Rabu, 20 Oktober 2021

LEBAI LEBAI MULA BERGADUH

 


LEBAI LEBAI

MULA BERGADUH

AMIN

SELAMAT MAJU JAYA

 



Cara badan agama tangani Sajat bukan cara sebenar Islam, kata LFL

JABATAN agama Islam di Malaysia perlu mendalami kewajaran tindakan mereka memburu pengusaha kosmetik Nur Sajat sehingga membuatnya rasa tidak selamat dan mencari suaka di Australia, kata Lawyers for Liberty (LFL).

Penyelaras LFL Zaid Malek berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan 122 pegawai mencari Sajat sama seperti melayannya sebagai penjenayah sekali gus mengabaikan perlindungan terhadapnya yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Sudah tiba masanya badan agama di negara kita fikir tentang tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ini bukan sahaja tentang cara Islam ditegakkan atau ditafsirkan di Malaysia, tetapi juga bagaimana Islam dapat diterima secara global. Kita perlu hentikan cara badan agama ini dan beri fokus untuk tunjuk sisi kemanusiaan yang sebenar seperti ditonjolkan dalam Islam. “

LFL berkata penindasan terhadap Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat ini menggambarkan yang badan agama negara tidak menunjukkan contoh peri kemanusiaan dan belas kasihan seperti yang Islam ajar.

“Kurangnya belas kasihan atau kemanusiaan yang ditunjukkan kepada Nur Sajat sangat memalukan agama dan bertentangan dengan naratif yang sering kita amalkan iaitu sikap sederhana di Malaysia.”

Tambahnya pengusaha itu tidak ada siapa untuk mendapatkan bantuan, yang menyebabkannya lari dari negara ini.

Dalam siaran langsung di TikTok semalam, Sajat berkata beliau kini menetap di Canterbury, 12 kilometer dari Sydney, Australia, untuk memulakan hidup baharu.

Melalui Instagram, beliau memuat naik gambar bendera Australia dengan kapsyen “kehidupan baharu”.

Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Bulan lepas, beliau muncul semula di Thailand, di mana beliau ditahan sementara dan didakwa serta didenda atas kesalahan imigresen. Semasa di negara itu, Sajat dikatakan telah memohon dan berjaya mendapat suaka.

Dalam strim langsung semalam, Sajat berkata beliau telah berhijrah ke Australia kerana negara itu “menghormati hak asasi manusia” dan telah berjanji tidak akan kembali ke Malaysia. – 19 Oktober, 2021.


SELAMAT 

MAJU JAYA

SAJAT

AMIN

KINI DALAM

KEADAAN 

SELAMAT

AMIN

LAKUKAN APA

YANG PERLU

DIBUAT UNTUK

HIDUP BAHAGIA

AMIN

HIDUP INI BUKAN

IKUT KATA 

PAK LEBAI

AMIN

HIDUP KITA

 IKUT

KATA HATI SENDIRI

KHALAS

BERSATU MULA PASANG AJEN

 




Pemuda UMNO Arau desak Shahidan dirujuk lembaga disiplin parti

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti,  Ahmad Maslan menggesa supaya Tuan Haji  Shahidan Kassim dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Ia susulan dakwaan mengatakan Ketua UMNO Bahagian Arau itu telah melanggar disiplin dan tata etika parti. 

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada Ahad lalu.

“Antaranya pengibarkan bendera Bersatu bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian. Mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap Cawangan.

“Membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Ketua-Ketua Sayap,” katanya daripada petikan surat aduan yang dihantarnya kepada Ibu Pejabat UMNO bertarikh 18 Oktober lalu.

Terdahulu surat dua halaman itu ditularkan penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin menerusi laman Twitternya hari ini.

Selain itu, Syed Atif juga mahu tindakan tegas diambil bagi mengelakkan kekeliruan yang berterusan dalam kalangan ahli-ahli dan pimpinan pelbagai peringkat khususnya di Bahagian Arau dan Perlis.

“Aduan ini demi menjaga nama baik, maruah parti, serta mengelak masalah perpecahan lebih serius pada masa hadapan.

