Selasa, 8 September 2009

BERITA BARU MASUK !!!




MALAYSIAKINI DISIASAT SELEPAS ENGGAN BUANG VIDEO DEMO KEPALA LEMBU
-malaysiakini

Seramai 12 lagi kakitangan Malaysiakini disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penerbitan video berkaitan perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pemindahan kuil Hindu di Seskyen 23 hujung bulan lalu.

Dalam sesi selama lapan jam sejak 10.30 pagi, lapan pegawai SKMM merakamkan kenyataan ketua pegawai eksekutif akhbar web itu Premesh Chandran.

Mereka juga menyiasat editor, wartawan, juruvideo dan kakitangan teknikalnya di pejabat portal berita itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Selain Premesh, kesemua kakitangan terlibat dalam proses pemberitaan, suntingan dan penerbitan dua berita dan video berhubung demonstrasi di Shah Alam pada 28 Ogos dan sidang media Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 2 September lalu.

Mereka yang terlibat: wartawan-wartawan Rahmah Ghazali, Jimadie Shah Othman, Andrew Ong, juruvideo Amir Abdullah, editor-editor K Kabilan, Nasharuddin Rahman, Fathi Aris Omar, editor-editor video Shufiyan Shukur, Ng Kok Foong dan Lydia Azizan.

Suruhanjaya itu turut mengambil keterangan syarikat pelayan web Malaysiakini di pejabatnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini.

Seorang lagi juruvideo, Mohd Kamal Ishak – yang sedang bercuti – akan diambil keterangannya Khamis ini.

Sabtu lalu, ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan disiasat selama 45 minit berhubung kes yang sama.

SKMM mendesak akhbar web itu menarik balik dua video: Temple demo: Residents march with cow's head (28 Ogos) dan Hisham: Don't blame cow-head protesters (2 Sept).



PEMECAH BERITA !!! TERNOW !!! TERBARU !!!



MALAYSIAKINI AKAN DIDAKWA ?


Siasatan dari pihak MCMC ini kelihatan memiliki 2 tujuan:

1 - Hendak memberi muka kepadaa gerombolan yang akan didakwa eskok.

2 - Untuk memulakan langkah mengawal laman web. Ini kerna MalaysiaKini
enggan menarik keluar dan melupuskan klip 'lembu' yang menjadi
berita terhangat yang masih lagi menjadi liputan berita dunia.


Nota:
klip lembu ini sedang tersebar dalam youtube macam
nak rak. hampir melintasi klip porn paris hilton.





PEMECAH BERITA - TER NOW !!! TER KINI !!!!




DUA PEGAWAI MCMC MEMBELAKANGI KAMERA SEDANG MENJALANKAN SOAL SIASAT



MALAYSIA KINI DI SELONGKAR


Dari jam 10.30 pagi 12 orang wartawan' pengarang, penyunting berita dan pakar IT
di Malaysia Kini telah di soalsiasat oleh 9 orang pegawai MCMC.

Ini bersangkutan dengan klip berita 'lembu' di Shah Alam.

Siasatan sedang diteruskan bila berita ini di tulis. (TT)




TERNOW !!! TERKINI !!! TERGEMPAR !!!





SELAMAT BERBUKA PUASA KAWAN KAWAN DI MALAYSIAKINI


jam sudah pukul 7.42
sudah berbuka atau belum
kurma sudah di makan
air sudah di tegok

isteri di rumah menunggu
pintu reban belum ditutup
awek dan balak tetanya tanya
nasi di rumah kering di belanga

selamat berbuka puasa kawan kawan di malaysiakini

apa khabar ?
sehat belaka?
apa berita ?
apa puaka?
balak mana datang menerpa?

apa khabar malaysiakini?

(jam 7.47 selepas sebatang keretek)




SELAMAT BERBUKA PUASA




PETANG INI

petang ini
redup dan sejuk
panas tidak
hujan pun tidak
lalu cuba memileh mileh

memileh kueh
memileh minuman
memileh balak
memileh awek
memileh baju
memileh seluar

hari raya nak di rayakan
berulang ulang dirayakan
tahun ini tahun lalu
tahun lalu tahun sebelum yang lalu
tahun sebelum yang lalu yang lama dulu

tahun yang lama dulu
tahun yang lama lama dulu
tahun yang lama lama dulu
ketika mercun dan meriam buluh berdentum
tahun yang lama lama dulu
ketika semuanya memgembirakan
tahun yang lama lama dulu
ketika sepapan mercun lidi harga sepuluh sen
ketika sepapan mercun papan harga tiga puluh sen

