Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 4 Oktober 2011

KITA PERLU BERTINDAK LUAR DARI KEBIASAAN!



JENYAH TERHADAP KEMANUSIAAN


















NOTA:
sila baca berita di bawah ini
kemudian ingatkan kembali berita bagaimana frances udayappan
mati di rumah pasong berickfeild
francis dikatakan lari dari tahanan
berjaya memanjat pagar dan terjun ke dalam sungai klangh
semua ini dilakukan oleh francis ketika tangannya di gari

francis dikatakan mati tenggelam
mayatnya reput di temui dalam sungai klang


DUA ANGGOTA POLIS DIPENJARA EMPAT TAHUN
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua tahanan dalam kejadian berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, tiga tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Sarjan Mohd Shafiee Abdul HAlim, 35, dan Sarjan Mohd Diah Sulaiman, 45, dari IPD berkenaan.

Mereka dituduh mencederakan B Prabakar, 30, di Pejabat Detektif D7, IPD Brickfields antara jam 10.15 malam, 23 Disember hingga 3.30 pagi, 24 Disember 2008 mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua yang didakwa dilakukan di tempat dan masa sama, mereka didakwa mencederakan C Solomon Raj, 20, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan

NOTA:
yang kena belasah semua india
francis juga india!




- KENYATAAN MAJLIS PEGUAM : DEATH IN CUSTODY – G FRANCIS UDAYANN – BRICKFIELDS DISTRICT POLICE STATION – 23 MAY 2004

Seven years ago yesterday, G Francis Udayappan, then a 24-year-old despatch clerk, was found dead in the Klang River after having been arrested on 16 April 2004 for alleged petty theft. He had been detained at the Brickfields police station and until this day, the manner of his death has yet to be ascertained. The police denied allegations that they tortured G Francis Udayappan and caused his death.

The delayed investigation into the circumstances and cause of his death was a cause for concern – only after two years did the coroner's court establish that the remains discovered in the Klang River were of the late G Francis Udayappan, and that there had been no foul play in his death.

His mother, G Sara Lily challenged these findings in court. On 23 Mar 2011, the Court of Appeal upheld the open verdict delivered by a coroner’s court on 4 Apr 2006.

Court of Appeal Judge Hasan Lah ruled that G Sara Lily had failed to comply with the requirement under section 50(2) of the Courts of Judicature Act to be granted leave to appeal to the appellate court over the outcome of the findings of the coroner's court.

Every death in custody must be thoroughly and impartially investigated. G Francis Udayappan’s death must not be relegated to a mere statistic.

Based on the Polis DiRaja Malaysia's statistics, 85 persons died in police custody between 2003 and 2007 alone.

We express our heartfelt condolences to G Francis Udayappan’s family and friends on this anniversary of his death.


NOTA:
sila lihat laporan majlis peguam ini
dari tahun 2003 - 2007
ada 85 orang warga telah mati dalam tahanan
atau ketika di tahan

jumlah dan laporan ini sudah cukup
untuk kita membuat laporan polis
di london

pihak ngo
keluarga mangsa
pembaca budiman sila
panjangkan agenda ini
kita boleh membuat laporan polis di eropah

telah ada undang undang negara kesatuan eropah
yang membenarkan didakwa sesiapa sahaja yang
membuat jenayah terhadap kemanusiaan

lihat hari ini kes najib akan di buka di paris
lihat harai ini kes taib mahmud akan dibuka di geerman dan switzerland


pinochet bekas preasiden chile
henry kessinger bekas setiaushana negara amerika
donald rumsfled bekas setiausaha pertahanan amerika
sharon bekas menteri pertahahan isreal
basheer perdana menteri sudan sekarang
semua tak boleh masuk ke eropah

kita juga perlu berbuat demikian !


DUA NAMA CADANGAN PERMULAAN


TER KINI - TER NOW !





TERKINI TER NOW - BERITA TER HOT














BERITA BARU MASUK


berita jam 1.00 tengah hari
dari radio BFM - telah melaporkan
bahawa najib razak mungkin akan
disapina ke mahkamah di paris

ini amat penting kerana BFM telah
berani melaporkan berita ini

selalunya radio yang wajib mendapat lesen
tidak akan berani melaporkan eerita sedemikian


ini boleh dibaca sebagai tanda
hari hari akhir saekor najib

NOTA:
radio BFM adalah sebuah stesen
yang mewakili kepentingan peniaga tempatan
dan kepentingan gulungan kelas menengah
berbahasa inggeris

berita dalam baha inggeris ini
adalah tanda yang jelas bahawa
suami rosmah sedang terdesak!


BERITA DARI BLOG PAKANTAN RAKYAT TEPAT DAN SAHEH!