“Besar harapan saya sekiranya aduan ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh Ahmad Maslan agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih-bulu dapat diambil,” katanya dalam surat yang sama. – 


GEROMBOLAN

PERLIS BERGADUH

AMIN

BUKAN PASAL

BUDAK SEKOLAH

AMIN

PASAL AJEN

GELAP KIBAR

BENDERA

PARTI BERSATU

KHALAS

PROJEK ANWAR DI SAILANG LAGI

 



DAP bertanding guna logo Pakatan dalam PRN Melaka, kata Guan Eng

DAP akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka menggunakan logo Pakatan Harapan (PH), kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng.

Penggunaan logo PH telah dipersetujui di peringkat kebangsaan DAP dan negeri.

“DAP Kebangsaan dan DAP Melaka sebulat suara bersetuju untuk menggunakan logo Pakatan Harapan sebagai lambang perjuangan pilihan raya negeri kali ini, serta menyokong Saudara Adly Zahari sebagai calon ketua menteri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KUNCU KUNCU

ANWAR MAHU

GUNA LOGO PKR

KAH KAH KAH

INI TAKTIK

UNTUK PRU15

KAH KAH KAH

SENANG UNTUK

ANWAR KLIM

 BANYAK PENYOKONG 

BILA NAK BUAT DEAL DENGAN ZAHID 

KAH KAH KAH

KALI INI GUAN ENG

DAH MULA  BERANI

BANGUN

MELAWAN

KAH KAH KAH

MAT SABU MACAM 

MANA?

KAH KAH KAH

TER HOTT TER KINI TER NOWW


KAYU TUMBANG

DI LE CHATEAU

DALAM JAM 7.00 PETANG
GUA DENGAR BUNYI
POKOK TUMBANG
AMAT KUAT SEKALI

TAK TAK DAN EZI
TERGANGGU DAN MEREKA
BERSUARA MENGIKUT
GUA KE PINTU

GUA BUKA PINTU
DAN MENJENGOK DARI
TINGKAT SEMBILAN
SEBATANG KAYU TELAH RUNTUN
AKIBAT HUJAN TAK HENTI HENTI

LE CHATEAU BLOK 2
KAWASAN HIJAU YANG INDAH
DI KELILINGI OLEH 
KAYU KAYAN DAN HUTAN
INILAH HARGA YANG WAJIB
DIBAYAR UNTUK SUASANA  
UADARA NYAMAN
HIDUP DI KELILINGI HUTAN

MALAH DAHAN KAYU YANG SEKAH
SAMPAI KE TINGKAT 9
INI TINGKAT GUA
DAUN DAUN BEERTABURAN
HAMPIR DENGAN
BASIKAL GUA

TUAN EMPUNYA KERETA
GUA KENAL BAIK
GUA HANYA BERI TAHU
SABAR SABAR SABAR 
BOLEH KLIM INSURAN
AMIN

SEKARANG WARGA BLOK B
SEDANG MENUNGGU DBKL
UNTUK  DATANG MEMOTONG &
MEMBERSIHKAN  KAYU TUMBANG

HUJAN MASIH BELUM REDA
AMIN







RAMAI TAK SEDAR

 





RAMAI TAK SEDAR

SUMBANGAN 

TERBESAR

ARAB KEPADA UMAT

MANUSIA IALAH

AL - KOHOL

KHALAS

A

Unknown commented on

 "MARI KITA BERARAK 

RAMAI RAMAI"

Tuan TT, Belgium, UK, Australia lu sana lulu pun ale angkat jugak, mutut ? Aiya.. ni timah itu macam itu bisi jugak la... Olang Alab mana tau. Ini timah pun Moolayoo punya cakap bukan Alab. Sikalang itu lobai pun tak mau cakap itu suluga sibab itu Hindu punya cakap.


Lobai mau cakap jannah. So talak hal punya la... Ini lobai manyak gatal la sikit jam mau Alab sikit jam mau Moolayo...! Lobai mau minang undi saja kasi wat kacau ini macam. Kapiat jugak minum apa mau susah !



