Zaleha adalah pelanggan tetap dengan buku Tiga Lima dari kedai ini. Aku selalu membeli nasi pulut Mak Cik Jarah untuk sarapan kami sekeluarga.

Di kedai kopi ini tempat orang kampung berkumpul dan membaca akhbar Urusan Melayu dan Utusan Zaman. Kedai Mak Cik Jarah ini juga menjadi tempat posmen meninggalkan surat dan tempat  bas berhenti.

Satu petang beberapa bulan satelah pesta menembak punai tamat aku  terjumpa  Chu Solat.  

Chu Solat  telah berpindah rumah dari hujung kampung kini duduk tak jauh dari Kedai Mak Cik Jarah.  Ini bangunan rumah papan. Pada satu ketika dulu bangunan ini  menjadi Balai Penerangan  untuk Kampung Batu Serambai. Kini Chu Solat menjadi penjaganya. Mungkin kerana dia ada senapang.

‘ Datang rumah Chu... ada burung punai...kau nak merasa...’  Chu Solat mempelawa aku.

Jemputan ini tidak aku tolak. Di dapur aku ternampak tiga ekor burung punai yang bulunya telah dicabut. Telanjang bulat sedia untuk dimasak.

‘ Petang semalam.... Chu tembak ... bukan kek Aro.. kek rumah Lebai Juri... punai makan buah senduduk...’ Chu Solat memberi penjelasan. 

Chu Solat  memasak nasi. Kemudian dia  mengambil  lada kunyit  bawang serai dan garam. Aku hairan  Chu Solat tidak ada lesung batu.

Kehairanan aku terjawab bila Chu Solat mula  melenyeh semua bahan ini dengan menggunakan tempurung kelapa. Tidak pernah aku melihat  memasak cara ini. Ini cara tradisi lama Melayu sebelum  lesung batu dicipta. 

Malam itu aku makan gulai burung punai masak lemak santan berlada. Memang aku rasa pedas  tapi enak daging punai ini.

‘ Jaga-jaga... kalau tergigit peluru penabur... kadang-kadang  ado tersorok dalam daging punai ini...’  Chu Solat memberi aku ingatan kerana kemungkinan serpihan peluru masih terlekat dalam daging.

Lepas makan Chu Solat menghisap rokok. Aku duduk berlunjur kenyang lepas makan.

‘ Nanti kito cari kancil...kito pogi  mengotok...’ Chu Solat melepaskan satu ledakan jemputan yang memang aku tunggu. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/15/orang-tua-dan-gasing/