INI TERSOMBOL BINCAT ROSMAH



NOTA:
bincat janda tujuh kali
lebih besar dari biji rambutan
kah kah kah


NOTA:
sapa nak tahu apa bincat
sila tanya lebai google
kalau lebai google tak tahu
tanya dewan bahasa dan petaka
kah kah kah



CINCIN ROSMAH SUDAH DIPULANGKAN DALAM BEBERAPA HARI , KATA NAZRI
- minsider

Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh suami Perdana Menteri i Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.

Ogos lalu, Perdana Menteri dalam temu bual dengan akhbar Kompas telah menafikan isterinya ada membeli cincin berlian yang nilainya berjuta-juta ringgit.

Akhbar Kompas telah memohon maaf kepada Najib atas laporannya, disiarkan pada 4 Ogos lalu, tetapi misteri kekal mengapa cincin dari Jacob & Co New York dialamatkan kepada Rosmah.

Persoalan timbul sama ada nama Rosmah telah digunakan dengan pengetahuan beliau ataupun sebaliknya oleh elemen-elemen jenayah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... APA MAKNA BERITA INI..... kah kah kah...

kah kah kah...BERITA INI SAHEHKAN BLOG PAKATAN RAKYAT...kah kah kah..

woit...TAPI LEBIH DARI ITU....kah kah kah..

kah kah kah...APA DIA MAKNANYA .... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNANYA BERITA PENGESAHKAN INI HENDAK TIBAI NAJIB.... kah kah kah...

kah klah kah...SENGAJA NAK MALUKAN NAJIB.... kah kah kah

kah akh kah.... BERITA INI NAK BERI TAHU PADA MAK CIK PENYOKONG GEROMBOLAN BAHAWA ROMAH INI BETINA SETAN..... kah kah kah..

woit...KALAU SENYAPKAN SAJA.... SEMUA ORANG TAK TAHU.... kah kah kah...

kah kah kla...SEKARANG TEMBELANG SUDAH PECAH..... kah kah kah...

woit...NAMPAKNYA TIM KASTAM TELAH BEERJAYA..... kah kah kah...

kah kah kah...NAMPAKNNYA TIM BLOGGER PAKATAN RAKYAT TELAH BERJAYA.... kah kah kah..


NOTA:
ertinya berita akhbar kompas juga betul
ertinya berita nasi kang kang juga betul
ertinya berita najib takut bini juga betul

woitt.... MADEY SENYAP AJE.... kah kah kah..

kah kah kah...MADEY PUN KENA NASI KANG KANG ROSMAH KE?.... kah kah kah....

NOTA:
tunggu ada lagi dokument dari kastam
kenapa kastam buat macam ini?
kerana sarbaini kena bunuh


INGATAN UNTUK KITA SEMUA




NOTA


klip ini adalah pelancaran bersih jumaat lalu
8 tuntan bersih jelas
8 tuntutan di tunaikan sebelum pru 13

kita lihat
kita tunggu
kita nanti

sementara menunggu
sementara menanti
kita genggam tangan
kita kuat tekad

bersedia!




HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN!





LAWAN DAN TERUS BAGUN MELAWAN




SAKSI MISTERI AKAN BERI KETERANGAN ESOK - mkini

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BAWA LAH SEPULUH RIBU SAKSI MISTERI.... kah kah kah..

woit...BAWA LAH SATU JUTA SAKSI.... kah kah kah...

kah kah kah.... SEMUA TAK ADA MAKNA... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA KERJA BODOH.... kah kah kah..

kah kah kah...KEPUTUSAN TELAH LAMA DI BUAT...kah kah kah...

kah kah kah...ANWAR AKAN DIDAPATI BERSALAH.... kah kah kah..

kah kah kah... ANWAR AKAN DI JATUHKAN HUKUM PENJARA.... kah kah kah..

kah kah kah..ANWAR AKAN HILANG KELAYAKAN DALAM PARLIMEN.... kah kah kah...

kah kah kah... AKAN ADA RAYUAN DI MAHKAMAH.... kah kah kah...

kah kah kah...SEMENTARA MENDENGAR RAYUAN ANWAR TIDAK DI BENAR BERTANDING.... kah kah kah..

woit..INI LAH BIOLOGICAL WARFARE YANG DI JALANKAN OLEH NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah... NAJIB MENUNGGU ANWAR JADI TUA TURUN NAIK MAHKAMAH.... kah kah kah

NOTA:
persolannya apa tindakan
anak muda dalam pkr?