JADI EJEN OKAY

 




Shahidan jadi ejen propaganda Bersatu dalam UMNO – Syed Atif

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO Bahagian Arau yang mencadangkan agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat atas kapasiti peribadi ketuanya, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar sambil membidas sikap bosnya itu yang didakwa lebih menyebelahi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



JADI EJEN

OKAY

KAH KAH KAH

JANGAN GUNA

BUDAK SEKOLAH

SEBAGAI

KONTREKTOR

KAH KAH KAH


CILAKO PANGLIMO

 




CILAKO KAU

PANGLIMO

 KAH KAH KAH

 SELAMAT RAFIZI

DARI

 SERANGAN SCUD

KAH KAH KAH



panglimo potaseh commented on 

"RAFIZI DIPERLUKAN"

Boto tu kito boboto mormolukan Rapizi Romli ..ghogo minyak tongah moncanak naik nih. Rafizi bogabung dongan Sadik satu usoho yg bijak, sosamo lombut, gabungan ini boley selamatkan bontot moreko bodua dari serangan scud Abam ..boto tak ..

SEBAGAI MANUSIA - GUNAKAN AKAL

 


SEBAGAI MANUSIA

KITA GUNAKAN

AKAL 

AMIN

MASUK AKAL

ATAU TIDAK

KHALAS

Unknown commented on 

"ADA BANYAK JALAN

 KE KUALA LUMPUR"

Botul tu Tuan TT, banyak jalan ke Kuala Lumpur, akhirnya sampai jugak. Bukan hanya Jalan Gombak atau Jalan Raja Laut tu je. Belum ada siapa yang dah mati tu kembali dari sana bagi tau camne keadaan selepas mati dan camne keadaan kat situ dan jugak bagi tau dalil-dalil atau lendir-lendir yang telah disembur oleh pak lobai tu berkesan dan mujarab.



 Sekiranya dalil-dalil yang diberikan oleh pak lobai tu saja yang diterima oleh Yang Maha Esa, bagaimana dengan manusia yang hidup sebelum kedatangan dalil-dalil pak lobai tu? Masuk neraka mereka tu la ya ? Tuhan jadikan setiap manusia pasti ada cara seadil oleh Nya untuk menilai tindakan setiap manusia, bukannya dalil-dalil karut pak lobai yang berkepentingan sendiri yang hanya syok sendiri dan tidak mengikut sistematik sains dan matematik. Sistematik sains dan matematik yang tepat itu jelas dan terang memperlihatkan keagongan Yang Maha ESA. Bukannya lendir yang ditaburkan oleh pak lobai.

HAK MERDEKA UNTUK SABAH & SARAWAK

 



HAK MERDEKA

UNTUK

 SABAH & SARAWAK

AMIN

RAFIZI DIPERLUKAN

 


RAFIZI DIPERLUKAN

DALAM PKR

AMIN

Unknown commented on 

"SUARA JUJUR 

PEMIMPIN PKR"

Yea botul Tuan TT. Saudara Razifi mohon segera kembali. Kalau tak dapat ambil alih PKR, join dengan Syed Sadiq majukan ke depan dengan Parti Muda. Bawa bersama mereka yang jujur seperti anda, pasti rakyat yang dahagakan kebenaran akan menyokong penuh. TOLONG SEGERAKAN sdra Rafizi.

MARI KITA BERARAK RAMAI RAMAI

 



MARI KITA

BERARAK

RAMAI RAMAI

KHALAS

Unknown commented on

 "TIMAH INI

 MACAM MANA?"

Tt pun serba salah nak ulas pasal timah ni.. antara nak bantai pas dengan diri sendiri nak test drink timah ni sama banyak. Last skali tangan kanan taip keypad tangan kiri pegang botol slesai masalah. Tangan kanan taktau apa tangan kiri buat tangan kiri pun taktau.. yang penting hepi hurmm…


RAKYAT WAJIB SOKONG

 



RAKYAT WAJIB

SOKONG

 TAK KIRA

KERAJAAN SAPA 

PAKATAN ATAU BARISAN

AMIN

ASALKAN KERAJAAN

INI BERANI TEGAS

MENENTANG 

PENCEROBOHAN

CHINA MERAH

KHALAS

BETINA PILIH JANTAN


BETINA PILIH JANTAN

JANTAN PILIH BETINA

Lima belas  minit aku menunggu Janina di kedai kopi China di Charing Cross Road. Kopi dan kuih pau kacang aku  sudah sampai. Orang yang dinanti belum muncul. 

Aku tak sabar nak mendengar surah dan ayat-ayat terbaru tentang pengalaman  betina mencari jantan. Aku sentiasa  angkat topi atas keberanian Si Janina ini.  Bukan semua orang sanggup berbuat  seperti apa yang telah dilakukan oleh  Janina.