tahun ini kenapa mercun tak boleh
bukan mercun tak boleh
boleh bermain mercun
mercun dimana mana

sengaja di haramkan agar perniagaan lebih lumayan
kastam dapat upah
polis dapat upah
tok peraih harga tak murah
tokan dapat untung mewah

budak budak cedera berdarah
itu propoganda murah
semenjak bila pulak kerjaan ini
ingin menjaga rakyat

berita tokan kena tangkap
itu iklan tanda mercun ada di pasaran
yang kena tahan dan kena tangkap
itu satu signal untuk tokan
duit pau kena bayar kawan
kalau tidak lori aku tahan

alangkah baiknya kalau mercun bebas dijual
malam ini terdengar
dam dam dum bunyi mercun
awek dan balak sedang berayun



AHLI -AHLI PAS DIMINTA BERSEDIA




UMNO BERSEDIA BERUNDING DENGAN PAS DEMI KEPENTINGAN UMAT ISLAM -
bernama

Najib Razak berkata, UMNO sedia berunding dengan Pas demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau, yang juga Presiden UMNO berkata, kesediaan untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan Pas juga adalah demi membangunkan umat Islam.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan tindakan pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan yang menghina orang UMNO.

“Nak buat baik, saya sanggup runding dengan Pas untuk kepentingan Islam.
Tapi saya tidak rela kalau UMNO dihina oleh sesiapapun,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan rakyat dan berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, hari ini.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH


kah kah kah.... ADA LAGI AKIDAH PERPADUAN INI...kah kah kah...

kah kah kah.... TAK ABIS ABIS.... kah kah kah..

nota:

untuk ahli ahli pas yang ingin menghayati dan beriman
kepada gerombolan maka mereka diwajibkan menjalankan
ibadah rukun tiga pekara.

ahli-ahli pas wajib mula membuat latihan rukun
iman ini sebagai tanda taat setia yang tidak berbelah
bagi terhadap gerombolan.


LATIHAN RUKUN MUKADAM


LATIHAN RUKUN AL BODEKIRON


RUKUN WAL HAFIZUN WAL TAMATUN




KENALI BOUNCER KELAB MALAM INI KALAU NAK MASUK FREE !




PAKAIAN UNTUK MENYAMAR




EMPAT MALOAN TARBUS


berjaket hitam
bertali leher
muka ketat
macam gedebe




mukanya bulat
mukanya sembab
mukanya hitam
bouncer di kelab

kelentongnya banyak
kelentongnya liar
sakunya penuh
dinar dan riyal

tegak berdiri
mereka berlabon
siapa tak kenal
inilah malaon




RECYCLE DAN KITAR SEMULA




CALON BAKAL CETUS POLEMIK DALAM UMNO NEGERI SEMBILAN
– harakah daily

Desas desus siapakah calon Umno-BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang semakin panas.Jika sebelum ini ramai menjangka akan berlaku pertempuran dalaman dalam menentukan calon puak mana yang bertanding, tapi kini bayangan calon semakin jelas.

Difaham terdapat tiga kem utama di dalam Umno Negeri Sembilan iaitu kem Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hasan, kem bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Bahagian Umno Seremban, Ishak Ismail yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Lenggeng. Walau bagaimanapun Mohd Isa dan Ishak masing-masing boleh duduk semeja untuk berbincang dan dianggap rakan politik.

Ishak dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan i Najib Razak. Sementara itu Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pula boleh dikatakan seorang "lone ranger" di dalam Umno Negeri Sembilan.

Senario ini cukup menggambarkan bagaimana Umno Negeri Sembilan sebenarnya kini berada dalam keadaan yang retak menanti belah. Kesepakatan merupakan satu agenda yang agak jahil bagi Umno Negeri Sembilan.

KAH KAH KAH…

woit…. JANGAN INGAT BOTOL DAN TAYAR SAJE BOLEH KITAR SEMULA…. kah kah kah…

kah kah kah… DULU DI RTM ADA TOK MAT RECON …. kah kah kah…

kah kah ka…. SEKARANG KIBAS PUNYA KIBAS… ADA MAT KATEK DI PORT DICKSON… kah kah kah…

woit… INILAH CALON TERBAIK DARI GEROMBOLAN…. kah kah kah..

kah kah kah…. MUNKEES YANG ADA KES RASUAH … TAPI CLOSE ONE EYE… kah kah kah…

kah kah kah…. GANTUNG TIGA TAHUN…SEKARANG NAK JADI CALON….kah kah kah..

nota:
dr. gan mesti naik tocang.
dr. gan mesti sembahyang siang malam.
dr. gan mesti pasang orang.
dr. gan mseti dah mula beli senapang.


tak tahu siapa dr. gan?
sila tanya wareh orang negori.
kalau nak tahu dia lah sebenar.
raja untuk semua kepala suku kah kah kah.