PENDUDUK KG BARU LAWAN RAJA BERSIONG




KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)

PENARIKAN RUU PPKB 2010 DAN PEMBENTANGAN RUU PPKB 2011
SATU SILAP MATA KERAJAAN


Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu kerana atas keteguhan dan kejituan semangat mereka maka pada hari ini (3/10/2011) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) telah menarikbalik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2010 (RUU PPKB 2010 – DR 45/2010). Sekalung penghargaan dan Al-Fatihah juga selayaknya dihadiahkan kepada Allahyarhamuha YB Dr. Lo’lo’ Hj Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa yang tidak pernah jemu membawa suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu.

SPKB mengalu-alukan penarikan RUU PPKB 2010 – DR 45/2010 ini tetapi berpendapat tindakan KWPKB ini hanyalah tindakan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu semata-mata. Tindakan penarikan balik RUU PPKB 2010 tidak mempunyai apa-apa makna kerana dalam masa yang sama KWPKB telah membentangkan pula suatu Rang Undang-Undang baru iaitu Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 – DR25/2011. Tindakan KWPKB ini hanyalah suatu permainan silap mata sahaja. Mulanya menarikbalik tetapi kemudiannya membentangkan yang baru.

Asas pendirian SPKB ini ialah RUU PPKB 2011 yang baru dibentangkan untuk Bacaan Kali Pertama di Dewan Rakyat hari ini hanyalah penambahbaikan sebahagian daripada RUU PPKB 2010 sebelum ini. Ini hanyalah tindakan kosmetik yang cuba melalaikan dan melenakan para pemilik dan pewaris tanah. Pokok persoalan asas RUU PPKB samada yang lama atau yang baru ialah jaminan hak para pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu.

Rata-rata pemilik dan pewaris tanah mahukan jaminan bahawa setiap perancangan pembangunan yang hendak dilakukan di Kampong Bharu di atas tanah hakmilik mereka dibuat dengan mengambilkira hak dan kepentingan serta faedah mereka, bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang tiada apa-apa kepentingan langsung.

Persoalan RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 ini ialah persoalan teknikal yang mungkin akan mengelirukan para pemilik dan pewaris tanah. Ini persoalan undang-undang yang perlu dijelaskan sejelas-jelasnya kepada semua pemilik dan pewaris tanah sebelum persetujuan mereka diperolehi.

SPKB ingin merekodkan di sini bahawa RUU PPKB 2010 yang ditarikbalik tiada apa-apa perbezaan ketara di dalam RUU PPKB 2011. Kuasanya masih berada MUTLAK di tangan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Peruntukkan fasal 17 RUU PPKB 2011 masih sama seperti RUU PPKB 2010. Fasal 17 RUU PPKB 2010 dan RUU PPKB 2011 memperuntukkan seperti berikut :-

Perbadanan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak bercanggah dengan peruntukkan Akta ini dan Perbadanan hendaklah melaksanakan segala arahan yang diberi itu.

Peruntukan ini dengan jelas memberikan kuasa penuh kepada MENTERI sedangkan sepatutnya jika benar para pemilik dan pewaris tanah hendak dilibatkan, maka Perbadanan tersebut hendaklah tertakluk dan bertanggungjawab kepada para pemilik dan pewaris tanah. Siapa Menteri yang hendak memandai-mandai menentukan untung nasib pemilik dan pewaris tanah? Tanah yang hendak dibangunkan itu adalah tanah orang-orang Kampong Bharu bukan tanah milik Kerajaan.

RUU PPKB 2011 telah memotong peruntukkan Fasal 15(2)(h) di dalam RUU PPKB 2010 yang menyatakan bahawa tanah Kampong Bharu boleh diambil menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pemotongan peruntukkan tersebut dibuat dengan harapan agar para pemilik dan pewaris tanah merasa terjamin bahawa tanah mereka tidak akan diambil secara paksa menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Ini dibuat semata-mata mengambilhati dan untuk tidak membangkitkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah.

Perlu diambil perhatian bahawa walaupun RUU PPKB 2011 tidak memperuntukkan tentang Akta Pengambilan Tanah 1960, ini tidak bermaksud bahawa Akta Pengambilan Tanah 1960 tidak boleh digunakan. Kekosongan dan kelompangan tentang penggunaan Akta tersebut tetap membolehkan tanah Kampong Bharu diambil menggunakan Akta tersebut.