Hebat gadis Melayu dari  Tanjung Tok Kong ini. Aku tidak menyangka badan langsing petite ini berani merayau-rayau dalam hutan kota yang dipenuhi oleh jantan Mat Salleh.

Tapi jika kita hidup bersendirian dalam kota London kita tidak  memiliki banyak  pilihan. Di London kita tak ada  saudara  mara yang membuat kerja kenduri kahwin di mana kita  dijemput datang dan dapat peluang bertemu orang baru. Di London tak ada kenduri lenggang perut atau cukur rambut  di mana ada peluang untuk dapat mengintai  muka-muka baru.

Kalau belajar di kolej atau universiti  mungkin ramai kenalan.  Kalau bekerja di pejabat  kenalan mungkin terhad pada rakan sepejabat. Di kawasan tempat tinggal – di flet atau di rumah teres -  semangat kekitaan amat longgar.

Jiran  tetangga hanya kenal -kenal Bangla saje.

Tapi aku sendiri bernasib baik kerana hidup  dalam dua alam. Aku belajar dan dalam masa yang sama  bekerja menjadi pelayan. Menjadi pelayan  dalam kota London – biar aku garis merahkan ayat ini – menjadi pelayan dari Malaysia dalam kota London adalah rare terutama di Soho. Maka saham aku tak pernah jatuh. 

Kulit sawo matang  Sakai suku Biduanda yang licin dan rambut itam ikal mayang selalu menaikkan saham aku kepada mereka yang ingin bertukar selera. Ramai Minah dan Kakak  yang bosan  makan fish and chips ingin mengalih selera mencuba  nasi lemak di restoran Garuda. Nasi lemak di hidang untuk dinikmati  bersama pelayannya sekali.

Dari jauh aku  nampak Janina menapak ke arah meja aku.

‘  Yes.. yes.. yes... reconteur... ceritalaaa.... aku tak sabar nak dengar...’ Aku terus memberi arahan. Janina belum sempat pun duduk. Aku mengangkat tangan memanggil Amoi pelayan. 

‘ Nak dengar apa ..’

‘ Macam mana soiree tu... sapa kau  jumpa.. jantan mana kau minat... jala melekat atau jala kau koyak...ikan  semua melepas ke ...’ Aku melawak dan terbarai ketawa.

Amoi pelayan datang dan Janina kali ini memesan kopi dan kuih pau sama seperti aku.

‘  Aku dah bosan dengan fish and chip...’  Janina  ketawa dengan metafora jantan Inggeris sebagai  fish and chip.

‘ Nak cuba spageti.. atau  nak cuba kebab.....’  Aku bertanya apakah nak mencari  jantan Itali atau jantan Arab.

‘  Aku  ber High tea .. ber scone... di Waldrof Hotel...’ 

“ Apa .. di Waldrof.. ‘ Belum sempat Janina habis cakap aku dah mencelah. Ini kerana Waldrof nama hotel  paling ternama dan terkelas dalam kota London. Letaknya 5 minit menapak ke   Panggung Opera di Convent Garden. Tak jauh dari Trafalgar Squarae dan Muzium British.  

Hotel ini mula menerima tamu semenjak  tahun 1908.  Sekarang ini bangunan Waldrof Hotel   terkawal di bawah jagaan  UNESCO – Lembaga Sain dan Budaya Bangsa Bersatu – sebagai warisan dunia.

‘  Sultan Berunai ada sama... Micheal  Jackson ada datang ke ? ‘ Aku menyindir.
‘ Kelas...laaa... kau ingat  kami berjumpa di Wong Kee...’ Janina menyanggah  aku dengan menggunakan nama  Wong Kee. Ini restoran China di China Town London  yang betul-betul  restoran China Bukit yang layanan klasik kasar.

‘ High tea... petang itu aku betul-betul jadi Mat Salleh... cawan tembikar terbaik dari China... the best China...tea organik pilihan dari Assam atau Ceylon...organic Darjeeling... organik  Charquoing ... .scones... kuih chokolat pelbagai jenis... semua  aku tak kenal... kuih karipap  aku teringat dan aku kenalaaa...’  Penerangan  Janina membuka selera.

‘ Banyak apam Minah Salleh..’