ZIONIS TEMPATAN SEDANG BUAT KERJA




MUSA : SIASAT PENDATANG DIBERI MYKAD
– malaysiakini

Ketua Menteri Sabah Musa Aman meminta pihak berkuasa yang berkenaan supaya membuat siasatan rapi berhubung dakwaan yang mengaitkan ketua kampung dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam urusan mempermudahkan pendatang tanpa izin mendapatkan Mykad di bahagian pantai timur Sabah.

Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata kerajaan Sabah memandang serius perkara itu kerana ia mungkin membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa.

"Jika benar, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa. Kerajaan tidak sekali-kali membenarkan perkara ini berlaku," katanya.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BARU SEKARANG NAK SIASAT….kah kah kah…

kah kah kah…. BERAPA BELAS TAHUN KES INI…. kah kah kah…

kah kah kah…. ADA BUKU DITULIS… ADA LAPORAN POLIS…kah kah kah..

kah kah kah… MUNKEEE NI BUAT TAK FAHAM….kah kah kah..


SILA BACA BERITA BAWAH INI :


BANTU PENDATNG DAPAT MYKAD KETUA KAMPONG DIPECAT


Tindakan undang-undang akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan ketua kampung yang didapati terlibat membantu dan mempermudahkan pendatang asing tanpa izin mendapatkan MyKad di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Hajiji Noor berkata MyKad merupakan hak istimewa rakyat Malaysia dan tidak layak dimiliki pendatang tanpa izin.

"Kita tidak mahu pendatang tanpa izin memperoleh MyKad ini," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini semalam.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan timbalan ketua PKR Sabah Kong Hong Ming minggu lepas mengenai wujudnya usaha mendaftarkan pendatang tanpa izin di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagi mendapatkan MyKad seperti yang disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.

Nota:

kes pendatang haram dapat mykad ini telah lama dijalankan.
ini rancangan tersusun bertujuan untuk memastikan
pendatang haram yang dapat mykad akan mengundi
gerombolan. akhirnya warga sabah akan menjadi seperti warga
palestin – minoriti di tanah ayer sendiri.

ini bukan kes kecil – ini projek besar gerombolan – nak jadikan
kadazan warga minoriti keran kadazan tak nak tunduk dibawah
telunjuk gerombolan. ini projek zionis tempatan.




SATU LAGI LARI DARI GEROMBOLAN




GERAKAN MAHU AKTA LESEN CETAK DI HAPUSKAN
- malaysiakini

Barisan Nasional's component member Gerakan today urged the government to abolish the annual licensing of newspapers immediately to promote a freer, fairer and more vibrant press in the country.

Gerakan secretary-general Teng Chang Yeow said in a statement that the need to renew the printing permit every year had in way affected the press to discharge its watchdog role impartially and effectively.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… INI KENYATAAN DARI KUMPULAN GENG GEROMBOLAN…. kah kah kah…

kah kah kah…INI SUDAH PECAH KONGSI… TAK SOKONG DASAR MENIPU GEROMBOLAN LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah…PARTI GERAKAN INI BILA NAK MASUK PAKATAN… kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU TAK MASUK JAMIN LINGKUP… kah kah kah...



OUR ECONOMY HAS NO PROBLEMO




EKSPOT JATUH 22.8% DALAM BULAN JULAI
- malaysiakini


Data menunjukkan ekspot telah jatuh sebanyak 22.8 peratus pada bulan Julai ini.

Kenyataan dari kementerian perdagangan menyatakan ianya telah jatuh kepada RM48.87 bilion. Impot juga jatuh 16 peratus kepada RM41.06 billion..

Dari Januari hingga Julai peniagaan berjumlah RM531.68 billion, menurun 23.9 peratus berbanding setahun dahulu.

Permintaan barangan leteronik dan leterik jatuh. Dua barangan ini adalah satu par tiga dari punca perniagaan ekonomi Malaysia.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM…. kah kah kah…

kah kah kah… OUR FUNDUMENTAL IS STRONG…. kah kah kah…

kah kah kah…. WHO SAID THIS ?.... kah kah kah…. THE WIFE OF ROSMAH… kah kah kah…

nota:
berjaga jaga ekonomi
masih merundum. eropah dan amerika
sedang nazak. mereka pengguna utama.
china sedang sakit tenat. raya ini jangan
belanja sakan gila. nanti lungkup.