Malah Menteri sendiri mengakui di dalam Dewan Rakyat bahawa Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan konsep pembangunan secara komprehensif ke atas Kampong Bharu, di mana antara mekanisme pembangunan yang akan dijalankan ialah menerusi kaedah penyerahan dan pemberimilikan semula hakmilik tanah di bawah peruntukan Seksyen 204D Kanun Tanah Negara 1965 dan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Peruntukan Fasal 57 RUU PPKB 2010 dipotong di dalam RUU PPKB 2011 dan ini akan menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penyelesaian. Fasal 57 RUU PPKB 2010 ialah peruntukkan yang membatalkan Malay Agricultural Settlement Rules 1950 yang menubuhkan Kampong Bharu dan membubarkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu atau sinonimnya Lembaga Pentadbiran MAS. Apabila peruntukkan fasal 57 ini dipotong maka Lembaga MAS masih wujud dan berfungsi seperti sediakala seperti kewujudannya sejak tahun 1900 dahulu. Jika Lembaga MAS masih wujud, kenapa perlu ada sebuah Perbadanan baru yang mempunyai fungsinya yang sama? Apa akan jadi dengan Lembaga MAS sekiranya Perbadanan diwujudkan melalui RUU PPKB 2011 ini?

Kenyataan KWPKB bahawa Perbadanan hanyalah sebagai penyelaras dan pemudahcara kepada pembangunan di Kampong Bharu hanyalah penipuan semata-mata. Perkara ini dibuktikan dengan Fasal 14 RUU PPKB 2011 berkaitan fungsi Perbadanan yang antaranya untuk melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubungan dengan pembangunan Kampong Bharu mengikut pelan struktur dan pelan tempatan yang disediakan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982. Apakah dasar di dalam pelan struktur tersebut?

Ianya telah diluluskan seperti yang terdapat di dalam Pelan Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang mempunyai suatu jilid khusus tentang Kampong Bharu yang tidak pernah diterangkan kepada awam termasuk pemilik dan pewaris tanah. Dalam Pelan Pembangunan tersebut juga dinyatakan dengan jelas bahawa antara pihak yang akan terlibat dengan pembangunan Kampong Bharu ini ialah GABEM iaitu satu biro ekonomi dalam parti politik.

Soalnya, mengapakah badan ini dilibatkan sedangkan ia tidak langsung mempunyai kepentingan ke atas tanah Kampong Bharu? Apakah ada muslihat atau agenda pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan di atas nilai tinggi tanah Kampong Bharu ini?

Fungsi Perbadanan juga adalah untuk menyebarkan apa-apa maklumat mengenai potensi pelaburan dan pemasaran kepada pelabur samada pelabur asing atau tempatan dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu. Perbadanan juga selain itu berfungsi untuk menguruskan dan mempromosikan penjualan hartanah di dalam kawasan pembangunan Kampong Bharu.

Adakah fungsi-fungsi yang diperuntukkan dengan nyata di dalam Fasal 14 RUU PPKB 2011 ini menunjukkan Perbadanan hanya sebagai pentadbir, penyelaras dan pemudahcara sahaja ataupun ia jelas menunjukkan bahawa Perbadanan sebenarnya merupakan satu “business entity” atau entiti perniagaan yang tidak dapat melindungi kepentingan pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu?

Kenyataan Menteri pada hari ini memaklumkan bahawa RUU PPKB 2011 yang dibentangkan akan memberikan suara yang lebih kepada pemilik tanah merupakan suatu kenyataan penyedap hati sahaja. Adakah hanya dengan memberikan keanggotaan di dalam Perbadanan kepada enam (6) orang wakil tuan tanah sudah memadai untuk Kerajaan menyatakan bahawa suara tuan tanah sudah didengar sedangkan kuasa penuh terhadap Perbadanan berada di tangan Menteri?

Sebelum ini pada Jun 2011, Menteri yang sama menyatakan bahawa undang-undang berkaitan Kampong Bharu hanya akan diteruskan setelah mendapat keputusan referendum pemilik dan pewaris tanah. SPKB mendesak dan mencabar KWPKB mendedahkan kepada umum hasil referendum tersebut. Adakah RUU PPKB 2011 ini dibentangkan hasil referendum tersebut? Jika benar, dedahkan hasil referendum tersebut. Jangan hanya menyebut angka sahaja tanpa bukti yang jelas dan kukuh.

SPKB sekali lagi menegaskan bahawa penarikan balik RUU PPKB 2010 ini hanyalah tindakan terdesak KWPKB untuk melenturkan kemarahan pemilik dan pewaris tanah. Ia juga tindakan mengelirukan pemilik dan pewaris tanah kerana walaupun ditarikbalik, ianya digantikan dengan suatu RUU yang baru yang hakikatnya masih sama iaitu hak pemilik dan pewaris tanah tidak dijamin sepenuhnya.

SPKB tetap dengan pendirian bahawa apa saja bentuk perancangan pembangunan tanah Kampong Bharu hendaklah mengambilkira suara dan hasrat pemilik dan pewaris tanah sendiri dan bukannya kepentingan mana-mana pihak lain yang mempunyai kepentingan tersendiri.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Bharu
3 Oktober 2011