‘  Untuk sandwic ada  lapis  keju... ada salmon.. ada ayam panggang ...’  Mendengar nama-nama ini menjadikan  aku  lapar.

Amoi sampai membawa pesanan Janina. Kerana mendengar  kesah  dari Janina aku memesan pau daging dan secawan lagi kopi.

‘ Jantan macam mana? ‘ Aku bawa perbualan kepada agenda asal.

‘ Dalam dewan itu aku rasa ada 20 jantan 20 betina... mungkin perempuan lebih sedikit.. Minah dan Mamat Itam tak ada.. aku seorang dari Timur... semua bujang dan  semua dara... semua mencari pasangan...’ 

‘ Ada tersangkut ..’

‘ Kami single mingle... helo menghelo.. senyum  tersenyum sana sini....’

‘ Gila kau ni... berani kau ni...’

‘ Woit... kalau aku tak buat  mana kau tak tahu cerita ini.. jantan tiga puluhan empat puluhan... cari teman hidup... aku perhatian seorang seorang ... aku bernasib baik berjumpa dia... nasib memang baik ....’  

‘ Jumpa sapa .. kacak bergaya ke .. ok ke .. dari mana ...’

Amoi membawa apa yang aku minta dan dia beredar.

‘ Phillipa...’

‘ Woit ..kau nak jadi lesbian pulak ke...’

‘ Nasib baik aku jumpa Minah Salleh ini... dia pegawai  perhubungan sebuah  syarikat di London... duduk di Islington... dia  ternampak aku ... dia tegur... lalu kami berkenalan...... lalu kami mesra dan duduk  menikmati  minum petang.. petang tu tak ada jantan dekat dengan kami...’ Janina bercerita dengan gembira.

“ Kali ke dua .... aku dah tak risau ...Phillipa  ada sama ...  dah ada teman... kali ke dua  kami bertemu di hotel... di Chelsea... sama je...orang yang sama datang... jantan cari betina... dan betina cari jantan...  macam kau masuk kedai kasut ...pilih pilih  laaa mana yang nak pakai....  tukar nombor telefon... kalau jadi .. jadi... kalau tak sesuai boleh cuba lagi...’  Janina terus bersurah.

‘ Kali ke dua aku dengan Phillipa plan... kalau dah bosan  kami cabut... kami buat signal....  bila aku atau Phillipa buka beg tangan buat buat cari sapu tangan ertinya. .. dah bosan...’

‘ Wow... hebat... ada signal macam James Bond pulak...’

‘ Phillipa pernah berkata pada aku... Janina why are we here... why are we doing this....what is wrong with us...’  Surah Janina  telah beralih  mengarah ke jalur fikrah  baru.

Jika aku Phillipa  atau Janina aku juga bertanya soalan yang sama. Mungkin aku memiliki jawapan  kepada pertanyaan Phillipa itu. Tapi tak semestinya  jawapan aku ini  seratus peratus tepat dan betul. 

Pada hemat aku   kita  sebagai manusia - jantan atau betina  perlu merasa di sayangi dan menyayangi. Ini perasaan primodial yang azali yang ada di setiap sosok.  Kita boleh tidur lena jika kita tahu ada orang sayang pada kita.

‘ Aku beritahu Phillipa.... kita dah bayar... satu pakej... teruskan  saja... tengok apa ada dihujung jalan ini..’

Aku bersetuju dan serasi dengan falsafah tengok  apa ada dihujung jalan. Bila kita masuk lorong  baru  kita wajib sampai ke simpang akhir. Tengok dan saksikan apa yang ada.

‘ Ada sapa kau perkenan  ... ini yang lebih penting...’

‘ Cerita belum abis lagi.. pakej belum tamat...’

‘ Woit... jantan  cari betina pun ada pakej... macam  pakej umrah ke...’ Aku melawak. 
‘ Pakej akhir bukan di hotel.. dalam kampung di luar London... cantik gila rumah banglo besar  ... mungkin rumah  orang kaya... very English... ada taman... memang dirancang untuk musim panas yang romantik..’ Janina menarik nafas seolah-olah semuanya gagal.

‘ Berapa bayaran untuk semua ini...;

‘ Segan nak cakap... lebih dari seminggu gaji kau di Garuda...’

‘ Woit 200 pound satu kepala.. wow...ini bisnes baik...’ Janina mendengar tapi tidak menafikan dan tidak mengeyakan.

‘  Phillipa dan aku hanya menikmati suasana kampung dalam musim panas.... minggu depan aku ada date lagi...’ Janina memberi maklum.

‘ Dengan sapa...’ Aku cepat bertanya

‘ Phillipa...’ Jawapan potong stim dari Janina.

Petang itu kali akhir kami duduk di kedai kopi China.   Hari dah berganti hari. Bulan September dah masuk. Musim panas dah selesai. Projek cari jantan nampak terbengkalai  tapi  tidak gagal.

Kemudian aku terima berita baik.  Bukan dari Janina tapi dari sumber yang boleh dipercayai : Janina dah mendapat Abang Eric.  Bila aku  mendengar berita  ini aku menelefon Janina.

‘ Betul ke ... dah  berjaya...’

‘ Ya.... sebelum masuk musim sejuk kami nak ke selatan... ke Cornwall.. minggu  depan kami travel...nak tengok pantai Cornwall...’ Jawapan yang menggembirakan dari Janina. Aku tak tahu siapa jantan Eric ini. Dari projek cari jantan  mana telah tersangkut dengan Janina.

September kelas aku dibuka. Mata aku mencari freshie  yang baru mendaftar.  Bukan ada niat yang serius hanya. Ingin mencuci mata.

Hari berjalan minggu berganti. Krismas sampai Krismas berlalu. Tahun baru sampai tahun baru pergi. Aku menjadi siswa sepenuh masa.  Masa lapang aku ke panggung Scala di King Cross untuk  menuntun filem murah – 1 tiket untuk 2 atau 3 filem. Ini filem lama yang diputar kembali.

Lama juga aku tak bertemu  Janina. Aku rasa dia berpacar dengan Abang Eric telah hampir setahun. 

Tertiba aku dengar  Janina nak balik ke Malaysia. .

Apa terjadi ? Apakah dah bosan dengan kota London ?

Soalan ini tidak aku tuntaskan. Mungkin visa kerja  sudah mati. Mungkin Abang Eric  hanya berani  masuk  Melayu. Tapi tak berani jadi Melayu.  Mungkin Janina rindu pada Nasi Kandar Tanjung Tok Kong.  Semua mungkin. Aku enggan menjadi James Bond.

Ketika ini hidup aku rutin dan agak tidak banyak drama. Tertiba satu hari aku terima panggilan telefon dari Kuala Lumpur.

‘ Sham.... kau di rumah lama... Bromley-by – Bow...boleh numpang...’ Suara Janina.

‘ Bila nak datang...  datang laaa... sofa ada..‘ Aku amat gembira bila ada orang dari Malaysia nak sampai. Aku akan memesan petai dan kopi Hang Tuah.

‘ Nigel sampai dulu.... numpang rumah kau... dia akan cari kerja dulu... kemudian  cari rumah untuk kami... lepas dapat  kerja...  dapat rumah aku datang... Nigel ni laki aku.... kami dah kahwin...ini kahwin betul...’

Aku turut  gembira. Aku senang hati dapat berjumpa teman lama  untuk berlabun  di London.  Aku juga amat gembira  akhirnya Janina  berkahwin.

Jantan dari Wales ini sampai dan terus menginap di rumah aku.  Aku memotong satu anak kunci baru untuk Nigel. 

Tidak sampai satu minggu Nigel telah dapat kerja dengan majalah Popular Photography  di luar kota London.  Nigel juga telah  dapat menyewa sebuah flet di Brixton.  Semua beres untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Janina  sampai kembali ke New Mill House.

‘ Apa terjadi....”

‘ Ha ha ha... romantik kesahnya... kali ini tak perlu Time Out... tak perlu Hotel Waldroff.....’ Janina memulakan surah.

‘ Mana kau  jumpa dia...’
‘ Di McDonald Bangsar...’  

Sebenarnya aku tak tahu letak tempat ini. Aku  sudah berbelas tahun  tidak melihat Kuala Lumpur. Ketika aku meninggalkan Kuala Lumpur  pada tahun 1974  sebahagian dari Bukit Bangsar masih lagi kebun getah. 

Malah aku sendiri pernah naik ke Bukit Bangsar yang berhadapan dengan Kolej Kelima Universiti Malaya. Aku pernah menceroboh memecah tingkap kaca bangunan lama yang mungkin rumah Manager Estate ini.

Tahun 1974 – McDonald belum sampai  ke Malaysia.

‘ Malam itu... aku pulang dari Jalan Riong .... Nigel  sedang beratur di belakang aku untuk membeli burger... di sini kami bertegur sapa....  yang lainnya sejarah...’

‘ Wow... romantik betul laaaa...’ Aku ketawa.

‘ Nigel ada dua anak... dia duda...keluarga lamanya di Wales... dia mendapat  ijazah ke dua dari Cambridge dalam bidang  ekologi....’ Janina bersurah.

‘ Wow.... hebat... I’m happpy for you...’

‘ Kami kahwin di Golok... kerana surat  cerai aku dah ilang... Nigel kata  di London ni kami wajib mendaftar sebagai suami isteri di Jabatan Pendaftaran...untuk aku mendapat visa resmi sebagai penduduk tetap...’ Janina menerangkan duduk perkara.

Dua minggu kemudian Janina dan Nigel  mendaftar sebagai suami isteri. Tidak ada dakwa dakwi. Nama Janina telah lama dipaparkan di  papan maklumat  di Pejabat Pak Duta Malaysia. Ini wajib  dilakukan sebelum dapat pendaftaran dari Jabatan Pendaftaran United Kingdom.  Ketika  nama ini dipaparkan jika ada bantahan atau ada sosok yang kelim Janina sebagai isteri mereka maka mereka boleh membuat bantahan.

Semua beres. Hari Sabtu selepas pendaftaran  Janina dan Nigel mengadakan kenduri kecil di fletnya  di Brixton. Aku menjadi tukang masak.

Aku ingat lagi masakan kenduri kahwin ini. Aku masak  gulai lemak labu, gulai  ikan Mackerel berlada, ayam panggang dan   ratatouille -  masakan sayur cara Perancis yang aku belajar di Belgium.

Kawan-kawan rapat Janina  - warga Malaysia yang datang. Tamu tak sampai 10 orang termasuk Emak Mentua  Janina yang terperanjat bila dia tahu aku yang menjadi tukang masak.

EPILOK 1
Bila aku pulang ke  Malaysia pada tahun 1994 – Janina dan Nigel  adalah  sosok akhir yang aku tinggalkan di Brixton.

EPILOK 2
Pada tahun  1997 Janina dan Nigel pulang ke Malaysia. Mereka menginap di sebuah hotel  di Kuala Lumpur.. Untuk merayakan  kawan lama - aku telah menjemput beberapa kawan datang makan di flet di  Bukit Robson.

Malam itu aku telah masak kupang yang aku beli di Melaka. Kupang atau moules adalah makanan  nasional Belgium negara lama aku. 

Kenduri kecil malam itu aku telah memasak kupang mengikuti resipi Belgium. Aku campur dengan air anggur putih .Nasib punya nasib  Janina dan Nigel dan seorang lagi kawan aku telah sakit perut makan kupang pada malam itu. Dua hari Janina dan Nigel tidak meninggalkan bilik hotel - sakit perut 

EPILOK 3
Phillipa dan Janina terus menjadi kawan baik. Phillipa telah datang menziarah  Janina di Kuala Lumpur. Ini sebelum Janina bertemu dengan Nigel.

Babak ini menjadi sebuah  cerita pelik tapi benar.

Phillipa  telah terbang dari Heathrow ke Subang dengan  pesawat MAS.  Duduk di sebelah   Phillipa  seorang jantan Perancis keturunan  Laos bernama Khamla yang   dalam perjalanan  ke Vientiane. 

Keluarga Khamla telah lari dari Laos ke Perancis kerana  bencana perang  ketika Khamla  berumur  lima tahun.

Phillipa  dan Khamla telah membuktikan bahawa betina tak perlu tercari-cari jantan. Dan jantan tak perlu tercari cari betina. Phillipa dan Khamla  yang berjumpa  dalam kapal terbang Mas akhirnya menjadi  suami isteri. 

Pasangan ini dihadiahkan tiga cahaya mata dan kini tinggal di Paris. Hidup bahagian aman damai. 

EPILOK 4
Semua nama-nama dalam tulisan ini telah diubahsuai untuk tidak mengganggu masing-masing privasi.  (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/10/20/tak-perlu-mencari-datang-dengan-sendiri/